Trans Java : Jogja - Part 12

November 27, 2011

Sambungan dari Part 11.


Hari Kelapan : 29 Mac 2011

Selesai lawatan ke Taman Sari dan Kraton.

Setelah hujan reda kami terus mendapatkan motorsikal dan bergerak untuk makan tengahari di Jalan Malioboro. Dari Kraton ke sini sebenarnya tak jauh, in fact tempat ni seberang jalan je. Kalau berjalan kaki mungkin boleh terus redah tapi kalau bawak motor kena memusing sebab Jalan Malioboro ni 1-way.

[source] "Sultan Palace" ialah Kraton


Pada aku sistem jalanraya di Jogja lebih teratur berbanding di Bandung dan papan tandanya tak mengelirukan macam di tempat kita. Aku tak pasti sama ada semua orang cekap membaca peta tapi pada aku Jogja ni peanut (kacang).

Nak cari parking motor kat Jalan Malioboro tak susah sebab ada banyak di sepanjang bahu jalan atau lebih tepat - laluan pejalan kaki. Harga parking di sini cuma Rp1k dan bayar per entry. Ada ramai petugas-petugas motorsikal yang akan menjaga dan membantu kita meletakkan motor. Satu benda yang aku kagum ialah orang sini tak risau tinggalkan helmet tergantung di cermin sisi atau di atas seat sebab takde pencuri. Tak macam kat tempat kita yang mana helmet jadi barang berharga sampai terpaksa tambah bakul di belakang motor semata-mata untuk simpan. Walaupun Jogja ni selamat dan aman tapi nampaknya perasaan fobia helmet kena kerat (potong) di Kolumpo melebihi segala-galanya. Hahaha. Penjaga motor tu pun pelik tengok kami bersungguh-sungguh simpan helmet tapi nak buat camne, dah fobia. 

Dari parking motor kami bergerak mencari tempat makan yang sesuai di sepanjang jalan. Pada waktu malam Jalan Malioboro terkenal dengan lesehan (makan bersila) tapi pada waktu siang suasananya sedikit berbeza. Seingat aku takde lesehan pada waktu siang, cuma gerai-gerai yang berbumbungkan "fly" dan makan di meja yang berkerusi. Setelah meninjau-ninjau 2-3 gerai akhirnya kami amik keputusan untuk makan di satu gerai setelah meneliti menu dan tahap kebersihannya. Kami makan nasi putih kering dengan lauk nangka (gudeg) dan ayam goreng. Boleh tahan sedap masakannya cuma dah lupa harga, tapi memang murah. Ownernya pun tak ketuk walaupun tau kami orang luar. So far alhamdulillah perut aku tak penah lagi meragam bila makan di tempat-tempat camni. Barangkali bakteria dalam perut aku ni terlalu kuat. Hahaha. Aku pun jenis yang tak memilih asalkan halal. Aku lagi suka makan cara local sebab dengan cara ni aku boleh blend dengan budaya dan kehidupan mereka.

Sewaktu menunggu makanan dihidangkan, datang seorang perempuan dalam lingkungan 30-35 tahun dengan seorang budak perempuan berumur 10-12 tahun. Mereka berdiri statik kat tepi meja sampaikan kami rasa tak selesa. Aku tengok emaknya tersipu-sipu memegang sebijik gitar kecik yang aku rasa layak dipanggil gitar mainan. Daripada gayanya aku pasti ini bukan ngamen yang dicari-cari tapi......!! Ok takpe, aku bersedia menadah telinga sebab aku dapat agak bunyik yang bakal terhasil ni confirm sumbing! 

*ngamen = pemuzik jalanan

Emaknya mula "menggoreng" gitar tapi out of tune (deaf tone barangkali) dan budak pompuan tu mula menyanyi. Aku assume lagu tu dia cipta sendiri sebab tak penah dengar sebelum ni. Yang buat aku sirap bila emaknya tersengih-sengih macam #$%@!* sebab tanpa rasa bersalah "pekakkan" telinga kami dengan muzik yang sumbang. 

Aku mula tarik muka dan kengkawan pun nampak sedikit terganggu sebab terpaksa menadah telinga. Cantas selera makan weh, siyes tak tipu! Aku rasa kalau mak dia tak tersengih-sengih macam kera sumbang mungkin aku tak sirap, mungkin aku ada rasa simpati tapi ini tak #$%*&@! Aku tengok pompuan ni sihat, bukannya cacat sampai kena mintak sedekah tapi saja gunakan anak untuk easy money. Oleh kerana tak tahan "dipekakkan", kawan aku hulur duit dan barulah dorang pegi. 

Aku ni bukanlah kedekut tangkai jering tapi aku lebih suka bagi pengemis makan dari bagi duit sebab bila dapat duit itu yang buat dorang semakin malas. Seorang kawan pernah berkata, "Kat KL ni mana ada pengemis yang true, sume tipu, sume sendiket! Kalau tak caye ko tengok...siang ada tapi malam takde. Pegi mana? Aku hanya akan bagi kat pengemis yang siang malam duduk situ sebab tu baru true pengemis". Boleh? Hahaha. 

Aku jugak teringat kisah seorang kawan yang terlalu curious sampaikan dia sendiri pegi interview si pengemis untuk dapatkan kepastian. Ceritanya, "Sebenarnya pakcik makcik tu kaya. Anak-anak dia yang suruh mengemis. Dia cerita rumah dia besar gila siap ada Proton Waja lagi (ni cerita tahun 2006). Pagi-pagi anak dia akan hantar dia dengan bini dia kat sini, set-up sume peralatan muzik (btw dorang ni buta) dan petang sikit barulah anak dia amik. Pendapatan mengemis sehari boleh cecah RM50, kadang-kadang RM100. Ko bayangkan, kalau sorang hulur RM1, tak jadi RM100 ke kalau 100 orang yang hulur? Pakcik tu rasa bersalah mengemis tapi nak buat camne, anak-anak sume malas nak kerja". Hurm...pulak. So macam mana semua? Patut ke tak patut?

Selesai makan kami menuju ke money changer yang terletak berhampiran Matahari (rangkaian pasaraya di Indo) sebab kawan aku nak tukar duit. Selsai tukar duit kami singgah di kiosk McD dan beli sundae cone. Aku rasa sundae cone kat Indo memang murah, tak sampai RM1. Sambil makan aiskrim kami berbincang destinasi seterusnya. Memandangkan hari masih panjang akhirnya kami bersepakat ke Pantai Parangtritis untuk sunset.

Kami bertolak dari Jalan Malioboro lebih kurang jam 3.30pm melalui jalan boleh dikatakan agak panjang untuk ke Parangtritis. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam dengan kelajuan motor yang average. Kat sini tak payah speed sebab sume orang bawak rileks, satu scene yang aku rasakan berbeza dengan gaya pemanduan di Malaysia yang serba-serbinya kalut dan gelabah. Orang kat sini juga amat bertimbang rasa bila di jalanraya dan mereka amat menghormati pengguna yang lain. Kalau di Malaysia orang menyalahgunakan hon sebagai alat untuk melepaskan marah tapi di sini hon digunakan untuk alert pemandu lain dan bunyi hon yang dikeluarkan lebih "lembut", bukan macam hon nak cari gaduh. 

Kadang-kadang aku rasa nak tergelak bila jumpa pemandu Malaysia yang marah dengan orang yang tengah berlatih memandu ie. driving school. Aku tak faham kenapa perlu marah sebab dulu pun dia bawak slow macam tu. Semua orang ada gemuruh lebih-lebih lagi bila first time bawak kat jalan raya. Poyo la sape yang hon kat keta driving school. Aku lempang berpusing kepala tu nanti!

Sepanjang perjalanan ke pantai cuaca tak begitu stabil dan banyak kali kami terpaksa berhenti di tepi jalan untuk menyarung poncho. Ada masanya hujan turun berselang-selang sampai kami dah malas nak melayan dan biarkan poncho terus tersarung walaupun cuaca terik. Ada jugak situasi di mana selepas menyarung poncho tak sampai 5 minit hujan berhenti, pandai bergurau jugak hujan ni kan? Hehe 


bersambung....
. 

34 comments:

shah_rule November 27, 2011 at 4:16 PM  

setuju tuh mmg penyangak kat malaysia ni helmet pun nak curi~ sbb adelah kisah aku time aku exam tau kat hospital.. dahla smpai lewat, aku letak je moto kt depan pintu utama (kawasan hot pencuri ni) tp aku lock kan helmet tuh~ dah la exam teruk, aku cam sure fail mood dah down. bila smpai moto tengok helmet lak kene curi~ what a bad day~ haha tp siot ok helmet aku buruk pun nak curi..

dulu aku ade plan nak ke jogja, tp x jadi pegi even dah beli tiket.. haha tp aku ada plan nak ke pantai tuh, tgk2 cam jauh..so aku x yakin jugak sbenanya time tuh.. memang jalan dia str8 je ke ke arah selatan tuh? kalau jadi masa tuh lah time 1st trip solo aku sbenonye~ hehe tp xpelah time tuh tiket return rm27 je~ aku kebas time sale rm1 AA, tp aku tak pergi, dan agak kecewa sebenarnye~ huhu

NITA November 27, 2011 at 5:38 PM  

oh makan gudeg? gulp hehehehe. Ku tak try pun sebab lauk pauk jogja agak manis. Makan soto/bakso je berulang2 kali.

OK nanti sambung pantai parangritis. Nak dgr kau punya versi legenda situ. Foohh respek jauh naik motor pi sana!

Nowwa Fitri November 27, 2011 at 6:56 PM  

Komen yang tiada kena mengena dengan entry:
Suatu petang:

Mak Aku:Apa citer blog budak pompuan tido kat stesen keretapi tu?
Aku:Sapa?
Mak Aku:Apa tah busuk..busuk tu blog dia
Aku:Fatt(cam kenal la sangat kan)?Takde apa la.Citer pasal trip Jogja dia plak.
Mak Aku:Kau dah vote dah yang entri banyak2 tu?
Aku:Dah (malas nak layan sbb masa tu tengah baca blog Biqque)..
Mak Aku:Sapa kau undi?
Aku:Undi anda adalah rahsia!(pastu aku gelak!)
Mak Aku:Poyo la tu!

Comel tak mak aku?Hahahhaah

Lily Riani November 27, 2011 at 7:17 PM  

HON HON HON.....

awat semuarang kata sini beli batik sini law & murah, tapi tak nampak pung??? ke kat solo yang lawa?

btw; according to my guide, bakso dtg dari jogja adalah paling ori... dia bawak ler kiterang gi this stall tepi jln; we makan, sedap then order lagi satu each (minum ngan teh botol). bila nak bayar we all nak belanja guie and driver, dia kata tak yah mahal mahal, insist dia nak bayar sendri. dia kata we all student tak byk duit. STUDENT????????? WHAT???? But riak gak ler orang ingat aku muda RUMAJA. then we all nak ler bayor, it's RM1.50 per bowl. Ek elllaaa... ingat kan RM5 per bowl ke apa ke... we all siap tanya dia nak pagi satu ke? Hehhhehe.... bukan eksen but touch ler... dah ler ingat we all muda, but humble nak bayor kan....terkedusss

Anash November 27, 2011 at 7:35 PM  

fatt,
lagiii..lagiiii..tak puas baca nih..
(sambil hentak2 kaki atas lantai..)...hehe

nowwa fitri,
cool la your mom....kelakar bila baca dialog itu...

NITA November 27, 2011 at 7:55 PM  

lily,
batik solo ialah batik yang paling haluuuuusssssss according to locals that i met.

Well, ehem, i got one shawl yg mmg haluuuussssss i so likey! Harga pun agak mahal la to my stendard nak dekat RM70, huhuuuu

Nowwa Fitri November 27, 2011 at 9:27 PM  

Anash:Cool la sangat yea...tak cool bila dia baca blog Fatt sampai kul 1 pagi aku kena teman sambil tersengguk2 sebab dia tak pandai nak bukak internet :P..but still she's the best!

dzuchan November 27, 2011 at 9:57 PM  

hehe..fatt..ko punya travelog mesti ada iklan kan? aku sukeeee

anyway, aku tgk dlm destinasi bajet tu dia pon suggest makan nasi gudeg tu kat jogja..

BlueEwoke November 27, 2011 at 11:14 PM  

Pengemis zaman sekarang semua kaya2, silap2 diorg gune duit tu pegi travel hahahaha.. (emm boleh pakai ke teori aku nih? hahaha)

Nasi Gudeg, hmm boleh aku cube nanti, aku tak penah sampai Jogja nih..insya Allah satu hari nanti nk pegi gak..

fatt November 27, 2011 at 11:17 PM  

shahrul,
letak motor kat pintu utama pun kena sebat? gile ah. kalau jauh tersorok mgkin la chances tinggi tp berani jgk ye pencuri ni. wlpun helmet buruk tapi nak beli baru mau rm70-80 seketul...kuangasam sungguh!

ko dpt return rm27?????? murah gilaa!!!! rugi la ko tak pegi sbb dah murah sgt tu. aah, jln gi laut mmg straight jek. takde la straight mana sbb ada belok2 tp overall mmg straight. kat sini takyah risau sbb signboard dia mmg reliable...ko takkan sesat. pastu dia tulis brp KM lagi nak sampai, so no hal. ikutkan mmg jauh, tp aku rasa jauh lagi pegi Borobudur...like forever...bila nak sampai siakkk??? bila turun motor aku jln terkengkang2 sbb dah cramp...HAHAHA...siyes mmg lama. nti ko tgk jela map ni. tp dlm map mmg nmpk dekat, walhal jauh. sbb peta tu dah masuk kwsn kampung so dia tak byka tulis apa ada kat sekeliling.




nita,
sedap le...tak manis pun. mcm lauk gulai nangka kita jgk.. aku kurang skit mkn bakso tp klu soto laju la...tahla nape aku tak brp minat dgn bakso

ko pegi pantai naik ape? supir ke motor?




nowwa,
aku speechless! mak ko kiut! hahaha...

beb, klu mak ko ckp citer aku tido kat stesen ketapi tu kiranya dah lama la dia baca blog ni sbb citer tu masa aku gi cambodia...

kim salam kat mak ko tau! aku rasa mak ko ni rock jgk baca blog aku...




lily,
TIN! TIN! TIN!

aku tak beli batik kat cni tp kwn aku beli. aku pegang la jgk kain tu dan MEMANG MURAH! kedai dia ada kat jln malioboro..ko bleh beli suh dia potong 4 meter buat baju kurung. tp jgn panik, design dia takle mcm kain batik lepas tu, mcm kelakar lak kan buat baju? tak, yg ni mmg dia sesuai utk buat baju kebaya/kurung..aku dah pokai masa tu so aku tak beli. hehehe

apsal korang sgt suka mkn bakso eh? aku rasa plain sgtla bakso..kuih clear, not to my liking tp aku suka mkn berunsurkan nasik kat cni. lauk dia lebih sedap bikin selera aku terangkat.

wei bakso semangkuk RM1.50?? klu ikut konteks Indo, tu kira mahal le. tp takpe, janji dia belanja. hehehe. aku pun slalu org ckp student sbb jalan cara pokai..kdg2 bila ngaku student ni byk kelebihannya. org pun tak brp kejam sgt dan dorg pun tak amik kesempatan. kan?




kak anash,
sori kak, sy saja taip kontot. jap lg sy tulis panjang2 punya spesel utk akak..hehehe. tp sy pun rasa kagum camne sy bleh recall bit by bit wlpun dah lama trip ni..dahla notes tak buat..sume depends pd gmbr. kdg2 bila tgk gmbr ni otomatik bleh ingt

blog akak pun sy dah lama tak singgah. wiken ni sy byk tido je kak sampai mak sy marah sbb tak kuar bilik...huhuhu

fatt November 27, 2011 at 11:27 PM  

nita,
shawl rm70??? gulp. tp mmg i agree batik kat cni paling halus. coraknya halus, kainnya pun lembutttt gile. tp kedai yg kitaorg pegi tu murah cuma dah lupa harganya.




nowwa,
beb, mak ko umur brp? if u dont mind. sbb aku rasa takde lagi reader blog aku dr kalangan yg baya2 mak aku...hehehe...mak ko mmg rock le..mesti sempoi orgnya :)




dzulichan,
iklan? mana ada iklan? iklan nuffnang ada le. hehehe..

sbnrnya cerita aku ni panjang, klu aku habiskan satu entry nti hilanglah momentum cerita ni. klu boleh aku nak lari dr typical presentation sesebuah travelog sbb experience setiap org tu berbeza

nti ko pegi jogja jgn lupa try sama itu bakso dan ns gudeg..aku tak minat bakso tp ko boleh la cuba & review




na,
pengemis terhormat namanya tu. kalau sehari bleh dpt rm100 mmg boleh buat tabung travel tu beb. positif sgt. byr installment waja tetiap bln pun lepas..inikan travel. apedehal?

ko patut pegi jogja. dgn kamera ko & lens yg superb tu aku rasa byk gmbr cantik yg ko bleh tangkap. aku tak sure biqque penah pegi ke tak tp aku rasa elok korang pi sama2..nti bleh la melompat2 kat borobudur tu. hehehe

Nowwa Fitri November 27, 2011 at 11:32 PM  

Nasi gudeg?Arghh memang manis...

Tapi kau makan Jadah Tempe tak Fatt?Dia jual kat Kaliurang je, kaki Gunung Merapi.Supir aku tu sign mati redah hujan lebat berenti beli.Sebab dia kata kat pekan takde, kat kaki gunung tu je ada.Aku pun beli.Sekali kau, makan tempe + tahu manis dengan cili api.Wajiblah aku terbelahak kat situ.Nyesal siot!Hahahah....selama ni aku memang makan tolak batu ngan kayu je.Tapi Jadah Tempe?Memang HARAM JADAH rasa dia!

Gambar ada kat sini

http://biniaskar.blogspot.com/2010/04/makanjogja.html

Nowwa Fitri November 27, 2011 at 11:47 PM  

Fatt, mak aku baru pencen.58thn..dia boring malam-malam.Jadi bila aku bukakkan ipad dia(makcik tu ada Ipad kau tau!), aku suka bukak citer orang travel.So masa kitaorang google pasal Sydney hari tu, aku suhlah dia baca entry kau tu.
Pastu bila malam2, dia tengok aku online, nanti dia cakap bukak kan mama blog budak suka jalan tu.(sebab mak aku kaki travel gak,cuma almaklum makcik pencen, dia gi dengan travel agency la.Lepas kau balik Korea tu, dia baru balik Hokkaido, sebelum tu dia gi Korea gak :))

Jadik aku dengan lappy aku, dia dengan Ipad dia.Nanti dia klik2 la mana yang dia tau je.Sambil-sambil dia baca tu dia borak-boraklah dengan aku.

Mak aku memang sempoi.Contoh ayat lepas baca entry kau:

"Gila budak pompuan ni, tido kat stesen keytapi.Kalau anak aku ni, mau aku bebelkan ni"

Hahahhahah..:P

So skrg kau nak cakap dia cute ke tak?Sure tarik balik kan?:P

Panjang lebar lak aku citer pasal mak aku ni.Ni mesti dia senyum2 kalau aku citer ngan dia kang.:)

NITA November 27, 2011 at 11:51 PM  

fatt,
aku pegi parangtritis dgn supir je.. makcik mana reti bawak motor kihkihkih :P

aku rasa masakan jogja manis2 sebab lepas try haram jadah (oppsss) jadah tempe bak kata nowwa tu.
(btw nowwwa mak kau rocka abis).

surprisingly habis aku makan.. sebab tgh lapar. Macam tak sangka boleh sira tempe dgn gula merah, then makan dgn pulut panas2.

mmg pelik makanan dia boleh kata byk yg depa sira dgn gula merah..

Lily Riani November 28, 2011 at 1:13 AM  

BETUIIII.... if org kata aku student aku iyo kan ko ler.... ehheheh.... org tak tekan, aku siap buat muka sposen.

eh... at the end aku belanjo dia ngan pak supir makan. aku kan skolah cino, soupy soupy nih peberet aku, lebih2 "ceng thong" ie clear soup. ehheheh.... tuh cite nye.

bab nasi nih, aku suka masakan family, aku half indon kau kau nye, jenis mak aku leh ckp pure minang padang (bukan minang gombak). so, bab nasi indon ni, tiap ari makan ler kan... ehhehe unless, ko serp aku mkanan sunda ke, sulawesi ke, maluku ke, irian jaya ke, curious ler gak... ehhehe...

nak kene cari detail bromo ko sbb cny nak gi, ko dah penah g bagan, mandalay & yangoon? xian?

fatt November 28, 2011 at 4:37 AM  

nowwa,
jadah tempe tu aku penah cuba!! masa tu aku tatau nama dia jadah tempe so bila ko dah bgtau ni barulah aku tau..tq! hahaha...mmg aku beli kat kaki gng kaliurang le..adoi nostalgia sunggoh. aku ni dahla suka mkn tempe..sekali aku dah bersemangat nak cekik tetiba eii apa ni? luah balik..hahaha

wah canggih mak ko ada ipad. dah merata jgk ye mak ko jalan smpai ke korea, hokkaido sume..aku ni bile la nak sampai jepun ni..iskk..jiran dia dah sampai (korea), kalau smpai jepun aku lompat bintang kat epot dia ok...sumpah aku nak buat sbb aku rasa susah gile nak pegi despite all the hassle about visa..phew~

psl tido stesen ketapi tu, hahaha...klu mak aku tau pun dia bebel. dia pun tau aku tido subway. rasanya klu tau mesti marah la jgk tp aku ni kepala batu. hahaha. biasala beb mak mana2 pun mesti marah lagi2 anak pompuan. but so far so far aku tak penah lagi berada dlm situasi yg rumit smpai takde jln keluar. slalu ada je Allah mudahkan...alhamdulillah :)




nita,
ohmai, tempe tu sira dgn gula melaka ke? patutla. kalau dia goreng kunyit lagi sedap..apa la! kan? btw aku mmg hantu tempe. bkn adik beradik khir toyo tp aku rasa tempe mmg sodap...nyam2

oic, naik supir, tp mmg lama kan nak smpai. almost 1 hour. ada cuba jagung kat ctu?




lily,
mak ko minang ke? aku suka masakan minang!! SEDAP!! aku sume cekik tp aku tatau ape namanya. ada masakan daging keras yg kering tu..uiii, meleleh air liur aku ni haaa...sedap

bila ko nak gi bromo? aritu aku dok kat yoschi. klu nak dekat skit dpt view ko kena naik atas lagi sbb yoschi ni guesthouse yg pertama ko akan jumpa

bagan, mandalay, yangoon & xian sume aku tak penah smpai lagi beb!

dzuchan November 28, 2011 at 7:30 AM  

fatt, bukan iklan nuffnag,
iklan penaja hehe..
InsyaAllah..kalo ada masa sampailah aku..
bakso indon aku selalu makan kat restoren ayam penyek heeeee..
nak dgr citer pasal lesehan malioboro malam2 lak..
nak tgk version ko sama x ngan Qi...:-)

fatt November 28, 2011 at 7:51 AM  

dzulichan,
HAHAHA..tentulah tak sama wei...aku punya versi dgn dia punye versi mestila lain2...tp bajet dia rm700 tu gile mahal, sbb ko bleh buat Rp1juta rupiah je klu 3H2M ke jogja, itupun berbaki..klu rm700 aku bleh pegi bandung-bromo-jogja...siyes..hahaha...kurang daripada tu sbnrnya klu exclude sopping kat bandung. ko tak percaya? sbb itula bajet aku masa pegi cni aritu...hahaha. aku la destinasi bajet wei...dia tak cukup bajet lagi tu

gurau2 je beb, tp aku suka gaya dia mcm ala2 bdk tadika wat presentation :)

Janggel November 28, 2011 at 10:18 AM  

nape aku macam tak cukup masa je nak baca blog semua org minggu ni? hmmm nanti aku baca eh fatt, aku sempat tgok gambo je ni. nak sambung nembak.

Anash November 28, 2011 at 12:04 PM  

Fatt,
blog akak tuh, sok-sok pun boleh jenguk...no hal...
tuh hanya blog terapi akak...

Nowwa,
58thn, ada Ipad, rajin baca blog tersohor (ie Fatt), suka trvel...(nak jadi anak angkat leh?-hehe..sempat lagi)..kirim salam kat mak..seriusly your mom sweet..

Janggel,
kan tak pasal Fatt ingat kita bertiga (dgn MasMZ) bersaudara...power of blog is unlimited...
Fatt...akak BUKAN mak saudara mereka...kami kawan blogger...hehe...

norh November 28, 2011 at 12:56 PM  

mesti seronok sungguh kan fatt dah rasa drive kat banyak negara.. dan bila compare dgn cara drving kat malaysia, kesian sungguh noh pemandu2 malaysia ni..stres memandu..he he he

BlueEwoke November 28, 2011 at 1:18 PM  

Hmm tu la, aku nk tunggu tiket murah, kot2 ujung2 thn depan ke. Aku ada research sikit2 pasal jogja memang byk tempat menarik utk photograhpy

Hmm tak silap aku Biqque penah pegi rasenya..

iina November 28, 2011 at 6:00 PM  

Bila travel naik motor mmg kita akan rasa lebih dekat dengan penduduk tempatan..

Pengemis nie ada jek kat mana2.. kat UK nie pun melambak..

Janggel November 28, 2011 at 9:52 PM  

ok sambung balik baca entry ni...
Pasal pengemis tu, hmmm entahla, kekadang naik rimas, asal aku pegi makan kat kedai ada je orang buta yg dipimpin oleh org sihat walafiat mintak sedekah pastu bagi tisu, kalo sorg aku tak kisah lagi, tapi sepanjang2 aku duduk kat situ sampai 3-4 org dtg mintak sedekah, apakah? aku pon tak cukup makan kalo cenggitu.

hmmm tatau la mentaliti gamaknya, padahal banyak dah gomen bagi kemudahan macam kelas dan macam-macam untuk menolong tapi still.....

NITA November 28, 2011 at 11:45 PM  

shawl yg aku beli mmg mahal.. sebab berkenan sgt, paliiing mahal tu. Jarang beli apa2 utk diri sendiri masa travel, almost tak pernah sebenarnya huhuuu.

yup.. depa salut tempe dgn gula jawa katanya. Aku pun peminat tempe tegarrrr!!! hehehe.

A-ahh makan jagung kat parangtritis dengan air kelapa, romantis gitu minum share straw atas tikaq mengkuang di tepi pantai.. dgn andong-andong segala...

Tapi ombak dia kuat gilos... patut la muncul cerita roro kidul bagai!

fatt November 29, 2011 at 10:41 AM  

janggel,
ko mcm pak menteri la skrg ni...hehehe




kak anash,
blog terapi? apa tu kak? hehehe...tp layan jgk baca akak punya blog, kdg2 sy tergelak, terer gak akak bergurau :)

ler..bkn ada pertalian darah ke? mati2 sy ingt akak ada connection dgn dorg...tp syok kan bila dpt rmai kwn dlm ni, sembang mcm dah lama kenal..walhal jumpa pun tak penah. terima kasih kpd internet. yayyy!!




norh,
so far sume tpt yg sy dah penah drive ni, tak kira oz, nz, indo & even naik basikal kat siem reap tu pun sumenya respek road user yg lain..mcm negara2 asean ni dorg suka main hon, tp cara dorg hon tu bkn utk marah...pastu dorg tolerate dgn road user yg lain. mmg bagus




na,
jogja slalu kuar tiket murah. aku bru dpt email AA smlm utk next promo..apa lagi..usha la!

tapi kan, drpd sume tmpt2 dlm indo yg penah aku pegi, aku paliiiinnngg suka jogja :)




iina,
naik basikal pun sama. kdg2 bila kat traffic light dorg senyum2 sbb tgk org asing bwk moto/beskal...org2 sana peramah...suka sgt. even kat indo klu pompuan bwk motor usung handbag kat bahu pun takyah risau sbb takde org ragut...bagus kan?




janggel,
aku rasa kat muka ko ada tulis ko chop duit..itu psl ramai kerumun kat ko. haaa..psl tisu ni pun sama...aku kdg2 tak paham nape mesti yg bwk tu elok sihat walafiat...pastu kan, hari2 ada ctu, kedai mkn yg sama. aku sbnrnya tak berani nk ckp lebih sbb aku pun tatau dorg ni dpt bantuan ke tak tpi somehow aku tetap rasa fishy. kdg2 aku rasa nak interview pun ada sbb aku tak puas ati...mcm something wrong sgt..kan?




nita,
ni aku nak tanya...ko pakai lagi tak shawl tu? hahaha..klu pakai takpe, klu tak pakai...hahaha...aku kasik gelak jela :P

aku ni pun jarang2 beli brg utk diri sendiri. klu ada duit lebih barula aku beli tshirt, slalu tu poskad jela gift utk aku..mmg bajet habis aku ni

tp kan, mmg ombak kat pantai tu semacam kan? aku takut tsunami je tau sbb tinggi gila ombak dia. tp dorg bleh rilek2 main kat air...tak takut lgsung

Nowwa Fitri November 29, 2011 at 10:54 AM  

Kak Anash:

Erkk..boleh..boleh..nanti saya bgaitau mak.Hahah..dia suka la tu!Yea memang kaki travel.Rasanya 2012 ni pun dah 2-3 tempat dalam list dia..yang pastinya Taiwan.Wah makcik tu!

Fatt..betul.TQ kat internet.Banyak jalan, banyak pengalaman, banyak jugak kawan!

Bye bye..aku nak terbang ke HCM ni..ssyhhh...pandang kiri kanan.Aku dah sorok Ipad mak aku.Biar dia tak online 4 hari ni.Hehhehe...tak sampai hati nak bagitau dia, sebab terpaksa jaga cucu.Nantilah next week aku bawak dia jalan2 plak :)

Khai November 29, 2011 at 11:53 AM  

drama siri ko mmg best! cepat2 sambung. haha.

btw, fatt, aku dah beli tiket ke Thailand. confirm [insyaAllah] aku akan pergi 23/12 ni!! eksaiteeddd.. hehehe

Ely Hasrul November 29, 2011 at 12:44 PM  

kalu kt sini kalu.. jgn kan helmet.. tongkat moto pong org nk amik hahahha

mana gambo pakai poncho time panas teriknye? hahaha

Biqque November 29, 2011 at 1:15 PM  

oh ya, gwe udah sampai ke sini awal tahun dua ribu delapan.

aku hanimun kat jogja-bali-jakarta tapi hampeh, bukan hanimun pun, sakan explore itu ini sampai letih gile!

yup, sume kepulauan indo aku dah jejak, tapi aku plg suka jogja. aman, orangnye baik2, tak sangka plak adik ipar aku orang sana hahaha!

aku shopping kat malioboro tu, beli kaos (t-shirt) dgn batik utk family aku. mmg lain design dia.

kalo nak tau, first post aku pasal trip ni la...tapi gambar tak letak masa tu, nanti2 mmg aku nak adjust blk sume post2 lama...

nah baca :
http://biqque.blogspot.com/search/label/*indonesia-jogjakarta

aku suka sbb banyak cite kelakar, kena tipu, sedih, kat sana hahaha! tah pape...

YanTie AhMad November 29, 2011 at 3:51 PM  

aku tak reti bawak moto!!..3x bawak moto, 3x jugak la aku jatuh tergolek..pegi langgar lori pasir la, pdhal lori tu elok jek parking kat tepi..langgar divider la..nebes lain macam la..bwk beskal reti lak..ada penyakit nama "tak reti bawak moto" ke??

huhu..sangat jeles ko leh jejalan naik moto je...

fatt November 30, 2011 at 5:34 PM  

nowwa,
pegi hcm?? jelesnye haku!! kempis la poket pegi cni...aku plan jgk ke sini thn dpn. hrp2 la menjadi..fuh!




khai,
best ke? ramai ckp pjg berjela..ah lantak..aku tak kisah. haha

ko beli tiket ketapi ke flight ni? ke hadyai ke terus ke bkk? all the best!




ely,
hoi tongkat moto pun nak sebat ke? gile desperate bebeno pencurik tu

gmbo pakai poncho masa terik mana ada wei..atas moto malas aku nak snap




biqque,
yup..aku setuju tshirt sana cantik2 pastu kualiti kain pun bagus. last time ms 2009 biasa je, tp skrg 2011 lagi lawa2...murah pun ye

ko rewrite la balik trip2 lama tu..aku ada bc cerita phuket, krabi & phi2 aritu tp gmbr ko tak letak..cer ko edit balik, republish balik ke




yantie,
HAHAHAHA! aku tergelak baca citer ko. NAPE KO PEGI LANGGAR LORI PASIR & DIVIDER??? aku rasa lawak siot..cam...WHY?? ko laju sangat tak sempat nak elak ke camne?

aku reti bwk tp klu berdua aku suh kwn aku bwk sbb aku tak reti bwk org. klu sorg aku bleh bwk..pelik jgk tu..hahaha.

Biqque December 1, 2011 at 9:43 AM  

tu ar, nanti kena cari masa utk modify blk sume entry2 lama...banyak siuttttttt...

weh aku cam nak kasi suggestion, nak kumpulkan sume email add bebudak travel ni, buat satu chat team ke ape ke...sape online, leh lepak sembang...nanti utk redang, guna forum laki aku jer senang :D yg tu by invitation.

YanTie AhMad December 3, 2011 at 10:24 AM  

fatt,
entah la weei..apa ke hal nya la ngan aku ni...

biqque,
chat room??..OMG!!...menarik uolllss...:)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP