Umrah : Menziarahi Raudhah

September 08, 2011

Assalamualaikum! Kita rehatkan sekejap cerita *batuk-batuk* dan beralih ke cerita yang berunsurkan pengisian jiwa. Dah 2-3 hari blog ni panas so kena turunkan sikit temperature, sambil tu dapat jugak tarbiahkan korang. Hehehe. Oit, laju ye nak ketik tanda pangkah! Kalau citer *batuk-batuk* sanggup merempit baca. Ish, ish, ishhh....

Dalam entry sebelum ni aku cerita pasal hari pertama di bumi Madinah dan waktu ni aku terkena demam panas. Kemudian esok pagi selepas Subuh ada ziarah ke Raudhah, walaupun demam aku tetap pegi sebab rugi kalau terlepas peluang ke sana.

Sambungan dari episod sebelumnya.


Hari Kedua : 15 Jun 2011 (sambungan)

Masih lagi hari yang sama.

Tepat jam 9.30am kami berkumpul di lobi hotel. Mutawif (pembimbing) jemaah wanita untuk ziarah Raudhah pada hari itu ialah Ustazah Fitri yang berasal dari Indonesia. Untuk ziarah yang pertama beliau akan guide dan lepas tu terpulang pada jemaah nak pegi seberapa kerap yang mungkin asalkan pada waktu-waktu yang ditetapkan.

Tak seperti jemaah lelaki yang bebas keluar/masuk pada bila-bila masa, waktu yang dibenarkan untuk jemaah wanita agak terbatas iaitu selepas solat subuh, zohor dan isyak. Memang sedih tapi apa boleh buat? Sebelum kita teruskan, aku nak share sikit sirah semasa baginda wafat dan semua info ni aku kumpul dari internet.

Di riwayatkan sewaktu Rasulullah SAW wafat pada tahun 11 Hijrah (632M), jasad baginda telah disemadikan di dalam biliknya (refer entry sebelum ni untuk cerita tentang jarak di antara bilik Rasulullah SAW dengan Masjid Nabawi) dan Siti Aisyah terus tinggal di situ setelah kewafatan baginda.

Baginda mempunyai 2 orang sahabat iaitu Saidina Abu Bakar R.A (khalifah pertama) dan Saidina Umar Al-Khattab R.A (khalifah kedua). Ketika Saidina Abu Bakar hampir menemui ajalnya, beliau pergi berjumpa Siti Aisyah dan memohon untuk dikebumikan di samping Rasulullah SAW dan Siti Aisyah membenarkan kerana menghormati ayahnya (Abu Bakar ialah ayah kepada Siti Aisyah).

Selepas itu sewaktu Saidina Umar Al-Khattab R.A merasakan yang ajal beliau semakin hampir, beliau juga memohon kepada Siti Aisyah agar dapat dikebumikan di sisi Rasulullah SAW. Walaupun Siti Aisyah sangat-sangat berhajat untuk dikebumikan di samping suami dan ayahnya, beliau tetap memberi kebenaran kerana hormatkan Umar. Dan sejak jenazah Umar dikebumikan di situ, Siti Aisyah tidak lagi membuka auratnya di dalam bilik tersebut, begitu mulianya akhlak Siti Aisyah.

Kedudukan pusara Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab adalah seperti solat berjemaah yang mana Rasulullah SAW menjadi imam kepada Abu Bakar dan Umar.

Di mana letaknya makam Rasulullah SAW dan para sahabat?

Apabila masuk ke dalam Raudhah, berdirilah menghadap ke arah kiblat. Kita akan nampak di sebelah kiri ada sebuah bangunan berbentuk 4 segi berwarna hijau tua dan bangunan itu dulunya adalah rumah Rasulullah SAW & Siti Aisyah dan Saidina Ali & Siti Fatimah (Fatimah Az-Zahra) dan di situlah juga terletaknya makam Rasulullah SAW dan para sahabat. Terdapat kubah berwarna hijau tua yang menjadi tanda letaknya makam Rasulullah SAW dan kubah ini boleh dilihat dengan jelas dari luar Masjid Nabawi.

Apa yang perlu dilakukan ketika masuk ke Raudhah?

Sewaktu masuk ke dalam Raudhah perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan menyebut, "Assalamualaika Ya Rasululullah".

Kemudian bergerak sedikit ke kanan dan beri salam kepada Saidina Abu Bakar"Assalamualaika Ya Abu Bakar".

Dan bergerak lagi sedikit ke kanan dan beri salam kepada Saidina Umar Al-Khattab, "Assalamualaika Ya Umar".

Kadang-kadang ada saudara-mara atau kawan-kawan yang mintak kita sampaikan salam kepada baginda. Menurut setengah pendapat, sebenarnya kat mana-mana pun kita boleh sampaikan salam pada baginda (tak semestinya bila berada di Raudhah) sebab ia tetap sampai, tapi ada jugak yang berpendapat boleh kalau kirim-kirim salam. Mungkin budaya kita yang selalu sangat, "Ko tolong kirim salam aku kat dia!", mungkin sebab itu method ini lebih popular. Apapun aku tak berani nak sahkan, sila rujuk pada mereka yang arif. Tapi kalau ada orang kirimkan salam pada Rasulullah SAW, maka boleh buat begini. Caranya ialah dengan menyebut, "Assalamualaika Ya Rasulullah min (sebut nama pengirim)".

Selepas selesai memberi salam kepada Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab, lakukan solat sunat 2 rakaat dan berdoalah sebanyak yang mungkin sebab Raudhah adalah tempat yang mustajab doa. Hakikatnya agak susah nak dapat peluang solat 2 rakaat di sini sebab ruangnya kecil untuk menampung jemaah terlalu ramai.

*mustajab = makbul

Jika berpeluang (selagi tak kena halau dengan petugas-petugas masjid) buatlah solat taubat dan solat hajat. Sebab kalau dia nampak kita dah habis solat mesti kita akan disuruh beredar. Kadang-kadang nak berdoa pun tak sempat sebab dia akan cakap, "Ibu, keluar!" takpun, "Hajjah, keluar!". So apa yang Ustazah Fitri ajar, masa bagi salam tak perlu palingkan kepala beria-ria sebab dorang akan nampak. Memadai dengan palingkan sedikit dan lepas bagi salam yang kedua terus berdiri dan buat solat lain (taubat atau hajat). Boleh jugak berdoa dan berhajat setiap kali sujud sebab ada kes di mana petugas masjid suruh beredar selepas bagi salam. 

Apapun semuanya bergantung pada rezeki. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT semoga di permudahkan urusan beribadat di sana, sesungguhnya Allah SWT Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tambahan lagi kita dah berada hampir dengan rumahNya, Insya Allah apa saja yang kita mohon akan dimakbulkan. Ada satu cerita menarik yang berlaku waktu kali ke-2 aku ke Raudhah, nanti dah sampai part tu aku cerita.

Dalam entry sebelum ni aku lupa nak cakap pasal kasut. Sebenarnya para jemaah dibenarkan membawa kasut masuk ke dalam masjid. Pelik ke? Tak pelik. Pada mulanya aku rasa pelik tapi sebenarnya boleh sebab nak elakkan dari hilang/kecurian. Tapi kena bawak plastik atau uncang untuk simpan kasut tu. Pastu letaklah dalam beg atau kat mana-mana yang rasa nak letak (dekat saf, di sebalik tiang, mana-mana pun boleh janji tak lupa letak mana).

Pada mulanya aku bawak masuk ke dalam masjid tapi lepas tu aku tinggalkan kat tempat letak kasut di luar masjid sebab malas nak bawak. Selalu kita dengar cerita orang kasut hilang dan cerita-cerita begini selalunya mesti ada kaitan dengan niat. Kenapa kita tak yakin sedangkan kita perlu yakin pada Allah SWT? Contohnya : "Selamat ke letak kasut kat sini?" atau "Aku nak sorok la kasut ni takut hilang"

Jangan sekali-kali berburuk sangka dan yang penting kenalah berdoa dan bertawakkal. Kalau sekali terdetik memang akan dapat on the spot. Masa kat sini kena jaga betul-betul tingkah laku dan percakapan. Takleh nak bawak perangai kat umah datang sini dan cakap pun jangan sembarangan, kot-kot terus jadi bisu. Aku tak bergurau sebab pernah berlaku. Bukan itu aje, yang tak reti mengucap ada, yang tak reti baca surah Al-Fatihah pun ada. Memula tu aku risau jugak sebab aku ni panas sikit, tapi Alhamdulillah aku dapat tahan sampailah balik. Kena pijak ke, kena langkah ke, aku istighfar je....sabar, sabar....aduih! Ape-ape hal aku memang sayang sandal Teva tu sebab dah 2 tahun dia ikut aku jalan merata dan performance masih tip top.

Berbalik kepada cerita.

Sebelum masuk ke dalam masjid Ustazah Fitri briefing adab-adab semasa berada di dalam Raudhah. Kami juga diberitahu tentang keadaan sebenar di situ yang mana ruangnya kecik tapi sesak dengan lautan manusia. Lepas briefing sume kami pun masuk ke dalam masjid dan berkumpul mengikut group dan jemaah dari Malaysia, Indonesia dan Brunei diletakkan dalam kumpulan Bahasa Melayu. Ada banyak lagi kumpulan-kumpulan lain tapi masing-masing di asingkan mengikut negara dan bahasa.

kami dibawa ke ruang menunggu yang pertama
jemaah mengisi masa berzikir dan membaca Al-Quran
ada juga jemaah yang menunaikan solat sunat
Setelah menunggu agak lama akhirnya kami di bawa hingga ke depan Raudhah. Belum boleh masuk lagi! Kena tunggu line clear (less crowded) baru boleh masuk. Kat sini (depan pintu Raudhah) kiranya tempat last berkumpul sebelum kami dibenarkan masuk. Waktu ni kalau nak berdoa dah boleh dan aku pun bukak buku panduan Umrah & Ziarah. Memandangkan doanya agak berjela, pulak tu bahasa Arab aku pun tak berapa nak lancar, so aku pun berdoa dalam Bahasa Melayu. Yelah, kang salah baca tanda sabdu jadi lain pulak maknanya, betul tak? Takyah risau, berdoalah dalam bahasa apapun boleh sedangkan berbisik dalam hati pun Allah tau. Tak gitu?

Akhirnya sampailah giliran group "Bahasa Melayu". Saat ni memang dah lama aku tunggu sebab selama ni aku hanya mampu baca cerita tentang Raudhah yang dikhabarkan sebagai taman antara syurga dan alhamdulillah harini barulah aku berpeluang menjejakkan kaki ke sana.

(kubah hijau yang menandakan kedudukan makam Rasulullah SAW)
di sini ada tempat menunggu terakhir sebelum dibenarkan masuk ke Raudhah
jemaah mula bergerak memasuki Raudhah
jemaah bersesak-sesak menunggu peluang untuk memasuki Raudhah
Mungkin ada yang tak pernah merasai pengalaman ke sini jadi aku cuba gambarkan keadaan sebenar di Raudhah. Untuk pengetahuan semua, ramainya manusia di sini macam sekumpulan manusia sedang berpusu-pusu ke satu arah (contoh nak masuk 1 pintu yang kecik). Ada yang berebut-rebut, merempuh, menolak, melangkah dan semua tu berlaku dalam masa yang sama. So boleh bayang tak sesaknya Raudhah? Subhanallah.

Tak dinafikan sebenarnya memang susah nak jejakkan kaki ke karpet hijau (karpet Raudhah warnanya hijau, kalau merah tu maknanya kawasan Masjid Nabawi), sebab dari pengalaman aku sewaktu kali pertama ke sini macam tak percaya dengan apa yang aku tengok. Bukan nak mengumpat tapi kebanyakan jemaah dari Turki agak teruk sebab dorang tak nak tolerate dengan jemaah lain atau dalam bahasa omputihnya, selfish. Dengan selamba dorang merempuh, melangkah dan menghimpit jemaah lain dengan sesuka hati. Harus diingatkan bahawa saiz dorang lebih besar dari jemaah kita.

karpet merah Masjid Nabawi
Sepanjang pengamatan aku kebanyakan orang Turki suka buat perkara-perkara khurafat macam cium dinding, cium pintu, cium batu, usap batu, sembah batu, meratap, meraung-raung dan macam-macam lagi benda khurafat yang lain. Kalau nak tau dulu sebelum batu kat bukit Safa dan Marwah tu kena seal dengan ??? (aku tak tau nama teknik kejuruteraan melapis tu tapi bendanya lebih kurang macam lilin keras atau felt), orang-orang yang buat kerja khurafat ni pegi kikis batu-batu tu kasik jadi batu hikmat takpun batu cincin. Maka sebab itulah dorang terpaksa seal, kalau tak pipihlah batu tersebut bila dikikis sampai rata.

(Bukit Mawah - tempat melakukan Saie)
sebelum berdoa aku tengok dia letakkan kepala atas batu
(Bukit Safa - tempat permulaan Saie)
sekarang telah dipagar sebab dulu-dulu orang akan panjat sampai ke atas
Orang dari negara lain ada jugak buat kerja khurafat tapi tak seteruk dorang. Tu belum masuk bab sembahyang, boleh keliru dibuatnya, tapi yelah...mazhab kita lain-lain. Ada jugak yang bertatu di muka dan pakai cutex. Memula aku ingatkan orang Maori atau kot-kot convert ke, tapi pastu aku jumpa lagi ramai, so tak pasti. Mungkin mazhab dia boleh bertatu dan bercutex?

Kadang-kadang hati aku terdetik kenapa kita sesama Islam sanggup merempuh, memijak dan menyakiti sesama sendiri di tempat suci sedangkan matlamat kita sama, nak beribadat (abaikan mereka yang buat benda khurafat). Semua orang nak rebut pahala, tapi kalau merempuh, memijak dan menyakiti jemaah lain bukan boleh dapat pahala, tapi dosa. Logik tak? Kalau kita bersabar, Insya Allah kita akan dapat peluang yang sama macam orang lain. Tapi kalau nak tau orang Arab paling suka dengan jemaah dari Asia Tenggara (Malaysia, Indonesia & Brunei) sebab kita je yang dengar cakap, ikut peraturan dan paling banyak bersabar. Jangan terkejut kalau dengar dorang cakap, "Malaysia bagus! Indonesia bagus! Brunei bagus!" sebab memang bagus pun! ...ececece...

Bila di Raudhah, kalau kita pegi berkumpulan, contoh macam pegi dengan keluarga, kalau terpisah takyah cari sebab (1) buang masa sebab waktu yang dibenarkan untuk berada dalam ni terhad, (2) keadaan sekeliling yang sesak. Mengikut pengalaman aku, waktu kami sekeluarga masuk dalam ni kami terus berpecah. Kami pun dah berjanji kalau terpisah nanti tunggu di luar kawasan Raudhah. Bukan apa, kalau nak keraskan badan menahan orang yang berpusu-pusu, silap haribuan kena tolak pastu jatuh kena pijak. Jadi, sape yang kena tolak ke depan pegi jelah, takyah tunggu.

Bila berjalan dalam Raudhah pastikan mata tengok ke bawah, sebab :

(1) Karpet Raudhah warnanya hijau, kalau karpet merah tu bukan kawasan Raudhah. Bila dah pijak karpet Raudhah bolehlah berniat dan teruslah solat kalau dapat ruang

karpet hijau Raudhah
(2) Kadang-kadang ada jemaah tengah sujud (solat). Mungkin kita tak nampak dan terlanggar so kenalah berhati-hati. Tapi kalau orang Turki, dia langkah je ko tengah sujud ke, ko tengah tahiyat ke...ada aku kesah katanya?

ukiran dan chandelier di Raudhah berbeza dengan Masjid Nabawi
Berbalik pada cerita tadi (punyalah panjang aku membebel), bila kat sini aku dah terpisah dengan mak dan ahli keluarga yang lain. Lagipun mak dah pesan, katanya kalau terpisah tunggu je kat luar. Orait mak, setel!

Perasaan aku waktu berada di sini tersangatlah sayu. Sayu sebab akhirnya aku dapat ziarah makam Rasulullah SAW dan mengenang akan besarnya pengorbanan baginda mempertahankan agama suci Allah. Sewaktu baginda hampir wafat pun baginda masih ingat akan umatnya, "Ummati! Ummati!, Ummati!" (Umatku! Umatku! Umatku!). Tapi yang penting sekali aku malu dan sedih bila mengenangkan betapa kerdil dan hinanya aku di sisi Allah, tapi Dia tetap menjemput aku menjadi tetamu-Nya.

Aku beri salam kepada Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar. Setelah selesai aku cari ruang untuk solat dan dalam keadaan sesak sebegitu Allah SWT mudahkan laluan untuk aku. Alhamdulillah, aku dapat tunaikan solat dan berdoa dengan selesa sampai 2-3 kali aku buat solat-solat lain tapi masih takde petugas masjid datang suruh beredar dan takde jemaah lain mengganggu di hadapan. At last aku beredar sebab nak beri laluan kat jemaah lain, aku tak boleh pentingkan diri. Rupa-rupanya akulah orang paling last keluar di antara semua ahli keluarga dan waktu tu aku tengok mereka tengah menunggu di satu sudut di luar Raudhah.

Bila nampak wajah mak, aku terus berlari ke arahnya dan memeluk sambil menangis. Lama aku menahan perasaan yang satu ni, dari saat aku menjejakkan kaki di karpet Raudhah hinggalah habis berdoa tapi akhirnya terhambur jugak. "Mak, hati ni sedih sebab teringat janji dia nak pegi umrah sama-sama. Sepatutnya dia ada sekarang tapi....". Perasaan aku terlalu sebak dan aku tak mampu lagi nak meneruskan baris ayat yang terakhir. Mak cuba menenangkan dan menyuruh aku supaya banyak-banyakkan bersabar tapi entah kenapa air mata ini mengalir laju tak tertahan-tahan.

Dulu, kami penah merancang untuk pergi menunaikan Umrah bersama-sama selepas kawin tapi semua yang dirancang tak kesampaian. Soal jodoh, ajal maut, pertemuan dan perpisahan itu semuanya di tangan Tuhan. Walaupun pahit tapi aku percaya semua ni ada hikmahnya. Meskipun Dia "menarik" insan yang paling aku sayang, tapi Dia "gantikan" aku dengan beberapa orang sahabat. Aku harus bersyukur kerana Allah masih sayangkan aku dan yang paling penting aku ada sahabat dan kawan-kawan yang sentiasa memberikan aku semangat untuk terus pandang ke hadapan.


bersambung....
.

49 comments:

Liz Rohaizat September 8, 2011 at 4:23 PM  

ayah aku pun ada ckp. Kat Raudhah mmg kena sabar dengan jemaah dari negara lain yang sesuka hati langkah2 kita. mmg susah sikit nak dpt solat kat situ kan? pakcik pernah cuba pergi 2 kali, 2-2 x dpt. ayah pergi, terus ada org bagi dia solat kat sana. mungkin Allah memudahkan laluannya.

kemang~ September 8, 2011 at 4:29 PM  

fatt... best nye bace ko punye pgalaman.. aku ni belum cukup wang dong mau pegi sini..

insyaAllah akan smpai jua nnti..

sebak gak aku bace part last sekali tu....ko sabo yek sis!!

_aiza_ September 8, 2011 at 4:53 PM  

how come u boleh bawak masuk camera??hmm...sy pon alami situasi yg same ngan cik fat.alhamdulillah, sy pon sempat buat solat sunat yg lain2 mase kat raudhah....sy xkan luper pengalaman kat sane...

Fird September 8, 2011 at 5:00 PM  

takpe fatt, moga2 cik abe german tu diberi hidayah & nnt korg leh dtg sama2. insyaAllah

fatt September 8, 2011 at 5:06 PM  

liz rohaizat,
betul ckp ur dad...mmg susah. cuma boleh berdoa mtk Allah bukakkan laluan...kita tak sampai hati nak rempuh org, tp pelik camne dorg tergamak. kdg2 rasa malu pun ada...sbb apa guna berebut camtu sdgkan kita gi sana nak cari redha Allah




kemang,
terima kasih kemang..insya Allah aku dah kuat skit skrg :)

aku tunggu lagi ni bila la AA nak bukak route yg digembar gemburkan tu. aku tgh plan jgk nak ke sana balik thn depan..hrp2 dimudahkan dan dimurahkan rezeki aku..amin




_aiza_
sbb i sneak the camera :P
ikutkan mmg takleh tp i beranikan diri cuba. tu kira redha la kalau kata kena rampas mmg i pasrah...tp syukur, sy berjaya bwk kamera masuk dlm masjid dari start umrah smpailah hari penghabisan di masjidil haram




fird,
amin! aku pun hrp begitulah..tp klu boleh biarlah dia cinta lebih kat Islam dari cinta kat aku. opss! :P

masMZ September 8, 2011 at 5:15 PM  

Assalamualaikum.... (tetiber kan hari nie....)

Fatt, masuk Raudhah skrg ada ikut2 group bahasa ya??? Agaknya kurang dah kot orang berlari nak masuk Raudhah tu???? Dasyatnya nak berebut masuk dalam tu, dah larr orang kita ni tak besar mana... tenggelam... Alhamdulillah juga dapat sampai ke depan... Bila bagi salam je, terus kena cuit dengan jaga suh keluar...

Nak refer balik, reward 'on the spot' memang betul lar tu... Sebelum masuk masjid, sebelum tu ada singgah kedai... diorang kan cakap kita 'Bakhi' (bakhil) kalau tawar-tawar pas tu tak beli... Aku pun cam "ishk apa diorang nih"... Masa tawaf, dalam kepala aku "bakhi" tu tergiang2... Last2 aku baca istifar dan tasbih je... ~Nyesal...

* tak faham yang perenggan-perenggan terakhir tu

AKO @ retna September 8, 2011 at 5:23 PM  

fatt,

time ako sampai dulu tahun 2000.
memang lain la daripada skrg.
Ako pegi betul2 lepas orang abesh buat haji. So, mmg tak ramai lagi org dan berpeluang solat2 betul dalam raudhah tu.

Yang bukit marwah ngan safa tu, mmg masa ako pegi siap naik atas batu tu hehee... abes dah sumer org naik, ako pun nak gak naik.

fatt, jodoh dan pertemuan DIA dah tentukan, right?! jgn sedih, maybe dia yang sesuai ngan ko ada kat luar tengah menanti ko bg greenlight je ;-)

tapi pape pengalaman ke tanah suci ni mmg sayu dan pengalaman indah kan?!

ntah bila lagi peluang ako nak jejak ke situ?!

AKO @ retna September 8, 2011 at 5:26 PM  

time ako mmg xde peluang arr nak abwa kamera masuk. polis mmg sana sini depan belakang kiri kanan dok peratikan kita.

yang x bleh blah tu time kat depan kaabah, iskk tapi alhamdulilah, rezeki agaknya, dapat la ako cium hajarulaswad

AKO @ retna September 8, 2011 at 5:28 PM  

nak share entry gi umrah ni, ako x igt sangat details mcm ko nih hahaha.. ater pegi pun tahun 2000 kan, dah lebih soploh taun.. tapi nnt ako nak gak share gambar2 masa amek kat sana ngan readers..

maybe entry2 time raya haji ke sok kan hhhehe ;-)

fatt September 8, 2011 at 5:31 PM  

masMZ,
waalaikumsalam :)

ko pun dah penah gi umrah ke? alhamdulillah...untung klu dpt pegi time muda..kuat skit nak beribadat.

ko pegi thn bila? aku baru je gi thn ni, mmg ada dia asingkan ikut group sbb org tak terkawal..so dorg tpksa buat gitu. aku punya pglmn kat Raudhah alhmdulillah smooth, aku mmg selalu sgt doa mtk dpt laluan nak beribadat kat situ dan Allah makbulkan.

masa kat sini ada jgk peristiwa aneh jadi kat aku, sekali kat Madinah, 2x kat Mekah..nti aku cerita dlm entry.

erm, ko tak paham ayat mana? tp perenggan last tu mmg ko kena baca 2-3 kali baru paham, mendalam skit mksdnya. atp ku rasa fird faham




ako @ retna,
ko pun dah smpai ke? alhamdulillah...best kan pegi sana? takde tmpt lain yg sebest tanah haram. kalau boleh aku nak duduk lagi lama, rasa umrah 2 minggu tu kejap sgt.

oh rupanya ko la antara org yg panjat Bukit Safa tu ye..isk isk isk...amik gmbr tak? hehe. skrg ni byk dah lain, klu ada rezeki pegi lagi tau, tp skrg nak Saie pun dah senang, ada ekon, lantai pun dah marmar...mmg selesa sgt.

aku pun redha dah takde jodoh nak wat camne, mgkin aku tak cukup baik utk dia...mgkin Allah nak bagi aku benda yg lebih baik, aku akan tunggu. tp wat masa ni rasanya masih takde org bleh replace lagi...aku rasa biarlah rilek dulu smpai hati ni betul2 sembuh :)

AKO @ retna September 8, 2011 at 5:34 PM  

yup yup time ako gi pun nak wat saie mmg dah ada ekon, lantai pun dah cantek, kiri kanan sepanjang saie ada sediakan air zam-zam ;-)

cuma tu la yg beza tu sbb ko mention tang bukit tu dah berpagar ye.. heheh part daki bukit tu yg feel sungguh tau!! makin tinggi daki makin rasa bangga ehehe

gambar?
aiyak masa ni siyes mmg x terpk nak bawa kamera..

ater zaman ako gi blogging2 ni pemes lagi hahaha so tak terpk nak bergambar sgt..

fatt September 8, 2011 at 5:46 PM  

ako @ retna,
wah...cemburunya aku ko dpt cium hajarul aswad. aku sbnrnya dah dpt peluang tu tp masa tu aku tgh berihram, tgh tawaf..tak berani aku nak pegi takut terkena dam. takpelah, ada lagi rezeki pi sana aku nak cuba. tp mmg betul la org mcm semut kat situ, takut gak kena pijak sbb dorg tak terkawal.

ko tulisla entry umrah sempena raya haji..ekeke...share gmbr2 ke. tp mmg aku buat2 berani je amik gmbr, dah amik aku sorok tgn dlm telekung...hihihi...kna pandai2 la...

Ely Hasrul September 8, 2011 at 6:27 PM  

aku & papi xdek rezeki jemputan lagik. niat mmg dh ade sgt2.

mmber aku cite dia pg Jun thn nih gak, dia bwk anakumur 4thn. time dia tgh q, ade makcik dr mesia dok bckp xbenti pok pek pok pek, ropenye makcik tu dh bese buat umrah & haji, tetiba dia dtg kt kawan aku ckp 'hishh apesal bwk anak? menyusahkan tau pok pek pok pek' xtau ape motif makcik tu. kwn aku diam aje tp dia kata dia 'hiba' sgt smpai dia nangis bila makcik tu pg sambung gossip kt org lain. mcm ko ckp lautan manusia q kt situ alih2 tetiba ade guard panggil kawan aku 'eh baby' terus dari 2jam jadik 20min terus dia dpt masuk. kuasa Allah.

fatt, gambar nih dh terbaek dh tau! rezeki allah jemput tanpa tersyg. ntah2 kalu ade tsyg tu xdpt pon pegi.

bila sambungan nye nih? aku xreti nk smbung weh.. smbung cite yg aku dgr buleh la (nak gakk tu mnyambung hahaha)

Janggel September 8, 2011 at 7:45 PM  

Ya Allah rindunya aku pada Madinah! Fat time aku pergi dulu keadaan Mekah memang berbeza. Malah aku xda chance pon tengok puncak bukit Safa dan Marwah tu sebb masa tu tengah construction dan diorang tutup bukit tu. Alhamdulillah dapat jugak aku tgok dalam blog ko.

Masa aku kat Raudhah dulu memang berhimpit2, takda ruang langsung tapi syukur boleh solat sunat juga. Tapi yg x bestnya masa tgah solat ada je pak2 arab yang main langkah2 kepala kite. Macam tak respek org langsung.

Lepas tu satu lagi pengalaman best masa melawat perkuburan Baqi'. Setau aku perempuan tak dibenarkan masuk dlm kawasan tu. Kawasan perkuburan tu mmg unik dan lain. Sapa yg dikuburkan kat situ merupakan antara golongan awal yg dibangkitkan pd hari akhirat.

Aku pun x sempat cium hajarul aswad. Terkilan sangat, masa aku pergi ramai sangat jemaah. Siap ada yang berpaut2 kat selimut Kaabah pastu siap koyak2kan lagi.

Haduh banyaknya kenangan. Citer lagi fatt.

masMZ September 8, 2011 at 8:09 PM  

owhh yer larrr serber aku ala-ala serabut sket petang tadi... [keroje aku melayan aduan2 yang kekadang tak masuk dek akal, fiuuuu]... Segala-galanya sudah ditentukan arah perjalanan dan suratan... Aku doakan yang terbaik untuk ko Fatt akan muncul juga satu hari nanti... owhhh Abg G (sila sebut ala-ala iklan chewing gum tu, ehehehe).

Aku pergi Umrah masa tahun 2006. Masa tu strict, memang tak boleh kuar kamera langsung! Nak masuk masjid, check beg ada kamera ke tak. Baru nak ambil gambar dah pak polisi manggil "Ya Rahmah, ya Rahmah". Masa kat Raudhah tu memang sempat solat je, tak sempat nak ngadah tangan pun... Jadi masa berhimpit kena tolak tu, masa tu lar sambung berdoa. Bila dah balik dua tiga bulan lepas tu, baru gomen sana bagi ambil gambar... Hurmmmm sob. sob.

Meh larr kongsi pengalaman-pengalaman kat sana... moga jadi pengajaran buat kengkawan lain dan peringatan juga buat diri sendiri. Aku pun banyak dugaan dan benda pelik-pelik lain dari masa nak pergi dan masa kat sana tapi syukur memang dipermudahkan juga. Banyak-banyaklah bertaubat dan berdoa. Hati, mulut, mata, telinga semua-semua nak kena jaga.

Bila balik dari umrah, terus aku daftar untuk Haji.. Aku mahu kembali ke RumahNya.

fatt September 8, 2011 at 8:21 PM  

ely,
hei! apsal hanj sgt mulut mkcik tu...dia ingt dia bagus sgt ke dah pegi byk kali. takde berkatnya pegi byk kali tp perangai camtu. kdg2 pegi sana byk kali buat sesetengah org jadi riak kan?

mak aku citer masa dia wat Haji dulu, masa tu kat Arafah..masa kat situ sume jemaah kena duduk dlm 1 khemah himpit2 smtara tunggu waktu Wukuf. pastu ada sorg mkcik ni tetiba bangun, merungut ckp "Aku nak balik lah. Benci duduk camni, berhimpit, panas!". lancang tul mulut mkcik tu..aku tatau la pastu jadi ape kat mkcik tu tp mak aku ckp mmg byk jgk jemaah yg jadi tak sabar,walhal tu sume Allah nak uji susah sikit jek. haih, mcm2 hal btol!

aku doakan ko & papi ada rezeki ke sini, insya Allah. nti bila ko dah pegi sini otomatik ko akan ckp takde tmpt lain yg sebest cni. aku pun sbnrnya dah tawar hati nak travel sana sini since balik. tp mengenangkan dah byk tiket aku beli, nak tanak pegi jgkla wlau separuh hati

aku byk amik gmbr, 3 memori kad 4G ko...dasat kan? nmpk beno aku ni paparazi

gadisBunga September 8, 2011 at 8:27 PM  

sejuk hati aku baca entri ni, terus insaf. tapi aku memang setuju pasal perangai org2 dari negara itu. mmg jenis selfish, tak reti berterima kasih dan kasar. huhu~

tapi ada jugak yg ok la . hihi~

fatt September 8, 2011 at 8:27 PM  

janggel,
yeke masa tu tutup? adui, tu tandanya kena dtg lagi. tp seronok gak berdiri atas Bkt Marwah tu sbb batu dia tajam, mcm batu refleksologi. astagafirullahalazim :P

eh kat tmpt lelaki pun kecik ke Raudhah? aku tak tau la pulak...aku bajet besar mcm tmpt pompuan..tp mmg betol la apa ko citer..dorg main langkah2 je, tu blum lagi dia langkah Quran. rasa nak tahan je kaki bagi dia tersadung..geram tau..

ko pegi ziarah pkuburan Baqi' ke? bestnya...aah tul la tu pompuan takleh pi, keciwa...tp aku dpt tgk dari atas bas waktu bas lalu tepi tu...mcm lapang je. batu nisan sepesen je eh? tp skrg dah penuh takleh nak tanam lagi, dorg dah buat pkuburan baru tp tak jauh dr masjidil haram (aku dah lupa nama kuburan tu)

mak aii...ada yg koyakkan ke? tu mesti nk wat tangkal. ko tau2 jela dorg ni suka buat khurafat. tp ko sempat tak cium Rukun Yamani? wangi kan? nak nangis aku...dpt cium yg tu pun aku dah hepi... tp kelambu Kaabah mmg wangi kan?

dzuchan September 8, 2011 at 8:36 PM  

fatt...mak aku nak pegi sana musim haji ni InsyaAllah...ade ape2 tips x utk jaga kesihatan,aku risau la mak aku batuk ngan lelah...

bestnye kalo dpt pegi ngan family...
tapi aku kenangkan mak ngan abah aku xde kat mesia 2 bulan aku sedih oooo...

Ely Hasrul September 8, 2011 at 8:40 PM  

dasat ko fatt! aku hepi sgt arinih sbb dpt dgr cerita bergambar! kengkawan aku sume gambo kt luar2 xdek yg gini. aku kan ekceli xpenah jeles dgn org. atas ape alasan pon. tp kan tiap kali mmber cite psl umrah & haji aku jeles sgt. sume yg pegi sana mmg akan rindu & dh xberapa nk pg tmpt lain.

tu la ekceli sedih kalu dgr cite org yg 'bukan2' kat sana. mcm xdpt hidayah pulak. wallahuaklam. tp kalu byk duit sgt pon dok berulang ke mekah. baik aje duit tu sedekah kat yg memerlukan lagik berganda pahalanye.

aritu ade baca psl penjaga pintu kaabah. kaum ape ntah. amazed sgt sbb sorg penjaga nih tren anak dia kecik dlm 4-5 thn walhal pintu tu kan berat. budak tu tolak senang aje haha

sila smbung lagikkkk

fatt September 8, 2011 at 8:43 PM  

masMZ,
ko dah daftar utk Haji? alhamdulillah..agak2 bila turn tu? pegi Haji time muda ni lagi bagus. bdn pun kuat nak beribadah...aku pun hrp2 dpt la wat Haji before 40, at least.

sbnrnya masa kat Masjid Nabawi mmg strict, tp aku pandai2 sorok. slalu aku tak sorok dlm poket suar sbb dia raba, so aku sorok dalam stokin...mmg kelakar tp tak nampak sbb pakai seluar pjg tutup stokin..mmg tak nampak...iskk...tp kan, sblm aku wat keja tu mmg aku byk2 doala mtk takde kena rampas..so that's how i sneak a camera :P

kiranya awal la jgk ko pegi thn 2006...time tu aku baru terkedek nak keja...hehehe. masa aku gi sini waktu aku baru balik dari Siem Reap, mmg aku ada doa pun moga2 Allah bagi hidayah kat dia. huhuhu...

jap ek aku smbung taip..tp cerita aku biasala, stok hikayat punya..mmg berepisod2..aku slalu wat jurnal, sbb tu aku bleh ingat

Janggel September 8, 2011 at 8:45 PM  

ya fatt, masa time aku pegi dngan ko pegi ni mmg jauh bezanya. Masa time aku pegi bangunan2 keliling Masjidil Haram dalam proses dirobohkan, ko bayangkan sana sini debu, dengan ada jentolak kat puncak menara tengah kikis2 bangunan dari atas sapai ke bawah..pasti kren2 besi bersepah2. Pintu masuk ke dalam masjid pon di tutup2 dengan palywood, jalan atas playwood, escalator baru nak install, pastu bila buat saie dari tingkat atas aku boleh intai celah2 lubang nampak kawasan konstuction...tapi tu part sebelah kawasan saie je...kawasan lain smua dah siap cantik.

Aku tak sempat cium Hajarul Aswad dan Hijr Ismail..dua2 aku lalu tepi jer...sebab nak masuk sangat sesak berasak2...hmmm bukan rezeki aku time gamaknya...mungkin Allah nak suruh aku dtg lagi ke situ...

Tapi paling bestbila solat kat Masjdil Haram tu, megadap Kaabah. Aku tak duduk dalam ruangan ekon tu tapi duduk dalam ruangan open air, menitik air mata bila pandang kaabah. Setiap kali solat aku pandang kaabah je. Tak dapat bayangkan perasaan masa tu. Sampai skg aku terbayang lagi keadaan solat depan Kaabah.

Kat Madinah pulak, kami takde jalan dlm group2. ni. Biasanya aku ngan famili aku je mak aku sorang je pompuan so bila time nak masuk masjid kami berpecah masuk pintu lain2. Pastu buat hal masing2. Janji kumpul semula depan pintu asjid lepas habis waktu solat. Sempatlah aku buat kado' 40 rokaat dalam masjid nabi. Alhamdulillah.

pastu memang boleh masuk kasut kan.Mak aku siap buatkan uncang kasut untuk kami semua. pastu kami letak kat rak kasut je. Alhamdulillah tak hilang.

Walaupun masa aku pg sebenarnya dah boleh bwk kemera, tapi aku takut nak amik gambr...sebb aku rasa ada je polis2 arab yg menyamar. Aaku risau kemera kena rampas, so aku tak amik gmbr la..rugi betul!

Kat Raudhah tu mmg sesak dan sempit. Nak solat pon kene merengkot2 . Alhamdulillah dapat juga solat dan doa dalam raudhah.

Haah kubur baqi' tu memang tandus, skali tengok macam padang pasir dan nesan sepesen. Mmg takde tanda2 nama kat nesan sebab kubur tu sentiasa akan digali bnyak kali ...so kite takkan tau dah yg mana kubur ahli keluarga kita lepas ni.

aduh dah jadi macam blog aku plak nh...ahahah sorry fatt!

fatt September 8, 2011 at 8:51 PM  

gb,
hah tulah...kasik tulis entry2 utk santapan rohani plak...

biasala, ada yg ok, ada yg kasar..mcm org kita jgk. tp slalu yg aku jumpa nice tu jemaah indonesia. slalu gak aku layan sembang dgn mana2 makcik...org sana lagi susah nak pi umrah. tp kjaan dorg bagi bantuan mcm loan utk encourage rakyat dia pegi...bagus kan?




dzuchan,
seronok jgkla tp aku sorg je yg ikut, adik beradik lain tak, sbb masing2 tgh belajar & tak dpt cuti. tp pastu ahli keluarga belah mak aku & cousin2 aku pun ada...mmg seronok pegi ramai2 :)

sabar ye dzu, ko jgn buat2 sedih nanti dorg nak beribadat tak tenteram. parents aku gi Haji lama dah, masa 2001, waktu tu aku baru masuk U...mmg lama dah la..time tu adik aku yg bongsu kecik lagi..mmg kitaorg tak jaga dia la, letak kat pengasuh sbb sume belajar masa tu, takde sape nak tgk dia..mmg sedih la jgk time raya haji parents aku tadak..iskkk Y___Y

tips ye...erm..ada la skit
1. kena byk minum air sbb kat sana panas melampau
2. bila dah smpai sana (turun dari flight), jgn terus mandi sbb nti badan akan terkejut sbb suhu kat sana melampau, beza sgt dgn mesia. time balik dari sana pun jgn terus mandi...kene rilek2 dulu mcm 5jam barulah mandi...sbb nti termometer badan bleh terkejut...sbb tu ramai jemaah yg demam, sakit2 badan sume
3. bwk ubat2 dari cni siap2 sbb nak cari kat sana susah, pastu mahal...minyak angin, koyok, koolfever tu sume bwk byk2...aku masa kat sana nasib baik ada koolfever...mmg membantu
4. lagi 1 bwk yg vitamin C soluble tu, in case demam kena mkn byk vitamin C

tu jelah kot tips yg ada...apa2 pun, air kena minum byk2 takut dehydrated

fatt September 8, 2011 at 8:59 PM  

ely,
aku tpksa wat camtu sbb tak tau ada rezeki lagi ke tak nak pegi sana...mgkin pertama & last ke, wallahualam. tp aku mmg ada byk gmbr dlm masjid, video pun aku shoot...hihi...mmg aku berani skit tp alhamdulillah smooth. ko tau ely, klu ko dgr imam tu azan, baca surah pun bleh mengalir air mata sbb merdu sgt bacaan dia. wlpun aku tak sekolah arab dan tak tau apa mksd surah2 tu tp bila dgr dia baca mengalir je air mata. masa kat sini mmg aku jadi queen of air mata..paling byk nangis aku la..dah tak malu dah dgn sume org..biarlah! huhuhu Y___Y

ada byk tau kisah pelik2 aku nak share...tunggu ye...takleh spill skrg...huhuhu...

ada 1 cerita ni aku nak share. dia ni dulu kerja dia pencuci dlm masjidil haram je. kerja dia lap air zam-zam yg tumpah. pastu bila ada masa senggang dia ngaji dpn Kaabah. satu hari tu dia meninggal...dah lama tau...tetiba masa tu dorg nak bukak kubur sbb nak tambak (sana kan kubur bertingkat2). so bila dorg korek, dorg terkejut sbb tgk jenazah ni sempurna, dan tengah duduk baca quran (part ni aku tak clear sgt sbb dah lupa, tp kat jenazah ada quran. dia mmg tak baca la kan sbb dah meninggal). so org kambus balik kubur dia..dorg tak usik dah pastu. so ko bygkanla ely....haih...aku teringin nak kerja sana. dpt cuci lantai pun dah hepi.. Y____Y

Ely Hasrul September 8, 2011 at 9:02 PM  

oh yea (ha aku pon dh mcm Janggel nk buat cm blog sdr haha). raya 6 syawal nih aku jumpak mmber sorg lagik pon baru blk umrah. dia nih PR australia. duk kat perth. dia xdek mahram so pg dgn family dr sini. walhal kalu kt oz, daftar arinih minggu dpn bleh pegi. patu bayo rm21k dpt dh duk hotel yg mghadap kaabah tu, even dh masuk dlm kaabah kan? 21ribu ringgit jek. kalu dr sini 100k. gulp. okeh itu cite psl fees la ek hehe

fatt September 8, 2011 at 9:08 PM  

janggel,
aih, ralit aku baca cerita ko...best kan citer pasal sana...rasa sayu je. masa aku pi still ada lagi kren2 tp kat luar, jauh2 skit..byk yg dah siap. pastu menurut ustaz yg bwk kitaorg tu, katanya kerajaan saudi nak besarkan lagi masjidil haram smpai sebesar2nye lah sng citer..nti dorg akan runtuhkan sume bgunan yg dekat2 tu kasik clear...nanti makin besar la tmpt2 tu, insya allah.

eh jap, aku nak kepastian, ko ada naik tak tingkat 3 (tkt atas sekali?). yg tu just jemaah lelaki je bleh smpai kan? pompuan takleh kan? aku penah tgk gmbr2 kat atas tu...mmg cantik..ko naik tak?

tp pasni klu ko pegi ko bwkla masuk kamera..hihi...amik je puas2..tp mata kena melilau la cek line clear ke tak. klu org pompuan mgkin sng la skit bleh sorok tgn dlm telekung..lelaki susah skit..takpela janggel, nti ko layan la gmbr2 aku ni. aku punye memori kad 4G 3 keping penuh...huhuhu

fatt September 8, 2011 at 9:12 PM  

ely,
alah buatlah mcm blog sendiri..mcm tak biasa jek..hehehe :)

what? 21k??? pitam! tp takpelah, kwn ko dok Oz, duit sana besar..turn nak pegi pun cpt sbb tak ramai muslim kot kat sana, yeke? ntah tak berani kuar statement kang kena tembak

tp klu dpt dok hotel dpn masjidil haram mmg terbaik lah..sana eksklusif gila...aku punye hotel sblh hotel yg mahal tu..jadilah...jalan pun tak jauh, dlm 150-200m je...mmg dekat. tp ely...24/7 org berpusu2 je jalan kaki gi masjidil haram...ramai! aku ada shoot video...nti bleh la ko tgk camne ramainya manusia

Janggel September 8, 2011 at 9:13 PM  

Memang ada niat nak naik tingkat tiga tapi masa tu diorg tutup laluan naik..so tak dapat la naik, dapat naik sampai tingkat 2 je. Pasrah...aku pergi serba kekurangan, dan mungkin sebb aku ni bukan org yang baik sebb tu banyak peluang yg aku terlepas kat sna....aduh ttibe sebak (sambil dengar lagu mendayu2 ni).

Eh kat selimut kaabah tu diaorang sembur air mawar tiap2 hari sebb tu wangi bau baldu tu...wangi sangat. Paling tak bleh lupa masa solat sunat terakhir lepas tawaf wida'...betul2 depan pintu Kaabah...sebak sangt masa tu ..

tu la, aku tak sabar nak tengok gambar2 ko.

dzuchan September 8, 2011 at 9:41 PM  

thanks fatt 4 de info..nnti aku bgtau mak aku..
aku x bgtau diorg yg aku sedih..tapi mmg aku sedih pon..mana penah aku dok jauh2 ngan diorang..paling jauh aku dok kuantan diorg kat perak...raya haji tu lagi la..mau menangis bwh bantal aku sorg2 huhuuu..

fatt September 8, 2011 at 11:05 PM  

janggel,
alaaa...ko ckp gini sedih la pulak...jgn sedih weh, jom kumpul duit lagi...bleh p lagi..insya allah.

air mawar ke? patut la wangi sgt...wlpun dah berpuluh ribu org cium tapi ttp wangi kan...subhanallah :)




dzuchan,
hehehe...cool sis! insya Allah everything will be fine. dorg nak gi rumah Allah...jadi tetamu Allah. nti kirimla doa2 ye..mustajab tau, tak kisah la lambat atau cpt insya Allah dimakbulkan :)

Janggel September 8, 2011 at 11:10 PM  

Fatt tu la mmg pasang niat nak sampai sana lgi ..insyaAllah..jom kumpul duit jom.

Haah mmg diorang sembur air mawar tetiap hari sebb tu bau kelambu kaabah tu wangi. best kan.

Zul Fattah September 8, 2011 at 11:25 PM  

arghh.. bila lah aku dapat pergi Makkah ni.. aku nk g tengok makam nabi.. harap2 lpas dapat kerja dapat r pergi..

masMZ September 8, 2011 at 11:49 PM  

InsyaAllah Fatt, tetiber abg G jadi Abg Ahmad Grahem Bell (pesal nama ni yang kuar ko jangan tanya, aku pun tatau.... Ting Ting Ting!) dan InsyaAllah ada rezeki kita semua sampai sana lagi. Amin.

Cerita pasal Hajar Aswad, ada satu kejadian masa kat sana.. Akak yang bawak kitaorang (aku pergi bertiga dengan kengkawan aku dari sekolah rendah), kena 'tipu' untuk cium Hajar Aswad tu... Dia kena bayar duit, walhal takpayah kan... Cam maner ntah tapi ada lar kejadiannya... Aku terus terdetik dalam hati kata ermm tak apalah, karang terkena... Seminggu aku kat sana, ada sekali tu aku lalu je sebelah walhal boleh je cium... Mungkin aku pun tak ada rezeki...

Eh Fatt, register je nama nak pi Haji tu... Aku register nama sensorang... Rezeki tak tahu lar nanti, mudah-mudahan...

masMZ September 8, 2011 at 11:55 PM  

Fatt, ko balik siam reap g umrah... Aku, balik umrah pi phuket... cam mana gayer nyerr tu??? selang beberapa minggu aku masuk hutan pulak... ngong ngong ngong...

No other place like Mecca...

Siti Rahmah, no picture....

~uG0giRL~ September 9, 2011 at 1:07 AM  

semoga Allah jemput kita lagi ke sana...Amin... 1st time pegi taun ni. bila balik rasa xpuas sbb rasa boleh diperbaiki dan diperbanyakkan ibadah. sebelum pegi kena buat exercise lebih sket supaya xcepat penat mcm sblm nih. sye time saie banyak kali berenti rehat ngn minum zam2. heheh tu la sapa suruh x exercise....:(

langkah kaki.. September 9, 2011 at 1:50 AM  

sis..kat raudah.bau x betapa wanginya permaidani tu?? =)..sangat x nak bangun darik sujud bile dapat cium bau wangi nye tu..=). yerp..org2 yg dtg sane mmg dahsyat..tgh sujud pon die langkah je kite..T_T.. n..mula je solat sunat..air mata meleleh leleh..

demam panas?? sama la..tp saye kene kat mekah..3 hari..demam panas..sampai gi klinik..T_T.

btw..saye blaja kat utem jer..:D..

Fatt September 9, 2011 at 1:54 AM  

janggel,
aku plan thn dpn time bln posa...teringin nak merasa posa kat sana. aku hrp ada la rezeki aku pegi thn dpn..amin!




zul fattah,
insya Allah smpai masanya nti. bila dah keja bleh la bwk parents sekali...mesti seronok klu dpt pegi sama2





masMZ,
ape tak sedap nama tu...klu aku, aku suka klu dia amik nama Adam, pastu hujung tu buhla nama asal & surname dia...kikiki...berangan aku ni...ceh!

masa last day aku kat sana, ada satu group org Indo dorg aim la muka2 yg potential ni, aku pun kena aim jgk..tp aku dah tau taktik tu so aku wat dono jek. mmg dorg caj...aku mmg dah tau psl ni. aku rasa kwn ko tatau, tu pasal dia kena byr...pasni Mas, klu nak doa je Mas...doa kat tmpt mustajab tu, antara hajarul aswad dgn pintu kaabah...situ tmpt mustajab...insya allah akan dimakbul...

hahaha...dasat ko pas balik sana gi phuket...adoi! aku pas balik ada la lepak sebulan sblm gi nz..tu pun hati aku separuh masa gi nz..

tp tulah..aku jumpa Abe H sblm gi sana..so bila gi sana sempatla aku doa mintak dia diberikan hidayah...amin :)




ugogirl,
ko pun dah pegi ye? syukran :)
aku pun cadang nak pegi lagi ni thn depan...klu ada rezeki insya Allah smpaila aku...tp mmg rasa rindu sgt kan? tak puas aku nak ulang alik masjidil haram...seronok sgt, tmpt tu sentiasa penuh dgn jemaah...setiap masa :)




jie,
aaa...akak lupe la dik karpet tu bau ke tak? hihihi..hidung dah sumbat sbb nangis tak sudah mgkin sbb tu tak perasan...huhu...kdg2 tpksa sujud lama sbb dia bleh pit stop kat kita..nak bangun takut masuk dlm kain...hahaha.

aiseh...mmg dugaan :)

utem tu katne ek? bear hill ke? ekekeke...akak penah gak belajar kat melaka dulu..kat matrik melaka londang...2nd batch...lama dah...maklumla, warga emas...hahaha

langkah kaki.. September 9, 2011 at 2:07 AM  

tu la..tepkse la sujud lelame..yg saye kene.. tgh sujud org duduk atas pale..T_T..adoi ai. dugaan.haha.kaw tu sgt wangi..tu la yg membezakan permaidani biasa dgn raudah punye selain warna

kat ayerkeroh..:D..wah. tau bear hill..itu advnce tu.x la warga emas sgt. :P. baru belia. ops. ^_^

fatt September 9, 2011 at 5:06 AM  

jie,
kena duduk? ya rabbi...mmg kuang ajau betul! sabau jelah..iskk..mmg sirap jgk klu akak kena..insya Allah kalau ada seken chance akak try test bau karpet tu...hihihi

akak penah gi bear hill tu sbb dlu ada kwn duk situ..dkt mmu..tp situ byk anjing ek..ngeri je rasa..

Nooraishah Yahaya September 9, 2011 at 8:51 AM  

subhanallah..xdpt aku bygkan betapa syahdu nya bila dpt ziarah ke makam Rasullulah & para sahabat..bertuah nye ko..dpt merasa semua tu di usia muda mcmni..syukur pada nikmat Allah..hati aku makin melonjak2 rs nak ke sana.mudah2an Allah berikan rezeki dan peluang tu.
Aku doakan Allah ketemukan ko dgn org yg terbaik..sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk ko..jgn putus harap dan doa..&sentiasa bersangka baik pada Allah..wallahualam.

Biqque September 9, 2011 at 9:31 AM  

mc satu hari, dah terlepas beberapa posts?

aku dgn laki aku pun dah pasang niat, tapi tatau la brani ke tak...hati kena bersih :) insyaAllahhhhhh! pak aku pun dah bising dok jalan sana sini tapi tak gi mekah pun. masalahnyer duit tak kesampaian lagi...insyaAllah, mari menabung :)

ala sedihnyer la bab ko peluk mak ko tu...aku yg takde mak ni aku rasa mau kat sana berderai ayaq mata aku jugak...

aku suka cite2 kisah nabi ni...banyak gak aku study n discuss ngan laki aku, kakak aku, bab2 khurafat ni. malah, lain kaum, lain ajaran, walhal islam itu sangat universal dan tak menyusahkan manusia...tapi tu la, segalanya, biarlah Allah saje yg menghitung...kita ni tah betul tah idak, tak tau lagi untung nasib kita ye dak?

syok ko dah dpt pegi...Allahuakbar!

fatt September 9, 2011 at 1:04 PM  

esah,
alhamdulillah esah...aku pun tak sangka aku dpt ke sana sblm umor 30. aku hrp dpt buat haji sblm 40..amin, amin!

nti ko regis utk haji terus, sbb yg tu queue dia lama nk tunggu..klu umrah takpe anytime bleh p. insya Allah klu dah berazam nak ke sana moga Allah bukakkan jalan.

aku pecaya sume qada & qadar Allah, mgkin ada yg lebih bagus utk aku..aku percaya..tp nk compare aku dgn ko rasanya ko lagi tabah...aku kagum dgn ko. bkn mudah utk tempuh dugaan yg bertimpa2 tu..aku pun doakan semoga ko dpt lagi zuriat..takpe esah, anak2 ko tunggu ko kat pintu syurga nanti :)




biqque,
aku skrg polisi 1hari=1 post..haha..jgn risau.

tulah, aku pun tak caye aku pegi..alhamdulillah. klu ko nak pegi, sblm tu kene wat preparation..masa aku dulu ada gak rasa takut sume2 tu, tp alhamdulillah smooth semuanya. ape2 pun kena jaga baik2 sume tingkah laku & tutur kata...

klu ada rezeki insya Allah beb. klu mmg tertulis ko jadi tetamu Allah mmg akan jadi sbb benda ni kita dah janji masa kita dlm alam roh lagi (sblm lahir). insya Allah :)

ms a September 9, 2011 at 3:17 PM  

fatt,
kau buat aku teghiak. aku juga pernah begitu teringin utk ke sana. kami merancang utk ke tanah suci setelah kami bersama. namun Allah lebih menyayanginya. tiba-tiba aku jadi tak bersedia utk pergi sendirian. hilang segala kekuatan. but i hope to go there one day.

fatt September 9, 2011 at 3:48 PM  

ms.a
ko jgn le teghiak...kang aku pun teghiak Y___Y

ko pegi la, doa kat sana jumpa jodoh yg baru...insya Allah. tak lambat, cepat Allah perkenankan..insya Allah :)

Biqque September 9, 2011 at 6:06 PM  

aku tadi baca laju2 sbb busy gile kat opis...dah petang2 ni aku ripit lagi skali, bergenang ayaq mata aku baca part ko dgn dia berjanji tu...aduyai...aku penah kowt sakit jiwa gegila pasal hamba Allah nan satu tu...tapi aku bangkit gak, dapat laki aku skang...alhamdulillah...ada la tu utk ko fatt, dah tertulis dah, lagi hebak lagi gempak vavavom tap tap tap dahi ko tipah!

eh dia tarik satu, dia kasi bukan beratus ke? (readers yg dok mengoment tiap2 ari ni) kihkih!

Anash September 9, 2011 at 7:06 PM  

fatt,
2003 akak ke sana..(terus tukar gantinama ..hehe)..
konfident gi sensorang sebab tau join malaysian group..berkenalan member baru pun di sana.
Terasa shahdu depan kaabah, hijir ismail, raudah..nak nangis camneh pun, tak de sapa kenal ko..bebas nak luahkan perasaan di situ....
Tak sangka hajat kesampaian selepas panjat gunung kinabalu (walaupun tak sampai puncak )sebab duit ngam2 nak bayar utang bank)..plus ngam2 baru frust ....elok nau bawak diri ke sana ,kan??? sesungguhnya Allah mempunyai perancanganNyer untuk hamba.....
Teruskan berkarya (peh...ayat..) wahai fatt....

Nooraishah Yahaya September 9, 2011 at 7:48 PM  

Thanks fatt..semua yang jd tu dah tertulis untuk kt masing2..mudah2an kt terus tabah dan semakin kuat dengan setiap ujian yang diterima..

fatt September 9, 2011 at 10:12 PM  

biqque,
hahaha...baca lagi mcm F1...tp tulah biq...kalau dpt yg bermata hijau kecoklatan tu kan oh bahagianya hidup aku. hahaha, gatai!

klu nak tau korang2 ni la yg buat hidup aku lebih perencah...terima kasih kengkawan. ailebiu!




anash,
moskil dah aku ni...betul ye nak panggil "akak"? hehehe...
betol la tu...sume Allah dah tentukan, tp still la smpai skrg aku tak tau lagi la apa hikmahnya..mgkin lambat skit kot sbb aku ni byk dosa so ditahan2 agaknya...tp okla lambat pun, aku takmo rush pun...lgpun aku tgh hepi hidup camni...lagi happy dari dulu, alhamdulillah :)




esah,
Insya Allah...mmg betul Allah bagi seseorg hamba itu ujian yg boleh dia hadapi. Dia takkan bagi hambaNya ujian yg kita tak boleh tempuh. pastu bgtg pd org tu camne nak overcome, klu lemah tewaslah, tp klu berjaya maka dia akan menjadi manusia yg matang. syukran :)

Shari May 24, 2012 at 2:39 PM  

Fatt - akak baru balik dari Umrah and blog Fatt byk membantu. Cuma akak rasa instead of orang Turki yang Fatt ckp, akak rasa sebenarnya most of this kind of person yang merempuh2 dan buat kerja pelik2 ni ialah Iran.....solat dia orang pun pelik...byk benda2 yang pelik2 dia orang buat - kdg2 meraung2 di Raudhah dan sebagainya. Org Turki ni so so aje rasanya. My 2 cent worth.

Post a Comment

Terima kasih!!

Cerita Lama

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP