Umrah : Solat Jumaat Di Masjid Nabawi Dan Bertolak Ke Mekah

September 29, 2011

Sambungan dari episod sebelumnya.


Hari Keempat : 17 Jun 2011

Alhamdulillah, aku masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk hidup hari ni, syukur. Aku bangun, mandi dan bersiap-siap mengenakan kain telekung untuk menunaikan solat subuh di Masjid Nabawi. Rasa macam tak percaya yang aku sekarang tengah berada di tanah suci sedangkan 2 minggu sebelumnya aku berada di Siem Reap.

Cakap pasal Siem Reap ni sebenarnya aku teringat kisah pagi sebelum bertolak ke airport. Kebetulan pagi tu aku tergerak hati nak cek email dan kebetulan jugak dia hantar email. Dia tu la sape lagi kalau bukan Mat German yang aku jumpa kat sana tu la. Dalam email tu dia bagitau nak skype dalam 2-3 hari lagi. Hurm...kalau diikutkan 2-3 hari tu mungkin sekarang tapi aku kan kat sini, nak skype apanya. Mulanya aku malas nak bagitau mana aku pegi tapi sebab dia dah tau siapa aku so takde masalah nak cerita. Mana tau mungkin suatu hari nanti hati dia tergerak nak mendalami Islam.

Kami bergegas ke masjid kerana waktu subuh akan masuk bila-bila masa saja. Harini ialah hari Jumaat dan imam akan baca surah As-Sajadah dalam solat subuh. Dalam rakaat pertama imam akan baca surah ini hingga ayat ke-15 yang bermaksud :

"Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur"

Lepas habis ayat ni teruslah sujud (tak perlu rukuk) dan dalam rukuk baca ayat ni :


سجد وجهي للذي خلقه وشق سمعه وبصره بحوله وقوته فتبارك الله أحسن الخالقين


Maksudnya :
Aku bersujud dengan wajahku kepada Tuhan yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha suci Allah sebaik-baik Pencipta

Selesai bacaan ni terus bangun dan imam akan sambung solat subuh seperti biasa cuma takde bacaan doa Qunut pada rakaat yang kedua. Bezanya cuma ada 3 kali sujud dalam solat ni dan takde bacaan doa Qunut.

Sesudah solat kami menunggu untuk peluang ke Raudhah sebab ahli keluarga aku nak menziarah untuk kali terakhir. Sewaktu menunggu giliran masuk datang seorang wanita Arab dengan sedulang kurma berisi badam dan dia membahagi-bahagikan kurma tu kat semua jemaah. Alhamdulillah, terisi perut kami memandangkan pagi tu kami skip breakfast sebab nak ke sini.

selamat tinggal Raudhah...sampai bertemu lagi, Insya Allah
Pagi ni crowd ramai cuma tak sedahsyat malam semalam. Terasa sedih kali ni memandangkan ini adalah kunjungan yang terakhir dan entah bila lagi ada rezeki nak ke sini. Apapun aku bersyukur kerana diizinkan Allah untuk ke Raudhah sebanyak 3 kali dan yang paling menggembirakan ialah bila doa untuk sembuh dari demam dimakbulkan.

Harini juga istimewa sebab ada solat Jumaat. Kalau nak tau kat sini orang perempuan pun pegi walaupun tak wajib. Aku pun ikut jugak sebab peluang sebegini memang tak dapat kalau di Malaysia dan yang paling teruja sekali bila dengar khutbah dalam Bahasa Arab.

perniagaan disambung semula selepas solat Jumaat
Lupa nak cerita, masa balik dari masjid kami singgah di kedai buku di luar perkarangan masjid sebab ahli keluarga aku nak beli buku sejarah Madinah dan Mekah. Kebetulan di situ ada jual poskad so aku pun beli. Aku kan hantu poskad, so benda ni memang wajib. Aku dah berkira-kira nak hantar poskad kat diri sendiri dan beberapa orang kawan tapi sadis sebab katanya pos opisnya jauh. Sudahnya poskad tu aku simpan buat kenang-kenangan sebab cantik. Gambar poskadnya nanti kemudian aku tepek dan harga sekeping cuma SAR1 (1 Riyal).

Selesai solat Jumaat kami pulang ke hotel untuk makan tengahari. Selepas tu bermulalah persiapan untuk melakukan ibadah umrah seperti mandi sunat ihram dan pada waktu ni para jemaah akan memakai pakaian ihram memandangkan setibanya di Mekah kami akan terus melakukan umrah. Pakaian ihram bagi lelaki ialah 2 helai kain yang tidak berjahit/bercantum manakala perempuan ialah kain telekung.

Bas tiba di perkarangan hotel tepat jam 3pm kami mula bergerak meninggalkan Madinah untuk menuju ke Mekah dan perjalanan ini memakan masa hampir 7jam. Lebih kurang 12km atau 40minit selepas bertolak dari hotel kami tiba di Bir Ali (atau Zulhulaifah) iaitu tempat untuk bermiqat bagi jemaah yang datang dari Madinah.

*Miqat bermaksud sempadan iaitu antara tanah suci dan tanah haram

selamat tinggal bumi Madinah
Bila tiba di Bir Ali, jemaah akan melakukan solat sunat ihram 2 rakaat dan berniat ihram. Apabila niat ihram telah dilafaz maka seseorang itu dilarang dari melakukan 12 perkara yang dilarang. Andai kata melanggar salah satu dari larangan ini maka perlulah membayar dam (denda).

Bir Ali - tempat bermiqat bagi jemaah yang on the way ke Mekah dari Madinah
12 perkara yang dilarang semasa ihram :

 1. *Memakai pakaian yang berjahit/bercantum seperti baju, seluar dan seluar dalam. Larangan ini adalah kerana mahu mengingatkan kita tentang pakaian yang akan dipakai ketika mati iaitu kain kafan
 2. *Memakai sepatu/selipar yang menutup bahagian hadapan kaki
 3. *Menutup kepala dengan serban, songkok, kopiah, kain dan sebagainya
 4. Memakai wangi-wangian
 5. Memotong, mencabut atau mencukur rambut yang ada pada tubuh dan juga kuku
 6. Memakai pakaian yang terkena wangi-wangian
 7. Memburu/membunuh binatang darat yang halal atau mengganggunya dengan apa cara sekalipun
 8. Nikah atau menikahkan
 9. Melamar wanita yang akan dinikahi
10. Mencari, mencerca, memaki-hamun dengan menggunakan kata-kata yang kotor, keji atau bertengkar
11. Bersetubuh atau bercumbu-cumbuan
12. Mengganggu atau merosakkan tumbuh-tumbuhan yang hidup di seluruh kawasan Tanah Haram

(*) Larangan ini hanya untuk jemaah lelaki manakala jemaah wanita hanya dilarang menutup muka dan memakai sarung tangan


bersambung.....
.

23 comments:

~uG0giRL~ September 29, 2011 at 5:06 PM  

ok, terubat sikit rindu nak dengar cerita abg german ko tu...hehhe dan semoga ibadah kita diterima Allah SWT ya dan semoga kita jadi lebih baik lepas balik dari Tanah Suci Amin...

Janggel September 29, 2011 at 7:43 PM  

best kan solat jumaat kat situ... feel dia dasat.. Tapi last day kat Madinah mmg sebak..aku pon terpikir macam ko, bilalah nak sampai situ lagi kan... aku tenung habis2 setiap sudut masjid nabawi tu...sebelom balik ke hotel..sebak.

Psst: ada interprem mamat germ plak kat sini heheheh

BlueEwoke September 29, 2011 at 8:46 PM  

Weh cer citer yg tang tak leh pakai pakaian berjahit/cantum tu. Kalau pompuan cam mana? kene belit2 ke satu badan? Aku tak boleh nk pikir nih..

iina September 29, 2011 at 11:12 PM  

Alhamdullilah dapat peluang ke sana kan.. InsyAllah mana tahu nanti kalau Allah dah tetapkan andai sampai masa utk dia.. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui..

Beli buku sejarah? Wah best tuh buat koleksi

Biqque September 29, 2011 at 11:33 PM  

laki je blueewoke...sbb tu diorang pakai cam lilit2 tu...pompuan takpe...

kira ko gi siem reap then gi umrah la? la aku ingat baru2 ni je ko gi siem reap tu...mesti ada yg aku terskip ni bab tarikh :D cit! banyak lagi post ko yg terbengkalai nih!

ha abg kiwi dah kuar, nanti ko tgk bleh jalan ke tak hahaha! bengong tul aku...kalo la dia sedar, kantoi!

fatt September 30, 2011 at 8:15 AM  

ugogirl,
hehehe...ko rindu kat mamat tu ke?




janggel,
mmg dasat, lautan manusia. punya ramai lagi klu nk compared dgn solat biasa. iskk, mestila ada...aku doa hrp2 dia dpt hidayah..ne tau bleh jadi ostad ke pehtu..




chawana,
pompuan takyah. tu cuma utk lelaki. pompuan pakai cam biasa : kain telekung. dlm tu pakai jela apa baju pun




iina,
buku sejarah tu dlm bahasa indonesia. pening nk paham, better off beli english version. kan...mana lah tau pastu dia tertarik pd islam. aku kesian ok kat org2 yg takde agama ni..sbb dia takde belief. guna akal as tuhan...camne?




biqque,
abg kiwi bleh jalan ke tak? apa tu wei? blur tak paham.

aku gi SR dulu baru pi umrah..tp jarak tak jauh, beza 2 minggu antara 2 trip. tp bagus gak aku pi SR dulu, bleh aku doakan mamat tu. kih kih kih...motip sangat aku ni :P

Biqque September 30, 2011 at 8:47 AM  

hahaha tak, maksud aku, abg kiwi yg aku nak tunjuk tu nanti, bleh jalan ke (utk ko)...

tu la, kat jabal rahmah tu ko ada mintak doa ditemukan jodoh tak? kot2 dia kena petir ke masa ko doa tu kan...aminnnn!

cik gold September 30, 2011 at 9:27 AM  

makin bekobar lak nak pi sana bila baca blog hang ni fatt..hehe

Liz Rohaizat September 30, 2011 at 10:06 AM  

tak sabar nak tunggu cerita kat Mekah nie.

MasZuber September 30, 2011 at 10:36 AM  

aku kalo baca entry madinah ko nie memang sayu rasa hati aku, bila la rasanya sampai rezeki aku untuk sampai sini..

MasZuber September 30, 2011 at 10:37 AM  

nways, kalo ko nak feel dengar khutbah jumaat dalam bahasa arab di Malaysia nie, ko sergah masjid di UIA Gombak, khutbah dia selang2 everyweek, English and Arabic. :-)

gadisBunga September 30, 2011 at 2:40 PM  

yep. betul kata mas. khutbah kat uia dalam english dan arabic.

gadisBunga September 30, 2011 at 2:51 PM  

tapi kan fat...this lately aku rasa jelesss sgt dgr org boleh gi sana. aku harap aku pun dapat gi sana juga. tahun depan kalau boleh!

~uG0giRL~ September 30, 2011 at 5:33 PM  

hahahaha...ada la sket2. ni semua ko punya pasal la! kikikiki

fatt October 1, 2011 at 10:33 AM  

biqque,
hahaha...takleh jalan. cik abe german aku lagi kacak..ekekeke..

aku tak panjat pun jabal rahmah tu. ctu bkn tmpt doa mustajab, klu doa dpn kaabah lagi mustajab. kata ustaz tu, amalan doa atas jabal rahmah tu part of amalan bidaah...klu fikirkan logik jgk..ctu just tmpt adam jumpa dgn hawa..tp org exploit jadi cmtu. aku doa dah aritu dpn kaabah..tp mintak lambat skit sbb aku nak solo dulu...bleh eh gitu? hehehe :P




cik gold,
haha..baguslah gitu. sign up haji terus cik gold..alang kepalang




liz,
pasni masuk cerita mekah :)




masZuber,
yeke? alamak sorila beb. tp sbnrnya tiap kali tulis entry umrah ni mmg aku rasa sebak sbb teringt sume kenangan kat sana.

yg kat uia tu pompuan pun pegi solat jumaat ke?




gb,
thn dpn? alhamdulillah. aku pun sbnrnya merancang nak ke sana lgi thn dpn...klu ada duit jalan..insya Allah. rasa nak posa kat sana pulak. skrg kan dah masuk musim haji, aku pun rasa teruja sama...tgk org keliling kaabah dlm tv teringat pulak masa aku tawaf aritu




ugogirl,
hahaha...nti pas abis citer umrah aku sambung. insya Allah

azmnor October 1, 2011 at 11:28 AM  

Salam fatt.,

memang happening kat sini kan...samapai sekarang saya seperti masih lagi dapat mengecam setiap sudut masjid nabawiah...

pling seronok dpt solat subuh dan solat jumaat dalam raudah...

Biqque October 2, 2011 at 1:34 PM  

oooooooooooo bidaah keeeeeeeeeee...ha kena bgtau kat orang lain ni!!! bagus2!!!

doa lambat skit? kahkahkahkah! bengong...

kemang~ October 2, 2011 at 11:31 PM  

aku suka masjid tu.....skang ni ramai agent buat pakej murah2.. ko agak2, agent yg bg quota rm3k buat umrah tu, boleh pakai ke x? sbb tiket flight saje pon dah mhl..tiap kali aku cek mas @ qatar @ gulf, rege tiket je dekat rm3k... tu blom campur hotel lg, mkn lg..aku takut kalo amek yg murah, nanti kena sembelih kaw2...

fatt October 3, 2011 at 9:24 AM  

azamnor,
wsalam. seronok kat sini tu mmg lain mcm...sentiasa 24jam penuh dgn org...semangat rasanya nak buat ibadah




biqque,
hahaha...betoi...doa kat tmpt mustajab lagi mujarab..silap2 on the dot Allah makbulkan :)

aku doa lambat sbb aku nak bujang dulu...kih kih kih...tp ada gak rasa menyesal skrg T___T




kemang,
pakej tmsuk flight tix ke tak? aritu aku pun lebih kurang gitu gak, tp masa tu aku naik Mas. slalu pakej tmsuk land transfer, pginapan & makan...sblm ko amik pakej2 tu ko gugel dulu feedback org camne. dulu aku amik dgn Fairooz Travel. opis dia kat wangsa maju. okla yg ni..kebetulan aku punya mutawif mmg best...ustaz zul tu le. byk crita2 dia share...nganga2 klu ko dgr dia cerita..ekekeke

thaliana_damia March 9, 2012 at 10:28 PM  

hi , first time saya solat jumaat pun time kat madinah ..so envy you able to capture rawdah and really in rawdah rasa mcm i dont want to go out from that place ...seronokkan madinah dan mekah

Azira Mohamad March 25, 2012 at 10:54 AM  

Sgt suka baca citer pasal umrah awk ni. Byk info2 yg boleh sy kutip dr sini. Insya'Allah, kalau dipanjgkan umur..sy akan tiba juga di sini dlm ms terdekat ini. Amin! Semoga sy juga akan menjd salah seorg tetamu yg dijemput sperti kamu fatt. :)

fatt March 28, 2012 at 6:05 PM  

thaliana,
hi sorry sy baru terperasan komen ni. mmg seronok sgt kat sana..rasa nak ulang lagi kalau boleh. waktu sy pegi ni mcm tak ketat sgt peraturan or maybe sy yg degil sbnrnya..haha...rasa syg kalau tak capture gmbr tmpt ni sbb blum tau lagi bila bleh sampai



azira,
terima kasih. tp dah lama tergantung cerita ni sbb sy takde masa nak taip sambungannya. mgkin lepas sy habiskan cerita China baru sy sambung. awk akan ke sini ke? bestnya. sy teringin sgt nak pegi lagi...sy doakan perjalanan awk selamat & mendapat umrah yg mabrur :)

Aku Comel March 21, 2013 at 2:35 PM  

Saya sebelum ni silent reader dan suka sangat cerita backpack anda... saya backpack pun baru ke 2 negara je .. tabik spring la kat Cik Fatt.

Alhamdulillah cik Fatt dah sampai ke Tanah Suci... tak semua dapat jemputan tersebut.

Cik Fatt perlahan-lahan lah dakwah kepada Mat G... jika dia memeluk Islam dgn ikhlas alangkah bagusnya. Kita ni terlalu kurang berdakwah, atau sebetulnya tidak pernah berdakwah langsung.
Bukankah berdakwah itu (menyampaikan kebenaran) adalah misi Rasulullah s.a.w. yg utama?
Semoga Cik Fatt akan berjaya menarik Mat G ke arah Islam, dan seterusnya menerima cahaya Hidayah. Amin.

Your journals always make my day. Thank you.

Post a Comment

Terima kasih!!

Cerita Lama

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP