Selamat pagi Jogja

March 29, 2011

Salam....


Sekarang aku berada di kota Jogja, tiba di sini malam tadi dengan keretapi dari Surabaya. Alhamdulillah...trip ke Bromo berjalan dengan lancar. Kagum sungguh dapat tengok gunung berapi batuk-batuk keluarkan debu hitam ke udara. Dia punya bunyik "batuk" je dah kecut perut sebab macam bunyik efek gempa bumi. Sesekali terasa macam scene LOTR waktu 2 orang Hobbit yang berjalan menuju ke Mordor. 

Okaylah, aku nak putar-putar ke kota Jogja dah ni. Terima kasih atas segala komen tapi  maaf aku tak sempat nak balas lagi...nanti aku free skit aku balas. Daa~
.

Read more...

Update ringkas dari Bandung

March 26, 2011

Salam dari Bandung,

Aku update blog ni kat dalam airport Bandung. Kecik betul airport ni, kalau kapal tobang landing ke, take off ke boleh dengar loud & clear punya.

Sekarang aku tengah tunggu member naik flight balik ke Malaysia dan menunggu lagi 3 orang member dari Malaysia sampai untuk kami teruskan journey ke tanah Jawa.

Aku tak jumpa pun poskad Bandung, jadi...aku akan hantar poskad dari Jogja atau Surabaya...so tunggu ye.

Perjalanan masih jauh, petang ni kami akan naik keretapi ke Surabaya dan perjalanan akan makan masa hampir separuh hari...pendek kata kami akan overnite dalam keretapi. Memori trip Jogja akan berulang...I miss all of you guys (Chem & El) T___T

Doakan kami semua selamat dan yang penting sekali gunung Bromo tak mengamuk...hahaha...

Conclusion untuk trip di Bandung ialah..."Bandung, I'm in love~ <3"

Till then ^__^
.

Read more...

Packing : Apa dalam beg?

March 22, 2011

Malam tadi aku tak boleh tido awal sebab banyak benda nak selesaikan sebelum matahari terbit. Sepanjang semalam aku tersangatlah bizi sampai rasanya 24jam tu tak cukup, mungkin kalau satu hari bersamaan 50jam baru nak cukup....kot?! Mau taknya....duit pun tak tukar lagi niii!  

Benda yang masih pending untuk hari ni :
  1. Tukar duit
  2. Print hostel booking conformation + flight itinerary

Insya Allah sempat buat sume ni sebelum tengahari. tula sape suh nak berak baru gali lubang??! padan muke!

Sebenarnya memang gini pesen aku setiap kali nak berjalan. Aku tak suka buat dari awal sebab macam excited lebih kalau packing awal, betul tak? Packing last minute ni memang syok, kan? Yelah tu...alasan!




Kali ni aku cuma bawak backpack 32L untuk trip selama 10 hari. Takde check-in luggage, bawak masuk cabin je...jimat! 

Yang ni adalah checklist item yang dibawak :
  1. Kathmandu 32L
  2. Passport
  3. Buku catatan + pen
  4. Kalkulator
  5. Kamera + charger + extra memory card + extra battery
  6. Tripod
  7. Lampu suluh (untuk Bromo, kan naik time gelap...?)
  8. Payung (check weather forecast katanya hujan memanjang...maka kenalah sediakan payung sebelum hujan)
  9. Travel adapter
  10. Handphone charger
  11. Kompas kiblat
  12. Sejadah + telekung
  13. Cargo bag (foldable) - in case luggage aku beranak dihujung trip...haha~
  14. Buku Lonely Planet S.E.A
  15. Microfiber towel (warna hijau)
  16. First aid kit
  17. Baju luar/dalam selama 10 hari (bungkus kemas dalam zipper plastik bag - untuk elak dari basah & organized)
  18. Baju fleece Kathmandu (untuk Bromo)
  19. Sweater TNF (untuk Bromo)
  20. Gloves (untuk Bromo)
  21. Beanie (untuk Bromo)
  22. Long pants x1
  23. 3/4 pants x1
  24. Blanket (guna atas flight & naik train malam - takde dalam gambar)
  25. Sandal Teva (takde dalam gambar)
  26. Sport shoes + socks (takde dalam gambar)
  27. Toiletries (belum pack)
  28. Ipod 

Dan tak macam selalunya sebab kali ni aku tak bawak lappy...instinct tak berapa nak sedap la. Of course aku akan rasa sedikit lost tanpa internet tapi takpelah...biarlah lost takde internet dari lost lappy cabuk tu. Insya Allah kalau ada connection aku akan try update guna kompiter pinjam....

Okla...aku nak bersiap pegi airport dah...jumpa lagi minggu depan... ^__^
.

Read more...

Debar...

March 19, 2011


Wah!! Tak lama lagi rupanya. Penantian akhirnya berpenghujung jugak...insya Allah minggu depan! Rasa macam dah lama sangat tak backpack pegi mana-mana, walhal baru 2 bulan je gantung beg.

Kali ni rasa berdebar sikit sebab gunung yang bakal kami hadap baru je meletup minggu lepas...selang beberapa hari selepas tragedi tsunami di Jepun. But since semua ahli jemaah cakap nak proceed maka proceed jelah...regardless to some opinion yang cakap rugi pegi time ni sebab view tak berapa nak menangkap. Tapi kitaorang pikir the other way round....bukan senang nak tengok percikan lava gunung berapi melompat-lompat keluar dari kawahnya. Kat Malaysia mana ada, kannnn?

Teringatkan aku 1 ayat yang dibaca masa blogwalking ke 1 travelblog ni...katanya gini...

"Worrying gets you nowhere"

Betul tak? Kadang-kadang risau kita ni tak bersebab. Contoh risau ada ke makanan halal kat tempat tu? Tido dalam dorm yang share tu confirm ke selamat? Pendek kata sume asik negatif dari awal sampai ke hujung. Sume benda mesti dulukan negatif sebelum positif. Selalu skeptical pasal orang lain. Pendapat aku kalau risau 24jam duduk jela rumah tengok tibi. Orang-orang camni sebenarnya bukan traveler pun, tapi tourist. Dan honestly aku rimas sebenarnya bila berhadapan dengan orang-orang camni  =____=

Amende aku membebel ni kan? Baik layan gambar bawah lagi bagus....


ini waktu normal


waktu tak normal


pooooffff!!


Hopefully semua yang dirancang berjalan dengan lancar dan paling diharapkan cuaca nanti baik-baik saja. Amin~

Read more...

Homestay Korea

March 15, 2011


Malam tadi aku buat sedikit research pasal trip Korea. Memandangkan duration of stay yang agak lama, jadi aku perlukan alternatif yang sesuai dengan bajet. Sebenarnya banyak yang aku terfikir nak buat...antaranya wwoofing, kayuh basikal pusing satu Korea dan homestay, tapi takde lagi kata putus memandangkan lambat lagi trip ni. 

Idea untuk homestay memang menarik especially kalau betul-betul nak menyelami budaya dan cara hidup masyarakat Korea dengan lebih dekat lagi. Jangan salah tafsir....interest aku pada negara ni bukanlah disebabkan soap drama, artis-artis jambu dan lagu-lagunya sebab the only Korean soap drama yang aku tengok hanyalah Winter Sonata...hahaha...itupun dah donkey years, waktu belajar kat Uni dulu. Tapi, kalau nak homestay aku lebih prefer duduk di kampung dari duduk di bandar...for obvious reason la kannnn! ^__^

So let's cekidaut findings untuk homestay....






Takyah cerita panjang...korang cekidaut la sendiri website-website ni ok! Sekarang aku tengah fikir camne nak show gratitude kat tuan rumah yang bakal menghost aku. Ape yang sesuai nak bagi sebagai tanda kenang-kenangan dari Malaysia? Kain pelikat lalalala~ ok tak? Kalau ada idea lebih menarik sebagai gift boleh share kat sini  ^___^

Read more...

Revisit : Berbaloi tak?

March 14, 2011


Just a general question....Ape pendapat korang tentang revisit balik tempat yang pernah dikunjungi suatu ketika dulu? 

Tak kisah sama ada tempat yang nak revisit tu kat dalam atau luar negara sekalipun tapi idea untuk revisit ni boleh jadi atas beberapa sebab. Mungkin sebab nak tengok perubahan tempat tu pada hari ni setelah 3-5 tahun? Atau mungkin dulu pegi waktu musim sejuk, so kali ni nak pegi sebab nak tengok tempat tu masa musim luruh/bunga? Atau mungkin sebab nak mengenang memori lama? Atau mungkin sebab nak padam memori lama? Atau nak bawak kengkawan pegi visit tempat yang korang penah pegi dulu, jadi tour guide mungkin?

Apa reason sekalipun...rasanya berbaloi tak revisit ni? Atau lebih baik skip je dan pegi tempat lain yang belum pernah sampai lagi?


Great Wall of China


Shanghai


Macau


Bali


Aku terfikir nak revisit balik beberapa tempat yang aku pernah pegi dulu. Need advise. Thanks in advance!

Read more...

Deals dari Australia


Semua orang suka great deals kan? Tapi kali ni great deals datang dari Australia. Lebih kurang macam Milkadeal yang tengah popular kat Malaysia sekarang, so benda ni lebih kurang je approach dia. 

Ada dua website yang aku nak introduce kat sini iaitu Jump On It dan Australian Travel Specialist

Deals dalam Jump On It merangkumi segala jenis deals termasuk travels manakala Australian Travel Specialist lebih spesifik kepada pakej-pakej travels dalam Australia seperti pakej Great Ocean Road, Philip Island, Blue Mountains, Sydney Aquarium, Sydney Tower dan lain-lain lagi bagi seluruh territory dalam Australia (by the way, Jump On It pun available kat beberapa bandar besar dalam Nz seperti Auckland, Christchurch dan Wellington).






Apa yang aku nak sampaikan ialah, jika korang bercadang nak holiday kat Australia, cubalah jenguk 2 website ni untuk dapatkan great deals. Just sign-up email alerts supaya boleh tahu apa deals yang tengah on sale kat website. Aku pun berjaya grab great deals untuk Great Ocean Road day tour pada harga $38 (lebih kurang RM118). Normal price untuk pakej serupa antara $95 ke $120 (lebih kurang RM295 ke RM370). Banyak kan perbezaannya?

Tapi...sob...sob...sob....aku mungkin tak jadi ke Australia tahun ni sebab ada misi lain yang clash dengan travel date tu. Mula-mula terfikir gak nak jual balik voucher tu tapi sebab ia tak boleh di transfer, so macam kena burn la nampak gayanya. Takpelah, ada rezeki, panjang umur sampai la aku kat Great Ocean Road tu  =_____=


notakakiayam : rasa simpati atas tragedi yang melanda negara Jepun dan takziah kepada mereka

Read more...

i-Site new zealand

March 08, 2011


Travel dalam NZ tak susah sebab negara ni memang tourist friendly. Even datang tanpa sebarang persiapan, tanpa study sebarang map, tak reserve bilik pun korang boleh travel. Ada sesetengah orang hanya refer pada internet, forums takpun buku panduan travel macam Lonely Planet untuk dapatkan information tentang sesuatu tempat. Tapi dengan adanya i-Site, information tentang sesuatu tempat akan lebih detail. Cuba selak dalam Lonely Planet, ada banyak ke info pasal (contoh) pekan Timaru? Kalau ada pun ciput. So kalau orang tanya apa yang spesel pasal Timaru aku yakin takde orang yang boleh jawab kecuali mereka yang penah duduk kat situ. 

Di setiap pelusuk bandar, walaupun ia sebuah pekan koboi akan ada bangunan i-Site yang akan menjawab 1001 kemusykilan tentang sesuatu tempat. Di sini selalunya stationed 1-2 orang staff yang akan assist  apa saja berkenaan information, booking dan sebagainya. Selain dari tu, kat sini ada dijual poskad, setem, cenderamata....cuma cenderamata tu mungkin agak pricey sikit dari kedai souvenir lain. Kat i-Site ni jugak korang boleh grab brochure, maps dan sebagainya.

Jadi, andai kata lost bila sampai ke sesuatu tempat tu, pegi cari i-Site. Aku yakin pastu korang akan berada di jalan yang benar...

Lebih information tentang i-Site dan lokasinya di seluruh NZ, sila lawati laman ini.


i-Site Ashburton


mark bangunan ni bila ke Ashburton


tinggalkan jejak di i-Site Ashburton


kat Queenstown ada 2 i-Site, opposite each other dekat roundabout


the other i-Site kat Queenstown


i-Site Christchurch - kat area Cathedral Square


sign autograph buku pelawat i-Site Christchurch


i-Site dalam Christchurch Airport


i-Site dalam Auckland Airport


kat compound depan i-Site Methven


i-Site Mount Cook


i-Site Timaru


Jadi kalau korang ke i-Site di atas, carila autograph aku. Amacam? Ada berani? Lagi 1, sila abaikan baju aku sebab itulah sweater yang aku ulang-ulang pakai masa kat sini...I love black.. Hitam itu menawan...ekekeke~ (alasan).

Read more...

Nakedbus $1 deal

March 03, 2011




Jika korang travel secara solo atau on tight budget mungkin boleh condsider untuk beli tiket bas lebih awal untuk dapatkan harga $1 untuk mana-mana destinasi yang nak dituju dalam NZ. Tapi promo ni kene tengok untuk date yang lebih ke depan sebab kalau beli last minute selalunya susah nak dapat harga $1. Seat $1 ni sangat limited, sama la macam tiket AA.

Dulu aku penah cerita pengalaman menaiki Nakedbus dari Queenstown ke Christchurch dalam entry ini. Dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang bus ni boleh click link ini.

Route Nakedbus ini meliputi keseluruhan North dan South Island dan bukan itu saja, korang boleh crossing dari North Island (Wellington) ke South Island (Picton) or vice versa (Picton ke Wellington) dengan menaiki kapal menggunakan servis Nakedbus. Terdapat Nakedpassport untuk traveller yang mahukan lebih penjimatan dengan menggabungkan beberapa trip/route pada harga lebih murah berbanding dengan single ticket.

Selain dari itu, Nakedbus juga menawarkan pakej daytrip ke Milford Sound termasuk cruise di atas bot mengelilingi Milford Sound selama 100 minit dengan harga serendah $119. Pakej ini hanya valid untuk pick-up point dari Queenstown dan Te Anau.

Berikut adalah rangkaian laluan Nakedbus di seluruh New Zealand. Untuk map interaktif yang akan menunjukkan laluan bas ke destinasi pilihan, sila click sini.


North Island
[click to enlarge]


South Island
[click to enlarge]


Untuk trip bulan 7 ni (insya Allah), aku dah pun book 1-way trip dari Queenstown ke Christchurch Airport dengan harga $6 (+/- RM13) termasuk $1 untuk service charge. Aku tak dapat seat $1 sebab dah habis, tapi seat $5 dollar untuk route sejauh 7-8 jam ni memang berbaloi especially bila dia terus shoot sampai ke Christchurch Airport. Ikutkan normal price untuk destinasi ni adalah $35++ sehala (RM80++) dan harga yang aku dapat tu memang sangat murah. 

Pembelian tiket Nakedbus boleh dilakukan secara online menggunakan kredit kad dan itinerary tiket akan dihantar ke email. Masa nak naik bas nanti just bagi booking number ataupun tunjuk salinan booking pada driver bus untuk pengesahan.

Lagi satu, kalau aku turun town Christchurch dulu dan amik separate transport ke airport, confirm akan spend lagi $15 sehala dengan Steve Shuttle (cheapest shuttle untuk kategori door-to-door service) atau $7.50 kalau naik Redbus.


Steve Shuttle


Ada banyak option untuk dapatkan servis Steve Shuttle ni, sama ada book melalui Christchurch i-Site (walk-in), email ke info@christchurchnz.com, call +64 3379 9629 atau 0800 4 BEST DEALS (NZ only).

TAPI, yang tak bestnya....Steve Shuttle ni hanya beroperasi dari town Christchurch ke Christchurch Airport dan takde servis dari Christchurch Airport ke town Christchurch, so please take note about this.


contoh tiket Steve Shuttle


Selain dari Nakedbus, Intercity jugak ada buat promosi seat $1. Boleh jenguk website dorang untuk dapatkan deal ni. As usual, only limited seat available for $1, so grab fast!

Read more...

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP