Masih lagi hari yang sama.
Aku tak tau kenapa haritu jugak hujan nak turun, tunggulah esok ke, dahla aku beli pass sehari je ni, arghh ruginya! Tapi bila aku tengok mamat kat sebelah aku ni, aku rasa mungkin semua ni ada hikmahnya. Heh!
Agak lama hujan turun pada waktu tu, ada la dekat 15 minit, kami tak dapat buat apa-apa melainkan bersembang. Aku tanya apa dia buat sampai 3 minggu kat Tasmania? Dia cakap dia buat woofing kat beberapa tempat dan dia cerita jenis kerja yang dia buat, macam potong rumput, bagi alpaca makan but mostly gardening/farming works. Kalau nak tau ape tu woofing, pegi gugel sebab aku malas nak cerita.
Pastu dia bukak cerita pasal kangaroo. Gaya dia bercerita pasal kangaroo sebijik macam budak kecik yang baru balik dari zoo. Comel. Ye aku faham dia excited sebab kat Germany takde kangaroo tapi aku pun suka gak kangaroo sebab haiwan tu unik dan comel. Dia tunjuk beberapa keping gambar kangaroo liar yang dia amik masa di Tasmania...punyalah banyak.
Hampir sejam kami berkeadaan begitu sambil melihat hujan yang seolah-olah takkan berenti. Hampir sejam tau...sejam! Aku rasa hujan ni gatal! #eh
30 minit selepas tu barulah hujan reda walaupun tak sepenuhnya. Kami amik keputusan untuk lari ke basikal dan memecut mencari tempat berteduh. Berhadapan dengan Baphuon temple ada sederet kedai. Aku terus memecut ke kedai untuk membeli poncho dan dia terus memecut ke kedai makan yang terletak di belakang. Selepas membayar (KHR3000) aku terus ke kedai makan sambil tersenyum menunjuk-nunjuk poncho yang baru dibeli. Aku suruh dia beli poncho memandangkan takde tanda-tanda yang hujan akan reda.
Dia mempelawa aku makan bersama tapi memandangkan aku dah kenyang, aku cuma order setin Coke yang harganya USD1.50. Peh, bocor poket! Sementara menunggu order tiba kami berborak lagi tapi kali ni lebih serius topiknya. Aku dah mula terasa semacam bila dia mintak izin nak tanya satu soalan.
Dia : Can I ask you something?
Dia buat dah....Aku cukup tak gemar kalau orang bagi mukhadimah gini sebab otomatik aku jadi gelabah
Aku : Erm...No. I just broke up. What about you?
Aku : I see. So you still being friend with her?
Dia : Yeah, we're still friends. We don't have any problem so I guess we're still friend. By the way can I know why you broke up with your ex?
Kami terus berborak sambil aku temankan dia makan. Aku tengok cara dia makan, I mean, cara dia sudu nasik, suap dan kunyah punyalah sopan tapi yang paling penting dia tak tinggal walau sebutir nasik kat atas pinggan. Giler arr mamat ni naik segan aku dengan dia, rasanya aku pun tak mampu nak makan sopan camtu. Ntah-ntah kontrol hensem, kannn?
Dia cakap kat aku dia suka makan nasik, kalau boleh breakfast dia prefer makan nasik dari makan roti. Aih pelik benau dia punya selera, kalah orang Asia. Katanya dia tak suka masakan barat sebab banyak guna daging dan roti. Most of the time lepas makan mesti sleepy, tak macam nasik, perut full tapi tak mengantuk lepas makan, itu kata dia lah. Walhal aku rasa kita ni pantang makan ape aje, lelagi nasi lemak, pastu mesti atas kelopak mata macam ada peti ais, berat gila. Lepas bayar bil kami singgah sekejap ke kedai sebab dia nak beli poncho. Aku tengok semua salesgirl kat situ tengok tak berkelip-kelip. Actually harga poncho tu USD1, tapi sebab aku tak cukup duit kecik so aku mintak diskaun, tu yang dapat KHR3000. Tapi yang aku sakit hati tu, waktu mamat ni beli, dia dapat lagi murah, KHR2500 je sebab masa tu duit kecik dia habis. Heeee...geram je aku kat salesgirl tu sebab senang gila mamat ni dapat murah. Ah ni taktik nak mengorat arr tu! Bila salesgirl tu suruh pilih poncho kaler apa, dia amik kaler kuning sebab katanya tu salah satu kaler pada bendera Germany. Patriotik gila!
Masa kami beredar dari kedai dia gelakkan aku sebab aku bayar KHR3000, dia bayar KHR2500. Ek eleh, takat diskaun 500 aku tak heran laaa!
Dia : (sambil ketawa) Hey I got cheaper than you!
Aku : Of course you did. But did you notice the way she look at you?
Dia : Nope. Why?
Aku : I think she likes you and that's why you got cheaper than me!
Dia : Really? What make you say that?
Aku : I think because you're....handsome?
*petir*
Dia : (senyum malu dan speechless)
Aku bantai gelak pastu. Seronok jugak buat dia blushing.
Lepas parking basikal, mangga, kami pun jalan ke
Baphuon temple. Honestly aku rasa ini bukan lagi macam tengok ancient ruins, tapi berat ke bercanda di tepian batu-bata sebab memasing dah tak boleh fokus asik ketawa-ketawa je.
 |
Baphuon Temple |
Kat Baphuon ni binaannya banyak yang dah terjejas, banyak batu-bata yang dah runtuh dan tak selamat untuk dipanjat. Tapi sebab kami ni degil, kami panjat jugak sampai ke atas. Nak panjat memang senang, tapi nak turun agak merbahaya. Sebab tu aku penah remind dalam entry sebelum ni kalau boleh pakailah sandal yang boleh grip, contohnya Teva sebab permukaan batu kat sini tak sekata dan agak moldy. Pakai sandal biasa memang tak cukup, silap haribulan boleh tergelincir, so pakailah Teva! (promote nih).
 |
errr...sebenarnya aku nak amik gambar batu tapi dia enterprem |
Masa on the way dari Baphuon temple ke parking basikal, hujan mula turun rintik-rintik. Oke, aku tau korang mesti kata kenapa setiap kali nak amik basikal je hujan turun, nak blah je hujan lebat. Masalahnya aku sendiri pun tak boleh nak bagi eksplenesyen yang tepat tentang fenomena ni. Tapi haritu memang hujan sepanjang hari, to be precise, lepas aku jumpa dia. Aku rasa dia ni bomoh hujan la...eh?
Aku cecepat sarung poncho tapi dia masih lagi terkial-kial dari tadi, walhal hujan dah lebat. Memula aku biarkan, tapi lepas aku tengok tangan dia keluar kat lubang kepala, aku surrender. Tak boleh blah dia ni, haih! Bila dia dah selamat pakai poncho dengan betul dia pun bersuara
Dia : I can't even wear a poncho by myself! It's embarrassing
Aku : Naaah...you don't have to
Dia : I mean.....gosh! But thanks a lot for helping me just now
Aku : It's ok, not a problem at all
Kami berteduh sekejap di dalam temple Baphuon dan bila hujan berhenti kami amik basikal dan bergerak menuju ke temple yang lain. Kali ni jarak temple sangat jauh, lebih kurang sejam berbasikal melalui sebatang jalan raya yang sunyi di tegah-tengah hutan. Mujurlah aku jumpa dia, kalau tak aku pun tak tau sama ada aku sanggup ke tak nak kayuh basikal kat tetengah hutan seorang diri. Tetiba aku rasa dia ni macam savior aku, cewah!
Kami berbasikal beriringan memandangkan jalan raya lengang, cuma sesekali bila lalu kereta atau tuk-tuk barulah salah seorang dari kami akan pergi ke depan (selalunya dia la, haha). Sebenarnya takleh kayuh basikal bersaing sebab bahaya, tapi sebab jalan tu lengang sebab tu kami buat, lagipun senang nak bersembang. Kalau sorang duduk depan, sorang kat belakang susah jugak nak dengar bijik butirnya. Kalau diingatkan balik, memang seronok waktu tu, mulalah terflash scene dalam citer Sembilu, cuma tinggal tak pakai baju sekolah je.
Tiba-tiba dia perlahankan basikal dan signal aku untuk berhenti
Aku : Why are you stopping?
Dia : It's monkey!!
Aku : What? Monkey? (cheh aku ingatkan amende tadi)
Aku tengok dia keluarkan kamera dari kocek dan tangkap gambar monyet-monyet tu. Muka dia jangan cerita...excited gila nampak monyet. So aku pun kayuh basikal ke sebelah dia dan tanya
Aku : Is this the first time you see monkey? (aku takut jugak nak tanya soalan ni, takut terguris)
Dia : Yeah...it's my first time....I mean....I've seen them on TV but this one is real!
*petir*
Ko memang sedeh
Dia : Hey, look! That one is holding the baby! (eksited gila dia waktu ni)
Aku : Yeah-yeah!! (aku cuba buat eksited takmo member kecewa)
Dalam 5 minit pastu barulah kami sambung naik basikal. Ok, sekarang aku dah tau yang dia suka monyet dan kangaroo. Ahaks~ Geleng kepala aku dengan dia ni...tapi aku rasa comel jugak bila tengok dia teruja camtu. Pastu aku pun bukak cerita kisah monyet-monyet Msia yang ganas, jenis kejar orang kalau nampak makanan, monyet-monyet kat sekolah/asrama/universiti yang suka pecah masuk bilik curi makanan, pastu kadang-kadang buat roadblock kat tangga. Aku cakap pada dia aku teringin nak tengok monyet Proboscis sebab hidung haiwan tu pelik.
Kemudian kami melalui satu kawasan yang mana ada sawah padi di kiri dan kanan. Oh ye, ada satu area kat dalam kawasan Angkor Wat ni yang tembus kawasan kampung. Kebetulan pada waktu tu ada beberapa locals tengah memukat ikan kat bendang/sawah. Kami berenti sebab dia teruja nak tau apa lelaki tu buat. Aku cerita kat dia yang dalam sawah ni ada ikan tapi dia tak caya. Dah tak percaya punya pasal so aku pinjam bakul ikan yang dah dipukat, aku tunjuk kat dia dan dia teruja. Camne nak cerita eh...ermm...bila kita dapat tengok expression orang yang baru first time jumpa benda-benda baru dalam hidup dia, kita sendiri boleh rasa camne dia happy. Aku pun happy jugak sebab aku dapat jadi sebahagian dari pengalaman pertama dia, ohsemmm!
Oleh kerana dia excited jumpa sawah padi, so dia mintak aku amikkan gambar.
 |
bang, senyum tu kasi lebau skit! |
Lepas amik gambar ni aku kata pasni letakla dalam fesbuk. To my surprise dia cakap dia takde fesbuk. Heh? Aku tanya kenapa, dia cakap dia takmo apa-apa info berkaitan dia ada dalam internet. Peh, macam perisik! Pelik betul la dia ni. Lepas tu kami sambung lagi perjalanan, memang jauh aku tak tipu, sejam! Pastu barulah giliran aku tanya dia soalan
Aku : I think we haven't introduce ourself yet
Kami tergelak sebab baru perasan. Dari tadi sembang, sangkut bawah pokok, berhujan bawah payung tapi nama belum tau.
Aku : So what is your name?
Dia : H******, and you?
Aku : I'm F*******
Dia : Is that a Malaysian name?
Aku : Yeah..I guess! Haha
Dia : You drink? (tetiba)
Aku : Nope, I don't drink
Dia : Why?
Aku : Because I'm a muslim
Dia : Ah, I see. But why there are some who drinks?
Aku : (haih soalan membunuh lagi) Hurm..well actually we can't take beers and so on. You see, there's a good and bad muslim, same goes to Catholic and other religions. Anyway, I'm not very good at giving opinion about this but sometimes people just do, you know?
Dia : It's okay, I understand. As long as being religious makes you a good person, I think that's all that matter.
Aku : So what about you? Are you Catholic?
Dia : Nope. I don't have belief
Dia : (angguk)
Aku : And what about your parents?
Dia : They too
Pada waktu tu aku terfikir gak dia ni racist ke apa, tapi tak. Walaupun dia seorang Atheist, tapi dia hormat kalau orang tu ada pegangan agama. Dan itulah kali pertama dan terakhir dia tanya aku pasal tu sebab bila kami hangout dia tak pernah paksa atau pelawa sebab respek.
Sedang kami melalui kawasan berbukit tetiba hujan turun lagi. So kami berenti tepi jalan dan pakai poncho. Kami teruskan berbasikal sampai jumpa 1 pokok besar dan berenti untuk berteduh memandangkan jalan agak berkabus.
Dia : Are you okay?
Aku : I'm ok but the weather is not good. I don't mind if we skip the other temples but not Ta Phrom because I heard that it's awesome.
Dia : If you wanted to go to Ta Phrom, then let's go! Don't worry about me coz I bought 3-days pass. I can come again tomorrow. I'm just worry about you because your only chance is today.
Aku : *sigh*
Dia : I think if we go now maybe we can make it before 5.30pm
So kami pun amik keputusan untuk meredah hujan memandangkan kami dah pakai poncho.
 |
on the way to Ta Phrom |
Sewaktu kami tiba di Ta Phrom aku tengok dia tercari-cari sesuatu di dalam kocek seluar. Aku tanya dia cari apa, dia cakap kunci basikal dia hilang. Ah sudah! Puas dia selongkar beg dan kocek seluar tapi masih tak jumpa. Aku agak benda tu tercicir waktu hujan lebat tadi. Aku bagi idea mangga sekali basikal tu memandangkan harapan nak jumpa agak tipis. Tetiba aku terpikir camne kan kalau dia tak jumpa aku?
Temple
Ta Phrom terletak jauh ke dalam, dari pos pengawal (sini dia nak cek pass masuk, so jangan hilangkan) kena jalan kaki lebih kurang 200m melalui denai sebelum sampai ke temple. Hampir sebahagian daripada struktur Ta Phrom runtuh dan terjejas teruk tapi sedang dalam proses baik pulih. Sekeliling kawasan temple ditumbuhi pokok-pokok yang besar dan akarnya melingkari struktur bangunan. Memang cantik, tapi dalam pada masa yang sama agak creepy. Tak ramai pelancong yang ada pada waktu tu memandangkan hari dah lewat petang dan kami pun cuba untuk cover secepat yang mungkin sebab nak tengok sunset.
 |
Ta Phrom |
 |
pokok Angelina Jolie |
Sedang kami memanjat batu-bata, tiba-tiba.....
Dia : Are you doing something tonite?
*petir*
Aku : Nope. Why?
Dalam hati aku dah boleh agak apa ayat yang seterusnya.
Dia : I would like to ask you out for dinner
*petir*
Betul ke ni? Ke aku yang pekak? Atau aku sedang bermimpi?
Dia : But if you have something to do.....(ayat tak sempat habis)
Aku : No, I'm not doing anything tonite so YES!
Dia : (senyum)
Okeh, aku tau ini cuma perlawaan biasa (kot?), tapi tak taulah kenapa dia punya debar macam nak pegi berperang.
bersambung.....
.