The Overland : Bangkok (Part 1)

June 30, 2011

Kita sambung lagi ye, dah kata masuk gear 5 enjin turbo. Dan sila jangan konpius sebab ini bukan sambungan travelog Umrah. Kang ada yang pikir pehal tadi aku tomakninah, tawadduk, intifada, rabbani, nowseeheart tapi pastu tiba-tiba bertukar menjadi ranggi.

Sambungan dari entry sebelum ni.


Day 5 : 17 May 2011

Aku terjaga bila terasa satu cahaya yang panas hinggap ke muka. Apekah?? Oh dah siang rupanya. Tapi aku masih lagi dalam perut keretapi menghitung jam untuk sampai ke Bangkok. Dah berakar rasanya bontot ni duduk atas kerusi dari petang semalam. Haih!

Sedang keretapi bergerak menghampiri kota Bangkok, makin ramai manusia yang turun termasuklah orang yang duduk di sebelah dan di depan aku. Aku masih tercangak-cangak dalam keadaan confuse kenapa tak sampai lagi sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 11.40am. Ingatkan dalam entry lepas aku cakap ETA jam 10.10am, so kira la berapa jam aku dah delay? Biasala..nama pun naik keretapi biasa, bukannya bullet train.


slum area di kiri dan kanan landasan keretapi sewaktu menghampiri stesen keretapi Bangkok
lengang sikit sebab ramai penumpang yang dah turun

Akhirnya destinasi yang ditunggu-tunggu telah pun muncul. Aku tersenyum lega sebab perjalanan yang memakan masa hampir separuh hari ini telah pun tamat. Bangkok Hualompong Train Station, satu tempat yang tidak asing lagi bagi aku sebab pada tahun 2009 aku pernah ke sini menaiki keretapi ke Surat Thani untuk ke Koh Samui. Masih sama keadaan di luar dan di dalam stesen keretapi, takde apa yang berubah. Sesekali terflashback balik kenangan pada waktu tu, tapi waktu tu aku travel in group, cuma kali ni aku sorang.

Stesen Keretapi Hualompong
Perkara pertama yang aku buat ialah tanya return tiket ke Butterworth sebab taknak kejadian yang sama di Hadyai berulang. Tak sanggup rasanya naik keretapi seat biasa balik ke Msia, boleh mati kejung pastu. Untuk pengetahuan sume, dari Bangkok hanya ada keretapi ke Butterworth je dan tidak ke Kolumpo. So kalau nak balik direct dari Bangkok ke Kolumpo kena pikirkan alternatif yang lain.

Kat sini ada 2 jenis kaunter tiket : advance sehingga 60 hari dan perjalanan untuk hari ini. Since aku nak beli advance ticket, so aku kena pegi kaunter advance. Setelah mendapatkan info availability dan harga dari petugas di kaunter (dorang boleh cakap English, tapi sangat basic), aku ke tepi sekejap. Belum boleh decide lagi nak balik bila sebab aku masih confuse dengan trip ni. Yelah kan aku penah cakap yang trip ni tak properly dirancang dan aku pun guna konsep redah. Lama pastu aku tepon mak sebab nak confirmkan bila tarikh yang beliau nak aku berada di rumah. 

Berbekalkan sisa topup dari nombor siam yang dibeli di Hadyai tempoh hari, aku dial henpon mak. Toot! Toot! Suara mak aku kedengaran lain macam, macam baru lepas menangis. Eh kenapa ni? Aku dah risau. Kemudian barulah aku dapat berita yang makcik aku meninggal dunia. Aku tergamam dan pening tak boleh buat keputusan. Waktu tu rasa nak beli tiket balik tapi lepas aku amik masa untuk bertenang dan fikir masak-masak tentang trip ni aku pun pilih untuk proceed. No point jugak kalau aku balik sebab harini jenazah akan dikebumikan, still tak sempat. Perasaan sebak dalam hati memang ada sebab aku masih lagi teringat pertemuan terakhir dengan arwah sebulan yang lepas waktu di hari pengkebumian pakcikku. Tak sangka Allah menjemputnya pulak lepas tu. Innalillah.

Aku masih berkira-kira tarikh yang tepat untuk balik ke Msia dan waktu tu aku keluarkan buku belacan yang digunakan untuk mencatat semua nota travel dan mencari itinerary yang separuh siap. Separuh siap? A'ah, betul...separuh siap sebab aku tak bebetul plan nak buat apa but mostly nak roaming freely ikut suka hati. Setelah mengcalculate bajet akhirnya aku pilih untuk balik pada 25hb. So roughly aku ada lagi 9 hari termasuk hari ni untuk travel. Ikutkan hati nak lajak terus sampai tarikh 29hb tapi oleh kerana ada komitmen lain pada waktu tu jadi terpaksa aku kuburkan hasrat.

Aku kembali semula ke kaunter advance ticket dan beli tiket perjalanan sehala Bangkok-Butterworth, upper sleeper cuma THB1120 (lebih kurang RM112). Lower sleeper lebih mahal dari upper sleeper so aku pilih yang murah sebab setakat nak tido beberapa jam je aku tak berkira sangat. Kalau tiba-tiba rasa nak retime tiket ni boleh aje, paling last minit ialah sejam sebelum keretapi bertolak dengan bayaran tambahan sebanyak THB50, but subject to availability of space.

kaunter advanced ticket
kaunter tiket untuk perjalanan hari yang sama
Dah selesai hal tiket aku pun terus naik MRT (underground train) yang terletak di luar Hualompong Train Station untuk ke hostel yang terletak di area Silom. Hostel yang aku tuju tu namanya WE Bangkok. Aku tau pasal hostel ni masa search dalam Hostelworld dan HostelBookers sebab hostel ni takde official website sebab ia masih baru. Faktor yang menyebabkan aku memilih hostel ini ialah :

1. Harga (ada promotion waktu tu, cuma THB200 semalam, mixed dorm)
2. Lokasi (hampir dengan public transport iaitu BTS Skytrain)
3. Review dari travellers (ini point yang paling penting sebab review inilah yang akan bagi kita clearer picture tentang hostel yang selalunya indah di dalam website tapi realitinya macam rumah hantu)
4. Additional extras yang patut dikonsider seperti free internet/wifi, free lockers, free itu ini dan sebagainya.

Kebetulan pada waktu tu HostelBookers tengah buat special promotion (fee waiver untuk booking) so aku pun book melalui website ni instead of Hostelworld. Cuma bayar 10% deposit untuk penginapan semalam (sebab aku book 1 malam) and the rest bayar masa check-in. 

WE Bangkok ini terletak di area stesen BTS Chong Nonsi dan dari situ kena jalan kaki lebih kurang 5 minit untuk sampai ke hostel. So dari MRT Hualompong aku tukar BTS di stesen Silom dan turun di Chong Nonsi. Tambang semua lebih kurang THB50. Kalau siapa penah pegi Singapore dan Bangkok mesti akan kata sistem MRT dan BTS dorang menggunakan coach yang sama (or is it cuma aku sorang je yang perasan? entah!). Honestly speaking, sistem light train kat Bangkok memang bagus dan jauh lebih baik dari yang ada di Msia. Aku harap kerakyatan aku tak kena lucut sebab memuji negara orang. Apsal ye orang Msia selalu sentap kalau orang bagi pendapat negatif pasal negara sendiri? Kata tak patriotik la, tak 1Malaysia la.. I mean, try see it from the positive side tak boleh ke? Aku rasa sebenarnya negara kita mampu je beli model light train yang bagus, gerabak yang lebih luas dan panjang sebab Msia bukanlah negara yang miskin. Tapi aku tak taule kenapa dorang bodoh sangat pegi beli model light train yang sempit dengan gerabak yang pendek sedangkan kapasiti penggunanya tinggi. Get the picture? It's time to move on people, look at the countries next to us. Upgrade the public transpot...barulah orang rasa selesa sikit nak pakai. Dan automatically orang pun lebih suka naik public transport dari bawak kereta. Less car less pollution. Ok? Peh...dah macam bagi syarahan pulak.

BTS skytrain
mesin tiket BTS
jadual yang menunjukkan harga tiket mengikut zon
tiket BTS
mesin tiket MRT
stesen-stesen yang terdapat di laluan MRT
MRT yang menggunakan sistem token
click map to enlarge [source]

Akhirnya aku pun sampai kat stesen BTS Chong Nonsi dan berpandukan map yang aku tengok dalam internet, aku cuba cari landmark yang dinyatakan sampai sesat. Aah..aku sesat. Entah macam mana tetiba aku nampak sorang minah saleh di tepi jalan dan bertanyakan arah. Alhamdulillah akhirnya aku pun jumpa jugak hostel ni walaupun kedudukan ia agak tersorok dan terceruk di hujung jalan. Ada laluan pintas sebenarnya untuk ke sini tapi nanti aku ceritakan.

myself @ WE Bangkok

Tiba di kaunter ada 2 orang receptionist menyambut aku. Selesai membayar balance penginapan dan deposit sebanyak THB100 aku pun dibawa naik ke dorm oleh salah sorang staff hostel. Sepatutnya aku duduk di mixed dorm sebab promosi yang aku dapat tu entitle untuk mixed dorm, tapi entah camne aku sembang-sembang mintak mixed dorm yang lebih ramai female dari male, reception tu tetiba bagi aku female dorm without extra charge (harga female dorm ni jauh lebih mahal dari mixed dorm sebenarnya). I guess I'm lucky, maybe!

Sebenarnya aku takde hal pun duduk mixed dorm sebab bukannya 24 jam aku duduk dalam tu. Ada kat bilik pun time nak tido je, most of the time dorm tu kosong (yelah kalau ko duduk je dalam bilik baik ko takyah pegi jalan, kan?). Tak penah timbul masalah segan tak tentu pasal sebab hal salin baju dan personal sume disetelkan dalam toilet (toilet pun seperate bukan mix). Sexual harassment? Alhamdulillah so far takde lagi aku dengar kes camtu sebab kalau orang tu bebetul seorang traveller, dalam diri dia dah tersemat 1 rule untuk respek semua traveller lain regardless colour, race & gender. Aku suka duduk dorm sebab boleh berkenalan dengan traveller lain. Memang kadang-kadang tu ada 1-2 kutu yang perangai pemalas dan pengotor tapi janganla join jadi pengotor jugak. Susah sangat lodge je kompelin kat reception, nanti pepandaila dorang setelkan.

So reception tadi tunjukkan mana 1 katil aku dan serahkan access card. Kat sini aku rasa agak pelik sebab selalunya tak penah pulak reception tunjukkan mana 1 katil yang aku kena duduk sebab kalau dorm tu kosong gasakla nak tido memana katil pun. Tapi 1 katil jela boleh pilih, tak boleh le esok katil ni, lusa katil lain...memang mintak penampo le namanya. Aku suka amik katil bawah sebab senang, but this time nasib baik dia bagi aku katil bawah tepi tingkap. Female dorm ni luas, ada 4 bijik katil double deckers kesemuanya yang menjadikan total bunks dalam tu sebanyak 8 buah. Hostel ni sangat bersih, tilam dan bantal pun empuk, memang konpem boleh tido nyenyak. Waktu aku check-in tu hanya ada 2 orang penghuni termasuk aku dan itu jam aku belum jumpa lagi roomate aku. Could be she's the one yang tunjukkan aku arah untuk ke sini tadi? We'll see. Apapun harapnya roomate aku ni frenly, tu jelah.

alhamdulillah selesa sangat

Selesai letak beg aku pegi mandi memandangkan bau aku pun dah bermacam-macam, bukan lagi satu macam. Toilet kat sini letaknya di luar bilik, it's a communal toilet but seperate by gender. Dah selesai yang patut dan wajib aku pun sms couch surfer yang aku salin nombor teponnya semalam masa di Hadyai. Honestly ni first time aku jumpa budak CS (couch surfing) so debor tu memang ada sebab dorang ni selalunya orang yang dah selalu travel dan banyak experience. Kalau nak tau couch surfer dan Couch Surfing tu ape, pegi google sendiri sebab aku malas nak suap. Cepat gak dia reply sms dan aku terus gerak ke area shopping mall di Silom memandangkan dia berada di sekitar kawasan tu. Waktu ni jam menunjukkan pukul 3pm dan waktu di Thailand adalah 1 jam lewat dari waktu di Msia.

Kali ni aku menggunakan laluan pintas dari hostel untuk ke BTS Chong Nonsi dan rupanya takla jauh sangat walaupun hakikatnya jauh la jugak (but better dari jalan yang aku sesat tadi). Nak ke Silom dari sini aku hanya perlu naik BTS hingga ke stesen Sala Daeng. Kat sini tambang setiap stesen ditentukan menggunakan sistem zon jadi tak perlu pening kepala sebab ada timetable harga untuk setiap zon (smart kan? tak macam LRT atau STAR yang memeningkan kepala. seposen dua pun nak berkira).

Untuk pengetahuan sume, Silom ni terkenal sebagai centre untuk segala mega shopping malls seperti MBK Center, Siam Paragon dan segala jenis shopping mopping centre yang aku tak amik port untuk tau sebab aku bukanlah seorang kaki shopping. Btw kat sini jugak terletaknya HRC Bangkok, Madame Tussauds dan kawasan yang terkenal pada waktu malam iaitu Patpong.

HRC Bangkok
shopping mall untuk orang berada sebab dalam ni semua barang yang eksklusif
shopping mall yang saling tak tumpang macam Sg Wang Plaza
Sebenarnya aku tak excited pun nak menyinggah sume shopping mall tu sebab takde apa yang nak dicari so aku terus sms couch surfer tadi dan tanya kat mana nak jumpa. After few arrangements akhirnya kami sepakat untuk berjumpa di food court di dalam MBK Center. Katanya ada few other Cs'ers yang akan join small gathering ni. Whoa aku bet mesti interesting, sure banyak info dan tips berguna yang boleh dikongsi.

There you go, lepas pusing-pusing mencari food court yang dimaksudkan aku pun bertemu Dyas, seorang CS dari Jakarta. Dia dah travel selama hampir setengah bulan crossing dari Singapore, Malaysia dan Thailand. Kemudian muncul Mita, juga seorang CS dari Jakarta yang pada aku lagi hardcore sebab travel seorang diri dari Vietnam ke Cambodia dan kemudian Thailand. Waktu kami jumpa tu dia cakap lusa nak pegi diving di Koh Tao. Peh ganas! Terasa kecik macam kuman pulak aku waktu tu kalau nak dibandingkan dengan dorang berdua. Anyway Mita dan Dyas ni tak related to each other, kenal pun masa di Bangkok. Along with Mita, ada 2 orang CS'ers lelaki dari Hong Kong yang dia kenal waktu di Siem Reap. Aku dah lupa nama dorang ape, too bad nampaknya aku telah dilanda masalah nyanyuk di usia muda. Ceh!

Apa lagi, bila 5 orang strangers yang gila travel berkumpul maka semua mulut pun becok bercerita pengalaman memasing. Aku lebih banyak mendengar dari bercakap sebab sibuk menghaplod segala maklumat dalam kepala especially tips di Cambodia. Banyak info berguna yang aku dapat melalui Mita. Dia tak kedekut nak share segala ilmu dan tips berguna dengan aku. Benda yang paling aku concern waktu tu ialah safety memandangkan aku takleh nak imagine camne suasana di Cambodia untuk solo female traveller. Tapi setelah melihat betapa bersemangat wajanya Mita meyakinkan aku yang Siem Reap tu 100% selamat so aku pun kembali lega. Kalau nak dicomparekan diri aku dengan Mita ni rasanya dia lagi berani sebab orangnya tersangatlah high-spirited dan optimis walaupun saiznya jauh lebih kecik dari aku. Ingat tak aku penah cakap dalam entry sebelum ni yang orang kecik ni semangat dia besau dan tak reti takut? Haaa....dat's exactly what I'm talking about!


bersambung....
.

Read more...

Umrah : Dari Kuala Lumpur ke Madinah

Rasanya sementara ingatan aku masih bagus so ada baiknya aku menaip travelog ni sebelum aku terlupa. Aku harap travelog ni dapat mengisi jiwa yang kosong dan diri yang sentiasa tercari-cari tempat yang terbaik untuk mendapatkan ketenangan rohani dan hati. Tiada tempat lain sebaik tanah suci kota Makkah.

Travelog ini tak bermaksud untuk meninggi diri tapi sekadar berkongsi dengan rakan-rakan yang belum pernah ke sini atau yang masih belum terbuka hati untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah.

Apa yang akan aku persembahkan dalam travelog ni datang dari hati yang ikhlas dan segala bentuk gambar dan video yang aku rakamkan sepanjang berada di tanah suci ini bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk tapi sekadar berkongsi perasaan dan pengalaman aku dengan semua. Segala yang baik itu datang daripada-Nya dan yang buruk itu datang dari diri aku sendiri.

Intro

Ada beberapa persediaan yang perlu dibuat oleh bakal jemaah yang ingin melakukan umrah. Di antaranya ialah :

1. Menghadiri kursus umrah untuk mengetahui cara-cara melakukan tawaf, saie dan berihram serta pantang larang semasa berihram
2. Ambil suntikan. Nama suntikan tu aku dah lupe tapi benda ni wajib amik sebagai perlindungan dari jangkitan kuman
3. Visa umrah. Part ni tak perlu risau sebab travel agent akan uruskan semuanya
4. Mahram. Untuk jemaah lelaki takde masalah tapi selalunya soal mahram ni timbul kat jemaah wanita. Kalau yang pompuan tu mesti ada mahram/muhrim iaitu bapa/suami/adik beradik lelaki dan sewaktu dengannya sebab tau-tau jelah nak masuk Saudi Arabia (SAR) ni bukan macam pegi melancong ke Ostolia boleh masuk sensorang. So at least kena ada mahram. Aku nak ulas lelebih pasal isu mahram ni tak berapa reti, mungkin boleh tanya yang lebih pakar
5. Persediaan mental dan fizikal. Sebab di sini keadaan cuaca agak melampau, kalau panas tu memang extreme, sejuk pun lebih kurang sama. So kena sediakan bekalan ubat secukupnya dan jika perlu bawak ubat yang tertentu sila dapatkan surat pengesahan doktor
6. Duit. Matawang sini dipanggil Riyal. Duit Riyal ni lebih kurang macam RM jugak tapi nilai dia jauh lebih tinggi. Nak convert tak susah, aku just convert direct je untuk dapatkan nilai dalam RM. Contoh : SAR10 = RM10. Dan barang-barang di sini pada aku agak mahal serba serbi. Setin Coke SAR2, Pringles SAR9. Tak pitam dibuatnya?

Dan lain-lain info yang mungkin aku terlepas pandang. 


Hari Pertama : 14 Jun 2011

Hari yang mendebarkan untuk aku dah tiba. Aku masih ingat lagi sewaktu mak menyatakan hasratnya membawa kami sekeluarga ke tanah suci. Sebenarnya Mak dan Abah dah pernah ke sini melakukan ibadah Haji pada tahun 2001 dan pada waktu tu aku masih dalam tahun pertama di Universiti. Waktu mak tanya soalan tu aku memang tak ready dan bagitau yang aku takut. Mak tanya kenapa perlu takut? Aku kelu tiada jawapan. Aku pun tak pasti apa yang aku takutkan sebenarnya. Mungkin cerita yang aku dengar dari jemaah yang pulang dari sana semuanya ngeri belaka. Cerita berkisar tentang perbuatan yang dibayar cash saat menjejakkan kaki ke tanah haram. Aku akui aku bukanlah seorang yang alim dan warak. Aku cuma average muslim yang selalu buat salah dan dosa. Paling aku takut ialah waktu di tanah haram ni mulut kena jaga, hati kena bersih, kena kontrol marah. Aku akui part ni agak susah sebab macam yang aku tulis kat atas tadi, aku ni average muslim...kalau ada orang bawak kereta macam siput pun aku dah marah, camne aku nak tahan sabar?

Pagi tu kami bertolak seawal jam 5.30am untuk sampai di airport KLIA. Memandangkan hari tu hari orang bekerja jadi sebab itulah kami terpaksa keluar awal. Kami singgah sebentar di masjid yang terletak di laluan ke airport (aku tak ingat nama masjid tu) untuk solat subuh. Badan aku masih lagi letih sebab siang sebelum tu aku keluar pegi tukar duit dan cari barang last minute dan malam tu sambung lagi keluar cari barang yang tak cukup. Badan aku terasa seram sejuk macam nak demam. Ya Allah tolong la jangan kasik aku demam, susah nanti.

Setibanya di airport KLIA kelihatan semua ahli keluarga yang lain dah sampai. Waktu tu jam menunjukkan hampir 8am. Masih banyak masa sebab flight akan bertolak jam 12.45pm. Pegi awal ni pun sebab ada sesi taklimat oleh pihak yang menguruskan pakej umrah. Kami pergi breakfast dulu memandangkan masih banyak masa. Rombongan dari keluarga kami agak ramai, dalam 10 orang kesemuanya termasuk ahli keluarga aku dan saudara mara di pihak mak aku. Walaupun semuanya kategori makcik-makcik tapi makcik-makcik aku memang the best in the world sebab dorang ni jenis yang boleh dibawak bergurau. Dalam pada tu terselit sorang cousin yang rapat dengan aku, dari kecik kami rapat sampai la ke tua bangka. Hehe. Tak lama lagi ko dah nak menikah takleh le aku rapat dengan ko lagi, kannnn?

passport, arrival card, kad cucuk

Takde apa yang aku nak ceritakan sementara menunggu boarding call. Oleh kerana kami menggunakan khidmat travel agent, so semua urusan check-in dan bagasi dorang settlekan. Dan hari itu barulah aku dapat pegang balik passport, rasa seperti bernyawa semula. Time semak passport dan visa umrah tu berlaku sikit masalah bila visa umrah mak aku duplicate dengan visa makcik aku. Itupun terperasan waktu mak aku cek passport dia. Waktu tu aku tengok dia dah risau sebab tahu jelah kan, nak masuk Saudi Arabia ni kena ada visa, kalau takde alamatnya takleh masuk or worst case kena deport. So aku pun terus rasa berasap sebab travel agent ni tak buat kerja.

Aku cukup pantang orang buat kerja memain. Dahla kita bayar dia untuk servis tapi tak buat kerja. Mula-mula aku tanya kat sorang pekerja lelaki travel agency tu pastu dia sengih angkat bahu tak tahu sambil pointing kat kawan dia yang lain. Ikutkan marah aku itu jam rasanya nak hayun penumbuk ke muka dia sebab aku takleh handle lelaki camni. Nampak sangat jenis lelaki tak boleh diharap, jenis takde te**. Aku tanya sorang lagi staff pompuan travel agency tu, dia pun diam dan tundukkan muka. Hei pompuan ni aku lempang nanti ada yang masuk sepital sebab koma. Takleh blah tul dorang ni, makan gaji buta!

Waktu tu aku nekad kalau kata mak aku tak pegi, aku pun takkan pegi sebab aku tak boleh tinggalkan dia dalam keadaan begitu, totally not. Dalam perasaan marah bercampur bengang, aku jumpa superior dorang. Simple je soalan aku, "Kenapa you tak check semua visa before hand out kat kitaorang? I percaya you tak terima passport dari embassy harini. I need an explanation to this!". Memang dia tak boleh jawab soalan tu sebab terang-terangan dorang kantoi tak buat kerja. I was so pissed off with that travel agent sebab kita bagi duit bukan sekupang dua nak uruskan hal ni. The only word yang dia guna untuk convincekan kitaorang ialah, "Semuanya akan ok, Insya Allah". Oh my! Jangan sedapkan hati aku dengan kata-kata plastik. Bukan aku tak penah pegi negara-negara yang wajib ada visa. Grrrr!!

visa umrah efektif 30 hari dari tarikh approval

Aku tanya lagi, "Apa yang buat you rasa sangat confident yang mak i akan lepas  kat immigration nanti? You bukan orang embassy yang boleh I pegang kata-kata you. You boleh cakap sumenya ok tapi apa akan jadi kalau sangkut nanti?". Diam lagi. Aku bercakap pasal fakta, so tolong bagi aku 1 benda yang boleh aku pegang untuk rasa konfiden, faham? Badan aku yang memang dah sedia ada panas jadi semakin panas bila kena deal dengan orang yang buat kerja sambil lewa camni...hangin dibuatnya.

Dia pun sibuk calling tah sape-sape nak dapatkan kepastian tentang visa mak aku. Aku bet dia pun gelabah sebenarnya tapi terpaksa buat cool sebab kalau tak memang kena titik dengan aku. Itu jam aku dah terfikir in case mak aku deny entrance nanti siaplah surat lawyer bakal menyusul kat opis travel agent tu. This is not a monkey business sebab beberapa jam lagi flight nak take off. Mana sempat nak gi embassy untuk print new visa. Korang bleh paham tak anger aku itu jam?

Dia asik bagitau yang running number untuk visa tu tak sama, so benda tu bukan duplicate. Eh habistu gambar makcik aku dengan details dia dalam passport mak aku tu celah mana nak sorok? Obviously benda ni memang mistake yang silly. Lastly aku pun tunjuk contoh visa China yang penah aku buat dulu. Aku cakap pada dia running number is running number, TAPI passport details tu yang penting even benda tu duplicate pun tapi kalau passport number tu bukan hak orang tu memang salah le. At that time barulah dia sedar point yang dia cuba convince kat mak aku tu salah. So aku yang betulkan fakta dan akhirnya aku jugaklah yang mampu convince-kan mak aku. Waktu tu mata mak aku dah berair, makcik aku yang lain tolong tenangkan. Aku tak boleh nak kasik mak aku tenang waktu tu sebab aku tengah sirap. Memang betul la ini dugaan untuk kami sekeluarga terutama sekali mak aku sebab dialah orang yang berusaha untuk bawak kami semua ke Makkah tapi tiba-tiba begini pulak yang jadik.

Aku cakap pada mak kalau jadi apa-apa waktu di imigresen nanti aku akan stay all the way dengan dia regardless apa jugak yang jadi. Abah aku? Dia cool aje. Hampeh! Abah aku memang gitu, cool je. Agaknya memang pesen orang laki camni ye? Cuma dia suruh mak aku banyakkan berdoa semoga smooth masa tiba di sana nanti.

Lebih kurang jam 12pm kami pun bergerak melalui pemeriksaan kastam dan naik airport train untuk ke boarding hall yang terletak di bangunan yang berasingan. Semasa menunggu untuk masuk ke dalam perut kapal terbang tetiba aku perasan akan satu kelibat yang familiar. Peh! Hattan le! Wah ini memang betul-betul wasatiah sebab boleh balancekan dunia dan akhirat. Rasa macam baru kelmarin aku tengok muka dia dalam TV jadi pengadil untuk 1 rancangan melalak yang fofular di Msia (AF rasanya kalau tak silap aku). Ada lagi sorang artis pompuan yang aku nampak tapi nanti kendian aku cerita.

Selesai semuanya tau-tau je aku dah masuk dalam perut kapal terbang. Kami sekeluarga dapat seat sebaris dan pada waktu tu berlaku sedikit peristiwa lucu. Makcik aku yang sorang ni dari awal sampai ke hujung asik buat perut kami pecah dengan gelagat dia yang bersahaja. Makcik aku ni hidupnya di kampung dan itulah pertama kali dia merasa naik flight dan semua benda ni kiranya new experience untuk dia. Aku tak berniat nak gelakkan dia tapi kadang-kadang tu tindak tanduk dia memang lucu dan spontan.

Contohnya waktu kami semua dah duduk tapi dia masih lagi berdiri sambil pegang tiket di tangan. Aku tanya, "Kenapa tak simpan tiket tu?". Dia jawab, "Nanti pramugari nak check tiket!". Adoi...terburai gelak aku. "Ni bukan bas le Mak Eton, simpan je tiket tu buat kenang-kenangan".

chop umrah kat tiket flight

Tak lama lepas tu dia cakap, "Eh-eh sape pulak yang tertinggal majalah kat sini ekk?", sambil membelek majalah dalam poket di seat depan (walhal memang le majalah tu ada kat situ untuk dibaca). Terburai lagi gelak aku. Aku memang takleh nak kontrol kali ni sebab air muka dia selamba je, memang lurus betul makcik aku yang sorang ni.

Waktu flight nak take off aku tengok dia tenang walaupun tergambar sikit perasaan cuak. Aku suruh dia telan air liur untuk elakkan "pekak" sebab perbezaan tekanan udara tapi rupanya dia lagi bijak sebab dah telan cekelat dalam mulut. Hehe.

Dan mak aku, dia hanya berdiam diri dan muram. Aku risau jugak tapi aku convincekan dia Insya Allah ok sebab nombor passport ada atas visa, cuma gambar dengan details je lain so Insya Allah boleh lepas kat kastam nanti.

Mulanya aku plan nak layan movie Sanctum tapi pastu Sanctum ke mana, aku pun ke mana. Sedar pun waktu pramugari tanya nak makan apa. Perjalanan merentasi benua Asia ke Timur Tengah pada waktu ni hanya melibatkan waktu siang sebab perbezaan waktu di antara Msia (GMT+8) dan Saudi Arabia (GMT+3). So maksudnya kena kira backward (-5) waktu Msia untuk dapatkan waktu di Saudi Arabia.

Oleh kerana perjalanan kami memakan masa hampir 9 jam maka makan pun 2x. Waktu ni aku suap je makanan tanpa perasaan. Tak makan nanti lapar, kan?

semua ni aku sebat sampai licin
ini pun sama walaupun rasanya tahape-hape

Dalam kapal terbang waktu tu ada 2 kumpulan jemaah iaitu (1) terus ke Makkah untuk melakukan ibadah umrah dan (2) ke Madinah untuk berziarah sebelum ke Makkah untuk menunaikan umrah. Aku sekeluarga masuk dalam group nombor (2) sebab pakej kami ni pegi ke Madinah dulu untuk berziarah sebelum ke Makkah untuk melakukan umrah.

Sedang dalam perjalanan menghampiri SAR pilot pun buat pengumuman supaya jemaah yang akan melakukan umrah mula berniat ihram kerana kapal terbang sedang melalui kawasan miqat (tempat untuk berniat ihram) iaitu Yalamlam yang terletak sekitar 89km dari kota Makkah. Pada waktu ni para jemaah dah mengenakan pakaian ihram (untuk lelaki pakaian ihram ialah 2 kain yang tidak bertemu/berjahit) dan perempuan pula tak terbatas sama ada berkain telekung atau apa saja asalkan yang menutup aurat. Selepas berniat ihram bermulalah "tempoh berpantang" hingga selesai umrah di mana para jemaah hendaklah menjaga diri dari melakukan perkara yang boleh menyebabkan dam (denda). Nak tau apa pantang larang dalam ihram untuk kaum lelaki dan wanita silakan google.


Dari Jeddah ke Madinah

Tepat jam 4.30pm kami pun mendarat di airport Jeddah. Dari kapal terbang kami naik shuttle bus untuk ke airport terminal. Setelah menunggu giliran untuk melalui kastam akhirnya Alhamdulillah berkat doa semua ahli keluarga mak aku tak hadapi sebarang masalah saat melepasi kastam. Menangis dia waktu tu sebab rasa syukur dan aku pun rasa lega bila perkara yang paling merisaukan tu setel. Sementara menunggu wakil travel agent tiba, kami solat jamak (zohor dan asar) dulu dalam airport.

jemaah bersolat di ruang terbuka dalam airport Jeddah
airport Jeddah macam airport LCCT

Selesai solat, dah collect luggage, kami pun melalui pemeriksaan bagasi sebelum keluar dari airport. Fuh memang panas, membahang rasanya sampai rongga hidung ni terasa terik. Akhirnya bas yang ditunggu-tunggu pun tiba. Sambil menunggu orang loading luggage aku dengan jemaah yang lain pun masuk ke dalam bas. Alhamdulillah basnya selesa, ada ekon, seat pun boleh recline. Aku duduk sebelah mak aku, portnya tepi cermin. Bas kami pun bertolak meninggalkan kawasan airport menuju ke Madinah lebih kurang jam 6.30pm.

di luar airport. bumbung ni macam kat litar Sepang ek?
airport Jeddah sentiasa sibuk dengan para jemaah
bas di luar kawasan airport. aku takde info pasal tambang sebab guna pakej. sori!
klu baca merangkak-rangkak tu maknanya kena masuk kelas balik

Sebelum memulakan perjalanan kami baca doa semoga perjalanan ini diberkati Allah. Di sepanjang jalan takde apa yang menarik untuk dilihat kecuali padang pasir yang tandus dan berbatu-bata. Kalau berbukit pun bukit tu tak hijau macam bukit yang selalu aku lihat, memang batu 100%. Kat sini matahari gelincir lebih kurang sama waktunya macam di Msia cuma waktu matahari terbit lebih awal, seawal jam 5-5.30am. Oleh kerana sekarang dah masuk musim panas jadi waktu siang lebih panjang dari malam.

Mutawif (pembimbing) yang menguruskan jemaah kami bernama Ustaz Zul Ehsan, orang Msia. Umur dia aku tak tau tapi at first glance aku tengok macam lewat 20an. Tapi lepas aku tau dia ada anak umur 12 tahun aku pun konpius berapa umur dia yang sebenarnya. Ustaz Zul ni dah lama duduk di Makkah. At first place aku tak bajet pun dia ni dah kawin sebab tengok macam muda belia tapi dah hujung-hujung trip barulah aku tau dia dah ada family. Tapi ustaz ni sempoi, aku suka bila dengar dia bagi ceramah waktu dalam bas. Dia petah bercakap dan pengetahuan dia tentang Sirah Rasulullah memang tip top. Kalau dia bukak cerita pasal kisah Rasulullah dan para sahabat mesti melopong aku dengar sebab cerita-cerita tu menarik. Yelah, cerita pasal Rasulullah kan, mestilah menarik. Ape korang pikir aku nak cakap ustaz ni menarik ke??

Ok berbalik pada cerita kami dalam bas tadi, perjalanan dari Jeddah ke Madinah ni jauhnya lebih kurang 442km atau 6-7jam perjalanan. Memang jauh. Highway di SAR tak macam highway kat Msia. So bayangkan ada highway kat tetengah padang pasir yang tandus. Kat sini left-handed drive macam kat US dan jalan pun menyonsang tak macam kat Msia. At first aku selalu nak ternaik tangga bas kat sebelah kiri tapi lepas 2-3 kali naik bas barulah aku dapat tune yang tangga bas kat sini adalah di sebelah kanan. Memang mengelirukan.

Kami berhenti sebentar di R&R untuk solat jamak (magrib dan isyak) dan makan malam. Tak silap aku nama tempat ni ialah Wadi Hudaik. R&R kat sini pun tak macam kat Msia, tempat dia open space. Ada surau, restoran dan beberapa buah kedai dan stesen minyak. Semua bangunan ni terpisah di antara satu sama lain. Selepas solat kami pun makan. Ni pun kira first experience aku merasa makan Nasi Arab dalam talam share 6 orang, dah macam makan Nasi Ambeng rasanya. Yang pelik pasal makanan Arab ialah dorang takde bakat langsung dalam mempelbagaikan makanan....memang plain habis. Takde lauk kuah macam kita, totally kering kontang macam padang pasir. Memula aku tengok nasi dalam talam tu aku dah terpikir, kalau tercekik ni camne? Terus sumbat mineral water ke?

kalau chef wan tengok presentation makanan ni confirm dia pitam
takde joget padang fasir kat sini, jangan berangan!
Tapi alhamdulillah selera aku terbukak jugak malam tu sebab nasiknya sedap. Lapar punye pasal habis setalam nasik dengan semua lauk pauk dan cili padi. Kami pun menyambung baki perjalanan ke Madinah dan tiba pada jam 12am (tengah malam). Waktu ni badan aku dah betul-betul panas, sah aku demam. Selesai pembahagian bilik, kami pun check-in dan tido sementara menunggu waktu subuh yang masuk pada jam 3.43am.


bersambung....
.

Read more...

The Overland : Hadyai -> Bangkok

June 28, 2011

Aku kena masuk gear 5 dah ni. Asik gear 1, 2...1, 2...sampai hujung tahun pun belum tentu boleh abis. Hahaha. Nanti aku cuba selang selikan travelog ni dengan travelog umrah dan trans Java yang dah berkarat tu.

Sambungan dari episod sebelumnya.


Day 4 - 16 May 2011

Harini kami akan berpecah dengan misi yang berbeza. Aku akan meneruskan baki perjalanan secara solo ke utara Thailand dan Cambodia manakala kengkawan lain akan pulang ke Kolumpo. Walaupun ini bukan kali pertama aku travel secara solo tapi perasaan risau tetap ada. Aku tak risau tentang Bangkok sebab penah ke sana pada tahun 2009, so roughly aku ada idea tempat tu macam mana tapi tidak untuk Cambodia.

Berbalik pada cerita...kami bangun agak lewat pada haritu sebab takde apa yang nak dikejarkan. Malam tadi takde apa yang berlaku (yelah dah takde sape yang bukak mulut), cuma ada lebam kat betis. Aku tak fikir bebukan waktu tu, mungkin sebab darah tersumbat sebab banyak sangat berjalan semalam. Setelah bersiap kami pun check-out dan tinggalkan semua barang di guesthouse memandangkan keretapi lewat petang. Setelah sepakat kami menuju ke gerai nasi minyak yang terletak di Thanon Suphasarnrangsan memandangkan sudah masuk waktu untuk makan tengahari.

pasni akak kena bagi saya makan free, kalau tak saya padam muka akak tanda protes!
kombinasi yang tepat, apa lagi kalau bukan dengan cha yen!

Sedang elok dapat tempat duduk hujan pun turun. Mujur kami tiba di sini sebelum hujan turun, kalau tak... Kat sini harga makanan bergantung pada saiz ayam. Nasi minyak di sini memang sedap, pandai orang ni masak, dahla murah (sepinggan nasi tak termasuk ayam cuma THB10). Kami semua tapau sorang satu, aku lagi la kena tapau sebab atas keretapi nanti confirm takde makanan yang halal. Sepanjang di Hadyai nafsu makan aku tak menahan tahan, boleh dikatakan aku berselera sungguh masa di sini. Sebenarnya aku terpaksa buat begitu sebab kat sini nak cari yang halal takde masalah. Tapi bila dah travel ke bahagian utara Thailand, pastu masuk pulak Cambodia..itulah waktu aku kena ikat perut dan memilih, tak boleh sebat sebarang.

Lepas makan kami ada lebih kurang 2 jam lagi sebelum keretapi ke Kolumpo bertolak. Dari Hadyai ke Kolumpo keretapi bergerak jam 4.30pm (waktu Thailand) dan keretapi aku, Hadyai - Bangkok bergerak jam 6.10pm. So maknanya kengkawan aku balik dulu tinggalkan aku...sob sob sob.

ko paham ke tulisan pusing-pusing ni?
Entah macam mana tiba-tiba kawan aku nampak kedai baiki gigi. Pastu ape lagi sibukla anak beranak tu nak merepair gigi. Kos untuk memutihkan gigi murah gila kat sini...tak silap aku lebih kurang RM200. Tapi pastu kena buat follow up le. Lepas nego timing dan payment, aku tinggalkan dorang kat situ dan pegi ke cyber cafe yang terletak beberapa deret dari klinik gigi. Sempat aku print out booking hostel di Bangkok (aku pilih untuk tinggal di WE Bangkok sebab murah). Sambil tu aku check website Couch Surfing sebab nak jumpa sorang couch surfer masa kat Bangkok nanti. Lepas print apa yang patut dan salin nombor telefon dia, aku pegi semula ke klinik gigi.

Adik tersenyum girang sambil menayangkan barisan gigi yang baru diputihkan. Doktor cakap pasni dia kena pantang minuman kopi dan berkarbonat pelbagai. Aku rasa takde maknanya sume tu sebab aku kompem 200% dia sebat jugak kalau dah teringin. Kalau tak dapat setin, seteguk pun jadilah ye...tak gitu Adik? Hehe.

Kami bergegas balik semula ke guesthouse sebab keretapi dorang bertiga akan bertolak kurang sejam dari sekarang. Setibanya di stesen keretapi, kami confirmkan platform mana dan lepas tu sesi memuahh sayonara selamat jalan. Aku hanya melihat dari jauh waktu gerabak keretapi dorang meninggalkan stesen keretapi koboi Hadyai. At first aku rasa macam hoi ape ko buat ni? Rasa nak lari kejar keretapi tu dan balik Msia tapi pastu aku tune balik niat aku, matlamat aku untuk jangka masa lebih kurang 11 hari secara solo, maka aku pun kembali tenang. Fokus! Fokus!

bukan manusia je ramai, anjing pun banyak yang berkeliaran
Sementara menunggu keretapi ke Bangkok yang akan tiba lagi sejam, aku amik keputusan untuk meletakkan beg di tempat menyimpan barang (rasanya 1 beg dia caj THB50, dah lupe!) dan tawaf pekan Hadyai untuk round penghabisan (alasan sebenarnya walhal bosan melangut kat situ).

Setelah 45 minit aku kembali semula ke stesen keretapi, amik beg dan terus ke platform yang telah ditentukan. Keretapi tiba agak lewat sedikit (delay dalam 15 minit) dan aku sempat layan lagu patriotik Thailand yang berkumandang tepat jam 6pm. Pada mulanya aku tak pasti itu lagu apa tapi memandangkan semua orang berdiri tegak jadi aku pun ikut sama. Bukan menjadi pak turut, tapi sekadar menghormati lagu kebangsaan mereka. Apa rasanya kalau orang tak hormat lagu kebangsaan kita? So lebih kurang jela sebenarnya.

3rd class hanya THB339/RM33.90. memang murah tapi hazab. walaupun hazab tapi best. camne tu?

Aku sempat berborak-borak dengan seorang petugas stesen keretapi di situ. Orangnya masih muda, mungkin dalam umur awal 20-an. Oleh sebab semua announcement kat sini dalam bahasa Thai, jadi beliaulah penyelamat aku untuk translate semua announcement tadi ke Bahasa Melayu. Pada mulanya dia macam tak percaya aku travel solo. Hey brader don't underestimate me! Walaupun aku ni nampak kecik tapi jiwa aku besau le! Kata orang, orang yang kecik ni semangat kuat dan tak reti takut. Tu orang la kata...bukan aku yang kata!

Akhirnya keretapi yang ditunggu pun datang. Terus dia signal dan tunjukkan gerabak mana yang perlu aku masuk. Fuhyoo! Itulah first impression aku. Bukan apa, sebab pepaham jelah keretapi 3rd class ni camne. Orang duduk suka hati tak ikut nombor. Pastu gaya dorang macam nak berumah terus dalam tu (sebab banyak gile barang). Aku tercari-cari nombor tempat duduk dan random tunjuk tiket pada seorang penumpang yang aku rasakan berhati mulia. Kemudian dia pungpang cakap Thailand dengan aku sambil suruh sorang budak lelaki bangun dari tidur. Ah barangkali itu tempat aku, bisik aku dalam hati. Dia bantai lagi cakap Thailand dengan aku, pastu aku pun balas "I don't speak Thai". Dan secara lancar keluarlah bahasa Melayu/Thai versi Kelantan, "Boh kita kecek Melayu la denge dia" (maafla grammar Kelantan aku ke laut sikit so kalau salah ejaan ke tatabahasa ke aku mohon pengecualian). "Ore mano?". "Malaysia". "Jale sore-sore jah?". "Ha'ah. Sorang je". "Tubik mano?". "Bangkok, lepas tu Cambodia".

sebelah seat kiri ni 2 seater, sebelah kanan 3 seater
kalau sume comel lotey takpe, kalau tetiba ada gajah di tengah camne?

Lebih kurang gitu la kami sembang. Lelain tu aku dah lupa. Tapi communication breakdown sikit sebab aku tak berapa nak paham bahasa budu. Tapi dalam pada tak paham tu aku taula sikit-sikit yang dorang tu asal dari sebelah border Kelantan-Thailand, so no wonder dorang boleh berbahasa Melayu slang Kelantan.

Berbalik pada cerita tadi, rupanya dorang ni main duduk je tak kira tempat. Sebelum aku naik ada sorang budak lelaki duduk kat tempat aku. Nasib baik dia bangun, kalau dia buat kepala angin takmo bangun, alamatnya aku duduk kat pintu. Seat keretapi kelas ketiga ni memang basic, tegak 90 darjah, solid kayu dengan sedikit sepan yang nipis kat penyandar. Port aku memang cun, tepi tingkap. So kadar tujahan angin ke muka memang padu sampai tak boleh nak beliakkan bijik mata.

Malam dalam keretapi aku rasakan panjang. Celik mata masih dalam keretapi, celik lagi masih dalam keretapi. Mana taknya...jauh perjalanan dari Hadyai ke Bangkok makan masa hampir 16jam dan keretapi dijangka tiba di Bangkok esok pagi jam 10.10am. 16jam! Betul aku tak kelentong. Bayangkan duduk keretapi kelas ketiga, seat tegak 90 darjah selama 16jam. Nasib baik aku takde masalah tulang belakang, kalau tak confirm takleh jalan tegak pastu. Mungkin ada yang pikir kenapa aku buat kerja gila camni? Kenapa aku tak naik flight? Apsal aku tak amik sleepers train? Jawapannya, bukan aku tak mahukan keselesaan tapi semua tiket sleepers sold out untuk 5 hari berturut, so i don't see point of waiting. Aku boleh naik bas tapi tu bukan option yang aku nak cuba sebab experience naik bas tu bebila aku boleh rasa kat Msia. Naik flight pun bukan option terbaik sebab domestic flight mahal dan aku takde budget untuk tu, not worth it.

To kill time bak kata omputih, aku pun pegi buang masa kat kantin keretapi dengan bekal nasi minyak yang aku bungkus siang tadi. Sebenarnya takleh bawak makanan luar masuk dalam kantin ni tapi ada aku kesah? Sebenarnya takde sape pun yang menegur cuma aku dah prepare siap-siap skrip tu. Hehehe. Demi mengambil hati tokey kantin, aku beli Milo panas, kira fair la tu kan?

Suasana dalam kantin ini agak sederhana jika dibandingkan dengan kantin KTMB yang berekon dan jauh lebih selesa. Sekeliling aku semua orang sedang bercakap bahasa alien yang aku langsung tak faham sepatah haram. Lama jugak aku lepak kat situ, hampir 2 jam sambil melayan angin malam bertemankan Milo panas yang makin lama makin sejuk. Bahagianya hidup kalau depan aku sekarang ada manusia yang boleh diajak berbual bahasa yang masing-masing boleh faham. Tapi apa yang ada di depan aku hanyalah bangku kosong. Ye ke kosong? Ntah-ntah ada momok dok tercongok hadap muka aku.

Aku biarkan masa berlalu dengan membaca sebuah buku bertajuk "Who Moved My Cheese?" pemberian Zilla semasa kami berada di Hadyai haritu. Buku ni adalah sebuah buku motivasi, memang sesuai untuk aku yang tengah tak bermotivasi pada waktu tu. Bila baca buku ni aku rasa kembali bersemangat walau dalam hati hanya Allah yang tau. Sesekali teringat kisah yang berlaku pada awal tahun ini sewaktu aku pulang dari berkelana di bumi asing. Terbayang wajah seorang insan yang pernah aku sayang dan kisah duka sebuah harapan yang dibalas dengan pengkhianatan. Aku memandang jauh ke luar tingkap dalam kepekatan malam yang dingin. Kosong. Dan tanpa dipaksa air mata aku mengalir.


Aku balik semula ke coach dan duduk di kerusi. Kelihatan semua orang sedang nyenyak tido sedangkan aku masih lagi terkebil-kebil mencari mood yang sama. Entah macam mana tanpa sedar aku sendiri pun hanyut.

Dengan ini tamatlah travelog Hadyai.


bersambung.... BANGKOK!
.

Read more...

Lambaian Kaabah

June 27, 2011


Assalamualaikum

Alhamdulillah aku dah selamat sampai pagi tadi setelah menempuh perjalanan selama 8jam 50 minit dari Jeddah ke Kuala Lumpur. Aku sihat, alhamdulillah, cuma suara tak berapa nak ada. Masuk je dalam perut kapal tobang terus suara aku hilang.

Terasa tempoh kunjungan selama 2 minggu ke Tanah Suci begitu cepat sedang hati masih belum berasa puas berulang-alik ke Masjidil Haram. Aku rindu melihat Kaabah, bersolat jemaah di Masjidil Haram, baca Al-Quran di situ sementara menunggu masuknya waktu solat, melakukan tawaf dan saie. Ah! terlalu banyak yang aku rindukan tapi semuanya terpaksa ditangguhkan hingga aku dijemput kembali.

Ada satu perasaan yang timbul setiap kali aku melihat Kaabah, bukan untuk kali pertama, tapi untuk setiap kali aku melihatnya. Dan setiap kali itulah air mata aku akan mengalir. Sayu.

Hati siapa saja akan luluh sewaktu melihat Kaabah. Pasti akan terasa malu dan hinanya diri bila mengenangkan betapa masih belum cukup amalan untuk dibuat bekalan ke akhirat sedangkan diri begitu banyak melakukan dosa. Namun Allah masih sayang dan menjemput aku untuk menjadi tetamunya. Terasa kerdilnya diri saat sujud di depan pintu rumah-Nya. Subhanallah.




Mereka yang menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah adalah insan-insan yang telah dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi tetamu-Nya. Kita pernah ditanya sewaktu di alam roh dulu (sebelum lahir) akan panggilan ke tanah suci. Jika kita menjawab panggilan itu, maka kita akan menjadi tetamu Allah. Jika kita menjawab untuk 1x, maka kita akan menjadi tetamu Allah untuk 1x dan begitulah untuk yang seterusnya.


Bagi yang masih lagi belum sampai ke tanah suci Makkah janganlah berputus asa. Tanamkan niat untuk ke sana dan selalulah berdoa semoga dipilih untuk menjadi tetamu-Nya. Walaupun bumi Makkah ini tandus, panas dan kering kontang tapi ia tak boleh aku bandingkan dengan mana-mana tempat yang pernah aku pegi sebelum ni kerana tempat ini terlalu istimewa.

Dan Insya Allah bila terluang sikit pasni aku akan sambung update travelog yang lama dan baru sebab dah banyak yang pending. 

Read more...

Perjalanan mencari keredhaan Ilahi

June 13, 2011


Semalam adalah travelog terakhir dapat aku siapkan sebelum berangkat ke tanah suci pagi esok. Aku dah cuba push sebanyak yang mungkin tapi memang tak boleh. Minta maaf!

Sekarang ni aku tengah kelam kabut sebab satu barang pun tak kemas lagi. Kalau asik hadap kompiter ni alamatnya satu kerja pun tak siap sebab masa yang tinggal adalah kurang dari 24 jam.

Sehingga di lain pertemuan, semoga kita berjumpa lagi Insya Allah hujung bulan nanti. Yup it's a looooongg break but feel free to visit my blog anytime you like.

Doakan aku sekeluarga selamat pergi dan kembali. Aku harap aku sihat semasa berada di sana dan dapat lakukan ibadah umrah dengan baik, tertib dan lancar.

Till then. Assalamualaikum!

Read more...

Klonghae Floating Market

June 12, 2011


Seperti yang dijanjikan!






.

Read more...

The Overland : Hadyai (Part 3)

Rasanya aku penah bercerita pasal guesthouse yang kami duduk dalam Part 1. Kali pertama melangkah naik ke tingkat atas untuk ke bilik tidur aku dah terasa semacam tapi pada waktu tu aku fikir normal la kat memana pun rasa camni sebab environment baru. Aku ingatkan aku je yang rasa tapi rupanya semua pun rasa jugak, cuma kami banyak mendiamkan diri.


Sebenarnya pada hari check-in tu kawan aku rasa "panas" bila masuk ke dalam bilik dia dan sewaktu kami keluar pusing-pusing di sekitar pekan Hadyai kami dah matikan semua suis dan akulah orang yang bertanggungjawab untuk double check semua suis sebelum kami tutup pintu. Memang aku ingat sangat yang semua suis dah dimatikan. Cuma bila balik, dia bukak pintu bilik, tengok kipas angin dah terpasang. Laju macam kipas helikopter...tapi semua lampu mati. Sebab dah tak sedap hati so malam tu terpaksalah kami berempat angkat tilam yang berat gila (tilam spring) dari bilik dia pindah masuk ke bilik aku sebab taknak benda tu melarat. Malam tu kami tido macam biasa sampailah keesokan pagi.

Sebenarnya aku tak boleh nampak makhluk ghaib (setakat instinct sekali sekala tu biasa la). Jadi bila korang tanya details rupa benda ni aku takleh nak explain. Aku hanya tau kewujudan "mereka" bila kawan aku bukak cerita, itupun selalunya lepas kami balik dari trip. Tak penah dorang bukak cerita sewaktu trip, mungkin sebab taknak ada yang takut atau terganggu. Actually aku saja masukkan cerita ni sekadar melengkapkan sebuah travelog, bukan untuk publisiti apatah lagi menakutkan sesiapa. Ia cuma sebahagian dari pengalaman yang aku kutip semasa travel, tak lebih dari tu. 

Sambungan dari episod sebelumnya.


Day 3 - 15 Mac 2011

Pagi yang indah. Harini kami jalan jauh sikit, keluar dari pekan Hadyai. Kami breakfast di sebuah kedai halal milik orang Islam yang terletak tak jauh dari tempat menginap. Menu roti telur dengan apa lagi kalau bukan Cha Yen. Bil sorang dalam THB40, boleh tahan lumayan, mungkin sebab kami orang luar.

adakah tukang buat menu ni sedara mara Samy Velu?

Lepas tu kami terus ke Kimyong Market sebab menurut tokey kedai, nak ke Samila Beach kena amik van atau bas kat situ. Bila sampai depan Kimyong Market kami confuse sebab tak tau nak tahan van atau bas kat mana. Kalau nak tau bukan semua orang Thai reti cakap omputih, so language barrier tu memang ada. Ada certain yang boleh berbahasa melayu tapi tak semua...mostly yang tau cakap melayu ni adalah peniaga muslim dari Yala.

Waktu tu aku random tanya peniaga buah-buahan kat situ mana tempat naik van atau bas ke Samila Beach. Dan tiba-tiba kebetulan pembantu kedai tu cam kami sebab semalam kami ada masuk dalam 7e di situ dan bertanya arah. Rupanya budak perempuan ni kerja di 7e dan pada masa yang sama kerja as pembantu kedai buah-buahan depan 7e di Kimyong Market, 2 kerja pada 1 masa..hebat! Memang rezeki kami nak jumpa dia dan dia tersangatlah helpful serta boleh berbahasa inggeris dengan baik. Dia tolong lukiskan map dan explain supaya kami tunggu di kedai Honda (ala kedai jual moto/kereta tu) dan lokasi kedai tu cuma seberang Kimyong Market je (boleh tengok map dibawah).

lokasi Honda dan Kimyong Market
Dari Kimyong Market kami berjalan ke kedai Honda yang dimaksudkan. Kat sini takde proper bus stand atau apa, hanya free standing. Ada jugak tuk-tuk yang offer kami trip ke Samila Beach pergi dan balik, tapi harga yang ditawarkan sangatlah mahal, THB800! Pada aku mahal, aku kan budget traveller...kalau share pun aku masih rasa mahal sebab 1-way ke Samila Beach dengan van cuma 27B. Mungkin sesetengah orang tak suka rasa susah atau kerja renyah dan sanggup bayar lebih, tapi bukan aku.


Samila Beach

Lebih kurang 10 minit menunggu akhirnya dapat jugak van yang menghala ke Songkhla. Condition tip top dan selesa. On the way ke Songkhla van berenti amik penumpang sampai penuh dan keseluruhan perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Kami beruntung sebab driver van ni amat membantu. Dia drop kami betul-betul depan Samila Beach. Walaupun dia tak boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris tapi dia cuba untuk tolong. Tak silap aku van ni sebenarnya tak hantar penumpang sampai ke Samila Beach, tapi oleh sebab kami sume tak tau kat mana lokasi tempat ni so dia tolong hantarkan.

van yang cukup selesa, siap ada karaoke lagi
ntah tak paham apa yang ditulis. Samila Beach kot?

Sebaik saja tiba di sini kami pun merayap tanpa tujuan di sekitar pantai. Pantai Samila ni memang bersih dan airnya biru. Cuma aku tak nampak orang mandi, sebabnya jangan tanya aku sebab aku pun tak tau. Objek yang popular di sini apa lagi kalau bukan patung duyung yang menjadi trademark Samila Beach. Patung duyung ni memang seksi sebab dia half-naked, jadi korang boleh lihat kebanyakan lelaki yang amik gambar dengan patung ni kalau tak tersenyum lebar mesti tangan dia letak kat "aset" patung tu. Cam cilake je, aku rasa nak flying kick masuk laut! Heh!

Kami melepak kat pantai ni lama jugak, ada la dalam 2 jam. Tak buat apa pun, cuci mata je. Tapi hari tu memang panas sungguh sampai aku pun sunburn. Aku tak taula kenapa ramai sangat orang sampai ada rombongan sekolah, bebudak tadika datang berbondong-bondong kat pantai ni. Siap ada yang shoot bideo klip lagi kat sini. Aku tak taula band tu popular ke tidak kat Thailand ni tapi nampak gaya macam budak baru naik. Yelah tu... (speku).

pantai yang cukup bersih

Kami tunggu crowd lengang sikit barulah pegi kat patung duyung untuk bergambar. Sekali ada seketul dua orang Msia (aku cam dari percakapan mereka) datang dan terus potong queue. Apelagi kena la sound setepek. Aku cukup pantang orang yang tak reti bersabar ni...pastu jenis bengap bangang tak nampak orang lain tengah menunggu. Macam dia je yang menunggu, abistu kami ni sesaja berdiri kat tetengah panas tu watpe? Hitamkan diri? Budus!

one of the guy joking tu kata nak pakaikan bra kat patung ni. i mean...WTF?
Haritu sebenarnya badan aku tak berapa sihat. Silap aku jugak sebenarnya sebab malam semalam aku tido tak pakai selimut. Sudahnya pagi tu aku bangun dan terus selsema, rasa macam nak demam pun ada. Time tu kengkawan sume racun takyah proceed ke Bangkok. Aku pun dah goyang tapi alhamdulillah lepas makan benda bersup dan telan ubat baru rasa lega sikit.

Kami bercadang ke floating market dari Samila Beach. Tapi masalahnya tak tau nak naik ape. Kan aku penah cakap sebelum ni yang trip ni memang guna konsep "redah sampai ke sudah". Kami pun tahan tuk-tuk dan seperti yang dijangka harganya mahal, 4 orang THB500, gilo! Dah puas nego tapi drebar tu tetap berkeras. Ok takpe, rilek kejap kat bus stop, muka member sume dah emo. Sabau weh ni sume experience, jangan give up! Lebih kurang 10 minit gitu aku pun amik keputusan pegi tanya kat orang dalam pondok pengawal yang terletak bersebelahan dengan bus stop yang kami duduk.

Ni memang pesen selamba dah ni. Aku pun tanya, "Does anyone here know how to speak English?"

Mujur ada sorang officer tu reti cakap omputih walaupun tak berapa lancar. Ah tak kisahla janji boleh communicate sudah. Aku pun cerita plan kami sambil keluarkan buku nota kecik dan mintak dia tulis semua nama tempat dalam huruf Thai. Katanya dari Samila Beach kena pegi ke Tu When (aku hentam je spelling dia asalkan bunyiknya sama) dengan tuk-tuk dan dari situ barulah naik van ke Klonghae (floating market). Katanya lagi memang kalau naik tuk-tuk direct dari sini ke Klonghae dalam THB500. Fair price maybe, but not in our budget. To my surprise dia tolong carikan tuk-tuk untuk kami ke Tu When dan minta pemandu tuk-tuk tunjukkan kami van ke Samila Beach. Honestly aku rasa terharu sebab jumpa ramai local people yang sudi menolong pelancong yang lost macam kami. I mean, Thai people are very nice. Even kalau tak boleh communicate dalam bahasa yang masing-masing faham pun dorang tersangatlah helpful.


Klonghae Floating Market

kencang betoi AA buat promosi

Kami pun bergerak meninggalkan Samila Beach dengan sebuah tuk-tuk ke Tu When sebelum menaiki van ke Klonghae (tempat di mana terletaknya floating market). Tambang tuk-tuk cuma THB20 seorang dan sebenarnya jarak dari Samila Beach ke sini lebih kurang 3 minit, tapi sebab kami tak tahu so kira halal jelah. Tempat yang tuk-tuk turunkan kami ni namanya Tu When dan kiranya tempat ni macam official point untuk naik van ke mana-mana destinasi, sort of "bus stand" dorang la. Setibanya di sini kami dipelawa masuk ke dalam van yang menuju ke Klonghae. Sebenarnya van ni menghala balik ke Hadyai dan kedudukan floating market tu adalah di antara Samila Beach dan Hadyai.

Tambang van ke Klonghae adalah THB30 seorang dan perjalanan memakan masa lebih kurang 30 minit sebab van banyak berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Sepanjang perjalanan kami tido sebab kepenatan. Aku cuma tersedar bila van berhenti dan dalam keadaan mamai kami pun turun tepi jalan. Weih ni lain macam dah ni, celah mana floating marketnye? Ada parit je tepi jalan. Kami masih mamai lagi sebab baru bangun tido semuanya. Pastu tah macam mana barulah nampak signboard yang sebesar alam kat simpang masuk. Ler, rupanya floating market kat dalam. Eh chop! Berapa jauh pulak dari simpang ni ke floating market? Blur lagi. Matilah kalau jauh.

Khlong Hae Floating Market
Bukak : Jumaat, Sabtu dan Ahad
Jam : 3ptg - 9mlm

Kami pun redah jalan kecil yang dikatakan sebagai jalan ke floating market. Aku nampak ada sorang local di tepi jalan dan cuba tanya dalam bahasa inggeris tapi haram dia takleh jawab. Dia cuma senyum dan tunjuk ke satu arah. Oh sudah...gile ni kalau jauh. Memasing dah sengih-sengih. Layan~

Ceh, rupanya kat hujung konar jalan je dah sampai. Jarak ada le dalam 200 meter (lebih kurang 5 minit) dari simpang yang van turunkan kami. Terus ceria muka memasing. Crowd memang ramai, kami terserempak jugak dengan muka-muka sama kat Samila Beach tadi tapi dorang semuanya datang dengan tour bus, kami je yang naik 2 kenderaan nak ke sini. Nak wat camne dah itu je yang mampu.

Sebelum menyerbu gerai-gerai makanan yang berderet tu kami pegi menghadap Ilahi dulu. Tak berkat katanya jalan tak ingat tanggungjawab pada yang Esa. Timing memang baik sebab hujan pun turun dengan selebat-lebatnya. Dalam hati aku cakap mujurlah waktu kami sampai kat simpang tadi hari belum hujan...kalau tak memang kuyup la jawabnya. Lama jugak kami menunggu dalam surau yang terletak dalam kawasan floating market tu. Akhirnya kami redah jugak sebab taknak buang masa. Kami masuk ke dalam deretan kedai berbumbung dan mencari port makan. Dah puas memusing akhirnya kami amik keputusan untuk duduk di satu warung yang menjual bihun/kue teow sup. Agak susah nak dapatkan meja sebab semua orang pun mencari tempat untuk berteduh tapi rezeki kami nak dapat meja kat situ. Kami order murtabak daging dari warung sebelah selain dari kue teow sup dan semua makanan ni halal sebab peniaganya orang muslim. Harga sepinggan bihun sup THB40 dan lega betul rasanya dapat makan berat lelagi waktu hujan.Tak lama lepas tu hujan pun berhenti dan kami pun memusing dalam tu mencari makanan lain. Ada 1 gerai yang menjual mini sushi dan harga 1 sushi = THB5 (RM0.50).

small portion untuk orang yang bernafsu gajah, rasa OK not bad
murtabak kat sini sedap
selepas hujan
rasa yang secantik rupa
kiut kan? especially yang ada telur puyuh tu
aku tatau la sape yang ajar makan sushi dengan mayonaise nih

Kini tibalah masanya kami menyerbu main attraction di sini, apa lagi kalau bukan floating market! Apa yang menarik di sini ialah peniaga menjual di atas sampan. Ada berjenis-jenis makanan dan minuman yang diniagakan di sini dan harga yang ditawarkan pun munasabah. Crowd memang ramai dan aku pun turut rambang mata sebab tak tau nak makan ape. Sudahnye aku kongsi je apa yang bebudak ni beli sebab dah kenyang pekena bihun sup, murtabak dan sushi kat atas tadi.

telur puyuh
telur itik yang kaler-kaler
urusniaga dilakukan dengan menggunakan bakul sebagai perantaraan
orang ramai berpusu-pusu membeli tapi kami pulak sibuk menembak
pandangan dari atas jambatan
suasana di floating market
Ada 2 benda menarik di sini yang aku nak recommand kat korang, (1) jeli inti kacang hijau (2) cha yen dalam bekas tanah liat. Cha Yen lagi eh? Nak wat camne..dah jadi official drink kitaorang untuk trip ni. Hehehe. Tapi aku rasa berbaloi beli Cha Yen kat sini sebab bekas tanah liat tu boleh amik bawak balik. Tapi make sure simpan elok-elok sebab kawan aku ni pilih bekas dah cantik, tapi tah camne boleh pecah 2. Sayang sungguh! Takde rezeki dia, tu maknanya kene ripit floating market lagi le tu.

boleh pilih nak bekas jenis apa
bekas yang diperbuat daripada tanah liat
cara menyebut "yelly" akan lebih menarik jika diiringi dengan goyangan kepala
yelly kacang ijo
ngap!!

Sebenarnya aku ada shoot beberapa scene bideo dari floating market untuk tatapan korang tapi aku tak dapat nak upload sekarang sebab blogger ni problem. So aku kena upload dulu kat youtube. Nanti bila dah habis upload aku letak dalam entry lain ye. Sorry!

Kami melepak sampai hari gelap sebelum amik keputusan untuk balik. Sebelum balik tu sempat pekena "tikam" seround dua tapi dah nama pun tikam..jangan harap le nak dapat hadiah yang best. Nasib baik dapat lolipop, kalau dapat berus gigi tak ke perli namanya tu? Hahaha. Sudahnye banyak lolipop yang kami dapat hasil "menikam" haritu, boleh makan sampai muntah.

saya putar Halim!!! #eh

Floating Market -> Hadyai

Sekarang masalah lain pulak timbul, camne nak balik dari sini ke Hadyai? Yelah tadi kan kami datang pakai public transport, so nak balik ni kene naik public transport jugak le. Kawan aku mintak tolong kat officer yang jaga kawasan parking dan dia pun roger tuk-tuk pakai walkie talkie. Lebih kurang 5 minit kemudian tuk-tuk pun sampai dan kami nego harga untuk balik ke Hadyai dan dapat THB50 seorang. Walaupun sebenarnya mahal tapi kami dah takde option lain memandangkan hari dah malam dan susah nak cari transport balik pada waktu tu.

Kalau ditotalkan perbelanjaan keseluruhan untuk transportation pada hari tu cuma THB127 seorang. Masih jimat kalau dibandingkan dengan offer yang kami dapat masa mula-mula tu (THB800 untuk 1 tuk-tuk, itupun nego ke Samila Beach aje, belum masuk ke floating market).

Hadyai - Samila Beach (Songkhla) : THB27
Samila Beach - Tu When : THB20
Tu When - Klonghae (floating market) : THB30
Klonghae - Hadyai : THB50

Kami mintak dia turunkan kat Hatyai Walking Street sebab kami bercadang untuk pegi massage. Almaklumlah seharian berjalan ke sana sini. Harga yang kami dapat pada malam tu agak murah (about THB200 seorang selama sejam, normal price THB300 seorang). Mungkin sebab hari Ahad so pelanggan pun tak berapa nak ada jadi tokey dia terpaksa slash harga untuk dapatkan bisness.

Aku dah lama tak pekena Thai Massage dan seingat aku last time aku massage masa pegi Phuket pada tahun 2008. So ni kira okla nak buat massage memandangkan dah 3 tahun tulang-tulang dan segala urat badan aku terbiar berselirat. Sebelum proses mengurut bermula kita boleh request samada nak pilih tukang urut lelaki atau pompuan. Kalau lelaki nak merasa makwe Siam mengurut boleh la cuba, tapi pastu jangan mintak lelebih pulak ye.

sebelum di smackdown
Tukang urut yang mengurut aku ni ganas jugak, teruk aku kena seksa. Tapi aku kena redha sebab kalau tak ganas tu bukan mengurut namanya. Part dia "melipat" badan aku memang terbaik sebab tak sangka rupanya tulang-tulang aku boleh mengeluarkan bunyi kruk krak. Memula tu risau gak kot-kot ada tulang yang patah tapi takde pun sebenarnya. Bila selesai mengurut memang rasa lega urat kaki dan badan pun terasa ringan. Highly recommended!

Dah selesai mengurut kami pun pegi cari port kat warung semalam tapi sayangnya tak bukak lagi. So kami pun pegi ke warung yang menjual bihun sup. Pekena bihun sup seround lagi aku malam tu, tak lupa hidangan sampingan iaitu kuih cakoi mini. Air biasala ape lagi kalau bukan Cha Yen.

Sebelum balik sempatla aku beli selai t-shirt gambar wayang kulit Thai. Sekali pandang nampak skeri, dua kali pandang pun masih nampak skeri. Tapi aku beli jugak sebab dah kumpul t-shirt jenis yang sama masa ke Jogja haritu. Harga selai cuma THB150, mahal sikit sebab 100% cotton dan jenis takde "tulang" (jahit tepi yang cantum t-shirt tu).

macam-macam jenis baju ada jual kat sini, sediakan duit je
Kawan aku beli macam-macam, antaranya sterika mini (yang boleh bawak masa travel tu), harga aku dah lupa, tapi rasanya dalam THB300/RM30, jenama Philips. Aku terus down sebab aritu aku beli jugak iron mini tapi design lain kat Jasko, mahal gakla..almost RM100. Nanges.


Balik ke guesthouse

Lepas selesai membeli kami pun blah balik ke guesthouse. Haaa..aku rasa kat sini la kot bermulanya siri angker yang kalau difikirkan memang tak logik langsung. Selaku seorang navigator, dah jadi kerja aku untuk menghafal map. Seingat aku malam sebelum tu kami guna route yang sama untuk balik ke guesthouse, tapi apa yang berlaku pada malam tu adalah sebaliknya. Kami pusing around in circle dan tak jumpa jalan balik. Lama jugak kami mencari jalan balik sampailah memasing jadi confuse. Kalau diingatkan balik kejadian malam tu rasa meremang jugak sebab kami berjalan menyusuri deretan kedai lama dan biasalah pekan koboi apa yang ada lagi kalau dah pukul 12 malam? Semuanya dah tutup. Orang pun takde.

Akhirnya entah macam mana kami nampak tapak funfair yang semalam tu. So kami pun follow arah ke situ dan akhirnya sampai ke guesthouse. Bila sampai di depan bilik seperti biasa kami bagi salam sebelum masuk. Waktu tu aku tak rasa apa tapi rupanya kengkawan aku dah nampak. Rupanya malam tu benda tu pindah masuk ke bilik aku. Kalau semalam tu dia kat bilik sebelah tapi harini dia pindah ke bilik aku. Siyesly aku tak tahu pasal ni sampailah balik dari trip, itupun selepas 2 minggu aku travel. Punya lama aku tak tau pasal ni, hampeh!

Seingat aku pada malam tu roomate aku cakap dia pening kepala dan mintak panadol. Rupanya ada muslihat mintak panadol dari aku, cuma aku yang blur tak faham. Yang kawan aku kat bilik sebelah pulak malam tu macam berat nak pindah tido kat dalam bilik kami. Walhal sebelum tu memang dia plan nak angkat tilam macam semalam. Aku ni memang blur, aku pun paksa dia angkat tilam masuk ke bilik aku sedangkan member takmau. Setelah dipaksa akhirnya dia angkat jugak tilam masuk ke bilik aku dan mebi dorang takmo nampak obvious sangat sebab nanti mungkin ada yang takut.

Cuma seingat aku pada malam tu dorang asik cakap rasa panas. Aku bajet panas sebab memang betul-betul panas, rupanya "panas" lain. Tapi siyes memang panas pun malam tu sampai takleh nak pakai langsung selimut. Dan malam tu sume orang tido awal kecuali aku yang masih terkulat-kulat baca buku. Rupanya muslihat jugak tido awal tu...aku gak yang slow tak faham.

Tapi setelah aku tau cerita sebenar pasal apa yang dorang nampak pada malam tu aku rasa nak pitam. Rupanya benda tu berdiri di penjuru tempat aku baring (hujung kepala) sambil perhatikan kami dalam bilik. Muka dia confirmlah buruk, kalau cantik sure takde yang pening mintak panadol. Mujurlah aku tak boleh nampak, kalau tak confirm aku pengsan sampai ke pagi.


bersambung....
.

Read more...

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP