Hyden : Wave Rock (Part 2)

January 29, 2011


Sambungan dari Hyden : Wave Rock (Part 1)


Setibanya di kawasan parking ada 2-3 bijik kereta dan minibus. Tiada bayaran masuk dikenakan untuk tengok Wave Rock sebab ia terletak di kawasan terbuka, cuma perlu bayar parking ticket kat machine. Parking untuk sebijik kereta cuma $7 per entry (sediakan syiling secukupnya). Walaupun takde sape yang jaga mesin tiket tapi bayar jela. Masa ni le nak uji tahap kejujuran diri memasing. Walaupun orang tak nampak dan tak tau, tapi Allah tau. Huhuhu~

Sebelum memulakan langkah ke Wave Rock, boleh tengok dulu peta Wave Rock Walk Circuit ni kot-kot rasa nak cuba sebab walk circuit ni tak jauh sangat, dalam 2.2 batu atau lebih kurang 40 minit berjalan kaki tanpa henti atau sejam setengah untuk jenis santai.


Wave Rock Walk Circuit
(click to enlarge)


Ada satu laluan khas yang dibuat merentasi hutan kecil yang jarang-jarang pokoknya. Waktu ni dugaan lalat masih tak berpenghujung. Aku dah penat nak halau jadi aku pasrah walaupun menerima serangan bertubi-tubi dari semua sudut....memang sirap dibuatnya. Aku rasa time lain takde kot lalat ni, mungkin musim aku datang tengah musim dia bermaharajalela, jadi kalau boleh...elakkan dari datang waktu musim panas & spring kalau taknak diserang lalat. 


laluan kecil ke Wave Rock


Setibanya di depan Wave Rock secara otomatik aku berkata, "Ler...ni ke menatang Wave Rock nyer?!". Honestly aku sedikit frust sebab ku harapkan si gajah bunting rupanya si semut api. Maksud aku, aku pikir Wave Rock ni punya la besar dan massive, tapi rupanya pendek je...dalam 110 meter panjang. Punya la jauh memandu sebab nak tengok.....b a t u! Uhuk Uhuk~  T____T 

Tapi takpe aku puas hati gak, at least aku dah tengok. Kalau tak tengok selagi tu orang cakap tak puas hati, betul kan? Korang yang baca entry ni jangan la pulak terus conclude Wave Rock ni hampeh, mungkin pada aku agak sikit kecewa sebab aku expect dia gah seperti yang aku baca dalam internet, tapi rupanya tak. Apapun, Wave Rock ni agak fenomena jugak sebab memang lain dari yang lain. Nak tau kenapa? Teruskan membaca...

Sebenarnya Wave Rock terhasil akibat kesan daripada kesan perubahan cuaca, hakisan air dan tindakbalas kimia selama lebih 2.7 billion tahun yang lalu. Walaupun ia hanyalah sekadar formation of rock yang membentuk sebuah giant wave, tapi dengan ketinggian 15 meter dan 110 meter panjang, aku pasti ramai yang akan ternganga bila tengok Wave Rock ni.


rupa macam ombak yang tunggu masa nak terhempas


Dah alang-alang namanya Wave Rock, apa lagi...sume orang pun pakat-pakat berangan tengah surfing laaaaa....termasuklah aku! Keh keh keh... Rock tak? Tak rock ye? Takpe..takpe!


ingat aku ni spiderman ke boleh melekat kat batu??


Nampak dalam gambar macam senang nak buat aksi ni, tapi susah sebenarnya sebab permukaan batu yang melengkung dan sedikit curam. Kene betul berhati-hati dan jenis kasut yang dipakai untuk aktiviti ni adalah penting. Jangan buat hal nak pakai high heel, aku ketuk nanti! Kena pakai kasut sport atau sandal yang boleh grip dengan baik. Selipar jamban pun aku tak galakkan sebab takut tergelincir.

Aku rasa takat ni je aku mampu "melekat", sebab susah. Nak maintain posing camtu dengan balance badan bukan perkara yang mudah. First of all, aku tak penah surfing jadi kalau pose surfing aku tu macam sendu je...sila abaikan. Nak berdiri tegak kat batu ni ada taktik dia...nak panjat batu ni pun ada taktik dia. Lari pecut camne pun takkan mampu buat ko sampai ke tip of the batu (what the?). Jadi kene pelan-pelan panjat sambil bertahan. Nak senang cuba jalan mengundur untuk panjat. Selamat maju jaya!


Ops belum habis lagi....


Selain dari Wave Rock ni ada lagi yang menarik, tapi kena jalan ke depan sikit dari lokasi batu berombak ni. Nanti akan ada tangga yang menuju ke atas batu ni. Rupanya kat atas ni ada kolam tadahan air. Pastu dari atas ni boleh nampak view seluas alam sekitar Hyden. 


ini bukan kolam renang, ini tempat tadahan air


nun disinun kelihatan tandus kan?


atas ni ada lagi walk circuit yang lain...kalau berminat boleh explore


Sebab aku ni seorang yang gayat jadi aku tak suka duduk atas ni lama-lama. Walaupun kaki melekat di batu tapi aku rasa macam nak tumbang. Bagi yang berminat nak naik atas ni aku nasihatkan kalau takde kasut yang boleh grip permukaan batu yang keras dan sedikit licin, jangan cuba-cuba nak naik, kang tergolek ke bawah sia-sia. Sebab curam gak atas ni, lelagi waktu nak turun. 

Jadi camne dengan Wave Rock, berminat? Pada pendapat aku, alang-alang dah sampai ke Perth tu pegi je sume tempat sebab bukan dekat, kurang-kurang kene naik flight 5 jam baru sampai. Jadi biarlah sakit bontot tu berbaloi. Pada aku Wave Rock ni agak overrated, sebenarnya ia taklah fenomena sangat seperti Pinnacles Desert. Ia hanyalah sebuah (betul ke penjodoh bilangan aku ni?) batu yang berbentuk seperti ombak yang besar...itu saje. Tapi bila dapat tengok benda ni, aku terfikir bahawa besarnya kuasa Allah kerana Dia mampu mencipta apa saja yang tak terjangkau dek akal manusia.  Mungkin bila tengok Wave Rock ni kita boleh insafkan diri dan kenang kisah Firaun yang tenggelam dalam Laut Merah. Wallahualam~


notakakiayam :
Jika sampai di Hyden dalam tengahari, pastikan ada masa yang cukup untuk memandu ke Perth, Albany atau Esperance especially masa winter (siang pendek). Pastikan hostel telah dibook untuk mengelakkan sebarang kemungkinan dan yang penting sekali isi minyak full tank di pekan Hyden so tak perlu masuk semula ke pekan ni setelah habis melawat Wave Rock. 

Read more...

Hong Kong : Avenue of Stars & Symphony of Lights


Avenue of Stars yang terletak di Tsim Sha Tsui promenade (sea front walk) dibina bagi mengenang jasa para penggiat filem di Hong Kong. Di sepanjang promenade ini terdapat Walk of Fame (diadaptasi dari Walk of Fame Hollywood) yang membariskan artis terkenal Hong Kong antaranya seperti Jackie Chan, Jet Li dan Datuk Michelle Yeoh. Di sini juga terdapat banyak ukiran seperti set filem, replika award dan macam-macam lagi yang aku tak reti nak sebut. 

Ramai pelancong-pelancong luar yang datang ke sini tak kira siang malam, tapi paling pack waktu malam sebab ada Symphony of Lights. Sepanjang berada disini boleh tengok muka-muka excited nak bergambar kat walk-of-fame artis pujaan memasing. Semua tersengih lebar, walhal baru amik gambar dengan bekas tangan je, belum orangnya. Kalau artis pujaan tu hot, contoh Jackie Chan, kene sabar lebih sebab queue dia panjang. Aku datang waktu malam memang tak de "chan" langsung nak amik kat walk-of-fame Jackie, so kene datang pepagi sebab orang tak ramai. 


kat nate dua ekor ni kalau malam punye la payah nak amik gambar


tangan pun jadi la


nate Aaron Kwok ni hensem dok?


nate kapal layar merah ni jugak yang menarik perhatian aku


Aku pegi sini siang dengan malam sebab nak rasai pengalaman yang berbeza. Waktu siang tak berapa cantik sebab pandangan ke seberang pulau agak terbatas sebab line tak berapa nak clear (jerebu kot sebab macam berasap je langit). Kalau waktu malam memang cantik sebab bangunan-bangunan pencakar langit yang terletak di seberang pulau berpesta lampu. Time ni boleh la nak test kamera memasing!


view dari Tsim Sha Tsui ke seberang pulau


kapal trademark Hong Kong


bukan kapal cruise je lalu sini tapi kapal angkut pasir pun ada


Bruce Lee disumpah menjadi batu


pompuan ni pun kene sumpah jadi batu


alat mengerat tengkuk


Untuk ke sini dari Tsim Sha Tsui (TST) kena lalu ikut underground tunnel di sebelah Sheraton Hotel dan bypass dalam Sogo (refer link ini untuk map). Seingat aku takde lintasan pejalan kaki ke sini, jadi kena lalu ikut tunnel. Tapi kalau dari lain-lain tempat selain TST, kena naik MTR turun di stesen TST dan jalan hingga ke East TST. 

Pada setiap malam kawasan Arena of Stars akan dibanjiri oleh manusia kerana tepat jam 8pm selama 15-20mins ada pertunjukan laser show atau Symphony of Lights. Sebenarnya takde apa yang special pasal show ni sebab ia hanyalah sebuah laser show berserta iringan muzik sambil ada suara perempuan sebut nama-nama syarikat yang participate. Tapi dah alang-alang ke Hong Kong layankan aje show ni walaupun sekali. Dalam 10 minit pertama aku boleh layan lagi, tapi masuk je minit ke-11 kaki aku dah mula gatal nak berjalan, tapi aku pakukan aje sebab bukan selalu boleh dapat peluang camni. Ye dok?

Setiap hari berbeza bahasa yang perempuan tu cakap. Hari Isnin, Rabu dan Jumaat dia cakap English, lain-lain hari selain dari hari yang aku sebut tu dia cakap Cina.

Selain menonton laser show dari promenade Arena of Stars, boleh jugak tengok dari Wan Chai dekat tugu Golden Bauhinia atau masa naik feri crossing di Victoria Harbour. Tapi spot terbaik setakat ni aku rasa kat area TST sebab boleh nampak bangunan pencakar langit di seberang pulau. Kalau dari sebelah Wan Chai (pulau) overlooking ke TST takde banyak bangunan pencakar langit yang cantik, so agak kurang menarik.
a

Read more...

Awas lo sang kucing!

January 27, 2011


Adoi sengal-sengal ubi betul badan aku sekarang. Ini sume kucing tu punya pasal!

Begini  ceritanya....

Sebenarnya aku geram dengan 3 ekor kucing parsi jiran aku (jiran mana aku tak tahu) sebab dorang tak gheti balik rumah sendiri, pastu asik bergaduh dengan kucing-kucing homeless yang datang menumpang kat rumah aku. Kalau diikutkan kami tak bela sekor pun kucing, tapi sume kucing homeless ni suka datang rumah, mungkin sebab mak aku rajin bagi makan kot. Walaupun dorang homeless, tapi tak penah sekali pun dorang masuk rumah, port dorang tu haaa...kat pintu dapur. Kalau bukak pintu dapur, nanti sume duduk kat muka pintu, paling berani pun letak 2 kaki kat muka pintu...tak berani masuk. 

Jadi sejak kehadiran 3 kucing parsi jiran aku ni, siang malam aku dengar kucing bergaduh, berlari-lari, mengaum sana sini, sampai aku rasa macam nak bertempik jadi tarzan sebab bising tak kira masa. Sebelum 3 stooges tu datang, aman tenteram rumah aku. Tapi sekarang aku kena jadi macam ahli pasukan pertahanan awam sebab nak suraikan pergaduhan antara clan 3 stooges dengan homeless cat ni.  

Dan lepas maghrib tadi, sedang aku sibuk menghabiskan adunan bluberi cistat, tiba-tiba aku pelik pehal kucing-kucing homeless ni masih dok terpaku depan pintu dapur, walhal adik aku baru dalam 2 minit bagi makan. Dengan adunan tepung masih dalam genggaman, aku pun pegi spot check. Nah! Tu diaaa...wah wah wah...salah 1 dari 3 kucing jahat tu tengah mentekedarah sorang-sorang pastu sume kucing homeless ni duduk jauh sebab takut kene cakar. 

Aku lagi la hangit, dahla makan takmo share, pastu gila kuasa, so aku pun cepat-cepat sarung selipar sambil berjalan pantas ke tempat makan kucing. Tiba-tiba.....aku off balance terus jatuh terlentang atas simen. Sume kucing lari bertempiaran macam nampak hantu. Cilakak! Lantai licin sebab hujan petang tadi. Memang tak menjadi helah aku nak sergah kucing parsi tu kali ni. Aku syak mesti dia ketawa berdekah-dekah sebab tengok aku tergolek macam nangka busuk.


[gambar] gelak sambil menekan-nekan perut


Nasib baik takde sape perasan aku jatuh. Habis lencun sume baju & seluar, dah tak hensem. Pastu aku pun terkial-kial berdiri takut off balance lagi. Dengan adunan tepung yang masih kemas di genggaman tangan aku berjalan ke arah pintu dapur. "Mak! Tolong amikkan tuala". Belum sempat aku jelaskan apa-apa mak aku dah gelak, datang adik aku pun sama, hadiahkan aku gelak, bukan nak simpati ke apa. 

Last-last aku pijak pedal tong sampah....gedebush...masukla adunan tepung yang aku pegang tadi ke dalam. 

Dengan spontan aku berkata, "Mak, esok belikan jala. Nak menjala kucing!".


[gambar] awas lo kucing! gue nak tangkap lo. awas!


Inilah rupa suspek yang paling dikehendaki!
suspek berprofil tinggi. kucing jantan, dewasa, warna kelabu+hitam

Gambar ni masa dia menyorok bawah kereta setelah dihambat oleh aku. Posing lagi tu, tak menahan!

Read more...

Patagonia ice cream

January 26, 2011


Aku bukanlah penggemar eskrem yang mahal, infact aku lebih suka makan eskrem RM1 perisa lime+vanilla warna hijau tu. Tapi tadi aku korek balik gambar-gambar lama pastu terjumpa pulak gambar eskrem Patagonia ni. So aku nak share skit pasal kesedapan eskrem ni.

Actually Patagonia Chocolate adalah brand dari NZ, ia lebih famous sebab cokelat, tapi line of ice cream yang dorang offer pun not bad. Orang cakap kalau turun Queenstown tapi tak pekena eskrem Patagonia ni tak sah, jadi camne pun mesti pekena at least sekali. Harga berbeza untuk serving dalam container atau waffle (murah $1 dollar rasanya kalau with waffle) dan untuk single or double scoop. Aku bebetul lupa harga per scoop, tapi tak silap untuk single scoop+waffle between $6 ke $7 dollar.

Sebenarnya aku bleh mintak free kat Siret tapi aku ni pemalu orangnye (segan le). Oh lufer nak cakap, Siret keje kat Patagonia, sebab tu dia bleh bawak balik sesuka hati. Ada 1 hari tu dia bawak balik 1L hot chocolate. Aku hirup 2-3 kali terus give up. Mak aih...ni macam nak kene potong kaki ni! Siyes memang padu+pekat+manisss. Cadbury hot chocolate pun kalah, infact tak boleh compare langsung. Nak tau kenapa? Sebab dorang pakai real chocolate bar. Boleh imagine tak? Eh lufer plak...gambar takde, jadi sila gunakan imaginasi peringkat tertinggi yang korang ada. 

**kalau yang korang rasa tu tak likat macam yang aku rasa, mungkin sebab Siret bikin sendiri resipi dia.

Ada 2 outlet Patagonia, dekat Queenstown dan Arrowtown. Kalau pegi kat Queenstown ni best la skit sebab tepi tasik, ada park..bleh cuci mata. Kedai Patagonia ni all the time pack dengan manusia. Aku pun pelik tapi sekarang barulah aku tau kenapa. Kalau time summer pekena eskrem tepi tasik memang layan. Tapi kalau time winter jangan buat hal, cari nahas namanya. Tapi syok jugak kalau cuba sekali-sekala, pastu tergedik-gedik menggigil  ketap gigi...hehe. Map ke kedai sila click sini


flavour caramel chocolate (ada choc bits)


up close sikit. tempting kan?


nah! jangan berebut jilat skrin kompiter. amik no. giliran!


notakakiayam : ke sinki sudahnye belen hot choc tu sebab sume taknak potong kaki. heheh

Read more...

Tag : Masak


Bertenang pulak eh...dah puas ribut topan kita rilek sekejap. Teringat hutang tag dari iina yang dah lama terkepam ni...hehe, baik aku jawab sekarang  ^___^


Soalan 1 : Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda?

Nak ingat yang bebetul tu tak bleh sebab dah lama sangat, dah luferr...tapi sejak sekolah rendah lagi (darjah 3-4 camtu). Masakan pertama rasanya nasik. Pas lulus masak nasik baru up skit...goreng ikan.


Soalan 2 : Siapa yang menggalakkan anda memasak?

Galakan diterima melalui rotan...heheh. Tak masuk dapur kene piapppp! Bila dah selalu kene piapppp tu lama-lama dah jadi biasa. Mak selalu bebel, katanya ngaji tinggi mana tugas di dapor jangan diabaikan. Gitu la nasihat dia.


Soalan 3 : Masakan yang paling anda suka dan digemari oleh orang-orang kesayangan anda?

Nasi ayam la kot. Itu pun setelah test beberapa resepi akhirnya resepi yang belajar dari mak ex-bf jugak yang paling sedap. Since then kontrak nasik ayam kat umah aku yang pegang. 

Tapi kalau boleh, aku nak belajar masak nasik beriyani sebab aku suke kuasa 8 makan nasik beriyani. Jadi, sesiapa yang ada resipi, silalah share dengan aku. Aku nak yang nasik dia sodapppp leleh-leleh punye. Sekali dengan lauk ayam masak merah tu....


Lastly tag 5 orang blogger yang sering berkunjung ke blog anda

Aku random jela ye sebab susah nak pilih...

- Solihin (aritu ko cakap ko terer masak. jadi, buktikan!...hehehe)
- Ninie (ko rajin masak kan? kan? kan?)
- Inah (harap Inah sudi menjawab tag ni dalam kesibukan study. chiyok! gud luck!)
- Opie (ko kene buat ni Opie, latihan untuk mengibas sawang di blog..hahaha)
- Syima (nak korek kehandalan bakal pengantin di dapor...hehe.. ^__^ )


Resepi yang nak di ketengahkan dalam entry memasak kali ni ialah....
RKGHS



Jangan tanya mana aku dapat resepi ni sebab idea muncul waktu tengah bebetul kebulor. Jadi aku namakan ia Resepi Kebulor Gaya Hidup Sihat (RKGHS). Sejak balik sini aku tak amalkan menu ni sebab hari-hari makan nasik sampai dah rasa lemah badan. Betul la kata orang yang rakyat kita mati sebab makan. Kan?

Bahan yang digunakan ialah kentang tak kupas kulit (kalau tak suka bleh buang), brokoli dan cendawan butang (kalau nak pelbagaikan lagi sayur tu boleh, cuba letak capsicum. letak daging kambing pun sedap, potong dadu). Caranya potong sume bahan-bahan tadi ikut bentuk yang korang suka, cuma kentang tu jangan tebal sangat nanti lambat masak. Pastu tuang minyak atas pelengat pembakar ni sebelum campak sume bahan yang dipotong tadi. Minyak tu untuk elakkan dari melekat. Pastu sprinkle segala rempah yang ada dalam lemari macam oregano, black pepper, herbs, spice dan sedikit garam. Masukkan ke dalam oven pastu bakar. Kalih sume bahan atas pelengat pembakar sekali sekala untuk pembakaran yang sempurna. Cucuk kentang dengan garfu untuk periksa sama ada dah masak atau belum, dan kalau dah masak boleh keluarkan untuk makan. Boleh diratah depan tv begitu saje tanpa nasik. 

Selamat mencuba.

Read more...

Hyden : Wave Rock (Part 1)

January 25, 2011


[Map] Perth - Hyden


Wave Rock adalah antara fenomena semulajadi menarik yang terdapat di Hyden, Perth. Ia terletak sejauh 340km atau lebih kurang 4jam memandu ke timur Perth melalui Great Eastern Highway dan yang menarik tentang highway ni ialah tiada tol. Sepanjang perjalanan agak sedikit bosan sebab view yang ada hanya pokok dan ladang gandum (ini kawasan Central Wheatbelt iaitu kawasan di mana penanaman gandum yang terbesar di Australia). Memula aku fikir semua tu ladang terbiar sebab nampak macam banyak lalang mati, tapi lepas berhenti dan observe betul-betul, rupanya pokok gandum. Pertama kali dalam hidup aku tengok pokok gandum, selama ni aku just kenal tepung gandum je..hehe. Cuma boleh tengok dari jauh sebab kawasan ladang dipasang pagar kawat dan kebanyakan pagar kawat kat sini jenis elektrik untuk halang binatang terutama arnab liar dari masuk dan merosakkan tanaman. Kalau tengok sume ladang-ladang kat sini nampak tersusun dan kemas sebab setiap ladang bersebelahan dipasang pagar jenis besi/kayu yang tinggi takat pinggang.

Pernah tak baca pasal rabbit proof fence yang dipasang di Western Australia? Pagar ni dibina untuk mengawal kemaraan arnab-arnab liar sebab pada suatu ketika dulu terlalu banyak sangat sampai jadi ancaman kepada para petani sebab arnab-arnab ni suka merosakkan tanaman. Pagar ni takde kena mengena dengan pagar yang tuan ladang pasang, totally different. Anyway, aku pernah terjumpa sekor arnab liar masa masuk laluan berhutan kat sini dulu, saiz dia besar gila macam kucing. Aku tak sure arnab ni ke yang dimaksudkan atau ape.


[Gambar] Rabbit Proof Fence di Western Australia




bulat ye mata dia


Kalau lalu di kawasan hutan-hutan tepi jalan raya kat sini boleh perasan ada signboard tulis dilarang bawa pet masuk ke hutan sebab pihak hutan ada letak makanan beracun untuk mengelakkan kucing hutan yang liar dari melintasi border tersebut. Yelah, kang bawak pet tetiba dia pegi makan plak umpan tu confirm mati la jawabnye.


luas mata memandang, tapi kalau keta rosak tengah jalan susah le
*yang kuning tu la gandum


Sepanjang perjalanan melalui Great Eastern Highway memang susah nak nampak rumah orang kecuali bila masuk pekan-pekan kecil. Itupun nampak rumah je, orangnya tak tau pegi mana. Maybe orang sini suka terperuk dalam rumah kot. Kadang-kadang rasa macam kat ghost town pun ada. Pada aku Perth memang totally different dari Sydney dan Melbourne, sebab kat sini suasana dia lebih kepada outback. Kalau sukakan suasana outback, rileks, Perth memang tempatnya. Itu pendapat peribadi aku sebab aku tak penah lagi sampai Adelaide, Gold Coast, Tasmania, Darwin dan lain-lain state.

Suddenly, mata aku tertarik dengan objek kincir angin yang ada kat ladang gandum. Terus parking tepi jalan, amik gambar.


macam dalam pilem koboi


Tapi yang aku tak tahan, banyak gile lalat. Boleh jadi bergaduh dengan lalat, siyes aku tak tipu. Kadang-kadang adegan tepis menepis lalat ni dah macam dalam citer Mr. Bean. Kan ada 1 episod yang dia pegi piknik pastu ada sekor lalat yang degil tu? Haaaa...cam gitu la aku..hahaha~ Ops dah off topik, so balik ke topik asal. Asal keluar je dari city center, masuk kawasan outback, mesti banyak gile lalat. Aku takde scientific explanation tentang kehadiran lalat-lalat ni, bukan sekor tau, tapi segerombolan lalat. Eh chop!, walaupun blog aku ni nama dia cam gini, tapi aku mandi tau! Aku punye teori, mungkin omputih tak suka mandi, jadi bila lalat ni bau aku yang mandi, dia tertarik. Logik kan teori aku?


restoran + pam minyak. jangan confuse


Setibanya di pekan Hyden, aku berenti isi minyak full tank sebelum sambung memandu lagi 4km untuk ke Wave Rock. Tujuan aku isi minyak full tank sebab pas balik dari tengok Wave Rock aku nak terus ke tempat lain, jadi tak perlu masuk balik ke pekan Hyden sebab laluan dah lain. Aku dah lupa sama ada aku penah sebut ke tak benda ni, tapi harga minyak dalam city center dengan suburb memang jauh beza. Kat suburb lagi mahal. Tapi ape-ape hal pun Rule No. 1, isi minyak full tank sebelum memulakan perjalanan sebab kat sini lokasi stesen minyak antara 1 sama lain agak jauh especially luar dari city center. 

Selesai isi minyak, perjalanan diteruskan ke Wave Rock. Teruskan memandu sampai jumpa signboard ni...



Bersambung di Part 2....


notakakiayam : ciss..mana la kan gambar Wave Rock? sabo yeop! sabo! bagi saspen dulu..hehehe~

Read more...

Creative blogger award

January 23, 2011




Tak penah lagi aku dapat award setelah hampir 2 tahun berkecimpung dalam dunia blogging. Dulu aku blogger runcit aje, blog ni bukan yang pertama tau, yang ni aku rasa blog yang ke-4 kot..hehehe~ Alhamdulillah masih bertahan walaupun usia blog ni belum cecah umur 1 tahun.

Terima kasik pada Madam Sooyaree @ Pn. Narif sebab bagi aku award ni. Semoga award ni akan buat aku lebih rajin menghapdet travelogue dan kurangkan merapik...hehehe~ 


Mari aku cerita skit pengertian di sebalik award ni:

PENSEL Yang Besar
Bermaksud kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan

FILEM Bergerak Tanpa Henti
Menunjukkan AWARD ini di FORWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima

LOGO bulat berkelip-kelip
Jika diperhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang kepalanya komputer (takut aku!). Bermaksud, anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

Penerima award dengan ikhlas hati perlu menulis maklum balas dengan menulis sebuah entry/posting berkenaan award ini dengan KREATIF dan penuh estatik, kemudian FORWARD kepada 6 orang blogger yang betul-betul layak menerima AWARD ini. Anda juga boleh meletakkan award ini di side bar atau mana-mana yang bersesuaian dan tulis/tinggalkan komen atau ucapan manis anda.

.......

Okeh, so itu syarat dia. Di sini agak tough jugak sebab aku kenal ramai blogger yang layak untuk terima award ni. Aku akan select blogger yang belum penah dapat award ni, jadi harap takde yang kecik hati. Susah jugak nak buat pilihan sebab ramai blogger yang bagus dengan konsep blog memasing. Apapun, aku harap award ni boleh dijadikan motivasi supaya mereka terus berblogging. Penerima award ini adalah :

1. Ninie - She's my dear best friend, kenal dari Darjah 1 lagi dan antara orang yang suggest aku untuk buat blog. Tujuan aku bagi dia award ni adalah sebagai tanda terima kasih dan sebagai galakan supaya dia pun rajin-rajin update blog dia pasni. Hahahaha... ^__^

2. Hanie - Antara blogger terawal yang follow aku dari blog lama yang dah berkubur sampai la ke blog sekarang. Hobi kami sama...suka amik gambar. Oleh kerana minat yang mendalam pada bidang fotografi, maka dia create blog GambaRajah dan invite aku untuk jadi one of the contributor. 

3. Byya - Seorang traveller dan menjadikan blognya sebagai journal. I like her writing dan dalam pada masa yang sama aku dapat improve vocab aku yang bersepah. She's into adventurous stuff and aku quite envy spirit yang dia ada especially bila aku tau dia buat Via Ferrata kat Mt Kinabalu. Phew~

4. Iina - Walaupun tak penah berjumpa sebab dia di Glasgow dan aku di Malaysia...tapi rasa macam dah kenal lama. Dia ada 2 blog iaitu untuk personal dan travel, Iina ni pandai menulis dan karyanya puitis, bahasa tersusun tak macam aku yang lebih kepada caca marba aje..Hahaha~

5. Rara - Juga seorang traveller. Dah banyak negara yang penah dikunjungi dan paling kerap rasanya Jepun, betul tak Rara? I jeles tau...coz I love Japan! Besides travelling, she also loves running. I kagum sebab dah banyak acara larian yang dia participate dan dia mengingatkan aku pada satu dialog ni, "Run, Forrest run!" ^___^

6. Chibi - Traveller jugak tapi dia lagi banyak experience dari aku yang umpama pasir di tapak kaki kuda ni...huhuhu~ Aku suka baca kisah perjalanan trip dia ke India dan sedikit sebanyak ia telah mengubah persepsi aku tentang negara tersebut. Aku dah excited nak pegi India tahun depan walaupun satu benda pun aku tak baca lagi..nanti aku kena berguru dengan Chibi. Harap dia sudi ^__^


Okeh, aku nak tambah lagi sekadar suka-suka. So my off record list will be Pipiyapong (gaya bahasa dia agak bersahaja), Tijah (selamberrr la akak ni!!) dan Kak Senduk (walaupun dia agak confusing skit, tapi penulisan dia memang lawak) dan lagi beberapa blog gila-gila yang selalu buat aku tergelak besar. Sebenarnya aku suka baca blog yang gila-gila selambe gaya penulisannya. Jadi kalau korang ada link-link blog camtu, sila share link dengan aku ye. Aku perlukan hiburan.

Read more...

miscommunication

January 21, 2011


Tiba-tiba pemikiran merapik aku pun datang.... 



Aku : Ko ni asik makan! makan! makan! 
Ape nak jadi dengan ko ni Moss.
Aku cakap dengan ko ni, tengok la sini.

Moss : ...?? ...?? ...?? ...??



Aku : *bersiul memanggil kucing* (mintak perhatian)

Moss : Are you talking to me???


Aku rasa aku dengan Moss memang ada masalah communication. Setelah sekian lama baru hari ni aku sedar yang dia paham bahasa omputih, bukan bahasa Melayu. Patutla dia buat bodo je tiap kali aku cakap dengan dia. Agak-agak logik tak hipotesis aku?


notakakiayam : aku rasa bunyi "cit..cit..cit" adalah bahasa kebangsaan kucing, diterima pakai dan difahami oleh persatuan kucing di seluruh dunia

Read more...

pemenang contest translate bahasa alien


Pemenang untuk contest semalam telah pun ditemui. Sebenarnya contest tu tak susah, but more to giveaway sebab terang-terang aku bagi clue dalam tu : BAHASA ESTONIA. Jadi sesiapa yang rajin pegi tanya google translator memang confirm menang  ^___^

Aku bermurah hati nak annouce bukan 1, tapi 2 pemenang untuk kali ni. Mereka ialah Azieazah dan Hanie. Sila email alamat korang untuk dapatkan hadiah misteri tersebut  ^____^

email to : backpackerbusuk@gmail.com

Read more...

tolong aku translate bahasa alien ni

January 20, 2011



PERHATIAN

Seorang tukang translate diperlukan untuk menterjemah ayat dalam nota di atas. Aku terima gift ni dari roomate masa kat Queenstown dulu dan tak sempat nak tanya dia apa maksud nota ni sebab lepas dapat gift kami muah muah pastu good-bye. Aku memang tak paham ape dia tulis sebab tulisan ni ada banyak tanda sabdu, nak pakai google translator pun kibod aku takde huruf alien ni. Yang aku paham ada nama dia, pastu nama aku, dan icon smiley, itu aje...lelain tak paham. Klue : bahasa ini mungkin bahasa kebangsaan negara Estonia sebab Siret ni orang sana. Hadiah misteri menanti translator yang terpantas  ^___^ 


notakakiayam : cekodok pisang consider hadiah misteri kan?

Read more...

azam 2012

January 18, 2011


Tahun 2011 baru masuk hari ke-18 dah gelabah pikir untuk tahun 2012. Aku ni gile agaknye. Orang kata merancang ni bagus, tapi kalau merancang sangat bila tak jadi boleh sakit jiwa. Jadi aku nak merancang secara runcit supaya boleh menabung dari sekarang. Tahun ni punya aku dah solex kemas jadi takleh nak tambah lagi. Kalau tambah jugak alamatnya aku akan mati tak cukup oksigen. Plan tahun ni aku takleh nak disclose sebab takut tak menjadi, jadi senyap-senyap sudah. Jadi misi 2012 yang perlu dirancang kemas dari tahun ni ialah :


1. Amik lesen diving

Mulakan dengan lesen OW (open water). Buat masa ni aku sorang je, takde geng. Jadi kalau sesape berminat, kita bleh buat group. The more the merrier. Ada banyak info yang aku dapat, sama ada nak buat kat KL atau luar KL, nak dalam pool atau laut dalam. Kalau tanya aku, aku prefer buat kat laut dalam terus, tapi bukan di Mabul sebab laut sana sangatlah dalam (i'm stressing the word here). So mungkin buat di Perhentian atau Tioman. Kalau nak buat kat Pusat Akuatik Shah Alam pun ada, tapi ape kes lompat dalam kolam, bleh feel ke? Bajet bermula dari RM950-RM1300 bergantung pada lokasi. Kalau ada yang interested, email aku, kita together-gather nanti. Buat lesen reramai fun skit, gemuruh pun kurang. Waktu yang sesuai untuk buat OW dari bulan 3 -10 sebab time ni jelah pulau-pulau belah Semenanjung bukak, bulan lain tutup sebab musim tengkujuh. Dan sebaiknya kena ada basic skill berenang, bukan apa, untuk self-confident. Kalau belum tau berenang, pegi cari kelas sekarang. Nak aku suggest pun boleh, email aku untuk contact person.


2. Trip ke India

Buat masa ni baru planning dengan geng travel yang lain. Memula pikir nak pegi hujung tahun, tapi setelah memikirkan jadual yang padat, aku rasa macam kene tunda tahun 2012. Route ape sume aku tak plan lagi, tapi apa-apa hal mesti tengok Taj Mahal. Itu jela pun yang main attraction kat India, ye idok? Bajet aku anggarkan dalam RM2000 tak masuk tiket flight. Tiket kita sambar time promo je nanti, jimat skit.


replika Taj Mahal kat Window of the World, Shenzhen


3. Trip ke China

Kali ni main purpose ke Xian, apa lagi kalau bukan tengok terracotta army. Since balik dari tengok exhibition kat Sydney baru-baru ni, aku rasa macam kene pegi jugak Xian supaya puas hati. Route dah ada, cuma tak tau bulan berapa nak execute. Kalau boleh pegi paling kurang 2 minggu. Bajet pun dalam RM2000 tak termasuk tiket flight. Pegi ikut Beijing (via Tianjin dengan AA), balik ikut Shanghai.


boleh pegi Great Wall lagi sekali kalau ikut Beijing


route lebih kurang camni dan mode of transportation ialah keretapi


Untuk accomplish sume di atas, aku berdoa semoga murah rezeki dan sihat walafiat supaya boleh laksanakan sume plan dengan jayanya. Kalau haritu aku cakap nak gantung beg, tapi nampaknya memang susah, jadi aku turunkan balik beg aku...hehehehe~

Read more...

Melbourne : Last day


Out of nowhere tetiba aku rasa nak habiskan cerita pasal Melbourne. Lama dah aku peram dalam draft, baru tadi jumpa..hihihi~

Link ke entry sebelum ni :

Melbourne : Day 1
Melbourne : Day 2 (Part 1)
Melbourne : Day 2 (Part 2)
Melbourne : Day 3 (Part 1)
Melbourne : Day 3 (Part 2)
Great Ocean Road
Melbourne Hostel


Harini adalah hari terakhir aku di Melbourne. Aku tersedar agak lewat, ada lagi 1/2 jam nak check-out, memang kelam kabut mandi dan mengemas. Cadar semua kena tanggal dan drop kat bakul depan lif. Selesai urusan check-out aku mintak kat reception nak letak barang kat luggage room. Memula aku pikir nak pindah balik kat Kingstreet Backpacker sebab masih ada lagi 1 malam tapi macam tak larat pulak nak angkut barang, lagipun esok pepagi nak naik flight ke New Zealand. Lama jugak aku termenung pikir, lastly aku decide tak jadi nak check-in kat Kingstreet Backpacker, so aku decide nak letak je barang kat luggage room di Greenhouse Backpacker (since it's free, baik aku utilize habis-habisan). Aku col airport pick-up dan mintak dorang pick ke airport malam tu. Arangement dibuat dan dorang akan pick-up pada jam 9.30pm. FYI, waktu yang aku amik tu adalah pick-up terakhir untuk shuttle bus from hostel ke Southern Cross Station. Kalau tanpa pick-up, bus ke airport dari Southern Cross Station ada 24jam, kan barang aku banyak..so aku malas nak sewa teksi. Kat sini teksi mahal ye, bleh muflis kalau naik teksi.

Selesai urusan pick-up aku keluar dari Greenhouse Backpacker ke Federation Square. Tempat ni dekat je dengan hostel, tak sempat nak penat dah sampai. Waktu ni hujan renyai-renyai dan cuaca agak sejuk (note : aku pegi time Winter, jadi memang sejuk).


Flinders Street Station


St. Paul Cathedral


ACMI


bijik mata sape yang tersembul ni??


cacing belang!


melbourne is city of art, sume ceruk penuh dengan art, tengok jela pavement ni


pakcik ABO ni tengah ajar camne nak tiup daun kasi bunyik
sume orang pakai baju sejuk. memang sejuk pun waktu ni, siyes


Ada banyak bangunan menarik sekitar Federation Square seperti Flinders Station Street, ACMI (Australia Centre for the Moving Image) dan NGV. Aku cuma keluar/masuk bangunan dan amik-amik gambar, pastu terus ke Hosier Lane, lorong ni terletak opposite dengan bangunan NGV, tak jauh pun. Apa yang menarik kat sini ialah wall graffiti.


lokasi Hosier Lane


Menarik jugak Hosier Lane ni, lebih banyak wall graffiti dari Union Lane. Jalan kene mendaki sikit, agak menyampah nak pasang tripod sebab surface tak flat, so aku just tenggek kamera kat mana-mana asalkan boleh. Aku malas nak bercerita so aku letak gambar jela ok!


eat . pray . love ???


awan larat


if these walls could talk


cam muke Ida Nerina kan?


Aung San Suu Kyi - Pejuang Demokrasi Myanmar


sekolah mana ajar kangaroo kaler pepel? hancor!


nampak scary lane ni tapi sumpah sangat bersih takde sampah


land of elephant..Thailand!


door to hell...maybe?


who love quantum universe?


Ramai orang yang lalu lalang kat sini, yang minat pada graffiti pun ramai, aku suka gak tengok benda ni walaupun tak faham apa yang cuba disampaikan oleh si pelukis. Bagi peminat arts, it's highly recommend, kene jenguk. FYI, lokasi street art selalu berubah dari masa ke semasa. Ada sesetengah tu dah hilang segala hasil graffiti sebab dah kene sembur dengan cat baru. Apapun, happy hunting dan tanya aje bebudak graffiti kalau nak tengok lebih banyak lagi.

Selesai di Hosier Lane, aku kembali semula ke GPO dan pose atas dompet giant coz haritu tak dapat sebab ada mogok waktu tu. Kalau ke Melbourne wajib amik gambar atas purse ni ok, kang balik tak meroyan.


harap pasni tersepak beg duit besar penuh dengan $$$$


Dalam entry sebelum ni aku penah cakap tak puas lagi pusing Melbourne Museum so kali ni aku ripit balik, mestila ripit sebab museum ni besar, ada banyak lagi seksyen yang tak sempat aku terjah masa tengok Titanic Exhibition aritu. Tapi klu nak masuk kene kuar AUD8, adoi..sayangnya duit...so aku pun pikir taktik ape aku nak pakai ni supaya leh masuk free. So tadaa! Aku pun buat-buatla nak simpan barang kat cloak room cam haritu dan pas letak tu aku loloskan diri la...senang je rupanya...aku ingatkan susah. Oit, jangan tiru ape aku buat okeh! Aku takpe, sebab semalam aku pegi dah lewat petang so tak acila sebab tak sempat masuk muzium...kih kih kih!

Aku pun nak buat second attempt ke pameran pembiakan, okeh, muka kene buat ketat sikit. Zass..sekali aku masuk nak jadikan cerita ada 5 orang budak lelaki (aku rasa student Malaysia) tengah lepak-lepak ketawa dalam tu... Alamak kantoi..dah merah padam muka aku menahan malu. Aku tak tau nak sengih ke apa sebab dahla jumpa kat tempat pembiakan dengan sekeliling tu gambar orang telanjang bulat. Malu kan, tapi wat bodo jela. Hohoho~ Btw, muzium ni sangat besar dan ada banyak seksyen, kene amik masa hampir separuh hari kalau nak betul-betul explore tempat ni. 

Aku tepek ala kadar jela yek sebab aku malas nak sort gambar. Jangan harap aku nak tepek gambar tak senonoh tu. Aku tangkap, tapi pastu simpan dalam hati. Hahaha~


 replika rumah lama dekat kawasan ghetto di Melbourne


sempit tapi cam kiut pulak


memang daif, bumbung bocor lagi tu


Malam tu lebih kurang kul 9pm aku pun tunggu kat pick-up point yang dijanjikan dan dari situ aku naik van ke Southern Cross Station dan kemudian transfer naik bas untuk ke airport. Malam tu aku tido di airport sebab takut miss flight esok pagi ke Auckland. Kalau ikutkan, ini adalah pengalaman ketiga aku tido di airport, memang dalam hati aku bebetul berserah kalau barang hilang or kena rompak ke aku redha. Aku pilih port bawah cctv kat belakang check-in counter di Domestic Terminal. Saje aku pilih sini sebab waktu malam takde flight yang landing, tak busy dan bising macam kat International Terminal. Syukur alhamdulillah aku tido dengan nyenyak dan takde satu barang ataupun sesen pun duit yang hilang.


tido atas bench camni memang tak sedap, berat ke sakit badan sudahnye


Untuk yang bercadang ke sini, aku ada info yang berguna especially untuk muslim traveller. Sebenarnya ada prayer room dalam Melbourne Airport, dekat tingkat bawah antara Domestic dan International Arrival. Tapi malam tu ada orang dah lepak tido so aku tak masuk. Ada tempat wudhu dan sejadah lagi dalam ni. Sila rasa kagum sekarang. Bukan senang nak jumpa proper surau kat tempat omputih, lelagi kat tempat public camni. Jadi sila manfaatkan sebaik yang mungkin.



sembahyanglah sebelum anda disembahyangkan


Esok paginya....



Dengan ini habislah cerita pasal Melbourne. Sekian.

Read more...

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP