Umrah : Ziarah Luar Kota Madinah (Part 1)

September 11, 2011

Sambungan dari episod sebelumnya.


Hari Ketiga : 16 Jun 2011

Mak kejutkan aku supaya bangun dan bersiap-siap untuk solat subuh di masjid. Pagi tu temperature aku naik, panas macam cerek air. Sebenarnya aku jarang deman sebab antibodi agak kuat dan dalam setahun paling kurang sekali dua je aku demam. Tapi alhamdulillah, walaupun demam aku masih boleh bangun dan gagah ke masjid. Makan pun gagah jugak! Kalau tengok pinggan aku takde rupa orang sakit. Ok, part tu aku musykil sikit. Hahaha

Rupa-rupanya sakan betul dorang memborong semalam. Nasib baik aku tak tunggu kalau tak maunya pengsan. Mak aku beli 5 teko air....5 ok! Aku membebel sebab teko kat umah pun dah banyak, yang tambah sampai 5 bijik tu nak buat ape? Katanya nak bagi kat adik-beradik. Itu pun katanya tak cukup, satgi malam dia nak tambah lagi 4! Takpelah, asalkan mak bahagia sudah.

Sebenarnya teko ni pada aku biasa je, mungkin sebab teko ni cuma ada kat Arab, maybe sebab tu ia femes. Nak tengok gambar tekonya? Gigih aku korek kat dapor tadi sebab nak tunjuk kat korang. Hahaha.

Mempersembahkan......teko Arab!! Amacam? Ada rupa teko Aladin tak?

tang mana yang cantik pasal teko ni? entahlah

Makcik-makcik aku pun sakan memborong....dengan jubahnya, dengan tekonya (teko lagik!), dengan baju cucunya. Aku cuma geleng kepala sebab baru hari ketiga tapi beg dah beranak. Belum sampai Mekah lagi ni, camne tu? Mak aku memang licik, memandangkan kami pegi 3 beranak, maka beliau boleh utilize luggage kitaorang dengan barangan shopping....ishk, ishk, ishk....! 

Oleh kerana malam semalam aku balik ke bilik awal, so katanya malam ni nak shopping lagi sekali sebab dia nak belikan jubah untuk aku dan adik yang bongsu. Hurm, aku kalau bab shopping memang lemah sebab penat tau masuk/keluar kedai. 

Selesai mandi kami bersiap dengan kain telekung dan berjalan ke masjid. Keluar je dari hotel mulalah terasa bahangnya. Kat sini memang sentiasa panas membahang tak kira siang malam so tak mustahil badan akan "terkejut" sebab sekejap duduk dalam ekon, sekejap duduk kat tetengah panas. 


Selesai subuh kami pulang semula ke hotel untuk bersarapan dan waktu tu jemaah diingatkan supaya berkumpul di lobi hotel pukul 6.30am untuk aktiviti ziarah luar.

Itinerary untuk ziarah luar pada hari itu ialah :

a. Perkuburan Baqi' (tanah perkuburan tertua di Madinah)
b. Masjid Quba (masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW)
c. Pasar Kurma (shopping kurma la, ape lagi?)
d. Jabal Uhud/Bukit Uhud (di sinilah berlakunya Perang Uhud dan terdapat perkuburan para Syuhada)
e. Masjid Qiblatain (masjid 2 kiblat di mana sebelum arah kiblat bertukar ke Kaabah, arahnya ialah ke Masjid Al-Aqsa)

Tepat seperti waktu yang dijanjikan kesemua jemaah berkumpul di lobi hotel dan menaiki sebuah bas persiaran. Sewaktu bas bergerak meninggalkan perkarangan hotel Ustaz Zul selaku mutawif mula menyampaikan tazkirah dan bercerita tentang sejarah kota Madinah. Cerita-cerita yang disampaikan memang menarik dan kami semua khusyuk mendengarnya. Tak dinafikan Ustaz Zul memang pandai bercerita dan pengetahuan beliau tentang sejarah Islam amatlah baik.

Kami melalui kawasan Perkuburan Baqi' yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi. Kami tak berhenti cuma melihat sepintas lalu sewaktu bas melalui kawasan ini. Begitu luas tanah perkuburan Baqi' dan dari jauh ia kelihatan seperti sebuah tanah gersang tanpa pokok. Batu nisan di sini juga kelihatan sama tanpa sebarang ciri yang boleh membezakan di antara keduanya. Aku pernah terbaca pengalaman seorang hamba Allah yang masuk ke kawasan perkuburan ini. Katanya sukar untuk mengetahui pemilik sesebuah kubur sebab nama pemiliknya tidak tercatat di atas batu nisan. Kalau ditanya para petugas yang menjaga kawasan ini jawapan yang akan diberikan ialah, "Hanya Allah saja Yang Maha Mengetahui".

[source] nisan di perkuburan Baqi'

Ok aku nak cerita sikit pasal tanah perkuburan Baqi'.

Perkuburan Baqi' merupakan sebuah tanah perkuburan yang tertua di kota Madinah dan ia wujud sejak dari zaman Jahiliyah lagi. Di sinilah bersemadinya ahli keluarga Rasulullah SAW termasuklah isteri-isteri baginda seperti Siti Aisyah (kecuali Siti Khadijah yang dikebumikan di Perkuburan Mualla di Mekah), ibu susuan baginda iaitu Halimatus Saadiah, sahabat baginda iaitu Uthman bin Affan R.A, tokoh Islam terkenal seperti Imam Malik dan lain-lain. Untuk makluman semua, hanya kaum lelaki saja yang dibenarkan masuk ke kawasan ini manakala kaum wanita dilarang sama sekali (tengok dari luar boleh, masuk ke dalam tak boleh).


Pada hari kiamat nanti umat yang pertama akan dibangkitkan di Padang Mahsyar adalah dari Perkuburan Baqi', diikuti Perkuburan Mualla dan seterusnya. Sebagai umat Islam kita digalakkan memasang niat untuk meninggal di sini kerana Rasulullah SAW telah menjanjikan syafaatnya di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah SAW :

"Sesiapa yang mampu mati di Madinah, hendaklah dia berusaha ke arah itu, sesungguh aku akan menjadi saksi sesiapa yang mati di sana"

Akan tetapi jika kita tak mampu, memasang niat sahaja sudah dapat pahala.

Seterusnya perjalanan kami diteruskan ke Masjid Quba. Ia adalah masjid pertama dalam sejarah Islam yang telah dibina oleh Rasulullah SAW pada tahun 622M sewaktu baginda berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah dan masjid ini kemudiannya telah disempurnakan oleh sahabat-sahabat baginda. Arah kiblat masjid ini ditandakan sendiri oleh Rasulullah SAW mengikut perintah Allah SWT dengan bantuan malaikat Jibrail A.S. Masjid ini mempunyai 4 buah menara yang menjadikan ia sebagai identiti Masjid Quba.

Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran, Surah At-Taubah (ayat 108) bahawa Masjid Quba adalah masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa.


Sebelum bertolak ke sini mutawif telah mengingatkan kami supaya berwudhu dari hotel kerana kami akan menunaikan solat sunat di Masjid Quba. Sebaik saja tiba diperkarangan masjid kami diberi masa selama 20 minit untuk bersolat di dalamnya dan peluang ini rugi kalau dilepaskan sebab pahala yang dijanjikan begitu lumayan.

Sabda Rasulullah SAW :

"Barangsiapa yang mengambil wudhu di rumahnya dengan sebaik-baik wudhu dan pergi ke Masjid Quba untuk bersolat, maka pahalanya seperti pahala Umrah"

Selesai menunaikan solat tahiyatul masjid dan solat sunat 2 rakaat kami bertolak meninggalkan Masjid Quba dan menuju ke Pasar Kurma yang terletak tak jauh dari situ. Kelihatan banyak pohon kurma ditanam di sepanjang jalan dan pada pengamatan aku rupa pokok kurma saling tak tumpah macam pokok kelapa sawit terutama di bahagian pelepahnya.

Hurm....inilah part yang paling melemahkan aku sebenarnya. Tau nape? Sebab kena bawak troli ikut bos bershopping. Mood aku memang kelaut sikit haritu, mungkin sebab badan masih panas sebab tu aku tak rasa teruja. Tapi aku teruja sebab boleh makan kurma free, katanya free testing, tapi dah lebih 10 bijik aku test. Hehehe. "Halal! Halal! Ambil jangan malu-malu! Ambil!". Hurm...takkan nak tolak kalau dah halal kan? Sebat jela. Oh ye, kebanyakan peniaga di sini boleh cakap Melayu dan rata-ratanya berasal dari Indonesia. Aku tak pasti dorang tu owner atau pekerja...aku tembak jela ye, sori kalau salah. Bukan kurma je ada kat sini, macam-macam ada....contohnya buah tin, kacang pistachio, buah badam, cashew nut, coklat berunsurkan kurma, nougat dan berjenis kurma yang aku sendiri pun tak tau namanya sebab aku reti makan je.


Tapi kurma yang paling sedap apa lagi kalau bukan kurma Ajwa atau lebih dikenali sebagai kurma Nabi. Kalau biasa dengar iklan bisik-bisik Yusop Taiyob mesti boleh cam dia sebut kurma Ajwa kan?

Sabda Rasulullah SAW :

"Barangsiapa yang memakan kurma Ajwa sebanyak 7 biji sehari, maka Allah akan memeliharanya dari terkena ilmu sihir dan racun pada hari tersebut"

Selain dapat menghindarkan dari terkena ilmu sihir, kebaikan memakan kurma Ajwa ialah ia dapat menguatkan urat perut, mengendurkan saraf serta melembutkan perangai. Melembutkan perangai? Sounds interesting! So kalau ada anak yang degil tak dengar kata, bini yang suka melawan atau laki yang ketegaq...memang elok sangat bagi dorang makan kurma ni, Insya Allah nanti lembutlah sikit.

Di sebelah Pasar Kurma ada ladang kurma dan aku tak lepaskan peluang untuk meninjau kawasan ni. Ada peniaga yang menjual kurma fresh yang baru gugur dengan tangkainya sekali tapi aku tak beli, cuma amik gambar je.


Hampir sejam kitaorang habiskan masa dan tabur duit kat sini. Nampaknya masing-masing tersengih dengan bukan 1 tapi lebih dari 1 plastik hasil borongan. Aku tengok mak aku pastu sengih. Sengih bukan ape, sengih sebab aku dah tau mesti barang-barang tu akan berpindah ke beg aku....pasti! Takpelah, asalkan mak bahagia sudah. Tapi kan, aku nak bagitau sikit....sebenarnya kalau nak shopping kurma memang elok borong banyak-banyak kat sini sebab kat Mekah harganya lebih mahal. Sama jugak dengan jubah, kat Madinah lebih murah dan design pun lebih cantik dan banyak pilihan berbanding di Mekah. Apapun jangan dok ralit sangat bershopping sampai ketepikan tujuan asal ke sini iaitu beribadah.

suasana di dalam Pasar Kurma
amacam, sempoi tak bangunan Pasar Kurma ni?

bersambung......
.

38 comments:

~uG0giRL~ September 11, 2011 at 12:07 PM  

cik fatt, ko pegi ngn travel agensi mana ek? tengok itinerary cam sme ngn saye, tapi sye pegi ngn tbg haji. cita2 sye lepaih ni nak pegi musim sejuk plak. kena bawak lotion banyak2 nih

fatt September 11, 2011 at 12:14 PM  

ugogirl,
rasanya ikut agen mana pun mmg sama je itin dia. i x gi dgn TH, i gi agen biasa sbb date yg kitaorg nk dah habis. agen kitaorg namanya Fairooz..wah bila tu nak pi lagi? klu p time sejuk mmg kena bwk lotion, lip balm pun sama jgk

Ely Hasrul September 11, 2011 at 12:34 PM  

kena psg niat utk meninggal kat sana la ye fatt. patut la ramai pg sana niat mcm tuh.

cantek masjid quba tuh, in laws aku pn aritu tunjuk byk gambar, mmg santek2 masjid kat sana

err kurma fresh tu bleh mkn terus gak ke or kena tunggu kering. kalu aku pon mau tarik napas kena tolak troli hehe

Ely Hasrul September 11, 2011 at 12:41 PM  

raya lps kakak aku bwk blk helper, dia maid adik ipar kakak aku. 2 thn dia jadik maid kt mekah. mmg ckp arab terbaek. kt indon mmg ade agensi yg train maid utk dihantar ke sana so selain dpt keje & dpt juga tunaikan umrah haji. dgr cite dia, dorg keje kt umah tp bese pg keluar2 atau tlg boss kt kedai. yg jadik tourist guide tetiba pon ade. aku tnya akak tu napa xkeje sana lagik, boss lama dia mmg baek siap panggil dia keje balik, memula mmg dia blk indon nk bercuti tp nk tuka angin plak sbb dia xtahan panas & food kat sana. xbleh masuk mulut dia katanye. tp dia bleh tuka utk keje kt sana bebila sbb dh ade skill. untung betol dia.

bdk2 @ John September 11, 2011 at 12:55 PM  

hahah...lawak la mak ko ni fatt. Besela mak-mak ni, kalo pegi sana ramai sungguh orang dorang duk ingt. macam-macam nak beli itu ini. biarkan jela. Kalo mak aku pun gerenti mcm tu gak. Hihii...anyway, teko tu mmg aku slalu tgk. Org tua-tua mmg suka teko bentuk cmtu. mybe sebab klasik kot bentuk dia. kat msia takde jual rsenye.

marilah kita pasang niat sama-sama ye..mudah-mudahan mendapat keberkatan. masjid Quba mmg cntik kan...dalam dia takde pic?

pasal kurma tu....perghhh...mmg xtau nak pilih mana 1 kan? macam2 jenis ado. free testing. awesome!

yg ni just pendapat aku la kan, aku perasan skung ni ibadat umrah ni dah jadik mcm melancong je. xtau laa...mybe senang sgt kot nk pegi sana kalo ade duit. tapi nak dapat keberkatan tu hnya Allah Taala saje yang tau kan? Mudah-mudahan....

Wadi AR September 11, 2011 at 3:08 PM  

aku teringin nak p sane beb. wiwuwuw

fatt September 11, 2011 at 3:12 PM  

ely,
aah...pasang niat terus aku pas tau..hehe. sbb klu dpt syafaat Nabi bkn senang. tp tulah..kita tatau katne ajal kita kan..wallahualam

kurma tu aku tak pasti leh terus mkn ke apa, tp nmpk mcm muda jek. aku tak pasti kena kupas kulit ke apa sbb communication breakdown...ekeke..

tp mmg betol la ckp maid tu, mknan kat cni mmg tak bercitarasa...tawar pedar jek..pastu kering. mmg tak best lgsung. klu aku la jadi maid tu, better aku stay sbb anytime bleh wat umrah...tp tulah, mgkin dia tak suka environment sana yg panas berdebu



bdk2 @ john,
aku tk amik gmbr masa tu sbb ada petugas masjid dlm tu..kang dia rampas pree je. tp tak besar sgt pun tmpt solat org pompuan, just nice.

apa ko ckp tu betul jgk..tp sume ni bgtg pd individu. kdg2 ada yang teruk, lepas balik jadi baik...tp ada yg baik, elok...pas balik jadi huru-hara...sume ni bahagian masing2. kdg2 klu tak berkat pegila 10x ke mmg camtu la jgk sbb Allah tak bagi dia Nur. sbb tu org ckp kalau nak pegi ko kena taubat dulu, takleh pegi camtu je..hutang kena selesai...kena mtk maaf dgn org, takleh buat musuh...mcm2 lagi la..ko tgk jela tok ti tu, lepas balik mkin mengarut. tp nak kata apa, duit pendapatan dia pun bkn melalui sumber yg berkat...kan?

Ely Hasrul September 11, 2011 at 3:45 PM  

aku kan ekceli mmg takut nk pegi tp niat nk pegi tu mmg ade. papi nk pegi sgt2 tp nk settle hutang2 dulu. dia kata nk tinggal hutang umah aje (iyo lah tu).


ramai agensi skang yg buat pakej pg sana tp visit byk tmpt. mmg org ckp, pi sana nk ibadah ke nk melancong/soping. tp pada aku ade kelebihannye. dpt pegi ziarah tmpt sejarah menambah pengetahuan, siap insaf lagik patu dpt sebarkan.


aku seram nih sbb aku dh naik 1st kt murai ko hahaha so last skalik aku nk ckp, aku sukak polisi ko satu hari - satu entry hahahahhaa

fatt September 11, 2011 at 5:02 PM  

wadi,
kumpoi duit dari skrg kak...lama2 jadi bukit..bleh sign up gi haji terus



ely,
hahaha...ko jgn cuak, carta murai tu suka2 jek la..nti hjg thn aku bagi anugerah khas pengkomen tegar...kita tgk sape pengkomen terbanyak...of cos aku appreciate readers aku. bila aku post benda lain ni sbnrnya aku tgh testing korang...so skrg aku dah tau...hahaha...mmg makin pendek la senarai private entry...kih kih kih...

aku kan ely..nak kata baik tu mmg la tak..masa mak aku ajak aku takmo pegi sbnrnya sbb takut. mau tak takut, ada org ckp smpai je tak nampak kaabah...

takpe ely, nti ko dah nak pegi...ko join kursus umrah, nti slowly ko akan rasa comfortable..pastu sblm dtg cni kena wat solat taubat byk2..apapun, klu dah tetulis rezeki ko ttp ada jgk satu hari nanti...aku doakan, amin :)

Janggel September 11, 2011 at 6:35 PM  

Aku pon demam masa kat sana, tapi aku demam Kat Mekah pada hari ke 6, maksudnya hari kedua di Mekah sebb sebelum tu 4 hari di Madinah. Memang badan terkejut betul dengan perubahan cuaca, bukan aku sorg demam, mak ngan abang aku pon demam jugak. Ayah aku je yang sihat, alhamdulillah. Aku demam agak teruk sampai tak larat pg masjid, solat kat bilik je.

Baru aku tau makan kurma boleh lembutkan perangai..bolehla praktikkan kat anak2 buah aku yg ketegaq2 tu.
Pasar kurma ngan kebun kurma yg ko pergi tu sama la macam yg aku pei hehehe.

~uG0giRL~ September 11, 2011 at 7:09 PM  

owh mcm tu ke? baiklah.

pasal cerek tu kan, patut la sye tengok banyak dijual. rupanya banyak peminat. mcm mana korang bawak balik banyak2 tuh? overweight x?hhee

gadisBunga September 11, 2011 at 10:32 PM  

tang free testing tu aku mmg suka. kalau pi jusco time weekend pun sakan aku menerai food testing, ini kan pulak kurma!

BlueEwoke September 11, 2011 at 11:04 PM  

Hahaha..tgk teko emas yg mak ko borong, teringat kat umah aku pun ada satu teko cam tu. Opah aku kasi mak aku sebijik lepas balik mekah dulu!

Tempat kurma, dan kacang2 tu best!! Hish mau aku pun borong sama!! :))

dzuchan September 11, 2011 at 11:30 PM  

fatt...dulu umah aku pon ada teko tu...nenek aku beli kat Mekah gak rasenya..

tapi x buat masak air la, biasa wat letak air mawar kalau p kubur..

tak tau la skg ni ada lagi ke x kat umah aku..

fatt September 12, 2011 at 12:12 AM  

janggel,
aku rasa penyakit demam mmg dah sinonim dgn org yg gi mekah..mesti kena kalau tak pegi, time balik..hehe

aku jumpa info psl kurma tu masa siapkan entry ni..hehe, betoi la kot. aku rasa mmg itu jela pasar kurma kat sana..mmg dia target market org2 kita & indo..sbb tu ramai peniaga dia org sana



ugogirl,
cerek tu ringan jek..tak berat pun. sumbat dlm beg baju le..haha...klu dah tak muat bwk hand carry



gb,
tula..dahla mahal kurma2 tu, fresh baru petik lak tu..mmg rugi klu tak sebat...hehehe



chawana,
npknya mmg popular teko tu...keh keh keh...kencang bisnes dorg, walhal jual teko jek...rezeki



dzuchan,
hahaha....umah ko guna buat bancuh air teh..tp mmg tak buat masak air pun.

Liz Rohaizat September 12, 2011 at 8:39 AM  

fatt, ada perasan tak teko jenis lain? xtau la.. tp ada satu jenis teko dan set cawan kecil yg jemaah suka beli utk letak air zam2.. utk jamu tetamu kat rumah? rasanya ramai juga yg beli set teko camtu.

korang, kurma yg baru petik tu.. boleh terus mkn. tapi rasanya tak sama mcm kurma yg dah kering tu. dia mcm pahit2 sikit. urm, tapi yg aku rasa tu.. yg jual kat sini la. xtau la kalau jenis yg sana tu manis.

haih, baca entry fatt psl madinah/mekah ni, rasa teringin sgt nak pergi sana. jarang2 dpt tgk gambar cantik2 camni.

Biqque September 12, 2011 at 9:52 AM  

ok, heran sungguh dgn keglameran teko itu...hahaha!

kelmarin lepak ngan jiran sebelah, sembang pasal umrah...dia pegi waktu yg plg takde orang, dimana waktu tu orang salin kain kaabah. tapi gile mahal la sbb quota utk yg pegi tu tak ramai dan company yg pegi tu satu je. tapi mmg best la dgr cite pengalaman dia kat sana...nak2 cite pasal orang2 arab kat sana...

pasal perkuburan tu, thanks for the info :) baru aku tau...

hanie September 12, 2011 at 10:52 AM  

eh..sm mcm teko teh kat umah. hahahaha..

sebnornye aku tgk gambor jek dulu ni. n3 nt aku bace. hahahaha ;p

k.noni,  September 12, 2011 at 11:37 AM  

salam fatt...

best tul baca citer bab umrah nie mengembalikan nostalgia keterindah dan tak sabar nak ke sana lagi...bab teko emas tu ada ag terbeli heheheh

Ely Hasrul September 12, 2011 at 1:46 PM  

ooo buleh mkn la Liz kurma fresh tu. aku tpk gak kalu beli fresh tokleh mkn lotih makcik nk tunggu kering haha.

part teko tu pon aku mmg xpaham apesal glamer sgt, mak aku blk aritu mmg amazing la xbeli teko (ke aku xnmpak) tp dolu2 mmg org beli yg style teko kecik, patu org dtg ziarah tuang skit la zam2 so sume dpt sikit2 ye lah dulu2 kan org pegi xbwk blk air zam2 mcm skang.

fatt, aku kn mmg takut nk pg, nk kena taubat byk2.. tp satu la, mintak maap kt org satu hal, tp utk maapkn org pon satu hal sbb ade org yg sakitkn hati aku smpai skang aku tak bleh la.. cemana tu .. keras ati gak aku neh

eh kalu ade hadiah utk murai aku nak. tp kalu nk buat aku teruja bagi la fridge magnet.. yg lain2 aku xteruja hahahahhaa

fatt September 12, 2011 at 4:14 PM  

liz,
perasan jgk..mmg byk..yg teko u mksdkan tu pun ada..jenis mcm aladin punye kan? mak ada beli jgk tp dia simpan...hahaha.

masam eh? oh baru la tau...rugi tak beli aritu..klu ada rezeki p sana lagi nak beli satu..mana tau kot2 manis ke..thanks for sharing.

gmbr2 ni cantik sbb langit cerah. sana panas terik, pastu langit tak berawan sgt liz..ada rezeki sampaila awk sefamily..insya allah. tp klu nak buat umrah try elak musim2 yg ramai org mcm bln posa




biqque,
welcome :)

fuh bestnya dpt tgk org salin kelambu kaabah. sbnrnya ada jgk lawatan ke kilang kelambu kaabah..tp skrg tmpt tu dah strict skit...klu nak pegi kena tulis surat bagai...huhu...so untungla sape dpt pegi dulu sbb skrg lorat skit




hanie,
umah ko pun ada ye? hik hik hik....
wah kemain sibuk ko skrg...




k.noni,
wsalam kak noni :)

kak, klu buat poll rasanya hampir semua org mesti ada teko ni kan? ekekeke...kelakar la pulak.
sy pun rindu kat sana...rasa kejap betul pegi..tak puas




ely,
ko suka fm ke? boleh2...tarak hal. aku mmg byk fm..kemang tah p mana takde byg la pulak dia ni..busy kot..klu tak berlawan2 dia komen kat sini..ekekeke...

aku ni kan ely...sama la mcm ko, hati batu..tp ntahla skrg ni mcm dah tak kisah sgt. aku punye stail klu ko dah sakit ati aku mmg bleh blah la kan...org ckp its easy to forgive but not to forget. klu sekali dia buat taik, sorila aku nak lupe..tapi utk balas dendam tu mmg aku tak buat la..sbb aku serahkan pada yg pakar (Allah). lambat or cpt dia akan dpt jgk bhgn dia. kan?

iina September 12, 2011 at 5:02 PM  

Tengok kurma tuh memang sedap jek rasa.. mmg sesuailah kan.. kot mana2 yg degil tuh sesuai dilembutkan hehehe ;)

Ely Hasrul September 12, 2011 at 6:50 PM  

abis la kemang xdpt invitation kang utk private entry.. keh keh keh..

aku nih 'penggarang orangnye' haha.. lps dpt anak sorg aje tiba2 kesabaran aku tinggi melangit. tu berkat doa mak aku la kot hahaha.

Janggel September 12, 2011 at 8:02 PM  

Betol la fatt, lebih 90% org yg pegi sana mesti penah demam, dah sinonim macam yg ko cakap. Sebab perubahan. Cuaca.

Ko ada beli tak cawan emas yg kecik2 tu? Ala yg boleh jamu org minum air zam zam tu? Dulu mak aku beli yg tu jugak, kalao org dtg ziarah bagi minum air zam zam dalam tu, maklumla air zamzam kan bercatu, so tak belh bg bebanyak heheheh.

Anonymous,  September 12, 2011 at 9:00 PM  

adehh..setelah berasap kepala otak..baru nak menulis kat sini :P

fatt..ada soalan..sbnrnya aku takut gak nak pegi umrah..sbb aku rasa mcm aku x layak utk pegi sana lagi..byk dosa..tapi next year parents aku ajak..x sure camne..maybe malu dgn Tuhan..ape pendapat ko?

*mode insaf*

inah adelaide

Lily Riani September 12, 2011 at 11:33 PM  

dearest, drop me a line which agency you use yek

fatt September 13, 2011 at 2:52 AM  

iina,
mmg sedap esp ajwa...elok sgt la tu sumbat dlm mulut org yg degil. hehehe




ely,
aku tau ko singa...hahaha. elok la tu ko dah slow down..nti lama2 leh sakit jantung. dulu mak aku penah remind waktu aku tgh marah, katanya marahle byk2, nti sakit jantung..terus insap...hahaha

kemang gigit kibod la pasni...hahaha




janggel,
ada, mak aku beli tapi aku tatau mana dia sorok. hahaha. tp part air zam zam tu aku setuju...mmg kena catu..almaklumla sorang leh bwk 1 bekas jek. tp masa kat sana meriah hari2, bila2, ckp je...leh minum...seronok :)




inah,
aku hampir tak perasan sbb ko login pakai anon

1. nape kepala ko berasap? entry ni panas ke? huhuhu...

2. inah, ni pgakuan jujur aku ye. aku pun sama cam ko. masa mak aku ajak dulu aku asik ckp nti nak pikir dulu...sampaila abah aku nak booking tarikh aku masih gitu. smpai tarikh kena tukar pun aku masih 50/50..tapi pastu aku wat solat taubat dan fokus apa yg aku sbrnya nak cari. sama ada pegi travel (waktu tu aku ada tiket pegi mana tah aku dah lupa) atau gi umrah. bleh aku camtu, pentingkan tmpt lain selain mekah? astagafirullah..

hurm...akhirnya pastu aku dpt jwpn. masa nak pegi tu of cos aku kecut itu ini...takut jejak je tanah sana terus pengsan ke ape ke kan...sbb aku pun bknla baik mana..tp aku redha jelah apa pun jadi biarlah, mgkin klu kena tu bleh kurangkan skit beban masa kat akhirat..tapi takde apa pun yg berlaku smpaila aku balik.

nasihat aku pegi la inah, kita tatau ada ke tak umur kita esok lusa..sebaik2 peluang ni baik ko rebut. klu kata dulu ko byk wat dosa, tanamkan azam pas balik ko nak jadi better person..kat sana nti ko doa jelah apa ko nak, jodoh, rezeki, kesihatan, etc..insya allah apa yg ko mintak akan dimakbulkan tak cpt, lambat...aku kalau dpt peluang aku nak pegi lagi tau...sungguh aku ckp. rasa rindu sgt kat sana...seronok dpt ziarah makam rasulullah, tgk kaabah depan mata...sume tu takleh nak diungkap dgn pkataan :)




lily,
ok...i'll inform u :)

Inah September 13, 2011 at 7:27 AM  

:D..menitik air mata aku baca reply komen hang..mmm..baiklah..akan difikirkan..

ohh..berasap kepala tgh tulis tesis..bukan psl entri..aku suka je entri umrah ni sbb aku byk blajar..yela..aku x sebaik mana :'(

fatt September 13, 2011 at 7:39 AM  

inah,
oh, aku ingt ko berasap nape tadi..but all the best. teringt aku zmn buat tesis dulu. aku pun dah lupa apa tajuknye (boleh?? Y__Y) tapi alhamdulillah tesis aku dpt A dan ada dlm library UM. itulah benda yg paling membanggakan aku wlpun aku bkn dlm dean list...hahaha :D

inah, klu ko tak pasti lagi, ko buatlah solat taubat..buat byk2 pastu ko buat solat istikharah..aku pun tak brp pandai agama tp dari apa yg aku tau camtu la..klu kita nak berhajat atau mintak apa2 petunjuk apa2 pun mesti solat taubat dulu. tak semestinya bila kita wat solat taubat ni kita keji sgt..tak. tp lumrah manusia ada wat salah dgn Allah so kita kena mtk ampun sblm mtk pertolongan.

apa yg penah ustaz zul bgtau ktaorg jemaah2 ni..katanya bila kat depan kaabah tu, kita mintak mcm2...nak kaya la, nak sihat la, jodoh camnila, kerja bagus la...mcm2..tapi kdg2 ada yg Allah makbulkan cpt, ada yg lambat dan ada yg dia tak makbulkan langsung. tapi sbnrnya antara 3 tu (cpt, lmbt, lgsung x makbul), paling baik klu tak makbul. nak tau nape? sbb diceritakan nti kat akhirat ada satu kisah di mana hamba Allah ni terkejut bila tetiba dia dpt pahala yg byk sgt sdgkan masa hayat dia takla baik mana. ko tau dr mana dtgnya pahala2 tu? dari doa yg dia mintak tp Allah tak makbulkan.

kdg2 apa yg kita mtk tu tak baik ut kita, sbb tu Allah tangguh dan ganti dgn sesuatu yg lebih baik utk kita. aku hrp perkongsian ilmu yg aku dpt ni ko bleh guna & pikir2 kan :)

Fantabulous Mommy September 13, 2011 at 8:56 AM  

Masyaallah cantiknya madinah esp masjid. teringin nak pergi tapi belum ada kemampuan. saya suka tengok gambar dalam raudah tu. begitu rupanya raudah. tak pernah terfikir.

thanks sbb berani amik gmbr utk dikongsi fatt.

AKO @ retna September 13, 2011 at 9:17 AM  

pssttt bila ko tunjuk teko tu kan, baru ako tingat, kat umah ako ada seTEKO. hehehe takde la besar sangat yg arwah mak ako beli, kecik2 je.

klu x silap dia beli sebab nak letak air zam-zam..

Lagi satu, time ako pegi kan, derang bawa pasar kurma tu yg betul2 kat tengah bandar. Tak macam yg ko tunjuk ni... ako pegi mcm kat market betul2... mcm kat chow kit gitu yg banyak gerai2...

Inah September 13, 2011 at 9:24 AM  

byk kali aku duk scroll bc reply komen hang :'(..something deep..THANKS fatt..i mean it!

Merah Baldu September 13, 2011 at 10:24 AM  

fresh kurma mmg terbaik..teko tu klu spe2 blik dr mekah mst ade then isi air zam zam tuk bg kat tetamu yg datang minum

fatt September 13, 2011 at 3:40 PM  

f.m,
sama2...sy pun gagah buat2 berani ketik shutter kamera. nasib baik takde yg perasan sbb masing2 kalut nak masuk raudhah...sy ni dah mcm reporter la pulak time tu..haha...

tp nti ada rezeki awk, insya allah smpai. kdg2 pelik tak bila ada org kaya, hrta byk tapi dia tak jgk smpai ke sini. tp org yg miskin, kerja bendang, nelayan, kerja kampung..tetiba bleh sampai..pelik kan? semua tu bghn masing2..apapun doakan yg terbaik...insya allah :)




ako,
ko ada amik tak gmbr kat market tu? klu ada share la...mgkin ada yg lain dr yg kat sini. tp aku penah dgr jgk yg tu tp tak pegi..tp kat sana murah2 ke?

aku rasa kalau aku suruh korang bergambar dgn teko ni aku pasti ramai yg ada 1...hahaha...nmpk sgt teko ni pemes..ekekeke




inah,
alhamdulillah klu ko phm apa yg aku cuba smpaikan. aku hrp ko pegi ye. nti bila balik ko share la pglm ko dgn aku :)




merah baldu,
u pun penah rasa ek kurma fresh dgn tangkai tu? ah ruginya tak cuba aritu :(

kemang~ September 14, 2011 at 6:38 AM  

kurma die tu camane rase nye? ala2 yusof tayyub ke?

ehh kejap..brg2 kat sane murah @ standet hage mcm kite?

Merah Baldu September 14, 2011 at 9:21 AM  

a'ah..sedap..xpe next time pg u bleh rse lg..

fatt September 14, 2011 at 9:35 PM  

kemang,
rasa dia?

rasa dia mcm...."rasa sayang hey, rasa sayang sayang hey!"

hahaha...ok tak lawak. erm, rasanya manis le..sama je kot, ntah, tapi lain skit la. brg2 kat sana tgk jgk..ada murah, ada mahal. tp eskrem mahal kot, coke pun mahal Y___Y



merah baldu,
insya allah

MasZuber September 15, 2011 at 3:42 PM  

teko tue ada aura la tue fatt, nampak je macam tue ;p

nways, kurma yang kaler hijau tue nampak macam rangup jea kalo geget.

Post a Comment

Terima kasih!!

Cerita Lama

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP