The Overland : Poipet -> Siem Reap (cont. Part 1)

July 20, 2011

Aku tau korang dah cemuih baca cerita yang panjang berjela ni. Sabau jela yek. Hahaha...

Sambungan dari entry sebelum ni.


Day 7 : 19 May 2011

Masih lagi hari yang sama. Bas mula bergerak meninggalkan Poipet dan menuju ke Siem Reap. Kat sini jalanraya elok dan tak berlubang macam kat Msia, mungkin sebab tak banyak kenderaan. Kat sini dorang memandu sebelah kiri (left-handed driving). View di sepanjang jalan biasa je macam kalau kita pegi ke kawasan pendalaman di Msia : ada sawah, kerbau, lembu, rumah-rumah kampung dan sebagainya.

spotted this on the way to Siem Reap
Most of the time aku manfaatkan dengan tido sebab masih lagi kepenatan tapi terjaga sewaktu bas berhenti di sebuah restoran. Kalau diikutkan sebenarnya aku malas nak turun tapi sebab enjin bas dimatikan so kami takde pilihan melainkan terpaksa turun. Walaupun di paksa turun tapi boleh bilang dengan sebelah tangan orang yang makan dalam restoran tu, mungkin yang lain takut kena semelih. Sebenarnya ni semua taktik paksa kami turun sebab drebar bas dapat makan free kat sini. Cliché sangat!

(kiri) restoran tersebut, (kanan) drebar yang yang sengal haramjadah
Tak lama lepas tu barulah perjalanan di sambung balik dan kami sampai di Siem Reap jam 5.15pm (30 minit lebih awal dari ETA).

Pada waktu tu aku masih lagi tak pasti lokasi sebenar memandangkan sebelum tu aku tido tapi yang pastinya tempat tu agak terceruk dan jauh dari jalan besar. To be exact tempat ni macam padang/tanah lapang tapi yang pastinya bukan stesen bas. Yang aku bengang tu apsal dia tak turunkan kami kat tepi jalan? Sekurang-kurangnya senang nak tahan public transport ke hostel/hotel/guesthouse. Aku mula tak sedap hati dan rupa-rupanya ramai drebar tuk-tuk tengah menunggu di luar bas.

Pada waktu tu semua backpack yang diletakkan di seat belakang dikeluarkan satu persatu melalui tingkap dan "diagih-agihkan" kepada driver tuk-tuk dan seperti yang dijangka bagpack aku "selamat" jatuh ke tangan salah seorang daripada mereka. Belum sempat apa-apa drebar tuk-tuk letak USD3 ke pekan Siem Reap. USD3!! Mahal gile, nak semelih pun agak-agak le. Kalau convert mau RM9, baik aku naik teksi. "No, No. I don't want. Too expensive!", balas aku sambil amik backpack dari tangan dia. Tersentap agaknya dia pun cakap, "I can give you best price!". "It's OK because I get free ride from the guesthouse", aku matikan perbualan dan pegi dari situ sebelum dia berubah fikiran.

Sebenarnya bukan apa, kalau naik dengan dorang nanti dia bukan bawak pi guesthouse yang kita booking, dia melencong ke guesthouse lain sebab dorang nak dapat komisyen. Tapi kalau tak book lagi takpe sebab dorang tak memaksa. Kalau kita tak suka guesthouse yang dia bawak kita boleh request guesthouse lain. Pada aku benda ni bukanlah issue sebab dia cuba menolong, unless kalau dia paksa tu lainlah. Tapi kalau dah book tu cakap je dah bayar kat guesthouse tu so takde la dia memaksa.

Teringat aku perbualan dengan beberapa orang traveller yang aku jumpa di sepanjang trip ni, hampir kesemua akan cakap begini, "Everything is ok except for the tuk-tuks". So tak kisahla tuk-tuk kat Thailand atau Cambodia, aku rasa memana je memang perangai drebar tuk-tuk ni 2x5, stok nak semelih tourist je kejanya. Haih!

lorong yang dimaksudkan, waktu ni aku dah nak sampai ke jalan besar
dalam pada melarikan diri dari drebar tuktuk sempat lagi aku snap gambar, so paparazi!
Untuk 20 saat pertama aku rasa aman bila berjaya melepaskan diri dari disemelih tapi sangkaan aku meleset bila dia mengikut dan terus menerus memaksa aku. Kalau aku buat pekak ada yang ikut sampai ke jalan besar, so aku pun stop dan sound, "Lu ni tak paham ke? Kan tadi gua cakap yang gua dapat free pick-up. Pehal gua nak bayau kalau dapat yang free??". Eh silap, itu jam aku cakap bahasa omputih, saja translate untuk kesan dramatik. Aku tengok dia tergamam sikit, mungkin sebab muka aku dari madu berubah jadi singa di tambah pitching suara yang meninggi. Dorang ni memang kena buat garang baru takut agaknya.

Aku terus berjalan menuju ke jalan besar dan berenti di satu kedai. Aku bertanya arah kedai jual simkad sebab nak tepon guesthouse yang aku book 2 hari lepas untuk pick-up. Oleh sebab takde kedai telefon yang terdekat so ada sorang lelaki yang baik hati pinjamkan hp dia kepada aku. Setelah arrangment dibuat aku ucapkan terima kasih kepada pemilik hp dan bagi sikit upah (lebih kurang KHR2000) sebab aku rasa bersalah guna lama sangat, lagipun dia tolong bagi direction kat pemandu tuk-tuk kedudukan lokasi aku. Tak tau nak cakap camne tapi Alhamdulillah ada manusia baik hati yang sudi menolong aku pada waktu kritikal camni.

Aku pilih guesthouse ni sebab (1) free pick-up kalau stay min 2 mlm, (2) free wifi dalam bilik tapi kalau takde lappy pun ok sebab ada common pc, (3) location dalam pekan dan (4) review yang positif. Oleh kerana aku on budget (bawak USD100 je) so semua benda kena take into consideration dan aku perlu pilih hanya yang sesuai dengan bajet.

Setengah jam pastu tuk-tuk dari guesthouse pun sampai. Inilah kali pertama aku merasa naik tuk-tuk kat Cambodia dan pengalamannya sedikit berbeza sebab kenderaan tu sendiri. Rangka tuk-tuk di sini diperbuat daripada kayu dan tak attach sekali dengan motor (macam kereta kuda), amat berbeza dengan tuk-tuk di Bangkok dari segi rupa dan material (besi). Sebenarnya boleh tahan jauh jarak di antara tempat bas berenti dengan pekan Siem Reap, kalau naik tuk-tuk lebih kurang 10-15 minit, jalan kaki hampir 2 km rasanya.


aku buat sikit footage waktu naik tuk-tuk tapi kualiti low sebab guna kamera

tuktuk yang aku naiki ke guesthouse
Akhirnya aku sampai di guesthouse yang dimaksudkan iaitu Mandalay Inn. Rate 1 malam cuma USD6 (off season price, kalau peak season USD7) dan aku book untuk 3 malam. Bilik basic, katil bujang, TV yang ada macam-macam siaran, almari, kipas siling, 2 tingkap dan hot shower. Pada aku ini dah cukup luxury sebab selalunya aku cuma mampu duduk dorm (mampu? sadis gile ayat), so this one is more than enuff. Lokasi bilik aku ialah paling hujung di tingkat 3. Kat sini takde lif, mungkin sebab bangunan ni tak berapa tinggi (4 tingkat je tak silap aku) dan suasana dalam guesthouse agak suram sebab tak banyak lampu yang dipasang (menyahut seruan Earth Hour barangkali). Bukak je pintu bilik aku bagi salam, sekadar nak bagitau kat makhluk lain (kot-kot lah ada) yang mungkin duduk di situ tentang kedatangan aku.

Sebenarnya kat Siem Reap ni bangunannya sume rendah-rendah dan design bangunan sebelah menyebelah sume lain-lain. Ada kayu, batu, tinggi, rendah, kurus, tak berapa nak kurus (gemok) dan sebagainya.

bilik aku kat Mandalay Inn, cantek kann??

Lepas letak beg, aku pun bersihkan diri, solat, baca surah Yassin satu round sebelum amik keputusan untuk keluar ke pekan Siem Reap. Pada waktu tu hari dah gelap dan aku pun tak pasti ke mana nak tuju sebenarnya. So aku pun merayau-rayau tanpa tujuan sebab suasana malam di sini agak happening. Ada banyak kedai kat kaki lima yang menjual poskad, souvenir, buku Lonely Planet dan macam-macam lagi.

Aku singgah di salah sebuah kedai sebab tertarik dengan koleksi poskad yang dijual di situ. Harga sekeping poskad boleh tahan mahal, kalau yang cantik USD1, yang huduh sikit USD0.50. Aku beli beberapa keping, just ngam-ngam untuk aku dan 2-3 orang kawan rapat. Setem pun dia jual gak, harga standard untuk poskad international USD1 (beli kat sini atau pejabat pos tetap sama USD1). Cuma yang aku tak faham, bila aku jumlahkan harga kedua-dua keping setem (selalunya dia dah packing siap-siap untuk USD1), memang kurang dari USD1.

Aku takde specific explanation untuk ni, hanya orang pejabat pos yang boleh terangkan. Tapi sama ada korang beli setem kat kaki lima atau kat pejabat pos sekalipun, bendanya tetap sama (2 keping setem yang digroupkan sebagai setem USD1 tapi jumlah keduanya kurang dari USD1). Boleh faham tak apa yang aku cuba sampaikan? Oke, btw setem kat sini dalam currency KHR.

Tetiba aku tertarik dengan deretan buku Lonely Planet (LP) yang ada kat sebelah poskad, roughly harga untuk sebuah antara USD6 - USD10 bergantung pada tebal dan jenis. Of course ni bukan original LP tapi kualiti tetap sama, cover dengan content semuanya sama. Page kaler yang macam dalam original LP pun dorang bikin sebijik untuk pirate copy....pendek kata sama je macam original CUMA map yang dia photostat tu tak berapa cantik macam yang original, tapi still boleh nampak map tu, bukan tak nampak. Kalau korang tanya pendapat aku berbaloi ke tak membelinya jawapan aku mestilah berbaloi! Sebab ape, content sama. Buatpe bayau lebih untuk benda yang sama? Pedulik le original ke pirate sebab ia cuma sebuah buku. Aku rasa LP pun tak heran dorang buat pirate copy sebab dia pun dah untung banyak. Hahahaha. Aku sambar LP "Vietnam, Laos & Greater Mekong", tapi dalam ni ada gak cover southern part of Thailand macam Bangkok, Chiang Mai dan yang penting sekali aku dapat LP ni just for US5 instead of USD6. So do the calculation, tengok berapa banyak aku jimat (original copy more than RM100 oke!).

antara barangan yang boleh didapati di Night Market
pesta lampu liplap liplap
Jalan lagi sikit ke depan dan nampak satu lorong dengan lampu neon tergantung bertulis Siem Reap Night Market. Rupanya kat sini lagi happening sebab macam ada satu kawasan lebih kurang macam uptown yang dok bersepah-sepah kat KL tu. Aku pekena tawaf 1 kali pastu balik ke bilik, aku tawaf je tak beli apa. Tapi sebelum tu aku singgah beli "pancake", walhal roti canai je sebenarnya. Punya nipis macam kertas, nak kata sedap tu idak le sebab nipis macam kertas, cuma dia bubuh pisang hiris, pastu ada nutella sikit so boleh diterima la. Harga sekeping tak silap aku KHR3000, pada aku agak mahal sebab pipih melayang.

(kiri) dressing lelaki kat sini cenderung ke Jon Travolta Saturday Night Fever
(kanan) roti yang pipih melayang digulung untuk efek tebal, silap mata barangkali
Kalau tengok bideo klip kat atas aku ada sebut nak pegi cari kedai halal kan? Ko tengok ke tak ni? Mesti tak le tu, nyampesss! Oke, setelah aku pegi ke restoran tu aku sedikit kecewa sebab harga dia macam nak pegi haji. Sepinggan nasik USD11!! so terpaksa la aku skip restoran tu. Malam tu kiranya aku layan roti pipih dengan roti keping calit coki-coki yang aku bawak dari Bangkok. Sadis...kalau mak aku tau maunya itu jam jugak dia kirim lauk dalam mangkuk tingkat pakai kurier. Huhuhu~


bersambung..... (ke Angkor Wat dan bertemu dengan jeng jeng jeng....)
.

21 comments:

MasZuber July 20, 2011 at 1:55 PM  

ok, aku x sabar tunggu entry yg ade byk citer pasal jeng jeng jeng..

huhuhuu

hanie July 20, 2011 at 2:21 PM  

nostalgia basikal merah letteeeeww.. hahaah

Yan July 20, 2011 at 2:44 PM  

fun betul lah yr life cam ni.. i wish i cud do this again..

Biqque July 20, 2011 at 3:37 PM  

alamak...best plak rasanya bila teringat siem reap...i tak brapa suka phnom penh :D

fatt July 20, 2011 at 5:04 PM  

mas,
cerita jeng jeng jeng ni dah berkurun kan aku simpan. akhirnya....ahaks~ :P



hanie,
bukanle. nostalgia beskal silver sebelum ia menjadi beskal merah..kah kah kah :P



kak yan,
cuba terai sekali kak, as anniversary wedding ke. mesti memori daun pisang pastu...hehehe :)



biqque,
yup i think SR best. i memula nak gi PP tp i kansel sbb i pun rasa PP tak best

iina July 20, 2011 at 5:28 PM  

Tgk roti gulung tuh teringat roti tisu yang nipis gak.. yelah kdg2 klu dah travel makan mana yang dapat jelah kan.. kalaua da yg halal tapi mahal giler pun susah gak..

Dgn jeng.. jeng tuh yg nak dengar cite ;)

fatt July 20, 2011 at 9:54 PM  

iina,
roti tisu takpe iina...sedap. yg ni alahai...rasa nak bergaduh bila makan, buat taik gigi je boleh le..hehe

jeng jeng tu otw...insya allah secepat yg buleh :)

anne July 20, 2011 at 10:11 PM  

sungguh tak best tang drebar bas & tuk2, tak jauh bezanya dgn kat indo. tp guesthouse tu baguslah, murah plak tu.

ehemm.. jeng jeng tu punyalah lama u peram, hehe.. btw, mana pegi pop up window utk comment box u? :)

kemang~ July 20, 2011 at 10:12 PM  

nostalgia tayar belakang meletup sambil keciwa takleh tengok sunset..wakakaa

Lily Riani July 20, 2011 at 11:50 PM  

bump into your blog from biqque... hehehhe... leh add another one in my list! woohoo

Ninie Hanis July 21, 2011 at 3:01 AM  

member aku org kemboja (you-know-who_ pegi cambodia melawat relatives dia kt sana.kata dia pengalaman takleh lupa naik pengangkutan macam motor ramai2 (mcm 3,4 org 1 moto) atas jalanraya.pastu kat simpang walaupun takde traffic lights masing2 mcm tau nak bg jalan kat sapa,takde eksiden.Yeke?

kesiannya tak terpaksa berlapo ye?biasalah kalau kt negara org yg susah cr halal itulah bayarannya kan?nak mewahkan perut mmg susah la.kenapa tak bwk serunding/megi atau beli roti?ko patut bekal serunding nak travel lama2 cmni.

p/s teringat dulu gi swiss aku siap bawak nasi impit,mkn dgn serunding.kekeke

fatt July 21, 2011 at 7:34 AM  

anne,
haha..popup comment tadi saja try yg embeded..susah eh wat gitu?

kat cni klu ikutkan murah, cuma jgn convert. but for me tak logik sbb ni bukan Australia/US...so to me it's illogical. huhu~

i phm yg dorg cari rezeki (drebar tuk2) tp jgnlah pushy sgt..mmg leh sirap dibuatnya



kemang,
tau takpe..bentan kaki aku oke! harussss ingat :P



lily,
i see..ok, we'll exchange :)


ninie,
takde. aku pack light time ni, dlm beg aku tu ada baju je, takde space utk serunding bagai. eh chop, sape member ko yg you-know-who ittewww? tp betul la apa dia ckp, kat cni mmg org2 dia bwk cermat. takde main2 hon, pastu dorg mmg cekap dodge apa saja. aku pun pelik le mcm terer gile..haha. aku masa pes naik beskal cuak gak sbb aku penah ada kes kan...tp alhamdulillah smooth :)

Zilla July 21, 2011 at 8:17 AM  

angkor wat tu shiapa? hahaha ~bengong!! (tiru ayat ardy ne)

*ko tak yah citerla pasal jeng3 tu..aku dah tahu dah pun sapa hihihi

fatt July 21, 2011 at 8:21 AM  

zilla,
hamboi baru la nak drop komen kat blog aku. sentap mak oke! sentap!

hahahaha...

cheq, nti ko bwk peta Msia besau2 punye stok leh letak kat dinding tunjuk kat dia Mabul tu shiyapa..okeh? lawak doh pecah perut aku gelak...

ek ele...jeles arr tu! wek wek~ hahaha :D

Zilla July 21, 2011 at 9:52 AM  

ayakk sentap lagi ke? adoii3..sana sini ko sentap ekk hihihi!

aku bukan tak nak komen, cuma aku terpikir balik2 aku je yg komen, nanti ko muak pulak..lagi pun tak payah komen kat sini pun takpe, dah pueh dah nok mengomen kat luar hehehe

ahaha~good idea tu..bukan takat peta msia, peta dunia terus aku bagi kat dia..agak2la kot ye nak jeles pun ahahaa~jeles ngan mabul? apekehal? :D

*ohh aku x jeles pun..aku pun ada jeng3 jugak tau..cuma malaih je nak citer ekekeee

en_me July 21, 2011 at 2:44 PM  

anak emak rupanyerr.. ehehe

Janggel July 21, 2011 at 11:54 PM  

fuh bukan main lama aku nak tunggu kisah jeng jeng jeng nih akhirnya dah nak sampai jugak....jenuh aku marathon kisah ko ni...;)

fatt July 22, 2011 at 4:08 AM  

zilla,
aku saja je mcm ko tak kenal aku ni camne. hidup takleh serius..hehe. amboi, ko jgn riso sbb setakat ni carta rajin komen aku bukan ko...ada org lain yg lagi gila dok refresh kotak komen ni ko tau...hahaha..takpe, aku stedy..layan!

amboi, aku ada jeng3 ko pun ada ye? takleh jadi ni, kena duk mengeteh la bukak cerita..amacam? :D



en_me,
agaknya la..tak pasti :)



janggel,
ko biar betik pegi marathon sume entry aku? patutla aku tgk ko ada komen kat entry2 lama. kalau aku tak mderate komen ni mesti aku tatau punye org letak komen. huhu...apapun, makacih :)

takky January 7, 2013 at 3:09 PM  

finally habis gak marathon utk part yg kat kemboja 2 (slalu ketawe sorg2 mase baca even baca dari part belas2 ke part 1)...
tgh pause baca entry part bangkok (yg ada kate) ><....
btw, thankz 4 dis entry...
ur blog dh jadi 1 of my favourite list, cuma x tuka dlm blog je lagi list2 blog yg minat baca...

btw, nk taye agak2 brapa u spend utk klua travel based on day n nite?

Fatt January 8, 2013 at 8:32 AM  

takky,
kenapa ko baca reverse? hihihi...apapun terima kasih sbb sudi baca sampai habis wlpun pendek2 & oso for bloglist..klu tak keberatan bleh share ur link so i bleh letak kat my blogroll..

soalan ni agak general sbnrnya sbb sy tatau u refer kat negara apa. tapi secara kasar bajet utk sehari dikira pd pginapan, makan sehari & aktiviti utk hari tu. klu di Siem Reap ni sehari tak sampai USD10..mgkin dlm USD6

Ane Zarina Rohani August 19, 2014 at 3:55 PM  

lawak betul entri ni...gelak sorang2...

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP