Trans Java : Surabaya -> Jogja - Part 10

November 24, 2011

Rasanya dah lama kan aku tak sambung travelog Trans Java ni? Ada yang ingat lagi ke endingnya kat mana? Hehe. Aku rasa nak tangguhkan dulu travelog Korea dan beri laluan kepada John untuk update travelog dia. Sementara tu aku sambung dulu cerita yang dah berkarat ni. 

Sambungan dari Part 9


Hari Ketujuh : 28 Mac 2011


Keretapi kami tiba di Stesen Gubeng lewat sejam daripada waktu yang dijangkakan. Mujurlah lewat sejam, kalau lewat 2 jam confirm kami terlepas keretapi ke Jogja.

Sementara menunggu keretapi datang sempat jugak kami berehat-rehat dan pegi ke toilet melepaskan apa-apa yang terpendam. Oh ye, sepanjang aku merasa naik keretapi Indo, tak penah sekalipun aku pegi ke toilet so aku takleh nak review camne rupa toilet kat dalam ni. Seboleh-bolehnya aku akan cuba kontrol minum sebelum naik keretapi sebab aku tau, kalau nak buang air nanti mesti macam-macam hal.

Tepat pukul 3pm keretapi mula bergerak meninggalkan Surabaya dan menuju ke Jogjakarta. Harga tiket keretapi untuk kelas Bisnes cuma Rp60k seorang. Kali ni kami berpindah ke gerabak yang lebih selesa dan kebetulan pada waktu tu seat kami betul-betul bawah kipas. Rasa lega sungguh, maklumlah panas gile. Perjalanan dari Surabaya ke Jogja memakan masa lebih kurang 5 jam dan kami dijangka tiba di sana pukul 8pm.                                                          

Selesai mengatur tempat duduk dan menyimpan beg perkara pertama yang kami buat ialah cari makan. Almaklumlah seharian tak makan berat. Nak harapkan 2 keping roti dan 1 bijik pisang masa sarapan tadi manalah cukup.

Kemudian lalu seorang waiter keretapi dengan 2 jenis makanan iaitu nasi goreng telur mata dan daging bistik. Aku beli nasi goreng sebab aku rasa nasik je yang boleh buat aku kenyang. Harga aku dah lupa, tak silap aku cuma Rp10k - Rp12k tapi yang pastinya lebih murah dari sepinggan bistik.

Mula-mula aku ingatkan kena bayar waktu amik tapi rupa-rupanya bila dia kutip pinggan nanti barulah bayar. Ooo gitu....

Selesai makan timbul masalah baru - tak tau nak letak pinggan kat mana. Waiter pulak langsung tak nampak bayang. Takkan nak campak keluar tingkap pulak kan? Silap haribulan aku yang kena campak nanti. Tapi kalau campak pinggan keluar maknanya nanti dia tak kutip duit makanan kat aku la kan? Hehehe.

Aku usha keliling dulu tengok apa local buat. Oh ok, dorang letak kat bawah kerusi rupanya. Aku pun letak pinggan kat bawah kerusi dan mula bersandar. Adui...layan sungguh mata lepas kenyang. Kebetulan pulak waktu tu hujan tengah turun renyai-renyai, memang terbaik lah!

Entah berapa kali bangun tido, bangun tido akhirnya aku amik keputusan untuk terus bangun. Aku ajak member pegi ke kantin keretapi sebab perut mula berkeroncong.

Saat kaki melangkah masuk ke dalam kantin semua mata tertumpu ke arah kami memandangkan kami saja pompuan dan agak obvious yang kami ni orang luar. Tapi semua tu sekejap je sebab lepas tu masing-masing buat hal sendiri. Hurm...memang bagus dorang ni. Aku bukannya apa, kadang-kadang bila orang asik pandang-pandang aku hangin jugak. Apa tengok-tengok? Ada hutang?

Seorang waiter datang ke meja kami sambil menghulurkan menu. Oh ye, kali ni aku tak nampak waiter pompuan, sume waiter lelaki. Hurm, bagus betul dorang setting, kan? Hehe

Selepas memesan 2 mangkuk bakso dan teh O panas kami kembali bersandar dan memerhatikan keadaan sekeliling. Lagu oldies Inggeris sayup-sayup berkumandang menambahkan lagi suasana oldskool di dalam kantin.

Sebenarnya kalau nak dibandingkan di antara kantin keretapi Indo, Thai dan Malaysia, boleh dikatakan kantin keretapi kita paling moden. Yang paling oldskool setakat ni ialah keretapi Thai. Aku tak pasti keretapi China macam mana sebab aku tak penah lagi masuk ke dalam tu.

Setelah selesai makan kami kembali semula ke tempat duduk dan sejam kemudian barulah kami tiba di Jogja, lewat sejam daripada waktu yang dijadualkan. Biasalah, naik keretapi memang macam ni.

Memandangkan hari dah lewat malam kami terus dapatkan teksi untuk ke guesthouse di kaunter depan pintu masuk stesen keretapi. Tambang teksi aku dah lupa sebab tak catit, tapi rasanya lebih kurang Rp30k untuk sebuah kereta.

Sepanjang perjalanan ke guesthouse aku rasakan begitu lama sebab pakcik tu bawak slow, pastu dia sibuk suruh kami duduk kat tempat lain. Macam-macam yang dia cakap, tempat tu tak bagus le, jauh le, mahal le, hape le....lastly aku cakap sorilah kitaorang dah bayar, apa-apa hal pun kena duduk situ jugak. Okla pastu dia pun diam tapi rupanya sekejap je sebab pastu dia offer amik servis dia pegi sana sini. Lagi sekali aku pancung, aku cakap ni kali kedua aku ke Jogja so sume tempat aku dah pegi. Aku datang ni pun sebab bawak kawan so tak payah. Lepas tu barulah dia diam. Aku bukan ape, kalau aku dah prepare sume itinerary memang aku tak suka orang memandai-mandai ubah. Lainlah kalau aku memang terjah tak prepare apa-apa dan kalau kena harganya bolehla aku consider. Ye tak?

20 minit kemudian barulah kami tiba di guesthouse. Ikutkan takla jauh mana tapi biasalah, tempat yang kita tak penah lalu kalau pertama kali lalu memang terasa lama. Katanya sume anggota tubuh kita ni nak bagi salam kat sume mahkluk-makhluk kat sekeliling. Tapi bila nak balik tu rasa cepatla pulak, penah kan rasa macam ni?

Tempat yang kami pilih ni kalau dari luar nampak biasa je. Macam typical guesthouse Indo yang ada kat lorong yang ngam-ngam untuk sebijik kereta lalu tu. Tapi selalunya bila dah masuk ke dalam rupanya memang lain sampai 1 tahap aku rasa macam teleport ke tempat lain. Kat Bali pun banyak pesen camni, ala-ala masuk ke alam bunian. Kat luar nampak biasa tapi bila dah masuk...wah, ada sebijik swimming pool! Tapi ada jugak yang cantik kat luar tapi bila masuk mak oi, hazab gile!

Setelah mengeluarkan kesemua backpack dan membayar duit teksi kami masuk ke dalam. Nama tempat yang kami pilih untuk menginap kali ni ialah Delta Homestay. Walaupun dipanggil "homestay" tapi takde rupa homestay pun. Ada 3 rangkaian penginapan di bawah rangkaian Delta dan yang paling cikai serta paling murah ialah Delta Homestay. Tempat ni memang sesuai untuk mereka yang berpoket kempis. Haha. Tapi, walaupun paling murah dan paling cikai, dapat complimentary breakfast dan yang paling best tu sebab ada swimming pool. Ko mampu?


Kalau dulu, waktu kali pertama ke Jogja aku duduk di Betty Losmen yang jaraknya cuma sepelaung dari stesen keretapi. Tapi Betty Losmen ni memang best sebab masa tu kami dapat "penthouse". Hahaha. Yelah tu....penthouse!

Rate 1 malam untuk double bedroom (fan) dengan shared bathroom di Delta Homestay cuma Rp110k. Selain dari itu dapat free breakfast, free wifi, swimming pool. Berbaloi-baloi!

Kami memilih untuk duduk di sini sepanjang berada di Jogja dan setelah selesai urusan pembayaran kami masuk ke bilik. Boleh dikatakan hampir 90% bilik di sini menghadap swimming pool. Pendek kata bukak je pintu bilik boleh terus terjun tanpa was-was. Haha. Memang hari-hari aku plan nak terjun tapi masalahnya semedang timing tak kena. Kalau nak kecepurrr kecepurrr memalam bute takut jugak. Bukan takut hantu air ke ape, tapi takut kena maki, takpun kena baling selipar.

Sesuai dengan harganya maka biliknya pun basic. Ada 2 katil single yang diletak bersebelahan, sebiji kipas duduk, 1 plug socket dan sebiji cermin yang muat-muat untuk menyuluh muka. Ruang kosong dalam bilik agak terhad tapi pada aku tak jadi masalah sebab bukan nak bertukun 24jam kat dalam ni. Memandangkan shared bathroom cuma ada 2 jadi kami terpaksa bergilir-gilir. Pada aku itu pun bukan masalah sebab yang penting toiletnya bersih dan ada air panas.

Selesai membersihkan diri dan menunaikan kewajipan kami keluar ke jalan utama untuk mencari makan. Makan lagi? Haih! Di hujung simpang ada restoran minang tapi kami memilih untuk makan roti bakar sebab masing-masing tertarik nak mencuba roti bakar yang dijual di pinggir jalan. Portion roti bakar yang gebu ni memang besar tapi sebab tamak masing-masing nak order sorang satu. Hehe. Ada bermacam-macam jenis filling seperti coklat, strawberry, peanut butter dan blueberry. Harganya pun murah, cuma Rp8k untuk biasa dan Rp11k-Rp12k kalau tambah keju. Gambar aku tak amik tapi boleh tengok dalam blog Zilla.

Kami tak makan kat situ tapi bungkus sebab ada air panas kat bilik so boleh le bancuh kopi segera. Dan seperti yang dijangka roti tu tak habis pun. Bukannya tak sedap tapi masing-masing dah tak larat menahan godaan bantal dan tilam. Akhirnya kami amik keputusan untuk terus tido memandangkan esok pagi kami plan nak ke Candi Borobudur.


bersambung....
.

53 comments:

missSenget November 24, 2011 at 1:50 PM  

fatt...ko seorang perempuan ke?

fatt November 24, 2011 at 1:58 PM  

miss senget,
tak. aku seorang abam yg kacak...hahaha~

Janggel November 24, 2011 at 2:09 PM  

First skali.....aku nak tergelak baca komen missSenget! "Fatt ko seorang perempuan ke?"
Really? Kahkahkkahakahkahkahakahkah!!!!

Ok back to the story, Aku terpaksa ubah tune kepada mood indonesia pulak secara tetibe setah berada di Jepun semalam.

Walaupon aku tak sempaty baca dari mula, tapi aku ada baca di tengah2nya. InsyaAllah akan mula semula baca dari awal kalo waktu mengijinkan.

Cantik gak bilik yg ko sewa tu kan, selesa yakmats..yg pasti takde kisah2 mistik kan???

Aku nak tanya pendapat ko, kalao la kita nak travel dalam tempoh masa yg lama, conton 2 minggu, dan akan berada di beberapa buah bandar atau tempat, ko rasa elok booking hotel siap2 atau sampai sana baru booking?

fatt November 24, 2011 at 2:16 PM  

janggel,
nampaknya aku lebih sesuai dikenali sbg abam kacak...takpelah, aku redho *sambil duduk bersimpuh mengenang nasib diri*

tapi kan, aku rasa oke ape, hatta dah kuar muka sekalipun aku masih masih masih masihhhhh *estranged*

oklah back to topic...

erm, kisah mistik? ada sbnrnya. hahaha. ada berkait dgn nape kami tido awal mlm tu. hehe...ntila aku stori

but despite that particular "thing" aku rasa tmpt ni awesome je. cosy jgk..mmg klu ikutkan tak kena lgsung dgn harganya sbb ada s/pool, free bekpes & free wifi.

berkaitan soalan ko tu, aku rasa ko kena tgk season apa ko pegi. klu ko pegi time low season terjah je boleh. tp klu peak season jgn cari pasal. apapun book aje, kdg2 ada tmpt yg tak amik deposit so takpelah klu kansel. but again it's courtesy klu ko no show, ko email dorg in advance ckp ko kansel so bolehla dorg kasik space tu kat the next guest :)

missSenget November 24, 2011 at 2:23 PM  

wawawa...


aku tak pernah explore plak gmmbr2 tu..


pastu aku tgk header tu..semua gmbr berdada rata..


owh..kompius..
Y__Y

Janggel November 24, 2011 at 2:37 PM  

Kannnn...kirenya lepas ni ko letak je gambo ko, mesti org tak pasan yg tu ko sebab org akan cari mana gambo laki...takde pon hahahahahha. See advantej di situ!

Wow ada jugak kisah mistik di situ eh? ko jangan lupa citer tau, skg ni aku suka plak baca kisah2 mistik ni, dan secara kebetulan kat depan bilik opis aku ni pon ada perkara mistik berlaku hahahaha.

Ok so kena tengok season kan, buatnya peak season terpaksa la tido tepi jalan pulak nanti....aku akan ingan tips tu. tq.

Liz Rohaizat November 24, 2011 at 3:26 PM  

wah, first time ni eh.. entry ko asyik makan dan makan dan makan. selalunya jarang sgt ko cerita pasal ko pegi makan. dah macam jenis suka berjalan sampai kaki penat, lps tu baru cari mkn. hehehe.. jgn marah eh fatt.

tp bistik tu kelihatan sedap? sedapkah fatt? aku dah lama tak mkn bistik.

Liz Rohaizat November 24, 2011 at 3:27 PM  

soalan miss Senget buat aku tergelak. ko kena curvy mcm aku la kot. gerenti org tak tanya. jealous dengan ko yg kurus.

bdk2 @ John November 24, 2011 at 4:34 PM  

HAHAHA..LAWAK LA WEYYY ms. sengget nih! menonong je tnye. takpe2. abam kacak tak mayah ye.. ^_^

ko redho fatt? hahah...aku tmbh skit *sambil duduk bersimpuh mengenang nasib diri seperti melukut di tepi gantang*

nnt aku baca..tetibe kene pi penang mlm ni. esk pagi balik KL balik. giler ke x gileR? hahaha

shah_rule November 24, 2011 at 4:52 PM  

wahh citer ni tak habes lagi rupenye~ berlapuk dah.. yang aku ingt dulu ko mention pasal laki bawak moto tuh, pastu hotel kt atas gunung tuh.. mcm teringin nak pergi, sbb view die cantik~ haha

btw aku tunggu cite NZ ko nie~~~~ hehe

iina November 24, 2011 at 6:28 PM  

Nak tanya nie.. gbr org tidur takde ke Fatt?? Itukan ko ye trademark hehehe ;)

Bilik kecik takpe janji selesa mmg betul pun.. bkn ye nak duduk 24jam dalam tuh.. takat nk rehat dan tidur jek.. lainlah kalau p honeymoon hehehe ;)

fatt November 24, 2011 at 6:51 PM  

miss senget,
erk!! berdada rata?? aku kena buh gmbr 3D ke wei utk sahihkan gender? lol!

tu kan gmbr aku pakai goose jacket mmg le nmpk rata sbb jaket tu kan kembung. apela ko ni! tapi mmg aku ni sbnrnya kurus, mkn kuat mana pun tetap kurus. jd jgn jaki dgn aku..hahaha.

ko kecewa ke bila tau aku ni sama jantina dgn ko? hihi...utk lebih kepastian ko selak entry belakang psl 26 fakta ttg aku. mgkin pastu ko tak konpius dah. mmg ramai yg tatau aku ni ape sbnrnya sbb selama ni aku tak tunjuk muka tp nk bgtau, ko adalah org ke-40/50 yg tanya soalan yg sama..hehehe :P

jgn frust tau weh, kita bleh jadi kawan. kat cni ramai jgk lelaki bujang, hehehe




janggel,
aku ingt dah habisla isu ni lps si faramy tu..hehehe...aku rasa klu aku ni lelaki mesti dah lama aku jadi playboy kat sini sbb blog aku ni ramai makwe. ke makwe2 ni sume tatau aku ni makwe? camne ko agak2?

hoh, ada antu kat opis ko? ini mmg hot stori nih..aku pun kdg2 suka gak dgr. tp satgi mlm aku yg trauma sorg2. hahaha

ko nak gunapakai taktik ni kat mana sbnrnya? perth?




liz,
tettt!! salah. aku rasa entry hadyai paling byk. hahaha. aku mmg jarang tulis psl mknan sbb aku lupe agaknye. tp klu diikutkan aku ni kuat mkn jgk. bistik tu rasa mcm daging burger tp bersaiz besar dan lembut. sedap jgkla..not bad

aku curvy la liz, hahaha..takkan le aku nak tayang shape aku dlm blog..malu le aku. tp mmg aku kurus pun, tp takla kurus mana, standard la kot..cuma aku mkn byk mana takde efek




berry,
kan kat situ ada tulis "kelas/class". so mknanya tu kelas bisnis (bahasa indon) atau bisnes (bahasa melayu)




john,
seyak biye abam john ni peyat? hehehe...tp comey la abam john ckp peyat2 gini..hahaha

sengal la john, patutnya ko geng dgn aku...siap ko! nti aku jumpa ko aku pukui ko. hahaha~

uik pegi balik penang-kl dlm 1 mlm ape kes? jemput buah hati ke? hati2 memandu..ingtlah org2 yg tersayang :)

fatt November 24, 2011 at 7:00 PM  

shahrul,
HAHAHAHAHA...komen ko lawak gile sbb ko sorg je yg respon psl kelapukan entry ni. setelah dihitung dari previous post which is May 2011, aku rasa ada jgk 6 bln aku tinggalkan. lol! mmg gile ah...takpe, dah tak byk episod dah..mmg aku nak habiskan :P

citer nz tu pun lagila. nasib baik aku tak mula lagi, kalau tak sume hangin2...ekek..akan menyusul kemudian. kasik clear dulu yg pending

aku highly recommend ko dtg sbb tmpt ni mmg cantik, mksd aku Bromo :)




iina,
sbnrnya ada tp aku takut nak bubuh sbb nti kwn aku marah. hehehe. tp anytime jela aku bleh kuarkan sbb mmg byk pun. hihii

eh honeymoon bilik kene besar ke? i tot tido sebantal jek...hihi...ampun! :P

bdk2 @ John November 24, 2011 at 7:05 PM  

eleleele..comey ke? bak kata biqque, cammm haraammmm! hahaha.

aku kene antar docs urgent pagi esk. so, kene laaa drive pi penang mlm ni. esk pagi dh balik KL. hihi.

aisehhh..tak sempat nk smbung entry day 2 mlm.

btw, aku tetap geng ko ok! hahaha....jgn riso. aku gelak sorang2 bila ms sengget tu ckp ko berdada rata??? bila masa lak ko posing mendada ni fatt???? adoyaiiiii! dato CT kah? lol

fatt November 24, 2011 at 7:27 PM  

john,
itu biqque...dia mmg kejam. aku tak. yeke? HAHAHAHA. aku dah ready tadah telinga ni kalau dia baca komen2 ni. rasa aku dia blum tgk lagi komen yg pertama ni. aku pasti dia akan gelak gegar 1 rumah. pasti! =__="

hampagas! aku mmg blur gak bila masa aku posing tayang dada kat dlm blog ni? HAHAHA. klu ely mmg bersepah2 gmbr dia posing gitu, aku ni pemalu. amik gmbr pun berdiri tegak cam lagu negaraku. hahaha...ok nasib baik ko geng dgn aku. klu tidak...!

ko mmg berdedikasi betul dgn job, aku kagum siot. dahla aritu stay up smpai kul 5pg kat opis, ni pegi penang overnight...abistu masuk opis jgk ke esok? pehh...ni kalau bos ko tak kasi bonus 5-6bln mmg tak patut weh. aku hrp ko dpt reward yg sepatutnya. aku kagum :)

bdk2 @ John November 24, 2011 at 7:52 PM  

hahaha...biqque tgh prepare utk fmly day die kat penang wiken ni. that's whyyy sunyiii sepi je nih! hahaha.

hahha...omg! sebut psl ely. mana dia ek? senyapppppp jek. nk jugak tgk mendada dia tu. kalah sume org! hahaha.

dedikasi kah? u dont knw the real me yet. aku ni sgt laaa malas ok! kalo ade internet lagi laa mnjdi2. kalo keje 8 jam sehari. yg produtivenya hanya 4jam shj ye. ingt tu. mati aku kalo bos aku tau nih! hahaha. harusss masuk ofis esk balik tau! die siap bgtau awal2 lagi td. nasib baik aku bru book hotel td. sume fullhouse weh! hopefully masin mulut ko. insyaALLAH..amin..

orait, nnt aku smbung lagi mlm nnt bila smpai penang. nk pekena pasemboq tgh2 malam kalo ada!

missSenget November 24, 2011 at 7:58 PM  

kahkahkahkah..

frust menonggeng kot..
baru nk bagi emel berunsur-unsur penguratan secara paksaan..

lol..

ape pun, mmg kagum kt ko la..

serius mati2 ingatkn ko lelaki..
nasib tak mati lagi da tau ko bukan abam kacak..

kalo tak sampai ke sudah tak tau..

Anash November 24, 2011 at 10:15 PM  

fatt,
yang hambek gambar macam nyanyi lagu negaraku tuh...akak jua yg buat...fatt mana ada...heheh
tang soklan missenget yg pertama...tersedak akak jab...(ambik oksigenn..oksigen..oksigen mana...???)....
detail jugak citer gi jogja...(tetiba nak ke borobudur...dulu kata nak ke angkor wat...huh..tak tetap pendirian rupanya akak nih.....)

Anonymous,  November 24, 2011 at 10:21 PM  

fatt aku mmg tergelak besaq bca komen ms senget 2..kena plak komen 1st plak 2
akhirnya kluar jgak entry smbngan trans java yg aku tggu2,jenoh beberapa purnama aku tggu niii.aku ingt hg x nk kluar dh smbngan entry nii,apapun fatt bilik 2 mmg smpoi laa aku tgk,
fatt pengalaman mistik nii mmg hg slalu kna kaaa tiap kali hg travel.

PENJEJAK AWAN

shah_rule November 24, 2011 at 10:26 PM  

haha apakah? berdada rata tuh kelakar giler~ HAHAHAHAHAHAHAAHa aku nak pengsan ni ketawa~

john: owh ko kt penang ghupenye~ aku tggu 2nd episode korea nie. hehe

fatt: tuh la, aku rasa kalau g bromo bole buat trip pendek2 ni memandangkan nak exam ~(ayat ni x sudah2, haha)
fatt, aku ade email ko.. perlukan penjelasan segera.. haha sbb tetibe aku dah buat ittenary nak ke bromo

Lily Riani November 24, 2011 at 10:43 PM  

mis senget memang senget.... lawakkkkkkk..... aku baca 3 kali kot kot aku mamai sbb tadi lepas maghrib terlelap sat, bangun2 log on ada orang tanya jantina ko... stun siut.

ko dok delta, aku dok duta....duta pun best. aku suka... aku bterkezut sbb ptg depa knock bilik tanya nak hidang minuman petang nye di mana non? mau di kamar, di anjung atau di pool.... aku ngan adek & kawan aku blur sat, bayaq ciput service osem!!!! terus aksen nak makan kat anjungseri ler... ehehhe... i cant wait to know hwere you covered. jeng jeng jeng...

btw, aku gi bandung, seksa giler kan cari roti bandung tuih, sirap bandung & mee bandung pun elek pochik tau! HAHHHAHAH..... first time try roti bandung kat batam... memang YUMMY! rindu!!!

NITA November 24, 2011 at 11:15 PM  

aduuhh mmg tak menahan bab berdada rata kahkahkah!! Gelak besar aku!

Fatt ko kena sambung citer ni sebab aku sgt2 nostalgia bila terkenang bromo, jogja dan sewaktu dgnnya.

Aku pi bromo in 2008 b4 meletus.. masa tu panorama sgt berbeza dgn gambar yg kau letak previously, terharu aku tgk dah jadi cam tu!

Kenangan 'terindah' masa nak naik atas cemoro lawang tu -- terjadi lungsur (landslide) tgh2 hujan lagi. kereta tak leh naik, end up aku n hubby gilir2 kena bonceng motor local.. pas tu transit naik lori sayur -- dok tgh2 bakul kobis.

Dah la masa tu 6++ months pregnant. Pulak tu sejuk ya rabbi!!

Masa naik penanjakan nak tgk sunrise bromo mmg cuak sebab sgt bumpy. Alhamdulillah tak jadi apa2, hannah pun dah 3 tahun lebih dan asyik travel je kerjanya.

opps terpanjang laks. nostalgia punya pasal.

Biqque November 24, 2011 at 11:28 PM  

Abammmmmmmmmm adik datang lagiiiiiiiiii: D

Jap nak tuju lagu!

"Kacak luar, kacak dalam, kacak sana sini"

Kalo fatt ni abam, AKU la org first yg ngorat dia ok! Aku takkan share dia ngan korang sume! Dengar tu!

Hamboi John, main dada2 ko ye...mentang2 baru blk Korea. Ely baru blk KK tu, wiken ni dia join family day aku. Nanti aku suh dia amik gambo mendada ye, hahaha!

Kat opis aku internet cam siput babi! Nama je company IT. Tiap2 hari bdk network tu nyampah tgk muka aku, asik suh pi reset memanjang.

Fatt, aku rasa nak racun makpak mentua aku gi Jogjakarta ar...jumpa besan diorg:D

masMZ November 25, 2011 at 12:41 AM  

tetiberr kuar balik soklan disebabkan darjah kekacakkan dan kehenseman ko Fatt... Hahahaha...

Ini entri yang aku rasa soploh kali kot ko sebut pasal lapo-makan-lapo-makan-order makan-cari makan.... hahaha...

anyway, ini first time tengok keretapi yang pakai fan... kita punya keretapi paling cikai pun aircorn (walaupun tak terasa aircorn nyerr, fiuuuuu sambil kesat peluh). Lepas tu, ni keretapi ekspress ke atau soploh kali berhenti??? kalau kat sini sohih penuh dan sarat barang... Lapang je tengok koc nih.

masMZ November 25, 2011 at 12:47 AM  

Fatt,

baru baca komen2 kat atas... gilesss kalo ko lelaki, semua orang yang nak ngorat ko kena berebut dengan Biqque... Hahahahahaha...

Lily, ada roti bandung ke??? Naper tak ada orang cerita pung!!! Tak pernah plak ter'cross' menu tu.

Janggel November 25, 2011 at 1:13 AM  

Hahaha mmg ayat mendada leper keluaran John tu akan fofular la gamaknya lepas nih . kikikiki


Giler toi si biqque, gile kuasa! nak rebut fatt sensorang, ni belom muncul si Ely lagi...ish rasa janggal pula tetibe dia senyap. Salu dai yang kecoh2...dengan ayat "ketepi ketepi" dia tu.

Ha ah skg ni kat opis aku dah ada wanita penunggu, sumpah tanak balik lewat dah...aku akan jadi antara org yg beratur depn thumb print meshin lepas nih huhuhu.

Gigih betul John...kaghaummmm!

Janggel November 25, 2011 at 1:14 AM  

kalau gunapakai kaedah tu (pasal hotel ni) kat Bangkok ok ker?

green,  November 25, 2011 at 1:15 AM  

Fatt...

Baru je balik dr jogja .. klu ko citer awal2 pasal roti bandung ni ... blh la pekena seround ...

fatt November 25, 2011 at 1:45 AM  

john,
time komen ko masuk aku dah tumbang tido. ni bru bgun sekali aku tgk punya la byk komen. hahaha.

ko dah smpai penang dah ko ni..bgusla klu sume selamat..alhamdulillah

aku pun sama la john zmn dolu2...hari2 forum, gile ok. tu zmn forum le..ni zmn blog pulak..tp patutla aku tgk bleh bloghopping time keje...iskk..ah tak kisah, janji keje siap..efisyen. kan

hati2 wei bwk kete esok..lagi 1 lupa nk ckp, aku hrp ko bertabah ye sbb driver2 kat penang sume bwk keta cam $&#@! ko akan menyumpah2 punye la. kl divers lagi sopan santun weh..betul aku tak tipu..be prepared!




miss senget,
penguratan secara paksa? HAHAHA...ni ada 4 bujang available kat blog aku kot2 nak kenal2..si john, kemang, shahrul, hannan. aku assume sume solo lagi la ni..sbb aku tak nmpk lagi unsur2 posting kat blog dorg yg berunsur percintaan. HAHAHA...matilah aku kena hentam pasni. ah takpe, aku jadi telangkai, hehe

beb, aku dah lali org ckp aku lelaki, tp aku tak kisah. cuma budak2 ni le, slalu gelakkan aku. tp once a while seronok gak klu dpt komen2 gini...baru ceria hidup.

anyway, salam persahabatan dr aku :)




kak anash,
ada la kak!! *ceh takmo kalah*
akak, soalan pesen MS ni sy dah selalu dpt, janggel & sume bdk2 ni taula..dah tak larat nk gelak dah kak..tp sy oke aje..tp ini yg paling lawak le so far sbb ada isu psl dada rata T__T

ala kak, sume tu (angkor & borobudur) sume tu UNESCO world heritage, camne pun cuba la pegi sume kalau bole. dah byk dah UNESCO site yg sy pi, berbaloi-baloi!




penjejak awan,
kan? slalu komen 1st kat blog aku akan jadi topik perbincangan. lelagi klu komen yg lain mcm. hahaha

sorila aku peram smpai 6 bln. aku nk habiskan jgk ni, dah tak byk dah..erm, pglmn mistik ni kdg2 la jgk, depends dgn sape aku travel. sbb ada travelmate aku yg ada 3rd eye




shahrul,
kuangasam!! ko nak aku berdada spt pamela anderson? kang pitam sume org. fuh nasib baik Ely takde ni. klu tak mesti dia gelak cam haram kat aku...HAHAHAHA

oi mana email ko takde pun? klu bromo tu bole buat short trip, amik return flight ke surabaya jela..mksdnya ko tak pegi smpai jogja segala2 tu la. ko buat wiken trip pun ok, 3H2M pun ok..ala exam tu takde mende la..nak release2 ni ok je..




lily,
mesti ko baca terus segar kan mata ko? HAHAHAHA. aku dpt komen dia memula aku dah bantai gelak. esok lusa ada lagi tu yg confuse, tak caye ko tunggu. bleh dikatakan 2-3 bln mesti komen gini masuk. hahaha...tu blum kat twitter lagi...adoi sabor jela

ha, bab tu aku setuju. servis dorg mmg tiptop. dia punya pekerja pun bagus2 smpai aku confuse aku ni dok mana sbrnya ni? walhal harga bilik aku tak sampai rm30, itupun share 2 org (rm15 sorg). gile murah.

roti bandung ni aku pes time jumpa, itupun kat jogja. oit mana ada sirap & mee bandung. itu rekaan org msia semata2. HAHAHA...tp roti ni mmg sedap, gebu




nita,
kome gelakkan aku ye...takpe aku tak kisah. aku pun gelak sbnrnya sbb lawak. aku terpikir gak camne nak buat gmbr nmpk dada, dari sisi ke camne? ish seganle aku, tak macho lgsung amik posing gitu.

WHAT MASA 6MTHS PREGGY NAIK BROMO??? @__@

ok aku impress. takleh imagine camne nak bawak perut tu. rasanya letih kot mendaki kat Mt Penanjakan tu..aku sendiri pun semput tp alhamdulillah smpai jgk ke viewing point.

masa aku pegi ni dia tgh meletus, 3-4bln pas aku balik cun je pulak. mmg bkn rezeki aku. tp aku rasa best jgk sbb bkn senang nk tgk dia meletus...sekali seumur hidup kot bleh tgk. so aku rasa pglmn aku tu istimewa :)

aku plan jgk nk ripit sbb aku nak tgk bromo time ok, tgkla dlm 1-2 thn lagi, pas aku habiskan tmpt2 lain, hrp2 ada la rezeki aku nanti.

nti aku citer psl aku gi Gng Merapi..tu pun best jgk :)

fatt November 25, 2011 at 2:02 AM  

biqque,
siot ko. si kemang pgil aku abg besar, ko pgl aku camni plak..takpe, gua layannn~

HAHAHAHA....dengar tu wahai rakyat jelata, biqque dah kasik warning. aku tatau. klu aku jadi lelaki aku takut kot dgn biqque sbb dia gila, bkn gila2 dah tau. HAHAHAHA...tp klu gitu nmpknya kemang dgn john kene berebut dgn aku utk jadi anak ikan dia. tp aku rasa peluang aku nak kalahkan dorg berdua cerah. HAHAHAHA

ala Ely bizi ke, dia ada email aku tp aku blum balas. aku bz skit skrg sume email tak sempat lg balas. klu jumpa dia ckp aku kim salam..kim salam jek eh, tak kirim lain. HAHAHAHA

aku syak bebudak network tu saja la troll ko sbb ko rajin bloghopping time keje...siap update blog plak tu. kan? hehehe

eh chop, ko ada besan kat Jogja?? besan angkat ke ape ni? confuse dah aku




masMZ,
nmpknya tak guna aku tayang muka aku dlm entry 26 fakta tu sbb masih ada yg confuse. ke mmg aku ni pompuan macho. tp zmn blaja dulu mmg dorg pgil aku pompuan macho pun, so aku redho jelah...nasib badan

aku rasa klu aku ni pakwe, ramai dah kot yg aku buat makwe kat sini..ramai jgk yg cun2 kat sini. HAHAHAHA

aku suka siot ketapi ni wlpun fan tp sbb aku amik kelas bisnes sbb tu kipas. klu kelas exec ada ekon, harga pun mahal le skit. ketapi ni tak benti kat sume tmpt, certain jek, so bleh la dikatakan ni ketapi ekspress. sbb klu yg benti2 tu mau 8-9jam sampai, tp yg ni 5jam. gmbr ni masa byk org dha turun, tp okla yg ni lengang skit sbb ketapi siang, klu mlm ada je org tido kat laluan tu




janggel,
aku pun rindu kat Ely dgn trademark dia ketepi, ketepi tu...hahaha...dia bizi la tu. aritu dia emel aku ckp dia sibuk dgn family. nti dia dah balik sume berjaga2 la ye...awas!

kemang mana eh? dia kena buli lagi dgn bos dia ke? lama dah aku tak nmpk, ke majok?

whatt? wanita penunggu? peh...aku syak mesti dia berlakon jd cleaner, takpun jd opismet yg rajin buat keje lewat2 mlm kan? aku rasa elok kome buat baca yassin sekali-sekala..takpun sblm masuk opis baca ayatul kursi & 3 qul..sbg pendinding

erm, klu Bangkok mmg all the while ramai je org. aku rasa elok ko booking. ko tgk kat hostelbookers...sana tak caj admin fee utk booking mcm hostelworld. tp dorg amik 10% deposit. okla tu...baca dulu review sblm pilih ok. klu bleh cari yg dekat dgn lrt, tak penat nak menapak




green,
erk! soriiii. hehehe. aku kebetulan je ni update psl jogja. ko ripit la cni..best kan jogja? aku rasa gi byk kali pun tk bosan

Liz Rohaizat November 25, 2011 at 8:30 AM  

kahkahkah... fatt posing mendada? LOL. ko jgn fatt. hilang macho ko nanti.

entry hadyai ke? aku rasa macam kurang je. ye la, mmg la ko ada pegi mkn. aku tau tp ada tepek gambar ke? rasa mcm takde. nanti aku selak balik.

tp ye la, masa tu aku marathon cerita ko kat thailand sampai ke ending ko berbelah bahagi nak naik atau nak turun. hehehe..

biqque, apa kata lps ni ko jadi penganjur perjumpaan bloggers yg rajin komen kat blog fatt nie. hehe.. tak pun ko je jadi penganjurnya fatt. boleh kenal2.

Biqque November 25, 2011 at 10:12 AM  

fatt, PLS REMAIN THE WAY U ARE. PERIOD. jgn sesekali ko berubah nak jadi pompuan melayu terakhir, tak suka, tak suka, tak suka *sambil goyang2 jari telunjuk*

tah kenapa, aku suka plak orang ingat ko abam...kalo aku, cam "cooooool" siut *ala sivaji*

actually aku dulu pun macho...mcm aku penah cite, orang panggil aku jamal abdillah masa aku nari lagu raya hail amir + uji rashid, siap songkok dgn selempang kain pelikat. masa tu aku dressing mmg cam jantan. MEMANG dada aku leper dan WALAUPUN aku mcm tomboy, kasar, ganas, GUA ADA BOIPREN SEJAK TADIKA BEBBBBB! GUA TAK PENAH SINGLE SEUMUR HIDUP WOOOO...

KAHKAHKAHKAH!

dulu aku slalu ckp, kalo aku jadi laki, memang aku kawin 2 aku rasa :D hahahaha!

p/s: adik ipar aku foreigner...sebab? orang jogja :D sekian, terima kasih.

~uG0giRL~ November 25, 2011 at 10:24 AM  

abang yg kacak *ehemm,

bilik ko tu cam spooky okay. hahha. ko kalo naik ketapi boleh ke tido2, relak2, xke bising yg amat?

Biqque November 25, 2011 at 11:35 AM  

okeh, aku dah reply pasal "jejak kasih redang" tu kat post aku :D tgk ko stuju ke idak kihkihkih!

Anash November 25, 2011 at 1:03 PM  

Fatt

Sume pengomen di sini memang kelakar..tak yah wat entry, sini pun dah meriah ...
hahah
make my bad day turns bright day today....
korang sume memang coolssss...

green,  November 25, 2011 at 1:13 PM  

Fatt ..

Setuju dgn ko .... jogja byk tpt nak pegi ... mmg kena repeat tp kena follow route surabaya - mt bromo - jogja laks.... ko cepat2 la abiskan trans jogja nih ... hehe

AKO @ retna November 25, 2011 at 1:21 PM  

ako paling suka g jogja...
tapi tak tau kenapa hheee..
berbanding bandung dan jakrta, dedua tempat ni mcm gi KL & JB je..

Jogja dia ada kelainan sket..
tempat sejarah gitu walau ako bkn la peminat sejarah yg tegar hahaha..

tapi maybe sebab orang2 kat sana cara percakapand erang ada lembut sket dari org jakarta & bandung...

dan palingg ako suker sebab dapat naik 'andung' aka kete kuda haha..

dan ako suka jenjalan cuci mata sepanjang kaki lima kt jln malioboro tu... macam-macam ado :p

AKO @ retna November 25, 2011 at 1:28 PM  

fatt,
ako tgh baca balik kisah bandung ko..
ako try nk book hotel yg ko rekomen cihampelas tapi dah full.. arrghh tensi ni!!

biasa la camni arr kan klu plan last minit..

btw, ako ada gak baca blog kowang yg lain yg dah pegi bandung .. Mana2 perlu ako take note la entry dan pengalaman kowang..

ps: tgh serabut nak cari tempat tinggal ni.. huhu

Ely Hasrul November 25, 2011 at 2:09 PM  

tetiba aku tingin mkn roti gebu.. cisss

xpenah smpai sini.. bila kah..

langkah kaki.. November 25, 2011 at 3:35 PM  

wah...bilik hotel tu mcm sangat murah je sis.. tp nampak nice dari gambar. btween, memang teksi local kalau tau kite org luar dorang akan cube pusing2 kan ktie kan? macam orang gi medan ritu pon sama. but nasib baik ade mmber indon. die yg byk tolong..

AKO @ retna November 25, 2011 at 3:37 PM  

fatt,

its ok.. kitrg dah tukar plan. Terpaksa coz br igt dah ujung tahun so sibuk nak urus anak msk sek ehhe..

Plan, x gi jejauh n x lama..
Naik feri je sudah ehhee

ps: insyallah plan yg asal tangguh tahun depan je ;)

gadisBunga November 25, 2011 at 4:24 PM  

hai fatt. kalau ko bukan pompuan aku nak ngorat. ekekeke!!!

*

ok dah. aku rasa bilik dia best gile walaupun rate murah.

Ely Hasrul November 25, 2011 at 4:25 PM  

p/s - kalu xmo nmpak berdada rata cecuba posing cam aku tutup dada kahkahakkahakhakahakahkah seramnyeee

fatt November 25, 2011 at 4:47 PM  

liz,
hui klu aku buat posing lagu tu alamatnya 3x jumaat le liz. hehehe...

dlm entry hadyai tula pling byk aku tyg makanan...tak caye ko bleh tgk cerita aku gi floating market tu..jgn terliur sudah

masa ko baca tu aku dah cerita kat siem reap rasanya




biqque,
tak nok..mak tak koser nk jadi PMT..hilang macho ni tau.

sbnrnya bila aku bukak mulut je dah out. ko tau nape? sbb suara aku. HAHAHAHA. klu aku tgh sakit tekak ko lagi gerun dgr suara aku sbb mcm bapok baru lepas operate..eh tak, mcm lelaki macho. sape penah dgr tau le camne. mmg slalu org akan tanya ni betoi ke no fatt? HAHAHA...aku pun tatau nape suara aku ni dalam, benci ai!

but WAITTT!! JAMAL ABDILLAH RAJA POP @ BIQQUE???

pitam. bangun balik pun pitam. HAHAHAHA ko siyes ke ape ni wei? aku dulu zmn skolah straight jgk, takdela boyish even aku skola all female. tp biasala, skola all female ni mmg ramai la jenis minat kaum sejenis...time tu saham aku tinggi gak. tah ape yg dorg suka kat aku tataula..walhal aku jenis diam buat hal sendiri, bkn jenis gila glamer

ok noted, bestla ko bleh p jogja foc tmpt tido..ciss!




ugogirl,
hai adik maniss~

ada kisahnya tu. tp aku suka jgk lampu pesen gini sbb cpt skit tidonya. ketapi ni tak bising pun..bunyik roda dia jela..lama2 aku jadi ralit bila dgr terus rasa ngantuk




kak anash,
akak gloomy nape kak? ceria skit, ok! sy tak wat entry nti sy kena bambu..dahla hutang entry byk ni kak...hehehe :P




green,
aku pun suka jogja. gi 2x dah tp still suka. mebi sbb orgnya lembut2 tak rushing mcm kat tempt2 lain kot. aku tgh speeding ni, mebi lagi 4 entry habis




ako,
ya betul! aku setuju dgn ko. aku gi 2x pun masih suka. tak mcm jakarta & bandung. dah 2x smpai cni aku tak naik pun keta kuda, bkn apa, aku kesian sbb aku rasa kuda tu mesti sakit bwk aku...huhuhu. ya, jln malioboro tu mmg best esp waktu mlm

oh ok, aku baru baca ko dah tukar plan. tp klu ko nak cari lain aku bleh rekemen lain. sori beb reply komen ko lambat, aku tgh pulun siapkan entry tadi




ely,
bengong! posing cam ko tu aku tak terpikir siot! tp bila aku tgk gmbr ko baru aku tau rupanya jenis posing gitu wujud!! HAHAHAHA




jie,
for me mmg nice. cuma part kipas tu jela. klu dapat kipas siling lagi best kot. but overall ok sbb ada s/pool & free bekpes. biasala jie dorg nak cuba dptkan bisnes. klu tak pushy takpe, klu pushy tu yg letih...rasa nak ngamuk pun ada sbb kdg2 cam tak faham




gb,
nti gi jogja dok la cni :)
hahaha..ko pun nak ngorat ke? nmpknya kena lawan dgn biqque & ms senget la. hehehe..gurau je jgn marah :)

iina November 25, 2011 at 6:35 PM  

Fatt

kena jawab soalan ko nie wakakakah..

kenalah bilik besar.. kalau bilik kecik org sebelah dgr apa kita cakap susahlah hahahahaha... kalau honeymoon bilik kecik.. baik duk khemah tengah pantai jek lagik asyik hehehehe..

Dah aku agak.. mesti ada kan..

NITA November 26, 2011 at 12:49 AM  

oh, sebenarnya aku tak hiking penanjakan. kami rent jeep naik penanjakan.. mmg bumpy la, pas tu kena jalan panjat bukit sikit nak pegi tempat sunrise platform tu.

aku rasa masa ko pegi ni senario dah berubah disebabkan letusan.

kuda tak de macam ko citer.

Kuda cuma ada lepas turun penanjakan. Naik kuda merentas padang pasir hitam tu sampai ke anak tangga bromo, then baru panjat tangga ke crater tersebut.

Masa ko gi of course tak leh gi crater bromo tu cos tgh meletus kan.

fatt November 26, 2011 at 2:29 AM  

iina,
hahaha...yeke? ingtkan sbb nak main kejar2...apala aku pikir ni...ni byk tgk citer melayu la ni...ngarut betoi!

gmbr tido tu mmg wajib ada, modal menyakat sbnrnya. hehehe




nita,
haaa, betul la tu. sepatutnya lalu kot padang pasir tp sbb masa tu takleh sbb tu naik penanjakan aje. iskk, ni yg tak bleh jadi ni..mcm kena ripit je ni..

nk tanya, dulu masa gi sana duduk katne? pastu ada tak pegi kawah ijen segala2 tu?

Biqque November 29, 2011 at 3:10 PM  

masa menengah rendah, ala2 aaron kwok tu...masa kat kolej tu yang macam jamal abedillah hahahaha!

eh aku suka siut suara husky...takpe, nanti jumpa, kita basking hahaha!

fatt November 30, 2011 at 5:43 PM  

biqque,
seingt aku zmn skolah dulu bebudak pompuan suka sgt nak jadi nick carter. sila muntah darah skrg...kalau aku ingt balik, ya allah..malu nak ingat. malu siot!!!

suara aku tak husky le..yeke? entah..tp suara aku mcm dlm utiub tula..mcm nyah baru pas operate. hahaha

Janggel November 30, 2011 at 5:46 PM  

ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ tetibe terpanggil untuk kembali komen setelah membaca komen pasal Nick Carter tu!!! Hahahhaahhahahaha kelaka siot! Adakah kau juga???????? Hahhahhahaa

*sambil guling2 bawah meja opis.

fatt November 30, 2011 at 6:40 PM  

janggel,
HAIP!!!! aku libas ko dgn rotan nanti. HAHAHAHA...

aku suka edward furlong. aku tak suka nick carter. tetttt!!!!

aku hrp biqque tak baca komen aku. lol! HAHAHAHA

tapi kan siyes kwn2 pompuan aku yg boyish sume pakat buat rambut tu..omaigod. itu belum lagi pesen GQ...yarabbi!! inilah dia klu skola sume pompuan..mcm2 hal :P

Janggel November 30, 2011 at 6:51 PM  

Kehkehkeh aku still ketawa kalo terbayang ko buat rambut macam nick carter hahaahaaa

Haah aku masih ingat ngan zaman tu, zaman semua nak terikut2 style GQ la bagai hahah. Kalao pompuan pakai tdung siap kelepet2 tudung (huduh) pastu ada yg pakai owning keras kannnn.. Heheheeeeee

Kekkee lari topik ni!!
*mana Biqque ni????!!!!!

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP