Best of Western Australia : Pinnacles Desert

September 09, 2011



Jika berkunjung ke Perth sila pastikan Pinnacles Desert masuk dalam list itinerary atau percutian anda ke Western Australia tidak lengkap!

Pinnacles Desert terletak di Nambung National Park, iaitu 245km atau lebih kurang 3 jam perjalanan ke utara Perth. Akses ke sini adalah melalui Brand Highway menuju ke Carventas dan dari Carventas ke Nambung National Park pula jaraknya ialah sejauh 16km. Walaupun tempat ni jauh dan view di sepanjang jalan sedikit boring, tapi hasilnya memang berbaloi sebab tempat ni lain daripada yang lain. Ianya unik, misteri serta panoramik.




Objek ini lazimnya boleh kita lihat di gua batu kapur tapi yang ni berbeza sedikit sebab ia wujud di kawasan gurun. Difahamkan bahawa batu kapur ini terbentuk dari karangan laut yang terdampar di pantai berhampiran dan mengalami proses luluhawa. Akibat dari proses luluhawa tersebut ia berubah menjadi pasir halus dan diterbangkan angin ke kawasan gurun lalu membentuk batu kapur atau limestones. Untuk bacaan lanjut sila ketik sini.

Terdapat beribu-ribu limestone pillars yang terbentuk di sini dalam pelbagai saiz, bentuk dan ketinggian yang berbeza-beza, malah sesetengah darinya mempunyai ketinggian sehingga 4 meter!




Waktu yang terbaik untuk berkunjung ke sini adalah dari bulan September hingga Oktober sebab pada waktu ini pemandangan di sekitar Pinnacles Desert lebih menarik kerana terdapat bunga-bunga liar atau wildflowers yang berwarna-warni.




Tiada caj dikenakan kepada para pengunjung, cuma bayaran sebanyak AUD11 akan dicaj bagi setiap kenderaan. Tempat ini dibuka pada setiap hari dari jam 9.30am hingga 4.30pm sepanjang tahun (kecuali hari Krismas). Bila ke sini pastikan anda memakai spek hitam sebab silau dan kalau boleh bawaklah air minuman waktu explore limestones sebab boleh cepat rasa dahaga (dah nama pun fadang fasir!).

Sebelum balik jangan lupa singgah di visitor center yang terletak berhampiran kawasan parking sebab di sini ada informasi tentang limestones dan proses pembentukannya. Kat dalam tu juga ada souvenir shop, bolehlah grab gold coin, poskad, t-shirt atau souvenir lain dan yang penting sekali jangan lupa tinggalkan jejak di buku pelawat.




Ada 2 cara boleh digunakan untuk melihat limestone pillars, sama ada dengan berjalan kaki atau dengan menaiki kenderaan (kereta) melalui scenic drive di dalam kawasan pinnacles. Bagi yang berjalan kaki pastikan supaya anda mengikut walk trail yang telah ditetapkan atau anda mungkin akan tersesat di tengah-tengah gurun!


ps : boleh jenguk entry pasal Pinnacles Desert dalam blog Encik John @ Bdk2 sebab dia baru je balik tapi dah laju taip journal...syabas! (jangan malas cam aku ye, dah lama kepam baru nak taip...lalalala~)

35 comments:

~mrs azmi~ September 9, 2011 at 9:04 AM  

ohsem! agak2 kalau tersesat ade orang carik tak?

Biqque September 9, 2011 at 9:16 AM  

masa kat cambo, ada satu guestbook tu aku tulis nama aku, negara aku papua new guinea hahahaha!

aku suka pasir2 batu-batan cun2 camni...tapi tak kesampaian lagi ke perth. nanti la if ada duit :D

Wadi AR September 9, 2011 at 11:14 AM  

tolong la fatt. bawak gua pegi aussie. gua merayu comel ni

fatt September 9, 2011 at 12:54 PM  

mrs.azmi,
tak pastila, sbb takde buku mcm sign kita punya attendance...klu ada mebi sng la kot nak trace



biqque,
haaaa...sengal..buku guestbook kat mana tu? pd aku perth syokla klu wat road trip..tp duit dia mahal skit la...klu nak sopping cni bkn tmpt dia la..melainkan ko nak sopping souvenir tu bole la



wadi ar,
ko merayu lagi comel la...tak cukup comel lagi tu...hahaha

Inah September 9, 2011 at 1:52 PM  

sukaaaaaaaaaaaaaaa header ni! :D

not bad gak pinnacles dessert ni..ari tu kitorg x g..just cover perth cbd jek..

fatt September 9, 2011 at 2:42 PM  

inah,
aku pun suka yg ni sbnrnya. tp kang dah jemu aku tukar lain...haha

rugi ko tak pegi..mmg jauh tp berbaloi..sblm balik msia pegila sekali lagi

Biqque September 9, 2011 at 2:42 PM  

aku tulis kat guestbook kat sini:
http://biqque.blogspot.com/2010/06/siem-reap-imaginarium-of-banteay-srey.html

hahaha!

shopping mmg tak ar, sana mmg stock road trip kaw2 la kan...aku suka drive2 ni...

Daddy Ziyyad September 9, 2011 at 3:10 PM  

Brand Hwy tu jalan lama kan? Katanya boleh direct form Perth to Nambung NP ikut new hwy Indian Ocean Drive, so tak payah sampai ke Cervantes.Betul tak?

Satu lagi, kalau nak lalu sebelah Emu Down Windfarm tu, kita mesti lalu Brand Hwy ke? Windfarm ni between Lancelin - Nambung NP kan?

fatt September 9, 2011 at 3:36 PM  

biqque,
tp boring skit drive kat perth especially bila dah kuar dr town center sbb keta tak byk..klu keta ko rosak tgh2 jalan habisla



dz,
boleh jgk...u boleh buat 2 route actually. klu terus dr Perth ikut Brand Hway, bleh singgah tgk Emu Down Wind Farm, pastu gi Pinnacles Desert, balik tu ikut Indian Ocean Drive singgah Lancelin...meaning to say u takkan lalu jalan yg sama 2x.

highway baru ke lama ke both are fine (sama je), dia takla mcm highway lama kat mesia yg klu lama tu nmpk cam berantu. drive kat sini a bit boring sbb scenery takde

highway baru tu a bit confusing skit especially bila u dah smpai Lancelin sbb lepas Lancelin terus dead end (gurun). masa i pegi still gurun (latest i pegi masa Oct 2010), i tak sure dorg dah sambung direct ke Pinnacles atau blum. so make sure u alert dgn signboard ke Pinnacles sbb klu terlajak jauh gak nak detour. i rasa mau 40km jgk klu terlajak smpai Lancelin.


"Satu lagi, kalau nak lalu sebelah Emu Down Windfarm tu, kita mesti lalu Brand Hwy ke? Windfarm ni between Lancelin - Nambung NP kan?

Yup, betul tp lain skit jalan dia. Tapi windfarm bukan di antara Lancelin & Nambung...dia kat Bandgingarra NP. nti sy tulis entry psl Windfarm dgn buat route map skali

Ely Hasrul September 9, 2011 at 5:40 PM  

papua new guinea biqque? hahaha.. aku tingin nk g great ocean road, nk tgk 'pokok pakis' yg papi xpenah jumpak tuh hahahaha. pandai la korg2 nih amik gambo. santek2.. kalu aku.. gelap semacam la gamaknye haha

Biqque September 9, 2011 at 6:00 PM  

takpe, takde istilah boring dalam hidup travel aku hahahaha! akan kucuba utk menggumbirakan ia :D

keta rosak??? choi!!!

iina September 9, 2011 at 6:26 PM  

Wah mmg lawalah.. dan tgk pun leh agak mesti panas dan silau.. tapi view mmg best.. ;)

Anash September 9, 2011 at 6:34 PM  

ooo...
best gak perth nih (sambil belek sampul raya kosong...)...
akan cuba jejaki kawasan batu itu...next, next , next year...(bape kali next daaa..)

fatt September 9, 2011 at 10:04 PM  

ely,
by chances je ni...tp aku mmg puas ati la dgn kamera ni...tak penah lagi mengecewakan aku...GOR best kot. aku pun tak sempat gi masa ke melben thn lepas...rugi =__=




biqque,
klu ko ternampak kangaroo liar tepi jalan aku rasa ko yg teruja beb...tp dorg laju, cpt je zupzap hilang...tp kangaroo liar mmg byk kat sana...kdg2 kena langgar sbb tetiba dia kuar dari bushes lompat tgh jalan Y____Y




iina,
mmg lawa...mcm kat bulan pun ada (org la kata sbb aku tak pnh lg smpai bulan). hehehe




anash,
AA slalu promote route ke sini...aku rasa tiket ke perth la paling murah klu nak compare dgn melben & gc...darwin tu tolak tepi la..klu ko naik dari bali ke perth lagi murah

langkah kaki.. September 9, 2011 at 11:11 PM  

sis..kat aussie..antara perth,sydney,melbrn,gold cost..mana yg best kalau nak wat trip? murah pon murah..n byk aktivit..bkn shoppng la kan...

Daddy Ziyyad September 9, 2011 at 11:24 PM  

Thanks Fatt for the explanation.

Yg saya baca, terkini katanya Indian Ocean Drive tu dah sambung dah jalannya from Lancelin terus sampai ke Pinnacles.

bdk2 @ John September 9, 2011 at 11:43 PM  

aku rse, timing aku pegi pinnacles ni salah. patutnya aku pegi sana time matahari tgh duk terpacak atas kepala....sumpah cantikkk gilerrr!!!

i wish i had more time there....nk jalan2 kat sana.

fatt September 10, 2011 at 1:00 AM  

jie,
sbnrnya jie..setiap state dlm Oz sume lain2 specialitynya. so far sis penah smpai Perth, Sydney & Melbourne aje...GC blom lagi, patutnya aritu pegi tp baru balik dr Mekah so cancel.

depends pd apa yg jie nak tgk & ur interest. cuma apa yg sis bleh guide,

perth - outback experience
sydney - city skyscrapers
melbourne - history & arts, bgunan kat sana pun cantik2 (byk old buildings), pastu ada Great Ocean Road

kalau GC - more to entertainment sbb ada movie world dan seangkatan

nak sewa keta buat road trip sesuai dkt Perth & Melbourne (Great Ocean Road), klu kat Sydney bleh naik public transport je sbb sng, dlm CBD Melbourne pun free transport ada..no worries.

nk kata murah tu ekceli depends on apa dlm jie punye itinerary..let say byk involve dgn fees so mmg kena la kuar duit...but the most expensive place is Sydney..i think.

currency AUD pun still mahal skrg..klu nak pegi dlm 1 week bwk rm1.5k enuff la kot, itupun klu sewa keta & pegi dgn kwn2 bleh minimize cost




dz,
if so, that's a good news. sbb masa sy pegi thn 2009, 2010 pun tak siap lagi...should be la kan since almost a year since 2010. but let me ask another blogger, dia baru balik..mebi dia bleh confirmkan




bdk2 @ john,
ko pegi petang ke awal pagi? klu tengahari membawa ke senja cantikla..tak silap aku gmbr2 time senja lagi lawa. dont wori la..tiket p perth murah...there's always chances :)

btw aku nak confirm dgn ko ni, jalan dari lancelin dan boleh tembus direct ke pinnacles ke? last time aku pegi masih gurun, dead end. gps aku bising2 suh "perform a u-turn! perform a u-turn" tetiba dpn skit aku nmpk kangaroo mati kena langgar...wuwuwuw...sedih Y____Y

bdk2 @ John September 10, 2011 at 8:42 AM  

pegi dah nak senja dah...dlm kul6 ptg cmtu. insyaALLAH ade rezeki nak pegi lgi.

jalan tu dh siap! btw, GPS je yg tak updated. time aku pun, asyik duk suurh u-turn! u-turn! celah bedah dia....haishhh...mmg dh siap. kat area sini mmg byk nmpk kangaroo liar kene langgar. mmg kesian sgt2. sob sob sob...besar2 lak tu.

Anash September 10, 2011 at 12:19 PM  

Fatt,
ooo..RM1.5k cukup utk bekalan 10 hari muda di aussie eh? how about melben?...(*wink*)...
ok laaa..aritu gantinama akak sebab perasan tua...(nak masuk 4 series dahhh)..tapi back to nature, terasa muda balik..(hehe)

fatt September 10, 2011 at 3:58 PM  

bdk2 @ john,
oic...thanks for update. so pasni boleh la lalu...kalau dulu aku kena detour jauh jgk..thanks a lot :)




anash,
melben pun sama sbb currency dorg lebih kurang. but it depends pd ur itinerary, apa u nak buat...(i, u pulak...kui kui kui). tp klu just lepak dlm town center, boleh cut byk kat transport sbb ada free tourist bus & free cbd tram

Biqque September 10, 2011 at 6:09 PM  

ko tak tau, akt GC, tak hengat aku lepak baring sebelah kanggaroo bersama taik2nyer hahahaha! siap karate tengkok, duduk atas dia, picit perut dia mcam kucing aku dah rasanya hahahahaha! so kalo jumpak tepi jalan, sah2 aku teruja melompat sekali dgn nate tu...opss! menatang tuuuuu!

Janggel September 10, 2011 at 6:53 PM  

cantiknya Fatt!!! eh silap. cantiknya tempat2 tu fatt!!! kalau pegi musim bunga mesti dapat tengok banyak jenis bunga liar kan.

fatt September 10, 2011 at 8:27 PM  

janggel,
aku mmg chantek! chantek ok, bkn cantik...lol!

ko punye email aku tak reply lagi..nanti noo..tula, klu ko pegi timing yg tepat mmg bleh tgk...ko pegi time wildflowers ke? aku dah lupe

Janggel September 10, 2011 at 8:49 PM  

Hahahhaha dah aku tak penah tgok ko mestila aku tatau ko chantek ke tak hahhaah. LOL

Aku pg mid may taun depan ..tak sure time tu musim apa, tak silap aku musim luruh kot....hmmmmm

fatt September 11, 2011 at 9:38 AM  

janggel,
cisss....!! agak2 cam topeng storm trooper la..tp senonoh lagi

klu bln 5 masa tu dah hujung autumn..nak masuk winter dah. time tu dah sejuk sikit

Janggel September 11, 2011 at 9:44 AM  

Fatt:

"̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ gurau naaaa jangan marah! Lol. Topeng trooper tu caner? *blur.

Oooo kalo camtu kene bawak baju tebal banyak la...kang mati beku kat sana plak. :)

fatt September 11, 2011 at 3:22 PM  

tak aih...aku ok...topeng dlm entry WW tu

kena la, at least 3 piece ko punye baju...3 layer

BlueEwoke September 11, 2011 at 11:07 PM  

Hmm memang ada angan2 nk ke Perth, tp since AUD agak mahal skrg ni, terpaksa let go dulu. Mungkin di masa-masa akan datang. Dan of course nk ke sini jugak :D ..mengancam sungguh!!

fatt September 12, 2011 at 12:17 AM  

chawana,
aku pun tunggu jgk bila duit aud nak turun...sbb planning nak buat road trip...but klu ke perth jgn lupa singgah tmpt ni sbb mmg best!

Liz Rohaizat September 12, 2011 at 8:30 AM  

cantik la tempat nie! dah ala2 rock formation dah. budak yg ambil geologi mesti suka tgk benda2 nie

bunburry burn September 12, 2011 at 12:51 PM  

Bila aku stress, aku pejam mata, bygkan ada atas bukit pasir kat lancelin..sambil tgk laut sayup2.. Mmmmm... Indahnya memori ittiew...

fatt September 13, 2011 at 2:58 AM  

liz,
mmg rock formation la liz...hahaha..aku rasa patutnya dulu amik course geologist barulah syok...leh kaji tulang dinosor





burn,
tp kat sini pasir dia halus sgt..klu masuk mata adui...seksa!

Anonymous,  September 13, 2011 at 10:30 AM  

maafla ye, nak tanya ko main 'kucak' dgn saper kat gambar combo #3 tu? a) kangaroo b) tripod c) sesuatu yang ko sorang je nampak tapi org lain tak nampak jeng jeng jeng d) semua di atas.

on a serious note, i've never been to any parts of WA before. kena beli topi koboi kasut boot dulu kot baru boleh fefeeling outback. so will appreciate it very much if you would one day write (ke rewrite?) entries pasal your WA travel experiences. sebab i don't recall any postings about WA yang berbentuk travelogue. hehe. yang tenggelam-timbul-sekerat-kerat-gambar-sekeping ada la kot. :)

anyhow would love to visit WA one day tapi right now kalau oz la eh. northern parts will be my top priority.

motif amik gambar celah-celah batu? Chakk!,
trojan melayu

fatt September 13, 2011 at 3:50 PM  

trojan,
motipnya ialah aku nak korang tgk tinggi mana batu ni (sbb aku ada ckp batu tu bleh smpai 4m!) so sbb tu aku tpksa buh gmbr objek lain(aku) sbg ukuran, klu tak korang tak nampak apa yg cuba aku smpaikan. now dah paham mksd gmbr tu? aku bkn jenis yg suka2 camwhore letak gmbr klu ko tau...klu tak sbb nak jadikan diri aku as ruler/pembaris, mmg takde aku nak letak gmbr tu..hahaha

so true aku tak penah tulis journal psl perth. sbb time tu aku tak tulis notes langsung..so a bit difficult utk aku recall journey aku camne.

nti klu aku buat revisit lagi aku tulih...hehehe...but as of now aku rasa nak travel tmpt lain dulu..enuff with oz & nz! lol!

Post a Comment

Terima kasih!!

Cerita Lama

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP