The Overland : Bangkok (cont. Part 1)

July 05, 2011

Sambungan dari entry sebelumnya.



Day 5 : 17 May 2011

Kalau masih ingat dalam entry sebelum ni aku ada mention yang aku jumpa 4 orang Cs'ers kan? So lepas makan lebih kurang pukul 9pm kami pun berpecah. Pada mulanya aku, Dian dan Mita plan nak pegi Patpong sebab memasing nak mengintai lady boy dan segala mak nenek kat situ tapi akhirnya kansel sebab waktu yang suntuk. Dorang berempat (Mita, Dian dan 2 budak Hong Kong) tu sume menginap kat area Khao San Rd kecuali aku dan oleh kerana aku kena balik sebelum last train pukul 11.30pm so terpaksalah kansel.

soal rasa lidah tak boleh tipu (read : tak sedapppp!!!)
salah satu di antara kedai halal di food court dalam MBK Center (tingkat 6)
makanan kat sini beli guna sistem kupon
Kami ke Khao San Rd dengan menaiki teksi dan jauhnya MBK Center ke sana lebih kurang 15-20 minit. Nak ke sini takde train (MRT dan BTS), kecuali naik bas, teksi atau tuk-tuk. Tambang teksi ikut meter dan kami kena THB60, lebih kurang RM6 untuk 3 orang, kira okay la tu.

Aku rasa mesti korang nak tau apa yang menarik kat Khao San Rd. Tak eh? Hah pedulik hape aku nak cerita jugak. Sebenarnya tempat ni sangat famous di kalangan backpackers. Boleh dikatakan majoriti backpackers yang suka melepak sini adalah terdiri daripada Europeans dan Americans. Kalau tanya aku nak duduk sini ke tak, jawapan aku ialah taknak sebab scene Khao San Rd ni saling tak tumpah macam Petaling Street waktu zaman sebelum di-upgrade. Aku tau kenapa Europeans dan Americans excited gile nak duduk sini. Sebabnya kat negara dorang takde scene Petaling Street sebab waktu malam kat sana scene nightlife dorang ape lagi kalau bukan pubs. Then bila dorang datang Bangkok dorang jadi peghak sikit sebab baru kenal dunia. Pernah ada omputih tanya aku KL tu camne? Jawapan aku KL tu sama je macam Bangkok. Apa je yang tak sama? Ladyboy ada (matilahhh aku kena perambat dengan ladyboy pasni), pasar malam ada, Pad Thai (kue teow goreng kalau di Msia) pun ada. Cuma tuk-tuk dengan floating market je yang takde, yang lain tu sume ada.

Peniaga-peniaga di Khao San Rd ni perangai dorang 2x5 dengan peniaga-peniaga kat Petaling Street. Aku rasa dorang ni adik beradik la, hehe. Sumenye stok samseng kampung dusun, jenis kalau ko tanya ko kena beli, kalau tak habisla ko kena maki. Aku tengok Dyas dan Mita agak teruja dengan scene kat situ sebab kat tempat dorang takde benda-benda ni. Tapi pada aku, waktu tu rasa macam tengah jalan-jalan kat Petaling Street. Nak kuarkan kamera amik gambar sebarang pun tak berani sebab ambiance yang tak mesra alam. Baru berenti depan kedai pun dah kena follow ke hulu ke hilir. Honestly aku cukup tak suka bila kena ekor camtu. Dari mood nak beli terus kansel. Tapi dalam pada takde mood tu 8 keping poskad aku beli termasuk dengan setem. Kegilaan aku terhadap poskad ni macam orang pompuan yang gila beli baju bila masuk dalam supermarket. Haa lebih kurang gitu la aku punya teruja. Benda lain aku tak kisah, tapi tak pada poskad.

teruja sungguh omputih dengan "pad thai" (atau kue teow goreng kalau di Msia)
nampak sedap tapi confirm tak halal
kalau tok kadi tido kita kejut suruh bangun!
aku curik-curik amik gambar walaupun tak boleh. hah, cakap je ko nak apa...lesen selam? student card?
sijil Harvard? Oxford? international driving license? semua ada...tapi aku tak berani tanya harga sebab takut kena marah
bengkrap? jangan risau sebab atm bergerak ada
sebijik rupa Petaling Street
aku bergambar dengan Dyas & Mita

Si Dyas ni kuat makan, baru tadi rasanya dia tibai nasik sepinggan tetiba camne aku tengok dia tengah cekik donut. Dia pelawa aku rasa, of course la aku tak menolak. Memang sedap, macam Big Apple. Kami pun jalan-jalan sampai ke hujung dan berenti di sebuah kedai pizza and to my surprise, dia beli pizza. Bela hantu raya ke ape dia ni tak berenti makan dari tadi? Bab halal tak halal tu memang aku ragu-ragu jugak sebab tengok macam sesuatu je. Dia ada offer tapi aku tolak sebab tak yakin.

Sebenarnya both Dyas dan Mita ni muslim, tapi aku tak berani nak komen lebih sebab entahlah. Ayam KFC pun dorang sebat masa kat sini, walhal setahu aku tak halal (based on info yang aku dapat dari sumber yang boleh dipercayai). Aku takle kata cam aku ni bagus serba-serbi, cuma aku akan cuba jaga sebaik mungkin tentang halal haram sebab benda camni bila timbul keraguan otomatik jadi haram. So either konfiden atau ragu-ragu. Once rasa ragu-ragu tu janganla makan. But kalau dah obvious sangat keraguan tu janganla pulak butakan mata dan telan. Okeh habis di sini tazkirah aku.

Aku tengok jam dan mintak diri sebab dah pukul 10.30pm. Kang ada yang menapak sebab kena tinggal BTS. Dari Khao San Rd ke stesen BTS aku naik bas, tambang just THB7 (atau RM0.70). Aku tak berani naik teksi sebab dah malam. Kang dia bawak aku pegi tempat lain matilahhh. Aku naik bas no. 16 dan turun di stesen BTS National Stadium. Selain dari bas no. 16, boleh naik bas no. 15 atau 47 dan bas-bas ni akan lalu di stesen BTS National Stadium dan shopping area di Silom. Setibanya di stesen BTS National Stadium, aku beli tiket ke stesen BTS Chong Nongsi dan dari situ aku kena menapak lebih kurang 5-6 minit untuk balik ke hostel. Honestly waktu ni rasa lain macam sebab lorong shortcut yang aku lalu tu sunyi, dahla cahaya pun samar-samar sebab takde lampu jalan. Waktu ni aku baca ayat Kursi dan surah 3 Kul berulang-ulang sebab rasa lain macam.

Alhamdulillah akhirnya aku berjaya sampai ke hostel dengan selamat. Aku pun masuk ke dalam dorm dan di sapa oleh seorang pompuan yang duduk di katil atas. Terkejut beruk aku dibuatnya, nasib baik tak mati keras. Oh rupanya tu rumet yang tak sempat aku jumpa masa check-in pagi tadi. Namanya Kaitlun (sebutnya Kaitlin), umur 23 tahun, dari Canada. Orang cantik (cantik sampai tokey We Bangkok ni ajak dia dating) dan peramah. Dia punya peramah sampai kering peluh kat baju aku, punya lama kami berborak. Dia pun travel solo tapi dia start dari Singapore, masuk ke Msia dan Thailand ikut jalan darat (overland) dan pastu katanya nak ke Laos. Rupanya dia amik short course selama 4 bulan di salah sebuah universiti di Spore dalam bidang photography. Photographer rupanya dia ni, hebat! Dia ajak aku naik ke roof sebab ada parti tonggang tapi aku mengelak cakap aku penat nak rehat. Dia pun malas nak naik sebenarnya sebab tengah siapkan kerja dia guna laptop. Haa..satu benda yang aku suka pasal WE Bangkok ni ialah wifi access dia boleh sampai ke dalam bilik. Cuma aku tak bawak laptop so kalau nak pakai internet aku kena turun kat communal area sebab di situ ada public pc.

Aku pun mintak diri pegi mandi sebab mata aku dah rabak, macam ada peti ais kat atas kelopak mata aku waktu tu. Selesai mandi aku masuk dan tengok dia masih ada atas katil, rasanya dia pun malas nak join parti tonggang tu. Sebenarnya aku tak penah bercerita bab agama kat sesapa yang aku kenal masa travel kecuali bila dia serius nak tau lebih detail pasal aku. Other than that selalunya aku akan refuse secara baik bila dipelawa sebegitu. Satu benda yang aku nak puji kat sini, bila sekali aku tolak tak pernah aku diajak untuk kali kedua. Kat sini aku boleh nampak value of respect sesama traveller. Dan benda ni habis kat situ, tak drag jauh. Aku rasa dorang pun boleh agak kenapa aku tak minum, cuma dorang tak tanya. Pernah aku tergelak bila one of my friend (dia omputih le) cakap camni, "You miss something good here". Hahaha....good lah sangat, takut aku. Setitik tu dah cukup untuk tolak amalan aku selama 40 hari. Sanggup?

Selesai tunaikan tanggungjawab kepada Ilahi aku pun tido. Dan malam tu aku tido dengan nyenyak sebab badan masih terasa sengal kesan dari seharian dalam keretapi. Esoknya aku plan nak jumpa Mita dan Dyas, kononnya nak explore semua wat (kuil) together-gather...tapi.....


bersambung....
.

16 comments:

en_me July 5, 2011 at 8:13 AM  

lady boy kat jalan haji taib pon banyak ghitewww.. ekeke

ZulDeanz July 5, 2011 at 9:02 AM  

Nak sangat tengok mina salleh yang comel tu....

Biqque July 5, 2011 at 9:11 AM  

tah bila tah nak gi bangkok...teringin tapi cam takut...tatau nape...

fatt July 5, 2011 at 11:27 AM  

en_me,
hahaha..ya betul! ada penah try tak amik gmbr dorg? ngeri kannnsss? meletop kamera amik gmbr dorg ni. ahaks



zuldean,
nape nak tgk dia? hahaha



biqque,
tak penah smpai cni lagi ke? dont worry it's safe. dah 2x smpai sini...orait je :)

Syahiddmilikku July 5, 2011 at 11:54 PM  

iron lady betol la korang nih...eh fatt, korang x de menghadapi masalah keselamatan since korang ladies backpackers kan? atau da simpan pepper spray dalam poket siap2?

fatt July 6, 2011 at 1:17 AM  

syahidd,
good question!

the truth is TAKDE! hohoho..apa yang aku buat cuma berdoa dan bertawakkal. mksd aku mmg aku byk berdoa tiap kali travel mintak Allah lindungi perjalanan ni dari pegi smpai balik. alhamdulillah so far aku tak penah lagi kena harrass kecuali ada 1 peristiwa masa di Ayutthaya. tu nanti aku cerita tp memang tu my first encounter sbnrnya. alhamdulillah i manage to dodge it!

aku takde pepper spray cuma aku tau skit2 martial arts. aku rasa sume pmpuan patut belajar martial arts sbb benda ni berguna bila ada org try amik kesempatan. paling kurang boleh bagi penumbuk besi. tu dah memadai. huhu

nuna July 6, 2011 at 9:28 AM  

aku tgk gambar rumah jim thomson.. teringat waktu aku pegi sana.. aku suka sgt rumah dia.. cantik.. kalu aku jejak kaki ke bangkok lagi aku akan pegi rumah dia lagi.....

fatt July 6, 2011 at 12:56 PM  

nuna,
i think u salah park komen le sbb entry JT kat atas. lol!

kannn? rumah dia mmg best gile sbb kayu jati & ambiance dlm rumah tu mix between traditional & modern contemporary...lovin it! :)

kemang~ July 6, 2011 at 1:12 PM  

fatt. tabik ngan ko haha. gila ah kalo aku pon pikir 2,3 kali nak pegi travel alone. btw ko dah naikkan smgt aku, kalo ko boleh, x kan aku x boleh kn? :D

fatt July 6, 2011 at 5:06 PM  

kemang,
alhamdulillah. terima kasih sbb rasa terinspirasi utk mencuba. jujurnya mmg mencabar travel sorg sbb semua benda -ve & +ve ko kena tanggung sendiri. travel sorg jgk mengajar ko erti sabar, belajar buat keputusan sendiri dan amik risiko dari kesan keputusan tersebut, buat ko jadi lebih berani, independent dan bagi ko peluang utk kenal org2 baru dan ajar ko jadi manusia berdikari dan lain2 lagi la yg bersangkutan.

of course ko akan rasa lonely, benda tu aku tak nafikan. tp cara utk ko keluar dari perasaan lonely tu ialah dgn berkenalan dgn org lain (buat ko jadi lebih peramah) dan percayalah, byk gile org2 yg interesting dan solo traveller yg senasib dgn ko (travel solo).

but above all, experience yg ko gali masa travel solo lah yg paling priceless dan mmg tak boleh ko compare lgsung dgn travel dgn kengkawan.

goodluck!

Janggel July 20, 2011 at 2:57 PM  

Jap aku kompius nikalau tak silap aku bukanke KFC kat thailand halal? Sebb masa aku pg Phuket tahun 2009 dulu diorg siap tunjuk sijil halal kat aku dan sijil tu digantung kat dinding. So halal ke tak eh?

fatt July 20, 2011 at 5:47 PM  

janggel,

good question!
sbnrnya...tak semua ada sijil halal, oni CERTAIN outlet saja. kat phuket tu mmg halal tp u have to confirm from time to time sbb jabatan agama kat thailand agak strict & dorg slalu buat checking utk pastikan status halal terjaga. ini menurut apa yg aku sembang dgn local.

once aku penah dgr cerita pasal kfc phuket tu, jap halal jap tak halal sbb ada kes 1x yg dorg (jbtn agama) pegi check kat tmpt semelih ayam and found out dorg pakai air letrek utk matikan ayam. so time tu sijil halal kena tarik. then pastu dpt balik sbb dorg follow rules...sng citer kan, setiap kali nak makan ko pegi tanya habis cerita.

yg kfc kat bangkok pulak aku tanya local muslim dia ckp tak halal. aku puna dasar senang je, klu aku rasa tak konfiden aku tak try, kalau aku konfiden aku makan. tp slalunya aku elak utk makan klu rasa ragu2. tp klu mc'd fillet aku makan je walau kat mana negara sbb aku penah sembang dgn org yg keja mekdi kat negara bukan islam ni, katanya peralatan yg dia guna utk masak setiap daging tu dorg separate, even tmsuk la dia punya penyepit, sudip bagai sbb dorg takmo taste dia bercampur2. minyak pun dorg pakai vege oil..so aku rasa konfiden skit dgn mekdi.

mcm kat nz, sama jgk, tak sume mekdi serve halal patty (daging burger). ada certain outlet je halal. aku tau halal sbb dpt cerita dr 3rd party yg kerja kat slaughterhouse yg daging semelih tu di hantar ke outlet mana.

Janggel July 20, 2011 at 6:18 PM  

oic kesimpulannya kalau nak makan tanya dulu la eh..ok noted. tq for the info.

Ely Hasrul August 23, 2011 at 6:04 PM  

pg area bo bae market tak? kt situ byk jual bulk item. cam pasar utk supplier tp aku xsuka la nk amik stok kt situ. quality very low tapi situ ade tmpt org islam. mesjid pon ade. satu gerai nih aku suka la pi mkn. baru2 nih pg situ lagik just for mkn. amik cm bese la selamba byk. patu teragak2 makcik tu nk charge. ape taknye 3org mkn rm30 kire mahal la kan tp mmg byk kitorg amik. patu makcik tu ckp 'small2 eat big2..' lahabau! aku xkomplen pon mahal xyah la ckp aku kuat mkn hahahha tp harga dia average la. bese2 mkn nasik sayur lauk 2-3 jenis dlm 3-4 hengget la sama cam kt sini..

Hulubalang May 21, 2012 at 12:49 PM  

hehehe tau mmg kalau ikut dh expired dh tp aku tetap nak komen :p pasal makanan ni aku ada pengalaman masa aku kat utara vietnam (border ngan china) dgn kaum dorang ni.....salah sorang (muslim la..) ni ajak aku breakfast (aku tiba tgh malam..so xtau apa2 lg pasal tempat tu)memula igtkan ada la makanan halal...mmg dh teruja dah...sekali bila sampai alamak!! makanan yg dijual cam org jual yong tau foo...ko pilih je la apa korang nak pastu dorang akan rebus dan campur ngan mee ngan sop (xtau sop apa) walaweeiii.... mmg nampak sedap terliur air liuq dia suruh aku pilih...tp aku menolak sbb x sanggup la aku....balik bilik aku rebus maggi ngan air panas...lagiii sedap kekekeke....

Ren April 11, 2013 at 4:45 AM  

Fake id tu member pernah buat taun 2008... dlm hrg 700thb... sebijik nmpak ori... die buat ic singapore... hahaha!!! Mmg tk suke khaosan sbb rmai sgt org asing. Pstu hrga jd mahal. Dan pub bising. Smpai ke bilik blh drg bunyi bising tu.

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP