Umrah : Menjejakkan Kaki Ke Masjid Nabawi

July 01, 2011

Sambungan dari episod sebelumnya.


Hari Kedua : 15 Jun 2011

Alhamdulillah syukur rasanya sebab perjalanan semuanya lancar walaupun hampir seharian aku habiskan masa dalam transport (flight & bas). Aku dikejutkan oleh mak sebab dah masuk waktu subuh (3.43am) dan kami harus bersiap cepat sebab kalau lambat nanti tak boleh masuk ke dalam masjid sebab penuh. Walaupun badan aku sebenarnya terasa letih sebab tak cukup rehat dan demam tapi aku gagahkan juga sebab nak merasa solat subuh berjemaah di Masjid Nabawi.

Aku mandi, bersiap dan terus mengenakan kain telekung untuk bersolat. Kami sekeluarga jalan bersama menuju ke Masjid Nabawi. Keadaan di luar pada waktu tu masih gelap dan panas walaupun malam. Hotel yang kami duduk iaitu Hotel Madinah Mubarak terletak cuma 100-150 meter saja dari pintu Masjid Nabawi, memang dekat.

Hotel Madinah Mubarak 
Sepanjang jalan menuju ke masjid ada orang berniaga Al-Quran dan kelihatan begitu ramai manusia berpusu-pusu menuju ke arah yang sama iaitu ke Masjid Nabawi. Satu pengalaman baru yang aku rasakan berbeza dan pemandangan ini sebenarnya biasa di Madinah dan tak seperti di Msia yang mana kita hanya nampak orang begitu ramai ke masjid pada hari tertentu seperti waktu solat Jumaat dan Hari Raya. Tapi di Madinah, setiap kali masuk waktu sembahyang orang akan menderu pegi ke masjid untuk solat berjemaah. Aku rasa seronok sangat waktu ni, tak boleh nak digambarkan dengan perasaan.

[source] Masjid Nabawi

Sebelum aku teruskan travelog ni aku nak share sikit info yang aku gali dari internet dan daripada apa yang aku dengar berkaitan Masjid Nabawi dan cerita-cerita lain yang aku rasakan sesuai untuk dikongsi.

Masjid Nabawi adalah masjid kedua yang telah dibina sendiri oleh tangan Rasulullah SAW selepas Masjid Quba'. Namun begitu ia bukanlah seperti yang sedang kita lihat pada hari ini kerana pada suatu masa dulu saiz Masjid Nabawi adalah kecil. Ia juga adalah masjid yang terpenting kerana di sinilah terletaknya makam Rasulullah SAW. Kedudukan makam itu boleh dilihat dari luar bangunan masjid berpandukan kubah yang berwarna hijau. Asalnya kedudukan makam Rasulullah SAW tidak terletak di dalam kawasan Masjid Nabawi tetapi oleh kerana perluasan masjid dilakukan beberapa kali sehinggalah memasuki makam Rasulullah SAW. Untuk pengetahuan sume, makam Rasulullah SAW terletak di tapak rumah Baginda sendiri dan kedudukan rumah Baginda cuma bersebelahan dengan Masjid Nabawi.

Jadi berapa dekatkah sebenarnya rumah Rasulullah SAW dengan Masjid Nabawi? Diceritakan bahawa dekatnya hanya apabila Baginda beriktikaf di masjid, Baginda hanya perlu menjulurkan kepalanya ke pintu bilik untuk disisirkan rambutnya oleh Siti Aisyah RA. Maksudnya di sini jauhnya bilik/rumah Rasulullah SAW dengan Masjid Nabawi hanyalah berselahan saja!

Juga, aku mendapat tau dari Ustaz Zul bahawa suatu ketika dahulu luasnya kota Madinah itu adalah sebesar kawasan Masjid Nabawi. Tapi sekarang luasnya kota Madinah itu semakin bertambah sejajar dengan pembangunan di kawasan itu.

Berbalik semula kepada cerita pasal Masjid Nabawi, suatu ketika dulu masjid ni kecik aje dan apa yang kita lihat pada hari ini adalah hasil dari kerja-kerja perluasan yang telah dilakukan oleh kerajaan Saudi Arabia demi menampung jumlah penganut agama Islam yang semakin bertambah. Kelebihan bersolat di dalam masjid ini berbanding masjid lain (kecuali Masjidil Haram) ialah diberi ganjaran pahala sebanyak 1000 kali ganda manakala di Masjidil Haram pula ganjarannya lebih besar iaitu sebanyak 100,000 kali ganda iaitu seumpama bersolat selama 55 tahun 6 bulan dan 20 malam di tempat lain, itupun kalau cukup solat 5 waktu sehari semalam! Tapi janganlah pasni ada yang taknak solat sebab fikir pahala yang ada tu dah cukup untuk cover solat-solat yang berlubang. Yang wajib itu tetap wajib dan jangan sesekali lalai menunaikan solat.

"Perkara pertama yang akan disoal sewaktu di akhirat kelak ialah solat"

Diriwayatkan juga akan kelebihan bersolat sebanyak 40 waktu, iaitu solat fardhu 5 waktu sehari secara berjemaah selama 8 hari di Masjid Nabawi.

Rasulullah SAW pernah bersabda, "Barangsiapa bersolat 40 waktu (yakni solat fardhu) di dalam masjidku tidak terputus solatnya, ditulis baginya (pertama), terpelihara dari api neraka, (kedua) dijauhkan dari azab dan (ketiga) dipelihara dari sifat-sifat nifaq (atau menjadi orang munafiq)" - riwayat hadis Imam Ahmad.

So itulah sedikit sebanyak akan betapa besarnya ganjaran pahala yang Allah SWT berikan kepada kita umat Nabi Muhammad SAW. Subhanallah. Aku berharap sesiapa saja yang membaca travelog ini akan cuba merebut peluang untuk menziarahi kota suci Makkah dan Madinah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup kerana di sinilah tempat yang terbaik, yang tak terbanding dan yang teristimewa sekali di atas muka bumi Allah.

orang ramai berpusu-pusu ke masjid untuk solat berjemaah

Sambung balik travelog. Sewaktu pertama kali melihat Masjid Nabawi di depan mata, aku rasa macam mimpi sebab selama ni cuma tengok dalam TV, itupun bila azan. Tapi kali ni ia betul-betul depan mata, memang sangat cantik masjid ni.

Kami pun melangkah pantas ke pintu masuk masjid memandangkan waktu subuh yang semakin hampir. Punya ramai umat manusia ada di situ hingga ada yang terpaksa bersembahyang di luar. Itu baru seksyen wanita, seksyen lelaki aku rasa lagi ramai. Pintu masuk untuk wanita terasing dari pintu masuk lelaki dan jika ada ahli keluarga lelaki yang mencari/menunggu ahli keluarga wanita keluar dari masjid, ada 1 tempat yang telah ditetapkan untuk menunggu oleh pihak masjid. Sampai tahap tu sekali dorang kawal tempat ni. Pada aku memang bagus sebab faham-faham jelah orang Arab ni suka ikut kepala dia je, jenis kepala batu.

Aku tak pasti berapa jumlah keseluruhan pintu yang terdapat di Masjid Nabawi tapi rasanya ada lebih dari 20 buah namun hanya sebahagian saja yang dikhaskan untuk jemaah wanita. Dan di setiap pintu yang dikhaskan untuk jemaah wanita ni ada standby 2 orang petugas yang akan memeriksa barang-barang yang dibawa masuk oleh jemaah. Barang seperti henpon dan kamera tidak dibenarkan untuk dibawa masuk dan ia adalah barang larangan yang perlu ditinggalkan di suatu tempat yang dikhaskan tapi boleh dituntut semula sewaktu keluar dari masjid. TAPI menurut cousin aku jemaah lelaki bebas bawak barang-barang tersebut masuk tanpa sebarang sekatan. Okay, part ni aku rasa macam tak adil sikit sebab peraturan ni berat sebelah tapi siapalah aku nak question kenapa ini tak boleh itu tak boleh.

pintu Uthman Bin Affan untuk jemaah wanita
seorang wanita menunaikan solat di hadapan pintu Uthman Bin Affan RA
Semua makcik-makcik dan mak aku dah lepas masuk ke dalam dan tiba-tiba masa giliran aku pulak tersangkut. Ah sudah! Sekali dia tunjuk sarung kamera dalam beg aku sambil cakap bahasa Arab. Alaaahai..aku pun satu, lupa nak keluarkan walhal kamera tu aku awal-awal lagi aku dah sorok celah kain sembahyang. Camne boleh cuai sangat ni? Kemudian timbul akal aku nak cuba masuk ikut pintu lain. Waktu tu aku dah sorokkan sarung kamera tadi kat dalam kocek seluar dan alhamdulillah aku lepas masuk ke dalam.

Waktu tu semua ahli keluarga memandang ke arah pintu yang aku sangkut sambil menunggu dan tiba-tiba aku datang dari tepi dan signal dorang suruh jalan terus sebelum petugas-petugas di pintu yang pertama tadi perasan. Waktu ni tuhan je tau betapa gelabahnya aku sebab takut terkantoi. Ya Rabbi boleh aku buat kerja gila nak masuk masjid, huhu. Tapi nak wat camne, aku takleh berenggang dengan kamera ni. Rasa rugi kalau tak capture gambar sebanyak yang boleh (secara sorok-sorok). Nak datang sini dahla susah, jauh lak tu, itupun kalau diizinkan Allah, kalau dijemput menjadi tetamu-Nya. Aku harap Allah ampunkan aku sebab niat aku sekadar nak simpan gambar kenangan Masjid Nabawi, tak lebih dari tu dan errr..share sikit dalam blog ni so at least orang yang tak penah tengok boleh tau camne rupa kat dalam ni. Tak gitu? Huhu =___=

Keadaan dalam masjid begitu ramai dengan manusia yang tak mahu ketinggalan menunaikan solat fardhu berjemaah. Suasana ni pastinya sukar untuk aku cari di masjid-masjid di Msia. Dan seumur hidup aku tak pernah lagi aku tengok masjid yang seindah Masjid Nabawi. Setiap ruang dan pelusuk masjid begitu cantik dan teliti ukirannya. Ada banyak tiang di bahagian dalam masjid dan dihiasi lampu-lampu chandelier yang cantik-cantik belaka. Di sepanjang laluan dan di setiap sudut di dalam masjid juga diletakkan tong-tong yang berisi air zam-zam untuk diminum oleh para jemaah. Begitu mudah mendapatkan air zam-zam di sini. Teringat aku setiap kali jika orang balik dari Makkah pasti air zam-zam akan menjadi hidangan wajib bila datang berziarah dan oleh kerana setiap jemaah hanya dapat bawak balik free 10L sorang maka ia menjadi begitu berharga dan jika tertumpah sikit mesti ralat gile.

deretan tong berisi air zamzam di dalam Masjid Nabawi. bole minum sepuas hati!
waktu di antara solat diisi dengan membaca Al-Quran
Style orang Arab ni dorang suka angkut anak-anak ke masjid tak kisahla walaupun masih baby. Oleh kerana ada jemaah yang bawak anak-anak ke dalam masjid maka pihak masjid telah asingkan tempat di antara jemaah yang bawak anak kecik dengan yang tak bawak (bebas). Ada  pagar kayu setinggi 8 kaki dibina membahagikan di antara 2 kawasan jemaah. Tujuannya supaya bila bebudak ni memekak takdelah mengganggu konsentrasi orang nak sembahyang. Tapi sebenarnya memang ruih rendah dalam masjid ni dengan suara budak-budak menangis, menjerit dan segala macam jenis teriakan dan bunyik ni tersangatlah kuat dan jelas terutama sekali bila waktu sembahyang. So kalau kata kawasan zon bebas (takde budak kecik) tu penuh maka terpaksalah jemaah yang tak bawak anak bersolat dengan group yang bawak anak-anak. Memang boleh hilang tumpuan sebab geram nak selotep mulut bebudak tu. Tak khusyuk dibuatnya. Dugaan! Dugaan!

Selesai solat subuh kami pun pulang semula ke hotel untuk sarapan. Sewaktu aku melangkah kaki keluar dari masjid jam menunjukkan pukul 5.30am dan fajar sudah mula menyinsing. Kelihatan para peniaga sudah mula meletakkan barang dagangan di atas jalan di luar pintu masuk ke perkarangan Masjid Nabawi.

pagi di Masjid Nabawi
jalan yang aku setiap hari untuk ke masjid
Tiba-tiba mata aku tertancap pada 1 objek yang sangat familiar dan kemudian timbul rasa tak percaya. Nak tau ape? Starbucks Coffee! Wah canggih ada Starbucks Coffee kat Madinah! Lokasi pun tak agak-agak, bebetul kat luar pintu Masjid Nabawi. Dalam hati aku betul ke ni real Starbucks atau sekadar kembar siam sebab aku tengok logonya lain sikit. Oleh kerana perasaan ingin tahu yang tersangatlah tinggi maka keesokannya aku pun pegi ke situ dan beli Caramel Macchiato dan memang betul ni real Starbucks. Harga minuman pun lebih kurang macam kat Msia, SAR15 (tall), SAR17 (grande) dan SAR19 (venti). 

tak percaya? aku musykil camne Starbucks boleh masuk ke sini

Ada seperkara lagi yang aku nak tambah kat sini, bukan pasal Starbucks tapi pasal "payung" yang terletak di perkarangan masjid. Kalau korang perasan kat luar kawasan masjid ada banyak tiang, kan? Sebenarnya tiang-tiang tu adalah "payung" yang boleh dibuka/tutup. Aku tak pasti pukul berapa payung-payung ni buka/tutup sebab setiap kali aku datang solat subuh masih tutup dan bila datang waktu zohor dah bukak. Jadi aku tak berpeluang nak snap video moment tu, rasa rugi jugak tapi dah bukan rezeki aku nak tengok so takpelah. 

Kalau nak tahu, kubah-kubah yang terdapat dalam Masjid Nabawi pun dibuka pada waktu siang. Jam berapa dia bukak dan tutup aku tak pasti sebab aku takde maklumat yang tepat untuk tu. Tapi pernah sekali aku sedar kubah dalam masjid tu terbukak waktu aku sedang baca Al-Quran, walhal sebelum tu tutup. Aku anggarkan mungkin kubah tu dibuka sekitar jam 9-9.30am. Tapi kalau ada sesape yang berpeluang ke sini nanti cubalah tunggu 2 benda ni, mesti korang akan rasa kagum. 

kubah masjid yang telah dibuka. waktu buka tak dapat dipastikan
payung di luar masjid dibuka pada siang hari
tapi tutup dari petang sampai ke mala hingga menjelang siang
Setibanya di hotel kami terus ke ruang makan untuk bersarapan. Menu sarapan pagi tu aku dah lupe, nasi lemak rasanya. Ok la jugak, aku rasa waktu aku di Madinah pilihan makanan dia agak sesuai dengan tekak aku. Sewaktu kami tengah bersarapan keluar pengumuman supaya jemaah wanita berkumpul jam 9.30am di kawasan lobi hotel sebab pagi tu ada ziarah makam Rasulullah SAW dan Raudhah

Hati aku melonjak-lonjak bila mendengar perkataan Raudhah kerana ia adalah salah satu di antara tempat yang mustajab untuk berdoa dan juga adalah tempat yang paling mulia di Masjid Nabawi kerana di sinilah terletaknya makam Rasulullah dan "taman di antara taman-taman syurga". 

Rasulullah SAW pernah bersabda, "Ruang diantara rumahku dan mimbarku adalah taman daripada taman-taman syurga dan mimbarku terletak di atas telagaku" - riwayat hadis Abu Hurairah RA.


bersambung....
.

22 comments:

aiyeen,  July 1, 2011 at 7:37 AM  

mekasih fatt sbb sudi amik risiko bawak masuk kamera dalam masjid sebab klu awk tak bawak sure kami yg tk pernah gi tak tau gambaran kat dlm masjid tu camno..

nice post sebab ada selit2 tazkirah/sirah Nabi...keep em coming beybeh~

kemang~ July 1, 2011 at 8:15 AM  

fatt aku rase sayu pulak bace travelogue ni..rase lain...mintak2 ade rezeki nak jejak kan kaki kat sini..

en_me July 1, 2011 at 8:23 AM  

kagum kagumm.. nice

hanie July 1, 2011 at 8:33 AM  

semakin dilanda kekaguman. ni yg buat rasa nk usaha lagi bersungguh2 utk jd tetamu Allah ni..

Syahiddmilikku July 1, 2011 at 8:47 AM  

Harap2 saya sampai la mekah madinah tahun depan...bagus la cik fatt, info sangat la detailnye. U jalan kat bukit magnet tu x?

ZulDeanz July 1, 2011 at 9:56 AM  

Entry yg paling best yang pernah aku baca....

nuna July 1, 2011 at 9:57 AM  

Seronoknyer dpt jejakkan kaki di Makkah...

fatt July 1, 2011 at 1:48 PM  

aiyeen,
welcome. no worries small problem je tu. i took it as challenge. lagi tak boleh lagi eager nak buat, konsep org degil. haha.

anyway, i hv my own reason knp amik gmbr2 ni. selain dari sharing, ia sbg "ubat" terutama skali bila sy rindu nak tgk Makkah & Madinah.



kemang,
lain camne? aku paham..takpe. aku sendiri pun berair mata waktu tulis entry ni. aku happy dpt buat org lain rasa apa yg aku cuba smpaikan dan insya allah ia dpt buat diri kita kagum dgn kekuasaan Allah dan makin cintakan Rasulullah SAW. ko panjatkanlah doa..mana tahu pasni ko akan jadi tetamu Allah.



en_me,
takpe pasni giliran awk pule. insya Allah



hanie,
yeah, ko harus berusaha beb. aku rasa bila ko tgk tmpt2 ni dpn mata lagi ko rasa kagum. rasa taknak balik pun ada.



syahid,
morocco dgn tanah arab dkt ke? sori i fail skit geografi belah2 sana. err, bukit magnet? kat mana tu? ada nama lain tak utk tmpt tu? maybe la kot ada singgah masa ziarah luar. wallahualam



zuldean,
huhu...apakah itu bermaksud entry2 sblm ini hancor? hahaha..takpe2 im just joking. alhamdulillah. ni kira motivation utk baiki my penulisan. i hope my words can move people dan buat org rasa inspired. tak bmksd nak poyo tp sy ikhlas. insya Allah



nuna,
err..entry ni psl Madinah le nuna, bkn Makkah. belum masuk lagi part Makkah.

❀aRaBeLLa❀ July 1, 2011 at 2:10 PM  

beb cantik la pemandangan..x sia2 ko curi2 bawak masuk..naissss pic!

starbucks pon ade kat sana ek..tapi logo dia lain sket.ko minum ke kat situ?

p/s: nak tanye la ko edit pic pakai ape? especially pic yg leh letak caption dlm blog lagi satu tu?

VFN July 1, 2011 at 2:50 PM  

tak sabarnya nak ikut jejak langkah kau ke sana weih...

gadisBunga July 1, 2011 at 3:03 PM  

hebat la...kalau jadi adegan kejar mengejar dalam masjid tu mesti lagi cool. hahaha!!!

payung kembang kuncup tu...walaweh. sini buleh buat kot?

fatt July 1, 2011 at 3:12 PM  

ciela,
agi idup agi ngelaban!

cni starbucks dia jenis tapau. aah aku beli sbb aku nak puaskan ati aku, hehe. rasa dia, confirm sama mcm kat starbucks lain. original starbucks :)

kat both blog yg tu dgn yg ni guna software yg sama, pthotoscape. ni cikai jela, bkn mcm adobe. cuma blog tu aku simpan utk gmbr2 yg menarik je, dlm travelog ni gmbr2 yg biasa.



vfn,
boleh punya. insya Allah. yg penting niat ko dah pasang :)



gb,
ko jgn. mak arab ni kasar orgnye. dorg ni mcm jantan, ganas. tak silap aku payung gitu ada kat litar sepang. ye ek?

Zilla July 1, 2011 at 3:40 PM  

fatt, aku tgk pic ajelah..nak baca, aku tak sanggup lagi buat masa ne..huhuhu

Ninie Hanis July 1, 2011 at 4:53 PM  

best,teruskan cite.tak sabo ni.btw,nasib baik gak lepas eh.niat ko baik lah tu sbb nak berkongsi perasaan ko masa tu dgn kitorg semua.tenkiu :)


KFC pun ada kan kat mekah/madinah?

fatt July 1, 2011 at 8:05 PM  

zilla,
apsal? yelah aku tau sapelah diri aku ni. umpama pasir di tapak kaki unta. uhuk uhuk...



ninie,
gitu le alkisahnye. nasib baik tak kena rampas. erm, aku tak ingat le ada ke tak KFC. tp mekdi aku jumpe. hehe. mekdi arab :)



mas,
sang kancil?

bee July 1, 2011 at 9:56 PM  

dlm duk sayu2 bca entri ko, tersenyum sorag2 aku tgk starbuck ni.. nan hado katanye kedai yahudi ni kn..hehe

Syima Syaz July 2, 2011 at 12:20 PM  

ya allah....cantiknye....

lupus dah hati nak berjalan ke aussie ke, paris sekalipun... rasa lebih baik datang sini...

insyaallah raya haji ni mak dan ayah akan ke sini...nak tunjuk kat dia...

fatt July 2, 2011 at 4:02 PM  

bee,
hahaha..no komen. sbb aku pun beli gak..huhuhu :P



syima,
terpadam la jugak sikit2. rasa rindu je tmpt ni, nk pegi lagi kalau dpt peluang.

seronoknya ur parents pegi time haji..lama tu..mesti puas sgt dpt ulang-alik ke masjidil haram. nti kirimlah doa byk2 ye syima :)

Janggel July 18, 2011 at 4:54 PM  

Rindu sama Mekah dan Madinah....nice story to read.

Fazlinil Irma December 14, 2011 at 11:13 PM  

salam perkenalan fatt..

sy duk baca entry2 umrah awk. i.A, pnjg umur sy pun akan ke sana bulan feb nti.

sy nak tanya pasal kamera. awk selit kamera kat mana. pengawal tu dia check detail tak..?

sy tanya ni sbb sy pun nak bawak kamera masuk. :)

kalau ada tips lg boleh share tak mcamana nak bawak masuk kamera. base on ur xperience. :)

thanks fatt. nak sambung baca lg.

fatt December 19, 2011 at 2:23 PM  

fazlinil,
salam ukhwah :)

owh, pasal kamera tu sy tgk masa di Madinah yg strict, masa di Mekah tak strict pun. di Madinah, ada pengawal di setiap pintu. segan nak citer camne sy sorok...hehe...camni...sy pakai stoking yg panjang pastu sy selit kamera dalam stoking. bekas kamera sy keluarkan sebab besar..memandangkan jubah tu labuh, pastu dalam jubah sy pakai seluar so tak nampak..

sy tak berani nak gantung kat leher atau letak dalam kocek seluar sebab dia akan periksa badan kita...

so far itulah taktik yg sy gunakan...diharap dapat membantu..hee, rasa pelik juga ni, cam tak kena gaya tapi asalkan niat kita baik Insya Allah dipermudahkan :)

selamat menunaikan ibadah Umrah utk awk sekeluarga :)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP