Trans Java : Jogja - Part 15

December 19, 2011

YAYYY!! Aku macam tak sangka yang cerita ni dah hampir sampai ke garisan penamat!! Ada 2 episod lagi sebelum habis!! Pasni boleh buat kenduri doa selamat..yayyy!!

Sambungan dari Part 14.


Hari Kesembilan : 30 Mac 2011

Hari yang baru. Pagi ini kami ke utara Jogja di mana terletaknya Candi Borobudur. Perjalanan dari Delta Homestay ke sini mengambil masa lebih kurang sejam dengan menaiki motor. Memang terasa jauh tapi mujurlah cuaca pada haritu elok. Kebetulan pagi tu ada pasar basah di hadapan simpang guesthouse jadi dapatlah kami meninjau-ninjau. Suasana di sini lebih kurang macam pasar basah di Malaysia cuma sedikit old skool. Aku takde gambar yang nak dikongsi sebab terlalu sibuk memerhati.


Selaku navigator tugas aku apa lagi kalau bukan membaca peta. Kalau pada tahun 2009 aku print google map untuk ke sini tapi kali ni aku terlupa. Dengan berbekalkan sekeping map yang basic aku cuba me-navigate arah ke sini.

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa selama sejam menjadi 1.5 jam disebabkan map yang tak lengkap. Mana taknya, dalam map sume jalan lurus sedangkan hakikatnya banyak simpang! Kami berhenti beberapa kali untuk bertanyakan arah dan setiap kali dapat turun dari motor memang terasa lega. Mana taknya, kematu bontot ni woiii!!


Setelah menyesat barat akhirnya kami sampai di Candi Borobudur. Sebelum berjumpa dengan candi ini kita akan berjumpa dengan Candi Mendut yang terletak cuma 3km daripada Candi Borobudur. Memandangkan terlalu ramai "ulat" (peminta sedekah) jadi kami pun skip, lagipun candi ni kecik dan boleh tengok dari tepi jalan.

Menurut sejarah, Candi Mendut ialah candi yang tertua di antara Candi Borobudur dan Candi Pawon. Ia dibina oleh Raja Indra dari Dinasti Sailendra pada tahun 824M sebagai tempat keagamaan bagi penganut agama Buddha. Satu perkara yang unik tentang ketiga-tiga candi ini ialah ianya terletak dalam 1 garisan yang lurus. Whoaaaa hebat!!!


Info lanjut tentang Candi Mendut boleh baca di sini.

Kami meneruskan perjalanan ke Candi Borobudur dan setibanya di situ kami meninggalkan motor di parking yang terletak di luar kawasan candi. Parking bagi sebiji motor cuma Rp3,000 per entry. Ada banyak tempat yang menyediakan perkhidmatan parking di sekitar kawasan ini, boleh pilih mana yang suka dan harganya pun lebih kurang sama.

Melangkah masuk ke kawasan candi memang mendebarkan, bukan apa....berdebar sebab nak kena serbu dengan peniaga kat situ. Maklumlah di kiri kanan semuanya gerai jualan! Walaupun di asak beberapa kali tapi kami buat dek dan terus melangkah ke kaunter tiket. Jauh jugak rupanya, dahla panas, tapi kat akhirat lagi panas #peringatan.

Untuk makluman sume, tempat ini dibuka dari jam 6 pagi hingga 5 petang pada setiap hari. Bagi yang berminat untuk melihat sunrise dari puncak candi bolehlah mengambil pakej sunrise dengan Manohara Hotel yang "cuma" Rp320,000/USD44. Pakej ni tak termasuk penginapan di hotel dan rate ni adalah untuk non-guest. Kelebihannya ialah anda boleh berada di sini seawal jam 4.30 pagi dan mendapat access ke sekitar kawasan candi selama 1.5 jam sebelum ia dibuka untuk orang ramai pada jam 6 pagi. Pada pendapat aku pakej ni macam tourist trap sebab harga yang tak munasabah. Harga tiket masuk pun banyak beza antara local dan tourist, nak semelih lagi dengan pakej sunrise! Kalau diikutkan hari-hari pun boleh tengok sunrise (sampai kiamat nanti) tapi bagi orang yang terlebih bajet ataupun pencinta sunrise apedehal sangat USD44?

*iklan : kes Mahohara tu dah habis ke?

Berbalik kepada cerita. Di depan pintu masuk ada 2 kaunter tiket. Di bahagian kiri ialah kaunter tiket untuk local manakala di sebelah kanan yang sedikit proper bangunannya siap berpintu dan berekon bagai ialah kaunter tiket untuk tourist. Pada tahun 2009 aku dan kengkawan berjaya dapat harga local tapi nampaknya tidak untuk kali ni. Uihh best gile bila dapat harga local. *lompat bintang* Ko hado?? Tapi siyes nak tau nape? Teruskan membaca.

Sebab tarif local cuma Rp15,000(weekday)/Rp17,000(weekend) dan tourist Rp135,000/USD15. Banyak kan beza? Macam langit dan bumi!! Tapi memandangkan tempat ni salah satu daripada tapak warisan UNESCO jadi tak kisah lah.



Walaupun hati sedikit panas tapi temperature turun sedikit demi sedikit sebab dalam bangunan tu berekon. Aku tengok ada jugak tourist yang merungut-rungut sebab mahal. So memang bagus jugak idea bilik berekon ni. Hehehe. Untuk menurunkan lagi suhu hati yang membara disediakan juga free flow teh O dan air oren. Oklah tu, aku tibai 3 cawan sebab bengang punya pasal. Lepas menghabiskan air kami diberi kain sorang sehelai. Nak buat apa agaknya tu? Nak melibas orang kah? Souvenir sebab bayar mahal kah?

Tetttt! Dua-dua salah!

Nak tau apa gunanya? Haaaa....gunanya untuk melilit pinggang sebagai menghormati tempat ni. Nak lilit lagu mana suka hati asalkan lilit. Nak pakai pesen kain samping pegi menikah boleh, pesen silat pulut boleh, pesen pario pun boleh. Ada jugak yang gila-gila pakai pesen tepi pantai. Erm..tak reti aku nak describe so gunakan daya imaginasi sendiri. Aku rasa dia memandai sebab kalau diikutkan tak boleh, kiranya macam tak menghormati tempat tu. Walaupun aku mempertikaikan kegunaannya (memandangkan aku berseluar panjang) tapi aku terpaksa akur sebab dah syaratnya camtu. Dulu masa tahun 2009 benda ni takde so boleh jadi benda ni masih baru.


Dari kaunter tiket kena menapak lebih kurang 100-200 meter dan menaiki anak tangga sebelum tiba di kaki candi. Pada waktu ni orang tak berapa ramai, mungkin sebab hari kerja (entah apa kaitannya teori ni) so boleh la kami bersenang-lenang posing suka hati. Cuaca pada waktu ni memang cantik, langit pun biru, penuh dengan awan larat, cuma turn-off sebab panas membahang.


Masa sekolah dulu dalam buku teks Sejarah tingkatan 4 ada cerita pasal Candi Borobudur dan biasalah, benda yang tengok dalam buku ni selagi tak nampak depan mata memang susah nak bayangkan. Samalah jugak dengan Angkor Wat, bila dah tengok depan mata barulah puas hati. 

Mengikut sejarah, Candi Borobudur dibina sekitar tahun 800M semasa Dinasti Sailendra tapi takde bukti jelas menunjukkan atas sebab apa ia didirikan. Candi Borobudur terdiri daripada 6 platform yang mendatar dihiasi dengan 2,762 panel relief, 3 platform bulat dengan 504 arca Buddha dan stupa yang terbesar di puncak yang dikelilingi oleh 72 arca Buddha yang bersila di dalam stupa. Namun kini sebahagian besar daripada arca tersebut telah rosak dan sesetengah dari kepalanya telah dipenggal. Difahamkan juga candi ini menjadi tempat keagamaan yang dikunjungi pada setiap tahun oleh penganut agama Buddha semasa hari Wesak.

Ketik link berikut untuk bacaan lanjut tentang Candi Borobudur dalam Bahasa dan English.

Kebetulan pada waktu kami ke sini pihak pengurusan sedang menyelenggara bahagian atas candi yang terkena debu Gunung Merapi. Dikhuatiri debu dari gunung berapi yang meletus pada November 2010 itu mengandungi asid yang boleh merosakkan candi maka ia perlu diselenggara sebelum dibuka sepenuhnya kepada orang ramai. Walaupun 3 platform bulat itu ditutup tapi aku dengan selambanya pegi trespass. Alang kepalang bayar mahal, lagipun benda dah depan mata. Memandangkan tangga ke sini ditutup jadi terpaksalah aku memanjat. Peh bukan main tinggi dia punya platform, kalau biasa lompat pagar mungkin tak jadi masalah.



Walaupun penah berdiri di atas platform ni dulu tapi bila dapat buat kerja gila rasanya lebih seronok, untuk kepuasan peribadi! Mujurlah takde pegawai yang datang meronda so kami pun selamat. Kalau kena soal pun aku akan cakap dah bayar mahal mestilah aku nak naik sampai atas, ye tak? 

Ada mitos yang menyatakan kalau dapat sentuh arca Buddha dalam stupa berbentuk loceng ni bolehlah buat permintaan. Pada aku kalau setakat nak test tangan panjang mana tak jadi masalah TAPI kalau nak mintak, lebih afdhal mintak dengan Yang Di Atas. Sebenarnya aku terpikir, kalau ada binatang berbisa yang menyorok dalam tu macam ular, tak bahaya ke?


Memandangkan kompleks candi yang besar dan terletak di bawah terik matahari jadi eloklah bawak air kosong supaya tak kehausan dan payung untuk mengelakkan kulit dari menjadi rentung.

Selesai berjimba-jimba selama 2 jam akhirnya kami amik keputusan untuk beredar. Untuk sampai ke pintu keluar kami perlu merentasi laluan panjang yang di kiri kanannya ramai dengan penjual-penjual souvenir. Jenis souvenir yang dijual adalah seperti keychain replika candi, tempat abu rokok replika candi, replika candi sebagai perhiasan dan juga barang yang tak berkaitan seperti souvenir Upin Ipin. Haaaa, jangan tak tau, pengaruh Upin Ipin memang besar kat sini. Hehehe. Walaupun diasak berkali-kali oleh para peniaga hingga menduga kesabaran yang senipis kertas tapi aku memilih untuk berdiam diri sebab aku pun faham yang mereka nak cari rezeki. Nak marah pun rasa tak sampai hati jadi jalan terbaik adalah diam. Tindakan mengangkat tangan dan buat sign "talk to the hand" rasanya macam tak bertamadun dan jika aku dalam posisi diberi tangan rasanya tergugat jugak jati diri dan maruah.

Aku sebenarnya kesian melihat peniaga jalanan sebab mereka hanya duduk bertinggung di bawah pokok dalam keadaan panas terik dan terpaksa berasak-asak dan mencuba nasib sedangkan persaingan amatlah sengit. Tapi apa boleh buat, aku pun takde alasan nak beli replika candi sebagai kenang-kenangan. Inilah rasa bersalah yang paling aku tak suka sebenarnya. Hurm..


Setelah melalui laluan yang penuh dengan peniaga jalanan kami melalui pula deretan kedai yang juga menjual souvenir. Sama jugak konsepnya cuma peniaga di sini mampu menyewa kedai. There's no way to escape sebab laluan ini telah dicipta untuk setiap tourist melaluinya. Bagi yang tak pernah ke sini mungkin perlu tahu bahawa laluan masuk dan laluan keluar adalah berbeza. Situasi di sini pun takde beza dengan yang tadi cuma kali ni lebih tertekan sebab sikap peniaga yang lebih agresif.

Akhirnya kami pun "selamat" menempuhi cabaran tersebut dan tiada sebarang expenses yang dibuat. Dalam fikiran aku sesiapa yang berjaya mengelak semua dugaan tersebut patut diberikan trofi. Errr?!

Kami kembali ke parking motor dan berbincang arah destinasi seterusnya. Pada mulanya kami bercadang nak ke Candi Prambanan tapi memandangkan bayaran masuk yang mahal jadi cadangan pun ditutup. Mujurlah aku dah penah ke situ dulu jadi taklah ralat sangat. Akhirnya dengan sebulat suara kami memilih untuk pegi ke perkampungan yang menerima tempias Gunung Merapi. Di mana? Tungguuuu...


bersambung....
.

37 comments:

Ely Hasrul December 19, 2011 at 1:21 PM  

hari ke-9? huyuh lamanye ko kt situ ek? aku xabis baca tapi saiko nk komen hahahhaa.. mlm kang aku smbung baca

fatt December 19, 2011 at 1:26 PM  

ely,
yup, aku pegi 10hari. org lain pegi kejap jek...aku sorg yg pegi lama. tu pasal citer ni berjela2...bleh jilid buat buku panduan telepon. hahaha...

shah_rule December 19, 2011 at 1:36 PM  

wah mahalnye masuk borobodour tuh~ usd 15~ ekh ada orang cite kalo kita suruh orang tempatan pegi kaunter belikan so dapat harge local~

ke die ade mintak passport/ic sblom beli tuh? kalo xde bole la kan~

masuk prambanan pulak berapa? mahal sgt ke?

fatt December 19, 2011 at 1:45 PM  

shahrul,
mahal siot!! cara tu pun boleh, tapi kalau kantoi takde maknanya..tak pepasal kena beli lain....wuuuu...

dia akan random tanya kalau ko bernasib baik ko akan lepas...for sure dia akan tanya skit2..kalau bahasa jawa ko tersangkut2 mmg babai la...hehehe. aku dulu kwn aku reti ckp jawa...tu pasal kami dapat. pastu dressing pun dah mcm dorang, agaknya sebab tu la kot kami terlepas.

yg candi prambanan tu pun rasanya aku sama. dulu aku bayar harga local...sebab tu aku just pegi Borobudur memandangkan ia lebih fofulerr walaupun both of them tapak warisan UNESCO.

Janggel December 19, 2011 at 1:50 PM  

lawonya..kalo sunset mesti mabeles.

muazamhadi December 19, 2011 at 2:03 PM  

paling tak suka kalau tempat yang ada two-tier fee. mungkin kita kaya sikit dari lokal tapi takdela kaya macam pelancong barat. dulu tahun 2005 dekat borobudur nasib baik terlepas dapat harga lokal sebab berlakon cakap Indo dari Jakarta. yang tak eloknya dekat Malaysia pun ada yang amalkan two-tier fee ni.

Liz Rohaizat December 19, 2011 at 2:10 PM  

ko panjat? fuh, sanggup! kalau aku, tak tau la. mungkin nak panjat. lps tu org yg ikut mesti marah suruh jgn panjat, sudahnya tak panjat kot.

psl tu aku suka pergi tempat bersejarah. dulu dengar cikgu cerita, tgk gambar kat buku teks, bila dpt tgk depan mata, baru kita rasa benda tu real kan?

AKO @ retna December 19, 2011 at 2:13 PM  

Masa ako g 2007 dl pun ghope nya dah start jualan tiket berasingan, local n tourist... giler mahal kan... Tapi sbb dah pernah masuk byk kali so cam x ralat sgt x naik masa tahun 2007 tu..

Stamnina kena kuat tu.. bapak tinggi tangga nak kena daki haha..

psstt ms gi dl berangan gak nak duduk atas patung budha tu tapi erkk x kesampaian.. psstt ko mendaki smp puncak kepala budha tu ker? :p

dzuchan December 19, 2011 at 2:20 PM  

pengakuan..aku takot candi..
dulu aku pegi candi lembah bujang..and aku takot ha ha ha...
tapi borobudur ni la main attraction kat jogja kan

fatt December 19, 2011 at 2:32 PM  

janggel,
of cos cantik...tapi meremang jgk lagi2 kat tempat camni




muazamhadi,
itulah masalahnya, sume nak caj pakai USD. buatnya pelancong dari India ke, negara2 yg matawang sama rendah mcm Indonesia ni tak kesian ke? huhu...tapi slalu pd tanggapan dorg org2 Msia ni kaya...walhal kita pun semput. kat Msia pun ada cuma takla semahal ni..nanges dibuatnya.




liz,
aku panjat. alang kepalang. hehe. aku ni degil skit, mana yg tak boleh aku akan kasik sampai boleh sebab sume benda mesti ada solution kecuali mati.

aku pun suka tempat bersejarah walhal time skolah dulu punyalah liat..hehehe




ako,
brp kali dah ko pegi sini? aku merasa la dua2, bayar tarif local dgn tarik tourist. tapi siyes bykkan beza? kejam sungguh.

nak tau tak..hehe..dulu masa 2009 aku buatla kerja2 gila tu sbb kebetulan yg pegi sume 3 suku. tapi group kali ni tak segila yg tu..masa dulu kami siap melompat2 lagi..mcm budak terencat pun ada..hehe..tapi mmg betul la ko ckp, tangga dia mencanak. aku rasa klu takde rail besi tu mau tergelungsur. tapi sebab ada rail besi tu dah hilang keasliannya..uhuks




dzuchan,
nape ko takut candi? cer citer skit sejarahnya...

sbnrnya aku pun tak penah smpai lagi candi lembah bujang. pfftt!!

hahahaha..ops!

kat jogja ni byk tempat bersejarah dan mmg kalau ke sini tak pegi Borobudur kiranya mcm pegi KL tak tengok KLCC...gitula perumpamaannya

Biqque December 19, 2011 at 2:47 PM  

patut aku tgk lain bebenor kainnyer, dulu takde kan...

aku dulu buat muka local jer, nasib baik dapat! terus hulur, amik tiket, blah, tanpa berkata apa2 hahaha! prambanan aku gi, tapi masa tu baru nak repair blk, so banyak la ceracak2 sambil bergambar...

kat merapi tu la perkampungan adik iparku nyer bini huhuhuhu!

p/s: awan cantik!

BlueEwoke December 19, 2011 at 2:49 PM  

Pergh..1.5 jam atas motor, memang hazab..

Tapi memang berbaloi, sebab Borobudur memang cun..dan la tu time ko pegi ni langit biru, memang cun la gambornye.. Tapi entrance fee nye US15, memang leh tahan mahal, tp disebabkan bukan nk pegi selalu, aku rase berbaloi la kot..

zany December 19, 2011 at 3:32 PM  

bab-bab sejarah ni makcik pejam mata je, SKIP. Layan gambar sudah. cantikkan Indonesia ni, cuma disebabkan kemiskinan, tak teratur jadinya.

fatt December 19, 2011 at 4:47 PM  

biq,
baru lagi ni, tak silap aku tahun ni jgk. dulu mmg takde, suka hati pakai lagu mana bleh jek lepas

ko mmg, sentiasa bermuka local di mana2...untung betul. adik ipar ko kampung kat sana ke? umah dia selamat?




na,
memang pun. aku dah serik. cukuplah tu...

berbaloi la kot wlpun USD15, angkor aritu pun mahal jgk, tak silap aku USD20, tapiiiii tempat tu besor...yg ni seketul jek, tu yg aku rasa tak adil




kak zany,
itulah, syg sebab negara ni mcm2 hasil sejarah ada cuma tak pasti nape masih tak mampu nak pulihkan taraf sosio-ekonomi rakyat

Biqque December 19, 2011 at 6:39 PM  

bayangkan, aku dapat Rp18,000 instead of USD15...tak ke melompat tu! hahaha!

umah dia selamat, cuma umah kakak dia je tak...tapi tanaman abis la...sian diorang...aku tengah jek pak mentua aku gi next year :D mana tau kot2 dpt pi pree hahaha!

Anash December 19, 2011 at 7:08 PM  

fatt,
akak teringin (semedang aje teringin sana sini..hehe) ke sana juga selepas Angkor Wat (jgan tanya bila...huhu)...
sejarah akak memang tak terre..(malah tak suka..) tapi bila dah digabungkan dengan geografi (which my favourite subject ting 3..) otomatik akak suka..(suka bejalan ekceli-nyer)...
borobodur...another unique ancient buildings..need to see before they disapear from the earth...

fatt December 19, 2011 at 7:33 PM  

biq,
ko punya cerita buat aku teringt masa pes time aku ke sini. masa dapat tiket Rp15,000 tu aku dah terkocoh2 nak melepaskan diri kat gate masuk...hahaha...bila dah lepas mencicit2 jalan tak toleh belakang sebab takut dia perasan. alih2 bila dah naik tangga kwn aku bleh tertinggal kunci motor kat badan motor. bleh??? bengong!

kami tak patah balik. tak koser. mujurlah motornya masih ada kat situ...gile sungguh

kalau ko pegi lagi nti ko try kopi arang tau. aku tgk si Qi minum kopi celup arang panas dlm Destinasi Bajet...




kak anash,
kita sama la kak..zmn skolah dulu pnye la malas nak hafal fakta..hehe...sy lebih pd melihat benda dr membaca. lebih suka pd praktikal drpd teori..tapi klu dibandingkan antara Borobudur & Angkor Wat, rasanya Borobudur lagi terjaga...AW tu byk candi yg dah runtuh. tapi dua2 berbeza..even kat Ayuthayya pun candi nye berbeza...ada peluang akak pegilah. sy teringin nak tgk piramid, aritu terbaca mana tah katanya kedudukan piramid sebenarnya terganjak 3km dari kedudukan asalnya. wah...misteri kan?

Biqque December 19, 2011 at 7:37 PM  

aku pun jalan laju2 fatt! hahahaha!

ala, aku tak minum kopi plak...dia buh arang sebijik cam cite p.ramlee nujum pak belalang tu ke? hahaha!

piramid! aku tingin siut...kalo sampai la, aku takut aku tersembah jer hahahaha buduhhhhh! mesti ternganga2 molot masuk pasir...

Ely Hasrul December 19, 2011 at 7:45 PM  

santeknye! kalu dpt harga local mmg melompat. nmpak gaya aku kena la bwk kawan local gini tp ntah bile ye nk pg haha..

kebas bontot aku baca sejam stgh tuh huyuh!

masMZ December 19, 2011 at 11:23 PM  

Rasanya kat sana (Indon) memang merata dah implement rega local dengan tourist larrr.... Masa pi Tangkuban Perahu (Bandung) dulu pun, supir cakap biar dia yang cakap sebab rega local dengan tourist beza jauh.... mencik kan cam gini!

Kain-kain yang diorang suh pakai bila masuk kuil ni, kalau yang pakai suar/ skirt atas lutut bukan ikat pinggang tapi kena pakai cam kain kan! Kena tutup orat gak

fatt December 20, 2011 at 10:35 AM  

biq,
sampai mulut masuk pasir! hahaha sengal. ntah2 aku pun sama...errr...itu tah bila zmn la pegi tapi klu dapat masuk dlm tu bapok best gile

yg kopi arang tu dia amik arang yg di bakar, dgn kaler merah membara ni terus masuk dlm gelas. membuak2 le air. itu psl aku rasa mcm kekaguman. tingin gak nak cuba...tapi tah bile. aku tgk Qi minum cam rilek jek..wonder jgk apa rasanya




ely,
ko bwk biq, dia slalu dianggap local. luck gile, dahla terer kecek indon...mmg senang. aku ni kdg2 ckp byik indon, lain tu berat ke tahape2. kantoi manjang...iskk

bontot aku bentan cam org baru pas sunat. jalan pun mcm robot ko tau..




masMz,
mcm tak aci la..kat mesia pun tak main usd tau...tu psl aku ckp tk aci!

klu pakai kain labuh tu aku pasan masa kat tmpt tgk kecak dance (uluwatu). tu mmg dia suh sape pakai suar pendek nampak lutut jek...okla. yg ni tah pasti apa simboliknya. dahla borobudur tu tgh2 jalan takde pokok. bapok gile panas

Anash December 20, 2011 at 1:09 PM  

Fatt,
haa?? pyramid kat Giza beranjak 3km? peh..kena kejar tuh...gi cepat sebelum beranjak lagi 3km ...

Janggel December 20, 2011 at 1:26 PM  

ada citer2 mistik ke:???? i like!

AKO @ retna December 20, 2011 at 2:19 PM  

parents ako suka ulang alik gi Indon ni coz arwah abah ako ada keluarga angkat kat sana n arwah plak pernah belajar kat U gadjah mada kat jogja tu, tu yg dia mmg sonok je ulang alik indon ni...

Mmg time ako pergi zaman2 kita sek2 rendah agi erkk mksd ako time ako sek2 rendah la sekitar 80an & 90an .. sebab ako x minat sejarah sangat so ako cam xde la tertarik sgt pasal keunikan candi ni sampai ako tanya kt arwah abah ako, "apsal nak gi tempat 'bodo' ni"? hahaha...

Ye la, orang buta sejarah mmg soklan tu la yg akan kuar.. PEs pegi ok la lagi, bila asek pegi ermm naik buhsan juga la..

Nnt la ako rajin scan gmbr2 ako kat sana dolu, ako share tp giler segan nk tempek gmbr 'muda mudi' ni haha muka decend gitu hahaa...

Pada yg betul2 minat sejarah & geog mmg berbaloi la kot bayar memahal..macam kata Na, pegi jejauh x masuk, rugi gak kan ;) Pengalaman tu penting ..

fatt December 20, 2011 at 9:13 PM  

kak anash,
aah..sy baca dlm web nat geo aritu. ajaib ye. klu dia berganjak takpe lagi...kalau hilang?




janggel,
tah...aku kurang pasti sbb aku takde sensor




ako,
hahaha...tmpt bodo..nama dia pun mcm bleh jadi salah phm sume org kan? sape lagi bagi nama tu gamaknya..iskk

ko dgn biq untung la ada keluarga angkat/tak angkat kat sana..bleh duduk pree...tapi jogja mmg best kan? aku rasa jogja paling best compare dgn tmpt lain dlm indon.

nti ko korek la gmbr2 ko tu..kamera pilem pun apa salahnya. dpt tgk gmbr dolu2 layan gak..

ye, betul tu, gi jejauh tak masuk rugi. sbb tu aku pejam je mata wlpun usd15...gulp!

Lily Riani December 21, 2011 at 12:42 AM  

i purposely ambek sunrise tour for borobudur. cantek giler... very mystical. i blog about it rasanye.

NITA December 21, 2011 at 7:16 AM  

tapak2 warisan sejarah macam ni never stopped to amaze me.

Mmg gabra la waktu nak beli tiket lokal. Nasib baik hubby mmg muka lokal (ni ramai yg cakap, macam muka abg depa la, cousin la, kawan la hihihikkk).

So berguna gak la laki ku walau pun 'terpaksa' bertravel ahha.

Kat prambanan as a breeze je dpt locak rate, yg penting konfiden. Kat borobodur, dah beli tiket, masa nak masuk lalu palang, guard tu cakap "bisa liat tas-nya buk" Terpaksa buat2 kool walhal terketar2 masa nak bukak beg takut kantoi nampak paspot.

Pas tu kena marah dgn hubby sebab aku tak pandai berlakon katanya. Alhamdulillah semua ok.

Hahahhaha mmg hebat panjat stupa area yg ditutup --- i wish i did that too :P

Biqque December 21, 2011 at 11:38 AM  

masa aku gi sana tak tau menahu lagi pasal keluarga besan tu :) tak penah pi dan tak penah jumpa pong, hahaha!

fatt December 21, 2011 at 2:06 PM  

lily,
u amik dgn manohara hotel ke? i ada tanya aritu & dorg quote harga tu...a bit expensive & out of my budget. so i skipped




nita,
prambanan nice kan? candi2 dia kecik2 mcm kat Angkor Wat. i sempat la merasa masuk situ dulu (2009). masa tu pun byk yg dah runtuh sebab ada earthquake masa tu...tapi dorg cepat2 jgk buat restoration..cuma syg, byk yg runtuh & yg tinggal cuma 3 rasanya

u pun dpt masuk as local? hehe..muka kita dgn dorg tak jauh beza..tp dressing mgkin senang nak detect. yup, i panjat platform tu, wlpun tinggi tp sebab dah byr mahal i kena panjat...hehehe




biq,
kalau ko pegi sana lagi jgn lupa bedal buah salak byk2...aku rasa salak kat sana sedap2. klu ko pegi duduk umah dorg kat area gunung tu mesti sedap sbb sejuk gila

Nowwa Fitri December 21, 2011 at 4:51 PM  

Oooo..baru tau dia selari....

Fatt aku la yang tertewas tak dapat trofi tu.Aku beli gak kasut, RM10.Hahahahah

Lily Riani December 21, 2011 at 11:06 PM  

sunrise must masuk via the hotel, not an option. mahai sket but worthwhile. i dont want to do the norms i figure, after reading few reviews, sunrise was worthwhile for me i guess. but this is very much individual i suppose.

NITA December 22, 2011 at 1:15 PM  

yes, prambanan is really nice. Tapi aku tak pegi tgk ramayana show mlm2 tu, sebab masa tak cukup.

Muka lokal.. hahaha.. bisa diatur :P

Biqque December 23, 2011 at 9:12 AM  

haah, aku ada try buah salak kat sana, aku mmg suka buah salak, sedap!

nak tido sana tu aku rasa tak dapat la aku rasa...mau nyer mak pak mentua aku tu nak tido umah orang...umah aku pun baru dua kali! hahaha!

gadisBunga December 23, 2011 at 9:48 AM  

mahalnya rege sunrise ek. rege mcm tu patut kene tunggu dari matahari naik sampai terbenam balik tuh. pastu tunggu sampai sunrise besok baru balik!

eh, aku pulak yg terlabih hangin. hihi~

*

aku nak mention pasal ko dlm entri aku nanti. ada kaitan dgn fotografi. buleh?

AieSha December 23, 2011 at 6:45 PM  

hari tu pun kitorang tak ke prambanan, nak save cost. huh..

fatt January 5, 2012 at 5:52 PM  

nowwa,
kasut mende yg ko beli bapok punye mahai??




lily,
indeed, very much individual. but i guess you must be enjoying the tour very much. i like sunrise tour too but diff kind of tour like from top of mountain or something. the only sunrise tour i joined was Bromo but not so lucky coz we couldnt see the sun as the ashes from the mountain was too thick




nita,
aku ada tgk clips ramayana show dlm destinasi bajet..nampak cam menarik :)




biq,
betul. ramai org kata buah salak indon sedap. aku syak dia jadi sedap sbb tanah sana subur dek lava gng berapi




gb,
aku pun rasa begitu tapi aku agak cuak sbb tempat ni dah beratus2 tahun, kang kena jerkah memalam buta bleh pengsan dibuatnye..hehehe

ko nak mention aku psl fotografi? ai malunya...gmbr aku tahape2 la gb :P




aiesha,
aku pegi prambanan masa 1st time dulu je, itupun sbb dpt harga local. gile arr mahal...aku rasa nak nanges T__T

Nowwa Fitri January 5, 2012 at 6:17 PM  

Mahal eh 10 hengget?Leather tu yang dia jahit tangan..aku tengok cantik je...hahhaha

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP