The Overland : Siem Reap & Angkor Wat (Part 2)

July 23, 2011

Sambungan dari episod sebelumnya.


Day 8 : 20 May 2011

Masih lagi hari yang sama.

Aku tak tau kenapa haritu jugak hujan nak turun, tunggulah esok ke, dahla aku beli pass sehari je ni, arghh ruginya! Tapi bila aku tengok mamat kat sebelah aku ni, aku rasa mungkin semua ni ada hikmahnya. Heh!

Agak lama hujan turun pada waktu tu, ada la dekat 15 minit, kami tak dapat buat apa-apa melainkan bersembang. Aku tanya apa dia buat sampai 3 minggu kat Tasmania? Dia cakap dia buat woofing kat beberapa tempat dan dia cerita jenis kerja yang dia buat, macam potong rumput, bagi alpaca makan but mostly gardening/farming works. Kalau nak tau ape tu woofing, pegi gugel sebab aku malas nak cerita. 

Pastu dia bukak cerita pasal kangaroo. Gaya dia bercerita pasal kangaroo sebijik macam budak kecik yang baru balik dari zoo. Comel. Ye aku faham dia excited sebab kat Germany takde kangaroo tapi aku pun suka gak kangaroo sebab haiwan tu unik dan comel. Dia tunjuk beberapa keping gambar kangaroo liar yang dia amik masa di Tasmania...punyalah banyak. 

Kami beredar dari situ bila hujan mula reda dan menuju ke Bayon. Ingat lagi tak apa aku sebut pasal Bayon temple dalam entry sebelum ni? Ya...temple with faces. So kat Bayon ni kami sempat pusing sampai habis sebab tempat ni tak sebesar Angkor Wat. Aku suka Bayon sebab ia lain dari yang lain...unik la senang cerita. Kami panjat sampai ke bahagian paling atas dan amik gambar sekeliling. Waktu di sini kami berpecah sebab aku prefer leisure sendiri, kalau asik jalan sama nanti tak fokus. Masa on the way keluar dari Bayon sekali lagi cuaca tak berpihak pada kami. Belum sempat sampai ke basikal tetiba hujan pun turun, kali ni lagi lebat dari tadi. Kami berlari ke bawah pokok yang paling terdekat dan berteduh di situ. Tapi pokok kali ni tak lebat macam pokok yang tadi sebab daunnya jarang-jarang. Kelam kabut aku keluarkan payung dari beg sebab gila-gila punya lebat. Nasib baik aku bawak payung, walaupun payung tu kecik tapi oklah dari takde. Dia tolong pegangkan payung tu sebab kalau aku pegang alamatnya kepala dia tersangkut (tinggi punya pasal).

Hati aku rasa dup dap dup dap sebab tak penah aku bayangkan akan berada dalam situasi macam ni. Berkongsi payung dengan stranger yang baru kenal tak sampai sejam...kebetulan ke apa? Dengan baju & seluar yang basah kuyup, dengan kasut kotor bersalut lecah, dengan buku LP & map yang habis hancur. Baik takyah pakai payung! Ahh, ni macam drama sangat tapi...bukan drama masalahnya.

Kami berdiri rapat sambil berlindung di bawah payung yang kecik. Aku tengok dia, dia tengok aku. Speechless. Tak pasti nak buat mimik muka yang macam mana. Kalau sengih nanti dia kata aku gila pulak. Tapi...kenapa ko nampak hensem sangat? Mungkin efek hujan basah kuyup ni kot. Hai...nasib tak tergugat iman aku. Nasib baik aku ni rendah sikit, kalau sama tinggi confirm boleh "ter...". "Ter" katanya. Nasib, nasib.

Bayon Temple

Hampir sejam kami berkeadaan begitu sambil melihat hujan yang seolah-olah takkan berenti. Hampir sejam tau...sejam! Aku rasa hujan ni gatal! #eh

30 minit selepas tu barulah hujan reda walaupun tak sepenuhnya. Kami amik keputusan untuk lari ke basikal dan memecut mencari tempat berteduh. Berhadapan dengan Baphuon temple ada sederet kedai. Aku terus memecut ke kedai untuk membeli poncho dan dia terus memecut ke kedai makan yang terletak di belakang. Selepas membayar (KHR3000) aku terus ke kedai makan sambil tersenyum menunjuk-nunjuk poncho yang baru dibeli. Aku suruh dia beli poncho memandangkan takde tanda-tanda yang hujan akan reda.

Dia mempelawa aku makan bersama tapi memandangkan aku dah kenyang, aku cuma order setin Coke yang harganya USD1.50. Peh, bocor poket! Sementara menunggu order tiba kami berborak lagi tapi kali ni lebih serius topiknya. Aku dah mula terasa semacam bila dia mintak izin nak tanya satu soalan.

Dia : Can I ask you something?

Dia buat dah....Aku cukup tak gemar kalau orang bagi mukhadimah gini sebab otomatik aku jadi gelabah

Aku : Sure, why not?
Dia : Do you have a boyfriend?

*petir*
Nasib baik takde air dalam mulut, kalau tak mesti tersembur

Aku : Erm...No. I just broke up. What about you?
Dia : Really??

Wah kemain ko "really"

Aku : Yeah??!!
Dia : Me too!

*petir*
Oh mai, ini kebetulan ke apa?

Aku : Really??

Aku pulak yang "really" beria-ia

Dia : Yup. We just broke up before I started travelling. We were supposed to travel together but things doesn't go according to plan but it's okay
Aku : Ohh...that's sad!
Dia : It's ok. We couldn't be together so we decided to separate
Aku : I see. So you still being friend with her?
Dia : Yeah, we're still friends. We don't have any problem so I guess we're still friend. By the way can I know why you broke up with your ex?
Aku : Hurmm...it's a long story
Dia : Try me. I'm listening

Aku pun bla bla bla bla....Sekejap! Eh nape dia ni beria tanya aku pasal ni. Takkan la baru berteduh bawah payung dah feeling kot??!!

Kami terus berborak sambil aku temankan dia makan. Aku tengok cara dia makan, I mean, cara dia sudu nasik, suap dan kunyah punyalah sopan tapi yang paling penting dia tak tinggal walau sebutir nasik kat atas pinggan. Giler arr mamat ni naik segan aku dengan dia, rasanya aku pun tak mampu nak makan sopan camtu. Ntah-ntah kontrol hensem, kannn?

Dia cakap kat aku dia suka makan nasik, kalau boleh breakfast dia prefer makan nasik dari makan roti. Aih pelik benau dia punya selera, kalah orang Asia. Katanya dia tak suka masakan barat sebab banyak guna daging dan roti. Most of the time lepas makan mesti sleepy, tak macam nasik, perut full tapi tak mengantuk lepas makan, itu kata dia lah. Walhal aku rasa kita ni pantang makan ape aje, lelagi nasi lemak, pastu mesti atas kelopak mata macam ada peti ais, berat gila. Lepas bayar bil kami singgah sekejap ke kedai sebab dia nak beli poncho. Aku tengok semua salesgirl kat situ tengok tak berkelip-kelip. Actually harga poncho tu USD1, tapi sebab aku tak cukup duit kecik so aku mintak diskaun, tu yang dapat KHR3000. Tapi yang aku sakit hati tu, waktu mamat ni beli, dia dapat lagi murah, KHR2500 je sebab masa tu duit kecik dia habis. Heeee...geram je aku kat salesgirl tu sebab senang gila mamat ni dapat murah. Ah ni taktik nak mengorat arr tu! Bila salesgirl tu suruh pilih poncho kaler apa, dia amik kaler kuning sebab katanya tu salah satu kaler pada bendera Germany. Patriotik gila!

Masa kami beredar dari kedai dia gelakkan aku sebab aku bayar KHR3000, dia bayar KHR2500. Ek eleh, takat diskaun 500 aku tak heran laaa!

Dia : (sambil ketawa) Hey I got cheaper than you!
Aku : Of course you did. But did you notice the way she look at you?
Dia : Nope. Why?
Aku : I think she likes you and that's why you got cheaper than me!
Dia : Really? What make you say that?
Aku : I think because you're....handsome?

*petir*

Dia : (senyum malu dan speechless)

Aku bantai gelak pastu. Seronok jugak buat dia blushing.

Lepas parking basikal, mangga, kami pun jalan ke Baphuon temple. Honestly aku rasa ini bukan lagi macam tengok ancient ruins, tapi berat ke bercanda di tepian batu-bata sebab memasing dah tak boleh fokus asik ketawa-ketawa je.

Baphuon Temple

Kat Baphuon ni binaannya banyak yang dah terjejas, banyak batu-bata yang dah runtuh dan tak selamat untuk dipanjat. Tapi sebab kami ni degil, kami panjat jugak sampai ke atas. Nak panjat memang senang, tapi nak turun agak merbahaya. Sebab tu aku penah remind dalam entry sebelum ni kalau boleh pakailah sandal yang boleh grip, contohnya Teva sebab permukaan batu kat sini tak sekata dan agak moldy. Pakai sandal biasa memang tak cukup, silap haribulan boleh tergelincir, so pakailah Teva! (promote nih).

errr...sebenarnya aku nak amik gambar batu tapi dia enterprem
Masa on the way dari Baphuon temple ke parking basikal, hujan mula turun rintik-rintik. Oke, aku tau korang mesti kata kenapa setiap kali nak amik basikal je hujan turun, nak blah je hujan lebat. Masalahnya aku sendiri pun tak boleh nak bagi eksplenesyen yang tepat tentang fenomena ni. Tapi haritu memang hujan sepanjang hari, to be precise, lepas aku jumpa dia. Aku rasa dia ni bomoh hujan la...eh?

Aku cecepat sarung poncho tapi dia masih lagi terkial-kial dari tadi, walhal hujan dah lebat. Memula aku biarkan, tapi lepas aku tengok tangan dia keluar kat lubang kepala, aku surrender. Tak boleh blah dia ni, haih! Bila dia dah selamat pakai poncho dengan betul dia pun bersuara

Dia : I can't even wear a poncho by myself! It's embarrassing
Aku : Naaah...you don't have to
Dia : I mean.....gosh! But thanks a lot for helping me just now
Aku : It's ok, not a problem at all

Kami berteduh sekejap di dalam temple Baphuon dan bila hujan berhenti kami amik basikal dan bergerak menuju ke temple yang lain. Kali ni jarak temple sangat jauh, lebih kurang sejam berbasikal melalui sebatang jalan raya yang sunyi di tegah-tengah hutan. Mujurlah aku jumpa dia, kalau tak aku pun tak tau sama ada aku sanggup ke tak nak kayuh basikal kat tetengah hutan seorang diri. Tetiba aku rasa dia ni macam savior aku, cewah!

Kami berbasikal beriringan memandangkan jalan raya lengang, cuma sesekali bila lalu kereta atau tuk-tuk barulah salah seorang dari kami akan pergi ke depan (selalunya dia la, haha). Sebenarnya takleh kayuh basikal bersaing sebab bahaya, tapi sebab jalan tu lengang sebab tu kami buat, lagipun senang nak bersembang. Kalau sorang duduk depan, sorang kat belakang susah jugak nak dengar bijik butirnya. Kalau diingatkan balik, memang seronok waktu tu, mulalah terflash scene dalam citer Sembilu, cuma tinggal tak pakai baju sekolah je.

Tiba-tiba dia perlahankan basikal dan signal aku untuk berhenti

Aku : Why are you stopping?
Dia : It's monkey!!
Aku : What? Monkey? (cheh aku ingatkan amende tadi)

Aku tengok dia keluarkan kamera dari kocek dan tangkap gambar monyet-monyet tu. Muka dia jangan cerita...excited gila nampak monyet. So aku pun kayuh basikal ke sebelah dia dan tanya

Aku : Is this the first time you see monkey? (aku takut jugak nak tanya soalan ni, takut terguris)
Dia : Yeah...it's my first time....I mean....I've seen them on TV but this one is real!

*petir*
Ko memang sedeh

Dia : Hey, look! That one is holding the baby! (eksited gila dia waktu ni)
Aku : Yeah-yeah!! (aku cuba buat eksited takmo member kecewa)

Dalam 5 minit pastu barulah kami sambung naik basikal. Ok, sekarang aku dah tau yang dia suka monyet dan kangaroo. Ahaks~ Geleng kepala aku dengan dia ni...tapi aku rasa comel jugak bila tengok dia teruja camtu. Pastu aku pun bukak cerita kisah monyet-monyet Msia yang ganas, jenis kejar orang kalau nampak makanan, monyet-monyet kat sekolah/asrama/universiti yang suka pecah masuk bilik curi makanan, pastu kadang-kadang buat roadblock kat tangga. Aku cakap pada dia aku teringin nak tengok monyet Proboscis sebab hidung haiwan tu pelik.

Kemudian kami melalui satu kawasan yang mana ada sawah padi di kiri dan kanan. Oh ye, ada satu area kat dalam kawasan Angkor Wat ni yang tembus kawasan kampung. Kebetulan pada waktu tu ada beberapa locals tengah memukat ikan kat bendang/sawah. Kami berenti sebab dia teruja nak tau apa lelaki tu buat. Aku cerita kat dia yang dalam sawah ni ada ikan tapi dia tak caya. Dah tak percaya punya pasal so aku pinjam bakul ikan yang dah dipukat, aku tunjuk kat dia dan dia teruja. Camne nak cerita eh...ermm...bila kita dapat tengok expression orang yang baru first time jumpa benda-benda baru dalam hidup dia, kita sendiri boleh rasa camne dia happy. Aku pun happy jugak sebab aku dapat jadi sebahagian dari pengalaman pertama dia, ohsemmm!

Oleh kerana dia excited jumpa sawah padi, so dia mintak aku amikkan gambar.

bang, senyum tu kasi lebau skit!
Lepas amik gambar ni aku kata pasni letakla dalam fesbuk. To my surprise dia cakap dia takde fesbuk. Heh? Aku tanya kenapa, dia cakap dia takmo apa-apa info berkaitan dia ada dalam internet. Peh, macam perisik! Pelik betul la dia ni. Lepas tu kami sambung lagi perjalanan, memang jauh aku tak tipu, sejam! Pastu barulah giliran aku tanya dia soalan

Aku : I think we haven't introduce ourself yet

Kami tergelak sebab baru perasan. Dari tadi sembang, sangkut bawah pokok, berhujan bawah payung tapi nama belum tau.

Aku : So what is your name?
Dia : H******, and you?
Aku : I'm F*******
Dia : Is that a Malaysian name?
Aku : Yeah..I guess! Haha
Dia : You drink? (tetiba)
Aku : Nope, I don't drink
Dia : Why?
Aku : Because I'm a muslim
Dia : Ah, I see. But why there are some who drinks?
Aku : (haih soalan membunuh lagi) Hurm..well actually we can't take beers and so on. You see, there's a good and bad muslim, same goes to Catholic and other religions. Anyway, I'm not very good at giving opinion about this but sometimes people just do, you know?
Dia : It's okay, I understand. As long as being religious makes you a good person, I think that's all that matter.
Aku : So what about you? Are you Catholic?
Dia : Nope. I don't have belief
Dia : (angguk)
Aku : And what about your parents?
Dia : They too

Pada waktu tu aku terfikir gak dia ni racist ke apa, tapi tak. Walaupun dia seorang Atheist, tapi dia hormat kalau orang tu ada pegangan agama. Dan itulah kali pertama dan terakhir dia tanya aku pasal tu sebab bila kami hangout dia tak pernah paksa atau pelawa sebab respek.

Sedang kami melalui kawasan berbukit tetiba hujan turun lagi. So kami berenti tepi jalan dan pakai poncho. Kami teruskan berbasikal sampai jumpa 1 pokok besar dan berenti untuk berteduh memandangkan jalan agak berkabus.

Dia : Are you okay?
Aku : I'm ok but the weather is not good. I don't mind if we skip the other temples but not Ta Phrom because I heard that it's awesome.
Dia : If you wanted to go to Ta Phrom, then let's go! Don't worry about me coz I bought 3-days pass. I can come again tomorrow. I'm just worry about you because your only chance is today.
Aku : *sigh*
Dia : I think if we go now maybe we can make it before 5.30pm

So kami pun amik keputusan untuk meredah hujan memandangkan kami dah pakai poncho.

on the way to Ta Phrom

Sewaktu kami tiba di Ta Phrom aku tengok dia tercari-cari sesuatu di dalam kocek seluar. Aku tanya dia cari apa, dia cakap kunci basikal dia hilang. Ah sudah! Puas dia selongkar beg dan kocek seluar tapi masih tak jumpa. Aku agak benda tu tercicir waktu hujan lebat tadi. Aku bagi idea mangga sekali basikal tu memandangkan harapan nak jumpa agak tipis. Tetiba aku terpikir camne kan kalau dia tak jumpa aku?

Temple Ta Phrom terletak jauh ke dalam, dari pos pengawal (sini dia nak cek pass masuk, so jangan hilangkan) kena jalan kaki lebih kurang 200m melalui denai sebelum sampai ke temple. Hampir sebahagian daripada struktur Ta Phrom runtuh dan terjejas teruk tapi sedang dalam proses baik pulih. Sekeliling kawasan temple ditumbuhi pokok-pokok yang besar dan akarnya melingkari struktur bangunan. Memang cantik, tapi dalam pada masa yang sama agak creepy. Tak ramai pelancong yang ada pada waktu tu memandangkan hari dah lewat petang dan kami pun cuba untuk cover secepat yang mungkin sebab nak tengok sunset.

Ta Phrom
pokok Angelina Jolie

Sedang kami memanjat batu-bata, tiba-tiba.....

Dia : Are you doing something tonite?

*petir*

Aku : Nope. Why?

Dalam hati aku dah boleh agak apa ayat yang seterusnya.

Dia : I would like to ask you out for dinner

*petir*
Betul ke ni? Ke aku yang pekak? Atau aku sedang bermimpi?

Dia : But if you have something to do.....(ayat tak sempat habis)
Aku : No, I'm not doing anything tonite so YES!
Dia : (senyum)

Okeh, aku tau ini cuma perlawaan biasa (kot?), tapi tak taulah kenapa dia punya debar macam nak pegi berperang.


bersambung.....
.

37 comments:

Watie Rose July 23, 2011 at 11:36 AM  

waaaahhhh...so sweet oke, lucky u found him, kalau tidak mesti sensorang berbasikal dan berhujan dengan keadaan sekeliling yg agak creepy kann..suka sgt baca !!!

dzuchan July 23, 2011 at 4:14 PM  

hi fatt..saya yang baca ni pon excited..kalau mengalamai dabel excited..ttp mmg hensem..grab him, dont let him go..hahaha :-)..
kalau ada pengarah filem/drama baca, sure tak lama lagi jd filem la..

F bukan huruf sebenar,  July 23, 2011 at 5:01 PM  

I suka effect petir tu haha

bdk2 July 23, 2011 at 5:28 PM  

fatt!!! omg!!! soo sweet!!!
dah mcm love story dah entry ko ni, i like it!!! happy u enjoyed ur trip. hihih...ade teman special. cant wait for next entry! ape lg?

fara,  July 23, 2011 at 6:32 PM  

best!!!
tak sabar tggu next episode :)

Elyyn,  July 23, 2011 at 7:14 PM  

Seriously ur story makes me smile n blush! Teringat zmn mula nk bercinta ngn mr hubby. Btw, cant wait for next story...

kemang~ July 23, 2011 at 7:21 PM  

fattt haha macam bace novel cinta la pulak aku ni....

travel makes friends rite :) *boipreng buleh jugaaaa, haha :D

Niza July 23, 2011 at 10:15 PM  

hujan and falling in love tak boleh dipisahkan..cute story!

Opie July 23, 2011 at 10:26 PM  

tak rentung ke ko fatt...banyak nooo petir..wakakakakaka..kelaka siot :p..sambung cepat

fatt July 23, 2011 at 11:46 PM  

watie,
tulah...tak sangka sbnrnya sbb jumpa lagi. ingtkan pas turun bas dah tak jumpa :)



dzuchan,
dats y i go jello bila dpn dia..sume keluar *petir*
hahaha... :)


F,
*petir*
hahahaha~



bdk2,
tu pasal aku ckp dah tak jadi sightseeing angkor wat...rosak program aku.. :)



fara,
more to come, insya allah :)



elynn,
hahaha...me too. everytime i ingt trip ni mesti i senyum :)



kemang,
sekali sekala kena buat cerita cinta..baru variety...org kata behind the scene :)
klu jadi laki aku jemput semua yek! hahaha



niza,
hujan itu sgt kejam, tp terima kasih kat hujan sbb kalau tak mesti takde cerita ni :)



opie,
rentung dah ni..hahaha..efek petir tu mmg terbaik kan? mcm komik sikit :))

Cik Kentang July 24, 2011 at 9:45 AM  

can't wait for the next chapter. Romantik woo..siap share payung dalam hujan. Hihihi..kuar date tak malam tu?

tiey July 24, 2011 at 10:31 AM  

fatttttt!!! hensemmmm!!!! hahaha
gmbr die sesorang kat sawah tuuuuu...ishhhhh *petir* hahaha

shah_rule July 24, 2011 at 12:47 PM  

hahaha kelakar cite fatt, eik orang german ni memang sopan2 agaknye... kene g sane pulak la fatt pasni~ hehe

Chit Ana July 24, 2011 at 3:09 PM  

fatt : sambung lagi hehe

Pijah Pelangi July 24, 2011 at 3:24 PM  

Fatt!!! haha....gelak2 aku baca entri ni, erm not so bad la mamat tu,hihi. Waa so Travelogue Love Story la sangat, best2,haha.

hanie July 24, 2011 at 8:51 PM  

ni guane ni..jadi dak ke german? wa dah simpan duit beli tiket ni.. yo la..geng wa kawen ngan mat german kan.. kahkahkahkah...larik larik!!



sedey la boipren ko ni fatt..tgk monyet pn eksaited. ni kl dia dtg tmpt aku..aku syak abeh dia gegor monyet2 yg suke kuak lentang tak tentu hala kat sini. hahahaha

fatt July 24, 2011 at 9:19 PM  

cik kentang,
mmg memori daun pisang oke! first time ada pglmn gini & superawesome :P
mesti la kuar! gile la kalau tolak. ngeee~ :)



tiey,
tu baru gmbr jauh..nti aku tepek gmbr dekat. tp lmbt lagi la aku tepek. tp, mmg hensem! *petir* hahaha :))



shah_rule,
tak pasti la dude, tp dia mmg sopan. aku ingt dah pupus dah lelaki sopan kat dunia ni, tp masih ado :)



chit_ana,
insya allah :)



pijah,
bleh buat drama korea pasni..hahaha :)



hanie,
jadi tu mmg jadi. tp tak pasti bila. ingt nk g thn dpn tp ada sukan olimpik la pulak. amboi ko..sampai ati kutuk candidate aku..haha..nti aku sekolahlah dia abis2, pastu bukan takat monyet je, mentibang laut pun aku rasa dia on. hahaha :)

Biqque July 24, 2011 at 9:33 PM  

ok...

...i'm hooked...

...PLEASE CONTINUEEEEEEEEEEEEEE!

HAHAHAHAHA! SIUT LA! KUAR TAK? GI MANA? MAKAN APA? KORANG CITE APA?

*biqque...sabar...*

Janggel July 24, 2011 at 10:02 PM  

Alamak aku paling suka baca entry ni! Terasa ada nyawa. Fuh..sila teruskan dengan kisah2 berteduh di bawah pokok itu. hehehe

Anyway gambar kat tempel yang batu2 ada muka tu cantik la. Wajib pergi situ kan.

fatt July 24, 2011 at 10:49 PM  

biqque,
sabau! sabau! i akan hapdet bila i balik dari nz ok...so semua sila speku apa jadi :P



janggel,
terima kasih, terharu T____T

aah wajib pegi situ..temple tu yg paling cantik. aku pun suka temple tu. hehe..

Leez M. Saaid July 25, 2011 at 2:51 AM  

bestnyaaaaaaaaaaaaaaaa (amboi panjangnya ahakss)
Aku rasa mcm baca novel cinta sambil mengembara. I like travel journal mcm ni....sambil2 tu selitkan kisah cinta supaya jalan citer lebih umphhhhh.

teringat plak kisah aku kat Europe dulu....ada selit2 kisah mcm ni ahaksss.
bestkan jadi traveller ni....sbb kita jumpa pelbagai jenis org dan pelbagai jenis cerita disebaliknya. But yg jadi sedih bila kita berpisah dgn org tu.....aku dah dpt bayangkan mesti kau sedih masa nak balik kannnn.....tul tak?

Sarah Asshila July 25, 2011 at 8:34 AM  

Kak,kalau jodoh panjang,nanti makan nasi minyak jgn lupa jemput saya ok..

ehehehe...

zura aini July 25, 2011 at 8:36 AM  

macam novel jahhh, i loike

VFN July 25, 2011 at 9:05 AM  

aku nak chop jadi flower gurl kau nanti... ekekekekee

Biqque July 25, 2011 at 9:09 AM  

NZ??????????

weh u ni tak keje ke???????? melampau tauuuuuuuuuuuuuuuu! ni yg jeles ni!

(ada keje kosong tak kat whatever company yg u keje skang :D hahaha!)

june July 25, 2011 at 11:54 AM  

salam..
seronok baca punya psal, sy mintak permission nk link ur blog kt blog sy. lama dah follow blog ni tp xpenah bg salam. sori ek. *salam salam*. sy pon backpacker gak tp naik gunung je n skrg dah gantung bag dah. baca blog ni rasa nak angkat bag balik je. bila nak sambung cerita ni?

salsabila July 25, 2011 at 3:44 PM  

fatt..

u make me remember the story; EAT,PRAY & LOVE....

dkt Hatyai ko pg EAT smp lebam...then ko pg UMRAH for PRAY.....myb next year u will find ur LOVE @ europe mayb....jeng2....thn ni perkenalan...thn depan myb bunga2 cintun....hahaha....

fatt...mish u...dh smp NZ rupenye...jeles2 sih....

Ely Hasrul July 25, 2011 at 6:06 PM  

woit bila nk kapel nehh!! hahaha tak sabar ok!! kalah sembilu hahahhahaa

alifah@along July 25, 2011 at 8:06 PM  

saya suka love story ni..wink wink!!hehhee

iina July 25, 2011 at 8:14 PM  

Fatt

Mmg hensem.. tapi aku rasa aku nk tengok gbr dia tido lah ada?? hehehehe.. itu sure lagik hensem.. kira oklah kan.. dalam ko p jalan sorg2 ko ada gak teman.. taklah boring.. ada kawan.. hensem lak tuh..

Kalau ko beli poncho tuh dgn dia.. mesti dapat diskaun byk lagik.. ntah2 2000 ke hehehe..

Sebut pasal poncho nie teringat poncho yg pakwe aku beli kat venice.. satu merah dan 1 biru.. cam bendera mesia.. aku patriotik juga ok hahahaha..

Ok sambung2.. ;)

fatt July 26, 2011 at 5:55 AM  

leez,
aritu ada kisah cinta kat europe ke? tak stori pun! stori laa :)
sedih tu mmg la ada tp takpe, internet ada, bleh keep in touch :)



sarah,
kalau sis, kalau....sbb long distance relationship ni payah...huhuhu~



zura aini,
agak la, tp ni kisah benar, tak direka2



vfn,
okeh, no hal. mana tau sangkut dgn kawan dia pulak ke? hahaha :)



biqque,
kerja...kerja tnm anggur yg tak pernah berbuah :P



june,
wsalam....terima kasih sbb munculkan diri. silakan share...nti sy free skit sy jenguk blog awk...cerita bakal bersmbung lepas balik dari nz..insya allah :)



sal,
cheq, aku tak penah tgk movie itteww...hahaha! :P

aku pun hrp gitulah..kalau la kan...aku kongsi punya jgn risau..hahaha.. weh ko nak jeles nape? ko bkn baru balik ke? hahaha :)



ely,
kapel? tah...kapel2 monyet blah la kot..tgkla camne, masih dlm proses mengenali lagi :)



alifah,
aku pun...sbb inilah kali pertama aku rasa pengalaman unik camni. short but sweet :)



iina,
uih...masa bila la aku nak shoot tu..takde la weh. tp klu ada aku simpan sensorang le :P
sbb hensem la smpai kucar kacir takleh nak fokus pd matlamat asal. tp sbnrnya aku suka dia sbb dia gentleman, muka hensem tu bonus je :)

aih ada pglmn poncho gak ke? tp poncho dgn hujan mmg perencah terbaik kan? hahaha :P

gadisBunga July 26, 2011 at 6:57 PM  

untuk pertama kalinya di blog ko, aku rasa macam baca skrip movie cinta lah. hahaha!!!

ok dia mmg kiut. hahaha!!!

MasZuber July 27, 2011 at 12:17 AM  

geeeeeeeeeeeeee,

this is soooooooooooooo sweetly insaneeeeeeeeeeeeeeeee!

nways, agak luas dahi dia ;)(+ve itu tanda dia pandai) heheeee

nways, aku baru bace entry yg nie. td aku bace entry ko lepas nie dah kat NZ. sila jgn lupe sambung ok pasal mamat German neh :)]

take care!

fatt July 27, 2011 at 3:04 PM  

gb,
dialog dgn petir tu penting ok..klu aku cerita dlm ayat biasa dah tak interesting...sbb tu aku quote conversation kitaorg wlpun tak sepenuhnya..

kiut ye..tp muda dari aku camne? huhu~



mas,
thanks mas, tc jgk!

mamat ni mmg byk pikir la aku rasa, asik belajar je..tp takpelah dah pandai nak wat camne..tp aku yg rasa runsing sbb dia byk tanya. klu tanya biasa2 takpe, sume stok nak menguji minda..menci tau!

ZaiZai August 4, 2011 at 2:49 PM  

fatt..1st time saya comment.. sbb seronok sangat baca blog ni..rasa mcm terjadi kat diri sendiri plak.. ahahaha update cepat beb.. best la..

fatt August 4, 2011 at 5:11 PM  

zaizai,
hai zai!
glad u like the story, ni cerita bdsrkan pglmn i sendiri, saja share dgn readers. try nak tulis benda yg lain skit coz i tau klu asik ckp psl travel je agak boring. btw cerita ni dah laju dah ke depan, ni entry lama :)

hazwan saniy August 17, 2013 at 3:17 PM  

mane lagi sambungan kisah ni??..hehe.. best gile pengalaman cam gini

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP