Hari Keenam (27 Mac 2011)
Dengan rimas sebab tak mandi pastu berdepan pulak dengan manusia greedy, makin panas hati aku dibuatnya. Aku bangun dari kerusi dan pegi kat kengkawan yang berdiri di luar kedai dan beritahu Toly cakap omputih tu pegi Kawah Ijen esok. Malangnya lain pulak info yang aku dapat. Kata kengkawan aku omputih tu tak amik apa-apa pakej pun dengan Toly. Hurm...nampak sangat kan nak kencing kitaorang dengan buat cerita macam tu? Hampes sangat! Punya bersungguh dia cuba menipu, nasib baik tak termakan umpan.
Tak lama pastu Toly muncul, "Kalian bicara tentang apa?"
"Mengobrol dengan teman, apa salah?!", balas aku. Ek eleh...taula dia bengang sebab tak dapat bisnes dari kami dan omputih tu. Dahtu sape suh pushy?
*Obrol = berbual-bual kosong
"Ayuh, itu mobilnya!", sambil menunjuk ke arah sebuah kenderaan berwarna hijau di depan jalan. Kami berempat saling berpandangan dan berjalan ke arah kenderaan yang dimaksudkan. Aku tak pasti nak panggil ini van ke apa sebab saiznya besar (siap ada tangga kat sisi van untuk naik ke atas bumbung). Kacukan van+bas = minibus.
green minibus
Kami pun masuk ke dalam perut minibus. Rupanya agak usang dan kelihatan sponge kerusi terkeluar-keluar. Seat tak begitu selesa tapi boleh la dari takde langsung. Di bahagian belakang (penumpang) ada 4 row kesemuanya dan kami letakkan kesemua backpack di row depan. Aku duduk di row kedua. Pada mulanya 2 orang kawan aku duduk di hadapan sebelah driver, kemudian bila tengok aku dan seorang lagi kawan duduk di row penumpang so mereka pun beralih ke belakang.
Tak lama kemudian masuk 3 orang lelaki, salah seorangnya adalah driver dan 2 orang kelindan (sorang duduk depan sebelah driver, lagi sorang duduk belakang jaga pintu). Waktu minibus pergi meninggalkan pekan Probolinggo dalam kepala aku ada jugak terfikir kalaulah dorang kidnap kami camne la kan? Mampu ke kami berempat lawan dorang? Punya jauh aku fikir sebab takut jugak kalau dorang buat sesuatu. Almaklumlah kami ni insan yang lemah, hanya mampu berserah (mode Rohana Jalil).
Aku sempat bertanya pada driver minibus esok pagi kitaorang naik ape pegi Mt. Penanjakan (tengok sunrise Mt. Bromo)? Shockingly jawapan yang diterima adalah minibus yang tengah kami naik sekarang. HAH! Nampak ketara muka aku puzzle terus mereka bertiga ketawa. Ini lawak ke serius? Ya betul dorang serius. Dalam kepala aku dah set camne siot minibus ni nak panjat Mt. Penanjakan esok? Boleh ke naik ni? Cam nak roboh je. Jangan memperkecil-kecilkan minibus ni ok. Huhu.
Antara ketiga-tiga mereka yang paling banyak cakap ialah budak lelaki yang duduk di sebelah driver. Sampai sekarang aku masih ingat lagi betapa excitednya dia bercerita tentang
Upin Ipin dan dialog yang paling kerap dia quote ialah,
"Tak ape-ape". Seriously pengaruh cerita Upin Ipin di Indonesia sangat kuat sebab ke mana saja aku pegi orang akan bercerita tentang kartun ni. Menurut salah sorang peminat Upin Ipin yang aku jumpa semasa trip, di sini rancangan Upin Ipin selalu keluar tv, siap berepisod lagi, tapi Upin Ipin tu cakap Bahasa Msia la, bukan Bahasa Indonesia.
van ni agak hippies
Orang-orang yang tengok cerita ni pun pandai sikit cakap bahasa pasar kita. Paling obvious ialah perkataan
Apa? dah tukar jadi
Ape? (bukan lagi sebutan baku). Aku rasa sikit tahun lagi kalau dorang
tekun tengok Upin Ipin, Insya Allah pandailah cakap macam kita. Hehe.
Perjalanan dari stesen bas Probolinggo ke Yoshi Hotel memang jauh dan sebelum meneruskan perjalanan ke situ kami request singgah sebentar di convenience store untuk beli makanan ringan seperti maggi dan air mineral untuk kudapan tambahan (by the way penginapan di Yoschi tidak termasuk makan so kalau nak saving beli makanan sendiri).
Selesai membeli kami pun meneruskan perjalanan ke Yoschi melalui beberapa buah kampung dan jalanraya di sini elok kerana berturap. Di pertengahan jalan minibus berhenti untuk mengambil penumpang iaitu seorang makcik. Aku tak pasti ke mana destinasinya sebab bahasa pertuturannya agak pekat. Kami pun meneruskan perjalanan dan tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan tingkap terpaksa ditutup. Pada mulanya aku berasa sedikit lemas sebab minibus ni takde air-cond, tapi lepas bukak sikit tingkap barulah terasa lega.
Tapi hujan tak turun begitu lama dan di pertengahan jalan sekali lagi minibus kami berhenti untuk mengambil beberapa penumpang lain yang kebetulan satu arah dengan tempat yang kami tuju.
Aku dapat rasakan kami sudah memasuki daerah
Cemoro Lawang apabila minibus yang kami naiki tidak lagi melalui jalan bertar, sebaliknya jalan biasa yang tidak berturap. Pemandangan sekitar tidak lagi disajikan dengan hutan hijau sebaliknya tebing-tebing tinggi yang dilitupi debu kehitaman. Jarak pemandangan kian terhad kerana dihalang oleh kabus-kabus tebal. Pada waktu ini tingkap tak lagi dibuka kerana debu-debu menderu masuk. Suhu keliling terasa lebih dingin dari biasa so kalau orang yang tak tahan sejuk tu eloklah sarung sweater.
yang hitam-hitam ni sume debu dari Mt. Bromo
Aku cuba memecah keheningan suasana dan memulakan perbualan dengan seorang penumpang yang baru naik sebentar tadi; seorang lelaki yang pada pengamatan aku dalam lingkungan 40-an. Banyak soalan yang aku ajukan kepada dia dan melalui maklumat yang aku dapat, keadaan yang aku lihat sekarang bukan seperti sebelumnya di Cemoro Lawang. Tanah-tanah hitam itu adalah debu yang keluar dari Mt. Bromo. Tiba-tiba aku terasa seperti dalam misi bantuan khas palang merah yang membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan untuk penduduk kampung. Honestly gambar-gambar ni tak cukup nak judge apa yang aku rasa waktu tu tapi ia cukup menginsafkan.
Berada di sini terasa seperti berada di dunia lain sebab suasananya tak seperti di kampung-kampung di Msia. Walaupun banyak rumah didirikan daripada batu, namun masih ada beberapa buah rumah yang dibina menggunakan daun mengkuang (pada hemat aku) seperti gambar di atas. Rumah-rumah di sini kebanyakan terletak di sepanjang bahu jalan dan sebuah-sebuah. Dari pengamatan aku, kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani yang mengusahakan tanaman sendiri dan taraf kehidupan mereka adalah sederhana.
agaknye berapa umur nenek ni?
deretan rumah di sepanjang jalan di Desa Ngadisari
Tiba-tiba minibus yang kami naiki berhenti. Dah sampai ke? Tak mungkin.
Alahaiii....tayar pancit pulak!! Baru nak feeling duduk dalam ni sambil layan scenery tiba-tiba tayar pancit. Apakah ini petanda buruk untuk trip kami? Siapa yang bawak bad luck nih? Kami berempat dah sengih-sengih, tak tahu nak gelak ke menangis. Ah layan jelah~
sape la yang berat sangat sampai pancit tayar ni? hish...
Driver dan 2 kelindannya turun untuk menggantikan tayar. Kami pun ikut turun sebab bosan menunggu di dalam. Penumpang-penumpang lain tak turun, nampak sangat kami ni jakun. Sementara menunggu tayar ditukar sempatla kami amik gambar sekeliling, tengok orang sisir batang buluh (agaknye?) dan jugak melambai-lambai pada 2-3 biji lori
pikap yang lalu lalang membawa orang kampung keluar/masuk. Semasa berada di luar boleh terasa "hujan debu" Bromo turun dari langit, semakin lama semakin lebat. Waktu tu habis baju kami kotor dengan debu dan terus mereka panggil kami masuk semula ke dalam minibus. Pengalaman merasai hujan debu di sini takkan aku lupakan sebab ia adalah antara perkara
rare yang belum pernah aku alami sepanjang mengembara ke tempat orang.
sporting la brader ni bila disuruh posing
walaupun ia pikap, tapi tayarnya tak pancit
pasni kene pakai tayar mati macam kat beskal budak-budak, barula tak pancit
Lebih kurang 15 minit menukar tayar barulah perjalanan kami diteruskan dan 30 minit selepas itu kami tiba di Yoschi Hotel. Alhamdulillah kami sampai agak awal jugak walaupun di pertengahan jalan tadi tayar minibus pancit. Sebenarnya kalau diikutkan perjalanan dari stesen bas di Probolinggo ke sini dalam 1.5 jam tapi sebab masalah teknikal so delay jadi 2 jam.
Suasana di perkarangan
Yoschi Hotel sangat-sangat sunyi dan lengang. Hati aku dah terdetik kenapa macam takde manusia je ni?? Bila tiba di reception barulah dapat tau rupa-rupanya hanya kami berempat saja yang check-in untuk haritu dan kebanyakan guest dah check-out awal pagi tadi kecuali sepasang couple German dan Jepun.
Yoschi Hotel
boleh nampak debu-debu Bromo menutupi segenap ruang di Yoschi
Sebenarnya aku expect akan bertemu
Adi iaitu pengurus Yoschi Hotel tapi beliau takde sebab balik kampung. Sebelum ke sini aku kerap berbalas email dengan Adi dan bertanya banyak soalan untuk ke Yoschi sebab kami berempat travel on budget. Since aku dah buat booking sebulan sebelum ke sini jadi nama aku dah ditulis di notice board. Tiba-tiba nama aku jadi glamer sebab semua staff di situ tau (mungkin Adi dah beritahu semua staff tentang kedatangan kami) dan rupa-rupanya kedatangan kami berempat memang ditunggu-tunggu =___="
Selesai urusan pembayaran, kunci dah dapat, kami pun pergi ke bilik yang terletak di bangunan yang terasing dari main building. Keadaan sekitar Yoschi memang sunyi betul sebab takde orang yang tinggal di situ kecuali group kami dan pasangan German dan Jepun tu (time ni kami tak jumpa lagi sebab dorang keluar).
maaflah semak sikit sebab baru lepas lompat bintang
Harga semalam untuk 1 bilik double ialah Rp104k (+/- RM35 ikut exchange rate sekarang). Agak murah sebenarnya untuk bilik double dan ini adalah bilik yang
paling basic antara kesemua bilik. Hanya ada katil double, 1 kerusi, 1 meja sisi, rak kecil di dinding dan cermin muka. Bilik pun tak luas mana, ngam-ngam untuk 2 orang saja. Toilet tak attach dengan bilik tidur. Hot shower di luar tapi dalam bangunan masih ada normal shower dan tandas. Takde a/c dan fan (takyah berangan nak a/c ke fan sebab sini memang sejuk). Lampu bilik jenis mentol kecil dan bukan kalimantang so kalau mata jenis rabun tu kena sabar lebih. Soket plug ada 1, kalau nak caj banyak benda tu kene bawak extension sendiri. Lantai bilik jenis papan keping dan dinding bilik dari tikar mengkuang. So kalau orang sebelah kentot ke, buat ehem-ehem ke memang boleh dengar sebijik sebijun. Huhu.
Disebabkan seharian kami tak makan apa-apa maka selepas letak beg kami terus ke cafe untuk order makanan. Menunya agak variety dan jangan terkejut kalau nampak menu pork atau ham...terpulanglah nak meneruskan order atau kansel. Tapi kami proceed jugak, cuma order nasi goreng telur mata dan Teh 'O'. Sementara menunggu order siap kami kenduri Maggi dulu (beli kat kedai di Probolinggo).
menu ni cost me about Rp15k dan Teh 'O' Rp3k
Lepas habis kenduri Maggi dan nasi goreng, kami duduk berborak-borak di meja makan dan sambil-sambil tu mata aku melingas tengok deco dalam ruang cafe. Okla agak menarik sebab banyak meja makan, boleh pilih sama ada nak duduk di ruang atas atau di ruang bawah, sama ada meja kecik atau meja besar. Aku terperasan gambar potret seorang lelaki dan seorang perempuan mat saleh berpakaian tradisional Indonesia di kaunter cafe tapi segan nak tanya siapakah gerangannya. Takpe, keep your curiosity, nanti tanya.
Kemudian muncul seorang lelaki yang pada hemah aku berusia dalam lingkungan 20-an. Dia memperkenalkan dirinya sebagai
Dian (nama penuh beliau ialah Mardian, aku tak sure ejaan aku betul atau salah tapi itulah yang telinga aku dengar). Waktu tu aku dah terconfuse sebab dalam kepala aku dah set kalau nama Dian mesti pompuan sebab the only Dian yang aku tau ialah Dian Sastrowardoyo. So now ada Dian versi lelaki kah? Tak kisahla tu semua tapi kenapa Dian ni pun tanya siapa dalam group kami yang bernama Fatt? Adoi lagi sekali nama aku dipetik...segan pulak =___="
Dian adalah salah seorang dari staff yang bekerja di situ, beliau seorang yang peramah dan banyak yang kami bualkan...mostly berkisar tentang Mt. Bromo. Dian sempat menunjukkan beberapa keping gambar Mt. Bromo yang diambil menggunakan handphonenya. Canggih ko dik...handphone akak pun takleh amik gambar, sedeh T___T
Entah macam mana tiba-tiba timbul idea nak tengok Mt. Bromo petang tu dan dia quote harga Rp40k seorang bersama sepeda (motor) dan supir (dorang le supirnye sape lagi). So total kiranya 4 motor dengan 4 orang supir. Pandai ko dik buat bisnes. Takpelah dik...akak-akak mu ini memang suka spending...layan~
Oleh kerana esok pagi waktu subuh sepiee nak panjat bukit tengok Bromo maka kengkawan aku yang 3 orang ni kena sewa baju sejuk sebab baju sejuk dorang tu memang tak sesuai untuk menahan sejuk di atas sana. Aku tak sewa sebab aku kan dah bawak bekal baju long john+fleece. Sewa sehelai baju tebal tu dalam Rp25k sehelai.
So kami minta untuk bersurai sekejap sebab nak solat dan salin baju (salin je, mandinya belum lagi...haha). Waktu tu Dian pun offer nak jadi imam untuk kami semua. Aiseh dik...kami ni musafir la. Len kali akak jadi makmum ye. Sungguh, ada bakat keterampilan! Boleh dibuat calon suami! Pandai ko nak up saham. Hehehe.
Biasalah orang pompuan ni kalau bersiap punya la lama. Walhal bukan menepek bedak pun, tak taula apa yang lama sampai melaung-laung si Dian tu panggil kami. Malu seh! Maap ye dik, kami orang pompuan memang gini =___=
Dengan tangkasnya kami terus keluar sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. Janji 15 minit tapi kami lewat sampai 30 minit. Huhu.
Wah hensem rupanya supir-supir ni, muda-muda belaka, merembes! Tapi anak ikan...terpaksa kansel. Baru aku nak pilih anak ikan yang berkenan tiba-tiba Dian keluarkan arahan yang aku kena naik dengan dia. Pulakkkk! Hancur harapan aku, berkecai! T___T
tit...tit...tit... (anta sms)
abisla cewek aku dah nampak aku bawak makwe lain naik motor
kabus tebal bercampur debu Bromo
Sebenarnya aku rasa awkward bila naik motor dengan orang asing. Tak tau nak kabor malu dia camne, rasa nak sorok muka dalam baju. Tapi aku kena buang jauh-jauh perasaan tu sebab memang lumrah orang mengembara ni kena buat muka tembok. Kalau malu tak kena tempat memang susah nak communicate dengan orang luar.
Sepanjang perjalanan menuju ke view point banyak jugak yang aku dan Dian borakkan. Agak sukar sebenarnya meneka apa yang bermain di fikirannya tapi apa yang pasti dia kelihatan lebih matang dari usianya. Aku agak terkejut bila tahu umur dia 20 tahun sebab aku bajet umur dia lebih dari 25 tahun. Banyak yang dia ceritakan tentang dirinya tapi aku tak boleh nak share kesemuanya so I just keep to myself. Cuma apa yang boleh aku cakap, dia memang seorang anak yang cekal. Selain dari tu banyak juga yang kami borakkan seperti cerita pemilik Yoschi Hotel, hal penduduk kampung, tanam-tanaman hinggalah ke soal nikah kawin??!!
Sekadar berkongsi apa yang kami bualkan, sebenarnya nama Yoschi adalah gabungan dari nama pemilik hotel iaitu Yo??? (suami) dan Schi??? (isteri) maaf aku dah lupa nama mereka. Memang betullah tekaan aku yang potret di ruang cafe tadi ada kaitan dengan pemilik hotel ini. Isterinya adalah seorang wanita dari German dan mereka bertemu di sini (auww romantik gitu) dan menikah. Isteri German ni adalah isterinya yang ke-3 (kelas ko no. 3 omputih) dan 2 orang lagi isteri adalah wanita local. Buat masa sekarang si isteri ada di German dan suami di sini (PJJ mungkin).
kebun potato ni mungkin lambang cinta sejati mereka
Pasal tanaman pulak, kalau diikutkan memang ada banyak kebun strawberry di sini tapi sebab debu berapi yang sangat tebal maka pokok-pokok strawberry tu mati. Selain dari pokok strawberry mereka juga menanam pokok bawang dan sayur-sayuran seperti kentang. Kebanyakan tanaman di tanam di lereng-lereng bukit selain di plot-plot kosong di sebelah rumah. Padi takleh tanam kat sini ok! No No No~
tebal jugak debu ni tutup tanaman-tanaman tu
Pasal nikah kawin pulak...sebenarnya aku agak terkejut bila Dian tanya aku dah kawin ke belum. Dia memang berani okay, lelaki sejati. Ko nak tekel akak ke dik? Jangan dik..akak ni tua lagi dari ko. Walaupun muka akak seperti budak baru habis SPM, tapi ko jangan terpedaya. Hahaha.
Dia tanya berapa kalau mas kawin untuk pompuan-pompuan di Msia. Hah, ape aku nak jawab ye sebab aku pun belum penah kawin. Aku pun tibai jelah RM5k. Tak tinggi, tak rendah sangat...sedang-sedang aje. Dia pun cerita kalau di sini nak meminang pompuan dalam Rp5k dah boleh. Aku terkejut biar betik budak ni? Kalau Rp5k tu kan lebih kurang dalam RM1.70??? Aku pekak barangkali sebab pakai helmet...hehe. Pastu aku pun tanya la dia dah ada makwe ke belum? Jawapan yang dia bagi buat aku rasa nak duduk tahiyat akhir di tikar sejadah sambil menadah tangan ke langit (berdoa).
Nak tau apa kata dia?
"Saya ngak ada teman wanita. Saya ngak suka berpacaran kerana itu tidak serius. Jika saya suka pada perempuan itu, saya akan terus kahwini dia. Saya ngak mahu dia menunggu kerana itu seperti memainkan perasaannya. Hati wanita itu kan lembut"
Nanges T___T
Inilah contoh lelaki yang ikhlas dan tak suka mainkan perasaan wanita. So sape-sape yang mencari calon suami, aku rekemenkan Dian. Sekian terima kasih.
bersambung....
.
Read more...