Umrah : Ziarah Luar Kota Madinah (Part 3)

September 14, 2011

Sambungan dari episod sebelumnya.


Kami meninggalkan lapangan Uhud dan menuju ke destinasi terakhir iaitu Masjid Qiblatain yang jaraknya cuma 10 minit dari sini. Dahulu masjid ini dikenali sebagai Masjid Bani Salamah kerana pada asalnya ia merupakan bekas kediaman Bani Salamah.

Masjid Qiblatain bermaksud masjid 2 kiblat ini menyimpan sejarahnya yang tersendiri kerana di sinilah Rasulullah SAW menerima wahyu dari Allah SWT untuk mengubah arah kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram dan peristiwa ini berlaku dalam bulan Rejab tahun ke-2 Hijrah.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 144 :

"Sesungguhnya Kami sering melihat wajahmu mengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkan wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al-Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya, dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan"

Sewaktu wahyu turun Rasulullah SAW sedang menunaikan solat Zohor dalam rakaat kedua. Baginda berhenti seketika untuk mengubah kedudukan 180 darjah dan menyambung kembali solatnya sehingga selesai. Peristiwa ini telah mengubah nama Masjid Bani Salamah kepada Masjid Qiblatain dan nama ini kekal sehingga ke hari ini.

Pada asalnya arah kiblat untuk semua Nabi adalah Baitullah di Mekah yang dibangunkan oleh Nabi Adam A.S, Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S dan begitu juga Masjidil Aqsa di Jerusalem (Israel) yang ditetapkan sebagai kiblat sebahagian Nabi. Diriwayatkan dalam hadis Bukhari bahawa Rasulullah SAW menginginkan kiblat yang sama dengan Nabi Adam A.S dan Nabi Ibrahim A.S dan permohonan Rasulullah SAW dimakbulkan oleh Allah SWT lalu turunlah wahyu yang memerintahkan arah kiblat diubah ke Baitullah (Kaabah).

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Imran, ayat 96 :

"Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia ialah Baitullah (Kaabah) di Mekah yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia"

Masjid Qiblatain atau Masjid 2 Kiblat

Kami berhenti sekejap untuk menunaikan solat sunat di masjid ni dan Ustaz Zul mengingatkan para jemaah supaya jangan sesekali buat solat 2 kiblat macam yang pernah Rasulullah SAW buat sebab ada sesetengah jemaah yang buat solat 2 kiblat sedangkan perbuatan tu salah sebab arah kiblat kita ialah Masjidil Haram dan bukannya Masjidil Aqsa.

Aku dengan ahli keluarga dan jemaah lain turun untuk menunaikan solat tapi hampa sebab terlalu ramai jemaah dan kebetulan hanya 1 pintu yang dibuka. Disebabkan keadaan yang terlalu sesak maka terpaksalah kami skip, mungkin bukan rezeki nak solat di sini.

[source] bahagian dalam Masjid Qiblatain

Ziarah luar kami berakhir di Masjid Qiblatain dan lebih kurang pukul 10.30am kami pulang ke hotel. Sementara menunggu waktu Zohor sempatlah kami berehat sekejap. Selepas solat Zohor berjemaah kami balik semula ke hotel untuk makan tengahari dan semasa dalam perjalanan balik family aku singgah beli Al-Quran kat luar perkarangan Masjid Nabawi.

penjual Al-Quran di luar Masjid Nabawi
Harga senaskah Al-Quran yang biasa cuma SAR15 (15 Riyal). Kalau ada di antara kita yang berhajat nak sedekahkan Al-Quran kat masjid boleh mintak penjual tu chop "Wakaf". Al-Quran "wakaf" tu bolehlah kita tinggalkan kat mana-mana masjid di sekitar Madinah atau Mekah. Untuk pengetahuan semua, naskah Al-Quran dalam Masjid Nabawi dan Masjidil Haram ada chop pemerintah Arab iaitu King Abdullah bin Abdul Aziz dan itu yang membezakan antara Al-Quran masjid dan Al-Quran yang diseludup. Kadang-kadang petugas masjid akan check dan remove mana-mana Al-Quran yang takde chop King Abdullah pastu sedekah kat public. So instead of sneaking your copy, apa kata sedekah je kat masjid-masjid lain yang memerlukan Al-Quran baru sebab itu lebih afdal. 

kanak-kanak menjual kayu sugi

Selepas selesai membeli Al-Quran kami pulang ke hotel untuk makan tengahari dan berehat sementara menunggu waktu Asar. Dan selepas waktu Asar kami pulang semula ke hotel dan membersihkan diri sementara menunggu waktu Maghrib. Begitulah rutin seharian di sini, sekadar memenuhi masa dengan beribadat dan berulang-alik ke masjid. Tapi malam tu aku plan nak ke Raudhah sekali lagi memandangkan esok kami akan bertolak ke Mekah.


bersambung.....
.

38 comments:

~uG0giRL~ September 14, 2011 at 9:18 PM  

Erk! Al Quran 15riyal je? ni yg cetakan Madinah kan? nape ari tu sye beli kat Makkah 50riyal? nak tawar mcm xbest plak sbb nak beli kitab suci. banyak btul org kedai tu amik untung. salah sye jugak xsevey dulu :(

fatt September 14, 2011 at 9:41 PM  

ugogirl,
uih mahalnye u beli smpai 50riyal..gulp! kitaorg beli yg cover hijau mcm dlm masjid tu..exactly..yup, cetakan madinah. tp mebi murah sbb dia jual pakai cart..i pun tak pasti. but quality wise sama dgn dlm kedai, takde beza

Janggel September 14, 2011 at 10:09 PM  

hmm memang lain benar dah madinah skg... Makin teruja aku nak pegi balik ke sana fatt.

Ko tak beli ke kayu suji tu? aku tak reti langsung nak guna mende alah tu...

AKO @ retna September 14, 2011 at 10:30 PM  

betul la, dah lain sgt skrg ni ek..?!!
time ako takde pun jual al-quran kat luar masjid.. ini betul2 kluar masjid dah ada org jual mejual ek?

tapi pk2 balik betul la, time ako pegi, luar masjid sebahagian tgh renovate, yg bah luar tu takde bumbung lagi mcm skrg ...

luar pagar masjid, otw nak balik hotel baru da org jual menjual cam pasar malam..byk betul perubahan ek skrg ni..makin senang org skrg nk beribadah kat sana.

pssttt kayu sugi tu ako ada beli, pernah la juga nk try gosok gg guna kayu sugi tu kan tapi hehehehe x lalu ako nak gosok nya.. ehhe ntah ada semcm bau sket, mungkin bau kayu tu la heheh tp org sana bersugi x kira tempat, jalan2 je musti nmpk pak arab tonyoh gg dia ngan kayu tu, erkk x plak digantinya.. aiyoo besih ek camtu? ekk....

kemang~ September 14, 2011 at 10:47 PM  

fatt..aku mampu tgok gambo je fatt, cerita tu aku bace wiken ni.. sok aku ade exam wehh! plis doa kan aku yekkk :D

ehhh x aci nih ade org rampas title mr murai aku..ely pulak jd mrs murai skang? takpe2 bulan ni aku bg can kat org lain.. :)

aku dah merase sekali aritu... x leh nak jd tamak kan.. kena share ,,hikhik :D

err and aku teruja nak ke sini.. ko tau, akak aku kensel trip pi japan dec ni..dekat rm2k abeh beli tiket flight..die tukar route, pegi umrah ngan hubby and anak die umor 4 taon.. oh em gi..aku nak ikut..tapi ongkos nye......*crying

and aku rase mcm aku ni byk utang lagi x settle.. cam segan lah pulak nak pegi sane.. dlm keadaan tgh hina lagi ni..

AKO @ retna September 14, 2011 at 11:05 PM  

kemang,

ms ako g dl lagi arr takde niat siyes mmg x terpk akan jejak kan kaki kat situ.. dgn hati x terbuka, dgn byk mslh hutang nya, dgn hati x bape tau sgt pasal agama.. erkk mksd ako cam cetek sket ilmu ni kan, tapi klu DIA bagi rezeki kita ke sana, insyallah sampai juga kita kat tempat DIA kan..

so dont worry k, ada rezeki sok sampai juga tuh ;-)

kemang~ September 14, 2011 at 11:13 PM  

janggel

kayu sugi tu bukan ala2 berus gigi ke? aku penah try ritu, freshhhh!!

farr83 September 14, 2011 at 11:17 PM  

salam
wahh banyak info baru for me in this post :) especially part yg Rasulullah saw menukar qiblat semasa solat tu
thanks for sharing
kalau harap diri sendiri nak cari info2 ni,berjangguuuuttt..hehehe

bdk2 @ John September 14, 2011 at 11:18 PM  

InsyaALLAH, mudah-mudahan aku pun dapat rezeki jejak kaki ke sana.

skung ni pun, hati teringin nak pegi. Tapi minda belum cukup bersedia fizikal dan mental...terlalu byk dosa utk ke sana. MasyaALLAH...

fatt September 14, 2011 at 11:25 PM  

janggel,
yela tu dah byk berubah...ako pun ckp benda yg sama. aku rasa setiap tahun dorg upgrade la..sbb makin lama makin ramai jemaah...syukur alhamdulillah

kayu sugi tu aku tak beli tp abah aku beli..dia pakai. huhuhu




ako,
mmg ramai org meniaga..klu time malam pun sama naik jgk sibuknya..sbb sini tmpt dia tak sunyi..org sentiasa ulang alik gi masjid sbb tu tak takut even klu kuar malam

haaa..psl kayu sugi tu kan..sbnrnya dorg potong bila tang hujung tu dah mencapah..mcm berus gg jgk..klu dah mencapah berus dia kita buang kan? ni dorg potong..pastu kopek lilitan kayu sugi sbb utk "berus" yg baru. rasa dia mmg pelik skit la..tp abah aku pakai..kdg2 dia pakai tu, kdg2 pakai berus gg biasa. aku pun tak penah cuba..huhu




kemang,
ko ni...tak elok ckp camtu..hina mulia kita ni hanya Allah je tau..tak semestinya org yg lebai dgn solat tak tinggal dia mulia sgt..ok.

gulp, akak ko kansel p jepun...huhu..takpe, jepun tu bebila bleh p..tu akak ko dah dpt jemputan dari yg di Atas..ko percaya kan sume tu..sume benda ni kdg2 tetiba je Allah gerakkan hati, alhamdulillah. tapi nti ko suhla akak ko doa ko sampai...mtk dia doa kat depan pintu kaabah..situ tmpt mustajab doa..aku pun doa2 jgk ni mintak dpt smpai lagi..hrp2 ada la peluang ke-2, ke-3, ke-4 dan seterusnya :)

ko takyah baca lagi blog aku ni, esok dia tak tanya soalan dlm blog aku tau...hahaha..but all the best! klu fail ko kena belanja kami makan..so maknanya ko kena lulus..heheeh

kemang~ September 14, 2011 at 11:26 PM  

@ako

untung ako , janggel. fatt dah sampai sane..aritu mak sedare baru blik dari umrah...die duk cerita la mcm mane die kat sane..mase tu rase on the spot je nak pi sane..tp angan2 je la.. mane ade duit.. and xde cuti..

hope berpeluang menjejakkan kaki kat sane..

thanx ako bg smangat !!

eh ehhhhh, nak off dahh! esok gua examm..terbabas dari landasan dah ni.. wish me luck okay ;)


tata fatt.. aku tau ko tgh on9.. kalo x, komen2 ni ko x kan publish punye.. dari situ aku leh detect ko tgh on9 ke x :) betol dok? kih kih

assalamualaikum..

Janggel September 14, 2011 at 11:27 PM  

Kemang mmg dia macam berus gigi tapi ntahle aku macam tak gamak nak gune, mungkin sebb tak biasa kot.

Kemang, kalo nak ikotkan mmg kite takkan dapat nak bersihkan semua kejahatan dalam diri, tapi bile ada peluang trylah ke sana, bertaubat dan beribadah..sesungguhnya tiada tempat sebaik2 tempat untuk beribadah selain dari tanah haram.

AKO @ retna September 14, 2011 at 11:30 PM  

gud luck kemang!! dah pi study cepat ;p

fatt September 14, 2011 at 11:44 PM  

farr83,
sama2...sekadar sharing apa yg sy dgr masa ziarah haritu..kdg2 cerita2 sejarah ni seronok jgk layan. klu best mmg sy korek semua




bdk2 @ john,
aku pun ikutkan mmg tak sedia lagi semua2 tu tp tulah, bila dah sampai ko akan rasa berkobar nak ubah diri..insya Allah. semoga rezeki ko ke sini sampai jgk nanti..amin!




kemang,
w'salam!

ko siot jek kan...mmg aku on9 sbb aku tgh taip new entry ni..sbb sini kena moderate sbb klu tak aku tatau korang letak komen kat mana..senang aku nak track..

insya Allah kemang...aku doakan ko sampai ke sini jgk nanti..insya Allah. bab cuti2 sume tu masalah kecik je..klu ko nak gi umrah boleh dpt pelepasan...jap je umrah ni, dlm 2 minggu..

all the best 4 ur exam ok! ingt pesan aku, fail ko belanja kitaorg makan..paling2 sate 30 cucuk..hahaha...

oklah...gi study..goodluck.

assalamualaikum!




janggel,
tetiba aku rasa terkesan baca komen ko. bkn utk kemang je, tp utk kita2 yg dah penah sampai ni adakah kita dah berubah atau masih di takuk yg sama? sedih la Y___Y

iskk...aku rasa nak pi lagi ni sbb aku rasa mcm tak habis mengadu lagi dpn rumah Allah...huuuu T____T

kemang~ September 14, 2011 at 11:54 PM  

okay abang shahrin al mansur, terima kasih :) kejappp mane aku punye watermark ? done or not ? keh keh...

dzuchan September 15, 2011 at 5:44 AM  

hi fatt..lama aku x komen..intenet opis aku kn block..natahape2..
diorang jual Al-Quran macam tu je eh?
haa,...nak tanya sbnrnye..ko rasa mana baik, bwk barang2 cam baju semua dari mesia banyak or beli kat sana je.. xde la.
ada sepupu2 bgtau mak aku jgn bwk barang banyak2, beli je kat sana. aku pon x tau nak dengar ke x sbb ada baca blog siorg kata bwk dari mesia.

cantik la luar masjid tu..kagumm...aaa..bile boleh p ni..

Janggel September 15, 2011 at 7:07 AM  

Fatt, terkesan eh...sama² kite pasang niat ke sana lagi yer. Insyaallah ada rezeki.

Kemang, woiiiiitttttt!!!! Siot je ko kan!!! Haish.

Janggel September 15, 2011 at 7:10 AM  

Kemang :
Watermar tu sorry sesangat aku x smpat buat lagi la. Nanti eh.

cik gold September 15, 2011 at 8:34 AM  

cam tingin ja nak pi ni..nak start kumpol duit la.hehehe

Liz Rohaizat September 15, 2011 at 9:52 AM  

oh, ada juga org still buat solat 2 kiblat kat situ? tapi mmg ada sesetengah org yg bila sampai sana, suka buat perkara bidaah kan? mcm dlm entry ko yg sblm ni, yg siap cium2 batu semua tu. tu semua tak patut dibuat.

lawa la masjid tu. mmg penuh eh?

fatt September 15, 2011 at 10:20 AM  

dzuchan,
aik, belogsepot pun kena ban ke? aku ingt pesbuk je..huhu. yup, kat cni jual Quran gitu je..harga mcm2 depends pada saiz & tulisan beso kecik...pd aku bwk baju dr cni le..kat sana mana ada masa nak gi sopping bagai..tumpuan kat ibadah. lgpun pakaian org sana x mcm org cni. brg2 kat arab mahal skit dr cni, elok2 jimat la, tu pd aku.
kat sana cos nak dobi baju pun mahal ko tau..huhu...klu nak jimat basuh sendiri.

makanan kat sana pun tak sedap sgt, jd aku rasa elok mak ko bwk serunding atau sambal...buat penyedap makan..kdg2 cara masakan dia tu tak mcm kita..tak berseni skit. org2 tua mcm mak2 kita ni slalu la komplen, tp aku belasah je, tak mkn lapo




janggel,
aku merancang nak gi semula thn depan..insya allah

oit ko buatla entry tutorial buat watermark tu..bleh aku belajar jgk




liz,
ada.tp bkn jemaah dr msia la..jenis2 yg ada fahaman syiah ni yg buat.dorg kan mmg pelik skit...tah mazhab mana tah.tp klu ikut mazhab pun still salah sbb tu bkn kiblat kita dah..rasulullah buat pun masa tu sbb turun wahyu

cni masjid sume lawa2 senibina dia...aah penuh, nak masuk pun takleh belah pompuan..takde tempat nak berdiri utk solat

Daddy Ziyyad September 15, 2011 at 11:46 AM  

Terlalu ramai jemaah di Masjid Qiblatain sampai tak muat masuk ke Fatt? Or kena beratur terlalu panjang (sebab satu pintu aja bukak)?

Janggel September 15, 2011 at 12:03 PM  

insyaAllah mesti ko dapat pegi taun depan.

Fatt aku pon tak pandai sangat la buat watermark tu, aku main belasah je sesedap rasa tu..tak reti nak ajar macamana.

Ely Hasrul September 15, 2011 at 1:25 PM  

bape byk mesjid kt madinah ek? cantek2 sume cam nk nangis aje tgk. eh fatt, xpaham la ape maksud quran seludup? kire org wakaf quran dr luar letak kt mesjid la? yg xdek cop king? ngapa dorg xkasik letak dlm mesjid? xvalid ke? ok byk soklan.. hehe

fatt September 15, 2011 at 3:04 PM  

dz,
aah...sblh pompuan...siap ada mcm pengawal lagi x bg masuk pintu tu..so klu nak kena solat kat bwh dkt tempat wudhu..mmg sah2 la bkn dlm masjid..huhuhu





ely,
brp byk? peh takleh jwb..konpemla beribu riban lebih byk dr kat mesia. tp ada gak masjid2 tua yg uzur. masjid2 yg cantik ni slalunya ada sejarah.

mksd aku Quran seludup tu bila ko bwk masuk ko punye copy & tinggalkan, konon nak sedekah. kat sini mmg King punye quran je dlm 2 masjid ni..takde Quran luar..klu aku jadi King pun aku nak book 2 masjid ni...hahaha..licik. sbb ramai org p sini, byk org baca berlipat2 la pahala dia..licik.

pastu kan, Quran yg King bagi tu tiap2 tahun dia ganti..mmg ko takkan jumpa 1 pun Quran buruk dlm ni, sume cantik mcm baru kuar kedai. dia go batch by batch la, every year tukar, itu dr apa yg aku dgr la. yg lama tu dia sedekah je nanti kat public..dasat kan? dah nama pun King

MasZuber September 15, 2011 at 3:35 PM  

aku baru berkesempatan baca journal madinah ko nie fatt..,

beautiful info! membuatkan aku nak bace entry2 sebelum nie yg aku ketinggalan tue..

fatt September 15, 2011 at 3:40 PM  

janggel,
amin...
psl watermark tu kan..ko pakai potoshop vol. brp?




masZuber,
terima kasih...
nti ada masa ko selak2 le...tp biasala citer aku pjg berjela..hihihi

Ely Hasrul September 15, 2011 at 4:06 PM  

dasat la king nih pegang sdr haha. agak2 ape yg kite nk pesan ek kalu org nk pi haji?

dzuchan September 15, 2011 at 9:56 PM  

fatt, tima kasih utk info tu..
nnti aku bgtau mak aku.. esok mak ngan abah aku da kursus perdana.. da dekat da diorg nak berangkat. sedih..

sbnornye boss MIS baru aku skema..aku ter main angry bird time keja, tros dia block..cehh..nasib baik umah ada streamyx..bole la layan kalo tido lmbat.

Pijah Pelangi September 16, 2011 at 12:06 AM  

always baca je journal umrah ni, tp xsempat nk komen,hehe. Tp semalam mcm termimpi pergi masjid qiblatain ni, walopun x penah pegi,huhu.

fatt September 17, 2011 at 2:02 AM  

ely,
ko pesan kurma ajma la..kacang pistachio.jubah mgkin susah sbb saiz kena ukur. tp yg paling best rasanya klu kirim doa..ko suruh dia doa ko & hb sampai sana...tp kena doa kat tmpt mustajab la :)




dzuchan,
aah..tak lama lagi org nak pi haji..sekejap je kan masa berlalu. aku rasa mcm baru lagi 2011, nak hujung thn dah rupanya.

nape bos ko tu, moyan bebeno. dengki betul..janji kerja siap udahle..takkan nak hadap kompiter 24jam je..kan? slalu bos pompuan camni la...boring. eh, mmg bos pompuan eh?




pijah,
alhamdulillah...bkn senang nak mimpi pegi masjid ok, aku pun tak penah...mgkinkah itu petanda2 ko akan menyusul ke sana pasni? :)

Ely Hasrul September 17, 2011 at 8:42 AM  

kirim doa & hb? err hb tu ape fatt? hahaha blurr aku pepagik. aku xpakai jubah so idak le memesan mende tuh. in laws aku nk g haji 3hb oct. tu pasai la aku g KK karang.

fatt September 17, 2011 at 9:29 PM  

ely,
hb=husband...bukan haribulan. hahaha...aku reply kat blog ko

Zie Noorzail September 17, 2011 at 9:35 PM  

Fatt..

Citer yg menarik dan gambar yg menawan! Terbaeeeeek!

fatt September 18, 2011 at 12:26 AM  

kak zie,
terima kasih :)

Ely Hasrul September 19, 2011 at 8:24 PM  

fatt, okek mmg baru la kt aku hahaha.. aku dh tpk chemical short form ke ape hahaha

Biqque September 25, 2011 at 9:14 AM  

aku suka jubah and aku ada la beberapa...insyaAllah, kalo bleh nak ke arah tu...takpe2, ada la tu...

haah, tak silap aku masa dua rakaat yg terakhir, nabi ubah kiblat ke kaabah...sbb wahyu turun...

well, yahudi still berkiblatkan situ kan...

Shari April 3, 2012 at 4:11 PM  

Insyaallah nnti saya nak beli Quran tu nanti.
Thanks Fatt for the post. Very informative and penceritaan menghiburkan....

Post a Comment

Terima kasih!!

Cerita Lama

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP