Trans Java : Jogja - Part 13

November 29, 2011

Sambungan dari Part 12


Hari Kelapan : 29 Mac 2011

Selepas makan tengahari di Jalan Malioboro.

Setelah menempuh perjalanan selama hampir sejam melalui kawasan kampung dan jambatan besi, akhirnya kami tiba di hadapan sebuah pintu gerbang yang bertol. Bertol? Kenapa, tak percaya?





Kali pertama pada tahun 2009 aku dah jumpa tol ni so taklah terkejut bila nampak kali kedua. Orang yang tak penah jumpa mungkin rasa pelik kenapa ada tol kat tengah-tengah kampung.

Nak kata ada highway memanglah tak tapi tak silap aku tol ni untuk maintenance jalan kampung, agaknye. Bayaran tol yang dikenakan untuk sebijik motor ialah Rp3,000 dan setiap seorang visitor ialah Rp3,000.

Lebih kurang 15 minit selepas melepasi tol barulah jumpa kawasan pantai. Untuk orang yang baru pertama kali ke sini menggunakan kenderaan sendiri contohnya motor sewa mungkin akan keliru sebab ada 2 lorong masuk. Kedua-dua lorong ni terletak di sebelah kanan jalan utama dan lorong yang betul ialah lorong kedua.

Susah aku nak gambarkan lorong ni macam mana sebab takde gambarnya tapi apapun all the best! Hehe. Cuma yang pastinya dari jalan besar boleh nampak lorong ni sebab ada deretan kedai di sepanjang jalan masuk.

Apabila melalui lorong ni tak perlu matikan enjin TAPI perlu berhati-hati sebab ada sesetengah pemilik kedai yang bertindak secara tiba-tiba dan berdiri di tengah-tengah jalan untuk menghalang laluan. Nanti dulu! Jangan la pegi langgar tapi berenti le pastu cakap takmo ataupun geleng kepala cakap "Nehi! Nehi!". Hahaha. Ok tak, just cakap elok-elok takmo, terima kasih....pastu pecut sampai ke hujung, pastu belok ke laut. Hahaha. Ok tak, sampai hujung jalan jek! Pfftt!

Tapi kan, dua kali aku pegi, dua kali jugak benda yang sama berlaku, gile ah!




Sebenarnya bukan apa, dorang suruh berenti makan di kedai dan ada sesetengahnya suruh parking kat tempat dorang. Aku sebenarnya kurang berkenan sebab cara dorang yang agak pushy.

Kenapa aku suruh pecut sampai hujung jalan? Sebab kat hujung jalan ada parking grand stand. Hahaha. Parking sebijik motor di grand stand cuma Rp3k per entry. Bila parking dah setel bolehlah terus menapak ke pantai.

Suasana di Pantai Parangtritis pada waktu petang memang happening sebab kawasan ni sentiasa ramai dengan pengunjung tak kira penduduk tempatan mahupun pelancong. Kesemuanya ada tujuan yang sama iaitu bersunset! Di sini matahari mula membenamkan dirinya lebih kurang pukul 5.30-5.40pm waktu tempatan. Jadi, kalau merancang untuk melihat matahari terbenam atau sunset, pastikan datang sebelum waktunya ataupun melepas!

So, apa sebenarnya yang menarik di Pantai Parangtritis ni? Selain terkenal dengan lagenda Nyi Roro Kidul, di sini juga terdapatnya aktiviti riadah seperti bermain layang-layang, berkuda, andong (kereta kuda) dan ATV.




Tapi awas, pantai ini bukan sembarangan pantai dan aktiviti mandi-manda adalah dilarang sebab ombak di sini boleh tahan kuat. Dah banyak nyawa yang melayang tapi biasalah, ramai yang degil tak dengar kata. Aku tengok pun rasa cuak sebab ombaknya boleh tahan tinggi. Orang kata kalau ombak tinggi boleh surfing tapi aku tak penah lagi jumpa orang surfing kat sini. Kalau surfing pun tak selamat, mandi lagi la tak boleh.




Dari pemerhatian aku pantai ni takla cantik mana sebab kotor dan penuh dengan sampah sarap. Aku pun tak paham camne dorang boleh enjoy bergolek-golek main pasir. Aku sendiri pun tak berani nak bukak selipar sebab takut terpijak benda yang bukan-bukan. Mana tau ada kaca ke, jarum inject ke, popo ke. Erkk!

Tadi aku ada mention pasal lagenda Nyi Roro Kidul. Penah dengar ke? Kalau tak penah meh sini duduk rapat-rapat sebab aku nak citer. Sebenarnya ada 2 versi berkenaan lagenda ni. Menurut masyarakat Sunda, mereka menggelarkannya sebagai Roro Kidul tapi bagi masyarakat Jawa mereka memanggilnya sebagai Ratu Kidul. Ini kerana masyarakat Jawa percaya bahawa Ratu Kidul berasal daripada golongan dewa manakala Roro Kidul adalah dari kalangan manusia. Walaupun berbeza tapi masing-masing percaya bahawa ia adalah Ratu Laut Selatan yang menjaga pantai selatan Jawa dan Bali.

Mengikut lagenda masyarakat Sunda, Nyi Roro Kidul adalah anak kepada Raja Munding Wangi dari Kerajaan Sunda yang telah disihir oleh ibu tirinya iaitu Ratu Dewi Mutiara. Ibu tirinya benci kepada si puteri kerana dia amat cantik dan disihir hingga badannya dipenuhi bisul yang berbau busuk.

Setelah termakan helah ibu tirinya, bapanya Raja Munding Wangi telah mengusirnya dan dia pun berjalan selama 7 hari 7 malam sehingga sampai ke pantai selatan. Apabila tiba di situ dia merendamkan badannya ke dalam laut dan mendapati kulitnya yang bisul dan berbau busuk itu sembuh. Skema pulak rasanya ayat aku. Ah layan jelah jangan banyak komplen!

Itu version yang aku baca dari wikipedia, tapi version yang aku dengar dari penduduk setempat lain sikit. Dikatakan bahawa kulitnya akan berubah semula menjadi busuk dan berbisul pada waktu siang dan untuk mendapatkan kulit yang kekal cantik maka si puteri harus tinggal di dalam laut dan memerintah kerajaan laut.....and the rest is history.




Menurut kepercayaan setempat, pengunjung pantai dilarang memakai pakaian berwarna hijau gelap atau bakal mendapat "habuan" dari Nyi Roro Kidul. Selain dari itu, terdapat beberapa buah hotel di sekitar Bali dan Jogja yang menyediakan beberapa bilik khas untuk Nyi Roro Kidul. Power jugak cik kak ni kan? Hehehe

Kami masih tak berganjak walaupun malam sudah melabuhkan tirai sebab menunggu aktiviti penutup iaitu menjagung di tepi pantai!

Peniaga jagung bakar hanya akan muncul waktu matahari terbenam, kalau awal daripada tu memang takde so kenalah tunggu. Apa yang istimewanya ialah peniaga-peniaga ini terdiri daripada kaum-kaum ibu. Masa menunggu dorang setting kedai, seorang peniaga melambai-lambai ke arah kami supaya datang ke "warung" nya dan tanpa berlengah kami terus ke situ.




Ditemani lampu gasolin yang meliuk-liuk dan dapur arang yang antik, kami tekun menunggu jagung yang sedang dibakar. Sesekali bara yang digunakan padam disebabkan angin yang kuat tapi ia tidak mematahkan keinginan kami untuk terus menjagung. Sambil menunggu aku cuba mencari ruang untuk berborak dengan makcik ni. Katanya kalau hari biasa tak ramai orang ke pantai, tapi kalau hari minggu memang ramai dan hasil jualannya pun bagus. 

Pada mulanya aku ingatkan rumah makcik ni dekat sini aje tapi rupanya jauh. Setiap hari dia akan berjalan kaki selama sejam untuk sampai ke sini. Huh, sejam! Tapi, apa boleh buat, kalau dia tak kerja sape yang nak sara keluarga? 

Melihatkan kesungguhannya, aku jadi sedih dan insaf bila memikirkan betapa susahnya dia mencari rezeki. Berapa sangatlah untung yang dia dapat hasil dari meniaga jagung bakar? Aku pasti jumlahnya tak banyak sebab harga untuk sebatang cuma berapa sen kalau dibandingkan dengan masa dan tenaga yang dikeluarkan.

Masa yang berlalu begitu pantas dan akhirnya jagung kami pun siap. Rasa jagung bakar ni sebenarnya biasa je, cuma sedap sikit sebab disapu dengan minyak dan perisa cili. Makcik ni bagi kami extra tapi kami tak sampai hati sebab dia orang susah. Akhirnya kami bayar dia lebih daripada harga yang sepatutnya. Sekali sekala bersedekah apa salahnya kan?




Itulah lumrah kehidupan, selagi dunia masih berputar, selagi nyawa belum di ambil maka selagi itulah hidup perlu diteruskan. Kadangkala kita selalu mempersoalkan kenapa Tuhan tidak adil sedangkan kita lupa dengan apa yang Tuhan berikan. Bersyukurlah dengan apa yang ada sebab ramai orang yang berharap nasibnya baik seperti kita.


bersambung....
.

42 comments:

kemang~ November 29, 2011 at 4:31 PM  

ko x sihat? batuk2 ko x baik lg ye.. aku byk tertinggal cite jogja ni..xpe, nnti aku review balik soon..

bdk2 @ John November 29, 2011 at 4:33 PM  

first thing first, get well soon fatt!

ok...mmg org indo not indon ok! mmg kaum yg suka pushy tmbh yg jenis org kampung yg berbisnes..lagi laaa kaki pushy. aku pegi medan pun cmtu gak, rimas dan lemas dibuatnya...tp nk bwt cmne ne kan. mmg they have to do it sbb nk carik rejeki. kalo tidak..nk makan ape kan.

aktvity menjagung tu i loike ok! hahaha. cambest je...rsenye patut bwk madu dlm botol kasik sapu atas jagung tu. actually teringt lak beli jagung kat indon ni. mmg murahhh ok. tp tambah kesian pulak kisah ko ni. ntah brape laa untung dia tu kan. bukannye byk makan pun. kehidupan...

Anonymous,  November 29, 2011 at 4:41 PM  

Fatt,

Diorang yg tahan2 tu agaknya yg macam biasa kat tgh pekan bandung, bali kot ye??? Pantang nampak orang terus serbu! Tapi kalau siap tahan motor, ni kali pertama larr yg aku dengar..

Alamak susah lak nak recall(sbb baca pakai tpon), err kalao dari tol sampai ke pantai tu 15min, tapi kalau dari tpt korang duduk bape lama?? Kat sana tak gelap ke?? Memandangkan lalu kampung kan!

[masMZ]

Biqque November 29, 2011 at 4:41 PM  

gigih ko menyiapkan post ni! syabas!

next time aku gi, aku nak make sure aku TENGOK upacara persembahan pada ratu kidul. adik ipar aku ckp masyarakat setempat ni pun tah pape sbb percaya benda2 ni walhal islam. ko pasan tak hotel hujung cliff tu? ada bilik khas jugak utk ratu kidul. haih...kalo kita ngaku, agak2 kita dpt tak bilik free tu? hahahaha!

Liz Rohaizat November 29, 2011 at 5:14 PM  

alamak, sedih pulak dengar cerita pasal peniaga jagung bakar tu. aku bab2 orang susah ni, sedih la.

fuh, byk juga cerita dongeng karut marut kat sana rupanya. tapi ceritanya agak menarik.

fatt November 29, 2011 at 5:18 PM  

kemang,
takdelah, aku demam. satgi minum 100 plus ok la tu...thanks for concern. ala blog aku ni bebila ko bleh review, take ur time




john,
thank u john..sekali sekala demam ni sedap jgk ye. haha..eh btw poskad ko baru smpai tadi...terima kasih byk2 :)

aku tulis indo le tu...mana indon? kwn aku ckp dorg tak suke org pgil dorg indon..pgil indo..aku ok je mana2 pun ok..sbb kita takde niat apa pun kan..tp utk kesejahteraan sejagat aku pgil indo. hehe

mmg biasala tu dorg pushy2 ni, mcm org yg mintak sedekah tu jgkle..klu kena caranya aku bleh tolerate, klu pushy camni hurm...sorilah kan




masMZ,
ni nape ko login pakai anon punya profile?

ok, erm...aah dorg tahan jek walhal motor tgh jalan..mmg gile. takkan nak langgar kan so kena la benti..tp kdg2 ko buat jek mcm gerun2 gitu nti dorg yg ketepi..haha..saikologi beb!

sejam dr malioboro..klu dr guesthouse aku tambah lagi 10min. klu balik mlm mmg le gelap sbb bkn ada lampu jalan..harapkan lampu motor jela. agak2 ko berani tak?




biqque,
gigih nok. aku nak habiskan sbb dah 6 bln aku kepam citer ni ok! hahaha

aku pasan mcm bangunan tp tataula plak itu hotel. isk tak koser aku nak pegi siot kot2 ada momok ke tak sengsara jiwa ko pastu? tp mmg betul le apa ko ckp, ada yg extreme, ada yg lalang. yg lalang ni la yg percaya mcm2...klu yg extreme tu aku jumpa ok je. slalunya dorg la pegi dakwah sana sini...tu yg ramai jgk org2 kita pegi berguru agama kat sana sbb bab tu dorg kan terer skit. tu yg ada kiyai2 sume tu

Lily Riani November 29, 2011 at 5:19 PM  

jagung tuh yang diarang sapu kuah kacang dak? sodap!!!

as for kepercayaan tuh, i heard the same thing, nasib baik tak pakai baju ijau.... dah ler aku jenis pengecut.

nak tanya nih... amsa on the way gi parangritis, jalan dia dah repair belum? i gi after earthquake tuh, jalan tuh ada crack in between.... scary giler, cam leh terbelah and di telan bumi. woo yoooo....

agent i bawak masuk utan... we all panic giler then rupa nye atas cliff kat parangritis tuh ada 16 unit/room private boutique hotel yang dah close down due to earth quake. view atas cantek giler... and we all tak lalu tol tuh lak.

u gi massage dak kat sana? i hampir kene molest you... one day i cite.

AKO @ retna November 29, 2011 at 5:24 PM  

alamak ako byk kali pi jogja tapi bila sampai tang pantai ni mmg FAIL la weii hahaha...

siyes cam igt2 lupa je suasana pantai yg ako pegi tu dl, sebab masa tu cuaca agak kurang baik so, ako xde la lelama mana pun kt belah pantai..

aiyaaakk susah betul nak recall tang pantai ni arr.. erkk x sure pantai yg sama ko pegi ni atau ada pantai lain?

tapi yg pasti tepi pantai musti nak naik kuda..

Anonymous,  November 29, 2011 at 5:56 PM  

Bila kat luar kawasan, mmg anon larrr. Skrg ni kat kampung... Baca dari tepon je...

Ko batuk dari balik korea lagi tu ke?? Skrg musim panas ujan panas ujan, get well soon.

Tu larr bila bayangkan nak rentas kpg apa suma tu macam jauh n gelap je.. Tatau larr brani ke tak untuk gagah tunggu sunset.. Reramai ok kot, sensorang diri ku tak sudiiii. Kalau nak mula travel waktu senja, baik tunggu lepas senja.. Memacam hal pula nanti!

Pasal baju tu mmg diorang dah warning awal2 ke??

[masMZ]

iina November 29, 2011 at 7:03 PM  

Dah lama tak makan jagung bakar.. musim hujan nie dan nak bersalji nie banyak makan sup panas jek..

Jangan lupa ye makan ubat

norh November 29, 2011 at 8:35 PM  

tak sihat jugak ye fatt..moga cepat sembuh eh..
makcik jual jagung tu, walaupun tak stress tapi kena bersusah jugak sebelum dapat jual jagung..*ambik iktibar sbb hari ni tertekan kat opis..hu hu*

fatt November 29, 2011 at 9:37 PM  

liz,
mmg sedih. tp disebabkan dia berkerja tu yg buat dia lg bagus dr org mintak sedekah yg sihat walafiat, kan?

klu ko korek citer roro kidul ni tak habis siot. hahaha




lily,
sapu kuah kacang? takdela. ni sapu serbuk cili, manis2 tp pedas..sedap jgk

masa aku pi tu jalan dia elok je, so aku tatau bila masa yg ko mksdkan jalan tu rekah...bila eh if u dont mind?

i pegi 2009 & 2011. both year sume in good condition.

i tak pegi massage kat sini, thai je i penah..mahal eh? haaaa...ni dah kasik bunga cerita ni kenala cerita...yg molest u tu laki ke pompuan???




ako,
hahaha...aku rasa ko pegi sini la. sbb ini je pantai yg pemes kat jogja ni...namanya Pantai Parang-tri-tis....klu tak hafal mmg lupa sbb nama dia pelik skit




masMZ,
woit holiday lagi ke luar kwsn memanjang!

aku tak batok ni, aku deman selsema. pening pale siot asik bersin..penat aku. tq!

tp mmg masa otw balik tu kami jelah pun...yg lelain sume dah cabut sblm matahari terbenam..hehehe :P

psl baju tu legend jela..ko takyah ikut, itukan bidaah




iina,
dah snowing eh? bestnya...

mkn jagung bakar depan unggun api mmg layan tu...ada tmpt unggun ape ke kat umah? instead of bakar marshmallow bakarla jagung..peh mesti best :)

ubat dia air 100plus..hehe..dah minum, tq!




norh,
aah..tak sihat..nape tah. sebab hujan je kot.

haaa, cerita makcik ni mmg bagus klu kita amik buat renungan diri. i pun kdg2 asik komplen itu ini tp rupa2nya ada org lagi teruk drpd tu tapi steady je dgn life dia...

Janggel November 29, 2011 at 11:13 PM  

semoga cepat baik Fatt...kalo agak2 kritikal, suh kemang amek ubat kat sepital dia..kalo tak baik2 jugak, pi tatap muka Abang G.
Ok berbalik kepada kisah ni, macam best pulak lepak2 tepi pantai ni..Angin dia kuat tak Fatt macam kat Bali tu?

tol??? sumpah tak penah tengok.

Nowwa Fitri November 29, 2011 at 11:33 PM  

Take Care Fatt...

Mmm masa aku pergi tak sempat pun pi pantai ni.Sebab hujan semedang masa trip aku dulu tu.alamatnya kena repeatla jogja ni.

by the way..sedih la plak aku baca citer makcik jual jagung tu...iskk!

Lily Riani November 30, 2011 at 12:50 AM  

nnt i cite satu entry pasal massage molest tuh, pompuan but still... skali kat jakarta, another kat jogja... mmg kus semangat masa tuh.

i gi masa 2007, lepas earthquake tuh. sbb diarang kata pegi cepat cos if borobudur runtuh, i ilang satu wonder of the world. i terus book flight pegi.

fb pic ada gambar hotel tuh & tunnel >>>
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.5789874433.13509.714024433&type=1&l=8c892365d9

missSenget November 30, 2011 at 8:27 AM  

clap..clap..!!

sedap ko cerita..tak sia2 keluarkn ayat skema..




mesti mkcik tu doakn ko sampai kt situ lagi kan...!
nnti boleh sedekah lagi..

Biqque November 30, 2011 at 8:58 AM  

aku bosan la...

tetiba cam nak ajak semua gi have fun kat universal studio singapore :D gi gelak sampai pengsan...

sigh...

Khai November 30, 2011 at 9:08 AM  

smoga cepat smbuh fatt!

jagung dia nmpak sodap. hehe. siap ada perisa cili lagi.. kalau kt Malaysia, sapu marjerin je kot. hehe.

oh. aku rasa jalan tol tu elok buat kt shah alam nih. byk sgt jalan belobang, bia duit yg kutip tu boleh buat tampal jalan. hehehe

BlueEwoke November 30, 2011 at 9:19 AM  

Sunset tu cun la..sukak!!

Emm memang kesian kat org macam makcik tu, kalau ada duit lebih sedekah sikit2 memang elok sgt la..

Dan aku teringin nk naik kuda tepi pantai, murah ke kat situ hahahaa??

Aku rase sekarang memang musim org batuk/selsema/demam. Bertabah je la ye...

Yan November 30, 2011 at 9:28 AM  

fatt,

kawan Indonesia akak pun cakap dia malu nak promote sangat pantai ni.. kotor katanya. dia lagi happy spent time kat Batu Feringi. Nak mai lagi katanya. siap pesan dgn akak tak payah mai sana lah..heee

gadisBunga November 30, 2011 at 12:40 PM  

ko pun tak sihat gak? aku pun. food poisoning. kesian aku.

tapi aku rasa kalau aku kat tempat ko pun aku akan buat bende yg sama. setakat sedekah sikit2 tu tak rugi pun, mudah2an dapat membantu makcik jagung tu...

Biqque November 30, 2011 at 2:12 PM  

na, naik la...i naik dari hujung ke hujung, best...hujung kat cliff tu cantik, and hujung sana plak tempat ratu kidul tu mendarat hahaha!
kalo nk jalan, mmg tido tengah jalan berkali2 hahaha!

Cah Ayu November 30, 2011 at 2:37 PM  

Parangtritis a.k.a. Paris :D
aku dah berapa kali pegi Paris ni pon rasa macam takde ape.. tapi baru2 ni aku baca ade satu entry minah tu dia amik gambar kat gumuk pasir somewhere sepanjang Paris tu, cantik la pulak.. stress..

next time kena la return visit ke Paris semata2 nak berfoto ria hehehe

Ely Hasrul November 30, 2011 at 3:40 PM  

sedih aku part makcik jual jagung tu. kalu org gini mmg aku rela kasik lebeh. aritu last time kt bangkok kitorg g urut kaki. tp mmber aku urut bdn, rate sama aje. rm20 -rm 25 kot lupe lak. pastu bila dh bayo mmber aku pi kt tukang urut dia kasik 100bth. terus makcik tu peluk dia dgn ucapan 'come back to thailand' haha.. mmber aku ckp dia urut sedap lama plak tu dekat 2jam. tp kalu ngemis tepi jalan sori la malas nk layan..

~uG0giRL~ November 30, 2011 at 4:06 PM  

semoga ko cepat sembuh ya cik fatt.

Tol to legal ke? camtu kalu, nak bwat kat kampung sye gak la. ramai jugak pelancong datang sbb ada homestay.

baca cerita puteri kidul ko tu mcm tengah tengok cerita dongeng rakyat kat tiwi lah. ada plak scene rakraksa mata satu tengah ketawa besar2 bunyi cam harharhar!

fatt November 30, 2011 at 5:08 PM  

janggel,
suh kemang? fyi abah aku bleh supply jugak, foc. hehehe. tp aku tk suka mkn ubat...ubat official aku ialah 100plus. setel.

angin dia lagi super-kuat dr bali...ko jgn memain kat sini. ombak dia ala2 mini tsunami ok




nowwa,
tq, aku dah pulih. jap jek aku demam..alhamdulillah.

ko takyah la ripit semata2 pantai ni, tak berbaloi sbb lawa lgi pantai kita beb! siyes




lily,
WHAT!! pompuan ke? i tot lelaki. i wonder y u always kena molest...dorg lesbo ke? klu i mgkin kena terajang dah tu..geram pulak rasanya dgr citer u ni

oic, u pegi 2007..no wonder la. i pegi latest 2011 ok lagi borobudur tu..dorg buat restoration lagi..makin terjaga




miss senget,
perli la tu...hahaha...aku dah pegi 2x dah weh, takmo dahla aku ke jogja ni..cukup. nehi! nehi!




biqque,
hurm...aku ni skrg bkn bosan, tp piss off. nak citer dgn ko pun tatau guane...tak semangat lgsung aku ni skrg




khai,
thanks dude. okla not bad sedap jgkla jagung tu. tp aku prefer sweatcorn lagi sbb takyah susah2 nak gigit.

jln kat s.alam ok lagi wei, kat belah2 batu caves dgn ampang tu lagi hazabedah. ah kesimpulannya jln2 kat mesia ni sume takleh diharap, kan?

fatt November 30, 2011 at 5:22 PM  

na,
sunset kat cni mmg cun cuma pantai dia je yg tak cun. kuda murah je tak silap aku tak smpai rm10...tak silap aku la...

aku rasa hujan ni buat sume org jadi malas je. klu boleh nak gulung dlm selimut jek..iskk




kak yan,
see! itulah yg sy nk bgtau tp tak smpai ati nk ckp direct. masa 1st time sy gi dulu takla kotor camni tp skrg, adui, pitam...sampah byk gile...klu dorg buang sampah elok2 dlm tongsam kan bersih skit la tmpt ni. akak takyah pi cni ok...cantik lg pantai kita..betul




liz,
nape ko testing 123? ada mikropon halimunan kat cni ke? hahaha




gb,
food poisoning lg teruk. minum air kelapa bagus. aku dah ok skit kot, pening2 lalat jek

masa kitaorg bg duit tu aku tgk dia suka gila & ckp terima kasih berkali2. aku rasa kesian jgk waktu tu..sbb takla byk mana kitaorg bg tp tgk dia hepi aku hrp skit2 bleh la bantu dia




biqque,
dia mendarat eh? HAHAHAHA...mcm naik ufo dah ni




cah ayu,
berkali2 ko g cni? syabas bette! hahaha...aku dah tk sanggup weh nak ripit kali ke-3..tp takleh blah le sume nak buh nama Paris. Paris van Java la, Paris parangtritis la..HELLO? hahaha...




ely,
jap, kwn ko kasik 100B ke 1000B? ada beza tu...

kdg2 tgk dorg ni kerja membanting tulang dgn amaun byk tu rasa kesian coz below average gaji dia dgn effort kan? pd aku kerja byk melibatkan tenaga kudrat ni lg teruk dr duduk depan pc tekan2 kibod...errr?? ko pasan tak? itupun masih tak syukur walhal dpt ekon, kerusi bersandar lagi...hurmm




ugogirl,
arigatou!

tol tu legal..aku penah bc somewhere kjaan dia mana ada fund besar nak support sume, so dorg tpksa buat sendiri...tp okla tu, klu tak wat gitu camne nak maju, mesti org luar pun taknak pegi sbb jln tak elok, rite?

ko tgk sinetron byk sgt ni. citer2 dorg ni mmg pening jgk kdg2 tu...ada fairy godmother la, fairy princess la...berangan sungguh! hahaha

Fird November 30, 2011 at 10:30 PM  

lama tak jenguk tetiba byk entry baru. i loike! ^^

fatt December 1, 2011 at 12:55 AM  

fird,
mana ko mghilang aaa?



mak su,
koboi makan tempe! haha

Biqque December 1, 2011 at 9:28 AM  

fatt, kalo ko nak chat, aku sentiasa on gmail chat aku...

biqque[at]gmail.com

kalo nak conf, yahoo bleh (tapi aku guna meebo jer senang...

biqque[at]yahoo.com

ko nak email pun bleh, aku no hal...aku mmg memahami chewah...tak, serius, aku dari dulu jadi tempat bercerita dari dulu sbb aku sentiasa online, patu aku bleh jadi positif, bleh jadi negatif, bleh jadi pembakar, bleh jadi ustazah, tapi kalo bab hidup ni, perghhhh mmg lu caya gua la...hahahaha!

*pakai spek bingkai itam, tunggu pelanggan*

Cah Ayu December 1, 2011 at 3:12 PM  

err.. terpaksa repeat sebab bawak orang.. ala-ala tourist guide, tapi tak berbayar. kerja amal. hahaha

Bab Paris tu, memang diorang kan rajin 'claim' hehehe :P

Anonymous,  December 1, 2011 at 3:46 PM  

fatt! lama aku x masuk sini..bz menjelajah queenstown..eh esok aku dah book kawarau bungy jumping..wish me luck! :D

inah adelaide

Anash December 1, 2011 at 11:15 PM  

Fatt
....akak...rasa cam....nak tanam jagung kat kampung....
...mesti pokok jagung tuh mati...sebab lepas akak tanam..akak balik opis keje...dah tak duduk kampung...
hahaha...
sah..akak ari nih sengal...badan sengal...
heheh..
semoga sembuh fatt...
sambung lagi citerrr...ok?

Travel&Food Lovers December 2, 2011 at 2:18 PM  

Fatt...

jom ajak kwn2 kt pakat sign petition say no to tax increase...geram tol...blh view blog aku...
http://mytravelmyfood.blogspot.com/2011/12/perangi-airport-tax.html

Khai December 4, 2011 at 10:18 AM  

betul... kesimpulannya kat Malaysia ni semua kena wat jalan tol. haha

by.ya @ Traveller's Anatomy December 4, 2011 at 5:28 PM  

i xsempat pegi pantai masa g Jogja haritu lgpon diorang kate tak berapa cantik sgt. So I passed. Tp bab cerita2 tu agak menakutkan la jugak kan.

ckucin December 5, 2011 at 10:24 PM  

Fatt, I like your new header.. pewwiiitt..

Fird December 7, 2011 at 12:00 PM  

Fatt,

Tak sempat nak blog hopping sambil tinggalkan jejak.

InsyaAllah I'm travelling to Bromo next week skrg tgh tgk balik entry bromo ko :D

Sasha Shafie June 17, 2014 at 8:25 PM  

Hi fatt.. me n 3 of my frens akan ke jogja bln 10 ni..yg u kata bdget 1juta ckup tu maksudnya termasuk hotel n transport kat sana ke? Ktorg plan nk amik supir... ke nk amik public transpot jek?tlg beri tunjuk ajar sket hehe

Fatt June 18, 2014 at 10:22 AM  

@sasha - do able if you buat mcm kitorg all inluded. kitaorg tak amik supir so klu awk amik supir kos lagi tinggi..somehow depends brp lama you pegi

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP