Umrah : Kali Pertama Melihat Kaabah

October 05, 2011

Sambungan episod sebelumnya.


Hari Kelima : 18 Jun 2011

Lebih kurang jam 10.30pm bas pun tiba di Hotel Rawabi Emirates yang menjadi tempat penginapan kami semasa berada di sini. Dalam keadaan yang masih mengantuk aku dan jemaah lain keluar dari perut bas dan menaiki anak tangga menuju ke hotel. Hotel kami terletak di kawasan berbukit dan tak silap aku ada 40 buah anak tangga kesemuanya (tak silap aku le). Kali ni jarak hotel jauh sedikit dari masjid berbanding di Madinah tapi masih reasonable. 

Sampai di bilik kami terus letak barang dan berehat sekejap sebelum berkumpul di lobi hotel tepat jam 12 tengah malam. Walaupun masih keletihan tapi urusan tawaf dan saie harus disegerakan sebab kami masih terikat dalam ihram.

Para jemaah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang kecil dan kami sekeluarga diletakkan dalam kumpulan yang sama, cuma tambah 4 orang jemaah lain. Kumpulan kami dibimbing oleh seorang ustaz dari Indonesia, aku dah lupa nama ustaz ni tapi orangnya muda dan masih lagi menuntut. Pada mulanya agak sukar nak menangkap bijik butir percakapan beliau sebab bahasanya yang agak pekat. Ada sekali tu aku tersengih bila tengok pakcik-pakcik dan makcik-makcik tercegang bila dia sebut perkataan "gampang". Sebenarnya maksud perkataan "gampang" dalam Bahasa Indonesia ialah mudah atau senang, cuma kalau di Malaysia perkataan ni disalahgunakan untuk memaki-hamun, eh? 

Setelah selesai taklimat ringkas tentang cara-cara melakukan tawaf dan saie kami pun melangkah ke Masjidil Haram yang terletak cuma 200 meter dari hotel. Sewaktu berjalan ke sini mata aku melilau kiri kanan sebab masih ramai orang walhal jam dah melepasi 12 tengah malam. Menurut mak kat sini siang malam sama je sebab orang sentiasa berpusu-pusu ke masjid. Seronok tau tengok suasana ni, aku ada shoot video, nanti lain kali aku share.

Nun di hadapan tersergam indah Masjidil Haram dan setiap langkah menghampirinya terasa bagaikan mimpi. Seperti Masjid Nabawi, Masjidil Haram pun ada banyak pintu dan salah satu pintu yang paling famous ialah Bab As-Salam di mana diceritakan pada suatu ketika dahulu Rasulullah SAW akan masuk melalui pintu ini setiap kali baginda memasuki masjid.

Ketika masuk ke dalam Masjidil Haram disunatkan melangkah dengan kaki kanan (kat Masjid Nabawi pun sama cuma aku terlupa nak cerita) sambil mengucapkan talbiah. Kemudian ustaz membawa kami pergi ke suatu sudut untuk melihat Kaabah sambil bertakbir sebanyak 3 kali. 

Sukar untuk digambarkan perasaan kali pertama melihat Kaabah. Bagaikan mimpi sebab selama ni aku hanya melihat ia melalui media cetak dan televisyen tapi sekarang real depan mata. Cuma agak surprise sebab aku sangka binaan Kaabah ini besar macam dalam tv tapi bila depan mata ia kelihatan lebih kecil. Ketinggian Kaabah adalah 39 kaki 6 inci dan saiz keseluruhannya adalah sebanyak 627 kaki persegi. Walaupun begitu, bila tengok dari tingkat 2 dan tingkat 3 Masjidil Haram, ia kelihatan besar tambah-tambah waktu lautan jemaah sedang melakukan tawaf. Subhanallah.

Dalam perasaan teruja terselit rasa hiba bila mengenangkan diri yang penuh dengan salah dan dosa. Tanpa dipaksa air mata aku mengalir. Begitu tebal perasaan kesal sebab aku sering lalai dalam melaksanakan perintah-Nya. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan terimalah taubatku. Aku tak sempurna dan aku nak memperbaiki diri. Bimbinglah aku ke jalan yang diredhai-Mu. Ameen...


Tanpa melengahkan masa kami bergerak menghampiri Hajarul Aswad untuk memulakan tawaf. Aku difahamkan suatu ketika dulu ada garisan menandakan tempat permulaan tawaf di Hajarul Aswad tapi kerajaan Arab Saudi remove sebab banyak jemaah yang keliru dan bertembung di sini. Kedudukan semasa tawaf ialah bahu kiri setentang dengan Kaabah dan berjalan mengikut arah lawan jam mengelilinginya. Waktu ni kami berpecah dalam kumpulan yang lebih kecil. Memandangkan abah dengan mak pernah buat haji sebelum ni, jadi mereka guide ahli keluarga yang lain manakala 4 orang jemaah lagi mengikut ustaz.

Aku memilih untuk mengikut abah sebab takut tersalah baca jadi kalau ikut abah aku hanya perlu mengulang saja apa yang dibaca.


diagram Kaabah dan sekitarnya
diagram cara melakukan tawaf

Pada malam tu jemaah yang melakukan tawaf agak ramai dan aku bimbang jugak kalau berlaga sebab takut terkalih/beralih bahu dari menghadap Kaabah. Tawaf yang lengkap memerlukan sebanyak 7 pusingan dan di setiap pusingan bacaannya berbeza-beza.

Perasaan aku semasa melakukan tawaf agak sukar untuk digambarkan tapi amat mengujakan dan aku tak putus-putus memandang ke arah Kaabah terutama sekali sewaktu melintasi Hajarul Aswad, pintu Kaabah, Hijir Ismail dan Rukun Yamani. Begitu mengujakan sebab di keempat-empat tempat ini kelihatan begitu ramai orang berpusu-pusu terutama sekali di Hajarul Aswad.  Aku teringin betul nak pergi ke situ tapi apakan daya, tawaf belum selesai. Kalau keluar dari tawaf nanti kena repeat balik pusingan yang terhenti tadi.



Video ni aku shoot masa melakukan tawaf malam tu. Sepatutnya tak boleh tapi aku tak dapat nak handle perasaan teruja dari menyimpan memori berharga ni. Mungkin ada yang fikir aku ni freak tapi kalau korang di tempat aku pun aku yakin korang akan buat benda yang sama. 


bersambung....
a

28 comments:

AKO @ retna October 5, 2011 at 10:09 AM  

ko tau masa first time ako buat tawaf, punya la hepi sebab masa tu tak ramai lagi orang. So excited la berjalan dekat ngan kaabah.. mmg puas hati la.

sebab first time so cam jakun la juga kan. hehe..

selesai sumer, kita ada peluang solat sunat sumer tu kan, pastu bila time sementara nk tgu waktu solat wajib, ako dok peratikan la pekerja2 kat situ wat keje..

cepat kan derang nya buat keje..bersihkan lantai yg tempat tawaf tu..

kat sini juga first time ako tgk orang solat jenazah tak henti2... ada je orang meninggal setiap detik dan waktu..

sedih..

azmnor October 5, 2011 at 10:25 AM  

Assalamualaikum fatt..,

memang pengalaman yang tak dapt dilupakan dan terindah sepanjang hayat....

memang rindu sangat nak kesana semula utk tunaikan ibadah haji pula...

Nieda October 5, 2011 at 10:51 AM  

Murahkan rezeki ku untuk ke sana..

azieazah October 5, 2011 at 10:55 AM  

Bertuahnya diberi peluang menikmati nikmat berada di Tanah Suci...

kemang~ October 5, 2011 at 11:10 AM  

ko ni mmg berani kan.. haha.. aku rase tak penah lg tgok org lain amek bideo.. ko first eh? hihi

tapi takpe la, bagus ko amek video...at least boleh bg gambaran time kat sane...

fatt jom gi sane..

bile ko nak ripit lg? aku nak ikot !

kemang~ October 5, 2011 at 11:24 AM  

btw beb.. aku ado satu link.. go - exchange.. ala2 voluntary work kat obersi..

http://www.aiesec.my/main/youths/go-exchange/

nak keje sane pon boleh..

ade 2..global community development programme n global internship program..since ko dah graduate, so eligible tuk internship program tu je la kan? ye tak?? aku tak phm sgt.. cube ko cek..

accommodation n meals die bg.. kena byr admission fee rm400 / 600 jerk.. and tiket flite kna bli sdiri..

cam best je weh ! ade sorg blogger ni, die pi aiesec kat turki..

www.dirtypassport.blogspot.com

aku pon dlm proses nak apply.. aku nak try apply tuk india.. jom??

fatt October 5, 2011 at 11:42 AM  

retna,
rezeki ko. hehe. tp mmg sume org pes time mmg teruja skit...tp aku rasa almost everytime aku teruja..hihi.

yg org cleaning tu kan, aku ada amik bideo, iskk...sume aku nak shoot....mmg aku takleh handle weh...sume aku nak amik..hehe. tp drg buat keje mmg cepat & cekap. kagum!




azamnor,
wsalam. register utk haji le pasni!




nieda,
ameen~



kak azie,
alhamdulillah. Insya Allah mana tau pasni smpai giliran akak pule..ameen~



kemang,
agaknye. mgkin la kot sbb aku tak pnh lg nampak. klu gmbr tu ada le.

klu pegi lagi pasni aku nak gi dgn laki aku...kih kih kih....ko kena gi dgn org lain la nampaknye..hehe...

benda aiesac ni lama dah aku tau, sejak dr zmn gorila dulu. mksd aku sejak time aku freshmen kat U dulu. ko apply la eh, aku menyokong dari belakang. hehehe

aku ada projek sendirian berhad..so takpe, aku kasik ko chance cuba benda ni

Biqque October 5, 2011 at 11:55 AM  

aku rasa if aku gi pun mau aku amik video kowt...maklum la... :D

pegi ngan laki tu SUNGGUH menarik tertarik ko mmg dabomb...

fatt October 5, 2011 at 12:00 PM  

biqque,
aku pakai kamera biasa ni, klu pakai GoPro mesti lagi cantik. GoPro tu kecik, nk sorok pun senang, dahla kamera aku merah menyala..iskk

kannnn....diam2 ubi berisi...pi dgn suami lak ye biqque...tak lama lagi la tu..kih kih kih :)

kemang~ October 5, 2011 at 12:46 PM  

amboi ko nak gi ngan laki ko?

sampai hati tsk tsk.. kihkih

eh , aku cek tix pi danang, rm150 return...x meleleh ke air liur?
*racun*

fatt October 5, 2011 at 1:00 PM  

kemang,
mestila...halal ma. hahaha
ko racun le wei, aku tak termakan punye...jadual aku dah pack ni ha...takleh nak sumbat lagi dah...thn dpn aku berjalan almost every month..bln 5 je 2x...takpe2...aku kasik ko chance..aku menyokong dari belakang..hehehe

kemang~ October 5, 2011 at 1:07 PM  

hahaa..aku pon hold dulu..nanti tiket je aku beli, pergi nye tidak sbb tarak duit ! kihkih..

eh ko rase selfish x kalo aku split ngan akak aku? huhu.. aku tgh tersepit

akak aku insist nk pakai agent.. mahal gila die caj..aku rase kalo gi redah sendiri, less than 1k pon ok..lesser is better..

dah la bln 6 tu aku ade 2 trip lg.. haiyo

fatt, ko rase camne?

fatt October 5, 2011 at 1:11 PM  

klu nak buat danang tu elok combine dgn hanoi je..itu pd pdpt aku le

ko kena suarakan mslh ko kat akak ko..citer bebetul apa ko nak & kenapa supaya dia tak salah phm. aku tak sure la akak ko punye open minded tahap mana tp tryla slow talk. if ko rasa nak buat, tunjuk dia bebetul apa plan ko so at least dia tau ko dah buat homework & yg penting sekali since u want to take this risk, jgn sesekali susahkan dia. aku phm dia risau, tp depends pd camne ko nak convince dia. yg penting ko pasti apa ko nak & ko firm..takleh goyang.

tu pd pendapat aku le. talk to her. ok

bdk2 @ John October 5, 2011 at 3:16 PM  

aikk? nape komen aku tak masuk? sentapp! hahah

punyela pnjg aku type td.

bdk2 @ John October 5, 2011 at 3:50 PM  

btw, ape masalah kemang? kakak die insist nk guna agent kat india ke? kalo aku laaa...boleh je xnk guna agent. tp kemang kene btol2 prepare and come up with the plan. so that, kakak die rse konpiden nk ikut cara die. its shows how much we put an effort in travel. mcm bwt presentation and direct selling jgk.

gadisBunga October 5, 2011 at 6:31 PM  

ohsem fatt. ohsem. mmg ko ni spesis berani hidup lah! (instead of berani mati kan? heheh)

aku nakkk sgt2 gi buat umrah. nak sgt2. aku dah sampai tahap rasa stuck kat malaysia ni. keje cenggitu je. kawin, jauh panggang dari api la. baik aku gi buat umrah je kan?

Janggel October 5, 2011 at 7:55 PM  

terbayang lagi firstime tengok kaabah live! memang lain kan perasaan masa tu...

Masih ada ke lampu kalimantang hijau yang menandakan permulaan tawaf kat tiang tu?

~uG0giRL~ October 5, 2011 at 7:59 PM  

hahahah 1st time tawaf dah rakam tu mmg agak freak la kehkehkeh. yg penting niat asal xlari.

masMZ October 5, 2011 at 9:48 PM  

perasaan aku rasa macam ko Fatt..

Hari tu aku sampai dekat tengah malam (gara-gara bas rosak dan tunggu bas gantian)... Masa sampai Masjidilharam tu terasa diri kecil sangat... nak gambar perasaan tu susah sangat... tak sangka dapat tengok kaabah di depan mata...

sebelum tu, sepanjang perjalanan tu tuhan je yang tahu perasaan hati... sampai ke ke sana? dapat ke tengok kaabah? Amazing, syukur teramat.... Alhamdulillah, thank U Allah!!! Terasa diri sungguh kerdil.

missSenget October 6, 2011 at 9:29 AM  

best kan..

rasa nk pegi lagi..

tp ko nk tau tak..

aku xpenah gi toilet kt msjidil haram..
mak aku x bagi..die kata bahaya kalo gi sorang2..

tapi die nak teman malas..sbb jauh kan kene jalan.. =.="

missSenget October 6, 2011 at 9:37 AM  

owh..lagi satu..tarikh umrah kite pn lebih kurang..

aku gi kt mekah 20-25jun.. rasa2 kite penah jumpa tak kt sana?? :p

Anash October 6, 2011 at 1:20 PM  

Tiada bangunan indah selain dari kaabah ....walaupun ianya berbentuk kotak...
dok mengelamun lelama nengok kaabah pun dah kira wat ibadah jua..
(rindu le pulak dgn mekah bila baca entry fatt nih...)

Liz Rohaizat October 6, 2011 at 5:04 PM  

aku susah 'kembali'. ewah.... baru nak catch up blog korang semula. nanti aku komen blk

Biqque October 7, 2011 at 3:27 PM  

camni lah kemang...meh sini makcik ni nak bagitau...

kakak ko nak guna agent tu utk menyenangkan dia anak branak...if dia ada duit, layankan jer...ko harus ingat, tu tahap2 kakak2 kita tu (ewah tak ingat diri dah tua) bukan macam kita...takdenyer nak menapak jauh2, nak naik tuk2 berhimpit2...cara dia berseronok maybe lain ngan ko...tambahan lagi, ko pegi atas "tiket" jagaan kakak ko (aku assume)...MAKLUM LA, KO STUDENT LAGI, mak pak mana tak riso kan...LAIN LA ko penah travel berkali2 keluar sorang2 and balik dgn jayanya, mungkin diorang rasa ok la kot...tak gitu...

pendek kata, aku paham pi ngan family lain, sendri2 lain...aku pun tak sanggup layan buang duit ala2 kakak2 aku tu...hahaha! pi langkawi pun macam pi australia...berabis duit, tak paham aku! baik gi obersi! (off topik plak)

dan betul tu kata fatt bdk2, ce duk bebincang...untung2, diorang terima...rugi2, ha nasib la ko ikut la agent tu bawak ko gi mana ye...sekian.

fatt, kamera ko merah??? i loikeeeee!

fatt October 15, 2011 at 7:12 PM  

john,
masalah dia akan dia tak brp confident nak kasik dia pegi solo..kiranya dia nak wat route sendiri la ni. aku tak pasti dia dah berjaya convince akak dia atau belum atm




gb,
aku mmg pesen unpredictable..mmg aku suka buat ikut instinct. tp ko suka tak dpt tgk camne org tawaf? haaa..pglmn tuh..dpt share dgn korg pglmn ni aku rasa seronok...bleh bakar semangat korg utk pegi..insya Allah :)

aku bkn nak menunjuk2 gb, jgn salah paham...aku takut gak org salah paham dgn intention aku..slalu kita tgk dlm tv org tawaf tp dekat2 belum penah..so aku hrp video ni mcm dpt bwk org experience sendiri dari skrin kompiter

aku rasa elok jugak klu ko pegi umrah..ajak parents ko sekali..seronok pegi cni..bkn seronok mcm travel utk sightseeing tp seronok sbb dpt ziarah rumah Allah, ziarah makam Rasulullah...aku tak tau nak gmbrkan dgn prkataan tp pglmn ke sini mmg uncomparable :)




janggel,
mmg lain. antara percaya dan tidak :)

lampu tu ada lagi, kat bhgn dalam masjid




ugogirl,
agak2 ada ke org lain yg sama mcm aku? huhuhu




masMZ,
bas ko rosak? mcm2 kan Allah bagi ujian...tp alhamdulillah sume dah selesai dgn selamat. aku pun ada jgk perasaan takut cam yg ko rasa tu..sbb aku penah dgr citer org mcm2..ada yg sampai takleh mengucap, baca surah al-fatihah pun takleh...takut kan




miss senget,
eh kebetulan..mebi ada la tu kita selisih bahu. duduk kat hotel mana? kat masjidil haram aku pun tak penah gi toilet dia sbb jarak ke hotel agak dekat..klu kat madinah aku penah sekali. tp syok kan pegi sini :)




anash,
kann..tgk kaabah yg betuk 4 segi tu pun dpt pahala free...sy klu solat ngadap kaabah mmg mata sy pandang situ je..tp ada org kata takleh...klu pikir2 balik nape plak takleh...tu kan arah kiblat? funny la dorg ni wat statement itu ini takleh, hanya Allah saja yg boleh adili solat kita kan? wallahualam




liz,
kembali bebila pun boleh liz..blog aku sentiasa terbuka utk semua :)




biqque,
ko ngumpat ely ek? aku kasitau dia..tp klu pegi langkawi ghupe cam pegi ostolia mmg pitam okeh...

kamera aku kaler merah...menawan kah? tp dah byk calar sana sini sbb tuan dia tak cermat...hihihi

yam September 23, 2012 at 1:36 PM  

Salam Fatt, nak tumpang tanya. Masa Fatt masuk Masjidil Haram, gambar-gambar yang Fatt capture tu guna camera biase ke DSLR? Buleh bawak masuk ke? Sbb saya mmg nak pergi Mekah, ada niat nak capture gambar-gambar Masjidil Haram buat kenangan.

Fatt September 23, 2012 at 2:33 PM  

yam,
wsalam...sy pakai kamera PNS je, bukan DSLR. besar & obvious sgt klu DSLR...nanti org kata nak gi beribadat ke gi holiday, ye tak?

nak bawak kamera masuk masjidil haram tu at owner's risk..klu kena rampas tu nasib jgk..ini pun sy sorok2 amik.

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP