Umrah : Rutin Ibadat Dan Kehidupan Di Sebalik Tembok Masjid Nabawi

September 10, 2011

Sambungan dari episod sebelumnya.


Hari Kedua : 15 Jun 2011 (sambungan)

Memandangkan waktu Zohor hampir masuk maka kami pun beredar meninggalkan Raudhah. Di Madinah, waktu Zohor masuk pukul 12.22pm (local time) dan waktu di sini lewat 5 jam dari Malaysia. 

Kami terus menuju ke saf hadapan yang mengasingkan antara jemaah biasa dan jemaah yang membawa kanak-kanak. Sementara menunggu azan, aku mengisi masa yang ada dengan membaca Al-Quran. Alhamdulillah, harini aku dah habiskan separuh Juzuk 1. Aku cuba buat setakat yang termampu sebab mustahil nak khatam Al-Quran dalam masa 2 minggu.

Tak lama lepas tu azan pun berkumandang menandakan masuknya waktu Zohor. Merdu betul suara tukang azan memanggil-manggil seluruh penduduk kota Madinah menunaikan kewajipan pada Yang Maha Esa. Para jemaah mula memenuhi segenap ruang saf dan melakukan solat sunat tahiyatul masjid serta solat sunat rawatib (solat 2 rakaat sebelum/selepas solat fardu) sementara menunggu bilal melaungkan iqamat

Kelebihan solat di Masjid Nabawi menurut sabda Rasulullah SAW,

"Satu sembahyang di masjidku ini lebih afdal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali di Masjidil Haram" - Hadis Riwayat Imam Ahmad

Setelah selesai menunaikan solat Zohor berjemaah kami pulang ke hotel untuk makan tengahari dan lepas tu berehat sebentar di bilik sementara menunggu waktu Asar (pukul 3.42pm local time). 

*Waktu solat yang aku nyatakan berdasarkan pada waktu Umrah haritu. Untuk waktu solat terkini dan di seluruh dunia boleh jenguk website ni


Masa kat Madinah dan Mekah aku lebih banyak habiskan masa kat bilik (kecuali ke masjid) terutamanya pada waktu siang sebab suhu kat luar panas membahang. Setelah aku kaji, rupa-rupanya ada sebab kenapa perempuan Arab pakai purdah. Selain dari melindungi wajah dari dilihat lelaki bukan muhrim, ia juga bertindak sebagai "pelindung" dari haba dan habuk. 

Kalau tak tutup hidung rasanya perit mencengkam sebab sedut udara panas. Selalunya aku guna kain telekung sebab itulah pakaian rasmi kat sini. Bila pekup hidung dengan kain barulah lega, kalau tak memang perit nak bernafas. Selain dari tutup hidung, aku tak boleh berenggang dengan spek hitam. Bukan nak melaram bajet mak datin, tapi sebab matahari terik, pastu langit tak berapa nak berawan. Bukan aku sorang je pakai spek hitam sebab jemaah lain pun sama. Rasanya kalau tak pakai memang berpinar bijik mata, nak celik pun tak berapa selesa sebab udara sekeliling panas. 

Nak tau camne rasanya panas kat sini?

Ini cuma perumpaan ye, tapi accuracy dia agak tepat. Cuba panaskan oven ke suhu paling maximum. Bila dah betul-betul panas langkah seterusnya ialah bukak pintu oven dan masuk ke dalam oven. Eh tak...tu gile namanya. Hehehe. Langkah sebetulnya ialah lepas bukak pintu oven, letakkan muka kat tepi tu. Amacam, panas? Hmmm..macam tu lah rasanya. Tapi kena ingat, tu baru panas kat dunia. Kalau panas kat Msia takleh handle, panas kat Mekah apatah lagi. Panas kat akhirat camne pulak? Sendiri mau ingat!

Waktu di antara Zohor dan Asar agak pendek sebab separuh daripada tu dah habiskan untuk lunch. Selalunya kami akan gerak ke masjid 30 minit sebelum azan sebab nak duduk kat saf depan tapi selalunya saf depan sentiasa penuh. Selesai solat Asar berjemaah kami pulang semula ke hotel untuk berehat dan bersihkan diri sementara tunggu waktu Maghrib (pukul 7.12pm local time).

Kat sini ada satu pemandangan yang menarik waktu ulang-alik ke masjid sebab di luar kawasan masjid kita boleh tengok ramai orang berniaga di sepanjang kaki lima. Peniaga akan melonggokkan barang jualan kat atas kain yang dibentangkan di atas jalan. Harga yang ditawarkan juga lebih murah berbanding kedai dan boleh tawar-menawar.


Kadang-kadang bila polis Arab datang, peniaga akan lari tinggalkan barang-barang tersebut (itu kalau tak sempat nak selamatkan). Tapi selalunya mereka akan kelam-kabut membungkus dan lari dengan kain alas yang diikat menjadi bundut. Ada jugak kes yang mana peniaga terpaksa tinggalkan begitu saja waktu pelanggan tengah memilih dan datang semula selepas polis pegi.

Bila berlaku situasi macam ni selalunya pelanggan akan tunggu sampailah peniaga datang semula. Si peniaga tak risau biarkan barang-barang terbiar camtu sebab takde orang akan curi. Semua tau kan apa hukuman mencuri kat sini? Ape dia?? Bagus. Potong tangan! So kalau nak kudung silakan mencuri.


Lazimnya selepas solat Maghrib jemaah akan melakukan ibadat lain seperti solat sunat, berzikir atau membaca Al-Quran sementara menunggu waktu Isyak (8.42pm local time). Bila selesai solat Isyak kebanyakan jemaah akan menunggu untuk ziarah Raudhah. Baca entry sebelum ni untuk waktu-waktu jemaah wanita dibenarkan melawat Raudhah. 

*pihak hotel sediakan makan malam selepas solat Isyak


Malam tu semua ahli keluarga pegi bershopping kat sekitar kawasan hotel. Aku follow sekejap, tapi akhirnya surrender sebab longlai semacam. Rupa-rupanya temperature badan aku semakin naik dan demam aku semakin teruk. Aku terus balik ke bilik, makan ubat dan tido tak sedarkan diri dan hanya terjaga keesokan hari bila mak kejutkan aku untuk bangun Subuh.


bersambung.... 
.

19 comments:

Biqque September 10, 2011 at 6:06 PM  

omg! terkinja2 aku melihat jubah2 hitam itew...I LOVE JUBAH! aku baru berjinak2 membeli beberapa pasang, dan nak lagi dan lagi...

ye aku rasa if aku kt sana, aku pun akan pakai kowt purdah tu :) insyaAllah...

Janggel September 10, 2011 at 6:57 PM  

hahaha terbaik la conth bahang yang ko bagi tu fatt! Tapi mmg betol la, bahang dia lain kan, panas dan berangin..+ debu binaan. Memang kene tutup muka, bukan pompuan je , laki pon kena tutup hidung.


Part peniaga kaki lima tu mmg banyak terutamanya waktu lepas solat kan. Kat Makah banyak golongan arab hitam yg beniaga kaki lima tapi kat Madinah golongan arab puteh yg banyak..(betol ke tah ada arab itam ngan putih) hahaha. Tapi mmg murah la.

Org indon pon ramai yg beniaga, siap ada yg dah kawin ngan pak arab lagi. Mak aku ada tempah telekong dengan sorang peniaga indon ni, so dia balik dan jahit kemudian esokknya dia akan bawak. So kalau nak beli banyak yg ikut saiz kita boleh tempah on de spot.

Wadi AR September 10, 2011 at 8:08 PM  

kau ade belikan aku jubah sepasang kan fatt? jgn buat buat lupe

Anash September 10, 2011 at 8:16 PM  

fatt,
senyum baca entry ini..
mengimbau kembali kisah dulu.
cerita fatt betul2 detail...gigih ingat tuh...
tak sabar nak baca seterusnyer...

fatt September 10, 2011 at 8:26 PM  

ely,
wlpun statement ko lain mcm tp aku cuba utk imagine ia adalah objek yg ko mksdkan dlm gmbr, bkn yg lain. hahahaha




biqque,
mmg cantik2...klu nak beli, ko cari kat Madinah sbb kat Mekah tak byk design yg lawa..pastu harga jubah kat Madinah murah skit dr kat Mekah. aku beli 2 pasang aritu...mmg suka..bila pakai serba hitam rasa cam stylo jgk...eh? hehehe

ko jgn buat babak pilem Ayat-ayat Cinta ye bila pakai purdah kat sana...aku sebat ko nanti. hahaha




jangggel,
hahaha...perumpamaan tu sesuai klu asik komplen msia ni panas...aku rasa cambodia lagiiii panas dr msia..sungguh!

aku rasa yg hitam tu org Arab golongan ape tah...tp peniaga mcm2 jenis ada..aku pun takleh nak teka org mana

ada eh org indon jahit telekung? sama mcm telekung kat bandung ke? kat sini dorg tak pakai telekung...kita je pakai. kdg2 bila masuk masjid dorg pegi la kelebek kain telekung kitaorg, ckp lawa..yelah, beli pun kat Bandung, stok byk lace kerawang2..mmg le cantik..hehe




wadi,
ada..tp aku beli saiz budak. ko muat tak?

Janggel September 10, 2011 at 8:44 PM  

Haah telekung macam org2 kite pakai tu. Org indon yg jahit. Kain pon cantik2 dan murah2. Mak aku tempah banyak2 sbb nak sedekah kat org, and bagi hadiah bile balik mesia.

en_me September 10, 2011 at 10:13 PM  

masyaAllah x sabar2 nak gi Makkah nih.. uhuhu

masMZ September 10, 2011 at 11:19 PM  

Fatt,

Yang aku memang betul kagum, masa solat diorang memang tinggalkan kedai camtu je kan...
* aku pun penggemar jubah n abayar :D

fatt September 11, 2011 at 9:36 AM  

janggel,
wah hebat gile dia tau jahit telekung. mmg nmpak mcm simple tp aku pun tak reti buat



en_me,
tak lama lagi la tu...hihihi



masMZ,
aah..tinggal camtu jek...aku rasa klu buat kat msia maunya licin pastu...hahaha

style jgk ek pakai jubah..sbb serba hitam, elegan pulak rasanya..

~uG0giRL~ September 11, 2011 at 12:02 PM  

kalo kat masjid nabawi 1k pahala utk setiap solat, kat masjidil haram 100k, cuba kita bayang kalo kita p solat tiap waktu kat masjid...xke kita dah jadi jutawan? mari kita jadi jutawan beramai2!

pas tu kita bayangkan pulak kalo pahala kita boleh convert ke RM...ish ape sye merepek nih?

fatt September 11, 2011 at 12:15 PM  

ugogirl,
hahaha...itu mcm pun boleh ke? adoyai...tp ada jgk yg dah convert2 tu ckp takyah solat la pasni sbb pahala dah cukup smpai ke mati....isk isk isk....

Ely Hasrul September 11, 2011 at 12:37 PM  

woi fatt! ko nih mmg xsenonoh! aku ikhlas tau ckp pisang tu gemok! budushhh aku xniat ape2 pon hahahhaa..

kt sana mmg selain tutup aurat dorg tutup muka sbb nk elak habuk & bahang. cume ramai juga yg memakai utk cover muka yg buat plastic surgery. bini boss lama aku dia iranian, dia modern tp mmg dia ckp most of them tutup tp kt dlm hanya dorg & tuhan aje yg tahu haha..

fatt September 11, 2011 at 3:14 PM  

ely,
hahahaha....takla, ko mmg aku dah set suka kona2...sbb tu aku pikir ko mksdkan yg tu, sori2!

erk, yeke? surgery ye? dasat....alah, kdg2 ada yg pakai cutex lagi ko...kelassss

Liz Rohaizat September 12, 2011 at 8:33 AM  

lagi satu fakta yg selalu dgr ialah bila tiba waktu solat, peniaga terus ramai2 pergi solat dan tinggalkan barang2 jualan. tak perlu risau barang akan dicuri.

sebab apa? hehe.. sebab hukuman mencuri ialah potong tgn.

gambar lawa la! jealous betul.

fatt September 12, 2011 at 4:16 PM  

liz,
tq..ni kamera biasa jek..

betul2...tak sape berani nak curi. tp klu curi yg org tatau mcm curi kasut tu klu tak kantoi rasanya okla, selamat la kat dunia ni..tp tak kat akhirat..huhu..

Ely Hasrul September 12, 2011 at 6:53 PM  

aku paling seram nk mencurik (kalu buat jahat lain xseram plak ek). aku rasa ade aje org tgk (tu baru org belum Allah lagik). aku xtau la ape perasaan org yg mencurik nih cth: duduk satu bilik time belajar patu suka curik duit kawan ke.. hishh xpaham aku..

Lily Riani September 12, 2011 at 11:40 PM  

so full of envy and proudness reading this entry

fatt September 13, 2011 at 2:56 AM  

ely,
hahaha...bleh plak gitu...adui!
manusia ni ely, kalau hati dia lgsung dah tak rasa malu dgn Allah, hatta bogel dpn kamera pun dah jadi benda biasa....bak kata hati tu dah hitam. sekali buat jahat 1 titik hitam melekat...cnth si miyami...eh...silap, dia tu kapir..ko tgkla dia tu faking kat tenet ada dia malu. org pompuan ni ely, benda yg allah cipta yg membezakan dia dgn lelaki ialah perasaan malu. kalau malu tu dah takde (dah penuh titik hitam kat hati), telanjang bulat dpn org pun dia rasa mcm pakai baju...betul.




lily,
thanks lily :)

Post a Comment

Terima kasih!!

Cerita Lama

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP