Over kan letak tajuk omputih tapi isi bahasa melayu? Nak wat camne, dah itu paling pendek dan sedap. Kalau aku taruk "Panduan memasak secara ringkas semasa berjalan-jalan"...cam pelik kan bunyiknya? Macam cerita Doremon pun ada. Hehe.
Okay terlebih sudah~
Haritu aku lepak dengan fellow travellers yang akan ke NZ pada awal bulan depan. Macam-macam topik tentang travel yang kami borakkan dan salah satunya ialah bab makanan. Soalan pasal makanan ni kerap jugak orang tanya jadi aku nak share di sini untuk rujukan bersama.
Actually aku kurang faham kenapa isu nasi jadi benda paling merisaukan sume orang. Aku faham yang nasi adalah makanan ruji bagi rice people tapi berpada-pada la nak makan nasi hari-hari. Soalan paling lawak bersangkutan dengan nasi yang penah aku dengar setakat ni ialah, "Ada tak periuk nasi kat hostel sana?". Sebab apa aku cakap lawak....sebab makanan ruji omputih bukannya nasi! Depa tu tekak spaghetti kot! Jadi kenapa perlu ada periuk nasi kat hostel? Arghh!
Kadang-kadang tensen ok bila kena jawab soalan camtu. Haih.
Cuba belajar "puasa" dari makan nasi kalau travel 1-2 minggu. Apelah sangat tak makan nasi, tak mati pun! Fikirkan alternatif lain yang time saving dan ringkas sebab waktu yang korang ada masa travel dahla singkat (lainla kalau travel berbulan-bulan). So kalau dah travel sekejap tu janganla buang masa prepare makanan yang remeh. Kalau duduk hostel lagi la kena faham yang semua facilities kena share dengan semua penghuni. So please be considerate.
For first timers yang bakal menginap di hostel mesti nak tau camne rupa kitchen dorang kan? Harap gambar-gambar di bawah boleh bagi brief idea rupa communal kitchen di mana-mana hostel.
big kitchen @ Bumbles, Queenstown
small kitchen @ Bumbles, Queenstown
my feveret spot. duduk atas sinki sambil tunggu roti toast
lagi contoh kitchen kat hostel lain
- communal fridge & food shelves -
always put label on your items or it will be considered FREE
(name, room no. & departure date)
one of the communal kitchen @ YHA Sydney
boleh nampak kan teraturnya dorang menyusun barang?
so camne kita amik, camtu jugak kita simpan
Selepas selesai memasak dan menggunakan segala pinggan mangkuk periuk belanga, sila basuh, keringkan dan susun balik ke tempat asal. Jangan jadi pemalas. It's courtesy!
Nota : Pesen omputih ni pas cuci pinggan dorang akan lap terus kasi kering dan susun balik atas rak. Tolong jangan buat perangai dah basuh longgok tepi, it's a big NO.
**
So back to earlier topic, pasal nasi. The truth is aku jarang masak nasi bila travel. So apa yang aku makan sebenarnya?
Breakfast
Skip nasi lemak, roti canai dan teh tarik potong kaki. Instead, makanlah benda berkhasiat camni. Jangan lupa makan buah, be it an apple or a banana. Perfect start for a day!
cadbury hot choc, bread toast & nutella, muesli
tapi aku tak suka muesli sebab tak sedap. my faveret is cereal with honey almond!
sayangnya jenis ni takde kat Msia, but siyesly sedap gile! *drooling*
1 litre yogurt. heaven~ (actually murah, dlm 3 dollar je)
kat Msia takde yogurt sebesar ni, kalau ada pun tak sedap.
makan yogurt bagus untuk digestion, sila amalkan!
breakfast by the lake. terbaik!
Lunch/Dinner
Makan tengahari nak berat sikit takpe, takde masalah. Tapi kalau boleh amik makanan yang balance. Kalau tengahari dah makan berat, malam tu makanla ringan sikit macam buah dan hot choc.
- fish & chips -
tak susah nak prepare. campak je sume dalam frying pan
veggies tu rebus dengan sikit minyak+garam
- spaghetti carbonara with chicken -
baca ingredients spaghetti sauce sebelum beli sebab sesetengah tu ada minced pork
i go veggie sometimes!
- kalau dah malas ini pun jadi -
aku sangat suka broccoli sebab tu semua benda aku letak broccoli
- tomyam -
sekali sekala bila rindu masakan asia
- resepi ape tak tau -
layer dulang dengan minyak, sprinkle herbs+garam pastu sumbat dalam oven. setel!
final product : lamb steak! letak sikit gravy and walla~
Tea Time
Light-light sudah. Jangan mengada mintak yang pelik-pelik.
- cekodok pisang -
tak kisah la pisang ape asal namanya pisang, janji ujung-ujung jadi cekodok pisang,
bukan cekodok broccoli
Sebenarnya bukan aku langsung tak makan nasi, cuma bukan selalu. Tapi lauknya tak semenggah mana sebab paham-paham jela harga barang Asian kat sini, mahal gila kot! Kalau 2-3 batang serai je dah 5 dollar, tak ke pitam dibuatnya?
kalau mak aku tau ini yang aku makan confirm beliau nangis.
sebab tu tiap kali aku tepon tanya beliau masak ape, beliau cakap goreng ikan je.
taknak kasik aku sedih le tu!
Kalau nak beli beras kat sini dorang jual dalam paket kecik (1kg). Harga antara $3-5 dollar, bergantung pada jenis. Yang murah pun ada, cuma bukan keluaran Sun Rice tapi Home Brand (macam brand Tesko atau Car4).
brand yang dijual di Pak'n Save, New World dan Fresh Choice
berasnya kontot-kontot
basmati pun ada, tapi mahal le
cam gini rupa basmati. nak buat nasi briyani okla, tapi kene ada rencahnya.
sembang kencang nak masak briyani tapi takde rencah pun tak guna, kan?
Sekali sekala selera mee kari menyinggah juga di tekak. Tapi buat ala kadar asal final product ialah mee kari walau hakikatnya "mee" yang digunakan ialah spaghetti. sadis!
camni ye puan-puan. rebus dulu daging kasi empuk, kata chef rambut ketak
kemudian goreng daging dengan rempah kari
akhir sekali masukkan santan. biar sampai mendidih
ini namanya resepi memandai-mandai. tak sedap boleh marah tukang masak
IKLAN
lama siot manusia ni memasak. baik aku tido dulu, keluh Moss
AKHIRNYA.....
dah siap!
agak slow sebab pakai dapor letrek (kat sini mana ada dapor gas)
cucur kentang jangan dianaktirikan, tak komplit katanya
Terus terang rasanya diet aku kat sini lebih baik dari di Msia. Sebab kat sini aku banyak makan veggies dan healthy foods sebab selection of brands yang bagus dan murah. Contoh, roti kat sini quite variety sebab ada macam-macam jenis dan favourite aku ialah multigrain, portion of slice agak tebal dari roti biasa so makan 1-2 keping dah kenyang sangat.
Aku pasti ramai yang nak tau dari mana aku dapat daging kambing halal dan daging ayam halal kat NZ kannn?
Sebenarnya tak susah mencari barang mentah halal kat sini especially
daging kambing halal sebab NZ ialah world's largest exporter untuk halal sheep meat. Segala produk berkaitan halal certificate dikawal ketat oleh
FIANZ (Federation of Islamic Association of New Zealand) dan boleh rujuk
sini untuk halal directory di seluruh New Zealand (butchery, restoran, bakery, coklat dan sebagainya). FYI, coklat
Whittakers yang menjadi pujaan pun ada halal certificate ok. So takyah risau nak borong berbondong-bondong bawak balik Msia. Kat KL aku jumpa Whittakers (1 bar besar) RM20!! Mahal gile! Walhal kalau convert dari NZD ke RM pun masih melampau RM20 tu.
Kalau tak minat daging kambing jangan kecewa sebab masih ada daging ayam halal untuk dimakan. Jenama yang confirm halal untuk dimakan ialah Brinks. Walaupun takde chop halal kat pembalut Brinks, tapi ianya konfem halal. Camne aku tau? Sebab certificate halal di bawah ni.
tak nampak? tu tandanya pendek umur. hehe
Since aku ni seorang yang baik hati so aku tolong taipkan semula...
Halal Accreditation for CHICKEN
This is not an official certificate. For customer information only
Brinks South Island has been granted Halal Accreditation for the following products :
Plain Whole birds, Portion cuts, Boneless portions
The official Halal Accreditation certificate can be viewed on site at
Brinks South Island Ltd
1308 Main South Road, Christchurch
Masih tak puas hati? Telepon sendiri opis Brinks di 03 347 8369 (ni nombor NZ, jangan dok gatai dail kat Msia. Tah rumah sape agaknya nombor ni, kene maki free je tanya pasal Brinks halal ke tak. Hahaha
Kalau drive keta dari Christchurch down to south, mesti akan nampak slaughterhouse Brinks kat sebelah kanan (means kalau dari south ke Christchurch, tempat ni di sebelah kiri).
Nak cari ayam Brinks kat South Island tak susah, cari je dalam supermarket Pak'n Save dan Fresh Choice, Insya Allah jumpa.
Read more...