The Overland : Bangkok (cont. Part 2)

July 07, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia


Terima kasih atas feedback yang diberikan dalam entry sebelum ni. Honestly aku rasa terharu sebab tak sangka ramai jugak yang komen termasuklah silent reader dan anonymous. So now aku tau korang exist! Hehehe...

Aku harap takde yang pikir aku tengah angin monsun barat daya bila tetiba tulis entry camtu. Sebenarnya dah lama aku tak tulis entry camtu, I mean, entry yang boleh aku communicate dengan readers. Aku suka bila dapat communicate dengan korang walaupun dalam blog saja. So thanks a lot untuk semua yang menyumbangkan feedback dan aku akan cuba improve writing dan tatabahasa aku yang obviously macam orang fail paper BM.

Travelogue The Overland akan habis tak lama lagi sebab dalam entry ni aku akan crossing border dari Thailand ke Cambodia dan lepas tu balik semula ke Malaysia. Apa yang menarik tentang trip ni ialah aku banyak gunakan keretapi sebagai mode pengangkutan selain dari bas dan lelain. The Overland itself explain maksud travelogue ni. Aku terfikir nak buat travelogue Umrah waktu bulan puasa nanti sebagai meraikan bulan Ramadhan yang penuh mulia dan semoga apa yang aku plan ni akan berjalan dengan lancar.

Oppss....aku lupa nak mention pasal travelogue Trans Java. Aku tak pasti samada ada orang yang perasan tapi dah lama aku tak sambung entry tu. Hahaha.... Aku tak sure korang ingat lagi ke tak pasal cerita tu. Insya Allah yang tu pun aku nak sambung once habis yang ni. So stay tuned!

Sambungan dari Part 2


Day 6 : 18 May 2011

Selesai mandi dan bersiap aku ucapkan terima kasih kat mamat receptionist WE Bangkok sebab bagi tumpang mandi. Aku berjalan kaki dari hostel ke stesen BTS Chong Nonsi dan waktu tu jam menunjukkan pukul 10pm. Aku dah tak banyak masa sebab aku kena naik 2 lrt sebelum sampai ke stesen keretapi. Dengan beg 32L dan sling bag, aku melangkah laju melalui lorong kecil yang menjadi jalan shortcut ke BTS. 

Dari BTS Chong Nonsi aku tukar ke MRT Silom (underground train) dan terus menghala ke Hualompong Train Station. Aku tiba di sana lebih kurang 30 minit kemudian. Agak cepat tapi lebih baik dari terlambat. Sewaktu melangkah masuk ke dalam stesen keretapi aku tengok ramai orang tido di kaki lima dan keadaan yang sama juga berlaku di dalam bangunan. Aku terus mencari kerusi untuk meletakkan beban yang tersangkut di bahu. Fuh, lega!

Di dalam bangunan stesen keretapi pula kelihatan orang tido di atas kerusi dan lantai, siap berkelambu lagi! (tapi sori aku takde gambar). Aku pulak masih tak pasti nak cari port tido di mana sebab kerusi yang aku duduk tu tak bersambung, memang tak boleh nak dibuat "katil".

Stesen Keretapi Hualompong
entah mana pegi mak bapak dorang ni. tak pasti sama ada tengah tunggu ketapi atau homeless

Waktu tu perut aku mula berkeruk-keruk minta diisi. Walaupun siang tadi aku dah makan nasi di food court dalam MBK Center tapi perut aku masih lapar. Aku tinggalkan beg di atas kerusi dan berjalan menuju ke convenience store yang terdapat di dalam bangunan keretapi. Tak pasti apa sebenarnya yang boleh di makan sebab aku tak boleh baca ingredient dalam bahasa Thai. Susah kan kalau pegi negara yang guna tulisan simbol? Aku capai sebekas mee maggi seafood dan tunjuk pada sorang pembantu kedai. Aku minta dia bacakan ingredients pada bungkusan tersebut. Dia cakap takde unsur-unsur cik bab. So okla, aku pun beli. Lepas bayar aku pun siram maggi tu dengan air panas dan balik semula ke kerusi. Beg aku masih di situ, selamat. Waktu aku tinggalkan beg memang aku tawakkal je, kalau kata dia nak hilang ke biarlah dia amik sume baju-baju busuk aku. Hahaha. Tak larat aku nak usung beg tu ke hulu ke hilir sebab berat dia macam seekor tenuk.

Bila maggi dah kembang aku pun cekik la, takkan nak tunggu maggi tu masuk sendiri dalam mulut? Lepas makan baru aku teringat yang aku belum solat, so aku terus mencari surau. Jangan tak tau, kat dalam bangunan stesen keretapi ni ada surau tau! Lokasinya di tingkat atas toilet (toilet/shower di bawah, atas tu ada surau). Ada 1 tangga yang besar di tengah-tengah ruang toilet/shower dan tangga ni menuju ke surau. Tapi surau kat dalam stesen keretapi ni agak daif. Aku tengok pun sedih sebab tak terurus tapi mujurlah aku bawak kain telekung sendiri. Lepas amik wudhu aku tunaikan solat dan selepas tu aku pun berdoa. Dalam berdoa tiba-tiba aku dihimpit rasa sayu bila teringat banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup aku sepanjang 1-2 tahun ni.

signage ke surau (sebelah kanan kaunter advanced ticket)
ruang solat wanita yang terbuka. lelaki punya tertutup la pulak..pelik!
tempah berwudhu

Aku tak boleh lemah sekarang sebab perjalanan masih jauh. Aku keluarkan surah Yasin yang sentiasa aku bawa ke mana-mana semasa travel dan baca. Setelah selesai aku pun berdoa kepada Allah semoga Dia memelihara aku dari segala musibah, dijauhkan dari manusia-manusia yang cuba mengambil kesempatan terhadap aku dan semoga perjalanan ini selamat hingga ke penghujungnya. Ameen~

Selesai semuanya aku kembali ke tempat duduk dan tepat jam 12am beberapa orang petugas stesen keretapi datang mengejutkan orang-orang yang sedang tido dan menyuruh mereka semua keluar. Ah sudah, apa pulak ni? Aku confuse waktu tu dan tiba-tiba lalu seorang petugas di sebelah kerusi dan terus aku menyapa

Aku : Excuse me. Where everybody's going?
Petugas : (untuk beberapa saat dia melihat aku dan cakap) Ermm...kita cakap Melayu la, senang. Dari mana ni?

Terkejut beruk aku dibuatnya sebab tak sangka masih ada orang yang boleh bercakap Melayu di tengah-tengah kota Bangkok. Yelah, kaler kulit kita sama sebab tu aku takleh nak teka dia ni orang apa. Some more we're Asian.

Aku : Erkk...awak boleh cakap Melayu ke?? (dalam nada teruja). Saya dari Malaysia
Petugas : Owhh dari Malaysia. Dulu saya kerja di Kolumpo 5 tahun. Awak sorang ke ni? Mana yang lain?
Aku : Ohh ye ke, patutla. Aah saya sorang je. Tunggu keretapi ke Aranyaprathet pagi esok
Petugas : Owh..keretapi pukul 5.55am tu. Awak nak pegi mana? Cambodia? Ni awak sorang je ke?? (lagi sekali dia tanya soalan yang sama)
Aku : Aah, saya nak ke Siem Reap dari Aranyaprathet. Sorang je, kenapa?
Petugas : Beraninya. Saya tak penah jumpa lagi pompuan travel sorang. Kalau omputih tu selalu la. Sebenarnya stesen keretapi ni tutup pukul 12am, sebab tu semua orang kena keluar
Aku : Erkk kalau camtu saya nak bersiap-siap keluar la sekarang
Petugas : Ehhh tak payah! Saya rasa awak duduk je kat dalam ni. Tak selamat kat luar tu, lagipun awak sorang. Kalau jadi apa-apa nanti susah
Aku : Eh betul ke ni?? (dalam hati dah terkinja-kinja sebab seronok). Terima kasih encik!
Petugas : Sama-sama

Petugas tu pun pegi sambung kerja menggerakkan orang bangun dari tido. Aku pun sambung duduk di kerusi sambil perhatikan sedikit demi sedikit manusia berlalu keluar dari bangunan stesen keretapi. Tiba-tiba dalam sekelip mata ruang di dalam bangunan keretapi yang sesak bertukar menjadi lengang. Hanya aku sorang saja yang ada di situ dan tiba-tiba perasaan cuak pun timbul. Dahla bangunan ni zaman dulu kala, mesti ada momok kat sini. Eeee~

Tiba-tiba lampu dalam bangunan stesen keretapi pun dipadamkan. Sebenarnya takla gelap sangat sebab masih ada cahaya samar-samar dari luar masuk ke dalam dan juga dari kedai-kedai di dalam bangunan stesen keretapi.

ini ruang hadapan di dalam bangunan stesen keretapi (selepas lights off)
ini pulak ruang tengah
yang ini ruang di belakang (eh apsal aku rasa macam dialog 3 Abdul?)

Aku cuba mencari kerusi yang lebih selesa untuk baring. Lebih kurang 15 minit lepas tu petugas tadi datang semula. Dia memperkenalkan dirinya sebagai "Ya" (sebutan baku) dan kami pun berbual. Banyak yang kami bualkan dan sedikit sebanyak aku dapat tau yang dia adalah seorang muslim yang berasal dari Yala dan dulu dia pernah bekerja sebagai pembantu kantin di UKM dan bekerja di beberapa tempat lain di sekitar Lembah Klang. Umurnya masih muda, dalam lingkungan 20-22 tahun (aku dah lupa) dan dia boleh berbahasa KL dengan lancar (bukan BM ek, tapi bahasa KL...haha). Ada 1 soalan yang Ya tanya buat aku rasa nak tesembur pada waktu tu.

Ya/Petugas : Dah ada boifren?
Aku : Apa punya soalan tetiba melencong ni? (dalam hati). Err, saya dah kawin!
Ya : Ooooo...kenapa tak jalan je dengan suami?
Aku : (terperangkap) Eh tak..saya dah tunang, bukan kawin. Tunang saya busy, lagipun dia tak suka jalan-jalan. Sebab tu saya jalan sorang
Ya : Ooooo..camtu. Ermm..kalau ada apa-apa nanti awak cari je saya kat sana. Kalau nak makan ke apa ke bagitau je nanti saya tolong belikan
Aku : OK, terima kasih banyak-banyak
Ya : Saya nak pegi tido dulu eh. Nanti pukul 3 lampu ni bukak balik sebab dorang nak bersihkan tempat ni. Awak takyah takut sebab ada orang kat dalam kedai tu (sambil pointing ke 1-2 kedai yang lampunya terpasang). Saya pegi dulu ye?
Aku : OK, terima kasih banyak-banyak sebab bagi saya tido kat dalam ni. Terima kasih sangat.

Lebih kurang gitulah dialog aku dengan Ya. Aku tak taula kenapa soalan "dah ada boifren" tu jadi soalan feveret stranger yang aku jumpa. Nampak loser sangat ke aku ni? Hey kalau aku ada boifren takdenye aku sensorang kat sini la!

Baru nak letakkan kepala tetiba datang lagi sorang petugas, kali ni memang pure orang Thai. Dia pun pungpang pungpang cakap Thai dengan aku. Aku reply dalam English dan bagitau yang Ya suruh aku duduk dalam ni. Kemudian datang Ya dan dia bercakap Thai dengan lelaki tu. Lelaki tu senyum dan mintak passport aku. Aku pun keluarkan dan tunjuk. Lepas tu dia cakap dalam English kalau ada apa-apa just contact no.hp dia (sambil bagi no.hp dia). Dia memperkenalkan diri sebagai "Ka". Apsal nama orang Thai ni pelik-pelik ek? Sume pendek kontot je. Kalau nama orang Msia punya la panjang berjela-jela sampai naik semput menyebutnya.

Aku cuba untuk lelapkan mata tapi tak mampu. Aku cuba tido-tido ayam hingga jam menunjukkan pukul 2.30am. Akhirnya aku pun duduk saja atas kerusi sambil menghitung waktu lampu dibuka. Kemudian dari jauh muncul kelibat seorang lelaki dan lelaki tu duduk di kerusi di depan aku sambil memperkenalkan dirinya sebagai sepupu kepada "Ya". Dia cuba untuk communicate dengan aku tapi terlalu banyak perkataan yang dia tak tahu dan akhirnya conversation kami tergantung. Barulah aku tau yang tak semua orang muslim di Yala mampu bercakap Melayu walaupun Yala agak dekat dengan sempadan Msia. Tapi aku puji sikap dia yang cuba untuk bercakap Melayu walaupun conversation kami agak terbatas disebabkan oleh masalah bahasa. Tapi yang aku tak faham tu kenapa soalan dah ada boifren jugak yang ditanya. Grrr!!!

Tak lama selepas tu, lebih kurang pukul 3am lampu di dalam bangunan keretapi pun dipasang. Hanya 40 minit selepas itu (selepas kerja pembersihan dilakukan) barulah pintu stesen keretapi di buka dan orang-orang yang berada di luar masuk ke dalam. Secara tiba-tiba suasana di dalam bangunan stesen keretapi bertukar menjadi bising. Aku beredar untuk mandi setelah jam menunjukkan pukul 4.30am. Perkhidmatan shower di sini dikenakan caj sebanyak THB20 dan condition showernya takla tip top mana, memadai untuk membersihkan diri.

selepas lampu dinyalakan. boleh buat gelanggang futsal
ruang belakang di dalam bangunan
kerusi-kerusi yang kelihatan kosong di mata kasar
operasi di sambung semula
orang ramai sedang menunggu keretapi

Mesti ada yang pikir kenapa aku tak duduk aje kat hostel berhampiran kawasan stesen keretapi. Sebenarnya ada banyak hostel di keliling stesen keretapi Hualompong cuma aku yang malas nak check-in. Boleh cuba duduk kat The Train Inn sebab masa tahun 2009 aku penah duduk situ. Since aku travel sorang sebab tu aku tak kisah tido kat memana sebab bukan aku tak penah tido kat atas lantai dan kerusi. Kalau aku travel dengan orang lain mungkin susah sikit la sebab selalunya dorang tak hati kering macam aku. 

Selesai mandi aku pun naik ke surau dan menunggu waktu subuh. Selesai subuh aku pun turun ke bawah dan beratur untuk membeli tiket ke Aranyaprathet (sempadan Thailand-Cambodia). Untuk pengetahuan sume, kaunter tiket dibuka pada jam 5am dan tiket ke destinasi ini hanya dijual pada hari travel-date. So maknanya takde advance ticket/perkhidmatan booking disediakan.

Setiap hari ada 2 trip keretapi dari Bangkok ke Aranyaprathet iaitu pada jam 5.55am dan 1.05pm. Aku advise kalau nak cuba route macam yang aku buat ni, cuba untuk naik train pagi pukul 5.55am sebab kalau amik train tengahari, bila sampai di Aranyaprathet kemungkinan besar tak sempat nak crossing border pada hari yang sama sebab border crossing tutup pukul 8pm dan resume semula keesokan hari pukul 7am. Bila dah naik keretapi tu pepaham jela yang dia takkan sampai sharp macam waktu yang tertera di atas tiket, so please allow 1-2 hours dari ETA. Harga tiket keretapi dari Bangkok ke Aranyaprathet ialah THB48 (RM4.80) untuk 3rd class (free seating, train ke sini takde kelas lain kecuali 3rd class saja). Pada aku harga ini terlalu murah untuk perjalanan selama 5.5 - 6 jam berbanding bas sebab daripada info yang aku dapat, harga bas dari Bangkok ke Aranyaprathet (naik di Northern Bus Station) average about THB200 dan tempoh perjalanan pun lebih kurang sama macam naik keretapi (dalam 4 - 5 jam).

tiket keretapi Bangkok - Aranyaprathet, THB48/RM4.80

So dengan 2 option ni bolehla pilih nak naik apa untuk sampai ke border, sama ada bas atau keretapi. Tapi kalau nak travel budget boleh pilih naik keretapi. Aku penah travel naik keretapi kat 3 buah negara (Indonesia, China dan Thailand) dan honestly pengalaman menaiki keretapi adalah pengalaman yang paling best aku penah rasa setakat ni jika dibandingkan dengan naik kapal terbang dan kenderaan darat yang lain.

Dengan ini tamatlah travelog Bangkok!


bersambung..... CAMBODIA!
.

29 comments:

❀aRaBeLLa❀ July 7, 2011 at 4:13 PM  

tergelak aku bile part 3 abdul tu..hamboi pakwe siam nak ngorat eh..ekekek

fatt July 7, 2011 at 5:19 PM  

payne,
for?



ciela,
kannn..kdg2 jadi blur nak letak caption ape. haku takmo la pakwe siam, nak yg mata hijo. chet!

Ninie Hanis July 7, 2011 at 7:17 PM  

mcm station London St Pancras la bentuk dia..sebijik.kes ko mengimbau kembali exactly the same,tido kat train station sebab nak amik train terawal ke paris.murah le katakan.tapi sejuk ya rabbi..

aku rasa Allah permudahkan setiap perjalanan ko,pas ko solat tadi mcm diberi perlindungan kan.

Niza July 7, 2011 at 10:39 PM  

hi fatt.. hehe berani betul yer.. kalau aku dah sorang2 tu mesti masa tu mcm menyesal dok fikir apalah keje aku buat sorang2 kat sini...apa pun jgn offended kut? dengan pertanyaan 'dah ada boipren' tu.. tu soklan lazim sebelum kena mengorat huhu ;)

Leez M. Saaid July 7, 2011 at 10:41 PM  

fatt...aku pun traveller mcm ko tp satu ajer yg aku tak boleh jadi mcm ko...travel sowang2 diri. Aku rasa mcm susah nak gerak...satu lagi aku boring xda geng nak borak. hehehe...kalau ada sowang lagi kawan aku ok ajer...
anyway....aku tak sabor nak baca sambungan citer ko...wat suspend jerkkkkk

fatt July 7, 2011 at 11:06 PM  

ninie,
yeke? aku rasa bole jadi jgk sbb king thailand ni ada byk jgk hbgn diplomatik dgn org eropah. dlm tunnel MRT otw ke Hualompong actually ada mcm display cerita2 sejarah keretapi kat negara ni & ada la gmbr2 dgn omputih mana tah but since u highlighted this...aku trpikir gak..maybe u're right :)

insya allah, i believe dat too. allah maha pengasih lagi maha penyayang :)



niza,
the reason aku berani sbb aku rasa yakin, buat homework skit2 pastu the rest aku just go with the flow. tp apa pun kena byk2 berdoa mintak pd Allah utk mudahkan sume perkara. at times aku rasa jgk lonely tp aku try being friendly & make friends..aku lagi seronok camni, sbb klu jln dlm group we tend to be among us & tak cuba nak mingle with other ppl. agree tak? aku bknnya apa niza, takut jgk org tanya soklan ada bf ke idak, takut dia move ke next step. so benda tu aku kena careful sikit esp bila aku travel sorg. kita tak tau apa dlm fikiran dia.



leez,
betul tu leez, tak sume org ada courage nak travel solo. sbb dlm fikiran kita dah set nti sunyi, nti ada mslh cane, nti jadi pape cane. sume benda tu mmg aku ada pkir tp aku try being optimistic, positive sehabis boleh. satu benda yg aku suka psl travel sorg ni ko akan rasa tak terikat utk buat keputusan. u're free to go wherever u like, whatever time u like, no waiting dan byk lagila masalah2 yg biasa timbul bila travel in group.

aku ada geng travel, we're enjoying each other's company very well. aku suka travel dgn dorg & they're the best travelmate i have so far. but sometimes aku suka jgk jln sorg, sbb experience dia lain dgn waktu aku jln dgn geng aku. not to say aku tak suka jln dgn dorg, but sometimes aku nak explore tmpt tu sendiri.

tryla sekali. nti ko akan faham apa yg aku mksdkan :)

Payne July 7, 2011 at 11:15 PM  

fatt, WOW sbb kagum with your lone ranger journey..+ the way you sharing exp. is very impressive. thumbs up

fatt July 7, 2011 at 11:40 PM  

payne,
at first i tot u spammers...lol! sorry okay :)

takde apa la payne, journey biasa je ni. segan aku nak bandingkan diri aku dgn org lain yg lagi hebat experiencenya. anyway thanks for coming back after ur first comment or else selamanya i akan ingt u ni spammers. hehe :)

anne July 7, 2011 at 11:54 PM  

lama i tak menyinggah, sekali jenguk punyalah byk entry. betol2 gear 5 engine turbo nih, hehe.

i rasa soklan pasal bf mmg soklan lazim utk solo traveller lah. to be safe selalunya jwpn mesti yes but yet depends on situation.

i like the way u share the experience, very details and the way u deliver the words very nice. i suka refer ur blog klau nak nak cari pape info. btw, trans java bila nak continue?

:)

Payne July 8, 2011 at 12:18 AM  

kakakaka..no worries mate :)

anyway

keep it up

fatt July 8, 2011 at 12:50 AM  

anne,
terpaksa anne, kalau tak nanti makin menimbun travelog yg tak siap and some more another trip is coming. so i tpksa guna enjin turbo. hehe :)

i would tell the person the truth kalau i rasa comfortable dgn dia and maybe after we talk longer and get to know each other better. org ckp pelan2 kayuh..hehe. anyway it's about the different between a man and a boy. so do u agree?

thanks for the opinion & compliment. too big for me to accept but thanks. trans java tu insya allah i akan cari masa utk tulis once i siapkan travelog ni. just stay tuned! :)



payne,
nice photo there. is it u? i always dream of doing some crazy stuff like dat. maybe one day :)

keep on coming mate! btw u sounded much like oz & nz ppl. i mean the "mate" thing.

sweet as~ (nz greeting) :)

aiyeen,  July 8, 2011 at 7:28 AM  

hebat dear!
jejaka2 tu nak ngorat sebenarnyer..yg lelaki ke 3 tu nama apa? RAYA kot..so jadiklah KAYA RAYA.. :P

klu sy mau nyorok bwh kerusi kot bila dh sorang2 dok kat dalam tuh. apapun sentiasa kena doa mintak perlindunganNYA & owez remember yg DIA sentiasa ada bersama kita...insya Allah.

next time klu ada peluang dok sorang2 dalam tu..bawaklah bola ke..roller blade ke..takdelah mati kutu dok berjam2...ngeee~

en_me July 8, 2011 at 7:50 AM  

baeknye pakcik tewww .. kanns

gadisBunga July 8, 2011 at 11:00 AM  

ape da soalan???

*masalahnya kalau jalan sorang2 ni mmg obvious takde boyfren ke? mueheheeh~

**surau dalam gambo tu...aku penah jumpa surau yg lagi daif dari tu kat dalam malausia ni tau!

fatt July 8, 2011 at 11:06 AM  

aiyeen,
Raya? roller blade? bola? i dont get the joke here. dah mlm so tido la apa lagi, nak men roller blade knp?

nak takut apa smpai dok bwh kerusi kalau yg kita perlu takut hanya Allah? Hantu tu pun hambaNya gak cam kita. in fact, kita ni khalifah bumi bkn dia.

anyway somebody told me u put a requirement that the hostel owner in indo must be a muslim. so i juz hv a question, owner hostel kat seoul aritu muslim gak ke? keh keh keh...beb, u cant please urself with everything bcoz if u want to become a traveller u must learn to fit in every situation that is not tailor made for u :)

if u cant put yourself in worst situation ever, just forget about being a backpacker, just get a travel agent to please you.

i may sound harsh but that's fact. nothing is sweet til u learn something from experience. u'll appreciate what i say in future :)



en_me,
baik ada makna tu me. hehe. dok eh aku saja guna dialog p.ramlee. hanya Allah sj yg mampu membalasnya :)

fatt July 8, 2011 at 11:25 AM  

gb,
kannn..lebih baik dia tanya aku benda lain. mslhnya nak ke aku pakwe siam???? (motip sentap tetiba)

ala gb, kat mesia mmg pun 2x5 jek. kdg2 tu aku pelik la dorg yg guna surau ni tak reti ke nak kemas balik kasi bersih, tu kan tmpt solat, tmpt mghadap tuhan...haih!

iina July 8, 2011 at 7:13 PM  

Weih.. hahahaha... ayat standard bila tgk pompuan jln sorg2.. mesti nak ngorat tuh.. klu cakap ko sorg takde bf sure.. confirm dah dapat no tepon hehehe..

kemang~ July 8, 2011 at 10:08 PM  

wow. hati kering la fatt nih. nak train diri jd brani mcm sis ah :D

*btw x nmpk ape2 mcm kt hatyai dulu ke? hihi

anne July 8, 2011 at 11:50 PM  

that's right fatt. if a boy ask the question, i tendency to be secretive. but depends how comfortable i am with that person. risau jgk nak reveal everything to stranger nih.. ye lah, anything can happen.

fatt July 9, 2011 at 8:10 AM  

iina,
simpang! risau aku klu org tanya lelebih ni. tp mmg kang aku tibai je nombor telepon sesapa..kah kah kah~



kemang,
buleh. ko terai la p thailand ni ha. cni syok je, selamat.

tak nmpk, tp bleh rasa.



anne,
yup u r right. kita pompuan ada 6th sense and our sense always right. naluri keibuan gitew...hehe

by.ya @ Traveller's Anatomy July 9, 2011 at 3:40 PM  

mmm, that's the thing about solo travelling kan? Many sort of challenge, physically & emotionally. It is always take more than courage to proceed to travel alone, it is our decision making that matters. Same goes to travel with partner.

On the road, i usually feel my spritual strength is put to test. So, with that I usually know myself better. So, keep travelling will ya?

Janggel July 20, 2011 at 8:07 PM  

ramai pakwe siam ngorat ko eh hehehe. tapi best la ko sebb berani sengsorang dalam stesen tu..kalau aku mesti dah pikir macam2..takpe tawakal je la kan.

tapi kalau aku sensorang pon memant takan check in hotel..aku lebih rela tido kat tepi2 bangku kat airpot atau stesen bas.

fatt July 20, 2011 at 11:27 PM  

byya,
i will keep on travelling coz it's my passion. everyday there must be something new to learn, new people, new experience and new challenge..whether u hv the heart to proceed of just walk away and get nothing.

travel taught me a lot about life and it change my way of thinking & decision making. i just love travelling :)



jangel,
kene hati2 weh, klu aku ckp single mmg susah le. tp syukurlah semuanya dipermudahkan Allah. selalunya bila aku travel sorg aku mmg tak kisah tido di mana, even kat epot pun aku layan...but alhamdulillah aku belum penah kena kacau & hopefully smpai bebila la..amin~

Faizal M Zain September 27, 2011 at 4:08 PM  

train station nya design ala2 kat europe sebegitu.

Khai November 16, 2011 at 9:25 PM  

salam

fatt, dh lama bce blog ni, tp tak pernah nk komen sbb tak rasa mcm nk travel lg.

tp bulan dpn aku plan nk g thai [harap banjir dah surut la time tu] and aku igt nk backpacking bajet travel mcm ko. Jujurnya, ni 1st time aku plan nak backpacking+gi oversea. sabah serawak pn xpernah lg sbb xde bajet. hehe.

so aku ada beberapa soalan nk tny. harap ko boleh tlg jawab :)...:

1. mcm ko travel dr kl ke bangkok ni, brapa overall bajet?

2. aku plan nk gi kl-hatyai-bangkok-chiang mai. max seminggu. so kalau aku nak bajet giler2 [kira semua 3rd kelas, ddk hotel murah etc], o rasa brape bajet aku kena ada?

3. setakat ni ada 2-3 member nk ikut. tp klau diorg tak jadi, aku igt nk belasah gi sorg. agak2, sbg 1st timer, boleh ke aku gi sana sorg?

4. soalan last. ko rasa elok aku bangkok-chiangmai ke bangkok cambodia mcm ko?

aku plan max seminggu je nak travel. thanks fatt!!

Fabulous Me May 2, 2012 at 3:53 PM  

Gile la scary! Ble bace ur experience ni ade la skali due cube berangan dgn keberanian yg nan hadoo.. Mak ai. U mmg gile babeng berani. Sure best sbb pgalaman byk gils..

Keep it up. :)
Thx for the bkk info anw!

zaffirin October 11, 2012 at 7:54 PM  

hi.. saya ni silent reader yg baru.. haha. info2 dlm ni sgt berguna utk saya yg nk bekpek nov 2012 ni. nk round indo-china countries for the 1st time. blog ni kadang2 klakar gak. keep up the good work.

ong gedek gedek November 3, 2012 at 9:32 PM  

soalan standard!!hahaha!...agaknya ayat wajib belajar bila belajar bahasa asing "dah ada boipren?"

*scary ok duduk sorg2 tgh2 mlm kat stesen ketapi yg gedabak!*

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP