The Overland : Bangkok (Part 2)

July 06, 2011

Sambungan dari entry sebelumnya.



Day 6 : 18 May 2011

Aku snooze jam berkali-kali walaupun sebenarnya aku dah lama terjaga dari tido. Entah kenapa terasa malas betul hari tu. Dapat sms dari Dyas, katanya semalam dorang balik lambat so pagi ni nak kuar lambat. Patutnya plan jumpa kat Grand Palace pukul 9am tapi postpone ke pukul 10am.

Aku bersiap malas dan terus pack semua barang sebab harini check-out. Waktu aku keluar Kate masih baring di atas katil. Dia tanya aku nak pegi mana, aku cakap nak check-out pastu pegi sightseeing temples. Dia cakap nak join dan kami berjanji untuk jumpa di pintu masuk Grand Palace around 11am.

Aku pun selesaikan urusan check-out dan tinggalkan barang di locker (free for guests). Memandangkan keretapi dari Bangkok ke Aranyaprathet (sempadan Thailand-Cambodia) akan bertolak jam 5.50am iaitu subuh esok, so ada baiknya kalau malam ni aku tido kat stesen keretapi. Aku sengaja letak beg di hostel sebab (1) free, kalau letak kat stesen keretapi kena caj THB70 untuk 1 beg, dan (2) aku nak shower free kat sini sebelum pegi ke stesen keretapi sebab kalau shower kat stesen keretapi kena bayar THB20. You can call me cheapskate, aku tak kisah. Selagi boleh cut budget, aku akan cut. Anyway, it's about being a smart traveller, not about being a cheapskate.


Chao Phraya River Cruise

Aku naik BTS dari stesen Chong Nonsi ke stesen Saphan Taksin dan di bawah stesen Saphan Taksin ada perkhidmatan boat menyusuri Sg. Chao Phraya. Tambang Chao Phraya Tourist Boat dari central pier (Sathorn) ke Maharaj pier (Grand Palace) adalah THB25 dan perjalanan memakan masa lebih kurang 30 minit. Jika berpeluang menjejakkan kaki ke Bangkok jangan lupa cuba benda ni oke. Walaupun keadaan Sg. Chao Phraya saling tak tumpah macam Sg. Kelang (kaler teh ais) tapi cuba jelah. Seperti yang penah kita belajar dalam subjek Geografi masa kat sekolah dulu, Sg. Chao Phraya adalah antara medium pengangkutan yang terpenting di negara ini dan sehingga kini ia masih lagi popular walaupun di tengah-tengah hiruk-pikuk kota Bangkok.

jeti Sathorn
tiket bot sehala ke Grand Palace
suasana di dalam bot
tak ingat ape nama temple ni
Wat Arun
benda menjalar yang banyak di sepanjang sungai
long tail boat
inilah rupa bot yang aku naik

Sewaktu di dalam boat aku memilih untuk duduk di sebelah kiri dan di sepanjang laluan menuju ke jeti Grand Palace, seorang guide akan buat commentary tentang bangunan-bangunan dan temple yang terletak di sepanjang Sg. Chao Phraya. Pada mulanya aku layan dengar tapi sebab dia banyak cakap merapu dan lawak dia berat ke lawak bodoh, so aku malas nak dengar. View di sepanjang sungai ni taklah menarik sangat pada mulanya, cuma waktu nak sampai ke Grand Palace kita boleh nampak Wat Arun di sebelah kiri sungai.

Turun saja di Maharaj pier, aku pun berjalan kaki mencari pintu masuk ke Grand Palace tapi disebabkan aku tersalah amik jalan so terpaksalah aku memusing jauh. Sebenarnya compund Grand Palace ni tersangatlah besar dan bukan semua pintu kita boleh masuk. Tapi dalam pada menyesat cari pintu masuk seronok jugak aku cuci mata kat kaki lima jalan sebab di sini ada antique market dan banyak barang-barang sekenhen dan pelik-pelik ada dijual di sini.

1001 macam benda pelik ada kat sini
gerak kaki lima di belakang Grand Palace

Wat Po

Sudahnya aku singgah dulu ke Wat Po sebab pintu masuk ke Grand Palace masih lagi jauh. Kat sini objek yang menjadi landmark ialah reclining Buddha iaitu patung Buddha yang baring mengiring. Waktu aku pegi tu dorang tengah buat restoration kat dalam tapi visitor still boleh masuk cuma aku yang tak berminat nak tengok. Tiket masuk untuk tengok reclining Buddha berharga THB50 dan tempat ni dibuka setiap hari antara jam 8am - 9pm. 

Kalau tak suka tengok patung-patung Buddha pun takpe sebab dalam compound Wat Po ni masih ada benda free yang menarik. Ada sebuah pintu kecil yang lead ke sebuah lagi wat tapi sorry aku tak dapat nak recall nama temple tu. Kat sini bolehla amik gambar semua temple. Pada aku ciri yang paling menarik pada sesebuah temple ialah pada bumbungnya so that would explain kenapa kebanyakan gambar aku hanya fokus pada bumbung. Other than that aku rasa lebih kurang sama. Bagi orang-orang yang tak berminat nak explore patung-patung Buddha aku rasa korang pasti enjoy sightseeing bangunan dan architecture.

ukiran bumbung yang teliti


pintu yang dimaksudkan

Grand Palace

Aku sms Dyas dan bertanyakan lokasi. Rupanya dorang baru nak masuk ke dalam Grand Palace. Since aku tak berminat nak explore palace tu so aku suruh dorang proceed. Kalau nak masuk dari tahun 2009 aku dah pegi masuk tapi tak tau kenapa aku tak berminat nak tengok tempat tu. Tapi kalau korang berminat, sediakan THB350 and Grand Palace is all yours.

Aku pun melepak di compund Grand Palace dan tunggu si Kate. Hampir pukul 1pm aku menunggu tapi dia tak muncul. Nak col kredit tak cukup, cuma boleh sms je. Dia pulak pakai nombor Spore lagi la tak membantu. Akhirnya aku decide duduk kat bawah 1 pokok yang penah jadi tempat aku berteduh dengan kengkawan masa trip Bangkok pada tahun 2009. Sambil duduk bawah pokok ni aku tulis poskad dan flashback kenangan trip pada waktu tu.

pintu masuk ke Grand Palace
Grand Palace di sebalik tembok
tuktuk yang sedang menunggu penumpang di hadapan Grand Palace

Aku menunggu di bawah pokok sampai jam menginjak ke angka 2pm. Akhirnya aku buat keputusan untuk beredar sebab rasanya mungkin si Kate dah pegi sebab patutnya kami jumpa kat situ pukul 11am tapi hampir 12.30pm baru aku nak terpacak. Nak buat camne sebab aku pun sesat sampai ke Wat Po!


Jim Thompson House

Aku pegi ke pier (jeti) dan naik boat ke Sathorn (central pier) dan dari situ aku naik BTS ke stesen National Stadium. Kali ni destinasi aku ialah Jim Thompson House. Dari stesen BTS National Stadium ke rumah Jim Thompson ni dekat, lebih kurang 5 minit berjalan kaki menyusuri Soi Kasem San 2. So apa yang menarik pasal Jim Thompson dan siapakah beliau?

ikut signboard ni
pintu masuk ke Jim Thompson House

Jim Thompson ialah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Thai silk ke mata dunia. Beliau ialah seorang bekas askar militari US yang telah dihantar untuk bertugas di Thailand semasa perang dunia kedua tetapi sewaktu beliau tiba di Thailand perang telah pun tamat dengan kekalahan di pihak Jepun. Namun pada tahun 1967 beliau telah hilang sewaktu pegi ke Cameron Highland dan perisitwa tersebut masih menjadi tanya tanya sehinggalah sekarang.

Ada orang kata yang Jim ni askar perisik US dan kehilangan beliau di dalam hutan di Cameron Highland ada kaitan dengan CIA. Entahla aku pun tak berapa pasti tapi sume tu tak mustahil, kan?

Bila berkunjung ke sini jangan lupa amik tour masuk ke dalam rumah Jim Thompson sebab rumah ni tersangatlah cantik dan ada banyak barang-barang antik milik beliau yang ditayangkan kepada pelawat. Tour ada dalam pelbagai bahasa termasuklah English dan masa yang diamik untuk pusing keliling rumah ni lebih kurang 10-15 minit bergantung pada keadaan. Jim Thompson House dibuka setiap hari dari jam 9am - 5pm dan last guided tour pada jam 5pm. Bayaran yang dikenakan pun murah, cuma THB100 (RM10). Cuma ada 1 benda yang aku tak best pasal tour ni iaitu tak boleh amik gambar dalam rumah!! Ciss!

cuma THB100/RM10, berbaloi-baloi!
Jim Thompson House


compound rumah Jim yang dikelilingi pokok
bunga lotus

Ada banyak cerita menarik yang tour guide kongsikan, di antaranya Jim Thompson percaya pada ramalan zodiak dan beliau dilahirkan pada tahun kuda. Menurut ramalan zodiak, sesiapa yang lahir pada tahun kuda akan jatuh sakit/growing weak pada usia 61 tahun. Ironinya Jim Thompson hilang dalam hutan di Cameron Highland pada tahun 1967 dan pada waktu tu usianya ialah 61 tahun! Misteri?

tour guide yang bertugas pada petang tu

Apa yang menarik minat aku tentang rumah ni ialah ia adalah gabungan daripada 6 buah rumah yang diperbuat daripada kayu jati dengan ciri-ciri Thai klasik dan rumah-rumah tersebut telah dibeli oleh beliau dari beberapa orang pemilik dan kesemua rumah tu telah dialihkan ke lokasi sekarang. Nak tau lebih lanjut tentang rumah tersebut boleh click sini.


Free Thai Boxing/Muay Thai Show

Dari sini aku kembali semula ke stesen BTS National Stadium dan berjalan kaki ke shopping area di Siam sebab jaraknya yang dekat. Waktu aku ralit di kedai TNF tetiba Mita sms dan ajak join gathering CS pukul 9pm tapi terpaksa ditolak sebab aku nak balik ke hostel untuk bersiap-siap ke Hualompong Train Station sebelum lrt terakhir. Aku jumpa Mita di depan MBK Center tapi waktu tu Dyas takde sebab malam tu dia pegi tengok cultural show. Dan kebetulan pada waktu tu ada show Muay Thai depan MBK Center dan yang paling best ialah show ni free dan ia diadakan pada setiap hari Rabu dari jam 6pm - 8.30pm. Show ni dibuat di kawasan terbuka dan dari atas jejambat BTS pun boleh tengok.

Ini adalah kali pertama aku menyaksikan show Muay Thai/Thai Boxing di depan mata. Sebelum ni aku hanya tengok dalam movie dan pengalaman ni sangat menarik sebab dorang bukan lawan olok-olok tapi real fight! Apa yang membuatkan fight tu bertambah menarik ialah sebab ada fighter omputih versus fighter Thai dan tak ketinggalan jugak fighters pompuan mengganas di atas stage.

apsal aku rasa muka dia ayu sangat hah? betul ke dia ni fighter?
(jangan menilai orang dari rupa parasnya. sekali dia hayun penumbuk berderai gigi)
peninju mat saleh yang gayanya berat ke bertinju dari bermuay thai
crowd boleh tahan
tempat berpencak
ritual sebelum memulakan perlawanan
huyoh ganas tuh!!!
cuba teka sape menang

Aku rekod banyak fights sampai naik full semua memori kad dan akhirnya terpaksa aku masuk ke dalam MBK Center dan beli memori kad baru. Alhamdulillah aku berjaya dapatkan memori kad yang harganya lebih kurang macam di Msia (4GB = THB250). Kedai lain semua harga double tapi entah camne aku ternampak kedai ni waktu dorang nak tutup. Memang dah tertulis rezeki aku agaknya, syukur! Oh ye, bideo pergaduhan sengit dan senget dorang akan di upload dalam entry lain. 

Aku dan Mita berpecah bila jam hampir menunjukkan 9pm dan aku terus pulang ke hostel untuk mandi dan bersiap-siap ke Hualompong Train Station sebelum tertinggal train (lrt) yang terakhir.


The Last Goodbye @ WE Bangkok

Tiba di hostel aku terserempak dengan Kate dan dia menjerit bila nampak aku. Katanya puas dia cari aku depan pintu Grand Palace tapi tak jumpa (memang la tak jumpa sebab aku sesat!). Sudahnya dia balik ke hostel dan tunggu aku di bilik (apa punye turr!!). Kate ajak aku keluar minum tapi terpaksa aku tolak sebab aku pun tengah gelabah kejarkan masa. Akhirnya aku dan dia bertukar-tukar alamat dan email dan Kate jugak menjemput aku ke rumahnya di Toronto sebab katanya selepas trip ke Laos dia akan terus balik ke Canada forever & ever. Oh too bad sebab aku ingat nak ajak dia turun Msia dan bawak dia pegi jenguk tempat-tempat yang menarik tapi oleh kerana kekangan masa so mungkin kami akan berjumpa lagi di lain waktu, Insya Allah.

Sebelum berpisah kami amik gambar bersama dan aku bagitau Kate jika aku berpeluang travel ke Canada aku akan singgah ke Toronto untuk melawat dia. Tapi tah bila zamannya aku pun tak tau. Kena tunggu AA bukak route ke sana la gamaknye.

amacam comel tak si Kate?

So that was Kate, salah seorang dari solo female traveller yang sempat aku kenal sewaktu berada di Bangkok selain dari Mita and Dyas dan kesemua mereka adalah di antara traveller yang cool yang pernah aku jumpa setakat ni. 


bersambung..... 
.

19 comments:

hanie July 6, 2011 at 9:38 AM  

lepas ni.don't mess with fatt..dia ade kawan pandai tomoi. hahahahaha

Traveller's Anatomy July 6, 2011 at 9:58 AM  

Masa i pegi Bagkok pun tak sempat g Grand Palace tu. Tapi if nak pegi lagi Bangkok saje2 tu tak tau la bila pulak. But I mmg enjoy river cruise tu.

So, u had your CS experience in Bangkok! Yay~~~

fatt July 6, 2011 at 12:53 PM  

hanie,
hahaha..yela tu. aku sendiri pun tetiba rasa nak buh penerajang kat orang pas tgk dorang bertomoi. hahahaha



byya,
yup ni kiranya my first CS experience & i really enjoyed it! :)

bila u pegi Bkk? i pegi 2 kali pun masih tak terbukak ati nak masuk GP, dunno la kenapa. mebi sbb bangunan dia tu lebih kurang sama & i rasa bosan tgk. hehe. yup, the river cruise best, tp rasa cam skjp sgt le

kemang~ July 6, 2011 at 1:10 PM  

huyoo fatt. jeles nih. kuat betol ko bjalan yer... siap tgok boxing lg tu..hihi..cool lah ko.. :D

gadisBunga July 6, 2011 at 1:58 PM  

kecik molek betul ko berbanding kate. heheh~

gadisBunga July 6, 2011 at 1:59 PM  

1 lagi - gambo kat sungai tu....terus aku terbayang cam citer tomb raider~

Anonymous,  July 6, 2011 at 2:58 PM  

fatt, am so happy that you can share your travelogue with us, your blog readers..
sbb looking back at your past entries (melbourne, nz trips and etc.), takde pun nak buat travelogue mcm skrg ni..
so detail and informative okay..
i likeeee..
in the past, you did write entries pasal tips on transportation etc..
but that was it..no super-long-post-with-information-overdose-in-chronological-order travelogue mcm skrg ni..
so why the change of heart? :)
i reaally don't mind the super long post of your travelogue..
keep them coming!

nur

fatt July 6, 2011 at 4:29 PM  

kemang,
benda tu free. kalau bayau tak koser aku nak p tgk. hahaha... :)



gb,
apakan daya dia makan cheese aku makan belacan :)

err ada adegan tomb raider ke kat sungai? aku lupa dah ni...hahahaha



nur,
thanks for this comment, at least someone notice the change in my blog over the past years.

now let me explain. well actually i haven't write any travelogue on nz bcoz i've been to nz couple of times, long before this blog exist. i couldn't really recall about it and that's the reason i just share things that i think would benefit others.

and about melbourne, that's the beginning of it. before dat i wrote super-short entry on my trips (if u ever come across perhentian post in here) and i decided to write longer for melbourne coz i want to try something new. but after that i ended up writing longer travelogue just like the one that you can read today.

so the change is because i feel like keeping my memories here forever (since i'm afraid i might forget what i did last time) inside the travelogue and i know it's veryyyyyyy long since it based on day-by-day activity...

yeah i know nobody is reading it but i don't mind since this blog is personally made up for me. but if my readers enjoying it, that is a compliment for me.

i've always com across so called "travel blog" but the info is not detail and sometimes there's not even an info at all, as simple as 1 entry and that is a total turn-off for me. so i observe and try to make a little changes by coming out with a blog like this.

i have about 157 (as of now) readers, but only 10% of them response here. i don't know about anonymous readers. last time i used to have the chatbox here but i removed it becoz i felt that it's not a tool for communication between me & people. so thanks a lot for this comment and i'm open to anything.

if you like something short like before i can do it. so no more dragging-post hahaha...what say u? :)

take care

fatt July 6, 2011 at 4:44 PM  

i've forgot to add.

i don't know but since i started to write a long travelogue like this, i notice a couple of travel-bloggers trying to improve their way of sharing and it's a bit embarrass to say that they actually "copy" my way of writing and for me, that's a good sign, an improvement in writing a travelogue. i like to inspire people and that is like an energy for me to keep on writing. hopefully it doesn't sound like "poyo" but honestly i feel happy about it.

salam.

gadisBunga July 6, 2011 at 5:26 PM  

fatt, aku mkn scones kat raju's strawberry farm. opposite equatorial. sedap beb. satu set rm12. consists of 2 scones n tea.

boss aku kabo tea n scones set kat cameron bharat teahouse rege dalam rm25 kot, but rasa dia aku tak tau sebab tak penah try. but for me yg dekat raju tu dah sedap dah~

n dont forget to buy their strawberry jam. aku dah byk kali beli jem kat CH tapi yg kat raju ni paling sedap aku rasa. nanti aku hapdet lagi dalam next entries~

Sarah Asshila July 6, 2011 at 8:57 PM  

Kak,jangan tulis pendek2..nanti tak syok baca..baru start dah abis..hehe..anyway,seronok tengok akak travel..one day,insya'allah ada rezeki saya nak travel satu dunia macam akak gak..tee hee..

Keep it up kak..:)

fatt July 6, 2011 at 10:27 PM  

gb,
wow mahai gilos! 2 ketui jah? mmg tak ckup utk perut aku..ekeke. ko nak tau punye berianya aku siap gugel resepi scones...nak buat la konon. esok aku nak cari bhn, nak terai..ekeke. but thanks for the info. definitely gonna try the one that u mentioned here! :D



sarah,
adik salah parking komen. ekekeke.. :P

bagus! yg penting niat dah ada, tunggu masa je nak execute. insya allah boleh buat jgk mcm yg akak buat ni. try pegi tmpt yg dekat2 dulu. pastu baru luaskan kwsn jajahan :D

goodluck!

gadisbunga July 7, 2011 at 9:09 AM  

beb, kalau dah buat scones tu ko jgn lupa taruk gambo.

aku pun nak buat sendirik scones sebab rindu CH punya pasal, boleh? hahaha!

Janggel July 20, 2011 at 7:51 PM  

santek giler la rumah si jim tu..mengidam aku nak rumah macam tu fatt....

fatt July 20, 2011 at 11:33 PM  

gb,
cerita scones disini...haha baru aku teringt..ekeke..scones aku tak jadi sbb tu segan nak letak gmbr :P



janggel,
buleh..ko bikin 1 tp jgn tetengah kl sbb tanah mahal. tp klu ko nak tau, modal buat umah kayu lagi mahaiii dari umah batu...aku pun teringin, tp dlm mimpi jelaaa

Hafizah Hassan October 29, 2011 at 2:48 PM  

Salam Fatt,

Heh.. i've been your silent reader for such a long time.. tp kali ni kene gak bersuara sbb nak tanya (malu bertanya sesat jalan :P)

Kalau nak lawat wat wat ni + jim thompson hse sempat ke nak buat 1/2 day? tgk wat wat tu takde le beria sgt kot. Planning a reverse trip from siem reap-bangkok-KL with sapa lg kalu bkn your cousin :)

fatt November 25, 2011 at 2:56 AM  

kak fizah,
AKAK SORI LAMBAT REPLY!!!! sy baru perasan ini komen T__T

alamak lama dah ke baca blog ni..malunya...hihihi..rahsia2 yek..nti pecah lobang :P

ok psl soalan tu, mmg boleh. sbnrnya klu tak masuk Grand Palace mmg boleh. sbb GP tu beso. wat2 lain mmg no problem just touch & go aje. sy pun tak brp into sgt dgn wat2 ni tp klu bdk2 archi mesti suka la kot esp bumbung2 dia. yg jim thompson tu tak lama, jap aje..tp make sure pegi pepagi buta le. pegi JT dulu ke pastu baru wat2 tu. sbb apa sy suggest gi JT dulu sbb timing dia dah set utk tour2 ni so kita bleh bajet masa. klu pusing2 wat ni mmg subject jgk..mgkin ada wat2 yg kita lepak lama, ada yg kita lepak sekejap. anyway klu nak tanya lagi bleh email je sy...no problem :)

Koqin Qaremo March 17, 2013 at 8:35 PM  

fatt..

segan lak nak publish pertanyaan ni. Hehe. Aku nak buat overland macam ko bulan 5 ni..orang buat overland dah lama kan.. tapi aku baru nak terhegeh2..tapi kalao aku nak masuk ke vietnam boleh tak? Any tips yang ko bleh share dengan aku...? visa ke ape ke.. bajet ke. Thanx...

Fatt March 17, 2013 at 9:12 PM  

koqin,
jangan segan2..klu malu bertanya sesat jalan. dak gitu? hehe

buat overland sampai vietnam buleh..infact sampai ke china pun buleh. masuk vietnam tak perlu visa sbb kita rakyat mesia (tak perlu visa). vietnam ni sama mcm cambodia, dorg pakai USD dan jgk matawang Vietnam Dong. klu gi vietnam ko bawak VND Dong byk2 pun ok, tapi prepare jgklah USD. bajet rasanya murah lagi cost dia vietnam esp penginapan (refer hostelwold, byk choice). aku tak tau ko nak pegi brp hari & apa aktiviti ko so aku takleh nak agak brp byk duit kena bawak.

tapi ko boleh agak2 sendiri lepas buat kira2 bajet penginapan, transport, entrance fees ke tempat2 berbayar (chu chi tunnel contohnya) dan shopping :)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP