The Overaland : Siem Reap & Angkor Wat (Part 3)

August 03, 2011

Aku nak sambung cerita pasal Cambodia. Aku tau travelog ni dah jadi macam telenovela tapi layan jelah. Entry kali ni takde gambar sebab balik saja dari Ta Phrom aku dah tak amik gambar. So sila gunakan daya imaginasi peringkat tertinggi untuk setiap scene.

Recap :

Masa kami tengah sibuk panjat batu kat Ta Phrom tetiba mamat ni ajak keluar dinner malam tu. Aku rasa cam tak percaya pastu aku try cubit lengan sebab nak confirm ini mimpi ke apa tapi memang sah betul. Kalau diikutkan dah lama aku tak keluar bedua camni, so aku rasa gelabah sikit bila tetiba dapat perlawaan especially dari orang yang hensem. Aaaaa....panik gile oke!

Sambungan daripada entry sebelumnya. 


Day 8 : 20 May 2011

Kami bergerak meninggalkan Ta Phrom untuk menengok sunset. Jam menunjukkan pukul 5.30am dan anytime saja matahari akan terbenam so kami mesti sampai ke situ dengan cepat or else melepas. Suasana di dalam hutan Angkor Wat agak menyeramkan lelebih lagi bila waktu senja, tambahan pulak baru lepas hujan. Waktu tu kami dah tak berselisih langsung dengan sebarang kenderaan, aku assume barangkali semua orang dah sampai ke tempat menengok sunset.

Tiba-tiba aku rasa basikal berat sangat, macam ada orang kat belakang. Ini jam aku terpaksa kayuh dalam keadaan berdiri (bontot tak melekat kat kerusi) sebab nak kasik momentum. Mamat tu makin lama makin jauh ke depan, tinggal aku sorang kat belakang, aku tau dia tak sedar aku dah jauh kat belakang. Tiba-tiba aku terasa pelik...."Eh, jalan ni lurus je bukan kawasan bebukit pun tapi pehal berat nak mampus basikal aku ni??". Terus aku rasa meremang, nak toleh ke belakang aku tak sanggup, mana la tau kot-kot nampak benda yang tak patut nampak. Aku keringkan hati dan tegur, "Ko boleh tak jangan bergurau sekarang? Berat nak mampus ni. Ko boleh terbang kan, pehal nak tumpang aku?"

Dalam beberapa saat pastu aku terkayuh laju sebab basikal tetiba jadi ringan. Waktu ni mencicit-cicit aku kayuh kejar mamat tu dan aku loceng dia suruh pelan sikit. Aku tak cakap apa-apa sebab taknak dia takut. Err, omputih ni percaya ke hantu? Ntah! Tapi kalau dah waktu maghrib merayap dalam hutan, nak pulak pegi tengok temple dan ruins yang umur dah beratus-ratus tahun lampau, so mungkin la ada yang menunggu kat situ. Ingat lagi tak aku cerita dalam entry Hadyai yang kitaorang kena ganggu? Aku rasa benda ni mengikut aku la...agaknya. 

Untuk menghilangkan rasa takut aku ajak dia kayuh sebelah menyebelah. Aku risau gak kalau tetiba benda tu datang balik menumpang kat basikal aku. Sedang kami berborak-borak tiba-tiba, "Pommmm!!!", kuat gila bunyik sampai satu hutan bergema. Aku tengok dia, dia tengok aku. 

Dia bersuara, "I think your tyre is flat"

Dem!! Aku cam tak percaya. Apakah ini angkara si penumpang misteri tadi? Vavi!

Aku pun toleh ke belakang, a ah...confirm tayar basikal aku pancit!  T____T

Ada pulak orang campak paku kat tetengah hutan ni ye? Aku pikir positif. Puas aku cari benda yang menjadi punca tayar aku meletop tapi tak jumpa. Ntah-ntah kuku "dia" cocok tayar aku, pastu menyorok di balik pokok sambil tergelak-gelak tengok aku cari lubang kat tayar...agaknyela kan. Tinggi tak daya imaginasi aku? Heh!

Mamat tu bagi idea naik tuk-tuk balik ke pekan tapi aku rasa mustahil nak dapat tuk-tuk sebab kebanyakannya dah disewa so mustahil ada tuk-tuk yang kosong. Some more celah mana aku nak sumbat basikal ni. Ah dem! Sumbat gila aku waktu tu. Lastly aku amik keputusan untuk kayuh basikal sampai ke pekan memandangkan yang bocor tu tayar belakang (kalau bocor tayar depan memang tak boleh buat apa). 

Kami terpaksa memperlahankan kayuhan sebab basikal aku takleh pegi laju. Aku suruh dia pegi dulu memandangkan hari semakin gelap dan kemungkinan tak sempat nak tengok sunset. To my surprise dia cakap tak kisah pasal sunset sebab dia risau nak tinggalkan aku kayuh basikal sensorang diri dalam hutan.

Wah...ko memang hero! Ailebiu! 

Dalam hati aku risau sebab dah kasik spoil agenda tengok sunset sebab tayar yang budus ni. Waktu tu aku rasa nak tarik rambut pakai kedua-dua tangan cam orang gila moyan, tapi terpaksa kansel sebab nanti basikal melelong.

Aku : I'm sorry I'm slowing you down
Dia : No it's okay, it's not your fault
Aku : *sigh* I think it's better if you just go, don't wait for me coz I'm too slow
Dia : It's okay, I'll bike with you until we find the busier road. It's not safe for you to be here on your own

Awwhhh....ko memang suwitt!

Walapupun dia sudi temankan aku yang slow ni tapi aku tetap rasa bersalah. Cilakak ni mesti hantu tu tak puas hati dengan aku. Aku rasa la...pasti! Kami berpecah waktu tiba di jalan yang sibuk. Sebelum berpisah, kami chit-chat sekejap,

Dia : So I'll see you tonight at 7.30?

Arghh..dia masih nak ajak aku kuar lepas insiden tayar pancit? Aku ingat dia nak kansel! 

Aku : (try acting cool tengok jam walhal expression muka dah out)
Dia : It's okay if you can't make it at 7.30, we can go out a bit late.
Aku : Erm...what about 8.30pm? Coz I'm not sure when I'll arrive at the guesthouse. Hahaha
Dia : 8.30 sounds good. So I'll meet you at the tourist information booth!
Aku : Okay, nice. By the way, what is the name of your place?
Dia : Popular Guesthouse, and you?
Aku : Mandalay Inn. Erm...yours sounds familiar. I think I've come across that one before
Dia : Yeah I think yours kinda familiar too!
Aku : Hahaha. Okay, we'll see then!
Dia : See ya! Bye!
Aku : Bye!

So lepas babai-babai aku pun mula mengayuh basikal pancit tu balik ke guesthouse. Aku amik masa lebih kurang sejam untuk sampai, punyalah lama. Kaki aku rasa cam nak tercabut time ni, seksa tau bawak basikal tayar pancit. Nak tau camne seksanya, pegi pancitkan tayar belakang korang pastu kayuh 10km, tengok mampu ke tak.

Sebelum balik aku singgah kat kedai basikal dan tukar basikal lain memandangkan aku menyewa untuk 2 hari dan tanpa sebarang soalan auntie tu kasik tukar. Lepas tukar aku pun balik ke guesthouse. Waktu parking basikal barulah aku perasan yang Popular Guesthouse dan Mandalay Inn rupa-rupanya terletak bertentangan di antara satu sama lain. Ah, sudah! Ini memang bukan coincidence lagi. Aku rasa semua ni macam tak masuk akal sebab dari awal aku jumpa mamat tu sampai sekarang semuanya coincidence. Ahh gile!!

Cabaran pertama dah setel so sekarang masuk cabaran kedua iaitu mendaki anak tangga sampai ke tingkat 3! Wah ini dah macam masuk powerman dah weh! Lepas kayuh basikal pancit sejauh 10km kena panjat tangga pulak...memang terbaik lah! Dalam keadaan kedua-dua belah kaki bentan aku gagahkan jugak memanjat tangga walaupun hakikatnya aku rasa nak mengesot aje sampai ke depan pintu bilik. 

Bila tiba di depan bilik aku masukkan kunci ke dalam alur dan pulas tombol pintu. Pintu bilik terbukak, aku tengok langsir bilik terkibas-kibas ditiup angin dan serta merta perasaan seram datang menerpa. Tiba-tiba aku terperasan satu cahaya yang aneh dari dalam bilik....jeng jeng jeng....TV aku terpasang! Terus aku rasa seram sejuk bila teringat insiden basikal berat dalam hutan waktu maghrib tadi. Dem! Ini jam bulu tengkuk aku berdiri sebab aku sangat pasti pagi tadi sebelum keluar dari bilik aku dah padam sume suis. Sangat pasti!

Dalam keadaan bilik yang gelap aku capai baju yang tersidai di birai katil dan cecepat selubung TV. Aku tutup suis TV dan rentap wayar dari soket. Pastu barulah aku bukak lampu bilik dan observe keadaan sekeliling. "Ko jangan mengada-ngada nak main TV, aku penat ni ko tau! Kaki aku sakit cam harem ni!". 

Aku pasti aku tak mimpi sebab aku tengok TV terbukak dengan volume yang kuat. Yang pelik tu masa aku berdiri depan bilik cari kunci dalam beg aku tak dengar satu bunyik pun dari dalam bilik. Bilik aku duduk ni bukan cam hotel biasa, ia cuma guesthouse yang takde auto-power macam dekat kebanyakan hotel sekarang. Guesthouse ni memang basic, semua suis kena petik sendiri untuk aktifkan sesuatu...but in this case, aku surrender sebab aku memang takde jawapan untuk kejadian aneh tadi. Aku tak rasa ada sesiapa masuk dalam bilik aku sebab aku tengok semua barang masih di tempat yang sama waktu aku tinggalkan bilik pagi tadi. Lagipun aku dah pesan kat reception jangan masuk bilik sebab barang aku bersepah atas lantai. Hati aku berat menuduh benda tu sebab aku rasa dia tak puas hati pasal tadi.

Aku terus tutup tingkap dan tarik langsir. Aku baring sekejap sebab kaki aku sakit yang teramat. Aku capai heat cream dan sapu ke seluruh kaki. Walaupun heat cream ni panas tapi masih takleh lawan denyutan otot kaki yang membengkak. Aku rasa malas gila nak keluar waktu tu sebab aku tak larat nak bangun, tapi mengenangkan dah berjanji maka aku kena tunaikan. Aku terbaring hampir 30 minit sebelum bangun untuk bersihkan diri. Jangan tak tau dalam toilet pun aku terpaksa mandi duduk sebab aku tak larat nak berdiri...memang padu sakit dia!

Lepas bersiap aku duduk di birai katil sambil keluarkan satu persatu baju dari dalam beg. Nampaknya takde satu pun baju yang senonoh nak pakai pegi dating...haih! Ah lantaklah, janji baju aku wangi, tak busuk! Aku pegi ke Popular Guesthouse dan kebetulan dia pun turun. Dari tangga dia berjalan tersenyum-senyum menghampiri aku. Sh*t perasaan apakah ini!

Aku & Dia : Hi!
Dia : How did you find my place?
Aku : Let me show you something

Kami berjalan keluar dari seating area kat Popular Guesthouse dan aku tunjukkan dia ke satu arah

Dia : Oh my god! You stay here??
Aku : Yeah. I was surprised too when I found out that yours just opposite mine
Dia : Wow! This is weird. I don't think this is coincidence
Aku : No way! I mean, how could this be?
Dia : Remember that day after we get off the bus? The tuk-tuk driver took me to one of the guesthouse but the place is dirty and after that he sent me here. So here I am and there you are
Aku : You're creepy!
Dia : Hahaha

Dia : So what time did you got back?
Aku : Around 7! I was lying on my bed coz my feet was very painful!
Dia : Auww...so how do feel now?
Aku : Better, coz I put some heat cream on it
Dia : That's good. So...shall we?
Aku : Yeah...

Kami pun berjalan kaki dari Popular Guesthouse menuju ke pekan Siem Reap. Dari sini tak jauh mana pun, dalam 5 minit aje. Aku rasa mamat ni tinggi giler sebab kadang-kadang dia terpaksa tundukkan badan sebab nak dengar apa aku cakap....or...in another way round is, aku kurang tinggi. Not to say aku ni pendek sebab aku punye ketinggian average pompuan Msia, in this case dia yang abnormal sebab tinggi dia 188cm. Boleh imagine tak?

Dia : Are you hungry?
Aku : A bit
Dia : Let's find a place to eat. I think there's a few stalls in front of there so let's take a look
Aku : Sure, let's go!

Aku boleh perasan yang semua orang tengok kami sebab obviously kami lain. Aku rasa mesti ada yang pikir aku ni tour guide dia atau paling teruk sekali ialah you-know-what, tapi aku rasa dorang takleh nak kata aku yang tu sebab dressing aku memang tak macam you-know-what itu...aku pakai cincai habis, dengan selipar, seluar 3 suku pastu t-shirt...takde langsung unsur-unsur makwe dalam pemakaian aku malam tu. Alah..mamat ni pun selebet jugak, dengan selipar jamban, seluar 3 suku dan t-shirt lengan panjang yang tak basuh. Sebab apa aku cakap tak basuh, sebab masa jumpa tadi dia cakap semua baju belum hantar dobi lagi. Kantoi!

Aku suruh dia pilih kedai mana yang dia berkenan sebab ada banyak gerai makanan kat situ, semua menu bermula dari $1. Peniaga gerai makanan kat sini agak agresif dan kebetulan dia ni mat saleh so dia kena tarik ke sana sini, kesian pulak aku tengok. Lastly dia pilih 1 gerai ni dan kami pun duduk di meja di satu penjuru yang kurang bising. Menu dihulur dan aku baca satu persatu. Honestly aku memang tak yakin nak makan kat sini tapi sebab aku takde pilihan, aku oder nasi goreng veggie dengan mango blended. Mamat ni oder nasi putih dengan kuah kari. Ok, dia memang suka makan kari, tekak Asia, senang aku nak didik, takyah susah-susah.

Sementara menunggu order siap kami berborak-borak.

Dia : What's your plan for tomorrow?
Aku : I'll be going to Silk Farm because I've booked the tour this morning...and you?
Dia : I think I'll go back to Angkor Wat because I've bought 3-day pass. Most probably I'll go back to temples that we missed today
Aku : Arghh...I'm so jealous
Dia : Come with me then, we can go around again together!
Aku : I would love to but I can't
Dia : I'm going to watch the sunset tomorrow (nada mengada, motif nak kasik aku jeles la tu)
Aku : Yeah-yeah (aku tau dia gurau so aku sengih)

Aku : How did you get here from Bangkok?
Dia : I took a bus from Khao San Rd, paid about THB300. Then another bus that we took together from Poipet.
Aku : Wow! THB300! That's expensive. I took a train from Bangkok, paid only THB48, and from Aranyaprathet I took minibus to Poipet, paid only THB15...so altogther I just paid for THB63 to get me from Bangkok to Poipet! (sengih lebar)
Dia : WHAT??!! THB63?? Crazy!
Aku : (angguk kepala sambil sengih)
Dia : I mean, that's cheap!!! I paid for THB300 and you just paid THB63! That's crazy!
Aku : It is!

Kitaorang berborak dan gelak sampai habis makan. Aku makan 2-3 sudu je sebab aku tak boleh nak makan tapi mamat ni makan sampai licin. Tetiba datang sorang budak lelaki berdiri tepi aku sambil meminta sedekah. Pada pemerhatian aku dia masih remaja, lebih kurang umur 13-14 tahun. Kami geleng kepala dan pastu dia beredar tapi tak berapa jauh dari kami dan duduk mencangkung di satu sudut. Aku kesian tengok budak tu tapi aku pun tak mampu nak tolong sebab duit aku ngam-ngam je. Tiba-tiba budak tu datang lagi sekali, tapi kali ni dia mintak sisa makanan yang aku tak habiskan. Aku terkedu, tergamam dan terdiam sekejap. Speechless. Serentak tu datang satu perasaan sebak sebab tadi aku memandang remeh urusan mengemis dia. Pada hemat aku dia cuma nakkan duit, macam pengemis yang lain. Tapi budak ni...dia bebetul lapar.

Aku anggukkan kepala dan pinggan berisi sisa nasi itu dibawa ke sebalik pokok. Aku tengok budak lelaki tu makan sambil bercangkung dan dia kelihatan begitu berselera, lapar yang teramat barangkali. Mata aku berkaca, belum pernah aku berhadapan dengan situasi sebegini selama aku pegi ke negara miskin dan ini adalah kali yang pertama dan hati aku sangat tersentuh. Kami berdua terdiam melihat budak lelaki tu menghabiskan sisa makanan aku. Setelah selesai budak lelaki itu kembali ke meja kami dan meletakkan pinggan sambil mengucapkan terima kasih dalam Bahasa Khmer serta tunduk beberapa kali sebagai tanda terima kasih kepada aku. Aku masih lagi tergamam, mamat tu pun tergamam. Hanya beberapa minit selepas kelibat budak lelaki tu hilang barulah kami bersuara.

Aku : I feel bad about that boy
Dia : Me too, I thought that he just want some money
Aku : Yeah. But I've never come across anything like that before. I feel touched

Kami terdiam seketika sambil melayan fikiran tentang peristiwa yang baru berlaku sebentar tadi....


bersambung....
.

40 comments:

F bukan huruf sebenar,  August 3, 2011 at 11:45 AM  

scene yang last tu sedey :( nak2 dibaca saat bulan poser ni sob sob

fatt August 3, 2011 at 12:00 PM  

F,
sape ek awk ni...kita kenai ka?
harini posa dak?
tulah, kdg2 kita cpt sgt skeptical dgn semua org..so that boy proven me wrong.

selamat berpuasa! :)

Daddy Ziyyad August 3, 2011 at 12:03 PM  

Salam perkenalan..Nice travel blog...

By the way, I tengah baca your blog, especially about the Western Australia..Will be going to Perth this Oct, and plan to explore from Cervantes, down south to Albany!

Your name sound familiar. U ada berposting di forum CARI ke (travel board) ?

fatt August 3, 2011 at 12:09 PM  

daddy ziyyad,
salam perkenalan & selamat berpuasa!

TQ! yup..dulu sy aktif tp skrg dah tak. klu pegi bln 10 rasanya time tu tgh spring..so weather ok..sedang elok, sejuk pun ada la sikit2. Cervantes ok..tmpt tu cantik sbb ada byk batu2 tajam atas tanah tu, lupa ape nama dia..jgn lupa singgah Lancelin, try sandboarding. lots of places to stop along Cervantes, mcm windmill!

erm..belah2 south i rasa yg menarik mcm Cape Leeuwin (kat Augusta), nanti singgah tak Wave Rock? mmg jauh sikit la but if u have time just go (tp mmg super jauh), erm..apa lagi ek..more and more lighthouse all the way..pls go to Augusta sbb lighthouse dia awesome.

enjoy you holiday! :)

Daddy Ziyyad August 3, 2011 at 12:20 PM  

Waverock terlalu jauh. Jap, nak google map, nak tgk how far from ALbany. Hehehe...



Saya di sana 7 hari solid. (naik AA).
Memang dah plan nak menjelajah ke Busselton- Mag River - Augusta - Denmark - Albany tu semua.

Saya baru jumpa blog ni. Take time to read...nanti kalau ada apa2 soalan saya tanya ya..TQ.

fatt August 3, 2011 at 12:29 PM  

daddy ziyyad,

boleh tahan la jgk jauh dia..kalau nak pegi kena grak awal pagi, setel je terus grak ke pemberton or kalau larat, trus smpai ke augusta.

busselton & denmark boleh lalu je, takyah overnite sbb tmpt tu takde apa sgt nak explore.

tp kalau nak pulun sume tmpt tu ada caranya. tp agak pack la, sanggup tka sanggup je nak buat, kalau travel dgn family mgkin susah skit tp klu org bujang belasah je :)

i tak brp byk posting psl perth so if ada soalan, just tinggalkan komen kat entry tu, sbb blog ni jenis kena moderate komen so i akan tau klu ada komen baru. thanks! :)

❀aRaBeLLa❀ August 3, 2011 at 1:11 PM  

hahaha tabek ko leh sound puaka yg tumpang basikal ko tuh..memang dia x puas hati dgn ko lettew sampai ikut ko balik hotel..
anyway sadis gile cite pasal budak yg mintak makanan tu..kerajaan diorang ni x de wat pape ke tolong org2 camnih..sedey..

kemang~ August 3, 2011 at 1:21 PM  

Fatt bersambung lg ???aiyaaa tobat mcm novel dahhh...so sweet sis hihih..and creepy ttg hantu-yang-sukakan-ko tu....and feel touchy bout that boy...kesian die kan...

Janggel August 3, 2011 at 1:35 PM  

Alamak Sebuah siri pengembaraan yang best. Lengkap dengan kisah misteri, ehem-ehem manja dan kesempitann hidup masyarakat setempat. Sangat terharu aku membacanya.

Ko agak kan, kenapa hantu tu nak kaco ko sorang jer? Kenapa dia tak kaco mamat tu eh? musykil gak tu.

kalau aku tengok budak minta sedekah tu pon aku ungkin akan sebak.... semiskin miskin kita, ada lagi yang lebih miskin kan.

hanie August 3, 2011 at 1:37 PM  

ewah2..kemainnn...
aku syak mende alah tu tak puas ati ngan ko lah fatt..ko kan tak bg dia tumpang..jd dia dajalkn ko lah.. hahaha


*gile vavi kan..kl aku pn cempera bewok jugak jd gitu tgh2 utan*

fatt August 3, 2011 at 2:12 PM  

ciela,
dia mmg melampau le weh...main tv tu aku paling tak tahan. benda alah ni zmn teknologi jgk ek..isk isk isk.
aku tak sure la psl gomen dorg sbb negara dorg pun baru nk membangun lepas dr perang. tp pengemis muda mmg ramai..mmg kesian tp aku tak mampu nak tolong apa, mana yg boleh jela



kemang,
aku tau ko dah letih..hahaha. aku pun dah letih..aku rasa nak rekod je suara senang sikit :)



janggel,
aku rasa la kan, hidup aku jadi camni lepas travel dgn 2 org kwn aku yg boleh nampak antu..hahaha. aku pasti la weh. mgkn sbb omputih ni takde agama sbb tu dia tak kacau, agaknya..yelah sbb org free thinker ni lain. aku hrp bdk2 tu akan terbela la nasib dorg in future..lgpun negara dia tgh membangun..so mmg sume belum establish lagi



hanie,
kalau dia ringan bagaikan angin aku kasik tumpang, ini berat dia mcm sekor gajah...gile payah aku nak kayuh beskal tu. tp siyesla aku glad gile jumpa mamat ni, klu aku sorg matilah nak face sume benda tu sorg. ah gile la!

cik gold August 3, 2011 at 2:21 PM  

cik gold datang dan baca!!

cian lak ngan budak tu.huhu

Leez M. Saaid August 3, 2011 at 2:37 PM  

fuhhhh...betul2 telenovela...i likeee!!
tak sabar nak tunggu cerita seterusnya...hehee.
fatt...ko memang boleh wat novel lah...cara ko menulis tu memang best.

pasal europe trip aku 2 tahun lepas tu...sampaikan ada novelist contact aku nak cilok citer aku masuk dalam novel terbaru dia. Aku ok ajer...tak kisah bagi dia keizinan.

Ibu Ya @ Aspen August 3, 2011 at 2:43 PM  

hehehhee...suka sgt n3 yg hinih!! Seram2..manjeww2...dan touching2...sambung lagi sambung lagi

fatt August 3, 2011 at 2:45 PM  

cik gold,
jemput masuk..tp takde air la cik gold, bln posa! selamat berposa cik gold! :)



leez,
thanks, i take it as compliment :)

aku ni takde bakat menulis, tatabahasa & grammar sume hancur..tp asalkan org leh paham cerita aku dah ok. kalau ada org nak cilok cerita aku rasanya aku nak gelak sbb aku rasa segan gila kot. haha..tp kalau dia mintak izin aku bagi je. wah, ko dia mintak izin ko dpt royalti sikit tak? yelah kan..cerita peribadi tu...hehe. psst..novel apa leh share? :)



ibu aspen,
makasih. tp entry ni takde gmbr...ok eh? mmg tak sempat nak amik gmbr apa sbb asik berborak :)

gadisBunga August 3, 2011 at 2:46 PM  

sedih... :(

anyway: suwit giler korang! skrg dok kontek2 lagi tak? :D

*

dan pada hemat aku, mmg mende tu yg kacau ko masa naik basikal sampai la ke bilik. dia minat dgn ko. atau dia jeles sbb ko ada pakwe hensem time tu?

fatt August 3, 2011 at 2:48 PM  

gb,
aku pun sedih..berair mata aku waktu tu, tp aku kaver sbb takmo mamat tu nampak.

kitaorg still contact lagi, pagi tadi baru chatting..ahaks~ :P

aku tataula gb tp benda ni ganggu aku jgk la masa kat sana, mgkin dia marah aku sound dia kot. tp kalau aku tak sound alamatnya tak berjalan la basikal aku dok pikul dia yg beat berkati2 tu

june August 3, 2011 at 2:50 PM  

momentum menulis maintain. good good.. seriau gila part hantu tu. n dapat bayangkan betapa penatnya blk dr kayuh basikal pancit. klu sy sure tdo xsedar dah.

❀aRaBeLLa❀ August 3, 2011 at 2:58 PM  

yg aku nak tergelak tu paham la pulak bile ko sound cakap melayu..hahaha

~mrs azmi~ August 3, 2011 at 3:08 PM  

pergh! kejam betul puaka tu.. bengang agaknya sebab tak bagi tumpang beskal g pancitkan tayar!

F bukan huruf sebenar,  August 3, 2011 at 3:21 PM  

Fatt, kita silent reader je sblm ni :)

kemang~ August 3, 2011 at 4:12 PM  

ngaha..aku x letih ah..cume x sabo nak tunggu next entry :)

dzuchan August 3, 2011 at 4:27 PM  

fatt...
cerita yang complete, ada lawak,seram, sedih, romance..wauuuuuu

oohhh can't wait for the sambungan dia..:-)

fatt August 3, 2011 at 5:05 PM  

june,
terima kasih june. susah sbnrnya nak dapat balik momentum ni sbb dah lama tinggalkan cerita ni. sblm mula menaip kena flash balik gmbr trip ni sbb nak dptkan feel waktu tu. sy dgn hantu ni dah jadi apa pun tak tau, but since i started travel with my friends yg ada paranormal ni i rasa hantu pun dah mark muka i...agaknyelah.. jgn ditanya apa rasa masa kayuh basikal pancit, nak nangis tau. tp mengenangkan ni basikal sewa, ku gagahkan jua. kalau beskal sendiri dah tinggal dulu, esok lusa baru amik. huhu




ciela,
aku rasa la kan...sbb kat Siem Reap ni ada org melayu Champa..jadi sbb tulah kot hantu ni paham apa aku ckp. hahaha :D




mrs.azmi,
kannn...ntah2 pas pancitkan dia pegi nyorok belakang pokok pastu ketawa terkekeh-kekeh. hehe

fatt August 3, 2011 at 5:09 PM  

F,
oh gitu..ingtkan member2 sbb byk member nama mula huruf F. sy pun mula huruf F gak. haha



kemang,
kalau ada award, aku dah kasik kat ko sbb setia menunggu..ha, pekata ko terai buat kuiz kat tag aku ttg 25 fakta rambang. kalau ko rajin la :)



dzuchan,
indeed. trip ni rasanya trip solo paling best setakat ni sbb mcm2 ada. i pun personally suka trip ni :)

will try to speed up the story :)

kemang~ August 3, 2011 at 6:10 PM  

fatt, camne nak buat kuiz tuh? ce ajor ce ajor..

fatt August 3, 2011 at 6:18 PM  

kemang,

senang je..ko copy soklan dia pastu jwpn dia ko buat sndiri. tp 25 fakta rambang ttg ko jelah...terpulang la nak wat camne :)

anggap ini latihan mengibas sawang di blog! hahaha :D


http://backpackerbusuk.blogspot.com/2011/02/25-fakta-rambang-tentang.html

MasZuber August 3, 2011 at 6:45 PM  

walaupun ade bau-bau bacang telenovela, AKU SUKA!!!

aku pon sayu jer ngan ending part entry ko tue fatt. mesti aku terkedu gak kalo jadik kat aku. kat mesia nie yg minta sedekah bykknye nak duit.

ade skali tue, aku refuse kasi duit tapi aku offer makan semeja ngan aku. taknak la pulak, dia kate tak rase nak makan..

pulak..

kemang~ August 3, 2011 at 9:57 PM  

okay FATT , done.. hihi

anne August 3, 2011 at 11:34 PM  

adess, mesti benda alah tu jeles sbb u berdua2an dgn mamat german tu, hehehe.

sedih btol part last tu, diorg mengemis sbb mmg betul2 susah, bkn pengemis cam kat sini.

cepatlah sambung lg... hehe

masMZ August 4, 2011 at 1:32 AM  

awwww weeeeeeeee.... dah jadi telenovela chenta dahhhhhhhh :)

fatt August 4, 2011 at 6:02 AM  

mas,
telenovela takpe, jgn sembilu kasih..pitamm!! hahaha

pengemis kat msia ni sendikit slalunya. kwn aku sendiri pnh sembang dgn satu couple pengemis kat area pudu (zmn dulu) siap cerita anak2 dia suh dia mengemis..umah dia besar, ada keta..mmg mewah la sng citer, tp duit beli sume tu dpt dari mengemis. gile arr...

eh sama la kita, aku slalu klu jumpa org mengemis mesti aku ajak makan instead of bagi dia duit. sbb aku nak tau dia genuine ke ape. kdg2 jual tisu guna org buta ni pun aku musykil sbb yg pandu dia org celik. hurmmm..fishy kan?



kemang,
OK! :)



anne,
ini jenis suka menyakat. patutnya dia kaco omputih tu, bkn i...huaaa~



masMZ,
tulah...bila nak habis agaknya. haih! :)

Cik Kentang August 4, 2011 at 9:10 AM  

sedihnya baca pasal budak tu..tapi pasal mamat tu pun best. Citer hantu tu pulak seram..3 dalam 1 la ni. nanti mesti ada orang tu letak Jerman dalam wish list dia. Hahaha...eh dia germany kan.

zura aini August 4, 2011 at 10:05 AM  

seramnya part menumpang naik gerek tu. kalau saya memang tidur kat lobi hotel lah tak sanggup tidur dalam bilik kalau dah kena ganggu.

part senang didik makan kari tak boley blah, hehehehe, suke tau. Ada makna tu.

Biqque August 4, 2011 at 11:40 AM  

gile lah! ada sume element dlm cite ni :D seram, romantik, sedih...udah ghupe shamsul yusof + mamat kalid + khabir baktiar nyer cite :D

fat, masa i kat sana, bebudak pompuan jual gelang, comel2! besar sok mesti lawa. i tak beli, dia duk pujuk sampai last2 dia suh amik sbgai good luck charm :)

patu mat saleh kat sana mmg slalu kena up bayo tu ini...kita dpt murah2 jer...kitorang tgk gak sunset, tapi hujan, cam haram je sume berkampung guna payung hahaha!

ok nextttttttttttt!

Ely Hasrul August 4, 2011 at 12:18 PM  

anto kt editor leh jadik novel terbaek nih!!

fatt August 4, 2011 at 1:15 PM  

cik kentang,
a ah...dia org germany. pandai ko teka! :P



zura aini,
sy dah selalu kena encounter dgn benda2 ni tu psl malas nak melayan. cuma setakat dia ganggu camtu jela, rupa tak penah nampak. better tak nampak dari nampak.

hehe..nak didik org tekak keju ni payah..tp okla tu dia tahan mkn pedas..cuma kelakar skit tgk dia makan pedas, habis merah padam 1 muka :)



biqque,
bdk2 kat sana kdg2 tu rmbut dorg perang...asli lagi. ada yg reti ckp french & ramai gak yg cantik2...agaknya ada darah french la kot.

arrr ure lucky manage to catch the sunset. i ada gak trpkir nak ripit SR tp mebi in 1-2 years time. hopefully this time with my hb :)



ely hasrul,
editor majalah mangga ka? hahaha..just joking! :D

iina August 4, 2011 at 11:37 PM  

tiba2 rasa macam baca novela hahaha.. wink2.. ahaks ;)

cik gold August 5, 2011 at 3:23 PM  

fatt, apa cita pi mana2 suma ada hantu ni?? hehehehe

gerbera October 22, 2012 at 2:11 PM  

Salam,
Cerita ni dah basi, tapi saya baru je baca. Memang mcm telenovela.

And part yg last tu mmg sedih. Sob..sob

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP