Umrah : Doa Yang Termakbul Di Raudhah

September 25, 2011

Sambungan dari episod sebelumnya.


Hari Ketiga : 16 Jun 2011 (sambungan)

Malam tu selepas solat Maghrib kami tak balik terus ke hotel sebab kurang dari sejam masuklah waktu solat Isyak. Sementara menunggu kami manfaatkan masa yang ada dengan melakukan solat sunat, berzikir dan membaca Al-Quran. Alhamdulillah aku dah masuk Juzuk 3, progress yang pada aku cukup bagus setakat ini.

aku tatau nape dorang ni suka duduk kat luar walhal panas membahang kot

Ramai orang di Masjid Nabawi pada malam tu berbanding hari sebelumnya, mungkin sebab malam tu adalah malam Jumaat. Lazimnya pada hujung minggu penduduk Madinah dan kawasan sekitar akan datang berpusu-pusu ke sini untuk beribadat. Apa yang lebih menarik ialah solat Jumaat pada keesokan hari sebab di sini orang perempuan pun pegi walaupun tak wajib. Oleh kerana peluang sebegini mungkin muncul sekali seumur hidup jadi aku pun join sekaki. 

Selesai solat Isyak seluruh ahli keluarga aku balik ke hotel untuk makan malam tapi aku tak ikut sebab nak pegi Raudhah. Mungkin itu kunjungan yang terakhir sebab esok kami akan bertolak ke Mekah untuk menunaikan Umrah.

Pada mulanya mak agak keberatan nak melepaskan sebab aku masih demam, tambahan pulak takde sape yang meneman. Tapi aku yakin takde perkara buruk yang akan berlaku, Insya Allah. Cuma aku pesan pada mak untuk tapau makan malam memandangkan aku tak balik sekali. Sebelum berpisah aku mintak supaya beliau mendoakan keselamatan aku.

Tanpa membuang masa aku terus mencari group Bahasa Melayu dan menunggu di situ. Memang betul malam tu ramai orang yang nak ke Raudhah dan waktu menunggu pun lebih lama dari biasa. Setelah hampir sejam barulah kami dibawa ke tempat menunggu yang terakhir iaitu di hadapan perkarangan Raudhah. Kat sini kiranya last station sebelum kami dibenarkan masuk.

Sewaktu menunggu di sini bermacam-macam kerenah manusia yang boleh dilihat. Ada yang bergaduh sesama sendiri dan ada yang terus masuk walaupun dilarang oleh petugas masjid. Aku masih ingat lagi waktu tu ada jemaah Turki yang berperang mulut dengan petugas masjid sebab tak dapat masuk. Sebenarnya bukan petugas masjid tak bagi masuk, tapi sebab waktu tu keadaan dalam Raudhah terlalu sesak. Bimbang berlaku sesuatu yang tak diingini maka sebab itulah mereka lepaskan group by group. Tapi biasalah orang Turki memang jenis tak dengar cakap, kalau dilarang sekalipun mereka tetap akan buat.

alamak kantoi! ada orang nampak aku bawak kamera lah! hahaha
Aku masih ingat waktu group kami dilepaskan masuk. Entah macam mana tetiba group Turki datang menyerbu dari belakang dan menolak-nolak jemaah Malaysia dan Indonesia sampai ada di antaranya jatuh dan terpisah. Aku pun kena tolak ke depan dan dalam sekelip mata aku berdiri di antara jemaah Turki yang saiznya lebih besar dari aku. Terasa asing sekali sebab mereka semua berjubah hitam sendangkan aku bertelukung putih. Aku melihat keadaan di sekeliling dan nampaknya sah aku dah terkepung di antara mereka.

Aku melihat ke bawah dan kini aku sedang berdiri di atas karpet Raudhah. Tanpa membuang masa aku terus beri salam kepada Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Sedang aku memberi salam tiba-tiba terasa bagai ada seseorang yang mendorong aku dari belakang hingga ke saf hadapan. Aku tak tau siapa yang mendorong aku tapi alhamdulillah, bukan senang nak sampai ke sini, syukur. Dan kebetulan pada waktu tu ada 3 orang rakyat Malaysia sedang melakukan solat dan sementara menunggu mereka selesai aku perhatikan keadaaan sekeliling. Ada seorang wanita Turki berjalan di hadapan orang yang sedang bersolat sambil mencium dan mengusap-usap partition yang memisahkan di antara kawasan perempuan dan lelaki. Astghafirullahalazim, buat kerja khurafat makcik ni.

Sejurus selepas 3 orang jemaah Malaysia itu selesai mereka memberikan ruang kepada aku. Aku rasa bersyukur sangat sebab Allah kerana telah memudahkan segalanya walaupun keadaan pada waktu tu teramatlah sesak. Alhamdulillah, aku dapat tunaikan solat dengan tenang dan berdoa panjang dalam sujud. Banyak yang aku mohon dan salah satunya ialah supaya disembuhkan dari demam sebab badan aku perlu fit untuk meneruskan ibadah umrah esok.

masih sibuk walaupun dah tengah malam

Setelah selesai semuanya aku terus beredar dan pulang ke hotel. Perut yang sejak dari tadi kosong sudah mula minta diisi. Sampai saja di hotel aku terus meluru ke lif dan sejurus pintu lif dibuka aku nampak mak, abah dan 2 orang sepupu aku sedang berdiri di dalam. Kami masing-masing terperanjat dan aku tengok muka mak risau yang amat. "Eh, semua orang nak pegi mana ni?", tanya aku kepada mereka. Mak terus memeluk aku dan ini makin menambahkan lagi rasa confuse. "Kenapa ni?", aku tanya lagi.

"Mak risau kamu tak balik-balik sebab dah pukul 1pagi. Mak ajak abah, Ayie dengan Aman cari kamu. Mak risau, kamu tu dahla demam". Laaaa....camtu sekali mak aku ni, ingatkan ape. Tapi siyes aku tak sedar rupanya dah pukul 1pagi.

Kami masuk semula ke dalam lif dan terus ke bilik. Bila sampai di bilik aku tengok semua makcik-makcik aku tengah sibuk mengemas sebab esok kami akan bertolak ke Mekah. Terkejut mereka bila nampak aku dan dan tanya ke mana aku menghilang. Aku cerita dari A sampai Z apa yang berlaku dan tak semena-mena mereka pulak merancang ke Raudhah esok.

Sedang kami berborak-borak tiba-tiba aku berasa pelik dengan diri sendiri sebab sebelum ni kalau orang tanya sepuluh, aku jawab sepatah (sebab demam) tapi kali ni aku pulak yang rancak. Aku letakkan tangan ke dahi dan tengkuk, tak rasa panas. Aku mintak mak untuk cek semula takut tersalah dan memang betul demam aku dah hilang. Subhanallah! Cepatnya Allah makbulkan doaku. Aku rasa nak menangis pada waktu tu sebab segala rasa lesu, lemah badan dan panas yang aku alami selama 3 hari berturut-turut telah hilang dalam sekelip mata, alhamdulillah.

Sebelum bersurai abah mengingatkan kami yang esok imam akan baca Surah As-Sajadah dalam solat Subuh. Kenapa imam akan baca surah ni dan kenapa dalam solat subuh akan aku ceritakan dalam entry yang seterusnya.


bersambung....
.

26 comments:

kemang~ September 25, 2011 at 9:06 AM  

fatt..org turki mmg macam tu ek? macam amalkan amalan khurafat gitu..

aneway , glad ko dapat ke saf depan..bukan sng nak pegi saf depan kan? Allah bg peluang ko..

;)

dzuchan September 25, 2011 at 9:30 AM  

fatt..kalau org tua2 kena rempuh2 camm tu kan kesian..xde pengawal ke yg bagi2 arahan?

fatt September 25, 2011 at 9:36 AM  

kemang,
dorg ni kan sisa2 yg tertinggal dek pemerintahan kamal attartuk. itu sbb la jd gini. tulah, aku pun rasa mudah sgt masa tu...syukur alhamdulillah




dzulichan,
petugas masjid yg aku cerita dlm ni la pengawalnya. tp depa ni dgr kata ke? tak! mmg klu tua2 dah degil mmg susah nak dilentur

Fird September 25, 2011 at 10:23 AM  

risau plak kalau2 masa parents aku pergi nnt ada org2 tolak mcm tu. harap2 ok.

Ely Hasrul September 25, 2011 at 11:06 AM  

ooo kire kalu org pompan join semayang jumaat pon bagi la ek?

aku wonder kat kite nmpak kurafat tp turkish nih ikut mazhab mana? kt dorg ok la kan buat cm gitu? yg aku ckp bini bekas bos aku iranian tu, dia penah semayang kt opis letak batu kt sejadah. xtau la batu tu asal dr mana.

terus baik demam ko kt sana. bagus

fatt September 25, 2011 at 12:19 PM  

fird,
dia kat tmpt2 yg org slalu menolak ni kat raudhah dgn keliling kaabah. lain2 sume ok. parents ko pegi haji ke? time tu lagi ramai rasanya org...apapun kita doakan yg terbaik buat mrk, Insya Allah




ely,
boleh, aku p aritu. mmg best. tapi kena dtg awal sbb ramai gile manusia. lagi ramai dari solat biasa..klu lambat je alamatnya duduk kat luar le.

masa aku kat sini, pak arab klu nampak org iran, turki ni buat benda2 gini dorg halau sambil sebut "khurafat! khurafat!"..so betul la tu khurafat...aku ingt aku je rasa benda tu khurafat tp pak arab sendiri sebut so mmg betul la khurafat.

erk, nape dia buh batu kat sejadah? pelik sgt dah tu. ke batu tu batu hikmat? kih kih kih...mcm2 punya turr ada. tp biasala mcm org turki ni kan dulu dorg punye minda dah dijajah dek kamal attartuk, itu pasal dia punya islam practice pelik2 skit. org iran aku tak sure...tp rasanya 2x5 je

Janggel September 25, 2011 at 2:35 PM  

tu la, kat Tanah Haram macam2 boleh jadi kan.. Allah bagi cash lagi takde tangguh2. Syukur takde apa2 yg tak elok berlaku.

dzuchan September 25, 2011 at 2:49 PM  

takut la plak..da la mak aku kecik (overall perempuan mesia mmg kecik2)...mtk2 nnti x berselisih ngn grup2 cmni...

Ms AiReEn MoHd September 25, 2011 at 3:11 PM  

time aku tgh rajin ni ade lak episode akan dtg....tah bile lak aku nak bacenye nti....hihik ade name di petik n3 b4....now semangat blogging aku da mari uollss.....hikhik...beb aku kecikk ati pasal tak dpt ticket yg free seat tu..huhuhuhu...mencikkkkkkkkkkkkkk

fatt September 25, 2011 at 5:09 PM  

janggel,
itulah pasal...sume cash. takut aku. tp nasibla takde ape jadi. tatau le apakah aku ni baik atau Allah nak kumpul kasi sedebuk...sob sob sob T___T




dzulichan,
mak aku cite zmn dulu dia buat haji terowong kat Mina tu sblm dia spesel sehala, dlu itulah lorong pegi balik (2-way)..2 thn lepas mak aku pegi haji tu kuar citer yg ramai org meninggal sbb rempuhan kat terowong tu (org pegi & org balik bertembung) dan ramai gak org mesia yg meninggal. pastu barulah kjaan arab saudi tambah lagi 2 terowong pastu tetapkan setiap satunya 1-way sbb takmo insiden yg sama berulang. mak aku ckp masa dia pi dulu mmg bahaya terowong tu sbb ko akan selisih dgn org pegi balik...tau2 jela org2 arab, turki, iran sume bdn besar...mmg ramai jemaah yg meninggal time tu. Innalillah...tp skrg sume dah improved




eryn,
ko tu alasan je..cpt blogging wei...aku saja quote nama ko sbb nak suh ko blogging balik. hehehe

aku punya entry umrah dh episod 7, korek la yg lama..hahaha. ler, nape tak dpt? ko tak cuba lebih extra ni...still promo lagi kan? try lagi la...dont give up!

~uG0giRL~ September 25, 2011 at 9:46 PM  

sedih pulak baca cerita mak ko risau sampai nak pegi cari. mak mana yg xsayang anak kan? hargai mereka selagi mereka masih ada kan?

AieSha September 26, 2011 at 1:32 AM  

buat mak ko risau jek.. ;p
seronok kan kalau dapat backpacking ke sana.. insyaallah ada rezeki, kitorang plak yang menyusul.. amin..

fatt September 26, 2011 at 2:40 AM  

ugogirl,
aku x bajet dia risau gitu sbb aku just kat masjid je..hehe...tp alhamdulillah takde apa, tp bila pikir2 balik takut gak kot2 kena kidnap dgn pak arab, nasib baik tak..klu tak mmg takde la citer ni kat blog




aiesha,
huhu...tulah, nasib bek sume ok :)
nak backpack boleh dahla..tp nak kena pi time musim sejuk sbb klu time panas mmg tak sanggup tu weh..but all the best. insya Allah smpai la nti giliran korang :)

Liz Rohaizat September 26, 2011 at 9:05 AM  

beraninya ko pegi raudhah tanpa keluarga. tp alhamdulillah, cepat dia ko termakbul.

~mrs azmi~ September 26, 2011 at 9:44 AM  

betapa mustajabnya doa di raudhah kan?

oh.. bilala agaknya nak dapat peluang kesana T_T

cik gold September 26, 2011 at 10:37 AM  

fatt, yg depa dok tunggu tgah panas tu dok wat pa?

fatt September 26, 2011 at 12:11 PM  

liz,
buat2 berani...huhu, tp niat betul Insya Allah selamat. Raudhah ni tmpt mustajab doa, mintaklah apa pun, sama ada cpt atau lambat Allah nak makbulkan :)




mrs.azmi
alhamdulillah...itulah, cpt betul Allah makbulkan. walhal sblm tu demam memang teruk mcm cerek air...ada rezeki suatu hari nanti awk sampai ke sini...amin~




cik gold,
dorg solat kat luar masjid. itu yg pelik kdg2 tu, mgkin dorg selesa kat luar tp mmg panas tak sanggup nak duduk situ. ada yg bwk anak2, takmo buat bising dorg solatla kat luar

Ely Hasrul September 26, 2011 at 6:48 PM  

hahaha dh kena tegur dgn pak arab ckp khurafat2 pon dorg xsedar2 ke?? tp kalu pg buat umrah mahupon haji xsume org dpt hidayah. diharap cepat la aku dijemput ke tanah haram nih. aminn

fatt September 26, 2011 at 9:21 PM  

ely,
kannnnn...contoh paling glamer tu haa tok ti dgn kak pah...hehehe...makin glamer lagi ado. nti ko pegi anta mertua ko gi epot mtk dorg doakan ye..

AKO @ retna September 27, 2011 at 12:39 AM  

fatt,
utgnya ko leh g raudhah lagi.. ako dpt pegi sekali je tu pun sekejap sgt sebab masa kat sana mcm rushing je..

masa kat madinah ako x berani jalan sengsorang.. tapi ms kat mekah, ako berani plak ke masjid sendiri, plak tu ako solat jauh dr family ako, ako saja try tempat yg ada aircon tu, ko pasan x?

macam2 org kita jumpa kan..
kadang2 smp terdetik lam ati, mcm mengutuk pun ada gak tapi alhamdulilah, walau kadang2 hati kita cam rasa x best (sebab kutuk org2 yg kurang ajar), seb baek xde bende2 pelik jadi kat diri sendiri.. minta dijauhkan

AKO @ retna September 27, 2011 at 12:41 AM  

eh tang letak batu kt sejadah, ako pernah tgk..

ako kenal satu family africa-arab (ni bkn africa yg gelap tu tau, ni yg arab punya muka), tak tau derang ikut mazhab mana tapi mmg derang solat kadang2 letak batu tu laa..

ako pernah tanya tp x igt sebab apa heheh...

fatt September 27, 2011 at 2:59 AM  

ako,
ko pun penah tgk ke? apa significant dia ek? dorg worship batu ke? cam tak penah dibuat Rasulullah pun...mana je dorg ni dpt idea ye

alhamdulillah aku dpt p Raudhah 3x. tak puas..dpt tgk makam Rasulullah dah seronok..tapi masa kat Mekah pun aku ada stay sendiri, family aku sume balik..saja nak baca quran. erm, tak silap aku yg kwsn ekon tu kat bawah kan? kitaorg slalu lepak ctu sbb sejuk. klu dok atas mmg berbahang. lgpun aku perasan, klu kat bwh tu org tak ramai..selesa sgtla klu nak solat & bc quran

iskk...aku pun sama la ako, klu tgk org pelik2 ni terdeti gak..tp slalu aku ignore je sbb takut jgk nak terdetik sebarangan. but so far nothing happened

Anash September 27, 2011 at 7:09 PM  

fatt,
tak perasan plak time yang letak batu tuh ...
but again..cash is indeed been paid there..
akak pernah terdetik tanya dalam hati (time tawaf)..camneh la plak kalau org tak cukup sifat wat tawaf..terus sekali tawaf, akak jumpa org tak de kaki dok menginsut tawaf...
then..sekali tuh tanya dalam paru-paru..er..hati...solat jenazah buat, tapi mana jenazah depa letak?ngam-ngam nampak 2-3 keranda dengan jenazah siap nak disembahyangkan selepas solat zohor(tak silap la..)
sejak itu, akak punya la berhati-hati takmo sukati dok mengatal nak tanya itu ini...
hehe
my two piece of story

fatt September 27, 2011 at 8:04 PM  

anash,
nasib baik akak tak kena uji apa, cuma Allah nak tunjuk je..klu smpai sesat2 tak jumpa pintu keluar gerun jgk. tp sy sendiri pun tak penah tgk org bwk jenazah kat dlm tu..tp katanya dorg usung laju, betul ke? then kalau org tu meninggal dlm ihram, muka dia tak tutup & kebumi pakai kain ihram. tp klu yg meninggal biasa dia tutup muka pastu pakai cam biasala kain kafan sume tu

Anash September 27, 2011 at 11:58 PM  

fatt,
Yang jenazah akak nampak memang dlm usungan, dah letak atas lantai, then dikapankan mcm biasa..tak nampak yg dlm ihram tuh.
dan satu lagi..akak nih memang kaya dengan jerawat..memacam losen/ubat gegat..eh..ubat jerawat akak tepek kalau kat malaya nih..tapi kat sana akak tawakal tak de gatal2 nak belosen bagai..terus mulus aje kulit (sebab terbakar sebenarnyer..) tapi punyala akak suka...sikit2 raba pipi, raba dahi..hahah....balik malaya..kembali asal laa..
hehe...

Shari April 3, 2012 at 4:19 PM  

Subhanallah ...mengalir air mata baca post Fatt yang ini. Subhanallah sungguh cepat Allah kabulkan doa Fatt.

Post a Comment

Terima kasih!!

Cerita Lama

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP