Umrah : Perjalanan Dari Kota Madinah Ke Kota Mekah

September 30, 2011

Sambungan dari episod sebelumnya.


Hari Keempat : 17 Jun 2011 (sambungan)

Semasa sampai di Bir Ali aku nampak ada banyak jugak bas-bas jemaah yang lain, semuanya datang untuk berihram. Kami pun turun untuk buat solat sunat ihram dan selepas tu berniat ihram. Bila dah berniat ni sume 12 pantang larang kena jaga. Aku paling takut waktu ni sebab kadang-kadang boleh terlupa especially bab cabut rambut. Waktu berihram ni sebolehnya sume benda kena jaga tapi kalau buat umrah tempoh ihram tak panjang macam haji. Kalau terlanggar pantang larang ihram ni denda (dam) dia lumayan - seekor kambing! Kalau tak mampu kena bagi makan fakir miskin dan nilaian tu sama dengan harga sekor kambing. Kalau tak mampu jugak kena puasa selama 10hari. Jadi sangat penting menjaga pantang larang semasa ihram.

Setelah selesai semuanya kami sambung balik perjalanan ke Mekah. Semasa dalam perjalanan ni Ustaz Zul mengingatkan jemaah sekali lagi tentang pantang larang sebab takut ada yang terlupa. Almaklumlah, yang pegi tu bukan semuanya orang muda. Tak silap aku orang muda dalam bas tu cuma 4 orang termasuk aku, 2 orang cousin aku dan seorang budak pompuan lepasan SPM. Yang lain tu sume warga emas dan warga perak....kami je warga gangsa...hehehe.


Sebenarnya aku rasa bersyukur sebab dapat menjejakkan kaki ke sini dalam usia yang muda. Kalau tak kerana parents aku yang bersungguh-sungguh rasanya lambat lagi aku akan sampai tapi Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk aku, alhamdulillah. Sekarang bolehlah aku menarik nafas lega sebab dah sampai ke sini. Ini bukan pasal hal nak conquer dunia tapi sebagai seorang muslim, aku harus berusaha untuk sampai ke sini sama macam aku berusaha nak ke negara lain. Kalau dulu aku rasa NZ paling cantik dan tenang di hati tapi aku tersilap sebab di sini lebih menenangkan. Kalau boleh aku nak duduk lama-lama tapi apakan daya, aku hanyalah tetamu yang dijemput dan sampai waktunya aku harus beransur.

Lama aku mengelamun ke luar tingkap sambil memikirkan tentang diri dan segala perbuatan baik buruk yang pernah aku lakukan. Terkadang rasa tak percaya bila dijemput ke sini. Layakkah aku? Kenapa aku dan bukan orang lain? Aku buntu. Benarlah bahawasanya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Melihat tanah gersang yang kering kontang ini membuatkan aku terfikir apakah begini keadaannya di Padang Mahsyar kelak? 

Lamunan aku dikejutkan bila Ustaz Zul mengajak kami untuk bertalbiah. Untuk makluman pembaca, talbiah hendaklah dibaca dari tempat miqat hingga sampai ke tanah haram.

*Talbiah ialah sejenis bacaan yang dibaca oleh jemaah haji dan umrah selepas berniat ihram

Bacaan talbiah : (Labbaikallahummalabbaik.....)

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّ يكَ
إِنَّ الحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالمُلْكُ لاَشَرِيْكَ لَ ك


Maksudnya :
Hamba-Mu telah datang menyambut panggilan-Mu, Ya Tuhan, hamba-Mu datang menyambut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu

Suasana dalam bas pada waktu itu cukup hening. Yang kedengaran hanyalah bacaan talbiah yang tidak putus-putus. Ya Allah, aku rasa sangat malu nak jejakkan kaki ke rumah-Mu. Apakah Engkau akan menerima diriku nanti? Apakah Engkau akan menerima taubatku? Air mata aku bergenang menahan sedih. Segan pulak nak kesat sekarang sebab Ustaz Zul tengah berdiri sambil bertalbiah menghadap kami. Sebelum air mata ni gugur baik aku alihkan pandangan ke luar tingkap dan curi-curi lap. 

Lebih kurang jam 6pm kami berhenti di perhentian (macam R&R) untuk solat jamak maghrib+isyak dan makan malam. Oh ye, aku masih ingat lagi sebelum sampai kat R&R ni kami bertembung dengan ribut pasir. Memang takut ok ribut pasir, sampai bas pun bergoyang bila ribut pasir menempuh kami. Syukur takde apa yang berlaku dan pengalaman tu akan aku ingat sampai bila-bila sebab entah bila lagi boleh merasa.


Selepas solat kami pun makan malam. Aku tak ingat apa nama nasik tu, sama ada Nasi Arab atau Nasi Mandi...ape-ape jelah, sebab pada aku sama je, tasteless, tapi sebab dah lapar aku sebat je. Cuma satu benda yang aku kurang gemar dengan masakan Arab - kering-kontang macam padang pasir (takde kuah). Kalau ada kuah ayam masak merah ke aku rasa lagi meletop. Tapi dalam pada komplen tu habis jugak sepinggan. Hehehe.

Perjalanan kami diteruskan lagi ke kota Mekah. Huih, memang jauh oke aku tak tipu, hampir 7-8jam lamanya. Sebelum bacaan talbiah dimulakan, sekali lagi Ustaz Zul buat sesi refleksi diri dan sekali lagi aku menangis. Tapi kali ni takyah sorok muka sebab keadaan dalam bas samar-samar sebab pasang lampu kecik.

Aku masih ingat salah satu cerita dalam sesi tazkirah di mana sebelum kita lahir (semasa alam roh), kita telah ditanya oleh Allah SWT tentang panggilan ke tanah suci. Kalau kita jawab sekali maknanya sekali seumur hidup la kita akan ke sini, kalau 2x maknanya Insya Allah 2x le kita akan sampai ke sini dan begitulah seterusnya. Cuma kita tak tau menahu pasal ni sebab alam roh kan rahsia Allah. 

Aku menangis sebab sekarang aku dah ada jawapan kenapa aku di sini. Cuma aku harap yang aku jawab lebih dari sekali dan kalau boleh biarlah banyak. Hal ini buat aku terfikir kenapa sesetengah orang yang mampu dari segi harta benda tapi masih tak sampai ke tanah suci. Kadang-kadang kita tengok orang tu dah jejak semua negara, Europe pusing sampai 5-6 kali tapi kenapa dia masih tak sampai ke sini? Bila kita tengok orang yang serba kekurangan, hidup cukup makan, kerja biasa tapi dah sampai. Wallahualam. Agak complicated untuk difikirkan cuma apa yang boleh aku katakan benda ni semuanya bergantung pada rezeki dan hal di atas.

Apa yang penting ialah bagaimana diri kita selepas balik dari sana. Apakah kita masih di takuk yang sama? Apakah kita akan berubah menjadi lebih baik atau semakin teruk? 


bersambung......
a

22 comments:

Daddy Ziyyad September 30, 2011 at 3:02 PM  

Setuju part ketenangan tu..NZ, Swiss, etc tu semua mungkin memang amat amat cantik pemandangannya...berbeza dgn Madinah/Makkah yang buminya kering kontang macam kat Pinnacles Desert..ekekekekeke...Namun, ketenangan abadi ialah apabila dapat solat di masjid Nabi..melihat Kaabah...meninjau makam Rasul SAW....Ohhh...saya sendiri tak pernah sampai ke sana :P

Biqque September 30, 2011 at 3:49 PM  

yup...Allah maha kuasa dan Dia je yang maha mengetahui kenapa orang ni orang tu yg sampai dulu...mintak2 la aku pun dalam list tu, aminnnnnnn!

rihana September 30, 2011 at 5:27 PM  

satu cerita pengalaman ke tanah suci yang terbaik pernah saya baca... besttt! sampai org yg baca pun beberapa kali jadi sebakk..

~uG0giRL~ September 30, 2011 at 5:45 PM  

dulu sye slalu questioned kenapa org selalu nak pegi umrah/haji berulang kali...sekarang bila dah kena batang idong sendiri baru tahu feel dia mcm mana... kalo diizinkan Allah, tiap tahun nak pegi sana. kalo boleh nak duduk sana terus...

ari tu, balik je dari sana, sye siap cari keja kosong kat madinah or makkah. berangan nak keja kat sana kalo ada rezeki. bertuah sunggoh kan kalo dapat cari rezeki kat sana?

Wadi AR September 30, 2011 at 5:55 PM  

bagi aku fatt, dorang yg kaye tu tak sedia lagi kot nak pegi sane. yelah, sane kan kalo buat ape yg tak betol dpt je blsn nye. wallahualam.

iina September 30, 2011 at 6:33 PM  

ye betul tuh.. kadang2 ada org dah plan nak pergi.. tapi last2 minit tak dapat pergi pun macam kes kwn aku dulu.. walhal duit masa tuh bukan masalah tapi bos tempat kerja tak bagi lepas cuti.. bayangkan nak pergi umrah.. cuti xlepas.. Takde rezeki kan namanya

Aku pun doa InsyAllah balik mesia nnti aku ye next plan nak ke sana.. InsyAllah..

dzuchan September 30, 2011 at 10:01 PM  

fatt..mmg ada org yg kadang2 kita tengok cam mampu, tapi x sampai2 kat Mekah.
sblm ni ada ko citer yg doa Nabi Ibrahim kan yang supaya orag akan rindu selepas tinggalkan tanah suci ni..aku tgk nenek aku yg pegi mekah almost 20 years ago pon still boleh membayangkan lagi keindahan dok sana...

fatt October 1, 2011 at 10:25 AM  

dz,
insya Allah hajat dz nak ke sini dimakbulkan. setiap muslim mmg rindu nak ke sini wlpun mrk tak penah smpai sbb Nabi Ibrahim penah berdoa psl ni dulu.




biqque,
tulah biq, aku pun tak duga akn ke sini. tp Allah yg merancang..aku syukur sbb byk yg aku belajar dr ziarah umrah ni. sign up utk haji terus biq..aku pun nak pegi lagi




cik gold,
thanks




rihana,
terima kasih. alhamdulillah awk boleh selami pengalaman sy, skdr berkongsi :)




ugogirl,
iskk..bkn awk je rasa camtu..sy pun teringin nak kerja sana. klu jadi cleaner kat masjidil haram pun dah seronok..dpt tgk kaabah hari2, minum air zam2 hari2..ada 1 blog org msia kerja sana...hari2 dia cerita psl mekah...cemburu tp apa nak buat, rezeki kita lain2..tp mmg seronok klu dpt jadi dia




wadi,
mgkin jgk..mgkin dia rasa anytime dia bleh pi sbb tu dia tak kisah. kan?




iina,
yeke? ya allah takutnya. habistu jadi apa pastu? kesiannya. ni mcm kes mak aku haritula...visa tertukar gambar..dugaan. tp nasib baik tak sangkut kat border..

nti balik sign-up buat haji terus iina. aku pun nak buat haji, klu boleh sblm 40thn




dzulichan,
aah..doa nabi ibrahim tu..bkn kat org yg penah pegi je, tp yg tak penah pegi pun rasa rindu nak pegi. mmg seronok sgt dzu, aku takleh nak compare dgn tmpt lain. wlpun mekah tu panas mcm duduk dlm oven, tp takleh nak komplen..kat akhirat lagi panas. wallahualam

parents ko dah berangkat ke? aku doakan semuanya lancar & dpt haji yg mabrur :)

dzuchan October 1, 2011 at 11:13 AM  

InsyaAllah 12 hb ni...adik2 aku tgh dok sedih2...aku pon sama, tp sbb ingat diorg nak buat ibadat, rukun islam plak tu..kena sabar la...

48 hari diorg kat sana...
Just risau kesihatan diorg je, mak aku sangat nerves..aku da pesan kat mak aku suh beli barang2 yg ko bgtau ari tu :-)

azmnor October 1, 2011 at 11:31 AM  

Salam fatt..,

yer lah fatt , saya pun menitiskan air mata setiap kali menziarah baginda rasulullah.... dan amat-amat sebak bila meninggalkan madinah tiada segan silu saya biarkan airmata bergenang dan mengalir membasihi pipi....

catatan fatt betul-betul mengigatkan kenangan semasa disana, rasa nak pergi berkali-kali lagi...

rihana October 1, 2011 at 9:13 PM  

fatt, a ah setiap part saya baca satu-satu ayat sampai habis, pandai awak explain, detail, best, saya suka! keep on writing ya! i love to read and see your pictures!

thank you fatt

Anash October 1, 2011 at 11:33 PM  

fatt
betul apa fatt katakan..jika tiba masa dipanggil menjadi tetamu Allah, sume tiada menjadi masalah..
akak duit tak cukup..tapi dicukupi sebab buat part time, cuti ada simpan n diluluskan oleh pengurusan pejabat, tup2 lepas akak balik malaya dari umrah, terus kuar surat pekeliling kata cuti lama ke umrah dibekukan/ditukar ke unpaid leave...
huii...kuss semangat...Alhamdullilah...mujur apply awal masa tuh...
ekceli, bawak diri sebab diri tengah sedih pun ada...hahahaaaa...that's why akak pegi tak de sorang akak kenal dlm grp itu...

Biqque October 2, 2011 at 1:33 PM  

haah, sign up for haji tu pun ada gak terdetik...itu lebih afdal...

kemang~ October 2, 2011 at 11:27 PM  

fatt sori.. aku tgh serabut sebenar nye ni,..,


kalo boleh mlm ni aku nak gi sana,,, aku rase serabai gila..

kalo duk sane mesti tenang,,

aku tak tau kenapa, semangat aku hilang entah ke mane

fatt October 3, 2011 at 9:18 AM  

dzuchan,
insya Allah semuanya akan selamat. dah dpt panggilan ke flight bila? jiran aku ni pun pegi jgk..tp dia naik kot penang, blum dpt panggilan lagi

koolfever jgn lupe tau..takut demam




azamnor,
kita yg penah pegi pun rindu, apatah lagi yg tak penah pi..moga2 pembaca blog ni ada yg menyusul pasni...ameen.

kat sana nak nangis dah tak kisah kan...sy pun bantai nangis jek, tp klu kat sini nak meleleh air mata gitu dpn org rasanya malu..hehehe




rihana,
nti sy share video yg sy shoot masa kat sana...klu awk ada tgk satu video sblm ni suara sy sok sek sok sek...hihihi...mmg nangis je kerjanya kat sana...susah nk ckp camne tp Insya Allah kalau awk ke sini suatu hari nanti awk akan faham kenapa. terima kasih sbb sudi baca catatan umrah sy...tak ramai org yg nak baca kalau bab2 agama ni..bab lain laju je dorg ni...huhuhu..biasala tu




anash,
akak ni mesti pi time jiwa kacau ni...yeke? hihi..klu betul sama la kita kak...doa akak masa kat sana ada yg dah trmakbul? klu dah alhamdulillah....klu blum takpe kak, Allah akan gantikan dgn sesuatu yg lebih baik...

tp mmg betul kak, dugaan tu bermula dari sini lagi, klu dari sini dah tak lepas camne la kat sana kan? tp akak mmg beruntung tau sbb terlepas dari hal2 unpaid leave/beku cuti tu. klu jadi cam kwn iina rasa teriak dah tu...duit dah byr, tp tak dpt pegi..takut gak tu...tp sume yg jdi tu mesti ada sebab, hanya Allah je yg tau.wallahuam




biqque,
jadi haji time muda bagus..aku tgk yg pi haji sume dah tua, pastu slow la hai..bkn apa, jauh tau nak melontar tu...trowong dia je tak silap aku mau 4km...tak silap aku la..iskk. aku yg muda ni pun rasa 4km tu mcm 400km T___T




kemang,
ko serabut nape? cer citer...jiwa kacau? makwe buat hal? troubled?

bro, apepun masalah hadapi dgn tenang. ko mmg tgh serabut tp cuba ko bc quran or wat solat taubat & istikharah...insya Allah Dia akan tunjukkan jalan...

Allah takkan bagi hamba-Nya dugaan yg dia tk mampu tempuh...harap ko kuatkan semangat ye..tc!

Janggel October 3, 2011 at 1:56 PM  

sedap je nampak nasik ngan ayam tu fatt...lapoooo.

AKO @ retna October 3, 2011 at 5:15 PM  

nasi arab ni mmg kering kontang kan... ako tak paham nape org suka sangat makan nasi arab ni.

kat opis ako ni pun klu derang order makanan arab, ako akan pastikan derang order sekali kuah rendang ke kuah dal ker hahaha.. mcm x feel makan nasi kering kan kan ;-)

ckucin October 3, 2011 at 10:46 PM  

Suka baca entry pasal ke madinah ni.. terasa rindu nak jejak kaki ke sana lagi.. Rasa nitis air mata biler baca pasal pengorbanan Rasulullah s.a.w. Pernah juga solat di Raudah tu.. Ya Allah mmg jemaah dari Arab ni ganas2. Ada sekali ckucin dan kawan2 beratur nak cium hajar aswad. Biler polis tu kasi permission dia.. terus dia tolak menolak tarik menarik.. kita yg dah beratur kat depan terus tak dpt langsung.. Motipnya.. line bukan panjang sangat pun.. tunggu turn ler.. apa ke susah sgt. Alhamdulillah dpt sentuh ngan tangan pun jadi ler.. yg kawan kena tolak terus muka dia tercium batu hajar aswad tu.. Rezeki2.. hehehehhe..

Pasal kat makam nabi tu, ada jemaah siap menangis2 dan meraung2 kat tepi pagar makam nabi. klu selawat ada gaks faedahnya. Itu lum lagi yg minta sedekah kat jemaah yg tengah tunggu solat jemaah.. ada jemaah tu ckp gi minta kat Allah.. hahhahahahhaa..

insya-Allah next year ckucin akan kesana lagi.. moga2 Allah permudahkan perjalanan ku ini.. Amin..

thaliana_damia March 9, 2012 at 10:14 PM  

salam , i just read your blog since sharing the same passionate travel , mana pun saya pegi tetap satu tempat ini saya doa di beri peluang pegi lagi lagi dan lagi ...saya harap saya juga menyahut banyak kali panggilan Allah sewaktu di alam Roh dulu supaya boleh pegi banyak kali , tenang di sini tak dpt nak gambarkan ..betul dulu saya pun tertanya kenapa orang yg pergi nk pegi lagi ..dha pergi baru tahu ,,,,damainya,

Shari April 3, 2012 at 4:46 PM  

Penceritaan umrah yang sangat berkesa, saya sungguh terkesan.
Fatt - walaupun nasi arab kering kontang tapi nasi nya moist so susah nak tercekik.... Kat sini ada Restoran Saba' (ada byk cawangan)- onwer Yamenis kawin Melayu...Mmg hari2 pack orang datang dari mana2 je.....kebanyakannya Melayu...cuma skrang ni dia orang tambah kuih kari , tapi still ok and sangat sedap tanpa kuah....

Shari April 3, 2012 at 4:49 PM  

Fatt - post/entry di Mekah ada ke?

Post a Comment

Terima kasih!!

Cerita Lama

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP