The Overland : Siem Reap & Angkor Wat (Part 1)

July 22, 2011

Sambungan dari entry sebelumnya.


Day 8 : 20 May 2011

Aku bangun awal pagi tu sebab perut asik berkeroncong. Selepas bersiap-siap lebih kurang pukul 7am aku keluar dari guesthouse dan cari basikal untuk disewa. Oleh kerana hari masih awal so banyak kedai tak bukak lagi tapi mujurlah ada 1 kedai kat hujung simpang tak jauh dari guesthouse yang dah bukak, so aku amik keputusan untuk menyewa di situ.

Kos menyewa sebuah basikal di Siem Reap sangat murah, cuma USD1/sehari dan mostly takyah deposit. Rantai basikal (kunci) juga disediakan, tapi make sure jangan lupa guna setiap kali parking sebab kos mengganti sebuah basikal agak mahal. Aku pilih basikal kaler silver dan sewa 2 hari. Jenis basikal kat sini semua pesen bakul kat depan. Kalau makwe yang bawak mungkinlah comel, tapi pakwe?

terms & conditions ni macam skrip drama je aku rasa, panjang berjela!

Lepas check angin, tayar, brake...aku pun grak. Aku still ingat perasaan nervous waktu tu (sebab dah lama tak bawak basikal). Nak dijadikan cerita kat depan guesthouse ada roundabout, pastu traffic agak kucar kacir so memang kena extra cautious, kalau tak boleh bertembung takpun eksiden. Kat sini agak susah nak jumpa orang bawak kereta, tapi tuk-tuk, basikal dengan motor memang banyak. Kalau orang yang sekali sekala bawak basikal macam aku, benda ni agak merbahaya sebab kena take time nak faham cara orang-orang sini bila di jalanraya. Yang mengkonfusekan tu traffic flow kat sini opposite dengan di Msia (dorang pakai sistem jalanraya kat US, left-handed drive).

Misi aku yang pertama pada pagi tu ialah mencari kedai halal & masjid. Berpandukan map aku try cari lokasi masjid. Rupanya jarak di antara masjid dan guesthouse tak jauh, lebih kurang 5 minit menaiki basikal. Tapi sebelum ke masjid aku singgah di Artisans d'Angkor sebab nak book silk farm tour untuk hari esok. Aku amik keputusan untuk join tour ni atas cadangan Intan. Di sebabkan cerita dia yang berapi-api tulah aku tepis perasaan takut dan pegi. Sebenarnya aku agak geli dengan makhluk yang bernama ulat, tak kisah ulat apa sekalipun. Kalau lipas, tikus, katak, ular aku boleh pegang bodo camtu tapi ulat, no way! Yikes! Hey jangan gelakkan aku ye sebab aku penah jumpa lelaki yang panjat atas kerusi bila nampak lipas. So ***!

Terima kasih banyak-banyak kat Intan sebab dia banyak tolong aku untuk trip ni. Aku kenal Intan waktu dia cari info pasal NZ dan kebetulan bila aku cakap nak ke Siem Reap so dia pun tolong siap dengan itinerary lengkap. Kiranya kalau aku redah camtu pun confirm boleh survive. Tapi tulah, aku on budget, some more time constrain so aku tak dapat nak follow sangat itinerary tu. But overall, terima kasih bebanyak sebab sudi kongsi banyak tips dan aku rasa dia betul, pass sehari ke Angkor Wat memang tak cukup untuk orang yang suka mengkaji batu. Hehehehe....(alasan untuk meripit kali kedua)

Sistem jalanraya kat sini sebenarnya agak kucar kacir sebab kebanyakan jalan takde papan tanda especially untuk lorong-lorong kecil. Jadi untuk mengatasi masalah ni aku kena kira kedudukan lorong dari tempat aku berdiri berdasarkan map untuk spot lokasi sebenar. Silap masuk lorong tu biasa la sebab map pun tak berapa detail. So kesimpulannya sume benda kena try & error sampai jumpa.

Sebenarnya aku lebih suka explore Siem Reap dengan basikal berbanding charter tuk-tuk sebab aku nak master selok-belok jalan kat sini. Aku tak suka jadi typical tourist yang tak tau ke mana dia pegi.

"Tourists don't know where they've been, travellers don't know where they're going" – Paul Theroux

Aku setuju dengan quote tu sebab aku lebih suka idea terjah bila pegi ke sesuatu tempat. Memadai take note apa benda menarik dan cara ke situ pun dah cukup. Aku tak suka terikat pada plan sebab benda tu akan buat aku rasa pressure bila tak mampu nak accomplish. Tapi cara travel camni sesuai untuk trip yang lama, kalau pegi 3-4 hari tu aku tak galakkan.

Berbalik pasal cerita Silk Tour Farm dan Artisans d'Angkor, kalau berminat boleh join tour yang diadakan pada setiap hari dan boleh pilih sama ada nak pegi pukul 9.30am atau 1.30pm. Apa yang best pasal tour ni ialah ianya FREE! So kalau ke Siem Reap make sure sign-up for this tour sebab rugi kalau terlepas. Paling elok book tour ni sehari sebelum pegi untuk mengelakkan dari kecewa.

lokasi Mandalay Inn, Artisans d'Angkor & Naek Mah Mosque
Lepas setel booking tour aku teruskan misi mencari masjid yang dimaksudkan iaitu Neak Mah Mosque. Agak tricky mencari lorong ke sini sebab pepaham jela kawasan kampung. Memula tu aku sesat sampai ke hujung jalan sebab tak jumpa lorong yang dimaksudkan. Pastu aku cuba tanya local tapi sorang pun takleh paham English dan setelah try & error 2-3 lorong akhirnya barulah jumpa. Condition jalan ke kampung ni memang daif sebab tak berturap, itu tak masuk lagi lubang-lubang besar yang boleh bertukar menjadi kolam bila hujan lebat. Aku kena bawak basikal dengan cermat sebab kalau jatuh confirm jadi legenda setempat.

Akhirnya aku sampai di satu simpang dan tiba-tiba ada suara lelaki bagi salam. Aku terkejut beruk pada mulanya sampai jawab pun tergagap. Mostly orang-orang Melayu Champa boleh bercakap bahasa Melayu walaupun tak berapa fasih dan lepas berborak-borak aku mintak diri untuk ke kedai makan memandangkan jam dah pukul 8.30am. Aku kena cepat sebab pasni nak pegi Angkor Wat. 

Aku pilih untuk makan di sebuah warung dan order nasi ayam (KHR5000) termasuk cha-yen (KHR2000), saja nak test camne rasa cha-yen kat sini, kot-kot lagi power dari Hadyai. Sementara tunggu makanan siap aku berborak dengan tokey kedai. Menurut makcik tu dorang start meniaga lepas subuh (pukul 5.30am) sampai pukul 10am dan pada waktu malam cuma ada satu gerai yang meniaga, itupun tak tentu dan kedai tu tutup pukul 9pm.


Akhirnya makanan pun sampai dan tanpa berlengah aku pun makan. Masakan makcik ni takla sedap mana (jujur gila aku review) sebab aku lagi terer masak nasik ayam (hahahaha....), cha-yen pun so-so tapi oklah janji dapat hilang dahaga sudah. Apapun aku rasa syukur sebab dapat makan berat harini, alhamdulillah. Lepas bayar aku kayuh basikal pusing kawasan sekeliling, amik gambar masjid dari luar & surrounding dan lepas tu terus beredar ke Angkor Wat. Waktu ni jam menunjukkan pukul 9.10am.


Dari sini ke Angkor Wat jaraknya lebih kurang 10 km tapi disebabkan aku mengayuh pesen santai so 45 mins kemudian barulah sampai. Kayuh basikal kat sini seronok sebab boleh dikatakan semua orang bawak basikal so takdelah rasa lain sangat. Aku tengok kebanyakan tourist Jepun dan omputih cukup suka kayuh basikal, tapi ada gak yang sewa tuk-tuk. Tak silap aku rate sehari sewa tuk-tuk ke Angkor Wat untuk "small circle" USD10 dan "big circle" USD15. So ape tu "small circle" dan "big circle"? Big/small bermaksud besar mana coverage yang tuk-tuk akan buat dalam Angkor Wat. Kalau amik "big circle" ni dia bawak pusing semua temples dan sebaliknya untuk "small circle". Apapun terpulang pada individu sama ada nak pilih kayuh basikal atau sewa tuk-tuk. But to be honest, kawasan Angkor Wat ni sangatlah besar. Sehari memang tak cukup nak cover semua temples dan itulah sebabnya aku suggest korang amik pass lebih dari sehari.

Masa kayuh basikal tu serious aku clueless sama ada dah sampai ke belum sebab sepanjang-panjang jalan aku nampak signboard ke Angkor Wat tapi sampainya tak jugak. Dari jalan yang sibuk membawak ke jalan yang sunyi (kiri kanan hutan) aku mengayuh. Nak patah balik nanti dituduh gila sebab buat kerja lagha (sesaja kayuh basikal nak bagi basah ketiak).


Akhirnya aku nampak 2 orang polis/guard kat tepi jalan. Aku pun tanya, "Betul ke ni jalan pegi Angkor Wat?", dorang angguk dan pointing aku masuk ke satu susur. Wah leganya sebab dah sampai dan kat sini kena turun untuk beli pass masuk.

Aku park basikal bawah pokok dan beratur beli pass untuk sehari memandangkan aku tak pasti best ke tak Angkor Wat (but later aku regret sebab rupanya tempat ni memang ohsemmm). Apa yang menarik ialah pass ni bukan sekadar pass biasa sebab ada gambar kita kat situ. Masa aku tengah bayar kat kaunter tetiba orang tu kata, "Ok, stand here, look here". Aku, "????". On the spot benda tu siap, gile ekspress. Aku amik pass tu dan tengok muka aku terpampang kat atas pass. Aku admit muka aku nampak tak ready dan sedikit confuse....siyes huduh. Pffffttttt!!

Angkor Wat Pass :
1 day : USD20
3 days : USD40
7 days : USD60

Dah setel beli pass, kena go through checking dan kat sini dia akan ditebuk pass menandakan kita dah masuk. Lepas setel punch boleh la pusing satu Angkor Wat sampai lebam, cuma pukul 5.30pm kene keluar sebab tempat ni akan ditutup. 

Opening hours : 5.30am - 5.30pm setiap hari
Kaunter tiket/pass : 5am dah bukak

map Angkor Wat [source]

Sebagai peringatan, jangan sesekali hilangkan pass ni sebab dorang akan buat random checking di beberapa temple sebelum kita dibenarkan masuk. Mungkin ada yang masih clueless Angkor Wat ni ape so aku nak cerita sikit pasal tempat ni.

Angkor Wat adalah salah satu daripada berpuluh/beratus (ntah aku tak kira) temple yang ada di dalam satu kawasan yang besar. Temple yang paling popular kat sini apa lagi kalau bukan Angkor Wat dan temple-temple lain pun femes gak contohnya, Bayon (temple with faces) dan Ta Phrom (sebab Angelina Jolie penah berlakon movie Tomb Raider kat sini). Setiap temple adalah berbeza dan unik dan aku rasa kalau korang suka mengkaji batu, ancient ruins dan history mesti korang suka pegi sini. Aku? Aku suke...sangatlah suke (suka ada makna tu..hahaha). Eh tak..memang aku suka layan batu lelagi ancient ruins, kalau tak camne aku boleh layan Borobudur sampai 2x?


Dari tempat beli tiket kena kayuh basikal lebih kurang 2km sebelum sampai ke kompleks Angkor Wat. Mengayuh basikal kat kawasan Angkor Wat seronok sebab ada banyak pokok so tak terasa sangat panasnya. Temple pertama yang aku pegi pada hari itu ialah Angkor Wat, tapi sebelum tu kena park basikal kat bawah pokok. Mula-mula aku tak pasti nak park kat mana sebab takut letak sebarang nanti kena alih ke tempat lain, boleh jadi haru dibuatnya. So aku pun letak dekat group motor memandangkan takde satu pun basikal kat situ. Pada mulanya aku letak basikal aku kat satu sudut tapi pastu aku ubah dan letak di antara 2 motor. Plis take note ape aku cerita ni sebab ada kisah kat hujung nanti.

Parking basikal takyah bayar, FREE kekdahnya tapi jangan lupa kunci ye sebab kalau hilang ingat apa terms & conditions kedai sewa basikal tu kata? Lupa? Meh tepek lagi sekali....

"If the bicycle was stolen you have to pay me USD50/1 bicycle to get back the passport you left as a deposit"

Tapi dalam kes ni aku tak tinggalkan passport sebagai deposit, kiranya aku sewa koboi dengan makcik tu. Tapi ingat...."you have to pay me USD50 ok, USD50!" Kah kah kah (sape la pedajal makcik ni buat resit camtu?)

Lepas aku puas hati dengan mangga basikal tu aku pun berjalan menuju ke Angkor Wat. OoOoOoo...inilah dia Angkor Wat yang selalu disebut-sebut tu! Boleh tahan ramai gak orang walaupun hari Jumaat, siap ada yang shooting baju pengantin lagi, tapi aku tak amik pulak gambarnya. Waktu ni panas dia jangan cerita, mujur aku bawak spek hitam dan payung. Ok lupa aku nak ingatkan, kalau boleh pakailah sandal atau flat shoes sebab pavement kat sini tak sekata, ada tinggi, ada yang rendah (boleh refer 1 foto di bawah). Aku yang pakai sandal pun boleh terpelecok, inikan orang yang pakai heel. Tapi kan, aku ada tertengok sorang pompuan ni terpelecok, memang kelakar jugakla sebab dia pakai 3 inci punya. Mungkin sebab aku sengih so sebab tu aku terkena tulah. Siot!! Dan jangan lupa sebelum ke sini beli air mineral botol besar sebab cepat rasa dahaga. Kalau boleh beli siap-siap kat luar sebab kat dalam ni mahal sikit (USD1), kalau kat luar boleh dapat murah lagi (KHR2500-3000). 

Ingat lagi tak conversion USD dan KHR? Mesti lupa, tulah, telan lagi semut banyak-banyak!

USD1 = KHR4000

Masa kat sini aku selalu buat perbandingan harga dan kekadang tu aku rasa tak logik, contohnya :

USD 1 = basikal = OK! 
USD 1 = sebotol mineral water 1.5L= Tak ok!

So, basikal = sebotol mineral water 1.5L??? Tak logik!


Aku masuk ke dalam bangunan Angkor Wat (ada 2 buah kesemuanya, yang depan ni kecik skit, belakang tu besar). Amik gambar lebih kurang pastu aku proceed ke second building yang terletak di belakang bangunan yang first ni. Untuk sampai ke situ kena jalan kat satu runway berbatu yang panjang, time ni memang panas gile sebab langit cerah, awan pulak tak berapa nak ada. Peluh tu jangan cerita, macam air paip. Aku jalan lelaju sebab tak tahan panas, nanti cairlah mekap aku (drama je ni, walhal tepek sunblock pun idak). Masuk ke bangunan kedua ni barulah lega sebab dapat berteduh. Aku suka sikit kat sini sebab setiap koridor penuh dengan ukiran ancient. Boleh dikatakan kat setiap sudut ada ukiran, memang takleh compare dengan Borobudur. Sedang aku berjalan-jalan kat koridor sambil amik gambar ukiran yang cecantik ni tetiba muncul satu kelibat dari arah hadapan, bertentangan aku. Aku rasa macam biasa tengok dia ni, tapi kat mana ek? Ermmm (pikir)...alamak...ni mamat yang dalam bas haritu! Ok buat biasa, jangan obvious sangat. Semakin lama langkah kami semakin dekat dan akhirnya kami pun bertembung. 

Aku : Hi!
Dia : Hi! Erm...you look quite familiar! *pause*
Aku : Guess?
Dia : Yeah, now I remember. You're the girl from the bus yesterday, right?
Aku : Yay! (score! gol! yahu!) What are you doing here? (soalan bodoh. tengok Angkor Wat la apa lagi!)
Dia : Sightseeing! (sambil sengih sebab aku tanya soalan bodoh). I just arrived actually, this is the first temple. What about you?
Aku : Yeah me too, I just arrived *pause*
Dia : Hey, I have an idea. Why don't we go around together?
Aku : Yeah, why not?? (nebes gila ini jam). I think that's cool considering that you're alone and I'm alone...
Dia : Do you want to go now or you want to take a look around first?
Aku : ........(masih blur)
Dia : Ermm, I think we finish this one first then we go to the next one. Is it okay with you?
Aku : ......That's good! Brilliant!

Aku rasa setakat tu saje aku mampu bagi tumpuan sebab selepas tu dan seterusnya konsentrasi aku terhadap batu-bata purba kat sekeliling Angkor Wat pun hilang sebab nebes punya pasal. Damn you sia-sia USD20 aku!!

semua patung Buddha kat sini headless sebab pada zaman pemerintahan Pol Pot dorang kasik penggal sebab difahamkan dorang cari gold kat dalam tu sebab ada sesetengah patung yang disorok gold di dalamnya
Sebenarnya aku rasa nebes tapi aku cuba untuk rasa comfortable supaya kami boleh communicate dengan baik. Dari perbualan tu aku dapat tau yang dia berasal dari Germany dan baru saja grad. Sementara tunggu sambung Master dia pegi travel, dah 3 bulan dia travel across Australia, Thailand dan akhirnya Cambodia. Aku tanya dia kenapa tak singgah Malaysia? Dia cakap ada, tapi duduk dalam airport KLIA je sebab tunggu connecting flight ke Bangkok. Hampeh! Tapi dia cakap airport kita cantik. Aku pun offer kalau next time dia datang Malaysia just roger, nanti aku boleh jadi tour guide.

Dia cerita masa kat Australia haritu ada 2 budak Cina Msia tumpangkan dia hitchhike. Ok, so nama negara Msia ni taklah alien sangat compared to 10 years back bila mana sebut je "Malaysia" tak ramai orang tau lokasinya atas peta dunia. Sadis. Btw, thanks kat bebudak tu sebab kalau korang tak tolong malulah aku.

Aku masih ingat lagi killer question yang dia tanya aritu, "Berapa jumlah penduduk di Malaysia?". Peh soalan tak agak-agak. Aku rasa nak pitam sebab aku tak tau nak jawab apa and lastly aku tembak..."15 Million??!!" (rupanya setelah aku gugel populasi penduduk di Msia adalah 27.5 million. Ok plis mark the answer sebab ni adalah antara soalan feveret yang orang selalu tanya bila travel). Sebenarnya banyak gila killer question yang dia tanya sampai pening aku nak jawab, contohnya :

1. Msia masih amalkan hukuman gantung sampai mati tak?
2. Msia ni negara demokrasi ke?
3. Pemimpin dia camne? Adil?
4. Rakyat ada kebebasan bersuara?
5. ISA?

Dan macam-macam lagi soalan general dan politik semasa. Sebenarnya aku memang tak minat nak amik port benda camtu sebab aku pun pening dengan politik kat Msia. Sebenarnya aku malu sebab sistem politik kita yang huru hara. Oklah malas nak cakap pasal politik sebab sume tu poli-taik. Berdasarkan pemerhatian aku, dia ni agak smart dan knowledge dia bagus. Walaupun dia muda 2 tahun dari aku tapi rasanya dia lebih matured berbanding aku (Huhuuuu). Aku selesa dengan dia sebab dia bukan jenis lelaki yang suka cakap merapu tapi dia bukanlah seorang yang serious...he's an educated person yang berfikir sebelum bercakap, like a man with heart on his tongue.

Walaupun dia orang putih tapi itu tak bermakna dia terer cakap omputih sebab bahasa ibunda dia ialah German. Selain dari bahasa German dia boleh cakap French (basic) dan English (intermediate). Cuma ada certain perkataan English yang dia tak tau contohnya, "currency". So setiap kali bila dia tak faham, aku kena jadi cikgu explain bagi dia paham. Aku ni pun takla terer bahasa Inggeris tapi setakat nak communicate, tulis dan faham tu boleh la. Seingat aku banyak kali jugak dia tersasul cakap German dengan aku, errr..masalahnya aku ni ada rupa orang German ke? Tapi aku suke sebab setiap kali dia tersasul mesti dia akan tersenyum malu. Dan bila dia tersasul aku akan suruh dia ajar aku sebut perkataan tu berserta maksudnya. Rupanya susah nak pronounce perkataan German, berbelit lidah dibuatnya.

Aku masih ingat lagi 1 soalan dia, "Why Malaysian speak English among themselves? Aren't you proud of your mother's tongue?". Hah amik, berpeluh aku nak jawab soalan cepu cemas ni. Kalau diikutkan ada betulnya sebab sebagai contoh, orang Jepun, walaupun negara dia maju tapi bahasa kebangsaan dorang tak anaktirikan. Kalau pegi Jepun boleh terkontang-kanting kalau takde translator. Dia tanya aku soalan ni sebab dia cakap bebudak yang tumpangkan dia tu cakap English sesama dorang, patutnya cakapla Mandarin ke, Hokkien ke. Camne nak cakap ek...sebenarnya cakap omputih sesama kita ni macam dah jadi style aku rasa. Kiranya elite la kalau cakap omputih. Walhal grammar bersepah pun gigih nak cakap omputih...sedeh! But once, korang agree tak apa yang mamat ni cakap? Butt-hurt kan? Poooofff!

Oih, mestila aku backup, aku cakap, "Kitaorang belajau bahasa penjajah sejak dari tadika le. Tu pasai kitaorang tera cakap omputih!".

sume ukiran ni memang sesuai untuk pencinta batu purba seperti aku. btw, kitaorang terjumpa benda ni masa lalu kat salah satu koridor macam dalam gambar di atas
Kami pun berjalan menuju ke tempat basikal memandangkan langit dah mula gelap. Masa nak amik basikal tu kami memasing tergelak sebab rupanya basikal kitaorang parking sebelah menyebelah. What a coincidence! Aku pun cakap pada dia, "Hey, I think just now there was no other bicycle except mine. (pause). You know what, I think it's weird coz I met you on the bus, then I met you here and now your bike is next to mine. Do you think all of these are coincidence?". Dia tengok aku dan senyum...."Maybe!". Dalam hati aku nak je tanya dia ni follow aku ke hape tapi tak terucap sebab takut dituduh perasan.

"us"

Kami pun amik basikal dan mengayuh meninggalkan Angkor Wat tapi baru 100 meter hujan pun turun dengan lebatnya so terpaksalah kami berteduh di bawah pokok (nasib baik pokok ni lebat, takyah bukak payung). Tiba-tiba dia bersuara, "Actually I wanted to ask you to share tuk-tuk with me on that day but before I have the chance to ask, you left". Hahahaha....kami pun gelak. Ya, aku rasa ni bukan coincidence lagi tapi....entah! Sebenarnya waktu aku naik dalam bas haritu (Poipet -> Siem Reap) mata aku otomatik terarah pada dia dan hati aku berkata, "Hensemnya....". Walhal kalau diikutkan dalam bas tu punyalah ramai mat saleh tapi entah kenapa aku rasa dia ni lain sikit.

Lepas tu dia sambung lagi, "...and I was looking for you when the bus stopped at the restaurant. I wanted to talk to you but you just sit alone at the corner...maybe you want some privacy". Aku tak tau nak respon apa cuma senyum (walhal dalam hati sebenarnya rasa nak tarik-tarik rambut macam orang gila..arghh!!). Ok, setelah aku pikir balik barulah aku teringat sebab waktu aku amik beg dari drebar tuk-tuk, aku perasan dia pandang aku seolah-olah nak cakap sesuatu tapi oleh kerana aku tengah hangin so aku terus jalan menonong. Kiranya harini barulah terbukak cerita (ada lagi sebenarnya tapi tunggu entry lain), I mean susah nak baca fikiran orang melainkan dia bagitau apa yang ada dalam fikiran dia. Tapi apapun, harini adalah hari yang pelik tapi sangat best sebab lagi sekali kami jumpa (walhal Siem Reap ni punyalah ramai orang). This is ohsemmmm! Oh hujan tolonglah jangan berenti sebab aku nak duduk lama-lama dengan dia kat bawah pokok ni. Ngeeee~


bersambung....

p/s: 
Okay aku tau mesti ada yang tak puas hati sebab cerita ni tergantung lagi, ala ko tengok drama kat tibi tu bersiri-siri takpe, ekekeke...sorilah aku busy. Tapi sekali aku hapdet aku taip kasik panjang punye. Dan aku dapat rasa mesti ada yang sentap sebab aku masih tak reveal muka "jeng jeng jeng" ni, nantilah ye sebab aku nak kasik surprise, tapi janganlah imagine lelebih pulak sebab orangnya biasa je.

ko gile baru jumpa terus nak amik gambar berdua? so gambar kaki pun jadilah
clue : a dash of Josh Hartnett & Ashton Kutcher

Memetik kata-kata seorang kawan, "Aku tengok kaki dia pun dah tau hensem". Dahsyat!
..

39 comments:

Ninie Hanis July 22, 2011 at 3:37 AM  

27 millions beb,not billions.am I right there?tapi soalan tu mmg selalu ditanya jugak,dulu aku pun clueless..err.hahaha

okayyyy,now we knoe the real stories behind.amboii itule cerita memori daun pisang ko ek.kelas dek non.. :p

fatt July 22, 2011 at 4:04 AM  

ninie,

thanks for correction. you see...im still confuse which one is greater, million? billion? nah...as long as the word "lion" is there it shud be ok..lol! :P

auwww...there u go..hahaha..ok aku admit aku tak cerita habis kat ko, well, now you know. suwit kan? hahaha. aku tau rakyat msia suka cerita cinta...pasni yusop selam leh tiru cerita aku buat drama. pastu mesti poooofff!! masuk box opis..hahaha :D

azieazah July 22, 2011 at 7:18 AM  

Panjang cerita ini tapi best.

Nanti nak sambung baca sampai puas.

Kak Azie baca sampai tang tebuk pas jer dulu.
(Adik Kak Azie ada tinggal di sekitar Pattaya dan pernah tunjuk gambar dia sewa basikal kaler pink ada bakul!) Cute!

Pilihan 2: Memendekkan cerita...

cik gold July 22, 2011 at 8:08 AM  

nak tengok gambaq dia...nak tengok gambaq dia..!!
(^_^)

Biqque July 22, 2011 at 8:40 AM  

I met couple of Germans in Halong Bay - Vietnam. They surprised that my husband and I can talk good English. Hahaha!

Paling best gile masa cite pasal negara masing2, especially pasal keamanan, politik, lawak, macam2 ar...thats what I love to do when I meet strangers. SHARING IDEAS. Kan?

Masa kat SR, kitorang pegi BELAMBAK gile Wat. BEST NAK MAMPOS rasanya tgk batu2 ni macam gile ke hape orang dulu2 buat keje tu sume. Hahaha!

Those yg nak tau pengalaman i kat sana, sila2 la baca kat sini :
http://biqque.blogspot.com/search/label/*cambodia-siem%20reap

hanie July 22, 2011 at 8:40 AM  

nasib baik mamat tu reply sightseeing.. kalau dia jawap "i'm playing roller coaster here" guane?

hahahahaha..sib baik mamat tu tak perangai mcm aku :P

fatt July 22, 2011 at 8:50 AM  

kak azie,
mmg pjg pun kak...dah mcm hikayat pun ada. hahaha. tp yela kak, kat sini dorg suka benor buh bakul kat depan basikal. nak jugak tanya perasaan org lelaki yg bawak basikal tu sbb agak kelakar :)



cik gold,
on the way...on the way!! :)



biqque,
i agree. even he said so. tp i rasa cam takle bagus pun english just nak communicate tu boleh la. but i mmg suka sembang2 dgn dorg, bkn apa, nak bagi fasih sikit, kdg2 bila communicate ni kita dpt improve.

yup, i pun wonder camne dorang leh sambung batu2 tu tanpa plaster..i mean, mmg intact, tak jatuh..such a great architecture. dats y i dont mind spend longer time around the temples.

thanks for the link! :)



hanie,
ko kena paham...aku nebes itu jam...tp aku rasa dia paham, sbb tu dia senyum..ekekeke~ :)

Pijah Pelangi July 22, 2011 at 9:15 AM  

Haha, entry ko yg panjang ni jadi breakfast ak pagi2 kat ofis ni,haha. Alolo, so sweet la cara korang met + parking basikal sebelah2 tu tersangtlah sweet,kiki. Patutlah jadi memori daun pisang ye,haha. Xsabar ak nak tunggu ko reveal muka dia, nama pun x habaq lg ni,hehe.

MasZuber July 22, 2011 at 9:18 AM  

dear fatt,

aku suke laaaaaaa citer neh! serious, byk sgt co-incidentnye. aku rase mamat tue suke kat ko la. biasenya, mamat mat salleh yg agak pandai & educated nie memang mudah tertarik kat gadis melayu. aku x tau kenape.

aku menunggu siri seterusnya!

fatt July 22, 2011 at 9:27 AM  

pijah,
mesti kenyang ko bekpes pagi ni..hahaha. suwit la kot..tp aku rasa mcm kelakar skit cara kitaorg jumpa. 2x plak tu, aku tak sangka akan jumpa dia lg pas turun dr bas..but well...allah knows best. wallahualam :)



mas,
huhu...ye dia ada ckp dia suka pompuan asia..dia ckp cantik. byk kali dia ckp dia suka sbb skin kaler gelap, bentuk muka kecik, hidung kecik, petite...ntahla beb...aku sengih jela..nak buat muka camne lagi..wuuuuwuuu~ :P

Anonymous,  July 22, 2011 at 9:56 AM  

Fatt,

Respect laa ko naik beskal je ... mesti beribu2 kalori terbakar kan ... hehehe....

tapi betullah, orang melayu sibuk nak cakap omputeh sesama bangsa sampai status kat FB pun nak tulis bahasa omputih... kadang2 aku confuse... belum lagi bebudak kolej kat opis aku ni yang rasa hebat benor kalau pandai cakap omputeh ....
Kau pegi NZ bulan posa ke?

Hana

twayblade July 22, 2011 at 10:11 AM  

bukan sekalian kalinya aku nak tinggal komen. mesti masa type entry ni ko sengih tersipu2 sorg2 teringat peristiwa berhujan di bawah pokok bersama mr germany kan? ahahaha. sbb masa aku baca pun aku boleh imagine gelojak hati ko bila masa mata bertentang mata dlm bas, raga beskal bertemu sesama sendiri next to each other, then lg bes boleh pulak hujan time tu...aihhhh....when nature intervenes, man becomes helpless....hopeless....

p/s unrelated, tp masa aku keje naik turun court dulu, aku penah dgr sendiri lawyer india ckp in malay ngn client dia, pun bangsa india. napa tak guna tamil? ntah.

Watie Rose July 22, 2011 at 10:25 AM  

fatt, baca kisah awak nih buat sy teruja jugak nak pegi siem reap tau..teringin nak pegi jugak nanti dan mungkin ittenary awak sy copycat sikit...keep it up ya !!!

fatt July 22, 2011 at 10:42 AM  

hana,
seronok naik basikal kat sini, aku rasa best gakla sbb kat msia aku takde basikal. hahaha

kann...kdg2 tu aku rasa dia lagi omputih dr omputih..huhu...eh tak, insya allah aku bali 1st Syawal. takde spirit la nak pegi ni..tak tau kenapa...serba malas je. hurmm...



ida,
hehe..aku tau. kalau releven ko komen je :)

tak menahan, tp mmg masa kami smpai raga tu dah camtu, aku keluarkan kamera terus shoot. hehe :P

i guess this time nature play the role...aku rasa ni kenangan paling manis yg penah aku rasa time travel..ahaks~ :)

ps : mgkin client tu tak reti ckp tamil..agaknya..tp bunyik dia berat ke tamil ke berat ke melayu?

Niza July 22, 2011 at 11:20 AM  

Fatt,
Continue pliz?!! we want more! :)
sebijik mcm sinetron indon, part yg saspen je mesti bersambung.. wakakaka...

fatt July 22, 2011 at 11:44 AM  

watie,
boleh..copy aje takde masalah :)
sini best jgk sbnrnya...tgk pada minat kita jgk, klu kita enjoy history & ruins..i bet you mesti suka SR :)



niza,
insya allah. maybe lepas i balik.
hahaha...sbnrnya i tpksa split cerita ni jadi byk episod sbb panjang, kang tulis pendek2 korang komplen. ekekeke... :)

Watie Rose July 22, 2011 at 12:31 PM  

fatt,

i really love the way u create the story tau, mcm baca kisah novel pun yer jugak..boleh terasa2 suasana tu mcm mana...:p

*betul kata org, don't follow the crowd kann...*

kemang~ July 22, 2011 at 12:58 PM  

fatt hhaahaha, sweet lah ko punye cerita nehhh :D

fatt July 22, 2011 at 2:23 PM  

watie,
TQ. i hrp uols sume leh masuk dlm cerita ni..sbb tu i cuba create something different. tp yg ni pun i dah tapis2 sbb kalau nak cerita lagi detail mmg lagi berjela2 sbb byk sgt :)



kemang,
ntahle..tp kalau aku ingtkan balik mmg suwit la jgk. bila menaip pun tersengih2...hahaha :))

Ely Hasrul July 22, 2011 at 4:38 PM  

sewa beskal makcik ckp kt resit ok bleh terima.. batu2 di angkor bleh terima.. tjumpak mamat hensem blk bleh terima.. beskal menyebelah bleh terima.. berteduh bwh pokok sbb hujan???!!!! fullaweiii memori daun pisang okeh!! kalah samarinda kahkahkahkahkah!

F bukan huruf sebenar,  July 22, 2011 at 6:08 PM  

dzuchan July 22, 2011 at 7:18 PM  

hi fatt...wah... macam novel..jupe somebody masa travel..kalo dash of josh harnett + ashton kutcher mesti la hensem..kalau saya da x bley tido dah 3 malam hehehee..

fatt July 22, 2011 at 8:58 PM  

ely hasrul,
aku tak tau sape bomoh hujan yg bertugas pd hari tu. kalau aku tau sape, mmg aku tuntut USD20 sebab spoil program aku...hehe



syanur,
ape yg bestnye? *blur*



f,
???



dzuchan,
sy ada nk ckp kat dia aritu tp tak tercakap...mgkin dah ada org lain yg kata benda yg sama..agaknyelah...klu mataku kero mintak ampun! hahaha

dzuchan July 22, 2011 at 10:36 PM  

fatt..tapi betul la..tengok kaki pon cam hensem heee...tapi mat saleh ni satu je slack..x mandi;-P

iina July 23, 2011 at 12:04 AM  

Ok sejarah tercipta udah tau.. nie nak tanya soklan.. masih contact mengontact lagik?? ahaks.. kalau ye.. keep it up.. sok2 leh buat kenangan manis..

Tengok kaki jek kang jatuh tergoda tgk bulu kaki lak.. hahahaha.. apa pun well done dear.. kot ada jodoh jgn lupa akak ko nie ok.. ;)

fatt July 23, 2011 at 12:31 AM  

dzuchan,
aku teringin nak kaki yg kurus begitu..klu kaki mcm btg pinang ni burokkk!! aku rasa dia mandi kot..sbb kat SR mmg panas..tak mandi kalu mmg tera. erm, klu tak mandi tu mgkin time sejuk..tp cni mmg panas..nak berendam je kalau boleh.




iina,
haha...good question. jwpnnya mestilah still ctc lagi :)

internet tanpa sempadan! nasib baik dok zmn internet, klu zmn dulu kala alamatnya tunggu burung merpati, pen pals mmg menangis tak berlagu le...hahaha :)

aih, jodoh tu x berani nk cerita..jauh sgt la iina..20jam nek flights..huhuhu~

lydiarahayumahmod July 23, 2011 at 7:14 PM  

mata josh harnet sgt menyentap kalbu ok....huhuhu.....

Siti Nursyahidah Mohamad Khalil July 24, 2011 at 7:10 PM  

ape yg best? you and your journey! :)

Janggel July 24, 2011 at 10:04 PM  

Entry yang semakin mendebarkan! teruskan buat kami berdebar!

fatt July 26, 2011 at 5:57 AM  

lydia,
owh mata dia mmg sekson...bwahaha~ :P



syanur,
hahaha...ingt apa td..thanks! besau nau complimentnya...segan :)



janggel,
ko debar part mana satu? hahaha :D

gadisBunga July 26, 2011 at 6:59 PM  

aku dah tgk muka dah, baru tgk kaki. haahaha!!!

Anonymous,  October 5, 2011 at 12:04 AM  

aku takde apa pun nak komen pasal kisah "aku, dia dan siem reap" ko ni. i'll leave it to the readers la (especially the ladies) pasal bab-bab samarinda yang tak abih-abih dok drooling over brader deutschland even tak penah tengok pun lagi (ke dia org dah tengok penah senyap-senyap? haha).

anyway, bila baca kisah cinta ko ni and bila aku relate balik dengan travelling solo somehow it does make sense. pergh! dah macam pikir teori sains je gayanya. aku tak nak la explain panjang lebar kebarangkalian ketepatan teori tu. to cut a long story short aku penah baca buku The Art of Solo Travel. ko penah baca tak? i don't remember the author's name. tapi memang focus buku ni kat female solo traveller. this book was suggested by my x 'ehem ehem'. aku memula tak interested pun nak baca tapi since aku memang suka baca travel books be it fiction/non-fiction and buku ni memang pasal travel pastu sebab buku ni pendek je zaasss i managed to finish the book in less than an hour. dalam buku tu ada part yang dia citer pasal meeting a guy dari mana ntah yang tolong dia beli ticket if i can remember correctly kat swiss. btw this book is an e-book it's in pdf. again, i don't remember where did x 'ehem ehem' purchased the book. so, in the book she wrote something pasal travelling solo ni boleh increases the chances of having a romance. lebih kurang macam tu la. aku pun tak ingat sangat. something worth to ponder and discuss kan?

i'm not going to write a review about the book. walaupun buku tu cater more to female traveller yang baru nak start travelling solo. experienced solo traveller macam ko pun bleh la baca. would like to share my review and thoughts about the book tapi dah panjang sangat dah ni. maybe some other time. aku kan tenggelam timbul. bila-bila aku timbul balik la. ntah-ntah tenggelam terus.

ps: aku macam baru perasan yang aku selalu komen entries yang dah basi. haha. reason being aku selalu scan sekali imbas je blog ko ni. bila free sesangat baru aku baca balik sebab nak baca blog ko ni pada aku la kena hati kosong jiwa suci sebab nak kena sedut banyak info. at the same time aku kena rewind balik masa aku pegi dulu ada tak aku experience things yang ko experience. so kena make sure clearkan petak hati emptykan kotak fikiran.

just so u know aku tak salah parking komen. aku tak jumpa pulak entries pasal cinta siem reap ko. dah remove ke?

timbul sekejap,
trojan melayu

fatt October 5, 2011 at 1:58 PM  

trojan melayu,
ntah ko baca ke idak komen ni. ko kan mcm biskut.

fyi, aku dah lama remove since aku rasa entry tu mcm lari dari konsep blog. mcm better aku buat blog novel ke kan? klu ikutkan byk je citer2 di sebalik trip2 aku, tapi aku tak penah share..just so this one dan tetiba lure too much unpleasant attention...being an anonymous blogger rasa cam tak sesuai utk aku portray diri aku camtu..some more aku bukanlah jenis makwe yg lemah longlai gitu..mmg opposite diri aku

ntila ada masa aku cari buku yg ko ckp ni...bunyik cam menarik so nanti aku cari.

sbnrnya aku tak deny mostly solo travellers ni ada sejarah kenapa dia travel solo but chances are they just broke up. bkn mencari cinta tp sekadar mengisi ruang2 kosong yg ada, even though temporary affair tp fun jgk..nothing beyond. just 2 empty souls trying to cheer each others...agree? ntahla..aku tatau ko penah experience ke tak aku tatau

anyway im fine with you who come back and forth, as long as aku buat komen ni moderated aku tau ko park new comment.

till then!

uMi aishah February 3, 2012 at 1:47 AM  

sila abaikan komen ni tau sis,memandangkan dah berbulan-bulan motip i br nk leave komen! huhuhu..
btw am i right this entry (siem reap) blom tammattt lg? ke i terlepas pandang?

Leena RB December 3, 2012 at 3:48 PM  

m your new fan..realyyyy hooked up with ur blog..:))

Rawi Sanra December 30, 2012 at 4:32 PM  

Wah baru baca, how you met mrG, heheh,

Sy punya type senang tertarik dgn educated-man, heh

Anep February 20, 2013 at 2:46 PM  

TQ untuk tips dan panduan bagi post Siem Reap ni.. Sangat membantu time travel ke sana arituh.

Aunty Rom November 12, 2014 at 5:41 PM  

Salam.

This is an excellent self-researched exploration experience. I salute you. Very informative essay which can help me find my way there in June next year. Just bought my tickets to Siem Reap for June holiday. Terima kasih banyak2. Mesti boleh cakap omputih dengan grammar dan pronunciation yang baik sebab bila u kat overseas you mesti nampak educated and well groomed (pakai sneakers with socks) and speak politely. Jika tak, omputih ke orang choklat ke pandang you semacam je. Macam you pandang pendatang asing (Indon, Myarma,Bangla) dok makan sama meja dgn you atau shopping sama tempat dgn you. Tak selesa kan? So belajar cakap omputih betul2, tak malu kita p luar negeri. I travel a lot: Brazil, Argentina, Chile, Turkey, Europe (UK, France, Italy,Switzerland, Holland, Germany, Sweden dll) Australia, NZ, China (Beijing, Shenzen), Hong Kong, Taiwan, Indon (Bali, Bandung, Jakarta, Makkassar) Jan 2015 ke Lombok, Thailand (Bangkok, Chiangmai, Hatyai, Songkla, Naratiwatt), Mauritius, India etc etc.. and of course Mekah and Madinah, Saudi.
Jika you nak tahu sikit2 pasal each country yg you belum p, contact me: dr.ramlah1@gmail.com

Again, tqvm your article about Angkor Wat is wonderful.

btw, nak tahu? The best place I recommend you go next: Iguazu Falls Brazil.
The best place to and reflect yourself: Mekah and Madina
the best place to live: Malaysia (makan sedap...

Aunty Rom

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP