The Overland : Poipet -> Siem Reap (Part 1)

July 13, 2011

Sambungan dari entry sebelumnya.


Quick Info Tentang Cambodia :

1. Info pasal border crossing boleh cari dalam Seat61 (website terbaik bagi yang nak merasa travel dengan keretapi), Canbypublications dan juga Lonely Planet (LP).
2. Rakyat Malaysia, Singapore, Philippines, Laos dan Vietnam dapat pengecualian visa. Citizenship lain kena bayar USD20 untuk visa selama 30 hari.
3. Departure tax sebanyak USD25 dikenakan bagi mereka yang keluar dari negara ini dengan kapal terbang. Sediakan duit USD sebab matawang Riel tak diterima dalam kes ni. Kalau border crossing dengan pengangkutan darat tak perlu bayar apa-apa.
4. Matawang USD diterima dengan meluas berbanding Riel (official currency).
5. Simple conversion untuk USD dan Riel, USD1 = KHR4000 (KHR = Khmer Riel).
6. Tiada penggunaan syiling di sini, sume urusan jual beli dalam wang kertas.
7. Kebanyakan orang Cambodia boleh cakap English dengan baik selain dari bahasa Perancis dan Khmer (mother tongue). Jangan terkejut bila mereka bercakap Melayu sebab kat sini ada orang Khmer muslim (benda ni jadi few times kat aku).
8. Cambodia ialah GMT+7 (sama dengan Thailand) dan waktu di sini lewat sejam dari waktu di Malaysia


Day 7 : 19 May 2011

Lepas selesai chop passport kat kastam Thailand aku pun keluar dari bangunan ikut pintu lain (bukan pintu yang aku masuk tadi) sebab nak pegi menghadap kastam Cambodia pulak. Dari point ni ke point tu kena menapak ikut satu laluan khas pejalan kaki. Follow jalan tu selama lebih kurang 5 minit sampai nampak satu pintu gerbang yang bertulis Kingdom of Cambodia. Wooot !Wooot! Aku rasa cam tak percaya sebab tinggal beberapa langkah lagi aku akan masuk ke negara ni. Terus aku tersengih secara auto, kalau ada geng mesti dah sengih secara berjemaah. Itulah rasanya bila travel sorang. Sengih sorang, gelak sorang, cakap pun sorang. Tapi aku tak gile oke...aku waras.

menapak dalam panas memang menduga iman
lalu ikut pagar ni pastu isi borang kesihatan, kemudian proceed ke passport control
lalu sini dulu sebelum ke passport control
Dekat sebuah pintu masuk ada satu khemah dan aku dipanggil ke situ. Dorang mintak isi borang kesihatan, just nak tau aku ada batuk ke, demam ke, sakit ke sebelum masuk ke sini. Sesambil tu sempat jugak dorang ajar aku 1-2 greeting dalam bahasa Khmer, siap tulis atas kertas lagi. Tapi masalahnya tah mana aku campak kertas tu, jenuh aku mencari nak tunjuk dalam blog ni tapi tak jumpe. Aku ada gak ajar dorang greeting dalam Bahasa Melayu macam, "Terima kasih", "Apa khabar?". Bersungguh-sungguh dorang hafal, hehe.

Since rakyat Malaysia tak perlu apply visa untuk masuk ke Cambodia so aku just proceed ke kastam. Dari khemah tu ke pondok kastam jauhnya lebih kurang 5 minit berjalan (which total up 10 mins) dan di sepanjang jalan boleh nampak ada bangunan warna putih yang besar (tak silap aku ni kasino) dan kedai menjual pelbagai barang di kiri bahu jalan. Ada 2-3 orang kanak-kanak Khmer berambut blonde (rambut blonde oke, asli lagi) mendekati aku untuk mendapatkan perhatian. Style dorang mengemis boleh tahan ganas, stok follow pastu blocking. Aku dodge sume "roadblock" dengan jayanya. Dia stop kat depan, aku melecong ke kiri/kanan. Terpinga-pinga budak tu tengok betapa hebatnya aku meloloskan diri dari di-pau. Kih kih kih~

Akak ni miskin dik. Ko nak lolipop akak leh bagi sebab aritu akak menang banyak masa main tikam kat Hadyai. Kalo ko nak duit, akak cuma leh kasik ko syiling RM, boleh?, bebel aku dalam hati.

Akhirnya aku pun sampai di bangunan kastam Cambodia, tapi bangunan ni takleh dipanggil sebagai "bangunan" sebab rupanya yang berat ke pondok. Bebudak Khmer tu masih lagi tercongok depan aku, setia menunggu kot-kot aku nak seluk poket. Tapi aku terpaksa batukan hati sebab aku cuma bawak USD100 untuk trip ni. Kalau aku habiskan kat sedekah alamatnya esok aku yang jadi peminta sedekah. Betul, aku just bawak USD100 je ke sini, tak percaya? Memang macam kerja gila sebab kad atm aku bermasalah, duit plastik aku tak aktifkan....ini memang kerja gila. Pendek kata kalau aku kena rompak ke, kena copet ke memang aku sengih sorang-sorang le pastu. Hehe

Aku pun ikut orang beratur tanpa usul periksa, pastu aku kena panggil dek sorang pegawai kastam. Rupanya situ line untuk local. Wah aku ni bajet nak jadi orang Khmer ke? Aku pun masuk ke dalam satu pondok yang terletak di seberang jalan untuk mengisi borang arrival/departure. Pegawai tu tanya aku orang mana, aku bilang, "Malaysia". Dia pun hulurkan borang arrival/departure untuk diisi. Jangan risau ye rakyat Msia takyah bayar visa, so boleh simpan USD20 dalam kocek elok-elok.

arrival/departure card
pondok passport control

Aku duduk di satu sudut sambil isi borang. Sambil mengisi borang aku perhatikan satu-satu muka pegawai kastam di situ dan ada satu kastam yang berjaya mencuri perhatian aku. Oh tidak, bukan sebab dia hensem tapi sebab kat tangan dia ada cermin. Bersungguh-sungguh dia kelebek muka kat cermin, macam anak dara picit jerawat. Aku bajet satgi cermin tu retak sebab asik menyuluh muka tak sudah-sudah. Orang buat kerja dia sibuk kelebek muka. Gay ke apa dia ni?

Habis isi aku pun beratur. Ada dalam 5 orang tourist termasuk aku beratur menunggu queue. Mostly semuanya travel berdua, aku je sorang. Sempat aku bertanya 2 orang tourist dari China ke mana dorang nak pi sebab kalau ke Siem Reap boleh aku join sekali tetapi hampa sebab dorang nak ke Phnom Penh. Dah selesai chop passport aku keluar dari bangunan dan ikut satu lorong yang membawa ke tempat shuttle bus.

Aku ada baca dari website Seat61 pasal shuttle bus ni. Dorang cakap shuttle bas ni actually tourist scam sebab walaupun dia provide FREE transfer dari point ni ke bus stand, tapi sebenarnya benda ni dibuat untuk menjaga kepentingan individu yang tertentu (in this case, the "bus operator", sebab dorang nak divert tourist pegi ke kompeni dia). Tapi aku sebat aje sebab yang penting shuttle bus ni bawak aku pegi ke stesen bas yang menghala ke Siem Reap, bukan tempat lain. Lagipun aku suka benda free (so Malaysian). Hehehe

Kalau ada sesiapa yang masih blur apa sebenarnya yang aku buat kat Poipet, well, sebenarnya Poipet ialah jumping point untuk tourist yang datang dari Thailand (through Aranyaprathet) to roam across the land of Cambodia. Dari Poipet kita boleh pilih sama ada nak ke Siem Reap, Phnom Penh, Battambang dan lain-lain atau pergi lebih jauh hingga ke Vietnam! Dalam kes ni aku plan nak ke Siem Reap dan jarak dari Poipet ke sana lebih kurang 4 jam dengan menaiki bas. Kat Cambodia takde walau sehasta landasan keretapi so takyah mimpi nak merasa naik keretapi kat sini.

border crossing Thailand-Cambodia
free! free! free!
free shuttle bus

Berbalik pada cerita semasa aku di tempat shuttle bus. Aku disapa oleh seorang lelaki dalam bahasa Khmer yang bertanya ke mana destinasi aku. Pada mulanya dia ingat aku orang Cambodia (atau dipanggil orang Khmer) sebab muka aku macam dorang. Walaupun terasa down bila dibajet sebagai orang Khmer tapi aku rasa oke sebab boleh jadi chameleon (sesumpah) yang boleh transform apa jugak nationality tanpa menunjukkan passport. Tapi aku cuma boleh jadi chameleon kat negara tertentu jek, bukan sume negara le. Terus dia bawak aku pegi ke sebuah bas dan pada waktu tu hanya ada 4 orang penumpang (termasuk aku, sorang mat saleh, dia dan lagi sorang lelaki yang menjadi guide pada mat saleh tadi). Jarak di antara tempat shuttle bus ke stesen bas memang dekat, tak sampai 2 minit dah sampai.

Kami pun turun dan aku dibawa ke kaunter tiket. Seperti yang aku bilang kat atas tadi, free shuttle bus ni adalah konspirasi/taktik pengusaha bas untuk mendapatkan pelanggan untuk syarikat memasing tapi nak wat camne, we live in their system so kena la follow. Actually harga tiket tu memang dah betul macam apa yang aku baca masa buat research, cuma kira macam perjudikan nasib jugak sebab tak tau dapat bas ok ke tak. Memandangkan masih ada masa sejam sebelum bas bertolak ke Siem Reap so aku lepak-lepak dulu.

stesen bas Poipet
ruang menunggu
beli tiket di sini
Poipet - Siem Reap USD9
Makin lama makin ramai tourist yang datang dan mostly mereka ni adalah mat saleh dan minah saleh belaka, tapi ada jugak minah jepun yang terselit sorang dua. Bila jam menghampiri pukul 2pm barulah aku pegi beli tiket di kaunter.

Berikut adalah harga semasa (pada waktu travelogue ini ditulis) bagi destinasi dalam Cambodia dengan menaiki,

Bas
Poipet -> Sisophon : USD5/pp
Poipet -> Siem Reap : USD9/pp
Poipet -> Battambang : USD10/pp
Poipet -> Phnom Penh : USD15/pp

Teksi
Poipet -> Sisophon : USD5/pp
Poipet -> Siem Reap : USD12/pp
Poipet -> Battambang : USD10/pp
Poipet -> Phnom Penh : USD25/pp

Oh, did i mention taxi? Oke, kalau kaya dan nak sampai cepat boleh naik teksi. Tapi kena tong-tong le. Berapa ramai dorang sumbat dalam 1 kereta aku tatau. Cuma yang aku tau kalau naik teksi tu rasanya lebih selesa dan tak silap aku dia hantar terus sampai depan pintu guesthouse/hostel. Mungkin! Tapi aku takde fakta yang kukuh untuk menyapot kenyataan ni.

bas ke Siem Reap
Tepat jam 2pm kami semua di panggil untuk menaiki bas. Aku tak naik terus tapi sibuk dok petik-petik gambar di kawasan sekeliling. Lebih kurang 2 minit barulah aku masuk ke dalam perut bas dan takde sorang pun Asian dalam bas ni kecuali aku dan driver bas. Waktu aku masuk ke dalam bas berlaku sedikit kekecohan di seat belakang. Aku dengar suara driver bas marah-marah kat sorang mat saleh. Keadaan nampak sedikit tegang dan aku sempat bertanya pada seorang lelaki (yang jugak mat saleh) yang duduk berhampiran tempat aku berdiri pasal hal tu. Dia bagitau driver bas tu marah sebab mat saleh tu nak letak beg kat ruang atas tempat duduk. Aik, bukan memang itu ke function sebenarnya? Budussss!

Belum sempat aku buat apa-apa tiba-tiba driver bas tu berjalan ke arah hadapan, menghampiri aku yang sedang berdiri di tengah-tengah laluan di antara kerusi. Aku agak panik memandangkan muka dia yang macam rimau lapar. Aku tanya soalan bodoh, "Where should I seat?" dan dia point kat satu tempat duduk tak jauh dari lelaki mat saleh yang aku borak tadi. Peh, nasib baik aku tak kena jerkah. Sebenarnya boleh je duduk kat memana sebab free seating CUMA takleh duduk kat kerusi depan sebab ada couple ni pegi duduk pastu dia halau. Aku rasa bus driver ni memang gila le. Rasa nak baling je botol air dari belakang kena kepala dia. Grrr!!

Lebih kurang 5 minit kemudian bas pun bergerak meninggalkan stesen bas Poipet menuju ke Siem Reap dan perjalanan ini memakan masa selama 4jam dengan jarak sejauh 160km.


bersambung.....

p/s : aku rasa dah berapa kali Rabu aku tengok trend WW (Wordless Wednesday) ni diamalkan dikalangan bloggers. sape yang sebenarnya mencipta idea pemalas ni habaq mai!
.

32 comments:

Watie Rose July 13, 2011 at 11:21 AM  

wow...awak mmg hati kental kerana travel solo, kalau saya sumpah tak berani...

fatt July 13, 2011 at 11:36 AM  

watie rose,
maybe sbb environment sy membesar yg buat sy jadi seorang yg berhati kering. tp kdg2 ada gak terpikir camne boleh buat sume tu...huhu~

hanie July 13, 2011 at 2:21 PM  

kira tak salah la aku terrrrrbaca POTPET kat tajuk entry ko td..hahahahaha!!


pedulikan org2 yg suke nganjeng tu..ntah2 pendengki durjana..dia xdpt travel. hahahaha





p/s; beb..nt aku igt nk try route ko ni lah. hehe

gadisBunga July 13, 2011 at 3:55 PM  

driver tu gaduh dgn bini dia kot. hahaha.

anyway.

minat juga aku nak tau environment yg buat ko jadik hati kering tu. heheh~

Biqque July 13, 2011 at 4:16 PM  

fuh mencabar gak ek trip u ni siap naik bas bagai dari thailand! bagus2 :D siem reap is a good place to explore...best gile masa i gi sana. yup mmg panas gile tapi cantik gambar :D tak sabar nak tgk gambar2 u!

http://biqque.blogspot.com/search/label/*cambodia-siem%20reap

❀aRaBeLLa❀ July 13, 2011 at 4:45 PM  

salute sbb ko berani hadapi sensorang..kalo aku muke cuak sokmo..

kemang~ July 13, 2011 at 4:46 PM  

Bravoooo sis, tobat sy nk travel solo hatyai-bangkok nnti,since dah ade guide skit2..hihi..btw sy prasan ah,cmf_fatt kan?

Niza July 13, 2011 at 5:21 PM  

Hi Fatt, thanks for the info. Very useful for my next trip, insya Allah :)

There are actually malays there.. byk kampung kat area Tonle Sap lake.. they are known as melayu champa..tapi kesian diorang semua hidup daif disitu..

fatt July 13, 2011 at 5:36 PM  

hanie,
pendengki durjana??? hahaha...ayat2 ko mmg berapi2 weh :))

aku pun memula (dulu) ms cari info psl tmpt ni dah tergelak2 sbb aku pun ingat nama dia Potpet..haha...sila follow route ni, pegi dgn koq..dia kan gangster :D



gb,
mgkin dia tgh bulan sabit..hehehe :P

err..psl environment tu sbnrnya aku raise up di kalangan adik beradik lelaki smpaila remaja baru aku ada adik pompuan. sbb tu aku lasak skit, aku bkn jenis pmpuan yg kontrol ayu..aku lain gb :)




biqque,
naik bas dr thailand? hehe..ni mesti tak baca apa aku tulis. bc ek jgn komen sebarang nanti kantoi :)




ciela,
resepi aku ialah yakin boleh! hoyeh! :D



kemang,
ah tu sume cerita lama. dulu takde pkataan cmf kat depan, tp pas forum upgrade tetiba ada..budus cipan forum tu!

ko cubala..mana tau pastu ko suka travel solo. bangkok safe la, janji ko jgn pegi cari penyakit dgn pondan2 lorong kat sana sudah :)




niza,
welcome. but ur next trip to where? at first i wanted to go to tonle sap but after i heard so many bad experiences from ppl who went there so i just skipped. they said there is a better place (much like tonle sap) if u wanted to see something like that but ive forgot the name

kemang~ July 13, 2011 at 7:44 PM  

ngahaha , i will, pray for me yaaaa, nak challange diri nih :D btw sis pakai kamera ape ah? lawa2 ah gambo

Pijah Pelangi July 13, 2011 at 10:45 PM  

haha, biaq pi ngan depa tu fatt, asal ko bahagia travel sudah,hehe. Tp one day nk travel ngan ko la (kalo berkesempatan la), ak layan je travel dgn bajet yg ciput ni,hehe.

fatt July 13, 2011 at 10:59 PM  

kemang,
insya allah. i pakai kamera biasa je, bkn dslr. canon ixus



pijah,
kan....asal aku bahagia sudah. aku tpksa tulis sbb ramai yg salah phm dgn aku. boleh sis, aku ingt lagi kita plan nak amik lesen diving. aku plan nak buat thn depan, tp nk tunggu MIDE punye fair tgk kot2 ada pakej yg sesuai. ko jadi tak nak buat lesen ni?

Pijah Pelangi July 13, 2011 at 11:11 PM  

mestilah lah nk, weekend ni nk g Perhentian,Redang n Lang Tengah,hehe..tp snorkell je la,huhu, nk diving xde lesen lg. Ok nanti nk amek lesen roger2 ye, tp kalo xsilap MIDE tu mcm dah lepas je fatt, 1 Julai ari tu kat PWTC.

Anonymous,  July 14, 2011 at 7:05 AM  

fatt,
chop chop!!! off topic
baca kat wishlist ko nak buat water rafting...
aku nak share experience aku..
1)first time aku buat kat sungai padas, sabah - level 1-2
2)2nd time, kat shotover river queenstown, nz level 3-5

verdict:
-personally, yg kat malaysia punya laaaagi best, adventurous + cheaper
-safety wise, kat nz punya lagi safe la, sampai aku rs safe sangat walaupun level 3-5, plus point guide duorang kacak..pengsan
-tips: aku potong coupon dalam brochure jason yg aku kutip kat airport dapat diskaun nzd20

fatt July 14, 2011 at 9:17 AM  

pijah,
wah dasat..3 terus ko rembat. hehehe. aku ni redang dgn lang tengah pun blum penah smpai, redang tu dah 3x aku plan tp asik kansel so aku assume aku dgn redang ni mmg panas, takde jodoh. hehe :)

terlepas dah ek? alaa...aku ingt belum lagi. klu camtu kita tggu next year la, hrp2 pakej tu pun utk next year la, bkn next 2 years klu tak letih kita nanti. pape kita keep on eye about this oke! :)




anon 7.05,
rasanya ni mesti cik kan sbb ckp guide rafting tu hensem...hehe

aku rasa aku try water rafting kat mesia kot, sbb mana gaya aku nak raft time winter ni, ada yang mati keras nanti. hehe. tp klu kat mesia ni aku dgr kat endau rompin dgn mana tah aku dah lupe. klu ada info bleh sajes tak mana tmpt yg syok utk beginner? yg tak terlalu bahaya? bln 11 agak2 sesuai tak raft?

makacih :)

Niza July 14, 2011 at 10:07 AM  

Fatt, I'm going to Cambodia next year insya allah, tapi x ikut jalan daratlah :) teringin sgt nak buat mcm you tu.. tapi masalahnya kekangan masa and keluarga lah.. at most I boleh cuti 5-6 hari sajer and next year anak sudah sekolah rendah...susah dah nak cuti..

about white water rafting, my geng akan buat satu kat Kuala Kubu Baru (tahap 4 kalau x silap) a day before puasa... hehe kalau u teringin nak join rogerlah.. I pun maybe join..

hanie July 14, 2011 at 11:04 AM  

hahaha..kami ni rokes hati jambu weh. ni bulan 3 thn dpn kami nk try route pekan baru-bukit tinggi-padang. terbalik kuang sb org salu mula dari padang. ekekekeke...

fatt July 14, 2011 at 12:41 PM  

niza,
i pun kalau boleh nak naik flight, tp last minute punye tiket sgt2 le mahal. nanti beli pass Angkor Wat utk 3 hari tau sbb kalau pegi sehari mmg tak puas. if you suka tengok batu, ancient ruins i bet you'll enjoy Angkor Wat as much as i did.

about water rafting, actly dis week patutnya i buat tp kansel sbb memasing bz. ada link tak utk yg kat tmpt u nak buat ni? nak tgk brp harga dia ofer. i would love to join tp i takde kat msia waktu tu.

tq & have fun! :)




hanie,
berapa kali daa ko tukar profile pic?

rokes dalam hati ada taman la ni ye? ahaks~ wah dasat route ko, aku pun belum penah sampai sume tmpt yg ko sebut tu. nape hati aku belum tergerak lagi nak ke sana. mgkin kena tunggu review dari ko dulu kot. hehehe :)

Siti Nursyahidah Mohamad Khalil July 14, 2011 at 1:13 PM  

pijah..kalu ko join trip fatt bawak dot.haha.

t i t i c h i July 14, 2011 at 2:21 PM  

so plan ujung tahun ni jadik ka? kalau tak jadik, aku ikut guide ni jelah... sangat detail.

fatt July 14, 2011 at 2:47 PM  

dot,
ko nak buat lesen diving jgk ke dot? jomla sekali. the more the merrier!



titichi,
tetiba cerita plan hjg thn mana ni cheq? aku punya plan sume kat tepi belah kanan ni..yg tu jela yg dah confirm so far (insya allah). aku plan nak ulang balik thn depan tp route lain la. tp aku tataula hg bleh folo ke tak sbb rasanya bkn cuti skola itu jam...

Niza,  July 14, 2011 at 3:11 PM  

white water rafting tu my friend yg tolong organize, so kalau ramai boleh dpt harga murah sikit.. std harga company dlm RM200, tapi hari tu my friend dpt dlm RM170 - 180 mcm tu... i pun tak tahu pakai dia pakai co. apa sbb dia war2 dkn facebook (I pun x penah pergi lagi).

gadisBunga July 14, 2011 at 3:21 PM  

hihi. bila ko cakap mcm tu mulalah aku meragui kemampuan aku untuk travel sengsorang. hahaha!!

sebab aku ni keras dalam. luar gugurl. tah hape2. hahaha!!

iina July 14, 2011 at 7:21 PM  

Biasalah fatt org leh sesuka hati jek komen ikut sesedap rasa.. nak puaskan hati semua org bkn senang.. kdg2 hati sendiri pun nak puaskan pun susah..

Aku setuju sgt nak travel mmg kena cr yg 1 kepala.. paling utama xcerewet.. n xbyk soal... bkn senang nk jmpa kan.. chemistry nie cam bercinta gak lah hehehe.. tp klu travel sama2 bujg aku rasa senang sikit.. kalau geng2 aku.. travel dgn family.. lg byk benda nak fikir.. tapi so far 3 family yg biasa travel dgn aku.. semua mmg best kepala diorg.. dan semua pun mmg layan photo..

Bab pemandu bas gile nie.. aku rasa ada jek kat mana2.. leh bygkan klu ko baling dgn botol air.. nhehehe.. gbr org tido dlm bas xde ahaks..

Aku teringin nak p phnom penh.. sbb adik angkat aku kerja kat sana.. maybe 1 day smpi gak aku nanti..

Pijah Pelangi July 14, 2011 at 8:26 PM  

haha, tu fatt dah ajak ko dot....ak nk jadi pendiving tegar lak pasni (bila dah ade lesen la), nk jd hikers tegar, x fit, gunung santai2 je bole la,kekeke.... kitorang ade gak kawan2 yg nk amek lesen diving ni fatt, so nanti ko roger2 la kalo ade tempat best nk amek lesen ye,hehe.

fatt July 15, 2011 at 5:16 AM  

niza,
oic..thanks for info. btw klu beginner slalu katne? u ada info tak utk beginner? i tak leh bajet if level 4 tu camne..im worrying about safety tho since none of us dont hv experience with rafting. btw swimming skill perlu tak in case terbalik ke raft tu..im worry coz some of my frens tak tau swimming. thanks niza!



gb,
aku pulak sebaliknya...hahaha. luar aku pun gugurl lagi, aku bukan tomboy :)



iina,
betul tu. even nak puaskan hati sendiri pun takleh. sbb tu kita kena byk redha dan reflect diri kita bila berlaku sesuatu.

so far aku mmg ada geng travel. alhamdulillah aku rasa dorg mmg yg terbaik setakat ni, aku dah test dan dorang lulus ujian daya tahan yg aku bagi. hahaha. honestly bkn senang nak ada geng pompuan yg sanggup take risk travel camni and im glad i found them. hopefully kitaorg kekal as a team smpaila kawin, ada anak & maybe after that bleh travel bawak family. who knows? :)

phnom penh i tak pegi tapi maybe i akan ripit balik thn depan with different routes. still considering nak pegi ke tak pp tu. im not sure. but siem reap rasanya tak dah kot.



pijah,
nanti kita sama roger meroger la ek. ko fwd aku email ko, ada ape2 news aku akan terus snail email. takut lost contact ke apa nanti ok. insya allah ada rezeki thn depan kita diving :)

Pijah Pelangi July 15, 2011 at 10:00 AM  

k2, aku bagi email kat sini je bole x,hehe. Ni email nye: hafizah.mtan@gmail.com , kalo rajin ko add kat fb gak cari [ Pijah Pelangi ]

fatt July 16, 2011 at 2:33 AM  

pijah,
ok noted with thanks :)

FenStuFF February 13, 2012 at 9:15 PM  

hahah terkene gak shuttle bus ni konon goverment punya la kemain mahal rm 60 pnom phen

Shari April 4, 2012 at 10:20 AM  

Tak jemu2 saya membaca travelog ni...

Hulubalang May 21, 2012 at 12:22 PM  

agak lambat nak komen tp next year some time in May (insyaallah), saya dan kawan akan ke siem reap melalui poipet... nak minta tips and advise dari fatt (awalnya kan.. :p) tp sebelum tu kami akan ke laos (Vientiane dan luang prabang) cross border melalui jalan darat ke thailand dan terus ke bangkok by train....from bangkok baru ke siem reap melalui poipet...

Ane Zarina Rohani August 19, 2014 at 2:39 PM  

tenkiu banyak2.. byk sgt tips & info kat sini...kita org plan (2 ladies) nak travel dari bangkok - Hanoi thru jalan darat ...
tak kiralah naik van ke tut2 ke train asal ikut darat.
InsyaAllah bulan dec 2014 ni.

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP