Lost in Translation : Gyeongju (Part 4)

October 19, 2011

Sebelum aku jadi malas mari kita sambung. Entry sebelumnya di SINI.


Hari Kedua : 7 Oct 2011

Masih lagi hari yang sama.

Selepas selesai memasukkan beg ke dalam locker kami pergi ke Tourist Information Center yang terletak berhampiran stesen bas. Oleh kerana itulah satu-satunya jalan untuk ke sana maka kami terpaksa melintasi deretan kedai yang mana salah satunya milik ahjuma dan ajushi yang sebelum tu kami deal nak sewa basikal. Nasib baik kat depan kedai ada banyak teksi so bolehlah kami menyorok di celah-celah lautan teksi sebelum sampai ke sana. Hehehe. Sebenarnya kami takut nak bagitau kansel sebab taknak kena marah jadi terpaksalah MIA.  Huhuhu.


[source] Gyeongju local map
(tempat yang aku pegi ditanda dengan kotak merah)


Di Information Center kami bertanya cara paling mudah ke Anapji Pond. Akak tu bagi cadangan naik teksi memandangkan itu cara yang paling cepat dan harganya pun tak jauh beza dengan bas (tambang bas 1500won seorang). 

Perjalanan ke Anapji Pond memakan masa selama 5 minit dan tambang cuma 4,300won (guna meter). Pada mulanya driver teksi offer nak tunggu tapi terpaksa ditolak sebab tak pasti berapa lama kami akan spend masa kat sini.

Entrance fee ialah 1000won (adult) dan tempat ini dibuka dari jam 8am-sunset (Sept-May) dan 7.30am-7pm (Jun-Aug). Taman ini merupakah sebuah taman diraja yang dibina sewaktu Dinasti Shilla di mana di dalamnya terdapat beberapa buah binaan berbumbung pagoda, tasik dan walking-trail menyurusi sekitar kawasan taman.


tiket masuk ke Anapji Pond


(clockwise, dari kiri) kaunter tiket, information board, compound di dalam Anapji Pond, peta Anapji Pond


Pada pendapat aku tempat ni jauh lebih menarik waktu peak musim luruh sebab dalam ni ada banyak pokok maple, cuma waktu aku pegi warna daun masih belum bertukar secara total. Kami mengambil masa selama 1 jam untuk membuat satu pusingan lengkap, itupun secara santai sebab ralit amik gambar. Oh ye, kalau lucky mungkin korang boleh jumpa tupai liar macam dalam gambar di bawah.


surrounding area @ Anapji Pond


Setelah selesai kami melintas ke seberang jalan dan menunggu bas ke Bulguksa Temple. Secara peribadi, aku rasa tempat ni wajib pegi berbanding dengan tempat-tempat lain di Gyeongju. Walaupun kedudukannya agak terceruk dan jauh sedikit tapi berbaloi-baloi. Dari Anapji Pond ke Bulguksa Temple kena naik bas #11 (bas #10 pun boleh), tambang 1500won seorang dan perjalanan mengambil masa selama 30 minit. 


boleh tahan lengang Gyeongju ni


Tempat menunggu bas kat depan Anapji Pond boleh tahan skeri sebab kerusinya terletak betul-betul di depan jalan. Pendek kata kalau hulur tengkuk confirm kena sapu. Tak caye boleh tengok gambar bayang-bayang ni, dekat gila dengan jalan, skeri hoh? Aku risau jugak kot-kot ada kereta atau bas yang terbabas sebab orang Korea boleh tahan pelesit bila pegang stereng. Kadar kemalangan di sini adalah antara yang tertinggi di dunia dan eksiden yang paling popular sekali melibatkan pejalan kaki iaitu sebanyak 38% sebab kebanyakan pemandu dan penunggang motorsikal menggunakan pavement sebagai access. Jangan terkejut bila nampak kereta atau motor di atas pavement pejalan kaki sebab scenery tu biasa. Cuma yang bagusnya dorang takkan hon kalau kita berjalan terhegeh-hegeh, maybe takut kena heart attack. Tapi yang tak bagusnya kita tak dengar bunyik kereta sebab mostly kereta-kereta kat sini enjinnya senyap...so be extra cautious!


boleh ke bus stop dekat gile dengan jalan? ceciter!


Berbalik kepada cerita tadi. Selepas turun dari bas kami menyinggah di kedai runcit di seberang jalan dan pekena hot chocolate express (1200won). Bila sejuk begini memang nikmat minum benda panas dan selepas tu barulah misi Bulguksa Temple bermula. Dari kawasan parking kami menapak selama 1-2 minit melalui laluan berbukit menuju ke pintu masuk. Di kiri dan kanan jalan ada ramai peniaga menjual bermacam-macam jenis cenderahati dan juga makanan. Walaupun lapar terpaksa kami tahan sebab tak pasti status halalnya. 

Entrance fee ke Bulguksa Temple ialah 4000won (adult) dan ia dibuka dari jam 6.30am-6pm (Apr-Oct) dan 7am-5pm (Nov-Mar). Tempat ini merupakan salah satu di antara UNESCO World Heritage kerana ia merupakan simbol kemegahan Dinasti Shilla pada abad 57BC hingga 937AD. Kunjungan ke sini tak lengkap kalau tak ke Seokguram Grotto yang terletak lebih kurang 4 km dari Bulguksa Temple dan ia juga merupakan salah satu daripada tapak warisan UNESCO. Kami tak pegi ke sana sebab dah lewat.


(clockwise, dari kiri) hot choc, kaunter tiket Bulguksa Temple, parking area, pintu masuk Bulguksa Temple


entrance fee 4000won (adult)


Surrounding dalam Bulguksa Temple memang cantik cuma kami tak cukup masa nak explore tapi kalau boleh cuba datang waktu petang sebab suasana matahari terbenam agak cantik. Kebetulan masa ni kebanyakan daun sudah mula kekuningan tapi kalau semua daun bertukar ke warna merah rasanya lagi cantik.


mirror image


 Bulguksa Temple as UNESCO World Heritage


mix of art & history


sunset @ Bulguksa temple


Di compound berhadapan Bulguksa Temple ada beberapa gerai souvenir dan salah satunya di bawah. Aku tak pasti apa simboliknya menulis di atas genting rumah tapi idea ni agak menarik.


seni menconteng genting rumah


Tak jauh dari situ terdapat satu sumber air semulajadi dari bukit dan kalau berani cubalah sebab sejuk yang teramat!


safe to consume


Kami beredar dari Bulguksa Temple lebih kurang jam 5.30pm dan berjalan kaki menuruni bukit menuju ke bus stop. Entah macam mana masa di tangga terakhir tiba-tiba kedengaran satu suara yang nyaring. Bila aku toleh rupa-rupanya member dah posing baekk atas jalan. Aku rasa dia berangan masa turun tangga cuma nasib dia baik sebab saksi kejadian pada waktu tu cuma kami bertiga dan pasangan ahjuma dan ajushi yang baru nak masuk kereta. Kami ketawa bagai nak rak sebab nak cover malu so kenalah buat macam takde pape yang berlaku. Apapun nasib baik member tak luka, kalau tak mesti panjang cerita. 

Pukul 5.50pm bas #11 (tambang 1500won) pun lalu dan 40 minit kemudian barulah kami sampai di stesen bas Gyeongju. Dalam keadaan kelam-kabut kami keluarkan backpack dari locker dan berlari ke platform bas. Nasib baik bas belum bertolak so sempatlah kami naik. Sharp pukul 6.35pm bas pun bergerak meninggalkan stesen bas Gyeongju dan menuju ke Busan. Sepanjang perjalanan selama 1 jam kami tertido sebab kepenatan dan tiba di Busan sekitar jam 7.35pm.


bersambung.....
.

29 comments:

kemang~ October 19, 2011 at 1:00 PM  

gua tgk gambo je dulu..nnti gua komen..hihi


gua nak gi keje dulu, bai !

gadisBunga October 19, 2011 at 1:31 PM  

aku rasa cam nak pegi sume tempat yang jadi tapak warisan unesco lah. mesti best kan?

btw, sapa yg tegolek tu? hani kan? huhuhu~

Janggel October 19, 2011 at 2:02 PM  

Huaaaa cantek la gambo pemandangan 2 semua fat! Ko tak terai ke lukis @ tulis2 atas genting tu? hehehe.

masMZ October 19, 2011 at 2:15 PM  

Fatt,

Tiket-tiket entrance ko tunjuk tu cam tempat2 ni under 1 management... Tiket2 cam gini (yang ada gambar tempat yang kita pi) yang best nak simpan (huuu walaopun yang lain pun aku simpan gakssss).....

Atap genting tu, sapa2 je ke boleh tulis???

Mami Illysha & Iris October 19, 2011 at 2:28 PM  

sangat terlepas follow citer korea ni..

Nak kena katam citer korea yg lama-lama dulu cepat-cepat.

Fatt, jangan update cepat sangat! Tak tercapai nak mengfollow ni!!

bdk2 @ John October 19, 2011 at 2:29 PM  

ok..tgk gambar je dlu.. sekilas pandang. yang paling menarik bagi aku part reflection dalam air tu. superbbb!!! susah wooo nk amek gmbr cmtu. tggu angin takde je. baru laaa nk jadik.

*clap* *clap*

Biqque October 19, 2011 at 2:33 PM  

tupai kecik tu kat india banyak siut! almost sume POI ada menatang tu! bleh pegang gak la...tapi cam sume size sama jer hahaha!

posing baek atas jalan tu takpe la, aku cuba nak terima yg dia SENGAJA nak posing camtu hahahahaha!

BlueEwoke October 19, 2011 at 2:38 PM  

tulis kat genting atap tu memang menarik!! jarang aku tgk org p sini kalau dtg korea..baguih2..

Anonymous,  October 19, 2011 at 6:02 PM  

fuhhh time sejuk2 kna hot choc ......nikmat btoi fattt,mmg lyn habihh..

fatt aku tgk mka org korea skema sja,mcm x pecaya sja dpa pun pelesit jgakk bwak reta...

Ninie Hanis October 19, 2011 at 6:31 PM  

hi beb..lama tak singgah mengomen..rindu nak berblogging balik.btw,cantik Bulguksa temple tu..aku pun rasa scene sia lebih cantik time Fall.ni aku nak tnya ahjuma n ajushi tu apa?sorry kalau ko ade xplain before tp aku baca dr part 1 aku xjumpa pon..

dzuchan October 19, 2011 at 7:40 PM  

cik fatt...aku makin jeles..ini menguatkan semangat aku saving $$ nak pegi..
tapi aku nak tanya kenapa gyeongju?? hehee
gambar chantek...aku baca masa hujan ptg tadi nak feeling2 sejuk haha

fatt October 19, 2011 at 7:41 PM  

kemang,
jujur benau pengakuanmu iteww...kerja bebaik nooo~




gb,
ko mmg pandai meneka...hahaha. matilah kalau dia baca entry ni. klu dpt pegi sume tapak warisan unesco mmg best. setakat ni aku dah pegi skit dan kebanyakannya kat indonesia




janggel,
memula aku ingat nak cuba tapi aku tatau nak tulis hape...aku rasa kalau peak autumn mesti tmpt ni lagi cantek...cuma bkn rezeki aku...mebi john sempat




masMZ,
tak silap aku sape2 pun bleh tulis cuma aku tak pasti tujuannya utk ape. aku tgk mcm2 org ada tulis, not only korean. aku rasa mebila tmpt ni sume under 1 mngmnt, mgkin gomen Gyeongju ke sbb city Gyeongju ni takla besar mana pun (klu ko tgk map)..mcm small town je, tp aku tak sure nape dia panggil city

aku ni sume resit aku simpan..ada gmbr ke tkde gmbr ke...mcm tikus suka buat sampah, hehe




zaira,
haku nak taip laju kali ni sbb haku nak habiskan cerita siem reap, bangkok, niu zilen, umrah, trans java...gile arr aku dah tak menang tgn ni...nti ko korek jela guna "tag" kat sebelah kanan sidebar ni




john,
nasib aku baik je sbnrnya ni..sbb hari dah petang. kalau tghari jgn mimpi nak dpt reflection camni...kalau ada wide angle lagi cantik rasanya...haih, bila la aku nak ada sebijik ni...




biqque,
dia berangan kot sbb sblm tu kami tgk pamplet sek museum..haha...tak senonoh ko gmbr2 dlm pamplet tu...tak tercapai akalku...ngeri gila..

tupai kat cni aku tgk bleh tahan jgk besarnya..mcm jinak2 skit..tapi kalau dtg dekat2 dia lari le




blueEwoke,
aku pun mcm tak penah dgr lagi org pi Gyeongju..slalu org pi Jeju Island, Nami Island, Mt. Soerak...mgkin len kali bila ko plan ke sini bleh cuba dtg. aku pun wonder jgk ke mana sudahnya atap2 genting tu..apakah dia nak replace bumbung kedai atau bumbung mana sbnrnya...hurmm...




anon,
ni baca tak notification kat comment box? kan aku suh buh nama...nasib baik aku mood baik harini klu tak aku dah rijek komen ko.

muka dorg mmg cam baek..tp sesetengah tu mcm muka penyangak pun ada. tp mmg dorg bwk keta cam pelesit, ko nak naik teksi ke bas ke elokla mengucap terus...kot2 tak sempat...dorg ni hot tempered sbb byk mkn kimchi kot...




ninie,
pekabar sahabat? sihat ke? blogging la balik..isi masa lapang sementara tunggu due date..hehe...aku pun suka Bulguksa Temple ni sbb kat sini byk pokok..redup & sejuk je area ni...ops sori lupa nak mention, ahjuma (older woman) & ajushi (older man)...pakcik dgn mkcik le dlm bahasa kita. nti aku tambah dlm entry...aku terlupa nak mention..thanks :)

iina October 19, 2011 at 8:10 PM  

Camna member tuh leh tergolek?? Berangan winter sonata ke ek??

Aku rasa senang nak tgk bas lalu dr dekat kot sebab tuh bustop kemain dekat ngan jln ;)

fatt October 19, 2011 at 10:12 PM  

dzuchan,
aah eh..nape Gyeongju? soalan yg bagus. aku pun tak tau sbnrnya sbb cik hanie yg buat itinerary ni. sbnrnya kitaorg gi Gyeongju sbb free bus tu cuma ada ke sini, Busan & Jeonju...since jumpa Gyengju sblm Busan..so kitaorg stop cni jap..setelah aku buat homework tadi..antara Gyeongju & Jeonju, Gyeongju ada byk tmpt historical berbanding Jeonju...so aku rasa itulah sebabnya.





iina,
sbb dia bajet tangga dah habis...hahaha...nasib baik tak crowded masa tu, klu tak jadi hari ini dlm sejarah le...hehehe...

aku tak penah jumpa bus stop se-close itu dgn jalan..almost takde setback...stok hulur tangan bleh pegang kereta terus..mmg bahaya..in case la ada kenderaan yg terbabas tak ke naya. dahla dorg ni pesen nak memecut jek. klu driver kat nz aku percaya dorg berhemah..tp klu kat sini aku mmg tak caye

Ely Hasrul October 19, 2011 at 10:32 PM  

sure makcik beskal tu ingat korg sesat hehehehe. xsangka kadar eksiden tinggi kt situ, menengok teknologi ketenye patutnye road sistem lagik bagus la.. aku dh tbyg kalu penyimbah acid ade kt situ bahagia dia dok simbah org tepi jalan hahahhaa...


err pas tulis kt genting nih nk buat ape? buleh bwk blk ke? mau kena hempok kepala dgn mmber kalu nk using atap genting nih kulu kilir hahahhaa

fatt October 19, 2011 at 11:47 PM  

ely,
aku rasa brsalah dgn pakcik & mcik tu weh...dorg mcm nice tp ketakutan mengatasi segalanya...huhu..

ko tanya biqque, tp mmg org cni bwk keta cam pelesit. aritu dpn mata aku eksiden..tergamam kitaorg sbb bleh tahan kuat berdentum dia..nasib takde yg mati, cuma keta kemik jela..

aku tak pastila motipnya pastu, tp aku rasa benda tu for fun je kot sbb sume yg dah bertulis tu dorg susun bersandar depan kedai purba ni je...

Ely Hasrul October 20, 2011 at 8:03 AM  

kakak aku lagik le kena langgar kt vietnam, moto langgar dia.. tp kt situ jgn ckp lah mmg huru hara traffic. mmg tak sangka sungguh korean gitu..

fatt sure makcik tu ckp 'penipu punye melayu' hahahhaa tp ye la kalu ko nk dtg blk susah2 nk explain kt makcik tu kang xpasal dia marah ke ape lagik haru. dh la lost in transaction hehe

teruskan SIAM REAP eh silap teruskan Busan.... *mulut muncung cuba bersiul, mata melilau pandang ke atas.. tgn john sila imagine sdr*

Janggel October 20, 2011 at 9:42 AM  

Fuhhhh lagi panjang kata kerja yang diamalkan oleh ElY Hasrul!!!!

Liz Rohaizat October 20, 2011 at 12:28 PM  

aku tak tau pulak korea mencatatkan kadar kemalangan tertinggi di dunia. scary pulak dengar.

tiba2 terasa nak mkn kimchi pulak. dah lama tak bedal

Mami Illysha & Iris October 20, 2011 at 12:52 PM  

aku ni peliklah..

asal je baca blog ko mesti aku gelak yg tak boleh nak kaber2 dah..

apasal kalau aku baca blog aku sendiri aku tak gelak ye??

cik owner, teruskan usaha untuk menggelakkan aku yer

Anonymous,  October 20, 2011 at 4:56 PM  

fatt sori,aku yg htr komen anon,lupa taruh nama daaa

penjejak awan

SisHoney October 20, 2011 at 8:59 PM  

kalau la sis sampai tempat ni.dah sis dpt shoot semua gambaq best ni....haishhhhh!

YanTie AhMad October 21, 2011 at 6:38 AM  

aku baca entries ko ni dah cam baca cerita bersiri lak..tak sabo mau tunggu next episod..siap roger2 ngan mmber2 yg lain ni.."weei dah ada entry baru laaa"...hhehehe..

tq for so much info...sila share2 lagi yek..:)

kemang~ October 21, 2011 at 2:52 PM  

weh...lawo la reflection tu..pandai ko snap !

Lily Riani October 22, 2011 at 1:09 PM  

jenuh dok bukak map korea ler nak remember this places.

tasyha3 October 23, 2011 at 12:56 AM  

sangat best ini tmpt walaupun aku x sampai lagik.. kekke

fatt October 24, 2011 at 4:09 PM  

ely,
kwn aku baru balik dr vietnam pun kabor cerita yg sama...tp katanya org viet ni eksen nak mam...tul ke?

stok kuang aja samseng kg dusun punye...ye eh?

aku nk tulis cerita cinta kena dtg mood jiwang baru mari skit spirit menaip..kalau mood ala2 mesingan AK7 jgn harap...nanti dah rupa cerita PLKN...hahaha




janggel,
aku rasa ely dulunya cikgu sekolah...sbb tu dia mampu mencipta kata2 kerja yg berjela2




liz,
aku baca dalam LP..klu ko gugel dlm tenet pun korea antara top10 klu mengikut purata negara industri

kimchi? aku pun suka..tp pd aku tak pedas mana spt yg digembar-gemburkan...tekak aku sume bleh telan klu dah lapor...




zaira,
blog aku kelakar ke? ko pasti? nanti aku masuk lif tekan tingkat 80....




penjejak awan,
ekau rupanya...okok, noted!




sishoney,
sis pandai amik gmbr..klu i mmg tembak merata jek...janji ada




yantie ahmad,
hahaha....arigatou! aku mmg sesaja buat bersiri mcm kat tv tu....kalau pjg ko skip jek sbb aku byk melalut...peace! v^__^v




kemang,
luck je tuh..toceh!




lily riani,
u singgah tak gyeongju? nice kan?




tasyha,
kau wajibul ghunnah pegi...sbb bleh shoot byk gmbr yg cun melecun!

Ely Hasrul October 25, 2011 at 11:23 AM  

aku xpenah g vietnam, tp mmber aku ramai g sana bisnes trip punye pasal. mmg dorg belagak la (yg penjual sume nih), even tepi jalan pon. patu pengotor. mmber aku ckp ade gerai jual mkn tepi jln, alih2 ade sorg makcik nih lalu situ patu suh anak dia cangkung berak betoi2 dpn gerai mkn tuh hahahhahahha xtahan siot. kalu kena langgar tu kire cam cite latest budak kena kt china la. nnti kalu ade kesempatan buleh la aku pegi mana tau leh lawan race moto hihi

Ely Hasrul October 25, 2011 at 11:25 AM  

oit janggel, aku dh ckp aku dulu bahse melayu A1 hahhaha.. yg xtahan nye aku kutuk cikgu BM tu hampir tiap hari sbb dia suka gossip/mengata aku kt bilik guru. bila aku sorg aje student yg dpt A1 dia bangga gile ckp hasil tunjuk ajar dia. masalahnye aku sekolah cina, aku rasa tukang peksa tu tgk karangan aku besh skit dr budak lain terus dpt A1, even best student pon jeles dgn aku sbb dpt A2 hahahah


aku xbleh jadik cikgu, kalu jadik mmg melangkup la anak murid haha

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP