Trans Java : Jogja - Part 11

November 25, 2011

PENGUMUMAN!

Peluang untuk vote favourite entry bagi kategori Readers Choice masih dibuka. Pilih salah satu daripada 30 entry yang dipertandingkan, nyatakan sebab kenapa entry itu dipilih dan email kepada backpackerbusuk[at]gmail[dot]com sebelum 27 November 2011, 12 midnite. Mystery gift menanti penyertaan yang terpilih. So VOTE!


Sambungan dari Part 10

Hari Kelapan : 29 Mac 2011

Pagi kami dikejutkan dengan hujan lebat yang turun mencurah-curah. Nampaknya terpaksalah kansel plan ke Candi Borobudur memandangkan cuaca yang tak mengizinkan. Kalau diikutkan memang nak sambung tido tapi lebih baik mandi dan bersiap sementara menunggu hujan berhenti.




Bila dah pagi barulah boleh nampak keadaan sekeliling, maklumlah semalam sampai lewat. Boleh tahan cantik tempat ni, landskap dan bangunannya pun menarik sebab menggunakan unsur kayu. Sekilas pandang rasa macam tak percaya harga bilik yang kami duduk tu RM35 sebab ada swimming pool dan free breakfast. Kalau kat Msia jangan mimpi nak dapat harga ni, guling-guling merayu pun belum tentu dapat.


Setelah bersiap-siap kami pegi ke ruang makan untuk bersarapan. Nampaknya group kami yang paling awal, barangkali orang lain masih sedap bergulung dalam selimut. Malam tadi masa check-in receptionist bagi sekeping kertas dengan pilihan sarapan. Boleh pilih nak makan apa tapi bukan suruh sebat semua. Ada English breakfast, bread toast, nasi goreng, buah-buahan dan macam-macam lagi. Memang terbaik!

Lebih kurang pukul 9am hujan berhenti dan kami pun memulakan operasi. Di sebelah Delta Homestay ada tempat untuk menyewa motor. Pada mulanya owner tu letak Rp75k untuk sebuah scooter tapi selepas berbincang, kasik ayat manis, kenyit-kenyit mata akhirnya dia bersetuju bagi Rp60k sebuah. Aku sengih sampai ke telinga sebab harga yang aku quote tu sebenarnya harga pada tahun 2009!

Tips : selalunya owner akan mintak passport untuk guarantee tapi aku suggest buat photocopy je, sediakan jugak photocopy lesen jika perlu

Destinasi kami yang pertama untuk hari ini ialah Taman Sari (Water Castle) tapi sebelum tu kami berhenti di Pertamina (stesen minyak) dan isi full tank.

Harga aku dah lupa sebab tak catit tapi tak silap aku lebih kurang Rp15k-Rp20k, jauh lebih murah dari harga bensin di tepi jalan. Kadang-kadang bila masuk kawasan kampung yang dah tentu takde stesen minyak kenalah beli bensin di tepi jalan. Pada aku sama je, cuma mahal sikit dalam Rp1k-Rp3k. Tapi tak payah le bargain, kesian orang kampung nak meniaga. 

Setelah selesai mengisi minyak kami terus ke Taman Sari yang terletak di tengah-tengah nadi kota Jogja iaitu berhampiran Jalan Malioboro. 


Laluan ke sini agak unik sebab perlu melintasi kawasan Kraton dan di kiri kanan jalan "terkepung" dengan tembok putih yang tinggi. Bayar parking motor Rp2k/sebuah, tiket masuk Rp3k/seorang dan caj kamera Rp1k/sebuah. Orang kaunter tu cuma caj sebijik kamera walapun ada 3 bijik sebenarnya. Tempat ini dibuka dari jam 9am - 1pm pada setiap hari. 

Memandangkan kengkawan aku belum penah lagi dengar sejarah Taman Sari so kami bersetuju mengupah seorang pencerita. Upah yang dikenakan bergantung pada keikhlasan kita. Aku dah lupa nama guide tu tapi dia fasih cakap Kolumpo sebab dulu dia penah kerja kat area Sunway selama 4 tahun.


Pada aku guide ni memang terer tentang selok-belok sejarah Taman Sari sampai aku ternganga-nganga kekhusyukan. Walaupun ini kali kedua aku dengar cerita yang sama tapi aku rasa version dia lagi best berbanding dengan version yang aku dengar pada tahun 2009.




Dulu masa aku ke sini tahun 2009 tempat ni tengah renovate dan kolam ni kering kontang. Kiranya kunjungan aku yang kali kedua ni berbaloi-baloi sebab aku dapat tengok tempat ni dah improve dan yang paling penting, ada air dalam kolam. Hahaha. Waktu ni langit cerah pastu banyak awan nano (eh?) kat langit. Tapi ni sume sekejap aje sebab masa kami kat Kraton tetiba without warning hujan turun lebat kaw-kaw punya. Heh!



Ini bukan pasu bunga, ini CERMIN! 
Kenape? Tak percaya?

Zaman dulu kala mana ada cermin, so bekas yang macam pasu bunga inilah cermin. Senang je caranya, penuhkan bekas ni dengan air pastu tadaaaaa...jadilah cermin!  \(^_^)/


Sebenarnya aku tak berani nak bercerita pasal sejarah sebab takut tersalah fakta tapi secara ringkasnya dulu tempat ni ialah kolam mandi Sultan Hamengku Buwono I dengan ahli keluarga dan dayang-dayang istana. Kat sini ada beberapa bilik persalinan untuk sultan, anak-anak sultan dan dayang-dayang. Part yang paling aku suka ialah bila sultan naik ke menara dan baling bunga ikut tingkap. Waktu ni ada banyak dayang mandi di kolam tapi hanya satu dayang yang akan dipilih. Bila sultan dah pilih maka dayang tu akan join sultan mandi kat kolam private. Best kan jadi sultan? Hehehe 

Cerita lengkap tentang Taman Sari boleh baca di sini

Kami habiskan masa lebih kurang sejam di sini sebelum di bawa ke belakang di mana terletaknya galeri lukisan dan hasil kerja tangan penduduk kampung. Aku akui boleh tahan cantik lukisan-lukisan tu tapi aku takde pulus nak beli. Separuh dari hati aku kata ni macam scam sebab by the end of tour kena masuk kedai lukisan tapi lagi separuh kata takpelah, dorang pun nak cari rezeki, ye tak? Dorang tak memaksa kita beli tapi dari pengamatan aku hasil karya pelukis-pelukis dia Jogja memang cantik. Aku suka lukisan yang berbentuk abstrak, kalau lukisan pemandangan aku kurang sikit. Harga setiap lukisan boleh dirunding dan ada sesetengah tempat yang lukisannya boleh ditukar-tukar kalau dah boring.




Kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Kraton yang terletak berhampiran Taman Sari. Kraton dalam bahasa Jawa bermasud istana. Bayaran masuk ke sini ialah Rp3k/seorang dan parking motor ialah Rp2k/sebuah. Masuk sini pun tak lengkap kalau tak amik tour guide sebab cerita pasal Kraton memang menarik. Aku memang minat dengan sejarah dan kalau amik guide memang aku akan manfaatkan betul-betul. Yang lawak tu bila tour guide ni ingat aku ni student sebab khusyuk pastu tanya banyak soalan. Walhal aku ni dah lama tinggal sekolah kot!!! Tapi kalau dia pikir aku ni student maknanya rupa aku ni macam budak sekolah la ye? Perasan lah ko!!

Tapi yang pelik tu zaman sekolah aku tak minat pun subjek Sejarah. Sampai sekali tu cikgu Sejarah siap membebel sebab aku tibai jawab soalan trial SPM. Begini soalannya, "Apakah maksud pendidikan tidak formal dan berikan contoh-contohnya". Aku jawab ape tau? Hahaha. Aku jawab, "Pendidikan tidak formal ialah pembelajaran melalui apa yang dilihat seperti melipat kain, memasak, menjaga adik, dan mengemas rumah". Lebih kurang gitu le aku jawab. Dek kerana jawapan inilah maka aku glamer kat sekolah. Habis sume kelas tau jawapan aku. Pfftt!! Ini cuma selingan. Back to story.

Seperti yang kita maklum, kalau istana apa lagi yang ada kalau bukan tinggalan-tinggalan raja, betul tak? So kat sini ada macam-macam benda berkaitan adat istiadat diraja Jogja macam persalinan diraja, alat-alat muzik tradisional dan sebagainya. Oh ye, baru-baru ni telah berlangsungnya adat istiadat perkahwinan diraja Jogja kat Kraton. Boleh jenguk sini untuk bacaan lengkap berserta gambar.

Ada satu benda yang menarik minat aku pasal tempat ni. Ada satu foyer yang terletak berhadapan tangga dan dikatakan ketinggian lantai foyer tu sama dengan Tugu Jogja. Pastu jarak di antara foyer tu dengan Pantai Parangtritis dan Gunung Merapi pun sama! Bila kita tepuk tangan kat bawah foyer tu boleh dengar sejenis bunyi yang pelik, macam satu titik buta (baca : blind spot) dan ia disebabkan oleh jarak tersebut. Menarik kan?

Semasa di Kraton hujan turun dengan lebat dan memandangkan tempat ni dah nak tutup so terpaksalah kami berlari dalam hujan. Nasib baik ada poncho untuk menyelamatkan keadaan. Sebab itulah pentingnya kita tengok ramalan cuaca sebelum pegi ke sesuatu tempat. Bila hujan contohnya dah tak gelabah cari poncho atau payung. Jimat!

Cerita lanjut tentang Kraton boleh baca di sini.


bersambung....
.

34 comments:

YanTie AhMad November 25, 2011 at 4:57 PM  

perrhh..sekian lama akhirnya aku dapat baca sambungan sinetron nya..

bagus fatt, sila update apa-apa yang patut..:)

Lily Riani November 25, 2011 at 5:03 PM  

am i the pes one to comment... ke under review yang lain(s)? sigh...

taman sari mmg interesting, rasa nye masa i gi pun air nye elek pochik, kene dig gambo lama nih.

you gi tak secret tunnel tuh? yang lalu tangga2 unik tuh? i gi nak tgk yang tuh jek, jenuh guide tuh bawak... baik dia.

Borobudur trip >>> http://lilyrianitravelholic.blogspot.com/2009/08/breathtaking-borobudur-it-started-with.html

BlueEwoke November 25, 2011 at 6:10 PM  

ler cepatnye update, mana plak ko dpt sumber inspirasi nih???!! selalu cam siput jek hahhaha..

Pagi tadi aku baru baca separuh je entry jogja part 10 ko, pastu terbengkalai sb ada kerje nk kene settle, ni dah ada entry 11 plak..adeh..

shah_rule November 25, 2011 at 6:10 PM  

Boleh tahan mewah jugak breakfast dia nasi goreng ngan telur.. nyam2~

area hotel ni jauh sangat ke dari pekan atau jalan malioboro tuh?

iina November 25, 2011 at 6:31 PM  

Wakakakakakah... pendidikan tidak formal adalah memasak.. melipat kain.. menebas rumput.. wakakakah lawak ler ko fatt... mmg seharusnya ko glemer.. kalau ko jadi student aku, mesti glemer ko kena sebut dengan kekwan aku hahahaha...

Takpe belajar dan minat sejarah takde had usia.. kdg2 zaman sekolah kita rasa tak minat sebab sejarah nie kalau kita nak faham kita kena visual.. kena bygkan.. sebab itu ramai org tak suka sejarah sebab banyak kena baca.. kena hafal..

Bila kita travel.. nah.. masa tuhlah kita akan hargai sejarah sebab kita nampak tinggalan sejarah tuh depan mata.. mcm pakwe aku.. stpm dia ambik paper sejarah hahaha.. sebab itu dia minat sgt2 sejarah sampai semua sejarah dunia dia tau.. kalau p muzium.. dia jadi tukang cite kat aku pulak.. hahaha..

Apa pun kalau ke tempat2 yg ada nilai tinggalan sejarah kalau ada tukg cerita mmg lagi best dari kita duk tengok2 sendiri kan..

pssttt ensem dak mamat ckp slang kolumpo tuh ;)

Anash November 25, 2011 at 8:10 PM  

Fatt
akak suke sangat warna biru tasik tuh...
macam sweet aje kalau tuh warna kain buat baju kurung...(tetiba teringat baju kurung..haaha-lari topik)
lipat kain?...kelakar la fatt

dzuchan November 25, 2011 at 8:14 PM  

lama aku x komen sbb xsempat..
sbnrnye aku x abis baca lagi
tapi aku saje je nak penuhkan komen
aku ada tgk pasal kraton dlm destinasi bajet..
chaghe gak, tempat dayang mandi manda sambil di skodeng oleh raja..

Janggel November 26, 2011 at 12:08 AM  

Ohhh Cermin tu memang rare ye. Pestaim aku tengok..nak buat camtu gak kat umah leh tak? hahaha harus nyamuk berketul2 mengawan dalam tu.

Aku memang suka giler ngan sejarah. Kalau mana2 pegi mesti tengok bangunan ngan tengok sejarah...wajib. nak jadi cekgu sejarah tak mampuuuuu asyik kene tiaw je, so berangan2 jadi kurator muzeum je lah hahaha.

NITA November 26, 2011 at 12:41 AM  

Mmg interesting la cerita2 depa ni, walau kekadang ditokok tambah nak bagi best.

Bagi aku indonesia adalah sebuah negara yang sangat2 menarik, dan aku pun tak jemu2 nak ulang dan ulang dan ulang ke sana; walaupun aku ada pengalaman buruk dengan kisah2 sinetron bibik2ku, ada yang lari kawin dgn kontraktor binaan, ada yg balik kg tak mari2... *sigh*

mak aku pun pelik pesal la anak dia yg kena tipu hidup2 dgn bibik2 ni tak abih2 pi sana hahhaha

anyway, aku nak kata aku teringin nak repeat jogja :-)

fatt November 26, 2011 at 8:31 AM  

yantie,
tinggal brp episod je lagi...3 kot..pasni bleh la aku sambung sinetron siem reap. hehehe




lily,
ure 2nd! hahaha
whatt?? sikret tunnel?? nape aku mcm miss je ni? oh no, tak sanggup aku nak ripit 3rd time.. @__@




na,
cam siput ko kata? hahaha...
aku dah x sabo nk abiskn citer ni. bleh aku wat kenduri pulut kuning sbb berjaya abiskn. hehe




shahrul,
kan? nyam nyam nyam oke! hahaha
xdela jauh sgt dr jln malioboro. sedang2 elok je aku rasa..tmpt ni ok la, ko dok arr cni nanti

fatt November 26, 2011 at 9:09 AM  

iina,
tahap pcik la mamat tu...dah berumur pun :)

hahaha...nmpk benor aku tak suka sejarah. tah camne tetiba bleh suke plak, pelik gak.

aku suka dgr tp aku tak pandai nak cerita..agaknya sbb tula kot tak score paper sejarah..hehehe...

tp mmg pun, klu travel mmg byk benda kita akan tau, benefit jgk travel ni kan? tp rugila klu org yg travel tp tak minat sejarah..mcm tak kena je kombinasinya.




kak anash,
tu bkn tasik le kak, tu kolam. sy rasa kaler dia jd cantik sbb langit haritu cerah...klu buat baju kurung kaler tu pun cantik..hehehe. nmpk sgt sy fail kan paper sejarah? tp disebabkan itulah sy tak lupa peristiwa ni :)




dzulichan,
aku gigih menaip ni beb sbb dah 6 bln aku biarkan terbengkalai. hahaha. aku tak tgk lagi destinasi bajet tu, kul brp dgn hari apa kuar tv? bleh gak tgk ni, kasik membara skit




janggel,
nyamuk mengawan??? ohmai..HAHAHA...tp letih jgk weh pakai cermin pesen gini sbb kenda menunduk 24jam..dah ala2 dukun aku rasa

ko bleh geng la dgn aku sbb fail sejarah. hahaha..tp best kan bila tau psl cerita2 lama? aku dgr pandai le, nak cerita balik nti jadi cerita dongeng pulak. HAHAHA




nita,
HAHAHA...pglm buruk dgn bibik? biasalah tu..tp klu jumpa yg baik tu mmg baik kan? kdg2 konpius jgk nape la dorg ni suka buat hal. ada sekali tu bibik kazen bleh pengsan kat umah dgn pintu trbukak, dahla anak2 dia kecik2 lagi. nasib baik tkde org dtg culik.

pastu barula tau dia ni sbnrnya kena ilmu sihir. asik2 pengsan, meracau. dah terbalik plak, sape jaga sapa. tp agen tu la tipu ckp sume ok..last terminate.

melalut plak citer aku ni...

tp mmg aku pun personally suka indo sbb ada mcm2 benda bleh tgk...negara dia kaya dgn culture. wlpun rata2 penduduknya miskin tp org2 cni peramah. yg memusykilkan tu, org kat sana ok, yg dah mai kat msia ni yg ko...perasan tak?

~uG0giRL~ November 26, 2011 at 10:23 AM  

hahahah sye dok bayang ko nganga sambil dengar explaination. lawok gamaknya.

time belajar dulu sye xminat sejarah sbb cuma boleh bayang je, pas tu bab menghafal yg fail. date jepun serang malaya, penjanjian bangkok, alfonso di-albarbeque la, mmg benda tu penting tapi guwe xberapa minat. tapi sekarang ni, benda ada depan mata of kos menjadi lebih menarik dan tertarik dan ternganga.

gadisBunga November 26, 2011 at 11:36 AM  

orait. poncho harus ada *ni aku ingatkan diri sendiri nih!

*

ok pasal homestay ko lagi. siyes murah dan berbaloi beb!

*

pendidikan tak formal? bukan mmg itu ke jawapannya? salah ek? hahaha patut la dulu sejarah aku dapat 4 saja!

*

aku belum ngundi lagi. tunggu ek aku nak baca abis sume entri!

Anash November 26, 2011 at 1:47 PM  

fatt
laa hai..silap nengok...mana ada tasik...kolam comelll...(hahah..malu..malu...sila sorok muka dalam selut..)

dzuchan November 26, 2011 at 6:02 PM  

fatt, destinasi bajet tu repeat punye.aku pon tgk dlm youtube..
chaghe la Qi tu..membuatkan aku berazam kuat ni + member2 aku da setuju nak joinnnnn..
tggu tiket murah ckit la...hehehee

Nowwa Fitri November 26, 2011 at 7:50 PM  

Fatt...huish kau buat aku nak repeat Jogja lagi...aku pun stay kat Delta Group (Delta Garden Hotel)...marvelous..bilik besar, toilet cantik...dahla murah lak tu...hahaha...

Tapi orang yang cerita ngan aku pasal sultan kat taman sari tu, dia baling kain kat bini-bini dia,pastu sapa dapat kain dia masuk bilik dia untuk dikerjakan.Version mana satu yang betul entah :)..version kau baik sikitlah..dia ajak dayang mandi.Hahaha...

Chow!


http://biniaskar.blogspot.com/2010/04/terujajogjakarta-day-1.html

Lily Riani November 27, 2011 at 12:24 AM  

ada ada ada.... secret tunnel passage tuh yg best, taman dia cam taman jek ler...dia lalu bawah kampung then tembus on the other side, its for the sultan to lari due to darurat etc.

pegiagain ler, after tgk semua orang cover bromo, nih nak kecek wahidah to visit bromo masa cny lak. ehhehe

fatt November 27, 2011 at 12:25 AM  

ugogirl,
perjanjian bangkok? ada eh? nmpk sgt aku ni blur tatau ape..hahaha. klu bab tarikh2, thn bila, sume aku out. nama org2 yg terlibat pun out..bdk2 skrg untung, bleh gugel je dlm tenet nak cari jwpn..zmn dulu ada, tp mana la byk cam skrg..tu pun still ramai yg malas belajar. tahape2 tah.

slalu bila benda dpt mata barula kita minat, kan? mcm belajar fizik dgn kimia jgk..baca je teori mana lekat, kena wat eksperimen baru faham




gb,
ready je gb..pape pun better check weather forecast.

jwpn aku salah le sbb tu aku jd legend kat skolah...jwpn dia ape tah aku dah lupa. tak silap aku dr observation dgn praktikal..takde cth yg mcm aku sebut tu..hehe..aku lagi teruk sejarah ok, ko lagi cemerlang :P




kak anash,
HAHAHAHA...nasib baik tak kata air terjun :P




dzulichan,
youtube ada eh? aku nak korek la klu gitu. skrg ni byk jgk rancangan travel2 ni kan..aku tak bleh nk tgk sbb takut nti geram nak beli tiket..tak berani aku. aritu tgk travelog AA gi Paris pun aku dah terbako. hrp2 dia tak tunjuk yg ke Jepun, lg aku terbako nanti..hehehe

klu nak pegi aku suggest ko ke Bromo terus..best!




nowwa,
ko duk delta gak ke? femes ek dorg ni...tp mmg murah pun even hotel cuma aku on budget aritu.

yg cerita ko dgr tu dr pencerita tu ke? yg aku dgr sbnrnya gundik tp aku kasik ayat manis skit tu yg jadi dayang. pastukan sbnrnya dorg mandi bogel..haha. sbb tu tembok tinggi gile...sblm "dikerjakan" sultan dorg gi mandi manda dulu...huhuhu

Janggel November 27, 2011 at 7:56 AM  

Kak Anash! Mesti akak tengah berangan bersantai tepi tasik tu kan! Sampai kolam pon le nampak cam tasik kekekekee!

Ainul Arina Madhiah November 27, 2011 at 12:03 PM  

tang paper sejarah tu yang tak tahan.. Patutnya cikgu sejarah tu sangat berbangga sekarang sebab akak dah terer sejarah through travel. Or maybe kita patut usulkan untuk membina minat sejarah di kalangan budak sekolah, bawak diaorang travel time kelas? amacam? orait tak? hehe... tapi sekolah la karang bankrupt. ;p

dzuchan November 27, 2011 at 3:40 PM  

fatt..bromo belom kot.ahli2 jemaah nak p bandung,apentah nak dicarik kat sana tu.travelog AA tu lembab la, kalo cergas macam destinasi bajet mesti syok. Pengacara lelaki tu annoyinggggg...

AA-cepat la wat saleeeeee

Anash November 27, 2011 at 7:49 PM  

janggel..
ciskek (lagi)...kat sini pun nak kenakan akak eh???(sambil kuis2 pasir dgn kaki...)

fatt November 27, 2011 at 10:36 PM  

janggel,
ko bwkla akak anash pi tasik putrajaya tu...org kata cantik. aku tak penah sampai lagi so aku tatau. jauh gila putrajaya tu tak koser aku nak pegi, tmpt jin bertendang




ainul,
kan...patutnya akak jadi geologist kuis2 tanah cari tulang dinosor..best gak tu..kaji batu, sejarah purba..hehehe

skola kat mesia patut bwk bdk2 pegi tmpt2 sejarah kat dlm negara utk tujuan exposure. mcm skola omputih kan dorg rajin bwk student pegi field trip.. skola2 kat korea pun nmpk byk jgk yg buat gini, ada jumpa ms gi gyeong-?? ape tah nama istana tu




dzuchan,
cari apa ko tanya..PEGI SOPPING LE!! org nak gi sana tujuannya tu je arr..aku dah cemuih gi sana..jemu. biarla P.Baru tu sorga sopping tp aku tak leh handle tmpt2 yg crowded ni, semak kepala aku

aku pun tertanya2 sape agaknya Abg Ed dlm travelog AA tu. mcm penah ku dgr namanya tp tak pasti...dia mcm PR artis2 kan? tp aku suka jgk dgr slang utara dia...anak mami. cuma aritu aku tgk Maya Karin tu mcm muka blur je, mcm tak rasa teruja pun gi Paris..bleh nampak la muka dia cam kayu..ko tak pasan ke? patutnya bila AA dah sponsor ko, ko tunjukla muka manis pastu terujua skit wlpun dah berkali2 ko pegi sana. puii!! emo plak aku. patutnya AA bwk org yg tak penah pegi so dia bleh nmpk excited, tul tak? aku rasa klu Abg Ed tu takde mesti kayu jgk show tu nk hrapkan Maya Kayu tu...hahaha..




kak anash,
akak dgn janggel ni mak sedara eh? tak pun akak ni mak sedara mas..ye eh?

Janggel November 27, 2011 at 10:40 PM  

Cissss Fatt, sampai hati kata tempat aku jin betendang! ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ mmg pon, sebb time hari minggu je jadi bandar mati. Sebb tu aku taknak dok situ. Нεнεнεнεнε

Tapi kalo nak dtg ptrajaya buat gath pon best gak waakkakak *tetibe

NITA November 28, 2011 at 12:00 AM  

issh fobia aku bila citer problem bibik2 neh.. biar le tak reti kerja ke, lari pun tak pe, jgn bawak lari anak2 aku or terlibat ilmu hitam bagai tu.. uhhh scary.

urrmmm mmg betul aku pun notice gak, locals are very nice sampai kau akan rasa terharu (tapi yg penipu pun ada). Yg datang sini mungkin dah byk merantau tu yg perangai pelik2 dan tak ok.

fatt November 28, 2011 at 4:26 AM  

janggel,
mmg cam jin bertendang pun *saje nak bako*

kalau gath kat sana apa je ade? cewah nak membako lagi. eh tapi kalau pekena seafood sedap gak kan?




nita,
kalau nak bukak cerita bibik makcik2 aku mmg tak habis. ada jgk kes yg dia curi brg kemas. masa hari last dia kerja tu mkcik aku operasi cek sume baju2 dia pastu kantoi dia sorok gelang kaki anak dia kat lipatan seluar. licik eh? gile...

tu belum kes bawak masuk jantan dlm umah...hurm..habis umah mcik aku jadi sarang dia melepaskan rindu dendam. pui!! mcm2 la iskk simpang.

Ainul Arina Madhiah November 28, 2011 at 6:02 AM  

gyeongbok palace ke? takdela jumpa plak. tp time pergi national seoul museum memang ramai giler lah. siap diaorang buat kelas on the spot lagi. mantap2. dah la budak tadika tau tu. kecik sangat, tapi dh terdedah awal2~

fatt November 28, 2011 at 10:40 AM  

ainul,
haaa..yela tu. nama dah lupa sbb berbelit2. hehehe...best kan dorg punye tmpt2 bersejarah...dorg jaga elok2...pastu senang public nak masuk tu yg best tu :)

Liz Rohaizat November 29, 2011 at 9:01 AM  

melawat tempat bersejarah adalah lebih baik dari "melawat" shopping mall. huhuhu, menarik juga sejarah tempat tu. sebenarnya indonesia banyak tempat bersejarah tapi kebanyakan orang luar datang sana sebab nak shopping

fatt November 29, 2011 at 10:44 AM  

liz,
org mesia suka pi bandung jek..tu jela depa tau..tak pasar baru, pegi factory outlet..tahape2 tah. nasib baik aku bkn kaki sopping. tp indonesia mmg best. ada rezeki nti pegi tau...murah pun ye..berbaloi2

Ely Hasrul November 29, 2011 at 12:14 PM  

wahhh ujan lebat mmg payah nk bgn pagi..

aku dh terbyg dh cemana gaya dayang2 tu berenang nk tackle sultan hahahhaa..

ekceli jogja nih asik la kitorg pospon sbb ade aje yg mghalang bila nk pg. bese la kalu road trip mmg gitu. tunggu sami beso sket lah baru g sini..

Biqque November 29, 2011 at 1:04 PM  

part sultan ngendap patu pilih pompuan mana dia suka tu, mmg AKU PUN NAK JADI sultan tu hahaha! diorang bogel ok!

patu katanya anak2 yg lahir dari sultan dan sume pompuan2 tu adalah orang2 kat skang ni tinggal kat dlm kawasan tu, tu yg duk terer melukis2 tu la...sbb dulu sultan sediakan kelas lukisan utk diorang...

masa aku gi tak cun gak fatt...aku siap panjang tembok bagai hahaha!

part cermin tu tak bleh blah, ko bayang kan ek...tengok nak buh lipsetik, air liur meleleh jatuh dalam air hahahaha!

merapi-kraton-parangtritis kan straight, gile hebat aku rasa...

ingat kalo jadi aku gi sana ngan family mertua, aku nak bawak diorang jalan2 la sume tempat ni...jadi tour guide hahaha!

fatt November 30, 2011 at 5:41 PM  

ely,
ko kena mandi air bunga kot baru leh sampai. aku pun rasanya mcm ko kot. 3x aku nak gi redang asiknya kansel...ada je yg menghalang. ni aku tataula trip redang camne..takut gak ni..nebes. tp apapun aku nak cuba jgk thn dpn

weh, dayang2 tu menari bogel siot...hahaha..ko agak2 ada renang berirama tak?




biqque,
aku tau dorg mandi bogel..tp cam..malu kot!! tp tembok dah tinggi nak malu ape bkn sume org nampak... @__@

tp part yg anak2 dia jd pelukis tu ok aku tak tau..ni mana ko dpt citer ni? klu gitu wah dasatnya aku terkesima, speechless sbb ramai kottt yg tau melukis kat situ. apakah?? @__@

selera naga gak tu...*pitam*

haaa..part straight tu aku tak kata...dia kata jarak...tp klu sama mmg hebat. tp ko ada try tepukk tgn kat bwh foyer tu?

aku rasa elok la ko ripit balik. aku tgk destinasi bajet pun tersengih sorg2 sbb teringt balik tmpt2 tu..

nadiakamal2 December 3, 2011 at 10:16 AM  

i suka tempat yang u visit..x la asyik g tempat yang sama ja..so bleh la i consider visiting jogja for next trip... ada duitkah? haha

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP