Umrah : Ziarah Luar Kota Madinah (Part 2)

September 13, 2011

Sambungan dari episod sebelumnya.


Destinasi seterusnya ialah Jabal Uhud. Dalam Bahasa Arab perkataan "Jabal" bermaksud bukit. Tempat ni terletak di luar kota Madinah dan semasa dalam perjalanan ke sini, Ustaz Zul bercerita kepada kami tentang sejarah peperangan Uhud. Ceritanya menarik dan aku rasa terpanggil nak share kat sini.

Sebelum menaip entry ni aku buat homework sikit pasal peperangan Uhud dalam beberapa website termasuklah dari cerita yang aku dengar melalui Ustaz Zul. Aku gigih catit dalam buku nota masa dia bercerita ok! Sejak aku ada hobi travel ni barulah aku berminat dengan sejarah, walhal dulu zaman sekolah subjek sejarah aku cukup makan je. Hahaha

[source] gambar ilustrasi Peperangan Uhud
Perang Uhud berlaku pada tahun ke-3 Hijrah di sebuah kawasan yang dikelilingi Bukit Uhud. Peperangan ini berpunca daripada kemarahan orang kafir Quraisy terhadap kekalahan mereka semasa Perang Badar. Dalam peperangan ini bilangan tentera Quraisy sangat besar iaitu seramai 3000 orang manakala tentera Islam hanya 1000 orang. Namun bilangan itu berkurangan apabila Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafik dan 300 orang pengikutnya menarik diri di pertengahan jalan lalu mengakibatkan tentera Islam berkurang menjadi 700 orang.

Akibat peristiwa ini Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Imran, ayat 167 :

"Dan supaya Allah mengetahui siapa orang-orang yang munafik. Kepada mereka dikatakan "Marilah berperang di jalan Allah atau pertahankanlah (dirimu)". Mereka berkata "Sekiranya kami mengetahui akan terjadi peperangan, tentulah kami mengikuti kamu". Mereka pada hari itu lebih dekat kepada kekafiran daripada keimanan. Mereka mengatakan dengan mulutnya apa yang apa yang tidak terkandung dalam hatinya. Dan Allah lebih mengetahui dalam hatinya. Dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan"

Seramai 50 orang tentera pemanah telah ditempatkan di atas Bukit Rumat (juga dikenali sebagai bukit pemanah dan "rumat" bermaksud pemanah) sebagai strategi kubu pertahanan. Di awal pertempuran kemenangan berpihak kepada tentera Islam tetapi disebabkan mereka tidak patuh kepada perintah Rasulullah SAW, maka mereka pun tewas.

Rasulullah SAW telah berpesan supaya jangan sesekali meninggalkan kedudukan masing-masing sehingga baginda memberi arahan tapi kerana ingkar mereka pergi memungut harta rampasan perang termasuklah 40 orang pemanah yang berada di atas bukit. Walaupun Abdullah bin Jubair (ketua pasukan pemanah) telah melarang tetapi mereka tak menghiraukannya dan pada waktu itu Khalid bin Al-Walid (sebelum beliau memeluk Islam) iaitu ketua pasukan berkuda tentera kafir Quraisy melihat keadaan ini lalu berpatah balik dan menyerang baki tentera pemanah Islam yang setia mempertahankan kubu. Dalam serangan itu, Abdullah bin Jubair terbunuh dan akhirnya Bukit Rumat yang sebelum ini dikawal oleh tentera Islam telah diambil alih oleh tentera kafir Quraisy.

Sikap tentera Islam yang tamak berebut harta rampasan perang walaupun setelah dilarang oleh Rasulullah SAW diperingatkan kepada kita melalui firman Allah SWT di dalam Surah Al-Imran, ayat 145 :

"Tiada suatu jiwa pun akan mati melainkan dengan izin Allah melalui suatu suratan yang telah ditetapkan. Sesiapa yang mahu habuan dunia maka Kami akan berikan kepadanya. Dan sesiapa yang inginkan pahala akhirat maka Kami juga akan anugerahkan kepadanya. Kami akan berikan pahala kepada orang-orang yang bersyukur"

Dalam keadaan kelam-kabut itu tersebar berita bahawa Rasulullah SAW telah gugur syahid sedangkan pada waktu itu Rasulullah SAW terkena lemparan batu dan jatuh pengsan. Pada waktu ini tentera kafir Quraisy mengambil peluang untuk membunuh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda berusaha menjadi perisai melindunginya dari terkena anak panah yang datang menghujani. Antara yang gugur sewaktu mempertahankan baginda ialah Abu Dajanah, Saad bin Abi Waqas, Mush'ab bin Umair, seorang wanita bernama Ummu Imarah Nusaibah Al-Ashary (perawat tentera Islam dalam peperangan ini) serta suaminya Zaid bin Ashim dan 2 orang anaknya Habib dan Abdullah yang juga turut menjadikan tubuh mereka sebagai perisai Rasulullah SAW.

Akhirnya seramai 70 orang tentera Islam gugur syahid dalam peperangan ini dan yang paling menyedihkan ialah kematian Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib iaitu bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Saidina Hamzah telah dibunuh dengan kejam oleh hamba suruhan Jubair bin Muth'im iaitu Wahsyi bin Harb. Jubair yang kematian bapa saudaranya semasa Perang Badar telah berjanji sekiranya Wahsyi dapat membunuh Saidina Hamzah maka dia akan dimerdekakan (dibebaskan dari menjadi hamba suruhan).

Saidina Hamzah adalah seorang pahlawan Islam terkenal yang digelar sebagai "Singa Allah" di atas keberaniannya menegakkan agama Islam. Beliau diserang oleh Wahsyi ketika sedang sibuk berlawan dengan tentera Quraisy. Wahsyi melontarkan lembingnya lalu menembusi tubuh Saidina Hamzah. Sewaktu Saidina Hamzah sedang menemui ajalnya datang Hindun binti Utbah iaitu isteri Abu Sufyan (pemimpin tentera Quraisy) lalu Hindun menoreh dada Saidina Hamzah dan mengeluarkan hatinya untuk dikunyah tapi tidak diizinkan Allah SWT lalu Hindun termuntah.

Ada banyak pendapat yang bercanggah berkenaan dakwaan Hindun mengunyah hati Saidina Hamzah dan persoalan itu dirungkai di sini. Apapun yang pasti hanya Allah SWT saja yang tahu tentang kebenaran peristiwa itu. Juga diceritakan bahawa salah seorang yang syahid dalam peperangan ini ialah Hanzalah bin Abu 'Amir yang baru mendirikan rumah tangga dan meninggalkan isteri yang baru dikahwini untuk berjihad. Ketika ditemui mayatnya dalam keadaan basah seperti dimandikan dan apabila diberitahu kepada Rasulullah SAW akan perkara ini baginda mengatakan bahawa mayat Hanzalah telah dimandikan oleh para malaikat kerana dia turun ke medan perang dalam keadaan berjunub.

Akibat kekalahan tentera Islam dalam peperangan ini, maka Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Imran, ayat 138-142:

"Dan janganlah kamu lemah semangat dan janganlah kamu bersedih hati kerana kamulah orang-orang yang lebih tinggi darjatnya, jika kamu benar-benar beriman. Jika kamu (pada Perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum kafir itupun mendapat luka yang serupa. Demikianlah, masa kami pergantikan antara manusia, agar mereka mendapat pelajaran dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman dengan orang-orang yang kafir dan supaya sebahagian kamu gugur sebagai syahid. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim. Dan agar Allah membersihkan orang-orang beriman (dari dosa-dosanya) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar" 

Namun di sebalik kesedihan ini berlaku peristiwa pengislaman beberapa orang seperti Wahsyi bin Harb, Hindun binti Uthbah, Khalid bin Al-Walid dan orang kafir Quraisy yang lain. Alhamdulillah.

Untuk bacaan lanjut berkenaan peperangan Uhud sila ketik sini, sinisini dan sini.

Bukit Uhud yang berlatarbelakangkan Kota Madinah ini panjangnya adalah sejauh 10km

Berhadapan dengan bukit pemanah (Bukit Rumat) ini terdapat kawasan perkuburan para syuhada dan di sinilah seramai 70 orang tentera Islam disemadikan termasuk Saidina Hamzah. Pernah suatu ketika dulu berlakunya banjir besar di kawasan ini dan pemerintah Arab telah mengarahkan supaya makam Saidina Hamzah dipindahkan ke tempat lain tetapi sewaktu makam itu digali mereka mendapati jenazah Saidina Hamzah masih elok dengan kesan darah yang masih segar walaupun jasadnya sudah beratus-ratus tahun dikebumikan. Subhanallah. Begitu mulianya para syuhada yang berjuang demi menegakkan agama Islam. Allahuakbar!

orang ramai mendoakan kesejahteraan para syuhada

Kami tidak melepaskan peluang untuk singgah di tempat bersejarah ini dan menziarahi makam para syuhada. Di sini kami berdoa akan kesejahteraan mereka yang telah dijanjikan balasan syurga oleh Allah SWT di akhirat kelak. Kelihatan ramai orang berpusu-pusu menziarahi kawasan perkuburan dan suasana di sini sama seperti di Perkuburan Baqi' yang tandus tanpa pokok. Di antara perkuburan para syuhada dan bukit pemanah ini ada pasar kecil yang menjual pelbagai barangan seperti kurma, tasbih, Al-Quran dan lain-lain.

suasana di sekitar Jabal Uhud

Sewaktu berasa di sini aku cuba membayangkan situasi semasa peperangan Uhud dan menyelami perasaan Rasulullah SAW semasa berhadapan dengan kematian bapa saudaranya yang tragis. Baginda amat mengasihi Saidina Hamzah dan kesan daripada peristiwa itu baginda mengalami kemurungan.

orang ramai berdoa di atas bukit pemanah yang terletak bertentangan dengan makam para syuhada

Ramai orang cuba memanjat Bukit Rumat (bukit pemanah) dan berdoa kat atas tu dan aku pun tak terkecuali. Dulu bukit tu tinggi tapi sekarang semakin terhakis akibat aktiviti manusia. Walaupun sekarang dah tak begitu tinggi, tapi still semput nak panjat. Tidak terbayang bagaimana kesusahan serta kepayahan tentera Islam mendaki bukit yang berbatu dalam keadaan panas dan berdebu untuk berperang. Mereka tidak takut memperjuangkan nyawa hingga ke titisan darah yang terakhir dan semoga peristiwa ini dapat kita jadikan sebagai iktibar.


bersambung.....
.

62 comments:

Inah September 13, 2011 at 7:33 AM  

teringat sejarah islam yg aku blajo masa sek rendah..haisy..too much of ilmu duniawi skrg sampai benda penting mcm ni aku dah lupa..bila ko mention nama2 mcm Hanzalah, Wahsyi, Saidina Hamzah..everything seems to come back to me :)

glad you're sharing this important info :)..ilmu lebih baik disebarkan :)..sayang ko utk ini!

fatt September 13, 2011 at 7:44 AM  

inah,
hahaha...ada2 la ko ni. ko tau tak, aku bersungguh2 buat entry ni tau. aku korek sana sini dan compile sbb aku syok baca cerita perang uhud. tp bila ko pegi sini, ko akan rasa syahdu bila teringt perjuangan mereka semua...sbb tmpt2 yg ko pegi tu benar, makam tu benar, semua yg tertulis dlm Al-Quran tu benar...insaf sekejap..

_aiza_ September 13, 2011 at 8:07 AM  

tq cik fat untuk sejarah perang uhud..dulu pegi denga jek penerangan dr mutawif...balik m'sia, xsempat nak serch lebih detail...huhu..

Liz Rohaizat September 13, 2011 at 8:30 AM  

kalau masa sekolah dulu, dah mcm ternganga dengar ustaz dan ustazah bercerita tentang peperangan ni. kalau nak diikutkan, peperangan ni yg dirasakan paling tragis sebab tentera Islam kalah akibat ketamakan sesetengah tentera itu sendiri.

cerita Hanzalah bin Abu 'Amir tu mmg ustazah penah bercerita. kerana beliau menyahut seruan berjihad, tak sempat nak mandi wajib.

Allah akan memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yg Dia rasakan layak. tgk la.. musuh Islam satu tika dulu pun berjaya mendapat hidayah dari Allah. kita yg mmg dah Islam sejak lahir pun belum tentu mengamalkan 100% Islam dlm hidup.

Nooraishah Yahaya September 13, 2011 at 8:44 AM  

sedih bace part sahabat2 berusaha jadi perisai untuk melindungi Rasulullah waktu pengsan terkena lemparan batu..bergenang airmata bila mengenangkan betapa sahabat2 tu bertuah sbb dapat peluang syahid menggadaikan nyawa demi Rasulullah..thanx for sharing fatt!

ms a September 13, 2011 at 8:59 AM  

i had a great ustaz yang bersungguh2 menceritakan seerah Nabi dan para sahabat. so waktu beliau kisahkan peperangan semua, siap boleh bayangkan. may Allah bless him.

Biqque September 13, 2011 at 9:02 AM  

ala macam blog aku, syok tulis pasal travel, then tukar politik skit, senyap hahaha!

kisah perang nabi? tell me about it! aku mmg suka ok cite2 nabi ni, nak2 masa bulan posa aritu aku layan palestine, bumi para anbiya. aku baru je beli buku. sumpah best sebab aku mmg tak sangka, rupanya zaman nabi adalah sama dgn zaman rome sume tu! masyaAllah, sonok nyer la if idup zaman tu. and khalid al-walid sememangnya seorang yg sangat2 hebat! dah la kafir patu masuk islam kan...

nak tanya, quran kat sana, ada tanda baris sume tak? ye la, sbb sana tanah arab kan, diorang sah2 pandai baca tanpa baris...

btw, smlm aku mimpi ko ajak sume budak2 travelholic buat cam satu league, gi satu pulau, dalam tu ada macam2 pertandingan...gempak siut! and yet, ko MASIH cover muka ko dgn topeng...topeng hannibal plak tu! hahaha!

AKO @ retna September 13, 2011 at 9:12 AM  

fatt,

dont worry, ako memang mengikuti kisah journal ko yang satu ni..
al-maklum bila baca karangan ko ni, terubat rindu ako masa pegi awal2 dl.. ;-)

btw bukit uhud ni ako pegi tapi ako x daki sampai puncak nya coz time kitrg pegi tu dah petang2... so memasing cam malas nak daki mendaki... masa ako pegi erkk x pasan plak ada org menjual ek.. ke ako yg x pedulik sekeliling masa tu ye?? ermm...

tapi ako konpius jap, kat sini yg ada signbod tulisan bahasa melayu kan???

hehee... ye la dl2 pegi cam bangga kan, pak arab cakap melayu. Tapi skrg ni klu nmpk tulisan melayu dah cam lali je kan hehehe

BlueEwoke September 13, 2011 at 9:15 AM  

Mula-mula aku tgk gambar org perang naik kuda tu, aku terkedu sat, sebab ingat gambar tu ko yg amik pastu aku assume ko edit. Sekali gambar dari source lain huhuh.. Ha berapa agak2nye cost utk buat umrah ni?

Laki aku selalu sound aku, asyik travel ke sana sini perabis duit..baik p buat umrah ada gak faedahnye huhuhu..cer citer..

Daddy Ziyyad September 13, 2011 at 9:22 AM  

Fatt, I truly enjoy reading your blog. Jujurnya, tengah khatamkan part by part siri Madinah you ni...baru part 1. Keep it up!! Moga Allah kurniakan pahalaNya kpd you sebab sudi berkongsi ilmu..:)

june September 13, 2011 at 9:34 AM  

fatt, sy folo cerita umrah ni. best, untung fatt dah sampai. bila la turn saya eh.. saya ada baca buku biografi muhammad bin abdullah, rasa dekat dgn rasulullah dan teringin nak ke sana (mekah n madinah). eh nak tanya, apa istimewa teko tu, mak mertua saya pon hr tu bg sy 1 teko tu.. n dia beli byk n bg semua adik beradik.

farr83 September 13, 2011 at 9:51 AM  

salam
ni kali kedua post comment..but the first time tak kira kot sebab letak nama je tak log in..hehehe
tak dinafikan cerita siem reap yang membuatkan saya slalu dtg sini :P
tapiiiii cerita2 you di madinah ni pun sgt2 la best dan bila baca tu saya mcm boleh bayangkan keadaan di sana..the way you cerita and describe the situations..mmg bestla
and it also menjadi satu motivasi bg diri saya untk ke sana one day Insya Allah :)

Chik Att September 13, 2011 at 9:56 AM  

Salam ..

Kurma ajwa lebih murah berbanding di Pasar Kurma , madinah ...

WOBY September 13, 2011 at 10:30 AM  

oowhh fatt sedih sekejap..

thanks ye sebab sharing...

en_me September 13, 2011 at 10:46 AM  

syukurnye dapat tengok bukit uhud kanns.. ehehe

shah_rule September 13, 2011 at 11:12 AM  

yup sokong dgn inah~

aku pun rase dari dok check2 belek2 kt temple budha ke ape ke around the world.. tempat asal kite sepatutnye jangan di lupa... kan2~

teringin jugak la nk gie.. lagi2 tmpat2 tinggalan zaman kegemilangan islam sume tuh.. hehe tp duit x cukup lagik..

insyaallah niat ade..~

langkah kaki.. September 13, 2011 at 12:00 PM  

alhamdulillah..finally habis bace sekali 3 part about sis punye umrah..4 hari je pong x online...berderet entry..:P. org dah start klass..cengginilah.. merangkak rangkak bukak lappy..:P.

btw..bukit rumat tu saye x daki...sebab time pergi tu ramai sangat..n mutawwif kami pon x suggest utk naik..die takut ade yg terjatuh..pasar kurma..mcm tempat same je kite gi? :P.. dekat pasar kurma tu la first time saye rasa n makan kurma selama hidup nei.. n trus jatuh cinta pada kurma... tapi..saye makan kurma nabi je..yg lain x lei masuk tekak..T_T..demand erk? :P
jubah sane pon cantek2..n kain die sejuk..x panas..

zany September 13, 2011 at 12:18 PM  

Aku tetap follow sambil menikmati gambar macam thread new zealand dulu, silent reader kekdahnya. Cuma kalau cerita 'batuk-batuk' baru nak komen pasal lucu pun ada. Sambil baca tersenyum atau tergelak mesti nak diiringi dengan luahan perasaan.

Anonymous,  September 13, 2011 at 12:52 PM  

x ramai pun tukang karut bile post camni..

-nyonyah manje-

~uG0giRL~ September 13, 2011 at 1:03 PM  

owh bukit pemanah nama dia...ari tu xdengar ustad tu cakap nama bukit. best kan dengar crita sirah nabi kan? cerita pasal sahabat2 nabi, kalau bab2 sedih tu mmg terasa la, kuar la air mata...

Janggel September 13, 2011 at 2:02 PM  

Kannnnnnn tetibe tak banyak plak org masuk eh? takpe itulah asam garam berbloging kan...Tabah. hahahaha

Masa aku pergi Jabal Uhud tu org tak ramai yg pegi situ so keadaan agak lengan, atau mungkin sebb bas yg kami naik parking kat tempat lain? hahah ntah le. Tapi best kan sejarah jabal uhud ni.

Ko pegi tak tempat bukit terbakar tu fatt? yg bukit tu tinggal batu2 rongga je? aku pon tak ingat sangat citer bukit tu tapi tak silap aku tu tanda kiamat selepas 600 taun kewafatan baginda rasul:

"Sabda RasululLah (SAW) yang bermaksud:" Antara dalil kiamat sudah dekat, adalah akan keluar dari bumi hijaz api yang besar sehingga kelihatan dari Sham" Setelah 600 tahun kewafatan Rasul, maka terkeluarlah api menjulang tinggi dari bumi Madinah ini yang mana dapat dilihat cahayanya dari Iraq."

Pastu ko ada tak pergi tapak perkampungan Yahuddi?

fatt September 13, 2011 at 2:23 PM  

_aiza_
sy klu dah minat mmg korek2 habis2an. sbb cerita ni kisah benar dan ada tulis dlm al-quran sbb tu rasa teruja nak tau wlpun tak boleh nak bagi sbnr2 gambaran keadaan waktu tu




liz rohaizat,
aku pun nganga waktu ustaz ni cerita. tp dgr lah brp kali pun mmg tiap kali tu rasa teruja sbb kisah para rasul ni mmg menarik.

tp mmg betul la apa ko ckp...Allah leh bagi hidayah pd sesiapa dia mau tp kita yg sedia lahir dlm islam ni pun kdg2 lagi kapir dr org kapir..u know what i mean...tak taulah nak kata apa..kdg2 sikap kita yg pikir, "alah, ujung2 nti masuk syurga gak"..itu salah..buatnya dosa berkepuk dudukla dlm neraka tu smpai juta tahun...nauzubillah

fatt September 13, 2011 at 2:26 PM  

esah,
nusaibah (perempuan yg jadi perisai rasulullah saw) tu dijanjikan balasan syurga & nti kat sana dia akan ajdi bidadari syurga..rasulullah berdoa benda ni waktu nusiabah nak temui ajal...iskk...kalau aku jadi dia, belum tentu berani nak biar badan kene hunus dgn pedang & panah :(




ms.a
i pun impress dgn org yg boleh ceritakan kisah2 nabi dgn detail. rasa kagum sbb dorg betul2 kaji sirah tu..

fatt September 13, 2011 at 2:32 PM  

biqque,
politik tu lain..ni psl agama...masing2 pendek tengkuk, takpun ketik tanda pangkah sblm baca..huhuhu

psl quran tu sama je biq...sume ada tanda sabdu. klu ada rezeki ke sini, ko sedekahla quran..letak dlm masjid2 biasa je..iskk...aku nyesal tak buat camtu aritu...aku kena pegi balik ni... T____T

err, aku masuk dlm mimpi ko? hahaha...tp mmg aritu aku ada ckp dgn janggel & kemang, nak organize mini trip utk kita sume..tak kisah la apa, paintball ke, cave exploring ke, water rafting ke..utk sesi suai kenal...dah lama gather dlm ni better kita jumpa real & wat something. mana tau bleh jadi annual gathering ke :)



ako,
aku ingt ko invisible..hahaha...ok2, so bila ko nak tepek gmbr p umrah tu? aku nk tgk :)

pak arab sana mmg reti ckp melayu..so careful skit..kang dia paham klu mengata. tp sbb kat sana pun mmg ramai student indo & msia sbb tu dorg dah belajar.

yg signboard melayu tu dlm masjid nabawi jela..lelain aku tak perasan plak.

AKO @ retna September 13, 2011 at 2:37 PM  

fatt,
ada ada cuma bz sket lately ni kat opis tu yg x sempat nak menyampuk..

mood nak mengadap blog pun tgh down skrg nih.. nanti2 ek, ako try cari balik gegambar lelama tu, ada ada tapi ako rasa tak sehebat dan sebanyak gambar2 ko la ye hehee,. :p

coz ako masa kat mekah dan madinah x bergambar sgt, bergambar masa kat jordan je pun..

tunggu insyallah ada rezeki dan peluang ako share gak nanti ;-)

fatt September 13, 2011 at 2:42 PM  

chawana,
hahaha...camne la aku bleh ada kat tmpt kejadian amik gmbr..iskk, klu ya mesti umur aku dah beratus2 tahun..hahaha..aku carik dlm tenet la..kasik korg feel skit baca cerita ni

hurm, apa hb ko ckp tu betul. ko pegi la sini beb. pegilah sume tmpt dlm dunia ni tp klu tak pegi yg ni mmg tak patut. kos nak buat umrah murah je..as low as 3000pp, klu ko nak beli tiket separate kos dia bleh lagi murah...sblm decide ko shop around dulu tgk mana yg ok. aku hrp hati ko terbukak la ke sini sbb sumpah ckp aku takde hati dah kat nz pas gi mekah. walhal dulu aku rsa tu la tmpt paling best yg penah aku pegi...huhu




dz,
alamak sori klu dz terasa. i tujukan kat bebudak hardcore citer telenovela tu..yg out of nowhere muncul..isk isk isk..kena tarbiah dorg ni..

skrg ni sy tgh disiplinkan diri habiskan citer ni..blum masuk mekah lagi ni.

oh btw, klu u cek balik komen dlm entry perth tu ada my fren confirm psl highway tu..so i rasa pasni lagi convenience sbb dah ada jln pintas dr pinnacles ke lancelin :)




june,
insya allah..setiap drpd kita mmg nak pegi sini..sbb kat sini la kita bleh reflect balik kehidupan kita & kaji kisah kehidupan baginda. sy hrp suatu hr nti june pun dpt sampai. insya allah

teko tu biasa je, tp sy pun pelik nape sume org yg balik dari sana beli. dah jadi mcm kewajipan pulak kena ada etlis satu..hehehe...

fatt September 13, 2011 at 3:08 PM  

farr83,
hi farr! i tak perasan id u ni...but thanks for coming. skrg ni i dah remove sume entry SR..sbb i nak rewrite entry lain..sume ni sudden waktu i taip journal ni..sbb i rasa entry2 tu out of scope dr matlamat asal blog ni.

kalau hati dah rasa nak ke sini (mekah, madinah), insya allah akan dibukakan jalan..berusahalah :)




chik att,
wsalam...

quote, Kurma ajwa lebih murah berbanding di Pasar Kurma , madinah ..

rasa cam tak lengkap ayat ni. berbanding ape? klu boleh sila share mgkin ada yg tertanya2 jgk. tq




woby,
jgn sedih saja...insaf pun perlu..




en_me,
nti cik mie pi sini masa haji make sure panjat smpai kat puncak bkt rumat ni tau! hehe

fatt September 13, 2011 at 3:23 PM  

shahrul,
yg penting ko dah berniat..alhamdulillah.

tulah, gagah jejak sana sini, tp klu tak terbukak hati nak pi tmpt sacred ni mmg aku tak taula nak kata apa..semoga mereka2 itew dibukakan pintu hatinya...insya allah




jie,
sis punye polisi 1 hari=1 entry. wlpun kdg2 jadi 2/3 hari = 1 entry tapi takpelah..kena keep the momentom going or mood blogging akan down..huhu..

erk biar betik jie makan kurma masa pes time gi cni. abistu berbuka posa tak mkn ke? sunnah tau klu mkn waktu berbuka..dpt pahala pree je...tp mmg kurma ajwa tu mahal, kdg2 balun sorg2 sekotak pun boleh. kdg2 mkn kurma je dah kenyang, sbb dlm tu cukup sume zat tenaga yg bdn kita perlukan. punya hebat khasiat buah kurma ni :)

tp mmg byk tmpt kita p sume sama, cth pasar kurma tu..mcm janggel ckp, sama la pasar kurma kita..haha..tak sangka kan kita sume gi tmpt yg sama! :P

mutawif kitaorg pun tak bg sbnrnya sbb bahaya, bukit tu berbatu..tp akak punye sandal boleh grip so sebab tu akak panjat..huhu




fird,
terkena ke fird? hahaha. tulah, an aku dah ckp....




zany,
aku dah remove sume entry batuk2 tu. hahaha...




nyonya manje,
u pun sama la..dah i bersuara baru masuk...iskk..kena tarbiah satgi ni

fatt September 13, 2011 at 3:32 PM  

ugogirl,
aah...kat atas bukit ni la 50 org pemanah tu berkubu..tp mmg sedih la dgr lelagi citer saidina hamzah..sbb jenazah dia yg paling tragis sekali..kena umpil hati :(




janggel,
dorg ni suka sgt bc benda yg lagha, tu pasal aku hint dlm entry ni. benda2 camni kena selalu mengingatkan, takleh nak seronok 24jam..iskk...(mode setazah)

bukit terbakar? aku baru harini dgr..thanks janggel for sharing info ni...aku nak demand pegi situ klu next time aku ke sini lagi..

perkampungan yahudi? aku mcm penah2 dgr..tp tmpt tu kat mekah kan? kat satu lembah yg sejuk (atas gunung), tul kan? tp nama tmpt tu aku dah lupe..nti aku tanya abah aku. nabi pegi bertapa kat situ masa dia sedih tak silap aku..pastu dia seru org2 sana masuk islam tp dorg takmo & pastu dtg bala allah...tul tak? aiseh ape nama tmpt tu ek... *garu kepala*




ako,
fuh! fuh! aku kasik ko mood blogging ni...hehe..takpe beb, aku pun kdg2 camtu gak. tp sbb rasa byk lagi entry yg tak ditaip so aku paksa diri ni...hrp2 aku menten camni.

uih, ko gi jordan ke? iskk bestnya..kat sana la kan ada Petra? kota ape tah tu...ko pegi tak situ? err...jordan dlm arab la kan? (fail geog)

Janggel September 13, 2011 at 3:38 PM  

Fatt bukit terbakar tu mmg unik. Ko bayangkan bongkah batu sebesar baldi cuci kain tu ko boleh angkat sebelah tangan je!!!! Sebab yang tinggal hanyalah rongga2 batu dari bukit yg dah terbakar. Memang bukut tu besar dan warna hitam. Bukit tu kat Madinahh bukan kat Mekah.

Pasal kg Yahuddi tu pon kat Madinah jugak di pinggir bandar Madinah. Dah takda orang tinggal kat situ. Yang ada hanyalah tapak-tapak istana dan bekas telaga Yahuddi yang dah tak terjaga. Memang dasar kerajaan Arab Saudi untuk tidak membangunkan kawasan tersebut. Sejarahnya, di situlah tempat orang-orang Yahuddi merancang untuk membunuh Baginda Rasul dengan menjatuhkan batu besar. Namun Jibril lebih pantas menyebarkan berita itu ke telinga Baginda, lalu baginda mengusir semua puak Yahuddi keluar dari Kota Madinah.

Kalo ko g sana lagi try la pg tempat2 tu.

AKO @ retna September 13, 2011 at 4:17 PM  

ako mmg amek pakej g jordon sekali. coz dah alang2 kan.. lagi pun ako naik flight jordon airline so harus la bertenggek sekejap barang semlm dua kat jordon tu..

psstt ako ni bab2 nama tempat mmg fail jgk beb hahah..

ako rasa tempat petra tu yg ada cam tempat hercules tu ek?

erkkk isskk ako bab2 sejarah ni mmg terpeleot sket hhahaha, nnt ako share arr, n ako try cari nama2 tempat tu sumer..

BlueEwoke September 13, 2011 at 4:53 PM  

Fatt: Insya Allah, aku memang ada hati nk pegi buat umrah tu.. Cakap pasal ko tak de ati nk ke NZ pas pegi Mekah, aku rase memang betul pun. Opah aku sebagai contohnye, kalau ke mana saja kitorg bawak dia p jalan, dia tetap kata Mekah tu la yang terbaik dan tercantik sekali, tiada tandingan, tak kisah la kat New Zealand ke, Swiss ke mana ke.. Aku dengor dia kata cam tu..aku tak leh kata apa dah..sebab memang benar kot.. So aku kena rasa sendiri la..

Aminnn

iina September 13, 2011 at 7:32 PM  

well stories fatt.. baca buku tak sama dengan pergi ke tempat tuh sendiri kan..

Biasalah bab2 yg happening tuh semua org suka kan.. ;)

Fird September 13, 2011 at 7:38 PM  

haha Fatt selalunya i terkesima keinsafan bila baca sirah2 yang u selit dlm entry. sbb tu i ala-ala tak bersuara hehe

fatt September 13, 2011 at 8:09 PM  

janggel,
subhanallah..yeke batu sebesar itu pakai sblh tgn dah boleh angkat...kagum!

yg bab pkampungan tu mcm penah dgr..nti aku korek balik nota kecik yg aku tulis, hrp2 ada la..klu ko tau nama tmpt tu lgi senang..ingt lagi x?

erm, ko ada tak taip entry psl tu or gmbr psl tu dlm blog ko? klu ada ko tepek la link citer tu dlm komen ko...bleh aku & readers lain refer...tq dude!




ako,
hehehe...sama la kita. aku kalau nak visit sstu negara barula aku terhegeh2 nk baca peta dia. tp aku rasa mmg betul la Petra tu kat Jordan..dia zmn2 hercules la kot..
kat Jordan tu canggih moden ke kuno tmpt dia? menarik ke kalau travel sana? org sana mcm pak arab ke? pompuan dia pkai purdah ke?




chawana,
amin!

dulu ada sorg reader aku (tatau nama sbb dia komen as anon), dia ckp dia gi umrah 3x tak silap aku..pun dia rasa camtu..rasa bersalah nak p tmpt lain sbb mekah & madinah tu dah mmg yg terbaik. dgn keadaan dunia zmn skrg, dgn byk petanda2 kecil kiamat..ikutkan aku lagi rasa nak pegi selalu...nak buat amal byk2.. tp kdg2 ada jgk org yg pegi sna as holiday, byk..cam artis2 kan...eh haritu masa aku p aku satu flight dgn hattan & raja azura..hattan aku tak jumpa time balik, tp raja azura pegi sama time dgn aku tp lain agent. ntahla beb, kdg2 artis ni cam tok ti ko tgkla, kata dulu balik je nak tutup habis, skrg ni dah makin lama makin ke belakang selendang dia. kdg2 cenonet je tutup...haih entahla. tp aku ni pun takla bagus mana....masih memperbaiki diri.




iina,
hahaha....aje nye ye..mmg gitu la depa tu.
tp klu dpt p cni lagi sekali rasa nk panjat smpai puncak




fird,
alhamdulillah...mmg tu niat aku sbrnya. smbil cerita smbil selit sikit2 sirah & ayat quran..sbb bila berlaku sstu peristiwa tu mesti Allah ada turunkan ayat quran..klu kita kaji la kan..mmg takde sbb utk ragu2 lgsung sbnrnya. tp masih ada org yg pertikai kewujudan tuhan & kebenaran sstu perkara :)

langkah kaki.. September 13, 2011 at 10:49 PM  

huhu..tu la kan..nak wat cmne...dulu buta kurma..skang x dah.. tp kene kurma ajwa la..x pun kurma yg sikit beh kureng warna mcm kurma ajwa tu..:P.

pakai sandle..sae gi sane berselipar jerk..hehe..ni kes degil la ni pnjt jugak even x kasik??:P

Biqque September 13, 2011 at 10:58 PM  

biasa la fatt, bab agama je orang rasa panas leher telinga bagai...hahaha!

ha aku slalu niat nak sedekah yasin or quran or sejadah or telekung...insyaAllah dpt la kita pahala bila orang menggunakannya kan...bleh bleh...

ha cantek sangat la tu sesi beramas mesere bebudak kita (ewah terus declare tuh) hahaha! mmg aku stuju sgt kita jumpa di alam nyata, baru tau tahap murai masing2 hahaha...takde la, aku ok dgn annual gathering ko tu. tak kisah la dok mana pun, at least cam bleh jumpa kan? ha kat mana? laki aku ajak gi afrika, bleh? (toek tul...) world cup brazil cam lazat dan lazis jer :D mampos nak korek duit hahaha! tempat/activity kecik2 dulu ok gak :D

Janggel September 14, 2011 at 12:31 AM  

haah fatt betul! Batu besar tu sebenarnya ringan sebab dah terbakar yang tinggal liang2 rongga batu je. Ko try la cek.

Aku ada gak tulis pasal pengalaman di Madinah dan Mekah tapi time tu masih hingusan so nak merepek panjang2 pon tak reti. Banyak gambar je, ko tengok la gambar2 yg ada. Tapi aku ada bubuh gambar Bukit Terbakar dengan Perkampungan Yahuddi tu, ko bleh tengok.

ni link entry UMRAH aku:

http://janggeltrekking2.blogspot.com/2008/07/diari-umrah-part-ii.html

fatt September 14, 2011 at 5:18 AM  

jie,
tp kurma ajwa mahal...tu yg sakit nak membeli..huhu

aah...biasala org degil..mana bleh terima jwpn NO. konon nak proof la NO tu sbnrnya YES...haha. nasib baik tak tergolek ke bawah, klu tak jadi sejarah :P




biqque,
aku suggest ko sedekah Quran. klu telekung org sana tak pakai, jubah dorg tula telekung..Yasin pun takde kat sana...dorg pakai Quran je..sana Quran murah..bleh beli byk2 pastu mintak dia chop "wakaf"..mmg dorang ada chop tu..jgn risao

aku rasa nak buat aktiviti la skit baru sume leh participate..aku teringin water rafting sbnrnya..tp nanti bkn skrg la ye sbb aku tgh gelabah smpai hjg thn ni...ada lagi 3 trip nak hadap...mampuih....iskk >___<




janggel,
aku dah tgk..takleh blah le ko wat sign "pis" kat mekah/madinah....hahaha...nasib ko tak kena petir...hehehe

kemang~ September 14, 2011 at 6:36 AM  

beb! aku dah byk terlepas cite ko ni... gilaa bz beb, tiap2 ari ade konferen ngan case presentation.. ni pon aku bace sekali lalu jekk.. nanti aku bace smpai ke bwh okayyy..

aku berharap aku dijemput ke sini...

Inah September 14, 2011 at 7:43 AM  

ohh..aku nak join gak kalo ada retreat tapi bulan mac tahun depan br balik malaysia..

p/s: aku akan ke queenstown bulan dec ni utk bentang paper..haha..dapat jugak aku jejak NZ sekali lagi and yg bestnya, sponsored by uni..yeah! nanti nak try ledge bungy kalo aku cukup keberanian :)

Janggel September 14, 2011 at 7:49 AM  

Fatt ko tak penah pg eh tempat² tu...takpe insyaallah ko ada rezeki pg jugak ke situ.

Ish aku mana ada buat pis la fatt aku buat thumbs up je heheheh.

Anash September 14, 2011 at 9:00 AM  

fatt,
bila dah ke sana baru tau susah senang nak tegakkan syiar Islam...
baca buku tingkatan 1 dulu tak de feel sebab baca untuk ujian (niat tidak betul..apa daaa...)
when theory meets practical...baru leh hayati sebenar perjuangan mereka...
Been blessed to be there...

AKO @ retna September 14, 2011 at 9:01 AM  

fatt,
jordon mmg kira negara arab la tapi kat sana rsnya mcm x byk org islam kot sebab kat sana bkn pak arab yg berpurdah sana sini..

jordon sana sini ko leh nmpk prg pakai seksi seksi...

tapi bkn la takde org berpurdah, ada cth mcm kat airport klu x silap ako... derang still ada jgk yg pakai purdah ada yg x so ako x sure strict mana keISLAMan derang kat sana.

klu g laut mati, bersepah minah mat saleh berbikini or berbogel mandi manda kat sana, so ko pk la sendiri k hehehe..

time ako pegi, bangunan dia x membangun, sepesen je pun, bangunan kotak2 mcm kat madinah jgk la (erkk time ako pegi la ye, time ko pegi mybe madinah dah cantek kot)

pasir berbatu2
ada gak bangunan moden, tapi x sumer tempat la..

airport derang kecik je pun.
tapi polis strict giler, abes meraba2 luar dalam check sorang2.. and derang x friendly la.

derang guna matawang USD.. fengsan OK, air mineral sebotol sampai RM7 (itu masa matawang USD tgh naik la ye hehe)

pape pun, tempat menarik, ermm seigt ako, ako g melawat 7 sleepers, tempat hercules tu, pastu ada bukit apa ntah ako pun dah lupa.. pada ako bole la layan tp x bp minat sgt arr jordon.

Biqque September 14, 2011 at 12:45 PM  

ha tu la aku pasan gak, telekung ni asia2 jer ek...ye la, yasin pun actually dlm quran gak...senang sume dlm tu...

aku bab2 hutan atau sungai, aku tak reti sgt...laut ok! hahaha! haah bukan tahun ni pun takpe...bebila sume agree la...

(terpaksa cite kat sini sbb takde post baru)
pagi tadi confcall ngan mamat jerman! application support kowt mamat ni, baik gile! sume ni badi cite jerman ko la ni hahahaha! dok singapore, tapi jerman. tapi muka dia cam kurenggggg skit la...bukan keturunan traveler kowt, kalo traveler mesti hemcem kan. kahkahkahkah!

gadisBunga September 14, 2011 at 5:42 PM  

baca entri ni dah mcm baca artikel kat majalah solusi lak. hebat la.

Ely Hasrul September 14, 2011 at 9:13 PM  

ketepii.. ketepiii.. ibu mengandung nak masuk komen.. haha kurang ajo.. cubalah kasik salam

assalamualaikum (aduish tingat biqque kata mamat germen kasik salam haha)

dr cite ko mmg ustad tu pandai cite ah smpai ternganga. aku dulu sek agama mmg suka sejarah2 nih. sbb byk kebesaran kuasa Allah tunjuk. aku nih kan suka berangan bende2 cm gini.

bila masjid qiblatain nk kuar?

p/s- aku dh request fatt hold cite batuk smpai aku blk KK bln depan ye, kalu by october xsempat aku request hold lagik smpai bln nov sbb aku nk pg KK lagik (tak kena ngena aku g KK kena hold cite sukati tukang cite la, mcm la xbleh online kt situ. ckp mcm nk pg tgh laut haha)

fatt September 14, 2011 at 9:22 PM  

kemang,
haaa..timbul pun. aku dgn ely ada sebut2 nama ko 2-3 hari ni. bizi ghupenye..takpelah..kerja elok2 ye.




inah,
insya Allah...klu ko dah balik mesia ada gath aku jemput. but so far utk thn ni rasanya tak kot sbb aku punya jadual skit padat smpai dec...

hahaha....ko nak wat ledge bungy ke? ko pasti? hahaha...ok aku cabar ko...nti klu ko jumpa mamat yg cakap "Malaysia Bagus!" ko kim salam aku kat dia..ekekeke...mamat tu keje kat situ..dia pegang tali aku nak lompat..hensem gakla :)

alang2 ko buatla kawarau bungy skali...pastu verdict mana 1 lagi thrill




janggel,
thumbs up ek? mata aku ingt ko wat pis...hahaha...sori2..




anash,
tulah, kita akan rasa benda tu sendiri bila dah tgk kesannya. bkn tak caya sume cerita dlm buku sejarah, tp org kata bila tgk dpn mata lagi bertambah2 caya & kagum...samalah mcm tgk tembok besar cina...kagum...ops sori..no i tak mksd nak compare sejarah islam dgn tembok besar cina but likely, just an example

fatt September 14, 2011 at 9:31 PM  

ako,
7 sleepers tu ape?

hohoho...bar betik kat laut mati ada org mandi bogel?? @__@
gila bapak open...aku penah tgk pompuan half-naked kat koh samui..itu jam rasa nak pitam...sbb dah mcm kuih tepung gomak rsanya tgk natang tu berlemuih dgn pasir...yuckkk!!! *muntah*

but thanks a lot for sharing about jordan..now aku dah tau camne. kalau tmpt pakai USD mmg lemah skit..mcm cambodia tu la..siyes takleh blah bila dia pun nak feeling US..hish!




biq,
hahaha...cam siot jek "sbb bkn keturunan traveller"...takleh blah!

ntahla biq...tp aku rasa betoi la kot. masa aku duk queenstown dulu aku penah sembang dgn 4 sekawan germans sambil2 flirt one of the guy...peh hensem giler merecik2...time aku kemas bilik dorg tu dorg ckp nak kuar gi main black water rafting tp hujan so kansel..kami pun sembang2 la..iskk...smpai skrg aku nyesal sbb tak berusaha lebih..kalau tak mesti dah sangkut punye...kah kah kah... :P

ok citer off topik

psl aktiviti tu next year kita bukak semula cerita la eh..aku p mana pun ok as long as tak clash dgn jadual thn depan :)




gb,
besau nau ko punye kompliment, tp takpelah, aku terima..makacih :)

fatt September 14, 2011 at 9:44 PM  

ely,
mak buyung...dah kuar la..tapi belum masuk feeder, lembap skit.

ahaaa...ustaz tu mmg pandai citer sbb dia mengkaji sirah...muda lagi, comel, tapi dah kawin...huwaaa T____T melepas den!

entry tu aku tak publish aku tulis tmpt lain. ko akan tau bila ko dpt email..dont wori. buat masa ni mmg fokus aku nak habiskan citer umrah dulu..bertabahlah! hahaha

bdk2 @ John September 14, 2011 at 11:14 PM  

sudah namanya manusia. sukakan benda-benda yng lagha ni....aku pun kdg2 tergelincir jugak. MasyaALLAH..

mari kita sama-sama mengingati satu sama lain fatt. InsyaALLAH, dapat keberkatan.

fatt September 14, 2011 at 11:29 PM  

bdk2 @ john,

hihihi...aku pun sama..slalu gak melalut...ni yg nak pulang ke pangkal jalan. hrp2 kita sume tak tersasar...insya Allah :)

Ely Hasrul September 15, 2011 at 9:20 AM  

bukit tu ko kata dh thakis kan.. bape tinggi la ek puluh ribu tahun dulu huhu..

azmnor September 15, 2011 at 9:32 AM  

Assalamualaikum Cik fatt,
dan salam aidil fitri minal aidil wal faizin dan salam kenal juga.

seronok pula baca catatan umrah ni...terasa rindu nak kesana lagi... saya kesana jun 2011 gak tapi awal jun, 15 jun dan balik mesia.

tak sabar nak tunggu catatan seterusnya.

fatt September 15, 2011 at 10:07 AM  

ely,
ntahle ely..aku agak ada la kot tinggi mcm dlm gmbr ilustrasi tu...bleh tahan jgk mencanak dia




azamnor,
waalaikumsalam encik azamnor. selamat hari raya & salam ukhwah

eh kebetulan je clash date arrival & departure...tp masa tu mmg tgh pack jgk kan jemaah...seronok pegi cni..klu bole nak pi lagi..hrp2 ada la rezeki tu

Shari April 3, 2012 at 4:02 PM  

Fatt - teruskan jugak menulis artikel macam ini...saya adalah silent reader yang sentiasa mengikuti kisah2 travel Fatt dan lain2..tpi yang artikel trip Madinah sangat2 menyentuh hati saya. Insyaallah kalau diizinkan Allah , saya akan berangkat ke sana utk kali pertama pada awal May ini. entry/post ini sangat2 membantu saya...terimakasih byk2...

Nur-nba June 26, 2012 at 6:24 AM  

Salam. Pertama kali singgah ke blog ini.. Teruskan usaha anda menulis kisah2 sejarah seperti ini. Banyak yang kami pelajari dan sangat menghargai usaha saudara.

Mohon izin untuk kongsikan entri ini di blog dan dilinkkan ke blog ini. Terima kasih atas perkongsian.

fatt June 28, 2012 at 12:47 AM  

shari,
sama2. sy menjangkakan waktu ni awk sudah pun balik dari mengerjakan umrah. minta maaf sebab terlepas pandang komen ini. sy amat menghargainya dan insya Allah jika kelapangan sy nak menyambung semula travelog Umrah



nur-nba,
wsalam. minta maaf sbb dah lama tak menyambung cerita umrah ini sebab tak berpeluang nak update blog sekerap dulu. apapun silakan berkongsi entry ini di mana saja...terima kasih byk2

Ikin August 9, 2012 at 9:01 AM  

Fatt,

Ish ish (ketuk pala)...macam mana lambat jumpa blog ni. Best gila. Search pasal umrah...terjumpa this blog.

TQQQQ, meronta2 hati ni nak pergi bila baca entry umrah. Thanks again :).

fatt August 16, 2012 at 3:33 AM  

ikin,
makasih...sy hrp awk dan pembaca2 lain akan menanam keinginan utk ke sana...muda2 ni kita masih ada kudrat..maka pergilah =)

Post a Comment

Terima kasih!!

Cerita Lama

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP