The Overland : Bangkok -> Aranyaprathet

July 11, 2011

Sambungan dari entry Bangkok (cont. Part 2)



Day 7 : 19 May 2011

Harini adalah hari yang paling mendebarkan sebab inilah kali pertama aku ke Cambodia. Hampir sebulan aku buat homework dan dapatkan sebanyak mungkin info berkaitan border crossing dari Thailand ke Cambodia atau lebih spesifiknya dari Aranyaprathet ke Poipet. Lebih kurang jam 5.30am aku bergerak menuju ke platform yang ditetapkan, tapi sebelum tu aku bertemu dengan petugas-petugas keretapi tersebut dan mengucapkan terima kasih kerana bagi aku ruang untuk berteduh malam tadi. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya.

so this is where i'm heading to
lengang
Memandangkan keretapi yang aku naik kali ni adalah 3rd class so semua penumpang bebas untuk duduk di mana-mana. Aku pilih tempat duduk di sebelah kanan, tak tau kenapa tapi baru aku perasan yang aku lebih cenderung untuk pilih seat di sebelah kanan, tak kira apa jenis kenderaan pun. Kebetulan? Mungkin.

Keadaan dalam keretapi memang bersih memancar-mancar walaupun sedikit old fashion, seat keras 90 darjah, kipas di siling dan tingkap yang terbuka luas. Mujur tak ramai orang ke Aranyaprathet, jadi bolehlah aku conquer seat di depan (motip nak melunjur kaki).

Tepat jam 5.55am keretapi pun bergerak meninggalkan stesen Hualompong dan menuju ke Aranyaprathet. Angin pada pagi tu sangat sejuk tetapi nyaman. Sambil melayan pemandangan matahari terbit aku keluarkan saki baki biskut yang kawan-kawan tinggalkan sebelum kami berpisah di Hadyai tempoh hari. Mujur ada biskut, kalau tak mati kelaparan aku pagi tu. Terima kasih Zilla dan Jijah....korang memang kawan yang sangat memahami  ^___^

Aku amik keputusan untuk tido sebab malam tadi aku tak boleh lena dengan nyenyak. Sekali sekala aku terjaga bila diganggu pegawai keretapi yang datang untuk memeriksa tiket. Suara-suara dari penjual yang lalu lalang dalam keretapi pun banyak "membantu" mengejutkan aku dari tido.

bye-bye Bangkok!
"kampungku sudah berjaya, pembangunan sekeliling,
ada jentera ada kereta proton saga,
sawah padi menguning"
peniaga yang berulang-alik di dalam gerabak
stesen keretapi koboi di kawasan pendalaman
hai cik abam, bukan main jauh termenung!
Setelah menempuh perjalanan selama hampir 6 jam (1/2 jam delay dari ETA), iaitu lebih kurang jam 12pm, akhirnya aku tiba di stesen keretapi Aranyaprathet. Ini adalah stesen yang terakhir dan semua orang akan turun di sini. Aku yang masih dalam keadaan terpinga-pinga tiba-tiba dihampiri oleh seorang petugas keretapi dan dia memberitahu aku yang keretapi sudah sampai di Aranyaprathet. Sedang aku sibuk mengambil barang di rak atas tempat duduk, datang seorang perempuan di tepi tingkap keretapi dan mungkin kerana dia nampak aku travel dengan sebuah backpack maka dia terus bercakap dalam bahasa Inggeris dan menawarkan perkhidmatan tuk-tuk ke border dengan bayaran sebanyak THB40.

THB40! Gila apa? Aku naik keretapi sejauh 255km dari Bangkok pun baru THB48. Tiba-tiba kau ofer aku naik tuk-tuk THB40 untuk jarak sejauh 15km? Lupakan!

Memandangkan aku dah tau tipu helah kat sini maka aku dah set dalam kepala that this one shall pass.

Aku keluar dari perut keretapi dan perempuan tu terus mengekori dan bercakap tanpa henti sampai naik tuli telinga aku dibuatnya. Tak cukup dengan tu, datang seorang lelaki di depan aku (seakan menghalang laluan aku) dan menawarkan perkhidmatan tuk-tuk ke border dengan bayaran yang lebih kurang sama.

Aku hanya diam, buat muka konfiden walhal ape pun aku tak tau sebab tempat ni baru bagi aku dan aku terus berjalan melepaskan diri dari gerombolan manusia tadi. Memang betul kata orang-orang yang penah ke sini, aku tak nafikan yang mereka (pemandu tuk-tuk dan motosikal) agak agresif dan mendesak. Aku rasa dorang pun bengang sebab aku buat pekak, langsung tak layan apa yang dorang cakap. Honestly nak buat expression tenang dalam situasi begitu bukanlah senang. Hati kena kering walaupun panas telinga dibuatnya.

Sebenarnya aku agak kecewa bila tak sempat nak amik gambar stesen keretapi ni disebabkan situasi yang tak mengizinkan (di ekori macam situasi seorang makwe yang tak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pakwe, boleh imagine tak?). Sekilas pandang rupa stesen keretapi Aranyaprathet ni cantik walaupun basic, bangunannya diperbuat daripada kayu dan kelihatan sangat oldskool.

Aku setuju bila sesetengah traveller berpendapat pengalaman berjalan di negara yang mundur dan konservatif lebih mencabar berbanding dengan pengalaman berjalan sorang diri di negara orang putih yang jauh lebih teratur dan civilize. Hanya orang yang pernah merasa saja boleh confirmkan fakta ni. Aku tak surprise kalau orang tu boleh jalan sorang diri kat Eropah, Australia atau New Zealand sebab manusia-manusia di situ lebih rileks dan semua kemudahan dah siap teratur depan mata berbanding negara yang baru membangun, politik tak stabil, masalah poverty yang ketara dan transportation yang tak pernahnya punctual. Kedua-dua ni tak boleh dibandingkan sebab terlalu ketara perbezaannya.

Bagaikan semut yang menghurung gula, lebih kurang begitulah situasi di stesen keretapi Aranyaprathet. Jika kau lulus di sini, Insya Allah kau boleh lulus untuk cabaran seterusnya.

Semua orang tau bila keretapi dari Bangkok datang, mesti penumpangnya nak pegi ke Cambodia, takde tempat lain (kecuali local) dan Aranyaprathet - Poipet ialah border crossing yang paling sibuk dan paling famous sekali di antara sempadan Thailand dan Cambodia. Oleh kerana trip keretapi dari Bangkok ke sini hanya 2 kali sehari, so itulah saja peluang bagi pemandu tuk-tuk dan motosikal mencari rezeki. Sebenarnya caj THB40 yang pemandu tuk-tuk cuba kenakan pada aku dah fair (ada jugak yang caj THB60), cuma aku kan cheapskate. Tapi kalau kau "kaya", kau boleh naik motor (bonceng kat belakang) terus ke border dan harganya cuma THB50.

So camne aku ke border? Menapak? Mengesot? Berguling?

Tetttt! Semua jawapan di atas tu salah. Kah kah kah. Jatuhlah saham aku kalau buat 3 benda di atas.

Kan tadi aku cerita aku jalan melintasi segerombolan pemandu tuk-tuk dan motosikal? Ok sambung. So aku berjalan sampai ke jalan besar dan tunggu kat tepi jalan. Waktu tu siyes aku mati kutu tak tau camne nak pegi ke border. Dari tempat aku berdiri boleh nampak scene di stesen keretapi yang tadinya kucar kacir dengan sekelip mata bertukar menjadi lengang. Semua penumpang keretapi dah takde, yang tinggal hanya saki baki pemandu motosikal dan tuk-tuk.

Waktu tu aku terasa sedikit cuak bila terpaksa berdiri di simpang jalan dalam suasana pekan Aranyaprathet yang lengang dan sunyi. Aku nampak signboard "Tourist Information" dan amik keputusan untuk ke tempat yang dimaksudkan iaitu di seberang jalan. Aku jenguk ke dalam kedai yang lebih mirip kepada sebuah restoran dan kelihatan seorang lelaki duduk di atas kerusi yang terletak di suatu sudut. Aku menyapa dan bertanyakan harga transport ke border. Dia cuba ketuk aku sebanyak THB90 untuk perkhidmatan motosikal ke sana. Aku menolak dan terus keluar dari kedai. Ape seh sume orang nak semelih ni? Apa dia ingat aku ni chop duit ke? Melihatkan reaksi aku terus dia turunkan harga jadi THB60. Ah gile, still mahal. Takpelah, terima kasih dan aku pun terus balik ke tempat yang aku berdiri tadi, di tepi jalan.

Kemudian lalu sebuah "bas" (jangan fikir bas di sini sama macam bas di Msia, totally lain) atau lebih mudah aku panggil sebagai "big tuk-tuk". Dalam hati aku berdoa mintak-mintakla bas ni menghala ke border. Aku angkat tangan dan melambai-lambai untuk dapatkan perhatian pemandunya dan bas itu pun berhenti. Aku sebut, "Border?" dan dia mengangguk lalu membuka pintu. Alhamdulillah, syukur! Wah, aku duduk kat seat depan la! Sebelah driver! Walaupun dalam hati perasaan risau dan runsing datang bergilir-gilir tapi aku hanya mampu berdoa semoga dia bawak aku ke destinasi yang betul.

jalanraya menuju ke sempadan
are we there yet? are we there yet? ARE WE THERE YET?

Perjalanan sejauh 15km dengan gaya pemanduan 50km/jam memang menduga iman. Aku rasa nak hijack bas ni sebab slow sangat. Mungkin driver tu feeling jadi pemandu pelancong bawak aku makan angin di Aranyaprathet kot! Aku cuba alihkan perhatian ke luar tingkap sambil melayan pemandangan. Suasana di sepanjang jalan menuju ke border memang tak menarik sebab kiri kanan hutan, rumah orang tu ada tapi kedudukannya agak jauh di antara satu sama lain. Aku perhatikan banyak signboard "Tourist Information" di sepanjang jalan....ah, ni memang scam. Tourist Information kat sini dah jadi macam Tourist Trap sebenarnya, jadi tolong elakkan.

Akhirnya bas yang aku naiki masuk ke suatu kawasan yang tertera signboard "Friendship Market Thailand - Cambodia". Ah sudah! Nape dia bawak aku pegi market pulak ni? Nak suruh aku shopping pulak ke? Seribu satu persoalan timbul di kepala hinggalah kenderaan tersebut berhenti di suatu kawasan di seberang kedai 7Eleven. Dia angguk pada aku, tu tandanya dah sampai. Aku pun tanya, "How much?". Waktu ni aku belum tau dia nak caj berapa but roughly aku assume around THB10-15. Dia panggil seorang perempuan yang boleh berbahasa Inggeris dan perempuan tu beritahu aku jumlah tambang yang perlu dibayar adalah THB15. So betul la assumption aku, lega!

ko tengok gaya pakcik ni pegang stereng, tertib!
so inilah dia rupa "bas" yang dimaksudkan, langsung takde rupa bas. sebab tu aku panggil "big tuktuk"
Aku pun turun dan bertanya kepada perempuan tadi arah untuk ke border. Dia menunjukkan aku ke satu arah sambil menyebut, "Straight". Agak mencabar untuk meneka apa yang dia cuba sampaikan sebab dia tak mampu bercakap dalam bahasa Inggeris dengan baik disebabkan oleh penggunaan perkataan yang agak terbatas. Aku ucapkan terima kasih dan berjalan menuju ke kedai 7Eleven. Aku yakin mesti ada staff 7E yang boleh berbahasa Inggeris. Sangkaan aku meleset bila budak di kaunter tak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Melihatkan aku yang bertanya dalam bahasa Inggeris (sebab at first dia cakap Thai dengan aku), so dia pun diam dan kemudian kawannya gelakkan dia. Hey, aku rasa nak penumbuk muka budak ni, geram! Kemudian datang seorang lelaki (aku saspek dia ni manager) yang boleh berbahasa Inggeris dan dia berikan aku direction untuk ke border. Oke kali ni direction ke border lebih clear berbanding direction yang diberikan oleh perempuan tadi.

Oleh kerana aku mengejar masa untuk sampai ke Siem Reap sebelum malam jadi aku tak sempat nak explore apa yang menarik di Friendship Market. Tapi waktu bas masuk ke kawasan ni aku sempat tengok scene yang boleh kita lihat jika pergi ke Bukit Kayu Hitam, lebih kurang jela. Ada orang meniaga baju bajan, selain dari tu aku tak pasti but based on the name itself (Friendship Market), aku rasa rata-rata peniaga kat sini adalah terdiri dari orang Thailand dan Kemboja.

7E yang kasik aku panas hati
Friendship Market

Aku keluar dari kedai 7E dan berjalan menyusuri jalan yang jaraknya lebih kurang 100m - 150m ke bangunan kastam Thailand. Kat sini kita boleh nampak ramai orang berjalan menuju ke arah yang sama, so just follow semua orang ni Insya Allah sampai. Rupa bangunan kastam Thailand lebih kurang macam bangunan kastam yang ada kat sempadan Malaysia - Thailand, tak banyak bezanya.

Teruskan berjalan sehingga nampak beberapa lorong di laluan berbumbung yang tertulis perkataan dalam huruf simbol yang aku pun tak faham,  "Thai" dan "Foreigner". Kalau kau orang Thai kau ikutlah lorong "Thai", tapi kalau kau kategori "lain-lain" kau ikutlah lorong "Foreigner". 

Selesai berjalan di lorong tu akan ada 1 pintu tinted kaler hitam, tolak pintu tu dan masuklah ke dalam (gile detail aku cerita, kalau takleh tangkap jugak tak taula). Kat dalam ni ialah tempat mengechop passport, beratur ikut line dan jangan lupa keluarkan departure card yang telah diisi waktu masuk ke Thailand sebelum tu. Selesai urusan di sempadan Thailand, keluar dan ikut saja lorong yang dinyatakan untuk melalui check-point kastam di Poipet, iaitu sempadan Cambodia.

bangunan kastam Thailand di sempadan Aranyaprathet
lalu kastam Thailand dulu
masuk ikut pintu ni nak menghadap kastam
selesai urusan chop passport dengan kastam Thailand maka boleh lah proceed

Nah, apa lagi....Welcome to Cambodia lah!!


bersambung...... Poipet - Siem Reap
.

28 comments:

Siti Nursyahidah Mohamad Khalil July 11, 2011 at 11:36 AM  

beraninya fat!!!!!!!!!!!!! kagum dgn awak!

hanie July 11, 2011 at 12:27 PM  

yeah. hati kena kering dan muka bajet tau semua jalan wlpun hakikat haram satu mende tak tau. kl tak..mcm hulur leher mintak disembelih la.. hahahaha

ZulDeanz July 11, 2011 at 12:52 PM  

Bestlaa jadi traveller macam ko... aku teringin juga cuma tidak berkemapuan hehehe...

fatt July 11, 2011 at 2:29 PM  

siti nursyahidah,
kdg2 ada gak terpikir camne leh jd berani tak tentu hala sbb time buat tu tak pikir



hanie,
hahaha...betul. biarlah nmpk bodoh sombong walau hakikatnya blur. klu tk wat gitu alamat mintak disembelih :))



zuldeanz,
aku tak kuarkan bajet yg beso utk trip ni. aku budget traveller je, sbb tu aku try keep everything cheap & affordable. ko pun boleh, tp kena start saving le

en_me July 11, 2011 at 2:57 PM  

wish me could go like that.. adventure kanns.. uhuhu

gadisBunga July 11, 2011 at 4:08 PM  

haha. aku pernah rasa cuak yg macam ko rasa lepas turun ketapi tu. bila dah lepas baru terfikir balik, 'eh, aku buat semua tu???'

station ketapi koboi tu cun. depa tak berenti amik orang eh?

fatt July 11, 2011 at 4:14 PM  

en_me,
tryla! at least sekali seumur hidup :)



gb,
pegi mana tu? tp seronok kan ada pglmn camtu? sbb benda2 ni yg sbnrnya menjadikan kita seorg yg berani.

ada org turun masa kat stesen keretapi tu. kalau tak mesti gegar gambar aku sbb keretapi ni laju~

anne July 11, 2011 at 11:54 PM  

i tgh nk keringkan hati ni, harap2 plan hujung thn ni berjaya lah.

betullah, pegi negara membangun sorang2 xde hal punya. semua cantik teratur, tp negara2 mcm ni cabaran mmg byk. muka kena confident, hati mau kering..

kemang~ July 12, 2011 at 1:13 AM  

cun ah fatt. bravo :D btw ko spend brape pegi aranyaprathet ni?

fatt July 12, 2011 at 4:33 AM  

anne,
plan ke mana tu anne? mesti nk pegi belah2 utara dari utara Msia ni :)

bak kata org, jauh pglmn luas pandangan. safe journey!



kemang,
err, ko tak baca eh? hehe~

kemang~ July 12, 2011 at 7:02 PM  

bace ah fatt, ko taiko traveller aku kan :). cume aku konfius, thb 48 = ? 4.80 kan? bangkok - aranyaprathet rm 4.80 la eh ?

fatt July 12, 2011 at 8:17 PM  

kemang,
bwahahaha~ :))

aah btol la tu..rough conversion je tu (tp duit thai mahal sikit dr duit kita dlm beberapa sen aje). murah kan naik ketapi? tp klu ko nak gi aranyaprathet tu klu ko nak cross ke cambodia. aku tak tau apa yg ada kat sana klu nak holiday..nothing than just a cowboy town rasanya. coz org pegi cni mmg main purpose utk cross border, nothing much

iina July 12, 2011 at 8:43 PM  

Wah kalau papan tourist information boleh ada sepanjang jalan.. muskil betul aku.. mesti semua tuh nak charge jek keje ye kan....

Seperti biasalah.. gbr org tido mesti ada ko ambik hahaha...

Apa pun aku salute ler.. tapi kalau tak harung semua tuh mana nak tahu kan ;)

fatt July 12, 2011 at 9:32 PM  

iina,
jap! jap! aku tergelak besau tau bila ko ckp psl gmbr org tido. hahaha...mmg dah jadi trademark aku la kot suka amik gmbr org tido. hahaha :))


tula..tu sume Tourist Trap. masuk je kedai mmg kena semelih. kalau dia nak semelih omputih takpe sbb duit dorg besau..klu nak semelih kita mmg tak patot la kan

kemang~ July 13, 2011 at 1:30 AM  

aah weii, murah gilosss tu ! meh aku copy ayat ko, the cheaper i spend, the happier i am :) hihi btw nak pggil ko akak lah, seems a bit rude aku ko ni, i'm younger than u kan, sis :)

THB48 damn much cheap , not bad for a long journey 255km :D

cik gold July 13, 2011 at 8:05 AM  

makanan ok ka kat sini?? senang ka cari?? ka bawak bekai??hehe

fatt July 13, 2011 at 11:24 AM  

kemang,
ya betul..the cheaper the better :)
errr...ko panggil jela apapun aku ok. rasa ko/aku pun ok sbb aku ni takla tua sgt. bwahahaha~



cik gold,
aku tak makan pun masa di aranyaprathet...ikat perut. some more nak rushing crossing border

Aspen July 13, 2011 at 11:44 AM  

really inspiring la you...

fatt July 13, 2011 at 6:17 PM  

aspen,
thanks. i hope so :)

SisHoney July 13, 2011 at 9:55 PM  

walau sesibuk mana pun sis,tetap nak masuk tgk update kat sini.awak mmg mengagumkan..teringin nak jd mcm ni...

KoQ July 13, 2011 at 11:07 PM  

wah...betul2 amazing race nih..

anne July 13, 2011 at 11:27 PM  

i plan nak explore thailand. starting point hatyai, end up kat chiang mai. pape pun still planning..
tks btw... :)

fatt July 14, 2011 at 9:21 AM  

sis honey,
tenkiu sis. sy ni kdg2 tu rajin, kdg2 tu malas jgk nak hapdet ni, sume tgk mood...hehe :)



koq,
nti ada rezeki kita amazing race sama kak cho! :P



anne,
chiang mai! sounds interesting. dgn ketapi ke? tak silap i sana tmpt dia sejuk sbb tanah tinggi. i tak penah lagi ada kwn pegi ke chiang mai, maybe u yg first. klu jadi i nak dgr ur experience about this place ok. all the best! :)

Bigdaddyz July 14, 2011 at 10:53 PM  

satu jer nak cakap....cemburu gila!

fatt July 15, 2011 at 5:18 AM  

bd,
dont be like dat maa...ni trip bajet je, u pun boleh try

Hamdan July 25, 2012 at 11:00 AM  

thanks for the tips. i'm leaving for Aranyaprathet-Poipet tomorrow, your blog had been useful and helpful. hope you enjoyed!

fatt August 16, 2012 at 3:28 AM  

hamdan,
glad to help. hope u will enjoy the trip!

paranoia September 4, 2012 at 9:24 AM  

as salam, aku dah lama x backpacking...last 2006, dari PATTAYA-BANGKOK-SURATTHANI-HAADYAI-K.LUMPO...aku ingat, 'refresh'kan diri ni balik,hehe...KO BANYAK DUIT EK? selalu travel..info ko amat menarik DAN KO MEMANG BUSUK!

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP