The Overland : KL - Hadyai (Part 1)

June 02, 2011

Day 1 - 13 May 2011


Ahli rombongan kali ni masih mengekalkan muka-muka sama dari trip Trans Java yang lepas. Ini adalah kali kedua kami berempat travel bersama (asik-asik muka korang jah! dah jemu aku tengok...hehehe). Aku tak pasti sape punye idea nak ke Hadyai (yang pastinya bukan aku), tapi rasanya tuan punya idea menimbulkan cadangan ke sini selepas kami pulang dari Indonesia tempoh hari.

Pada awalnya kami merancang amik sleepers train tapi memandangkan semua tiket sold out so kami takde option melainkan beli seat biasa (naik bas memang takde dalam perancangan). Tiket 1-way dari KL - Hadyai dengan keretapi Senandung Langkawi cuma RM48 dan bertolak dari KL tepat jam 9.15pm dan dijangka tiba di Hadyai jam 9.12am (waktu Thai). Untuk makluman waktu di Thailand lewat 1 jam dari waktu di Msia. Walaupun kami hanya dapat seat tapi condition memang tip top dan sangat selesa, jauh lebih selesa dari seat keretapi yang aku penah rasa masa naik kat Indonesia haritu.

pada aku nak kata mahal tu taklah sebab jauh jugak perjalanan ke sini

Pada awalnya aku masih confuse samada nak habiskan masa di Hadyai atau proceed ke Bangkok dan Siem Reap. Oleh sebab aku masih 50/50, maka aku bungkus aje baju untuk stok seminggu dalam beg 32L termasuk sedikit ubat-ubatan...in case kata orang. Alhamdulillah selama aku travel, aku belum pernah lagi jatuh sakit yang teruk. Cuma ada 1x tu masa di China dan waktu tu perut aku sakit gila macam nak terkeluar semua tali perut. Waktu aku sakit sangat-sangat tu memang susah nak cari ubat sebab communication breakdown (pharmacist tak reti cakap omputih), nak explain sakit tu macam mana pun tak boleh, cuma boleh buat gaya sakit perut je. So sejak dari kes tu aku sentiasa prepare semua jenis ubat setiap kali travel dan ternyata amat berguna sebab dah banyak menolong kengkawan aku yang sakit semasa travel. Pasni ingat, pentingnya ada first aid sebab kadang-kadang medicine kat luar lebih mahal dan mungkin tak sesuai dengan antibodi kita. Better safe than sorry.

Ok aku dah melalut, now back to the story..
  
Aku memang tak tukar langsung duit Thai Baht kat sini sebab exchange rate yang tak berapa nak cun so aku bawak duit RM dan tukar kat sana. Aku tukar gak sikit USD in case aku terbabas ke Cambodia, tapi tak banyak mana pun aku bawak, cuma USD100 je. Pada aku jumlah tu dah mencukupi considering all the important and necessary things yang aku perlukan. Some more aku bukan nak shopping apa, memadai sekeping poskad untuk diri sendiri sebab aku tau kat Cambodia dorang guna USD dalam urusniaga sehari-hari dan matawang Riel (official currency for Cambodia) tak digunakan dengan begitu meluas. Aku rasa agak melampau jugak sebab Cambodia ni kira macam 3rd world country and yet, a can of Coke can cost you about USD1 (ikut exchange rate sekarang dalam RM3. over kan?). Banyak cerita sadis aku masa di Cambodia, nanti sampai turn aku akan cerita. Kalau larat tunggulah ye..hehe

Lepas maghrib aku pun bertolak naik LRT ke KL Sentral dan bila sampai ke stesen kelima baru aku perasan yang baju sejuk aku tertinggal dalam kereta. So aku patah balik dan mintak orang tolong hantarkan baju sejuk tu ke stesen LRT. Dah selesai buat kerja Pak Pandir aku naik semula LRT dan terus ke KL Sentral. Timing yang aku buat memang ngam-ngam tapi masih sempat untuk withdraw duit, pegi money changer tukar USD. Nasib baiklah aku travel in group so ada kengkawan yang pegi setelkan bab makan untuk malam tu (tapau nasi ayam aje).


Dari Kolumpo ke Hadyai

masa ni semua orang kucar-kacir cari gerabak sebab takut kena tinggal
Keretapi Senandung Langkawi bergerak meninggalkan KL Sentral tepat jam 9.15pm dan kebetulan sempena dengan Cuti Wesak yang jatuh pada hari Selasa maka banyak orang amik kesempatan untuk extend lebih lama. Keadaan dalam keretapi pada malam tu memang sangat sejuk dan waktu tu aku rasa sangat bersyukur sebab patah balik amik sweater yang tertinggal. Kalau tak confirm malam tu aku akan tido mengerekot atas kerusi sambil menahan sejuk. Jangan lupa bawak stokin sebab memang sejuk.

Tak sampai sejam lepas keretapi bergerak kami pun ke kantin keretapi sebab perut dah berbunyi-bunyi minta diisi. Harga makanan dalam keretapi ni boleh tahan mahal tapi biasalah standard harga makanan kat KL tapi takde la mahal macam makanan dalam flight tu, price dia still reasonable. Kami cuma pesan air sebab dah beli bekal makanan nasi ayam masa di KL Sentral tadi.

Dalam kantin keretapi ni ada sorang pelayan yang pakai baju macam stewardess kapal tobang. Overall aku takde masalah sebab dia friendly dan tak memilih bulu. Err, maksud aku dia melayan baik semua kastemer baik lelaki mahupun perempuan. 

Bila orang makin ramai maka tiba masanya kami bangun dari tempat duduk memandangkan ruang makan dalam gerabak yang agak terhad. Sepanjang laluan kembali ke gerabak kami pass-by banyak gerabak dan ada 1 gerabak ni yang penuh dengan budak sekolah rendah. Memang gamat sikit gerabak tu sebab dorang buat bising. Hai nasiblah sape duduk dalam gerabak ni. Nasib baiklah bukan aku yang duduk dalam gerabak tu, kalau tak memang bisu seribu bahasa bebudak ni. Haha. Bila dah sampai tempat duduk, perut pun dah kenyang, apa lagi..kasi lowered seat dan tido le!

juara tido peringkat Keretapi Tanah Melayu cawangan Kolumpo
Malam tu aku tido agak nyenyak tapi tiba-tiba terjaga sebab lapar. Aku pun ajak kengkawan pegi ke kantin lagi sebab nak makan untuk seken round. Waktu ni kebanyakan orang dah tido dan kantin agak lengang. Tak silap aku waktu tu jam lebih kurang pukul 1am. Time ni aku beli nasi lemak dan Milo panas. Aku pun dah tak ingat berapa total semuanya tapi yang pasti tak sampai RM10. Dah habis makan, mengumpat pun sudah, kami pun balik ke kerusi memasing dan tido untuk seken round.


Day 2 - 14 May 2011

aku tak pasti berapa besar padang kat sini...kekekeke
the railroad switch i'm talking about
Esok pagi aku terjaga bila keretapi sampai kat Padang Besar. Waktu tu semua penumpang kena turun untuk going through custom & immigration. Masa ni semua barang kene bawak turun untuk tujuan pemeriksaan. Di sini juga keretapi yang panjang tadi akan diputuskan (betul ke term aku ni?) menjadi gerabak yang lebih pendek. Dan keseluruhan proses ni memakan masa hampir sejam, jadi ada baiknya selepas setel hal kastam tu pegi breakfast dulu kat atas bangunan checkpoint ni sebab inilah peluang terakhir anda untuk makan nasi lemak (ceh poyo! haha). Makanan kat sini murah, still boleh bayar pakai RM sebab owner dia orang Msia (kedai dia penuh bendera Msia takyah prung prang cakap Siam). Dah pekena nasi lemak dengan teh tarik kami pun turun balik ke platform yang sama sebab keretapi akan sampai pada bila-bila masa saja.

patriotik sungguh sebab banyak bendera
Dari Padang Besar ke Hadyai tak jauh, lebih kurang sejam perjalanan dan waktu ni free seating. Duduk je kat kerusi mana pun takpe sebab takde sape pun kesah. Cuma tiket keretapi kena standby sebab pihak Thai Railway akan periksa (dari point Padang Besar ke Hadyai officer lain, bukan orang KTM). Waktu ni ada jugak orang yang jual Thai Baht dan kalau nak tukar pun boleh, exchange rate pun ok sebab selisih dalam beberapa posen je.


Finally...Hadyai!

Stesen Keretapi Hadyai

Lebih kurang sejam camtu kami pun sampailah ke Hadyai. Stesen keretapi dia memang basic dan pada mata aku ia tak begitu terurus seperti stesen keretapi yang ada di Indonesia (aku rasa kat sana lagi better). Kat sini ada banyak anjing berkeliaran tapi bukan jenis yang attack orang so takyah panik terlebih bila nampak anjing sebab kat Hadyai ni memang ada banyak street dogs. Aku takde masalah dengan anjing sebab anjing ni dia boleh kesan kalau kita panik, tapi kalau kita tak panik dia tak kacau punye. Aku gak dapat buat 1 teori berkaitan anjing dan aku simpulkan bahawa anjing-anjing di Msia dengan di luar Msia memang cukup-cukup berbeza. Kalau di Msia mostly anjing suka kejar orang tanpa sebab tapi kalau di luar Msia, anjing dia rilek je tak kejar orang. Ke aku yang salah buat teori, tapi setuju tak? Ah tak kisahlah tapi walaupun ia adalah seekor anjing aku tetap ada perasaan belas kasihan sebab semuanya makhluk Allah.

Dah habis cerita anjing, sambung lagi...

Sebelum keluar dari stesen keretapi Hadyai aku setelkan dulu hal tiket keretapi ke Bangkok. Lokasi kaunter tiket untuk advanced booking ni terletak berhadapan dengan kaunter tiket untuk perjalanan pada hari yang sama. Apa yang berlaku pada waktu tu ialah semua sleepers train sold out untuk the next 3 days! Dang! Nak taknak terpaksa jugak aku beli seat 3rd class untuk tarikh 16 May sebab no point aku nak buang masa kat Hadyai semata-mata menunggu sleepers train. Harga 3rd class seat memang murah, lagi murah berganda-ganda dari sleepers train dan bas. Nak tau berapa? Cuma THB339, lebih kurang RM34. Murah kan? But wait 'til you see how the seat look like. Hehe..

Sebenarnya boleh book online tiket keretapi Thailand sebab dulu aku penah buat untuk perjalanan dari Bangkok ke Surat Thani (to Koh Samui) pada tahun 2009. Cuma hantar email kat Thai Railway dan dorang akan reserve tiket (info ni aku dapat dari website Seat61). But this time aku terlupa nak email untuk booking, so padan muka aku. Hehe.

Kengkawan aku pulak memang dah beli advanced tiket balik ke Kolumpo sebelum ke sini so dorang takde masalah macam aku.


Mencari Tempat Tido

Selesai urusan tiket kami pun berjalan keluar dari stesen keretapi dan mencari tempat untuk menginap. Kali ni kitaorang buat konsep "redah dan terjah" sebab mostly hotel dan guesthouse yang ada di Hadyai takde website (bear in mind yang aku bukan nak cari luxury accomodation, memadai dapat tido dan lepaskan penat dah cukup). So kebetulan sebelum ke sini aku sempat cari info kat Trip Advisor dan jumpa 1 guesthouse ni. Location memang sangat dekat dengan train station, just a walking distance (lebih kurang 5 minit) dan terletak bersebelahan Robinson (sejenis supermarket yang terdapat di Hadyai).

 Louise Guesthouse
21-23, Thamanoonvithee Rd
Hadyai

aku buat red dot atas map ni memandakan lokasi guesthouse. sape tak nampak tandanya pendek umur!

Dengan takde sebarang referral dan landmark kami tibai je cari dan rupanya tak susah mana pun sebab tetiba je dah jumpa. Cuma aku alert beberapa keping gambar yang di post dalam website Trip Advisor dan dari hasil googlelan di internet untuk dapat brief idea camne rupa guesthouse tu. Guesthouse yang di maksudkan ialah Louise Guesthouse. Lokasi pada aku tak jadi masalah sebab dari sini nak ke tengah pekan cuma 1-2 blok saje dan untuk pengetahuan sume pekan Hadyai ni memang kecik. So kalau ada orang komplen yang dia sesat di Hadyai memang aku volunteer nak tepek map Hadyai kat dahi dia sebab pi mai pi mai tang situ jugak!

Oh baideway aku dapat map ni dari Louise Guesthouse. Aku rasa guesthouse dan hotel lain mesti ada, kot?

Waktu kami tiba di Louise Guesthouse supermarket Robinson pun belum bukak. Almaklumlah masih pagi dan kami request 2 bilik untuk 2 malam. Harga memang sangatlah murah, aku rasa nak duduk terus takmo balik tapi sebab Hadyai ni pekan koboi so aku kansel. Sewa sehari cuma THB300 untuk basic room yang takde ekon (but with attached bathroom), takde TV (who want to watch TV while travelling?) dan hot shower. Ada katil saiz queen untuk 2 orang, sebuah lemari besar yang boleh memuatkan 2 orang manusia dan satu meja solek untuk mereka yang suka bersolek. Overall pada aku memang selesa walaupun sebenarnya aku rasa fishy dengan keadaan cadar yang menunjukkan tompok-tompok yang you-know-what itu.

bilik basic yang sesuai dengan harganya
Sebenarnya kat sini pun ada cerita tak best, tapi benda alah tu tak berumah tangga dalam bilik yang aku duduk so takde masalah. Cuma kesian kat kawan aku sebab benda tu berumah tangga dalam bilik dia. Pada mulanya dorang nak tukar bilik tapi lepas periksa bilik yang terletak di seberang bilik aku, rupanya situ lagi creepy. So dia kansel dan duduk je dalam bilik asal walaupun situ creepy (cuma tak secreepy bilik yang kedua tadi). Kan dulu aku penah citer dalam travelog Trans Java yang 2 orang kawan aku ni boleh mensensor kewujudan makhluk ghaib so this time around it happen again tapi kitaorang tak layankan sangat benda tu, cuma....erm..nantilah aku cerita.

Suasana dalam guesthouse ni agak suram, mungkin sebab waktu tu hanya kami yang menghuni floor tu. Ditambah pule dengan decoration gambar-gambar orang zaman dulu kala yang menjadikan suasana dalam tempat ni sedikit creepy. Tapi mostly kebanyakan gambar yang digantung dalam bangunan ni adalah gambar kerabat diraja Thailand dari dulu hinggalah sekarang. Actually semua gambar tu interesting cuma kalau tengok lelama ia agak creepy especially gambar potret. Heh berapa banyak perkataan "creepy" aku pakai nih!

foto-foto kerabat diraja Thailand
Petua sebelum masuk ke bilik tak kisahla rumah ke hotel ke ape ke, memula bukak pintu sebelum melangkah masuk kena bagi salam. Sekurang-kurangnya benda tu tau ada manusia nak masuk. Dan sebelum gunakan tandas seeloknya siram semua penjuru dengan air untuk signal benda tu yang kita nak masuk. At least dia taklah marah kalau kita terus masuk buat bisnes. Kalau nak lagi molek, malam tu lepas solat baca Yasin satu round dan buat pagar. Yelah kita tak tau apa yang duduk kat situ sebab hotel/guesthouse/motel etc ni macam-macam jenis manusia penah duduk. Ada yang buat benda-benda tak elok dan macam-macam lagi so kita kena beringat. Aku pun ada pengalaman masa kat Cambodia haritu, nanti aku citer bila dah sampai turn Cambodia. Tunggu la kalau larat. Hahaha.


Sekitar pekan Hadyai

Berbalik semula pada cerita di bilik tadi. So lepas buat apa yang patut kami pun tumbang sebab kepenatan. Aku pun tak sedar camne aku boleh pengsan (tido) dan sedar je dah pukul 2pm (hampir 3 jam jugakla kami pengsan sebab kepenatan). Itupun bangun sebab perut dah mogok minta diisi. So destinasi kami yang pertama untuk hari itu ialah Restoran Hamid yang kononnya digembar gemburkan sedap oleh semua forumer yang penah ke Hadyai. Aku memang tak study apa pasal Hadyai jadi aku sekadar mengikut ke mana kengkawan aku arahkan. Selaku navigator yang cekap kerja aku hanyalah membaca map...hehe.

Restoran Hamid, Prachathipat Road
tomyam kurang kick sebab kurang mak nenek di dalamnya
Mostly pekerja yang bekerja dalam restoran ni tahu berbahasa Melayu jadi tak payah gigih nak cakap omputih dengan dorang. Kasi luku dahi nanti! So sementara order makanan tu aku cuba bertanya pasal cara untuk ke Floating Market dari salah sorang waiter yang melayan kami. Dari gambaran dia tempat tu terletak agak jauh dari Hadyai dan perlu naik minibus (van) yang terletak sedikit jauh dari pekan. Sambil tu aku try sms kawan aku yang penah ke Hadyai bulan lepas dan tanya camne dia pegi ke Floating Market tu. Setelah mengumpul sedikit maklumat kami pun berbincang samada nak teruskan rancangan ke situ atau tunda keesokan hari sebab langit dah mula menunjukkan tanda-tanda seperti nak hujan.

Ah apa-apa hal kita mencekik dulu sebab lauk pun dah sampai. Kami order nasi putih, lauk tomyam, somtam (sejenis kerabu mangga yang terkenal di Thailand) dan kailan ikan masin sebagai menu pada petang tu. Harga kat restoran ni memang nauzubillah boleh buat aku jatuh miskin terus sebab mahal. Tapi takpelah kata orang selagi tak cuba selagi tu tak tau. So that's it, itulah kali pertama dan terakhir kami makan di situ. Bukan apa, sebab portion yang dia bagi untuk harga yang dibayar pada aku tak fair especially bila aku boleh dapat benda yang sama pada harga lebih murah dan jauh lebih sedap.


bersambung....
.

30 comments:

Zilla June 2, 2011 at 12:09 PM  

dah jemu ekk?oklorrr tak nak ikut ko dah huhuhu

zila,  June 2, 2011 at 12:21 PM  

ohh lupa lagi satu hal..sebut pasal momok, malam aku demam tu dlm bilik kita tu mmg ada something (tasya pun ckp benda yang sama). sungguh aku tak tipu..dari mula melangkah masuk (lepas balik dari makan2), aku dah boleh rasa..dia dok kat kepala katil ko,perhatikan kita semua..tu pasal aku minta lagi 1 biji panadol kat ko dan nahhh, pengsan sampai ke pagi :D

bdk2 June 2, 2011 at 2:40 PM  

creepy jgk bila ko ckp byk creepy bila tgk bilik guesthouse tu. kalo aku, bila dh ade org cerita bnda2 mcm tu mesti mcm teringt2...haishhh..

fatt June 2, 2011 at 3:09 PM  

zila,
hoi!! biar betikkk..apsal korg tak ckp kat aku dia dok hujung tepi kepala katil aku ke? jelita tak?? :P

dahla aku bukak tingkap sikit punye besau malam tu..hampagas sungguh! ah takpelah, sbb aku ni takde sensor jadi aku tak kisah. asal ko tak tunjuk muke sudah. takat nak sakat2 tu aku bleh handle lagi, tp klu bab tunjuk muka leh pengsan aku. iskk..



bdk2,
kat memana pun benda ni ada but as long as dia tak tunjukkan muka aku ok lagi. takat main suis, main tv aku tak kisah lagi. tp kalau tunjuk2 muka mmg aku tak boleh handle. but so far aku tak penah lagi nmpk..tak berhajat pun nk jumpa. simpang!

Zilla June 2, 2011 at 3:17 PM  

mcm mana nk bgth, mlm tu kan aku pengsan tak ingat dunia :D tapi takpelah, benda dah lepas pun hahaaaa

fatt June 2, 2011 at 3:22 PM  

zilla,
ko dgn tasya mmg gitu. slalu tak ckp bila dah nampak. seingt aku mlm tu aku tido paling lambat. agaknya dia pun sama dok sebelah aku baca buku.

aku rasa ni hantu yg sama folo aku masa kat siem reap la..haha..ape2 jela asal ko tak tunjuk muka udah

Zilla June 2, 2011 at 3:55 PM  

kalo ckp nanti semua takut..jadinya biarlah aku tgk sensorang hehehe~

dia ikut ko p siem reap?wahh hebat ko, dpt naik ketepi bagai!!hahaha~

hani June 2, 2011 at 4:05 PM  

hoi...dah macam aku bace cerita Tamar jalis jek ni...
dh blok umah aku skrg ni kosong. ade 3 org jek..dan aku insan terpilih duduk sorang2 kat 1st floor.
haa guane..sape nak teman aku tido mlm ni weiiii...
hahahah


*meremang bulu roma*

fatt June 2, 2011 at 4:27 PM  

zilla,
ko pening pale sbb tgk muka dia yg huduh ya rabbi ke weh?? waaa aku takleh bayang dia berdiri tepi aku kat tepi kepala katil tu. cilakak la..patotla sume org cam sibuk nak tido awal mlm tu...oh tidakkk!!



hani,
tulah..dah jadi blog puaka dah blog travel aku ni..haha. aku rasa hidup aku sekarang penuh misteri la sejak balik dari indon haritu. misteri itu berlarutan sampailah aku pegi cambodia..ni aku baru balik dia belum melawak lagi dlm umah, haritu dia dah melawak main2 lampu. sekali aku maki terus tak main dah. jgn malam ni dia melawak dgn aku sudah sbb mlm ni mlm jemaat. huhu..

ko baca la Yasin pas magrib nanti. kalau dia melawak jgk ko sound aje. benda ni kalau ko berani dia takde la nak sakat lagi. aku dah tak larat dah kena sakat. aritu dia main tv..canggih jgk benda ni reti tgk tv...iskk

MasZuber June 2, 2011 at 5:06 PM  

hallooo,

aku terpikir mau buat backpacking delhi-jammu-ladakh-srinagar-gulmarg dalam april 2012. mase tue spring tp masih boleh skiing di atas gunung di gulmarg.mase dalam 2 minggu.

ko kosong tak mase tue?

iina June 2, 2011 at 5:43 PM  

Wah.. aku banyak kali dengar hadyai ni.. sebab ada kwn aku biasa ulang alik ke hadyai nie.. Akan pergi gak kat sini 1day..

Biasalah travel nie mana2 mesti ada yang ikut.. biasa aku jrg boleh nmpk tapi hby aku mmg confirm boleh nampak..

Jangan dia ikut ko p umrah sekali udah.. kot nak ko suh dia tinggal kat arab saudi jek.. Sebenarnya kan.. ko boleh jek cakap dengan dia.. jgn ikut ko.. Petua nie kwn baik aku penah bagi.. infact kalau ko tak izin dia masuk umah ko.. dia takkan boleh masuklah camtu ;)

kemang~ June 2, 2011 at 6:45 PM  

pergh. bez lah bace trip ko nih,, haha,, siap naik kete api, then gamble carihotel, bla bla bla, betol2 backpacking ni.. whahaha

Ninie Hanis June 2, 2011 at 10:39 PM  

hallu..

beb,dalam ketapi takleh makan kat tempat seat tido ke?kena gi kantin eh?

ni aku nak request,buat 1 entry pasal antoo2 selama ko travel.konpem terbaekk..compile sume stories okey?

fatt June 2, 2011 at 11:33 PM  

mas,
bila tu tarikh? awal ke tengah ke hujung bln? bajet agak2 brp? aku takleh nak confirm lagi sbb aku plan nak ke europe masa summer nanti. so far brp org dah dlm group tu?


iina,
benarkah tips itu? kalau ya aku nak praktikkan. sbb aku pun runsing kalau dia ikut aku gi memana. kalau dia nak gi mekah alamatnya kene petir hangus la kat sana nanti..rasakan! haha..

pegila Hadyai nanti bila dah balik mesia. dkt je tak jauh dari Padang Besar. ha btw bila balik sini? sbb aku tgh plan nak ke sana summer thn depan, insya allah. ada projek mengayuh beskal di sana..hihi :P



kemang,
aku rasa ko lagi sng nak buat sbb ko lelaki. kalau aku boleh buat ko mesti boleh punye. aku mmg suka travel cara gini, aku tak suka conventional type..tak mencabar lgsung



ninie,
boleh je. tapi kami nak memekak bersembang tu psl pegi kantin, kang ganggu org yg nak tido.

ko ni mmg peminat cerita2 antoo la..haha..baiklah..akan ku pertimbangkan selepas tamat semua travelog ni. jgn ko pulak yg takleh tido malam pastu..hehe. aku nak buat tajuk "selangkah ke alam misteri bersama backpacker busuk". buruk eh nama dia? heh! :P

Zilla June 2, 2011 at 11:49 PM  

fatt, seronokkan ada kitaorang.at least ko dapatlah pengalaman seram2 mcm ne hehehe~yg penting kita kuatkan semangat, ingat Allah sentiasa, I'Allah takde apa..kalo rasa tak sanggup nk kena kacau, telan ajelah panadol mcm aku ne hah hehehe

MasZuber June 3, 2011 at 12:09 AM  

aku target awal bulan awal bulan 4 tue dalam 4th-18th april. bajet aku x bleh agak lagi la, tp aku rase bole dapat accommodation free umah member aku kat sane. sedia duit flight(tunggu promo baek punye dari AA), train bagai, n aktiviti makan bagai+shopping ala kadar, aku bajet total bawah 3 ribu gak.

buat mase nie ade sorang nak follow aku. just roger aku kalo berminat. :)

fatt June 3, 2011 at 5:31 AM  

zilla,
ko nak tau..sejak dari aku travel dgn korang le hidup aku makin misteri. dulu aku tak penah pun kena benda2 gini, well if ada pun mgkin aku tak perasan ke ape sbb aku kan buta sensor..haha. tp ok la tu, pglmn baru. pasni kita tgk momok jenis ape pulak yg muncul. aku rasa kita kena jadi ghostbuster la..haha. but! aku hrpla aku tak dpt 3rd eye korang..biarla aku tak terus nmpk benda tu sbb aku tau once aku bole nmpk dats it..hidup aku akan sengsara...simpang!



mas,
wah menarik tu dpt accom free. ko ada rmai kwn ke kat sana? ok aku keep the date in mind...nti klu ada tiket promo yg murah aku pangkah. honestly aku clueless dgn nama2 tmpt yg ko mention tu sbb aku tak penah usha lagi route utk india. but i will keep this in mind. thanks! :)

iina June 3, 2011 at 8:37 PM  

Fatt

Thn depan summer confirm aku dah balik.. xpe.. europe tak susah nak travel.. ko google jek.. semua leh dapat info.. aku blik hjg thn nie insyAllah..

Oh ya tips tuh mmg berkesan.. yelah tapi ko kena sungguh2lah cakap.. dulu masa hby aku penah kena ikut masa balik dr sg besar ke tg malim.. dia ckp dia bau wangi sepjg 2 km.. dia masuk jek umah aku cakap depan pintu umah aku.. mmg aku sound.. kalau ada yg ikut sila duduk kat luar rumah.. aku tak izinkan masuk sebab ini rumah aku.. dan benda yang sama aku penah buat juga kat umah mak aku.. bila dia ckp dia ada ganggu bagai.. aku sound gak malam tuh.. kalau ada yg singgah kat tanah rumah mak aku tuh sila keluar.. hehehe..

satu gik.. ada org penah bg aku tips mandi.. kira masa mandi tuh cam buang benda lah kalau ada yg ikut.. tak susah pun.. takat niat kalau ada benda2 yg hinggap.. sila keluar dengan air yang mengalir tuh kena cakaplah ko tak redha dan tak izinkan.. ada dalam badan ko.. pastu bygkanlah dia kluar dr badan tuh bersama air yg ko jirus tuh ;) buat lepas asar dan mengadap kiblat..

kemang~ June 4, 2011 at 9:04 AM  

btw, nak pegi korea ehh bln 10 ni for 29 days??waahhh camne laa dpt leave nehh...

fatt June 4, 2011 at 7:53 PM  

iina,
hjg thn ni nak balik dah ke? nmpknya tak sempatla aku nak jenjalan singgah umah ko kat Glasgow..

terima kasih utk tips..selama ni aku tak kisah pun sbb dia tak penah tunjuk muka. but petua2 yg ko share ni aku nak cuba amalkan especially masa mandi tu..insya allah. ikhtiar aje.

thanks a lot beb! :)



kemang,
hahaha..ada la. mana leh cerita sume psl personal aku. kena la rahsia jgk :)

Janggel July 18, 2011 at 8:47 PM  

Suka kisah anjing tu. *tetibe. Rasa anjing malaysia blagak skit sebab tu suka kejar orang!

I hate dog! hehe

Janggel July 18, 2011 at 8:47 PM  

eh..silap...I hate Malaysian Dos!

(bleh lak besambung2 komen aku)

fatt July 18, 2011 at 9:10 PM  

janggel,
rajin ko korek entry aku yg lama2 eh...haha, tq :)

aku personally suka anjing dari kucing. aku tak kisah ada org nak pandang aku slek ke apa tp selama aku jumpa anjing tak penah sekor pun kejar aku, dorg nak bergurau2 dgn aku lagi ada. aku pulak yg takut pegi sembunyi. tp tulah, anjing mmg cerdik dan dgr kata, sbb tu aku suka. klu kucing kita bagi arahan mana dia dgr, buat muka bodoh je. bajet comel mungkin. tp tulah, aku dgn anjing mmg ok, ada mutual understanding, agaknye lah...haha :)

Janggel July 18, 2011 at 10:44 PM  

Betol la tu.

But i got bad experienCES with dogs.

1- Aku pernah kene gigit anjing..Kene cucuk bontot bubuh ubat pelali lagi!

2. Aku penah kene keja anjing masa tengah servey nak cari rumah sewa.

3. Jiran seblah rumah aku (india) bela anjing dan setiap kali aku keluar rumah dia akan menyalak kat aku dan ianya sangat menjengkelkan.

4. Anjing seblah rumah aku tu suka berak merata, pengotor! JIJIKS.

5. Sebab nak mengelakkan anjing (Aku kesian kat binatang) maka aku eksiden langgar tiang lampu kat PUTRAJAYA. Kereta aku kemek hancur depan dan aku kene saman RM 300 somemore!!!

Arghh I hate dogs!

Psstt : Aku penah goreng naget bubuh racun bagi anjing seblah rumah aku mana sebab dah tak tahan sangat. (Kejam kan??? cuma aku tak tulis dalam blig je huhuhu takut jadi bahan bukti hahaha)

Yup aku nak blajar cara travel ngan awak, sebb aku bercita-cita nak naik ketapi g siam. hehehe

fatt July 18, 2011 at 11:52 PM  

janggel,
ko dgn anjing mmg takde mutual agreement, no chemistry. hahaha :))

tp cerita ko kena gigit smpai buh ubat pelali tu mmg terbaik la. tp sadis tuh ko smpai eksiden bagai sbb elak binatang. aku tak penah lg face situasi camtu so aku mintak dielakkan.

hey ko tak baik le bagi anjing mcm tu. dosa tau sbb ada cubaan mengambil sesuatu yg hak (nyawa). baik ko mintak ampun dgn Allah. ko penah dgr pasal cerita seorang kafir (tak silap aku) yg bagi anjing minum air? oke, anjing ni dahaga smpai minum air kat lopak tp sbb sikit sgt air tu so manusia ni kasik dia minum. nmpk simple je apa dia buat tp Allah bagi dia balasan syurga tau. so ko jgnla gitu oke. klu ko tak suka pun ko jgn pandang anjing tu..

boleh je ko nak travel cam aku, bajet je pun. cuma kena berani jela. tu je takde apa

Janggel July 19, 2011 at 12:10 AM  

Ok OK Aku insaf.

Anjing tu tak mati pon...cuma skg ni dia dah senyap tak menggonggong aku lagi. Alhamdulillah aman dunia aku.

InsyaAllah satu hari nanti sampai la aku ke siam naik ketapi.

ong gedek gedek November 3, 2012 at 8:26 PM  

ok.aku baru tau kewujudan blog ni.tapi aku nak gak mengomen kat sini.

aku penah gak backpack redah terjah kat thailand (cover krabi ngan bangkok je) thn 2010.jadinye aku sangatlah paham perasaan creepy tu sbb aku sorg2 dok dalam bilik yg lebih kurang sama dgn bilik ko ni.syukur aku takde censor mcm kwn2 ko.tapi bila masuk tu mmg rasa semacam la...org kata kalo kita dah rasa semacam tu mmg ada la tu maknenye..tapi aku belagak macho dan mmg amalkan mcm yg ko ckp.masuk bagi salam.pastu pulun baca majmu' assyarif + surah al-baqarah (yg sempat aje..huhu).lepas tu konpem aku pengsan sampai pagi!

Lavanduleae November 14, 2012 at 1:35 PM  

somtam bukan betik muda ker?

aku g hatyai 2011-august, restoran hamid x bukak langsung... 3 mlm kot kat situ, x jugak bukak... aku ingat da bungkos...

dok grand plaza otel... selepas mlm pertama tertipu dgn kemegahan hotel bernama regency...
haiyo... lobby nice, naik ke bilik2nya, tetiba rasa tgh belakon citer Dark Water....

frust x dpt g floating market...

anyway, Robinson kt hatyai, tapi kt malaysia, robinson kat The Gardens...

Ren April 10, 2013 at 10:57 PM  

Tkyah mkn kt Hamid... mahal situ... slalu ny org malaysia mkn situ sbb diorg slalu jejalan kt area lee garden jerr... ade satu tmpat yg rmai org islam thai berniaga... aku pon tk igt nama jalan... cm die jln otw nk g floating market... dekat ngan pejabat pos hat yai ngan roundabout...

nanie September 11, 2013 at 8:14 PM  

salam Fatt. beli tiket ketapi ke hatnyai tu, beli awal eh? saya nak g nov, kiranyer nak beli tiket train on9. tp apsal mcm tak ble eh? ker....awal sangat beli, sept ni? hehehh...

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP