Trans Java : Jogja - Part 16

December 24, 2011

Sambungan dari Part 15.


Hari Kesembilan : 30 Mac 2011

Dari Candi Borobudur kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Gunung Merapi. Oleh kerana peta tak lengkap so terpaksalah berenti banyak kali sebab nak tanya orang arah ke sini. Memula tu ada juga rasa nak give-up lagi-lagi bila langit macam nak hujan tapi disebabkan kami dah let go Candi Prambanan so nak taknak mesti pegi jugak.

Setelah mengeraskan bontot selama sejam akhirnya berjaya jugak kami sampai. Tempat ni terletak di wilayah Cangkringan dan nama kampung yang dimaksudkan ialah Kampung Kinahrejo. Seperti biasa ada pondok tol di kaki bukit dan bayaran masuk bagi sebiji motor ialah Rp2,000 dan Rp3,000 bagi setiap pengunjung.

Selepas melepasi pondok tol terasa macam masuk ke dunia lain. Kesan kemusnahan masih jelas kelihatan terutamanya kesan terbakar pada pokok-pokok dan rumah-rumah. Kabus tebal dan persekitaran yang muram menambahkan lagi perasaan seram. Disebabkan jarak penglihatan yang terhad maka kami terpaksa bawak slow-slow sebelum sampai ke kawasan parking 10 minit kemudian.



Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa aku bersungguh-sungguh nak ke sini? Pertama sebab kat Malaysia takde gunung berapi. Kedua sebab aku nak tengok dengan mata kepala sendiri bencana gunung berapi dan ketiga ialah sebab aku nak menginsafkan diri. Amacam, cukup tak sebab-sebab tu?

Bila tengok tempat ni otomatik aku terbayangkan keadaan pada hari kiamat. Pada pendapat aku pendedahan sebegini bagus untuk mengingatkan kita supaya jangan terlalu mengejar dunia sampai terlupa perkara yang wajib kita kejar. Err, macam setazah pulak, tapi betul kan?




Kalau tengok dalam gambar waktu ni rumput dah mula tumbuh, itupun 4-5 bulan selepas letusan yang terakhir. Tak silap aku sekarang ni dah makin cantik dan terjaga. Tanah-tanah hitam yang melitupi jalan dan sebahagian besar kawasan dalam gambar ni adalah debu yang dimuntahkan oleh Gunung Merapi.



Gunung Merapi adalah salah satu di antara rangkaian gunung berapi yang aktif di kepulauan Jawa dan ini bukanlah kali pertama ia meletus. Difahamkan ia telah meletus lebih daripada 68 kali dan pada 26 Oktober 2010 berlaku letusan besar yang telah meragut sebanyak 43 nyawa. Selepas letusan yang terbesar itu berlaku beberapa lagi siri letusan kecil sehingga bulan November tahun yang sama.

Beza di antara tarikh letusan terakhir hingga tarikh aku ke sini ada lebih kurang 4-5 bulan. Masa ni keadaan masih belum pulih sepenuhnya dan disebabkan itulah aku berpeluang melihat kesan-kesan "segar" kemusnahan berbanding pengunjung yang datang pada waktu sekarang.

Gambar dibawah menunjukkan jeep/van terakhir yang datang untuk memindahkan penduduk kampung termasuk Mbah Maridjan. Aku pasti ada yang tertanya-tanya siapakah dia Mbah Maridjan, kan?

Mbah Maridjan adalah merupakan orang yang diamanahkan untuk menjaga Gunung Merapi atau dipanggil sebagai juru kunci. Aku cuba mencari maksud "juru kunci" yang sebenarnya tapi keluar berbagai jawapan dan salah satunya mengatakan ia bermaksud penjaga gunung dan tak kurang juga sebagai juru kunci keraton (istana) bagi satu upacara di Gunung Merapi. Tapi menurut info yang terdapat dalam Wikipedia pula begini,

"Juru kunci Merapi adalah seorang abdi dalam Keraton Yogyakarta yang ditunjuk langsung oleh Sultan Kasultanan Yogyakarta untuk menjadi juru kunci di wilayah Gunung Merapi"

Mbah Maridjan telah menjadi juru kunci Gunung Merapi sejak kematian ayahnya dan beliau telah diamanahkan oleh Sultan Hamengkubowono X untuk menggantikan tempat ayahnya. Ada yang mengatakan gaji yang diterima oleh beliau cuma Rp5,600 sebulan dan ada juga yang mengatakan Rp10,000 sebulan, iaitu lebih kurang RM2-RM4 sebulan dan jumlah ini cukup kecil jika dibandingkan dengan ketaatan beliau menjaga amanah sultan.

Dikhabarkan juga sehingga ke detik terakhir di mana sebuah jeep (seperti dalam gambar di bawah) telah naik untuk menjemput beliau tapi disebabkan taat kepada perintah sultan, beliau telah memilih untuk tinggal.



Sebelum aku sambung cerita pasal Mbah Maridjan kita sambung dulu travelog.

Selepas meletakkan motor kami ditanya sama ada nak pakai guide untuk ke tapak rumah Mbah Maridjan tapi terpaksa kami tolak memandangkan bajet yang semput. Tak silap aku upah guide lebih kurang Rp35,000-Rp50,000 (tak silap aku le, dah lupa). Oleh sebab kami tak amik guide jadi kami pun memandai-mandai. Sebelum bertolak kami diingatkan supaya berpatah semula jika hujan sebab difahamkan air hujan akan membawa batu-batuan besar dari atas gunung turun ke bawah.

Sumpah penat naik gunung, aku tak tipu! Oleh kerana semput jadi kami berjalan secara berundur dengan harapan dapat mengurangkan tekanan dan geseran. Jarak penglihatan pada waktu ni memang teruk, lebih kurang 2-3 meter. Disebabkan kengkawan slow jadi aku terpaksa tinggalkan dorang sebab nak cover tempat ni sebelum hujan.

Berjalan dalam kabus yang tebal di tempat sebegini adalah satu pengalaman yang takkan aku lupakan. Aku tak pasti dari mana keberanian tu datang tapi yang pastinya perasaan aku berkecamuk di antara takut dan teruja. Setelah melalui kawasan lembah akhirnya aku berdiri di hadapan tapak rumah Mbah Maridjan. Kabus pada waktu ni memang tebal. Dalam seminit aku boleh nampak pondok kat tengah-tengah tapak rumah tapi seminit kemudian aku tak nampak, walhal jarak aku dengan pondok tu lebih kurang 1-2 depa.



Berbalik semula pada cerita Mbah Maridjan. Seperti yang kita nampak dalam gambar ni rumahnya dah takde, yang tinggal cuma tapaknya. Aku difahamkan kawasan ini telah dibersihkan dan kalau kita tengok dalam gambar ni ada 1 pondok kecil. Dibawah pondok kecil ini ada 2 ketul batu yang seakan-akan batu nisan. Aku kurang pasti apakah beliau telah dikebumikan di sini atau sebaliknya, wallaualam.

Ok, ini bahagian yang menjadi kontroversi. Aku dengar banyak versi berkaitan cerita Mbah Maridjan tapi aku tak berani untuk menyokong mana-mana cerita sebab aku pun tak pasti akan kebenarannya. Difahamkan pada hari di mana Gunung Merapi meletus, sultan telah mengeluarkan arahan supaya penduduk kampung mengosongkan tempat ini termasuklah Mbah Maridjan. Sultan telah mengarahkan beberapa orang untuk pergi ke sini dan menjemput Mbah Maridjan turun tetapi beliau degil dan tak percaya yang sultan bagi arahan tu. Difahamkan juga ada beberapa orang pengikut Mbah Maridjan yang sama degil taknak turun sebab dorang percaya ramalan beliau yang kampung ini akan terselamat dari terkena lava gunung berapi.

Aku dimaklumkan ada satu gunung kecik di belakang kampung ni dan mengikut firasat beliau lava gunung berapi tu takkan melalui kampung tapi silap besar le sebab lava ni kan bersifat mengalir dan ia akan bergerak memenuhi ruang. So teori beliau salah dan akhirnya memakan diri.

Ketika ditemui mayat beliau dalam keadaan bersujud di ruang dapur dan difahamkan semasa kejadian berlaku beliau sedang solat. Aku pun tak boleh nak pastikan sama ada ini posisi solat ataupun posisi melindungi diri, wallahualam.


[sumber] aku pun ngeri tengok gambar ni


Tapi yang pastinya kejadian ini boleh dielakkan kalau memasing berpindah sejak dari amaran pertama. Siapa yang mampu melawan awan panas yang suhunya mencecah 600 darjah Celcius. Ko mampu?

Kesemua cerita kontroversi tu aku dapat dari hasil berborak dengan pengawal-pengawal yang menjaga tempat ni. Kesahihan fakta tak dapat dipastikan tapi kalau gugle memang banyak versi yang boleh kita baca. Jika berminat untuk tau lebih lanjut pasal Mbah Maridjan boleh baca kat sini dan sini.

Sambung lagi.

Tak jauh dari situ ada sebuah surau tapi malangnya hanya tapak surau yang masih tinggal sebab bahagian lainnya telah musnah. Aku pergi ke situ dan kelihatan beberapa orang sedang solat. Aku tak pasti solat apa, boleh jadi solat sunat, wallahualam. Di luar surau pula terdapat deretan gambar yang menceritakan keadaan Kampung Kinahrejo sebelum dan selepas bencana.



Aku kembali semula ke tapak rumah Mbah Maridjan dan waktu ini barulah kengkawan yang lain sampai. Kabus semakin tebal dan guide yang menjaga tempat ni menyuruh kesemua pelawat beredar sebab hujan dah mula turun.




Bila sampai di pondok Information Centere aku berbual sekejap dengan pengawal-pengawal di situ dan menurut mereka bila hujan turun tempat ini akan dikosongkan. Alasannya sebab air hujan akan membawa bersama batu-batu besar dari atas gunung turun ke bawah. Mata aku tertangkap pada satu objek di atas meja yang berfungsi mengesan gegaran dan fokus aku terganggu bila alat tu tak berhenti-henti mengeluarkan bunyi. Tanpa membuang masa kami pun beredar dengan hati yang berat dan sarat. Walaupun sekejap tapi pengalaman ini amat berharga.




Kami memecut semahu-mahunya sehingga melepasi pondok tol. Setelah betul-betul yakin berada di zon selamat barulah hati terasa lega. Kali ni aku betul-betul puas hati sebab tak sia-sia bersakit bontot berjam-jam ke sini. Istimewanya trip ni ialah aku dapat tengok 2 gunung berapi sekaligus iaitu Gunung Bromo dan Gunung Merapi dan peluang ini pastinya lain daripada yang lain.

Kami berhenti sekejap di sebuah pondok di tepi jalan untuk membeli buah salak. Oh ye, kalau nak tau kawasan ni memang terkenal dengan penanaman salak secara meluas. Buah salak yang kami beli memang manis dan sudahnya kami kenduri salak di atas motor sampai ke Jogja.

Bila sampai di Jogja kami terus ke Jalan Malioboro. Memandangkan ini merupakan malam terakhir di sini jadi kami plan nak beli souvenir untuk dibawa balik. Ada bermacam-macam bentuk souvenir yang dijual di sepanjang Jalan Malioboro seperti t-shirt, seluar batik, keychain, songkok jawa dan sebagainya. Harga yang ditawarkan pun munasabah. Contohnya sehelai t-shirt bermula dari Rp25,000, material yang digunakan terbaik dan designnya pun menarik.

Selesai memborong kami pegi ke lesehan untuk makan malam dan selepas itu kembali ke guesthouse memandangkan pagi esok kami akan balik ke Kolumpo.


**aku penah buat teaser untuk cerita ni dulu dan itu sebabnya sesetengah orang rasa macam penah baca entry ni. hehe. sori!


bersambung....
.

40 comments:

Ninie Hanis December 24, 2011 at 7:13 AM  

Macam pernah baca entry ni..hehe,repeat trip ek?aku pun ngeri doh tgk gambo mbah tu.. :o

byk lagi cerita travel ko blom hapdet..sila hapdet cepat! hehe..

dzuchan December 24, 2011 at 7:14 AM  

menarik gilassss...beb. kinahrejo tu ape?
peh, kali ni aku rasa mcm aku da ada kt merapi tu sbb bacakarangan ko..

aku p keja dulu, ptg kang aku smbg gebang balik hahaha

NITA December 24, 2011 at 9:41 AM  

experience yg sgt mengujakan! I went to merapi in april this year.. dah tak seteruk cam dalam gambar2 kau ni.

Kat situ mmg tak dapat elak bayangkan lava yg panas mengalir turun dr gunung.. the thought is scary enough!

Pengalaman yg tak boleh kutip kat malaysia.

Biqque December 24, 2011 at 10:01 AM  

first of all, aku suka part ni sebab aku tak penah lagi tengok tempat kejadian dan gambar2 yg ko letak ni kat mana2, amatlah membantu aku mengimaginekan tempat tu...syabbassss! aku agak terkesima dengan kabus2 tu mcm uish, dalam game silent hill plak!

sungguh menakutkan bila tengok keadaan sekeliling kan? gile lah...aku terbayang camne la kalo aku yang jadi diorang, nak pindah, takde duit, tak pindah, mati...haih...

ok, pasal mbah maridjan ni aku penah buat entry dulu. bg aku, sehebat mana pun ko tukang kunci ke taat ngan sultan ke, konon dgn adanya dia, merapi takkan meletus, yg MAHA SATU tu lagi tau apa yg dia nak...betul atau tak, baik atau buruk, banyak versi, TAPI, kalo dah tau bahaya tu, blah je la kan...itu bukan mati syahid namanya pakcik :) adik ipar aku pun cakap, sana sume islam, tapi islam cara camtu la, percaya benda2 camni. wallahualam.

malioboro tu mmg aku sopping sakan sbb murah! aku beli keychain berlonggok utk opismate, t-shirt ngan batik utk family. patu makan es teler tepi jalan, nyum2!

Ely Hasrul December 24, 2011 at 11:00 AM  

nk masuk tu kan dari jauh dh nampak kabus cm cite fog plak.. kire kalu masuk xtentu nk selamat hehe

besh tmpt nih! paling besh part buah salak tuh la.. err hehehehe

kemang~ December 24, 2011 at 11:18 AM  

mak oi...best nye aku baca citer mbah ni..choppp yg sujud tu mmg mayat die eh? ke replika je?? aikkk....

pastu, yg putih2 tu debu ke? kuat betol debu die kat sane..

mbah ni taat gila org nye.. setia dgn perintah sultan..

fatt December 24, 2011 at 12:42 PM  

ninie,
hahaha....siot jek. aku mmg byk entry tertunggak. pas habis citer ni aku sambung yg lain :P

owh yg tu mmg ko penah baca tapi masa tu aku buat teaser. tempat ni baru 1st time aku pegi (i mean kg kinahrejo ni la)

ni link dia
http://backpackerbusuk.blogspot.com/2011/04/ive-seen-more-than-my-eyes-could.html




dzuchan,
kinahrejo tu kampung. karangan ni 2malam aku cuba habiskan ok, harap memenuhi piawaian kertas SPM Bahasa melayu. hahaha

ko kerja arini? semoga bertabah




nita,
yup, pglmn yg one of the kind.

wait, u pegi in april? sama la beb. but how come diff eh? masa i pegi ni tmpt ni mcm ni la..agak horror..yg ada cuma temporary building aka rumah nipah ni.

gmbr2 skrg dah totally lain...even jeep tu pun dah berubah tempat, dah byk pokok...dah cantik dah pun mcm tmpt wisata

fatt December 24, 2011 at 1:09 PM  

biq,
game silent hill? kan..tetiba dari celah mana kuar zombie. mau tak cuak. aku pun sama cuak masa ni ko tau..takut gak kuar mende2 pelik dahla kat kiri kanan jalan ke sini hutan

nasibla mesia ni takde gunung berapi, kalau tak aku dah cuak sbb dr umah aku bleh nampak bkt larut...terang & nyata plak tu

weh kongsi le dgn aku link entry psl Mbah Maridjan yg ko taip tu...aku nak baca. plis! and yes, apa yg ko komen psl beliau mmg sama mcm apa yg aku dgr aritu...dorg ckp dia ni mcm puja2 gunung...err, wallahualam. takut gak nak tuduh sebarang tp klu dah local pun ckp gitu so boleh jadi la jgk, ye tak?

share ye link tu. TQ




ely,
aku mcm penah tgk citer yg masuk dlm fog terus sesat..cerita apa tu ye...citer omputih yg pastinya. heh buah salak tu mmg manis...sampai skrg aku terbayang2




kemang,
yup, yg sujud tu dia la...bkn replika ye. ini mmg benar2 manusia, bkn patung. hehehe. yg putih2 tu kabus, bkn debu

kemang~ December 24, 2011 at 1:32 PM  

oo gitu..means,dlm kubur yg bwh pondok tu, xde mayat die la kan since yg sujud tu die..haaa mayat sape die kambus tu? hihi..

aku suke explore bab sjarah ni..adoi pdhl sjrh lingkup mase spm..

fatt December 24, 2011 at 1:49 PM  

kemang,
apa kata ko kaji plak utk aku. pastu share findings ko, bleh? hehe

logiknya gambar tu amik pas kejadian..bila? baca balik..aku pi bln april 2011...aku rasa sbb tu sejarah ko lingkup. haha

Biqque December 24, 2011 at 2:33 PM  

itu zombie, kalo balik ko jadi mutant sbb debu tu haaaaaa...

umah ko dekat bkt larut ke? seb beik umah aku kat simpang, jauh skit! hahaha!

ni ha fatt, a simple one...

http://biqque.blogspot.com/2010/10/bencana-di-indonesia.html

fatt December 24, 2011 at 2:57 PM  

biq,
link ko aku dah terjah tapi aku rasa geram sbb encik fauzan yg mcm terer sejarah gunung merapi tu tak sambung pulak komennya

umah aku ni nak kata dekat tu takla jgk tapi dr halaman rumah aku bleh nampak bukit larut sebijik2...kalau mesia ni turun salji aku syak mesti cantik

aku rela jadi mutan dr jadi zombie. sbb aku rasa zombie tu busuk...err?!

Biqque December 24, 2011 at 3:29 PM  

ha aku tunggu gak dia dtg komen pasal mbah maridjan, tak dtg2 dah hahaha!

uish kalo mesia turun salji, harus aku nganga je dari laman rumah hahaha!

mutant yg ada superpower aku pun nak! haah, zombie busuk la kot tgk muka buruk memanjang hahaha!

Daddy Ziyyad December 24, 2011 at 9:01 PM  

kuat lagi tak bau sulphur kat kampung tu? saya teringin nak ke kawasan volcano macam ni, cuma kena timing masa, sebab sekarang tak sesuai pergi bawak budak kecik! hehehe..so my advise, u jelajah puas2 tempat yg adventerous/risky masa tgh solo ni..hehehe

Janggel December 24, 2011 at 10:54 PM  

Selain gunung berapi, aku macam nak terai berada di situiasi gempa bumi. Haish macamanala agaknya kalau aku ada kat keadaan tu... *sangat bersyukur kat Malaysia takda bencana2 sebegitu. Lepas tu mesti terus insaf.

Janggel December 24, 2011 at 10:55 PM  

Selain gunung berapi, aku macam nak terai berada di situiasi gempa bumi. Haish macamanala agaknya kalau aku ada kat keadaan tu... *sangat bersyukur kat Malaysia takda bencana2 sebegitu. Lepas tu mesti terus insaf.

Janggel December 24, 2011 at 10:58 PM  

Itu pon kalo terselamat...kalo mati tak sempat bertaubat lagi la kesal.. Nauzubillah.

*haish apa yg aku cuba maksudkan ni? Ntah le...

NITA December 24, 2011 at 11:17 PM  

Oh baru cek, aku gi kinahrejo/ merapi pada 2 May 2011. Aku dok ingat April sebab kami bertolak ke solo/jogja pada 28 April.

Kau gi awal april ek, masa aku pegi tu dah clear sikit la.. dah menghijau sesikit.. dan tak de kabus.

Dari kaki gunung boleh nampak tapak rumah mbah dgn jelas, tapi kami merayau sekitar situ je, tak gi atas, jalan dekat2 sebab dah petang.

bdk2 @ John December 25, 2011 at 2:25 AM  

first of all, hi!

mcm aku dh penah bc entry psl entry ni. tp bila bc komen..mmg btol la.tp yg tu pendek je. ni versi complete.

mbah maridjan yg tgh sujud tu mne ko amek? pegi hospital tgk or dorang mmg bukak utk org ramai tgk?

time tu sejuk tak, since mmg tebal sungguh kabus tu. insaf sungguh tgk..ibarat baru diserang garuda. alhamdulillah malaysia xde gunung berapi, tp tsunami dan gempa bila2 masa boleh kene wlpn risiko x tggi. tp zaman skung..wallahualam.

luddin December 25, 2011 at 3:06 AM  

Blogwalking....Fatt....agree with u on buah salak....salak malaysia rasanya kelat....tapi salak jogjakarta rasanya manis....pakai baja gunung merapi/berapi kot...

fatt December 26, 2011 at 2:03 AM  

biq,
gegar je mamat tu. walhal nak promote bisnes dia. toya mat abas sunggoh!




dz,
bau sulphur dah kurang masa ni...tapi still bau..melekat kat baju la skit2. dz, klu nak pi...sy suggest ke Mt Bromo...sy nak ulang balik sbb haritu pegi dia meletus, kali ni nak tgk dlm keadaaan tenang plak.

Insya Allah selagi diberi kudrat & kemampuan sy akan pegi tmpt mencabar ni...darah muda masih panas..elokla tu. hehehe




janggel,
situasi gng berapi?? ko jgn...cuak tu. aku dgr bunyi guruh dia pun dah cukup cuak..ala2 mcm LOTR rasanya. siyes bunyiknya keras..cam bunyik kilat pun ada.




nita,
aku rasa masa aku pi tu hari nak hujan..itu pasal dia kabus melampau. tapi rasa takut kan? aku ni inilah experience yg paling best aku penah rasa apart from Mt Bromo...klu ko dgr bunyi Mt Bromo "batuk", sure kecut perut




john,
hai john! aku takut nak tegur ko sbnrnya...anyway, thank u for dropping by :)

aah, aku penah tulis dulu, tapi teaser. gmbr mayat tu aku amik kat website org..aku tak sanggup la nak tgk even klu dia display...haha..semacam je aku tgk..aku rasa dah kebumi la kot. wallahualam

cuaca ada sejuk + panas sbb ada awan panas. certain area ko bleh rasa awan panas ni..mcm berwap skit..tu jelah. overall nice experience, buat kita lebih hargai apa yg kita ada




luddin,
thanks. rasanya betul. tanaman kat sini sume subur sbb baja gunung berapi...hehe...mcm scary plak kalau difikirkan. sistem barter. get what i mean?

Ikah December 26, 2011 at 1:54 PM  

byk sungguh info cik fatt..bagus utk travellers. Ada rezeki nak pegi lah jogja

~uG0giRL~ December 26, 2011 at 2:39 PM  

naik gunung/bukit sambil mengundur xpenat ek? nape korang xnaik moto je? cam spooky tempat tu weh. sye xmo pegi, tengok gambar ko dah cukup.

Biqque December 26, 2011 at 3:25 PM  

nanti2 aku gegarkan dia hahaha!

akhirnya! aku dah letak gambar2 kat entry jogja aku :D

http://biqque.blogspot.com/search/label/*indonesia-jogjakarta

gigih tau...

masMZ December 26, 2011 at 8:14 PM  

Fatt,

Jadi sebenarnya yang ala-ala berkabut tu awan panaskah?? terkandung debu kah????

BlueEwoke December 27, 2011 at 9:02 AM  

Menarik entry kali ni. Takde lg org pegi sini setakat ni hihihi..Dan aku tengah terpikir cam mana ko jalan mengundur..

Loyal betul mbah maridjan tu, sanggup tunggu kat situ semata2 ikut perintah sultan, kalau aku confirm aku org first cabut dari situ hahahaha..

Weh, ada project baik Feb tahun depan, ko join tak? jom la ramai2 hahahaha

~mrs azmi~ December 27, 2011 at 12:25 PM  

waktu merapi meletus aku ada kat bandung. 23- 27okt 2010 masa tu tour guide pun cakap bersiap sedia sebab bacaan untuk tangkuban perahu pun tak stabil. walaupun jauh dari merapi tapi still rasa cuak jugak.. hihi maklumla terfikir kat tempat orang, kalau tetiba tangkuban tu meletup??

dapatla tengok live kat tv time evakuasi mbah marijan tu dijumpai dan dikeluarkan.

Anash December 27, 2011 at 1:20 PM  

Fatt,
akak tak gigih nak ke sana...
so entry nih help a lot ...
dan
insafkan diri jua kekdahnyer...
(terus gi surau nak solat zohor...)

gadisBunga December 27, 2011 at 1:58 PM  

punye lah lama baru sambung! hahaha!!!

takpe babe, asalkan sambung.

sedih jugak baca pasal mbah maridjan tu (walaupun frankly i have no idea who is he). tapi pengajarannya adalah, kalau ye pun nak berserah kepada takdir Allah atau yakin Allah akan selamatkan, kene la berusaha dulu. lepas tu baru tawakkal.

Azian Elias December 27, 2011 at 9:17 PM  

INNALILAH..begini keadaan nya ye.. tpi terasa sejuk nya tuu..

MasZuber December 27, 2011 at 9:31 PM  

lava tue memang panas, aku pon tak sure macammana segelintir dari diorang nie bole terpikir bole escape dari lava yang byk cam ari tue punye kes..

nways, rindu baca balik blog ko :)

Tukang Campak December 29, 2011 at 11:26 AM  

bloghopping dr blog ninie :) entry yg just in time sbb Yogya is in my travel list. Dok ushar2 tmpt nak tgk sesuai ke tak nak heret kanak2 riang.

lgpun teringat masa sembang dgn supir kat Bali 2 weeks ago, diorg ckp masa 1st Merapi meletus, lava tak kena rumah mbah maridjan, so diorg mcm yakin mbah ni mcm 'dilindungi'. Bila 2nd time meletus, he insisted to stay sbb dia kan penjaga gunung & yakin lava tak kena rumah dia mcm 1st time tu. Bukan mbah aja yang mati, few people inc. reporters yg percaya lava akan 'mengelak' rumah mbah. Gitulah ceritanya. kalau supir tu tipu maka tipulah saya hehe :)

-kakzie-

fatt December 30, 2011 at 2:46 AM  

ikah,
sama2..tiket ke jogja tgh sale skrg. rembat jgn tak rembat! hehe




ugogirl,
moto kena tinggal kat parking so sbb tu kami jalan. ikutkan tak jauh tapi sebab kena menapak itu yg penat. jalan reverse tak penat le, cuba la! haha...ada cam set pilem tak byk2 kabus ni? hehehe




biq,
ko memang gigih. aku penah baca dulu citer krabi ko...mcm ketapi siot ko tulis. eceh aku ni sama 2x5 je pun sbnrnya..ekeke




ainul,
pompei tu berkabus2 gini ke?




masMz,
tak panas pun..tu kabus...sejuk jgk tp ada certain area yg mcm berwap panas. debu takde




na,
jln berundur ni sbnrnya teknik taknak semput. curam nak dekat 30darjah mendaki, lotih. dahle aku ni tak athletic..haha

kannn..klu aku le mmg aku dah lari. tak koser aku nak menunggu lagi. sah2 tak selamat...

ps : projek tu aku takleh join, dah ada agenda




mrs.azmi,
tangkuban perahu tu aktif lagi ke? aku tgk ada asap2 kuar tapi tak mustahil dia bleh meletup kan? masa meletup tu bandung kena kabut jgk ke?




kak anash,
tahun depan apa plak ye kak. tahun ni je mcm2 jadi. dgn gempa buminye la, tsunami nye la..meletop sana sini la...nauzubillah. jom kita tambah amalan




gb,
alamak malu ai :P

punye lama kan...bersawang aku ni..hehe..

beliau ni penjaga gunung tapi setia tak tentu pasal. kalau dia selamatkan diri aku rasa mgkin dia masih hidup lagi sekarang....hurm...




azian elias,
semua rasa dlm 1. sejuk, panas, takut, insaf




maszuber,
uiiittt lama ko menyepi. pegi mana? ko merajuk dgn sape? kami rindu kat ko tau :)

iskkk..beratus2 celcius tu aku pun takleh imagine. camne la kan api neraka..wallahualam. yg pastinya menakutkan




kakzie,
yup, sy pun dgr jgk cerita ni. masa 1st letupan tak kena, sbb tu dia rasa 2nd punya tak kena tapi dia tersilap..yg mati tu katanya pengikut dia.

pd sy Jogja lebih seronok berbanding Bali, mgkin sbb sy suka history & ruins..tapi utk budak2 kecik rasanya ok je, bleh jadikan sbg exposure pd dorang. klu pegi melawat tapak warisan UNESCO tu rasa best sgt, worth it :)

MasZuber December 31, 2011 at 4:55 PM  

aku rindu gak ngan geng travelholic nehhhh! adoi..banyak bende aku terlepas citer korang.siap korang aku serbu rumah memasing lepas neh!

fatt January 5, 2012 at 5:42 PM  

masZuber,
itulah..lama sgt ko mghilang bawak diri. terjah jgn tak terjah!

Rozax Aniey September 12, 2012 at 11:12 AM  

Salam Fatt,

InsyaALLAH,esok sy akan ke Jogja. sy dah study travelog awak ni banyak kali sbg panduan..hehe. Thanks 4 d tips k! mintak halal... :)

Fatt September 12, 2012 at 12:22 PM  

Wsalam Rozax,

wah bestnye...pegi mana lagi? sampai ke Surabaya tak? semoga berjaya...dont worry, halalan toiyiba =)

bon voyage!

Rozax Aniey September 12, 2012 at 12:26 PM  


Fatt,
xsampai surabaya. 4 hari je, tour jogja jela..plan nak naik motor mcm awak je,sbb pergi berdua dgn kwn je, tapi, bila bgtau org lain,yg kami plan naik motor,sume xbagi...ckp bahaya la,tempat org la..tp, bg sy,nila masanya nak explore sendiri tempat org kan? so far, ok je kan? xde masalah kan? map sume dah di google, tinggal nak redah je ni...hehehe

Fatt September 12, 2012 at 7:23 PM  

Rozax,

Hahaha...biasala tu. orang akan kondem dulu sblm tgk result. kalau asik layankan "ini takleh, itu takleh" mmg kelaut la angan2 kita.

don't let these people steal ur dreams!

sy dah pusing indon few times dgn moto...so far ok...org sini bwk moto lagi berhemah dr Msian..honestly speaking.

kalau sesat tanya org, dats the solution. tapi signboard kat sana agak accurate so takyah risau =)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP