The Overland : Siem Reap (Part 5)

August 05, 2011



Day 9 : 21 May 2011

Orang tua-tua kata, kalau tak dapat tengok orangnya....tengok bumbung rumahnya pun jadilah. So lepas puas tengok bumbung Popular Guesthouse aku pun pegi ke Artisans d'Angkor sebab pukul 9am ada tour Silk Farm. Tapi sebelum mula mengayuh basikal ke sana aku try jenguk Popular Guesthouse lagi sekali...manalah tau kot-kot tetiba dia keluar, tapi hampa.

Dari Mandalay Inn ke Artisans d'Angkor tak jauh, lebih kurang 5 minit mengayuh basikal pesen santai. Aku adalah orang terawal yang datang so sempat aku berehat sekejap di bawah pokok. Sepanjang di sini aku tak penah beli air mineral, cuma 1 kali je, itupun waktu sewa basikal haritu sebab makcik tu jual KHR3 untuk sebotol mineral water 1.5L, kalau tempat lain selalunya USD1/KHR4. Memandangkan aku seorang yang bijaksana, so setiap kali air habis aku topup air free kat water cooler di Mandalay Inn. Pendek kata aku banyak save duit dari beli air sebab kalau setiap kali USD1, USD1 lama-lama kopak dibuatnya.

Akhirnya penantian aku berakhir bila van yang bawak tourist ke Silk Farm tiba. Seingat aku waktu tu ada 6 orang sekeluarga dari Melbourne termasuk aku. Perjalanan ke Silk Farm memakan masa hampir setengah jam dan aku sempat terlelap dalam van sebab malam tadi tido tak nyenyak. Oh ye, haritu dalam entry Siem Reap yang 1st aku penah mention yang tour ni FREE, so make sure rebut peluang ke Silk Farm tour kalau turun ke Siem Reap.


Bila tiba di Silk Farm kami dibawa untuk melihat proses membuat kain dari ulat sutera. Guide tunjukkan camne dorang ternak ulat sutera, bagi makan jenis-jenis daun yang tertentu, proses membuat benang, colouring dan lastly tenun benang jadi kain. Tour amik masa lebih kurang sejam dan it's a fun learning experience di samping kita dapat tengok sendiri dengan lebih dekat keseluruhan proses tu. Apa yang menarik tentang tour ni ialah semua proses dilakukan secara manual menggunakan tenaga manusia dan peralatan-peralatan yang digunakan adalah dari peralatan tradisional. Pada aku keseluruhan proses nampak biasa sebab kat negara kita pun ada, I mean, orang menenun songket dan sebagainya tapi pada aku ini adalah kali pertama aku tengok orang tenun benang sutera so aku enjoy trip ni. Melihat kepada kesungguhan mereka bekerja dalam suasana yang agak daif, hati aku rasa tersentuh dan kagum sebab mereka bekerja dengan tekun dan sentiasa murah dengan senyuman.

Aku masih ingat lagi waktu kami pegi ke seksyen memproses ulat menjadi benang, ada satu bahagian di mana kepompong direbus dan ditarik menjadi benang yang halus. Guide offer kitaorang untuk cuba kepompong rebus sebab katanya banyak protein. Wargh...gile! Aku dah kembang tekak waktu tu. Bapak dengan anak pompuan family Melbourne tu pegi try and dorang review rasa kepompong tu, katanya sedap dan berlemak sikit. Anak pompuan dia veggie dan of courselah veggie tak makan daging, tapi disebabkan ulat sutera makan daun so dia berani cuba. Errr....boleh ek cenggitu? Pitamm! Dorang suruh aku cuba tapi memang aku takkan cuba sebab aku terbayang-bayang kepompong tu berjalan-jalan dalam kerongkong...euwwww!

amacam, berani telan?
(1) ada banyak jenis daun kat sini, lain daun lain kualitinya. katanya daun mulberi yang terbaik
(2) snek rangup! kaya dengan protein! awet muda! 
(3) mengawan 12 jam. ko mampu??
(4) ulat ni dipindah-pindahkan ke bekas yang berlainan setiap 4 hari

ulat sutera rebus. ulat ni yang makwe omputih tu makan. ko mampu??
kalau korang mata bionik mesti boleh nampak benang halus yang di extract dari kepompong

(1) pewarna benang dari bahan-bahan semulajadi
(2) benang kaler hitam dan biru
(3) ni pulak benang kaler oren
(4) benang-benang tadi di errr aku tak tau nak sebut apa, tapi dia buat jadi kecik-kecil la senang citer
(4) acik ni tengah potong buluh untuk colouring, gigih kan dia bekerja?

tak tau nape tapi aku suka tengok cara dorang bekerja dan aku tau senyuman mereka ikhlas
cuba tengok betapa susahnya dorang cari rezeki, iskk

antara produk yang dihasilkan selain dari kain sutera

Akhir sekali kami di bawa ke galeri jualan dan kat sini dorang display final produk hasil dari ulat sutera seperti baju, sarung bantal, beg duit dan macam-macam lagi. Tak silap aku benda yang paling murah kat situ ialah kipas tangan tapi aku dah lupa harganya, sori! Agak lama jugak kitaorang dibiarkan menunggu kat galeri tu, biasalah dia nak suh beli tapi aku layan je sebab ada ekon dalam tu. Aku ingatkan aku sorang je tak beli tapi family dari Melbourne tu pun sama, mebi sebab harga barang-barang dalam tu agak ridiculous. Kesempatan menunggu tu aku amik untuk berborak dengan mereka. Dari cerita mereka aku dapat tau yang dorang pegi ke Phnom Penh sebelum ke Siem Reap. Katanya Phnom Penh sangat teruk, maksudnya kesan peperangan yang dorang tinggalkan pada zaman Polpot dulu teruk. Aku yang mendengarnya pun naik kembang tekak sebab dorang cerita kat muzium perang tu ada tunjuk gambar brutality dan sebagainya. Aku pulak memang jenis pening kepala kalau tengok gambar-gambar yang gore camtu, kang tak pepasal aku pengsan sensorang. Actually masa aku ke Siem Reap memang aku dah planning nak ke Phnom Penh, tapi masalahnya sekarang aku dah ada second thought, and some more hati aku berat nak tinggalkan Siem Reap buat masa ni. Kuang-kuang-kuang!

Dah bosan duduk dalam galeri kami keluar sebab depan tu ada kawasan melepak dan ada gerai yang menjual ice cream. Memula aku nak beli tapi lepas tengok harga dia $5 terus aku kansel. Gile mahal siot! Kalau Haagen Dazs takpe gak! Tetiba dorang offer nak belanja..aiyooo segan gile...aku ni kan pemalu, so aku refuse perlawaan mereka dengan baik.

Tak lama pastu driver van panggil sebab dah cukup masa nak hantar balik ke Artisans d'Angkor. Sepanjang perjalanan balik kami berborak-borak tentang pengalaman di Siem Reap, dorang agak terkejut bila tau aku ke situ seorang diri. Dan tanpa diduga tetiba dorang bagi alamat rumah di Melbourne dan jemput aku untuk tinggal kat umah dorang jika ke sana. Honestly aku rasa terharu bila jumpa orang-orang camni, tak taulah kenapa, tapi aku rasa keluarga ni warm. Walaupun kami baru kenal tapi dorang layan aku dengan baik dan tanpa prejudis. Insya Allah kalau ada rezeki ke Melbourne lagi, aku akan singgah ke rumah dorang.

Setibanya di Artisans d'Angkor kami ucapkan selamat tinggal dan aku pun balik semula ke Mandalay Inn. Mata aku memang tak boleh handle sebab mengantuk yang teramat dan sampai di bilik aku terus pengsan sampai ke petang.

Bila aku terjaga jam dah tunjuk pukul 6pm dan aku mula gelabah sebab kul 7.30pm nanti nak jumpa mamat tu. Haih...apa la akan jadi malam ni? Hati aku dah dup dap dup dap pikir memacam. Sebenarnya aku dah jadi serba salah nak proceed ke Phnom Penh ke tak sebab kalau ikutkan pelan asal aku cuma nak spend 3 malam kat Siem Reap dan mengikut perkiraan pagi esok aku sepatutnya ke Phnom Penh....TAPI.....tetiba aku rasa lemah lutut nak pegi. Sebab ape? Kah kah kah... Lu pikir lah sendiri!

Eh tapi kan, semalam masa kitaorang berborak dia ada tanya aku nak pegi mana pasni. So aku cerita yang aku nak ke Phnom Penh pada hari ke-4 dan kebetulan dia nak ke sana jugak TAPI hari yang ke-5 (sebab dia dah bayar sewa bilik sampai 4 malam) dan tetiba aku rasa arghh....why! why! why! Itu jam aku split betul sebab aku punya time frame dah suntuk dan kalau aku nak ke Phnom Penh dengan dia memang for sure aku akan terlepas keretapi balik ke Msia (ini jam aku rasa nak nangis sebab beli tiket balik awal...aaaa buduss!!). Ok takpe, kita tengok progress malam ni, kalau dia taknak aku pegi mungkin aku akan ubah fikiran. Tapi kalau dia tak insist aku untuk stay so aku gerak ke Phnom Penh esok pagi. Setel!

Aku turun awal sikit waktu tu sebab nak pakai internet kat bawah dan tetiba aku terdengar suara orang kat luar. Pastu datang budak reception dan bagitau ada orang cari aku. Bila aku tengok jam, alamak..dah 7.35! Mesti mamat ni datang cari aku!!! Aku tutup pc dan terus ke depan....sah, memang dia. Waktu tu dia dan beberapa orang staff Mandalay Inn tengah khusyuk melihat ke atas pokok.

Aku : What are you looking at?
Dia : There's a lot of birds on the trees

Aku rasa nak tepuk dahi tapi takpelah, aku kasik dia pengecualian kali ni. Mungkin kat sana takde burung duduk ramai-ramai atas pokok...agaknye.

Aku : Shall we?
Dia : Yeah

Kami pun berjalan meninggalkan Mandalay Inn dan menuju ke pekan Siem Reap. Dalam perjalanan ke sana dia cerita baju dia dah hantar ke dobi pagi tadi. Patutlah dia wangi malam tu. Baju hantar dobi pun nak repot....nak dapatkan perhatian le tu, ceh!

Aku : Did you sleep well last night?
Dia : No. I couldn't because it was too hot

Pasti? Bukan sebab lain? Huhuhu...

Dia : What about you?
Aku : I couldn't too. I woke up almost every hour because my feet was aching
Dia : So how's your feet today, still hurt?
Aku : It's getting better

Dia : You know my room is very messy. I have 2 beds and I just put everything on that bed and some on the floor, it's really messy. I didn't leave my key at the reception coz I don't want them to clean up
Aku : Errrr...so how do you find you stuffs?
Dia : I don't know (gelak). Sometimes I just lost my stuffs, I've just lost my watch and my toothpaste before I came here
Aku : Errrr....toothpaste?
Dia : Yeah...I just forgot to take them back after shower
Aku : Errr...what about your watch? Did someone stole it?
Dia : Naaah...I just forgot where I put them
Aku : Ahh...you're careless
Dia : Yeah, I know. And you know what, the pillow in my room have some weird smell, so I put them away and I use my sleeping bag instead (sambil buat aksi tido...awww kiut)

Dia : How's your room look like?
Aku : Errrr....pretty much like yours, but not that messy

Dia gelak. Ah, aku saja cakap gitu sebab aku suka tengok dia gelak. Gigi dia cantik tersusun bila gelak, comel.

Aku : So how was your visit to Angkor Wat today?
Dia : Ah, the weather was good and there was no rain at all

Memanglah. Hujan tu muncul sebab ko dengan aku, kalau tak memang tak hujan!

Aku : Really? Oh man....I should have followed you today
Dia : You should. I think today isn't much fun like yesterday....

Ting! Ting! Ting! Baru ko tau aku ni best! Hahaha

Dia : ...and I didn't even wait for the sunset either!
Aku : Why??
Dia : (angkat bahu dan senyum)

Mesti nak cakap kalau aku ada lagi seronok la tu...eleh...aku tau! bhahaha...

Dia : I went out a bit late today, around 12 and before I go I tried looking for you in front of the guesthouse but I couldn't find you at all

Arghhhh!!! Haruskah aku cakap yang aku pun buat benda sama pagi tadi?? Shoot! Kenapa dia hit banyak kali ni? Ape aku nak jawab....Arghh, lidahku kelu...

Aku : Errr...I was at the Silk Farm. I went back around 1pm and that's why you couldn't find me

Dem! Nape aku jawab tak selari dengan apa yang aku rasa! Oh Em Gi.....

Kali ni kami pilih gerai makan yang lain sebab gerai semalam tu tak berapa sedap. Malam tu aku order nasi goreng seafood dengan mango blended, lagi. Dia order nasi putih dengan tom yam. See....tekak Asia kan mamat ni, senang aku...hik hik hik. Sewaktu menunggu order siap, kami berborak lagi

Dia : Do you like cooking?

Aik, ini soalan mencari jodoh ke?

Aku : Sometimes. I mean when I have company to eat. If I eat alone I'd rather buy or make instant meal. What about you?
Dia : I like cooking and I cook a lot

Ok, nampaknya dia try nak impress aku

Arghhhh!!!! Ok aku akui aku memang suka gileeee kalau lelaki tu pandai memasak. It's a big turn-on kalau seorang lelaki pandai memasak sebab aku rasa lelaki yang pandai memasak ni seksi. Jamie Oliver seksi kan? Kecuali mulut dia yang cam chachat tu...haha~ Susah aku nak define maksud seksi kat sini, bukan seksi yang macam korang tengok pompuan dressing maut tu, NO! Aku rasa lelaki yang pandai masak tu seksi sebab dia ada kelebihan orang perempuan, boleh faham tak maksud aku? Anyway, term ni hanya valid kalau dia masak sedap dan reti kemas dapur lepas memasak. Kalau stok longgok periuk belanga sampai berkulat memang tak seksi dah, terus jadi seksa

Aku : Wow! You're awesome. I simply admire guys who loves cooking

Ok, aku try hit ko ni. Boleh faham tak?? So hit me baby one more time!

Dia : (senyum)
Aku : So where did you learn cooking? Is it from your mom?
Dia : No! She didn't really cook. I learn it from my ex-gf and she taught me lots of recipes

Aku penah cerita dalam second entry yang dia penah berkawan dengan pompuan tu selama 4 tahun dan pastu dorang putus sebab dah tak sehaluan

Aku : I bet you must be really good in kitchen (aku cuba bayangkan aksi dia memasak, mesti seksi kan? ok aku melalut)

Aku tengah hit ko ni, paham tak?

Dia : I can make you veggie lasagna if you come and visit me!

Erkk motip tetiba nak masak veggie lasagna kat aku? Nak impress la tu! Sekilas ikan di air dah ku tau jantan tino nya

Aku : Really?? That's lovely!

Kenalah buat intonasi gedik, barulah terserlah sikit sifat feminin aku #eh

Dia : (senyum meleret)
Aku : I don't know how to make lasagna, maybe you can teach me one day

Mesti kena pura-pura tak tau. Ayat mesti pancing. Barula kita leh tau dia serius ke memain

Dia : Ah it's easy! I can teach you, definately!

Yes! Umpan mengena. Wah main tarik tali nampak!

Aku : Yeah, in return I can teach you how to make a good tom yum!

Tarik tali lagi. Kita tengok sape yang tersembam

Dia : Sure! But you must come to Germany to teach me

Haih main kasar nampak. Ko ingat Germany tu dekat macam KL - PD?

Aku : Maybe, we'll see! But is there Asian shop nearby your place?
Dia : Ah! There's an Asian shop near my house. I live in a place where there's a lot of Asian so I bet they must have the ingredients we're looking for

Pandai ko pasang umpan!

Aku : Ah, that's good!

Aku dah tatau nak balas ape, redho jelah

Aku : Hey, I'm gonna blog about this trip
Dia : You have a blog?
Aku : Yeah, it's a travel blog where I write about my journal
Dia : Can I read it?? Is it in English??
Aku : Hahaha....Naah! It's in my language...sorry!
Dia : Awhhhh....

Matilah kalau dia tau aku tengah cerita pasal dia kat dalam ni. Kah kah kah!


bersambung...... 
.

51 comments:

Pijah Pelangi August 5, 2011 at 5:22 PM  

haha, seriously ak pun tunggu diz entry and next2 entry,haha. Boleh buat novel da citer ni,haha.

F bukan huruf sebenar,  August 5, 2011 at 5:23 PM  

menci. telenovela sangat tetiba stop time climax ahaha. anyway aku baca part kat silk farm tu lelaju. at least baca la kan ahaks

fatt August 5, 2011 at 5:37 PM  

pijah,
penat la mengarang benda ni. ko amik tmpt aku buleh? huhuhu




F,
alaaa sori weh aku penat giler karang benda ni. almost 4 hrs aku buat ni wei siap dgn gmbo...krem jari ni menekan kibod. adeh!

F bukan huruf sebenar,  August 5, 2011 at 6:39 PM  

takpe fatt aku paham hihi. tak sabar nak tunggu citer ni abis :D

iina August 5, 2011 at 7:16 PM  

wakakakah.. kalau mamat grman tuh dapatlah baca entri n blog ko nie.. aku rasa perkataan OMG tuh dia duk sebut2 berjuta kali dah hahahaha

Apa pun best.. janji ada org teman dan layan.. hehehe.. ;)

fatt August 5, 2011 at 7:37 PM  

F,
orait...no worries :)



iina,
mestilah..sbb aku dah bocorkan rahsia date kitaorg..kah kah kah...pastu terus dia beli tiket flight datang sini. kah kah kah :))

kemang~ August 5, 2011 at 8:21 PM  

fattttttttttttttttttttttttttttttt

1. sweeter than before, kahkahkah
2. tak tahan aku senyum sorang2 baca entry nih sampai rumate aku kate aku ni gila senyum sorang2

ok ape lagi eh?

3. i like the way u write, macam novel ! HIHI

4. "and some more hati aku berat nak tinggalkan Siem Reap buat masa ni" - aku bet ni mesti kes mamat german tu kan, haha

5. "Aku rasa lelaki yang pandai masak tu seksi sebab dia ada kelebihan orang perempuan" - i agree maam :)

4.sambung lagi,sambung lagi, :p

kemang~ August 5, 2011 at 8:25 PM  

btw fatt, pasal no 14 kat blog aku tu kan, ko xde pon wat aku SENTAPPPPP.. i mean ade gak la lelaki yg terSENTAP sikit2,xde la terSENTAP sgt..kejap je then it'll be fine.. , hahaha.. amenda la bahasa aku ni...

fatt August 5, 2011 at 8:42 PM  

kemangggggg,
hahaha...ko mmg memahami apa yg tersurat di sebalik tulisan aku...kah kah kah...mendalam tu makna ayat dlm no. 4 tu oke! i have to agree with u this time *malunyaaa...*

aku rasa entry ni je yg dpt aku tulis cam novel sbb aku rasa pglmn trip ni paling manis, lain dr yg lain...biarlah org nak kata aku gila ke, jiwang ke apa ke janji apa yg aku tulis ni lahir dari hati aku...bkn rekaan semata2. wlpun aku tak dpt nak quote setiap scene secara detail tp mana yg masih melekat dlm kepala aku, aku akan share..maybe in 5 yrs time kalau aku bc balik aku akan gelak sbb silly kot apa aku tulis. hahaha.

no. 5 tu skrg ko tau nape aku ckp gitu, aku ada komen kat ko aritu kan..haha..mmg aku carik calon yg pandai masak...hahaha..senang, bleh team building kat dapo..takdela dia asik jadi bos besau je arah aku masak itu ini. hehehe :))

**as soon as u grow older all the sentap thing akan hilang dgn sendiri. sama cam aku, dulu ada baran skit, pastu aku dah belajar utk let go..celebrate life as it's too short to mess with all the crazy ppl. ignore saja :)

Janggel August 5, 2011 at 9:02 PM  

faattttt.akhirnya ..jenuh aku refresh dari pg tadi tau!

Seperti biasa best dan pembahaian di antara fakta dan perasaan dibahagi dengan sangat baik. best.

Aku suka baca ayat ko yang "Org tua-tua kata........." hahaha masa tu aku dah gelak guling2 dah. siyes macam tengor telenovela La'Usurpadora la! (aku tatau ko penah tengok ke tak coter ni satu ketika dulu)

Ulat beluncas tu memang kene rebus dulu eh kalau nak uat kain? baru aku tau, aku ingat dia main tarik je keluar terus.

teruskan bercerita...tak sabo tunggu sambungan episod seterusnya.

*menunggu dengan penuh debar...

Liana,  August 5, 2011 at 10:05 PM  

Fatt fatt fatt membuatkan diri ku senyum Dan ketawa kuat2 sehingga anak kecil ku kata mama r u crazy hahaha
Mmg betul part Atas tu skip baca hahaha
Baca part telenovela mamat German
Sila continue... Walaupun penat nak karang but the income is awesome fatt!! Cayokk
Setiap jam refresh tggu next stories hehehe

fatt August 5, 2011 at 10:28 PM  

janggel,
hahaha...sori aku bz pagi tadi tak sempat nak taip :P

ko selalu review entry aku ek...kalau ko cikgu BM mesti aku malu sbb aku tulis tunggang langgang, pastu "di" dekat ke jauh ke sume aku sebat je sbb aku dah lupa apa cikgu ajar dlu..haha..

La'Usurpadora tu aku tak penah tgk, tp penah dgr la sbb pemes. tp rasanya meletop jgk kat tv zmn dulu2 kan...haha..ko tau, lama aku pikir apa ayat paling catchy nak mulakan cerita ni..lastly aku terpikir cam kena pulak klu letak ayat ni...hehehe..tp mmg aku tgk popular guesthouse pun sblm aku grak pagi tu, dok harap kalau2 terserempak..hahaha kantoi!

hei tu bkn ulat beluncas le, tu ulat sutera! aah..kena rebus dulu, aku pun masa tu baru tau. tp aku kagum la camne dia leh tarik benang satu2 dari ulat tu...tak putus lak tu..kagum gile, subhanallah~

oke, entry seterusnya insya allah publish pagi esok..yabba! :)

fatt August 5, 2011 at 10:33 PM  

liana,
thanks a lot. i take it as compliment :)

i tau uols sume skip that part...haha, that's y i bold kat tetengah tu. but it's ok..maybe ada org nak tau psl findings yg i buat masa ke silk farm :)

i nak try speed this story sbb i dah cemuih nak taip cerita ni...hahaha :D

Janggel August 5, 2011 at 10:57 PM  

fuh tak sabo nak tunggu! ala kalau di (untuk tempat) jauh ...kalau di( perbuatan) dekat hahaha tetibe aku jadi cekgu BM.

mmg la usurpadora tu pemes dedulu! mak aku salu tengok tetiap petang so aku pon join skali la. hahaha

Ok next entry tepaksa aku jengah blog ko pepagi esok seblom balik kg..kalo tak melepas..kat kg takde tenet hehehe

dzuchan August 5, 2011 at 11:38 PM  

fatt....terlambat lak baca hari ni..
bley guna kaedah u ni utk ayat boys hehe..

main hit-hit nampak ;-P

masMZ August 5, 2011 at 11:43 PM  

fatt, aku nyerr komeng same cam Janggel.... (dari pagi setiap jam aku refreshh blog ko nih!) <- tapi itew sebelum time berbuka larrrr.... hahahaha...

Btw, silk farm tu tak skip tauuuuuu.... suka layan tradisional nyer tradition (deh dehhh apa aku cakap nih??!!!!!) sah aku pun jakun tengok diorang tarik kepompong tu... tapi.....n masa tengok ulat banyak2 dalam dulang tu, sah aku *fengsan!

zura aini August 5, 2011 at 11:45 PM  

Wah! Pancing nampak. Tahun depan boleh terus ke germany. Panjanglah novel ni..suke.

Farihah August 5, 2011 at 11:53 PM  

Fatt,
mamat tu bgtau dalam bilik dia ada 2 katil...ko tak pikir maksud dia.."kan best kalau u tido kat katil yg disepahkan i tu"...hehehe..

Baca cerita ni...buat aku senyummm memanjang...laki aku tak tenteram tgk tv sbb tgk bini dia macam angau baca blog. hahaha

Janggel August 6, 2011 at 12:02 AM  

HHHHmmmm apa ni Masmz tiru komen aku! Haish haahahaha

Aku perasan entry ni takde *petir la! Nape eh??

Ada ting ting ting plak...

fatt August 6, 2011 at 12:11 AM  

janggel,
ko nak balik kul brp tu? kalau pagi bebeno tak sempat la ko nk baca...simpan minggu depan la nampaknye...ko sanggup tak??? lol! :P

tq ye sbb ajar aku mana dekat, mana jauh...aku ni walaupun dah byk kali org bgtau tp aku still confuse sbb aku tak dpt beza mana 1 perbuatan, mana 1 tempat.

ko nk tau 1 bende tak? aku ni mmg tak tgk tv punya org. mebi sejak dr kecik slalu kena rotan leka tgk tv so sbb tu minat aku terhadap tv jd berkurang. tp klu kompiter, erghhh...hard to resist




dzuchan,
awk tak terlambat...cuma blog ni mmg ada masalah. slalu pas 3-4jam baru dia kuar kat feed..dari ptg tadi dah up entry ni tapi mlm baru kuar kat feed. huhu..

err...nak tiru kah? sila sila...selamat maju jaya! (tp siyes ai fail tak reti hit boys)




masMZ,
gigih le korang nih! spirit korang le buat aku terus nak taip cerita ni tau..klu tak sbb korang mmg aku simpan cerita ni jadi khazanah..so terima kasih bebanyak :)

hahaha..ko sama cam aku, geli tgk ulat. aku time nak tangkap gmbr ulat ni mmg dah meremang bulu tengkuk sbb tgk dia menguit2 dlm bekas berisi daun tu...fuh! berpeluh gile :)

fatt August 6, 2011 at 12:17 AM  

zura aini,
dah meleret2 ni..takpe, minggu depan habis :)

sama2 memancing kekdahnya..tp penat la kena spekong kali ni..kalau ckp bm kan senang...haih!




farihah,
ini lagi sorang ketawa dpn kompiter...hehehe...i ada good sense of humour ke? (barangkali) hahaha :)

sbnrnya kan, i mcm dah leh tgkap apa yg dia mksdkan tp saja i buat tak faham. dia mcm try grab attention i tp i layan aje...nasib baik dia hensem klu tak hensem sorila p main jejauh....ekekeke :P




janggel,
aku saja kasik efek bunyik lain pulak. ala2 mcm ko main game kat slot machine tu kan bila mengena dia ada bunyik "ting! ting! ting!"...hahaha...nanti aku kasik efek petir untuk entry seterusnya..hahaha :))

kemang~ August 6, 2011 at 12:33 AM  

haaha.tu la, nanti kalo baca balik mesti tergelak guling-guling punye..mesti ko punye action macam ni :

"oh em gi.. betol ke aku masa dulu ni???"

hik hik hik..

mamat jerman tu match ko kot, bia die je masak lasagne tu hari-hari..haha..eh lasagne ke ape hah yg die pndai masak tu? aku lupa dah, mls nak cek balik.. :)

agree with u, ignore jek kan :)

AKO @ retna August 6, 2011 at 5:58 AM  

alaaaaa terSTOP lagiii,.. huhu..
psstt wiken2 jgn benti mengarang tau! heheee

cari idea lagi tuk sambng ...
setia menanti depan pc nih *sengih

fatt August 6, 2011 at 6:24 AM  

kemang,
indeed. infact takyah tunggu 5 thn sbb aku penah baca entry yg aku tulis memula dulu pun aku nak pengsan sbb bahasa aku gila2 tunggang-langgang, last2 aku dilit..byk gakla entry lama yg aku dilit sbb rasa silly. hahaha...

aku nak dia reti masak feveret dish aku dulu baru aku leh consider..haha :)



payne,
ape yg ko tabikkan? lama dah tak nampak...pi mana? btw, slmt berpuasa! :)



Ako @ retna,
dah berjela aku karang sbb tu stop...hehe...jap gi pas subuh aku taip..paling busuk tghari kang baru ada..insya allah :)

BlueEwoke August 6, 2011 at 8:33 AM  

Alamakkk fatt..cepat la sambung episod nih..syok plak layan..hehehhe..

hanie August 6, 2011 at 8:47 AM  

ok. boss aku tanya apsal aku dok tergelak2. "anything funny?" aku kabor "naahh...i just "ACCIDENTALLY" read some lovey dovey funny stuff"

terus boss aku blah.

hahahahahaha!!

hamboihhh kemain ko kan fatt... lightning does strike twice eh.. :P

Anonymous,  August 6, 2011 at 8:49 AM  

so sweet....

fatt August 6, 2011 at 9:37 AM  

blueEwoke,
nti eh..baru bgun tido..hahaha



hanie,
oit! kerja ke sabtu? sabtu org layan tido le..hahaha.
ko jgn, kang tetiba bos ko block blogspot kat opis naya kang...hahaha. lightning celah mana tu weh? cer kabor :)



anon,
tq!

kemang~ August 6, 2011 at 10:18 AM  

haha... tu lahhhh... mesti aku pon same nanti..aku pon byk dah delete entry lame2 sbb rase x kena ngan jiwa aku..dah nak dewasa kan so post2 yg style budak2 dulu, aku dah delete sume.. :p

btw regarding the trauma kat traffic light tu, aku takleh byg la camne ko time tu kan,,,ko de cedera x? kalo kete dpn tu ok lg, sbb xde impact sgt kat driver, ko yg tgh2 tu bahaya tu..karang kena sandwich skali.. tp Alhamdulillah la kan, sihat lg skang...

kalo x , xde la cite pasal mamat german nih.. ahakssss :)

mamat tu kan tekok Asia, no hal lah nanti bab2 masak.. ajor die tom yam dulu :)

hanie August 6, 2011 at 10:30 AM  

ko kan suka *petir*

hahahahaah!

Anonymous,  August 6, 2011 at 10:45 AM  

salam fatt,

ahh u buat saya teruja for my first overseas trip, alone pulak tu, mujur lama lagi. puas cari, u didnt say anything (or i yg tak jumpa) abt converting driving license to drive in oz. informational blog btw. and lately, source of entertainment :)

ms a

norh August 6, 2011 at 11:49 AM  

menarik betul kunjungan ke Siem Reap ni ye..he hehe

masMZ August 6, 2011 at 11:56 AM  

tumpang lalu fatt, mana entri pagi nih??? dah tengah hari kottttt.....

Janggel, haihhhhhhh meh nanti nak tolong citerrrrr..... wahahahaha :p

fatt August 6, 2011 at 3:00 PM  

kemang,
aku tak cedera..sihat alhamdulillah..tp mmg aku tengok bodo jela keta tu dtg laju hentam aku. trauma gila kot..smpai skrg aku trauma lagi...walhal benda tu dah jadi setahun lepas. tp siyesla aku benci cara org msia bawak keta...sume tak sabar...sirap je kalau tgk org tak considerate ni...haih!



hanie,
nak aku kasik ko petir satu kali
*petir*
hahahaha :))




ms.a,
thanks!
awk nak gi oz takyah convert lesen...lesen kita valid. sama gak cam u pegi nz...i think i ada mention dlm one of my entry tp i lupa mana satu. dont worry u'll enjoy driving in oz, kat sana org dia bawak keta beradab..unlike here...*sigh*

cuma, 1 je...be careful dgn law jln raya dia sbb agak pelik sikit.




norh,
bolehla...buat kawan time sunyi :)




masMZ,
aku tgh sumbat ni...nanti aaaa~

-AyA-,  August 6, 2011 at 8:10 PM  

ya ampunn...aku berharap sangat ler ade novel mcm citer ko ni fatt..dengan gaya bahasa..dengan jiwangnya...cukup sifat..ehehe..

okey aku ngaku siap2...mula2 baca mmg aku skip baca citer ulat sutera tu...haha..terus carik citer mamat yg gojess ituu..

fatt August 6, 2011 at 9:45 PM  

-aya-
aku ada bakat tulih novel ke? ko biar betik. bersepah2 tatabahasa aku tu. hahaha..bleh buat lagenda budak setan nih..hehe. ala aku dah agak korang msti skip punya...takpe..no hal :)

-AyA-,  August 7, 2011 at 12:02 AM  

tatabahasa tu blakang kire...janji hati suke!hehe...ko ada bakat buat kitorang yg tukang baca ni sengih sorang2 depan lappy..ahaks.. thanks fatt!

fatt August 7, 2011 at 6:58 AM  

-Aya-
wlcome aya! nanti aku kasik korang lagi sengih smpai krem rahang muke...ekekeke...tpi dlm episod penghabisan la...tunggu~ :P

tiey August 7, 2011 at 10:22 AM  

aaaaaaaaa...comeiiii giler korang *sambil berangan bila2 aku g travel ade jugak mamat mcm tu* hahaha

Biqque August 7, 2011 at 3:48 PM  

hahahahahahahaahahahaha aku baca entry ni siap gelak hentak2 kaki patu lompat2 duduk balik patu sengih2 macam kerang busuk sampai laki aku tanya apasal! gile lahhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

1) walaupun takde toothpaste, gigi dia tetap cantik!
2) jamie oliver mulut chutchat chutchat tu sungguh ultimatum okkkkk
3) germany tu macam KL-PD kalo, i pun nak pegi wehhhhhhhhhhhh (owh saya pengkaji kuat hitler)

tak tahan, tak tahan, ko patut terima dia sbb dia pandai masak sbb i nyer laki pun pandai masak n serius untung sok senang ko blk keje je dia dah masak! hahahahahahahaha!

*lari bogel sebab terlalu gembira*

Biqque August 7, 2011 at 3:49 PM  

owh ye, tak yah gi phnom penh, tak best!

KECUALI MAMAT TU PEGI, THEN KO PEGI OK!

*saiko mode*

fatt August 7, 2011 at 8:04 PM  

tiey,
meh aku share 1 tip. tipnya ialah ko kena ringankan mulut sbb kdg2 dorg ni nak berbual tp segan. dorg slalu pikir org Asia ni tak reti bergaul, mgkin sbb tak brp fasih english tp dorg pun 2x5 jgk tak reti sgt english especially yg dtg dr negara yg english bkn bahasa ibunda dia. once dah ice breaking mesti boleh punye. cayokkk! gudluck! :)



biqque,
alamak sori sbb aku buat korg meroyan bc entry jiwang aku ni...haha..but thanks :)

1. haip! dia dah beli toothpaste masa smpai aritu. hahaha :))
2. tp kekadang cam geram je tgk accent dia..sakit telinga. tp sbb dia pandai masak ku tahan jua...
3. klu dkt gitu mmg aku duduk sana
dah...nak balik enitaim no hal beb! hahaha

ai pun hrp dpt lelaki pandai memasak sbb ai rasa lelaki pandai masak ni howt stuff! the naked chef! aummm!! hahaha~

byetzhourha August 7, 2011 at 9:31 PM  

erghh tidakk.....ader sambungan lagik ker???? cepatlah sambunggggggggggg....

cik gold August 8, 2011 at 11:35 AM  

Oh wait...adakah dia try nak bagitau aku yang dia nak aku tolong organizekan hidup dia??? ----> ini ayat gatal...hehehhe

bunburry burn,  August 8, 2011 at 1:09 PM  

Assalam Fatt,

Sy pengikut baru. Admire the way u write. Jatuh cinta to be exact. Pls continue ur fantastic blog journey & life. Ada i amik buat pedoman. u r really 1 tough chick!

fatt August 8, 2011 at 1:33 PM  

byetzhourha,
sudah bersambung!



cik gold,
alamak kantoi! :P



bunburry burn,
wsalam...nick u mcm nama satu tmpt dkt perth..hehe :)

terima kasih, i take it as compliment. kalau ada kesalahan tatabahasa or bahasa tunggang langgang tu hrp dimaapkan ye...salam pkenalan :)

ZaiZai August 9, 2011 at 12:08 PM  

telenovela ter'best' di dunia.. haha agreed lelaki pandai masak mmg seksi...auwww..lagi2 kalau lelaki germany kannnn..;P

fatt August 9, 2011 at 1:44 PM  

ZaiZai,
takde la zai..citer sembilu kasih aku rasa lagi "best". hahaha... :)

Syafinaz Saifuddin October 4, 2012 at 9:54 PM  

mana sambungan telenovela ni? nak link boleh? hehe anyway fatt, best jugak kan travel sorang2. tapi saya pergi siem riap dgn bestfriends saya, ala2 girls gone wild trip gitu. tergelak2 saya baca entry awk. hehe so fun :)

Fatt October 4, 2012 at 11:34 PM  

syafinaz
lama dah tak sambung sbb waktu tu tgh update citer mekah..ada perancangan nak sambung...in future.

aah..sy suka travel sorang, sbb byk benda unexpected akan jadi. tapi kdg2 ada gak travel dgn kawan2. for fun :)

tq 4 visiting

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP