Umrah : Dari Kuala Lumpur ke Madinah

June 30, 2011

Rasanya sementara ingatan aku masih bagus so ada baiknya aku menaip travelog ni sebelum aku terlupa. Aku harap travelog ni dapat mengisi jiwa yang kosong dan diri yang sentiasa tercari-cari tempat yang terbaik untuk mendapatkan ketenangan rohani dan hati. Tiada tempat lain sebaik tanah suci kota Makkah.

Travelog ini tak bermaksud untuk meninggi diri tapi sekadar berkongsi dengan rakan-rakan yang belum pernah ke sini atau yang masih belum terbuka hati untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah.

Apa yang akan aku persembahkan dalam travelog ni datang dari hati yang ikhlas dan segala bentuk gambar dan video yang aku rakamkan sepanjang berada di tanah suci ini bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk tapi sekadar berkongsi perasaan dan pengalaman aku dengan semua. Segala yang baik itu datang daripada-Nya dan yang buruk itu datang dari diri aku sendiri.

Intro

Ada beberapa persediaan yang perlu dibuat oleh bakal jemaah yang ingin melakukan umrah. Di antaranya ialah :

1. Menghadiri kursus umrah untuk mengetahui cara-cara melakukan tawaf, saie dan berihram serta pantang larang semasa berihram
2. Ambil suntikan. Nama suntikan tu aku dah lupe tapi benda ni wajib amik sebagai perlindungan dari jangkitan kuman
3. Visa umrah. Part ni tak perlu risau sebab travel agent akan uruskan semuanya
4. Mahram. Untuk jemaah lelaki takde masalah tapi selalunya soal mahram ni timbul kat jemaah wanita. Kalau yang pompuan tu mesti ada mahram/muhrim iaitu bapa/suami/adik beradik lelaki dan sewaktu dengannya sebab tau-tau jelah nak masuk Saudi Arabia (SAR) ni bukan macam pegi melancong ke Ostolia boleh masuk sensorang. So at least kena ada mahram. Aku nak ulas lelebih pasal isu mahram ni tak berapa reti, mungkin boleh tanya yang lebih pakar
5. Persediaan mental dan fizikal. Sebab di sini keadaan cuaca agak melampau, kalau panas tu memang extreme, sejuk pun lebih kurang sama. So kena sediakan bekalan ubat secukupnya dan jika perlu bawak ubat yang tertentu sila dapatkan surat pengesahan doktor
6. Duit. Matawang sini dipanggil Riyal. Duit Riyal ni lebih kurang macam RM jugak tapi nilai dia jauh lebih tinggi. Nak convert tak susah, aku just convert direct je untuk dapatkan nilai dalam RM. Contoh : SAR10 = RM10. Dan barang-barang di sini pada aku agak mahal serba serbi. Setin Coke SAR2, Pringles SAR9. Tak pitam dibuatnya?

Dan lain-lain info yang mungkin aku terlepas pandang. 


Hari Pertama : 14 Jun 2011

Hari yang mendebarkan untuk aku dah tiba. Aku masih ingat lagi sewaktu mak menyatakan hasratnya membawa kami sekeluarga ke tanah suci. Sebenarnya Mak dan Abah dah pernah ke sini melakukan ibadah Haji pada tahun 2001 dan pada waktu tu aku masih dalam tahun pertama di Universiti. Waktu mak tanya soalan tu aku memang tak ready dan bagitau yang aku takut. Mak tanya kenapa perlu takut? Aku kelu tiada jawapan. Aku pun tak pasti apa yang aku takutkan sebenarnya. Mungkin cerita yang aku dengar dari jemaah yang pulang dari sana semuanya ngeri belaka. Cerita berkisar tentang perbuatan yang dibayar cash saat menjejakkan kaki ke tanah haram. Aku akui aku bukanlah seorang yang alim dan warak. Aku cuma average muslim yang selalu buat salah dan dosa. Paling aku takut ialah waktu di tanah haram ni mulut kena jaga, hati kena bersih, kena kontrol marah. Aku akui part ni agak susah sebab macam yang aku tulis kat atas tadi, aku ni average muslim...kalau ada orang bawak kereta macam siput pun aku dah marah, camne aku nak tahan sabar?

Pagi tu kami bertolak seawal jam 5.30am untuk sampai di airport KLIA. Memandangkan hari tu hari orang bekerja jadi sebab itulah kami terpaksa keluar awal. Kami singgah sebentar di masjid yang terletak di laluan ke airport (aku tak ingat nama masjid tu) untuk solat subuh. Badan aku masih lagi letih sebab siang sebelum tu aku keluar pegi tukar duit dan cari barang last minute dan malam tu sambung lagi keluar cari barang yang tak cukup. Badan aku terasa seram sejuk macam nak demam. Ya Allah tolong la jangan kasik aku demam, susah nanti.

Setibanya di airport KLIA kelihatan semua ahli keluarga yang lain dah sampai. Waktu tu jam menunjukkan hampir 8am. Masih banyak masa sebab flight akan bertolak jam 12.45pm. Pegi awal ni pun sebab ada sesi taklimat oleh pihak yang menguruskan pakej umrah. Kami pergi breakfast dulu memandangkan masih banyak masa. Rombongan dari keluarga kami agak ramai, dalam 10 orang kesemuanya termasuk ahli keluarga aku dan saudara mara di pihak mak aku. Walaupun semuanya kategori makcik-makcik tapi makcik-makcik aku memang the best in the world sebab dorang ni jenis yang boleh dibawak bergurau. Dalam pada tu terselit sorang cousin yang rapat dengan aku, dari kecik kami rapat sampai la ke tua bangka. Hehe. Tak lama lagi ko dah nak menikah takleh le aku rapat dengan ko lagi, kannnn?

passport, arrival card, kad cucuk

Takde apa yang aku nak ceritakan sementara menunggu boarding call. Oleh kerana kami menggunakan khidmat travel agent, so semua urusan check-in dan bagasi dorang settlekan. Dan hari itu barulah aku dapat pegang balik passport, rasa seperti bernyawa semula. Time semak passport dan visa umrah tu berlaku sikit masalah bila visa umrah mak aku duplicate dengan visa makcik aku. Itupun terperasan waktu mak aku cek passport dia. Waktu tu aku tengok dia dah risau sebab tahu jelah kan, nak masuk Saudi Arabia ni kena ada visa, kalau takde alamatnya takleh masuk or worst case kena deport. So aku pun terus rasa berasap sebab travel agent ni tak buat kerja.

Aku cukup pantang orang buat kerja memain. Dahla kita bayar dia untuk servis tapi tak buat kerja. Mula-mula aku tanya kat sorang pekerja lelaki travel agency tu pastu dia sengih angkat bahu tak tahu sambil pointing kat kawan dia yang lain. Ikutkan marah aku itu jam rasanya nak hayun penumbuk ke muka dia sebab aku takleh handle lelaki camni. Nampak sangat jenis lelaki tak boleh diharap, jenis takde te**. Aku tanya sorang lagi staff pompuan travel agency tu, dia pun diam dan tundukkan muka. Hei pompuan ni aku lempang nanti ada yang masuk sepital sebab koma. Takleh blah tul dorang ni, makan gaji buta!

Waktu tu aku nekad kalau kata mak aku tak pegi, aku pun takkan pegi sebab aku tak boleh tinggalkan dia dalam keadaan begitu, totally not. Dalam perasaan marah bercampur bengang, aku jumpa superior dorang. Simple je soalan aku, "Kenapa you tak check semua visa before hand out kat kitaorang? I percaya you tak terima passport dari embassy harini. I need an explanation to this!". Memang dia tak boleh jawab soalan tu sebab terang-terangan dorang kantoi tak buat kerja. I was so pissed off with that travel agent sebab kita bagi duit bukan sekupang dua nak uruskan hal ni. The only word yang dia guna untuk convincekan kitaorang ialah, "Semuanya akan ok, Insya Allah". Oh my! Jangan sedapkan hati aku dengan kata-kata plastik. Bukan aku tak penah pegi negara-negara yang wajib ada visa. Grrrr!!

visa umrah efektif 30 hari dari tarikh approval

Aku tanya lagi, "Apa yang buat you rasa sangat confident yang mak i akan lepas  kat immigration nanti? You bukan orang embassy yang boleh I pegang kata-kata you. You boleh cakap sumenya ok tapi apa akan jadi kalau sangkut nanti?". Diam lagi. Aku bercakap pasal fakta, so tolong bagi aku 1 benda yang boleh aku pegang untuk rasa konfiden, faham? Badan aku yang memang dah sedia ada panas jadi semakin panas bila kena deal dengan orang yang buat kerja sambil lewa camni...hangin dibuatnya.

Dia pun sibuk calling tah sape-sape nak dapatkan kepastian tentang visa mak aku. Aku bet dia pun gelabah sebenarnya tapi terpaksa buat cool sebab kalau tak memang kena titik dengan aku. Itu jam aku dah terfikir in case mak aku deny entrance nanti siaplah surat lawyer bakal menyusul kat opis travel agent tu. This is not a monkey business sebab beberapa jam lagi flight nak take off. Mana sempat nak gi embassy untuk print new visa. Korang bleh paham tak anger aku itu jam?

Dia asik bagitau yang running number untuk visa tu tak sama, so benda tu bukan duplicate. Eh habistu gambar makcik aku dengan details dia dalam passport mak aku tu celah mana nak sorok? Obviously benda ni memang mistake yang silly. Lastly aku pun tunjuk contoh visa China yang penah aku buat dulu. Aku cakap pada dia running number is running number, TAPI passport details tu yang penting even benda tu duplicate pun tapi kalau passport number tu bukan hak orang tu memang salah le. At that time barulah dia sedar point yang dia cuba convince kat mak aku tu salah. So aku yang betulkan fakta dan akhirnya aku jugaklah yang mampu convince-kan mak aku. Waktu tu mata mak aku dah berair, makcik aku yang lain tolong tenangkan. Aku tak boleh nak kasik mak aku tenang waktu tu sebab aku tengah sirap. Memang betul la ini dugaan untuk kami sekeluarga terutama sekali mak aku sebab dialah orang yang berusaha untuk bawak kami semua ke Makkah tapi tiba-tiba begini pulak yang jadik.

Aku cakap pada mak kalau jadi apa-apa waktu di imigresen nanti aku akan stay all the way dengan dia regardless apa jugak yang jadi. Abah aku? Dia cool aje. Hampeh! Abah aku memang gitu, cool je. Agaknya memang pesen orang laki camni ye? Cuma dia suruh mak aku banyakkan berdoa semoga smooth masa tiba di sana nanti.

Lebih kurang jam 12pm kami pun bergerak melalui pemeriksaan kastam dan naik airport train untuk ke boarding hall yang terletak di bangunan yang berasingan. Semasa menunggu untuk masuk ke dalam perut kapal terbang tetiba aku perasan akan satu kelibat yang familiar. Peh! Hattan le! Wah ini memang betul-betul wasatiah sebab boleh balancekan dunia dan akhirat. Rasa macam baru kelmarin aku tengok muka dia dalam TV jadi pengadil untuk 1 rancangan melalak yang fofular di Msia (AF rasanya kalau tak silap aku). Ada lagi sorang artis pompuan yang aku nampak tapi nanti kendian aku cerita.

Selesai semuanya tau-tau je aku dah masuk dalam perut kapal terbang. Kami sekeluarga dapat seat sebaris dan pada waktu tu berlaku sedikit peristiwa lucu. Makcik aku yang sorang ni dari awal sampai ke hujung asik buat perut kami pecah dengan gelagat dia yang bersahaja. Makcik aku ni hidupnya di kampung dan itulah pertama kali dia merasa naik flight dan semua benda ni kiranya new experience untuk dia. Aku tak berniat nak gelakkan dia tapi kadang-kadang tu tindak tanduk dia memang lucu dan spontan.

Contohnya waktu kami semua dah duduk tapi dia masih lagi berdiri sambil pegang tiket di tangan. Aku tanya, "Kenapa tak simpan tiket tu?". Dia jawab, "Nanti pramugari nak check tiket!". Adoi...terburai gelak aku. "Ni bukan bas le Mak Eton, simpan je tiket tu buat kenang-kenangan".

chop umrah kat tiket flight

Tak lama lepas tu dia cakap, "Eh-eh sape pulak yang tertinggal majalah kat sini ekk?", sambil membelek majalah dalam poket di seat depan (walhal memang le majalah tu ada kat situ untuk dibaca). Terburai lagi gelak aku. Aku memang takleh nak kontrol kali ni sebab air muka dia selamba je, memang lurus betul makcik aku yang sorang ni.

Waktu flight nak take off aku tengok dia tenang walaupun tergambar sikit perasaan cuak. Aku suruh dia telan air liur untuk elakkan "pekak" sebab perbezaan tekanan udara tapi rupanya dia lagi bijak sebab dah telan cekelat dalam mulut. Hehe.

Dan mak aku, dia hanya berdiam diri dan muram. Aku risau jugak tapi aku convincekan dia Insya Allah ok sebab nombor passport ada atas visa, cuma gambar dengan details je lain so Insya Allah boleh lepas kat kastam nanti.

Mulanya aku plan nak layan movie Sanctum tapi pastu Sanctum ke mana, aku pun ke mana. Sedar pun waktu pramugari tanya nak makan apa. Perjalanan merentasi benua Asia ke Timur Tengah pada waktu ni hanya melibatkan waktu siang sebab perbezaan waktu di antara Msia (GMT+8) dan Saudi Arabia (GMT+3). So maksudnya kena kira backward (-5) waktu Msia untuk dapatkan waktu di Saudi Arabia.

Oleh kerana perjalanan kami memakan masa hampir 9 jam maka makan pun 2x. Waktu ni aku suap je makanan tanpa perasaan. Tak makan nanti lapar, kan?

semua ni aku sebat sampai licin
ini pun sama walaupun rasanya tahape-hape

Dalam kapal terbang waktu tu ada 2 kumpulan jemaah iaitu (1) terus ke Makkah untuk melakukan ibadah umrah dan (2) ke Madinah untuk berziarah sebelum ke Makkah untuk menunaikan umrah. Aku sekeluarga masuk dalam group nombor (2) sebab pakej kami ni pegi ke Madinah dulu untuk berziarah sebelum ke Makkah untuk melakukan umrah.

Sedang dalam perjalanan menghampiri SAR pilot pun buat pengumuman supaya jemaah yang akan melakukan umrah mula berniat ihram kerana kapal terbang sedang melalui kawasan miqat (tempat untuk berniat ihram) iaitu Yalamlam yang terletak sekitar 89km dari kota Makkah. Pada waktu ni para jemaah dah mengenakan pakaian ihram (untuk lelaki pakaian ihram ialah 2 kain yang tidak bertemu/berjahit) dan perempuan pula tak terbatas sama ada berkain telekung atau apa saja asalkan yang menutup aurat. Selepas berniat ihram bermulalah "tempoh berpantang" hingga selesai umrah di mana para jemaah hendaklah menjaga diri dari melakukan perkara yang boleh menyebabkan dam (denda). Nak tau apa pantang larang dalam ihram untuk kaum lelaki dan wanita silakan google.


Dari Jeddah ke Madinah

Tepat jam 4.30pm kami pun mendarat di airport Jeddah. Dari kapal terbang kami naik shuttle bus untuk ke airport terminal. Setelah menunggu giliran untuk melalui kastam akhirnya Alhamdulillah berkat doa semua ahli keluarga mak aku tak hadapi sebarang masalah saat melepasi kastam. Menangis dia waktu tu sebab rasa syukur dan aku pun rasa lega bila perkara yang paling merisaukan tu setel. Sementara menunggu wakil travel agent tiba, kami solat jamak (zohor dan asar) dulu dalam airport.

jemaah bersolat di ruang terbuka dalam airport Jeddah
airport Jeddah macam airport LCCT

Selesai solat, dah collect luggage, kami pun melalui pemeriksaan bagasi sebelum keluar dari airport. Fuh memang panas, membahang rasanya sampai rongga hidung ni terasa terik. Akhirnya bas yang ditunggu-tunggu pun tiba. Sambil menunggu orang loading luggage aku dengan jemaah yang lain pun masuk ke dalam bas. Alhamdulillah basnya selesa, ada ekon, seat pun boleh recline. Aku duduk sebelah mak aku, portnya tepi cermin. Bas kami pun bertolak meninggalkan kawasan airport menuju ke Madinah lebih kurang jam 6.30pm.

di luar airport. bumbung ni macam kat litar Sepang ek?
airport Jeddah sentiasa sibuk dengan para jemaah
bas di luar kawasan airport. aku takde info pasal tambang sebab guna pakej. sori!
klu baca merangkak-rangkak tu maknanya kena masuk kelas balik

Sebelum memulakan perjalanan kami baca doa semoga perjalanan ini diberkati Allah. Di sepanjang jalan takde apa yang menarik untuk dilihat kecuali padang pasir yang tandus dan berbatu-bata. Kalau berbukit pun bukit tu tak hijau macam bukit yang selalu aku lihat, memang batu 100%. Kat sini matahari gelincir lebih kurang sama waktunya macam di Msia cuma waktu matahari terbit lebih awal, seawal jam 5-5.30am. Oleh kerana sekarang dah masuk musim panas jadi waktu siang lebih panjang dari malam.

Mutawif (pembimbing) yang menguruskan jemaah kami bernama Ustaz Zul Ehsan, orang Msia. Umur dia aku tak tau tapi at first glance aku tengok macam lewat 20an. Tapi lepas aku tau dia ada anak umur 12 tahun aku pun konpius berapa umur dia yang sebenarnya. Ustaz Zul ni dah lama duduk di Makkah. At first place aku tak bajet pun dia ni dah kawin sebab tengok macam muda belia tapi dah hujung-hujung trip barulah aku tau dia dah ada family. Tapi ustaz ni sempoi, aku suka bila dengar dia bagi ceramah waktu dalam bas. Dia petah bercakap dan pengetahuan dia tentang Sirah Rasulullah memang tip top. Kalau dia bukak cerita pasal kisah Rasulullah dan para sahabat mesti melopong aku dengar sebab cerita-cerita tu menarik. Yelah, cerita pasal Rasulullah kan, mestilah menarik. Ape korang pikir aku nak cakap ustaz ni menarik ke??

Ok berbalik pada cerita kami dalam bas tadi, perjalanan dari Jeddah ke Madinah ni jauhnya lebih kurang 442km atau 6-7jam perjalanan. Memang jauh. Highway di SAR tak macam highway kat Msia. So bayangkan ada highway kat tetengah padang pasir yang tandus. Kat sini left-handed drive macam kat US dan jalan pun menyonsang tak macam kat Msia. At first aku selalu nak ternaik tangga bas kat sebelah kiri tapi lepas 2-3 kali naik bas barulah aku dapat tune yang tangga bas kat sini adalah di sebelah kanan. Memang mengelirukan.

Kami berhenti sebentar di R&R untuk solat jamak (magrib dan isyak) dan makan malam. Tak silap aku nama tempat ni ialah Wadi Hudaik. R&R kat sini pun tak macam kat Msia, tempat dia open space. Ada surau, restoran dan beberapa buah kedai dan stesen minyak. Semua bangunan ni terpisah di antara satu sama lain. Selepas solat kami pun makan. Ni pun kira first experience aku merasa makan Nasi Arab dalam talam share 6 orang, dah macam makan Nasi Ambeng rasanya. Yang pelik pasal makanan Arab ialah dorang takde bakat langsung dalam mempelbagaikan makanan....memang plain habis. Takde lauk kuah macam kita, totally kering kontang macam padang pasir. Memula aku tengok nasi dalam talam tu aku dah terpikir, kalau tercekik ni camne? Terus sumbat mineral water ke?

kalau chef wan tengok presentation makanan ni confirm dia pitam
takde joget padang fasir kat sini, jangan berangan!
Tapi alhamdulillah selera aku terbukak jugak malam tu sebab nasiknya sedap. Lapar punye pasal habis setalam nasik dengan semua lauk pauk dan cili padi. Kami pun menyambung baki perjalanan ke Madinah dan tiba pada jam 12am (tengah malam). Waktu ni badan aku dah betul-betul panas, sah aku demam. Selesai pembahagian bilik, kami pun check-in dan tido sementara menunggu waktu subuh yang masuk pada jam 3.43am.


bersambung....
.

26 comments:

aiyeen,  June 30, 2011 at 7:03 AM  

bila baca part mukadimah kat KLIA tu rasa berdebar + hangin gak kat agent gitu...cheh! dan sy pun teringat balik...sy ada sms Fatt pepagi tu kan..tengah hangin rupenyer...mujur tak tertempias kat sy..ahaks~ gurau jer..

anyway, terasa mcm sy pun dlm rombongan tu gak bila baca entry nih..klu awk berjaya wat smp lah cite balik Msia memang powerlaa...bertambah gigihla sy berdoa nak gi umrah pasni...

en_me June 30, 2011 at 7:40 AM  

alhamdulillah dan sonok kann dpt gi mekah dlm usia muda.. uhuhu

cik gold June 30, 2011 at 8:59 AM  

nasib baik mak fatt dapat lepas gak ye..hehe
memang rezeki dia nak ke sana lagi tu :)

fatt June 30, 2011 at 9:42 AM  

aiyeen,
keep on berdoa manalah tau ada rezeki awk pasni.. wallahualam. oh psl travel agent tu takdela nak campur aduk benda lain, tak sesuai pule. kan? sape2 pun takkan boleh tolerate benda camtu..totally ridiculous.


en_me,
alhamdulillah seronok jgk. tp tanggungjawab yg perlu digalas pastu pun makin besar. insya allah pasni rezeki awk pule


cik gold,
alhamdulillah. mgkin rezeki dia la tu. tp mmg betul kata org dugaan tu Allah akan bagi seawal kita di sini smpaila balik. sy sendiri pun kena duga masa kat sana cuma tak seteruk hal ni. jenis yg runcit2 aje, syukur

gadisBunga June 30, 2011 at 11:33 AM  

alamak. ko demam. cemana ni? aku lak saspen.

anyway, aku rasa ko punye cerita ni memang detail abis sampai dah boleh bayangkan semua walaupun aku sendiri tak sampai sana lagi.

n, aku rasa ko mesti mcm aku jugak. gila protective kat mak. sebab kdg2 ayah mcm cool terlebih sgt smpai nampak mcm tak kisah. duh~

*aku biasa2 je, takde taman lagi dala hati ni. cuma this lately aku rasa ada happy dan rasa bersyukur sebab ada org sayang dan care. tah...dah nak mati kot aku ni? :p

kemang~ June 30, 2011 at 12:16 PM  

alhamdulillah fatt syukur sis da bole jejak kaki kat sane..i wonder bila la sy nak pegi.. btw yesss ..i missed my flight and time tu rase nak gilaaa pon ade... kena bli tiket on da spot and serius jatuh miskin dah bulan ni.,.supposed duit tu nak guna tuk trip hatyai tp end up kena bli new tix on da spot..btw rase bsmangat sikit dah pas bace ayat2 motivasi sis bg..hihi.. mekasehhh :)

fatt June 30, 2011 at 1:14 PM  

gb,
hehe..tula..aku demam. memang mencabar jugak bila demam kat tmpt yg panasnya melampau.

aku saje tulis cerita ni details sbb niat nak share. mana tahu boleh bukakan hati sesiapa utk pegi ke rumah Allah. tu saja niat aku, insya Allah

mmg org laki pesen gitu ye, tp kalau cuak 24jam aku lak yg rimas sbb terlebih over dr pompuan. aku rasa sbb tulah kot Allah cipta kita ni balance..saling melengkapi. wallahualam

ps : dah ada org yg syg? apekah beliau itu ialah encik bos? oh tidak gb! tidak!! :P



kemang,
le camne leh jadi gitu? salah bc tiket ke? sbnrnya aku pun penah ada pglmn yg sama waktu di melben. time tu nak balik msia tapi aku salah tgk timing, rupanya flight aku dah berlepas malam sebelumnya sedangkan aku konfiden gile flight tu tengahari. it was my mistake tak tgk timing sbb dlm tiket tunjuk dalam mode 24hrs, bukan 12hrs. huhu. so i was stranded dalam airport dan clueless. penat panjat turun naik ke ofis flight berkenaan dan merayu some space utk balik ke msia. flight sbnrnya full keesokan hari but i was luck..dem lucky. dan rupanya peristiwa tu sbnrnya adalah sign yg something bad dlm life aku sedang berlaku dan waktu aku smpai di msia baru aku dpt tahu. and the rest is history

gadisBunga June 30, 2011 at 1:25 PM  

erk. encik bos? nightmare ok. tidak!!!!

❀aRaBeLLa❀ June 30, 2011 at 2:12 PM  

cepat sambung fattt..aku rase kat sana je baca entry ko..detail! eheh

fatt June 30, 2011 at 3:04 PM  

gb,
bukan eh? erkk sori salah teka! :P


ciela,
sat nooo!! aku pun tgh semput menaip ni. kang aku hapdet lagi

bee June 30, 2011 at 4:14 PM  

part paling mnyentuh perasaan aku fatt,.. tang tgk gmbr sigboard MADINAH tu... betapa iginnye hti nk smp jgk sna. klu smp mekah n tgk kaabah dgn mata sndri 1st time xthu la kn..sayu, gmbira msti brcmpur. xsbr nk bca entri ko part tu

fatt June 30, 2011 at 5:15 PM  

bee,
sama la bee, waktu aku smpai je sini otw dari jeddah ke madinah tgk signboard je pun hati aku dah sayu. bila tgk keliling tu padang pasir lagi rasa sayu sbb terfikir bagaimana Rasulullah berhijrah dari kota Makkah ke kota Madinah utk pertahankan Islam. tp aku ke Madinah dulu sbb nak ziarah Masjid Nabawi, makam Rasulullah dll. doa byk2 ye bee, mgkin pasni rezeki ko pulak. wallahualam

kemang~ June 30, 2011 at 7:41 PM  

fatt : ohh yeah? xpe ade hikmah la semua tu kannnn.. :) tq fatt, aku mmg kagum dengan ko, berani gila travel sorang2, tabik la fatt !

fatt June 30, 2011 at 9:08 PM  

kemang,
agaknyelah. glad indeed. kalau aku boleh ko mestila lagiiii boleh sbb ko lelaki, takde gangguan sexual. klu pmpuan ni mcm2 jgk dugaannya. klu aku ni lelaki (astaga mintak bebukan)..i mean, kalau, rasanya aku tak taule waktu ni aku ada kat ceruk dunia belah mana..stok lost forever la senang citer. siyes aku ckp. huhu~

kemang June 30, 2011 at 9:21 PM  

haha ye ke fatt..takpe kite kan budget traveller...hihi

wa June 30, 2011 at 9:22 PM  

fatt, suka baca travelogue kamu..happy travel..wa pon travelholic jugak :)

Ninie Hanis June 30, 2011 at 9:50 PM  

haa..dah keluo pun cite ni.part kat KLIA tu berasap gak kalau aku kat tempat ko.main2 eh kita byr mahal2.Tapi betul la,Allah kalau Dia izinkan memang segalanya smooth je.Alhamdulillah.

p/s empat lg ko amik gambau time solat berjemaah tu ye.hihi..pasni upload gambau sekitar makkatul mukaramah dan madinah al munawarah plak ye.

fatt July 1, 2011 at 2:03 PM  

kemang,
indeed!


wa,
tq. alhamdulillah, ada peluang apa salahnya kita keluar tgk tmpt org. happy travel too!


ninie,
tau takpe. tp nasib baik Allah bantu, mmg betul la org ckp dugaan tu akan bermula saat kita dari sini lagi.

ps : tu tah gmbr sape2 tgh solat, aku kan stok asal boleh je. haha. harap2 takde la tuan badan dlm gmbr tu yg perasan :P

Janggel July 19, 2011 at 4:25 PM  

Teringat zaman aku pegi umrah tahun 2008 dulu..memula tu memang nebes abes, maklumla manusia biasa yang oenuh dosa dan maksiat ...memang rasa diri ini kerdil. tapi alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.

Pasal hal visa mak ko tu aku rasa itu adalah ujian awal yang Allah berikan kepada ko sekeluarga, nak uji sejauh mana kesabaran korang menghadapi dugaan sebegitu. Alhamdulillah kan semuanya berjalan dengan baik. Bestje bila ko cakap bapak ko tenang masa tu, hehe laki memang macam tu, sebab dia tau semua tu ujian. :p

Aku dulu pon pergi Madinah dulu buat ziarah, tapi masatu aku rasa epot Jeddah tu tak le secantek dalam gambo ko tu, agaknya masa tu tengah renovation kot. Tapi memang time ko pegi umrah sama macam aku pergi dulu time musim panas. Dan selalunya musim panasla paling ramai orang mengerjakan umrah sebab time musim panas seluruh negara Arab sedang bercuti. Jadi orang2 arab dari luar Mekah dan Madinah akan datang mengerjakan umrah. Sebabtu sesak.

Ok panjang pulak aku membebel.
Nak sambung baca lagi.:p

fatt July 19, 2011 at 4:38 PM  

janggel,
seronok kan pegi umrah? aku rasa nak pegi lagi...rindu sgt. memula tu mcm ko ckpla takut sume serba serbi ada tp alhamdulillah sume ok.

aku penah bc psl dugaan2 yg allah bagi, dia akan uji dari sini sblm smpai sana pun ada. ada yg sampai balik kena uji..mcm2, tp tulah, mmg aku sirap dgn TA tu sbb overlook.

time aku gi tu dorg belum start cuti lagi, so aku selamat, kiranya lagi 2 minggu pastu baru dorg cuti. tp mmg panas betul ye musim panas kat sana. sakit hidung aku.

cerita aku ni sekerat jalan. baru sikit aku tulis. nti bln posa aku sambung. tak menang tgn la weh. hehe :)

Janggel July 19, 2011 at 7:45 PM  

Ha ah. Memang panas dia sangat hebat. Tapi alhamdulillah berangin. Bila time angin menghembus muka terasa bahang panasnya. Aku pon Siap pakai kain serban totop muka. Terasa seperti pedagang arab dah hhehee. Tapi masa aku pergi tu keliling masjidil haram tengah massive construction. Jadi bayangkan betapa gigihnya dedebu construction beterbangan di udara! Siap boleh tengok bangunan 15 tingkat dirobohkan peringkat-peringkat!

Bab makan paling best terutama bila pekena aiskrim mangga fuuh terangkat! Ko ada rasa x?

Eh terbebel lg pulak. Ok teruskan membelog pasal umrah ye!

fatt July 20, 2011 at 1:10 PM  

janggel,
aku rasa sbb tu la kot pompuan2 arab pakai purdah. rupanya bila dah tutup kain kat hidung rasa lega, klu tak perit gila sbb udara panas. tp aku masih tak dapat kesinambungan antara ta*k idung dgn panas..ada spesifik explanation tak psl kes ni? hahaha..seksa weh..salah je cara berdarah la hidung pastu. masa aku p pun tgh construction, tp dia tgh sibuk membina la, aku rasa time ko pegi tu dia meruntuh. dorg nak bagi lagi besau kwsn masjidil haram..pastu aku dgr cerita katanya nanti dorg nak besarkan lagi dan lagi dan lagi smpai sebesar2 yg boleh.

aku tak jumpa aiskrim mangga tp ada la try makan aiskrim kat kedai2 biasa tu. leh tahan mahal gak ye..nak dekat 3riyal utk small cup.

ko ada lgi ke perancangan nak buat umrah?

Janggel July 20, 2011 at 6:10 PM  

Betul2.
Sebenarnya kat sana banyak debu2 beterbangan tu yang banyak terhasilnya ta*k idong tu. heheh cukup saintifik tak penjelasan aku?

lagi satu bila cuaca panas, pembuluh darah senang mengembang dan mengakibatkan kita mudah terluka dan kerinng* pepandai je aku ni.

anyway mmg aku teringin nak pg sana lagi. menjdi tetamu Allah. Insyaallah kalau ada rezeki suatu hari nanti.

fatt July 20, 2011 at 11:38 PM  

janggel,
betul la tuh..aritu org TA ada ckp..huhuhu..
insya allah klu dah berhajat tu sekali kan dgn doa..mana tau. tp aku dgr AA nak bukak route gi jeddah...aim je yg tu..open je sambar le

Ely Hasrul August 23, 2011 at 6:17 PM  

sempat gelakkan makcik tu ekk hahahahha


papi kata kitorg bleh pg umrah kalu dh xdek utang. erkk bila tu yek.. diharap setahun dua nih.. insyaAllah

fatt August 24, 2011 at 12:46 AM  

ely,
gelak jek...rugi tahan2. hahaha

aku dgr citer katanya AA nak bukak route ke Jeddah...tunggu2 la alert kuar. klu dpt tiket flight murah, ground package boleh cari asing..no problem dgn yg tu. Insya Allah aku doakan hajat ko ke sana dimakbulkan :)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP