Wishlist : Ledge Bungy, I did it!!

July 29, 2011



Needless to say, I did it!
Cuak dia jangan cerita..memang gila-gila punya cuak.
In a minute aku di atas platform,
pastu in second aku tengah lari atas runway dan
tetiba aku dah ada atas angin.
It was crazy yet awesome.
I've prove that height is not a factor! Yay!

Read more...

Wishlist : Snowboarding

July 28, 2011

Assalamualaikum & Hi semua!

Entry ni aku akan rewrite semula, Insya Allah.

Akhirnya wishlist aku nak belajar snowboarding dah tertunai kat Coronet Peak siang tadi. Honestly memang susah gila-gila sebab ia tak semudah main ski. Kalau ski senang nak control sebab ada poles yang memudahkan kita untuk kawal movement dan kelebihan dia ialah kaki kita free, tapi, snowboarding ni kedua-dua kaki melekat atas snowboard, pastu movement kaki, lutut & body kena kawal sendiri so memang gila-gila susah. 

But overall aku puas hati sebab dah boleh glide & stop cuma kena banyakkan latihan untuk mahir. Honestly benda ni tak boleh master overnight atau dalam masa yang singkat, kalau boleh hari-hari kena berlatih tapi tulah, aku pun tak dapat nak stay sini lama untuk belajar tapi dalam hati ada gak berniat nak beli season pass untuk tahun depan dan Insya Allah kalau panjang umur aku akan datang sini lagi.

Errr...aku ada cakap aritu takmo datang dah eh? Hahahaha~ Exception this time please sebab aku rasa aku bebetul serius nak belajar main snowboard & rasanya snowboard lebih cool dari main ski walaupun benda ni agak merbahaya. 

Insya Allah malam esok aku nak pegi night skiing. Kat Coronet Peak ni tetiap malam Jumaat & Sabtu ada night skifield so aku nak cuba. Siang tadi pas balik dari snowboarding aku pegi kedai untuk fitting equipment untuk ski malam esok. Since ramai yang mungkin tak tau dan wonder kenapa kena pegi fitting equipment so aku cerita sikit lah ok. Setiap orang ada ketinggian yang berbeza so equipment setiap orang pun berbeza, pendek kata memasing custom, takde yang sama. So bila nak main ski/snowboard kita kena pegi kedai untuk fitting boots, ski & poles untuk skiing ATAU boots & board untuk snowboarding. 

Nanti ada masa aku blog pasal ski & snowboard. Aku rasa ramai yang tak expose pasal extreme sports ni sebab kat Msia takde, tapi siapa tau pas baca entry pasal ni ada yang tergerak hati nak mencuba. Ok please don't get me wrong, aku harap takde yang misunderstood dengan entry ni coz niat aku cuma nak share my interest dengan readers yang berminat, that's all!

Till then!


(clockwise from left)
me & my board (Burton is one of the best),
Sean, instructor aku, orang Oz, slang Oz dia pekat gila,
fitting my boots to snowboard &
that's Katherine from Ireland, sama-sama belajar dengan aku tadi 


ps : Aku dapat banyak traffic dari facebook so aku tertanya-tanya gak sape yang letak, if you don't mind please let me know who you are. Thanks!

Read more...

Update from Queenstown

July 27, 2011

Tak tau nak hapdet ape, sebab dah depan pc ni aku hapdet jela yek.

Tadi aku pegi Puzzleworld @ Wanaka. Naik Nakedbus, tiket aku dapat $1-way, murah kan? Dari i-Site Wanaka tu aku menapak ke Puzzleworld, jauh gakla..aku rasa mau 2.5km....sekarang ni kaki aku rasa cam nak tercabot sebab naik/turun bukit. Dalam sejuk gitu aku boleh rasa panas, terus buang down jacket pakai fleece je sebab rasa panas (walhal sejuk gedi).

Bila dah sampai syok gakla layan sume puzzle tu, tapi bila masuk je bilik anti-gravity aku terus pening...sampai sekarang aku pening..benci tul! @___@

Aku nak tido awal malam ni...sakit kepala. Nite!

Queenstown, 6.23pm
(sunset 5.30pm)


ps : kat sini banyak gile lelaki hensem tapi sayangnya aku tak pasti dorang tu gay ke hape sebab minggu ni ada "gay ski festival"...jadi ko pepaham jelah...banyak yang 2 alam, tersembunyik gitu.

Read more...

Trapped in Snow!

July 26, 2011




Jangan betulkan skrin kompiter sebab apa yang korang tengok ni betul.

Dalam entry semalam aku ada cerita yang snow turun masa aku sampai kat Christchurch kan? So apa jadi lepas tu ialah snow turun tanpa henti dan efeknya semua flights domestic/international, keluar/masuk, dari/ke Christchurch Airport telah dibatalkan.

Semua!
(Air Asia ke Chch harini pun kansel sebab takleh nak landing, snow tebal tutup runway)

Kesan dari fenomena alam tu jugak semua orang trapped kat dalam airport ni. Bunyik macam dalam movie tapi aku tak bergurau sebab benda ni real.

Pada mulanya dorang arrange bas untuk transfer passanger ke Queenstown tapi disebabkan snow yang sangat tebal, bas pun tak dapat access masuk ke airport...and some more ada news cakap Lindis Pass pun takleh access, so camne nak ke Queenstown?

*sigh*

Cuma petang tadi barulah ada teksi boleh masuk ke dalam so ada setengah passanger pegi ke bandar Chch dan check-in hotel/hostel tapi ramai gak yang tunggu kat dalam airport termasuklah aku.

Flights yang cancel semalam Insya Allah akan resume balik harini (kalau runway dah clear) dan ada sesetengah flights pulak resume hari Rabu & Khamis, depends on destination.

Semalam (25 July) seluruh Christchurch covered with thick snow dan rupanya bukan flights je yang cancel tapi bus pun sama. So sape naik Intercity, Nakedbus, whatever bus pun semua cancel sebab takleh nak access - snow tebal!

Aku masih berdoa dengan harapan dapat discharge dari airport harini dan pegi ke Queenstown...so friends, tolong doakan untuk kami semua disini ye!

Gila weh...rupanya trapped dalam airport memang tak best tapih layan jelah nak wat camne, mother nature mengamuk harini...huhu~




Hopefully satgi langit clear, snow sume cair dan flights boleh depart/arrive dan kami semua boleh sampai ke destinasi memasing dengan selamat. Please pray for us, okay!

Read more...

Kia Ora!

July 24, 2011


Melaporkan dari Christchurch Airport. Cuaca di luar -1 ke -2 celsius dan snow tengah turun sekarang ni. Tadi aku test duduk kat luar tanpa baju sejuk, fuh, macam dok dalam peti ais, cakap pun keluar asap.

Alhamdulillah flight yang aku naik selamat landing tapi lepas tu runway terpaksa ditutup sebab tak safe untuk flight landing/depart. Tadi flight dari Brisbane pun takleh landing so dorang kena landing kat Welly (Wellington). Flight ke Queenstown pun kansel sebab airport tutup due to heavy snow tapi dorang sediakan bas untuk transfer passanger dari Christchuch ke sana esok pagi.




It's good to be back and maybe this will be my last visit for the next 2-3 years. Dah 3 tahun aku berulang alik ke sini so cukup la tu dan Insya Allah kalau panjang umur, murah rezeki aku nak explore Europe pulak. 

Actually ada 30 mins free internet wifi kat dalam Christchurch Airport dan kebetulan aku bawak lappy so tu pasal aku boleh update blog ni. Cuma sekarang ni aku takleh nak tido sebab tadi dalam flight aku bantai tido 7jam. Flight tak penuh, so aku conquer semua 3 kerusi, memang best!

Esok aku tak plan lagi apa nak buat, maybe pusing-pusing Queenstown, pastu jumpa kengkawan lama kat sini dan yang penting sekali aku nak jumpa Moss sebab nak cubit perut dia, hahaha. Luas maybe pegi skifield, nak main snowboard. Hopefully cuaca elok la, tu je. Bila musim sejuk ni susah sebenarnya nak predict apa akan jadi sebab semua aktiviti bergantung pada cuaca. Kalau tak ok dorang akan kansel buta camtu je, so aku harap semuanya smooth untuk aku. Tolong doakan ok!
a

Read more...

The Overland : Siem Reap & Angkor Wat (Part 2)

July 23, 2011

Sambungan dari episod sebelumnya.


Day 8 : 20 May 2011

Masih lagi hari yang sama.

Aku tak tau kenapa haritu jugak hujan nak turun, tunggulah esok ke, dahla aku beli pass sehari je ni, arghh ruginya! Tapi bila aku tengok mamat kat sebelah aku ni, aku rasa mungkin semua ni ada hikmahnya. Heh!

Agak lama hujan turun pada waktu tu, ada la dekat 15 minit, kami tak dapat buat apa-apa melainkan bersembang. Aku tanya apa dia buat sampai 3 minggu kat Tasmania? Dia cakap dia buat woofing kat beberapa tempat dan dia cerita jenis kerja yang dia buat, macam potong rumput, bagi alpaca makan but mostly gardening/farming works. Kalau nak tau ape tu woofing, pegi gugel sebab aku malas nak cerita. 

Pastu dia bukak cerita pasal kangaroo. Gaya dia bercerita pasal kangaroo sebijik macam budak kecik yang baru balik dari zoo. Comel. Ye aku faham dia excited sebab kat Germany takde kangaroo tapi aku pun suka gak kangaroo sebab haiwan tu unik dan comel. Dia tunjuk beberapa keping gambar kangaroo liar yang dia amik masa di Tasmania...punyalah banyak. 

Kami beredar dari situ bila hujan mula reda dan menuju ke Bayon. Ingat lagi tak apa aku sebut pasal Bayon temple dalam entry sebelum ni? Ya...temple with faces. So kat Bayon ni kami sempat pusing sampai habis sebab tempat ni tak sebesar Angkor Wat. Aku suka Bayon sebab ia lain dari yang lain...unik la senang cerita. Kami panjat sampai ke bahagian paling atas dan amik gambar sekeliling. Waktu di sini kami berpecah sebab aku prefer leisure sendiri, kalau asik jalan sama nanti tak fokus. Masa on the way keluar dari Bayon sekali lagi cuaca tak berpihak pada kami. Belum sempat sampai ke basikal tetiba hujan pun turun, kali ni lagi lebat dari tadi. Kami berlari ke bawah pokok yang paling terdekat dan berteduh di situ. Tapi pokok kali ni tak lebat macam pokok yang tadi sebab daunnya jarang-jarang. Kelam kabut aku keluarkan payung dari beg sebab gila-gila punya lebat. Nasib baik aku bawak payung, walaupun payung tu kecik tapi oklah dari takde. Dia tolong pegangkan payung tu sebab kalau aku pegang alamatnya kepala dia tersangkut (tinggi punya pasal).

Hati aku rasa dup dap dup dap sebab tak penah aku bayangkan akan berada dalam situasi macam ni. Berkongsi payung dengan stranger yang baru kenal tak sampai sejam...kebetulan ke apa? Dengan baju & seluar yang basah kuyup, dengan kasut kotor bersalut lecah, dengan buku LP & map yang habis hancur. Baik takyah pakai payung! Ahh, ni macam drama sangat tapi...bukan drama masalahnya.

Kami berdiri rapat sambil berlindung di bawah payung yang kecik. Aku tengok dia, dia tengok aku. Speechless. Tak pasti nak buat mimik muka yang macam mana. Kalau sengih nanti dia kata aku gila pulak. Tapi...kenapa ko nampak hensem sangat? Mungkin efek hujan basah kuyup ni kot. Hai...nasib tak tergugat iman aku. Nasib baik aku ni rendah sikit, kalau sama tinggi confirm boleh "ter...". "Ter" katanya. Nasib, nasib.

Bayon Temple

Hampir sejam kami berkeadaan begitu sambil melihat hujan yang seolah-olah takkan berenti. Hampir sejam tau...sejam! Aku rasa hujan ni gatal! #eh

30 minit selepas tu barulah hujan reda walaupun tak sepenuhnya. Kami amik keputusan untuk lari ke basikal dan memecut mencari tempat berteduh. Berhadapan dengan Baphuon temple ada sederet kedai. Aku terus memecut ke kedai untuk membeli poncho dan dia terus memecut ke kedai makan yang terletak di belakang. Selepas membayar (KHR3000) aku terus ke kedai makan sambil tersenyum menunjuk-nunjuk poncho yang baru dibeli. Aku suruh dia beli poncho memandangkan takde tanda-tanda yang hujan akan reda.

Dia mempelawa aku makan bersama tapi memandangkan aku dah kenyang, aku cuma order setin Coke yang harganya USD1.50. Peh, bocor poket! Sementara menunggu order tiba kami berborak lagi tapi kali ni lebih serius topiknya. Aku dah mula terasa semacam bila dia mintak izin nak tanya satu soalan.

Dia : Can I ask you something?

Dia buat dah....Aku cukup tak gemar kalau orang bagi mukhadimah gini sebab otomatik aku jadi gelabah

Aku : Sure, why not?
Dia : Do you have a boyfriend?

*petir*
Nasib baik takde air dalam mulut, kalau tak mesti tersembur

Aku : Erm...No. I just broke up. What about you?
Dia : Really??

Wah kemain ko "really"

Aku : Yeah??!!
Dia : Me too!

*petir*
Oh mai, ini kebetulan ke apa?

Aku : Really??

Aku pulak yang "really" beria-ia

Dia : Yup. We just broke up before I started travelling. We were supposed to travel together but things doesn't go according to plan but it's okay
Aku : Ohh...that's sad!
Dia : It's ok. We couldn't be together so we decided to separate
Aku : I see. So you still being friend with her?
Dia : Yeah, we're still friends. We don't have any problem so I guess we're still friend. By the way can I know why you broke up with your ex?
Aku : Hurmm...it's a long story
Dia : Try me. I'm listening

Aku pun bla bla bla bla....Sekejap! Eh nape dia ni beria tanya aku pasal ni. Takkan la baru berteduh bawah payung dah feeling kot??!!

Kami terus berborak sambil aku temankan dia makan. Aku tengok cara dia makan, I mean, cara dia sudu nasik, suap dan kunyah punyalah sopan tapi yang paling penting dia tak tinggal walau sebutir nasik kat atas pinggan. Giler arr mamat ni naik segan aku dengan dia, rasanya aku pun tak mampu nak makan sopan camtu. Ntah-ntah kontrol hensem, kannn?

Dia cakap kat aku dia suka makan nasik, kalau boleh breakfast dia prefer makan nasik dari makan roti. Aih pelik benau dia punya selera, kalah orang Asia. Katanya dia tak suka masakan barat sebab banyak guna daging dan roti. Most of the time lepas makan mesti sleepy, tak macam nasik, perut full tapi tak mengantuk lepas makan, itu kata dia lah. Walhal aku rasa kita ni pantang makan ape aje, lelagi nasi lemak, pastu mesti atas kelopak mata macam ada peti ais, berat gila. Lepas bayar bil kami singgah sekejap ke kedai sebab dia nak beli poncho. Aku tengok semua salesgirl kat situ tengok tak berkelip-kelip. Actually harga poncho tu USD1, tapi sebab aku tak cukup duit kecik so aku mintak diskaun, tu yang dapat KHR3000. Tapi yang aku sakit hati tu, waktu mamat ni beli, dia dapat lagi murah, KHR2500 je sebab masa tu duit kecik dia habis. Heeee...geram je aku kat salesgirl tu sebab senang gila mamat ni dapat murah. Ah ni taktik nak mengorat arr tu! Bila salesgirl tu suruh pilih poncho kaler apa, dia amik kaler kuning sebab katanya tu salah satu kaler pada bendera Germany. Patriotik gila!

Masa kami beredar dari kedai dia gelakkan aku sebab aku bayar KHR3000, dia bayar KHR2500. Ek eleh, takat diskaun 500 aku tak heran laaa!

Dia : (sambil ketawa) Hey I got cheaper than you!
Aku : Of course you did. But did you notice the way she look at you?
Dia : Nope. Why?
Aku : I think she likes you and that's why you got cheaper than me!
Dia : Really? What make you say that?
Aku : I think because you're....handsome?

*petir*

Dia : (senyum malu dan speechless)

Aku bantai gelak pastu. Seronok jugak buat dia blushing.

Lepas parking basikal, mangga, kami pun jalan ke Baphuon temple. Honestly aku rasa ini bukan lagi macam tengok ancient ruins, tapi berat ke bercanda di tepian batu-bata sebab memasing dah tak boleh fokus asik ketawa-ketawa je.

Baphuon Temple

Kat Baphuon ni binaannya banyak yang dah terjejas, banyak batu-bata yang dah runtuh dan tak selamat untuk dipanjat. Tapi sebab kami ni degil, kami panjat jugak sampai ke atas. Nak panjat memang senang, tapi nak turun agak merbahaya. Sebab tu aku penah remind dalam entry sebelum ni kalau boleh pakailah sandal yang boleh grip, contohnya Teva sebab permukaan batu kat sini tak sekata dan agak moldy. Pakai sandal biasa memang tak cukup, silap haribulan boleh tergelincir, so pakailah Teva! (promote nih).

errr...sebenarnya aku nak amik gambar batu tapi dia enterprem
Masa on the way dari Baphuon temple ke parking basikal, hujan mula turun rintik-rintik. Oke, aku tau korang mesti kata kenapa setiap kali nak amik basikal je hujan turun, nak blah je hujan lebat. Masalahnya aku sendiri pun tak boleh nak bagi eksplenesyen yang tepat tentang fenomena ni. Tapi haritu memang hujan sepanjang hari, to be precise, lepas aku jumpa dia. Aku rasa dia ni bomoh hujan la...eh?

Aku cecepat sarung poncho tapi dia masih lagi terkial-kial dari tadi, walhal hujan dah lebat. Memula aku biarkan, tapi lepas aku tengok tangan dia keluar kat lubang kepala, aku surrender. Tak boleh blah dia ni, haih! Bila dia dah selamat pakai poncho dengan betul dia pun bersuara

Dia : I can't even wear a poncho by myself! It's embarrassing
Aku : Naaah...you don't have to
Dia : I mean.....gosh! But thanks a lot for helping me just now
Aku : It's ok, not a problem at all

Kami berteduh sekejap di dalam temple Baphuon dan bila hujan berhenti kami amik basikal dan bergerak menuju ke temple yang lain. Kali ni jarak temple sangat jauh, lebih kurang sejam berbasikal melalui sebatang jalan raya yang sunyi di tegah-tengah hutan. Mujurlah aku jumpa dia, kalau tak aku pun tak tau sama ada aku sanggup ke tak nak kayuh basikal kat tetengah hutan seorang diri. Tetiba aku rasa dia ni macam savior aku, cewah!

Kami berbasikal beriringan memandangkan jalan raya lengang, cuma sesekali bila lalu kereta atau tuk-tuk barulah salah seorang dari kami akan pergi ke depan (selalunya dia la, haha). Sebenarnya takleh kayuh basikal bersaing sebab bahaya, tapi sebab jalan tu lengang sebab tu kami buat, lagipun senang nak bersembang. Kalau sorang duduk depan, sorang kat belakang susah jugak nak dengar bijik butirnya. Kalau diingatkan balik, memang seronok waktu tu, mulalah terflash scene dalam citer Sembilu, cuma tinggal tak pakai baju sekolah je.

Tiba-tiba dia perlahankan basikal dan signal aku untuk berhenti

Aku : Why are you stopping?
Dia : It's monkey!!
Aku : What? Monkey? (cheh aku ingatkan amende tadi)

Aku tengok dia keluarkan kamera dari kocek dan tangkap gambar monyet-monyet tu. Muka dia jangan cerita...excited gila nampak monyet. So aku pun kayuh basikal ke sebelah dia dan tanya

Aku : Is this the first time you see monkey? (aku takut jugak nak tanya soalan ni, takut terguris)
Dia : Yeah...it's my first time....I mean....I've seen them on TV but this one is real!

*petir*
Ko memang sedeh

Dia : Hey, look! That one is holding the baby! (eksited gila dia waktu ni)
Aku : Yeah-yeah!! (aku cuba buat eksited takmo member kecewa)

Dalam 5 minit pastu barulah kami sambung naik basikal. Ok, sekarang aku dah tau yang dia suka monyet dan kangaroo. Ahaks~ Geleng kepala aku dengan dia ni...tapi aku rasa comel jugak bila tengok dia teruja camtu. Pastu aku pun bukak cerita kisah monyet-monyet Msia yang ganas, jenis kejar orang kalau nampak makanan, monyet-monyet kat sekolah/asrama/universiti yang suka pecah masuk bilik curi makanan, pastu kadang-kadang buat roadblock kat tangga. Aku cakap pada dia aku teringin nak tengok monyet Proboscis sebab hidung haiwan tu pelik.

Kemudian kami melalui satu kawasan yang mana ada sawah padi di kiri dan kanan. Oh ye, ada satu area kat dalam kawasan Angkor Wat ni yang tembus kawasan kampung. Kebetulan pada waktu tu ada beberapa locals tengah memukat ikan kat bendang/sawah. Kami berenti sebab dia teruja nak tau apa lelaki tu buat. Aku cerita kat dia yang dalam sawah ni ada ikan tapi dia tak caya. Dah tak percaya punya pasal so aku pinjam bakul ikan yang dah dipukat, aku tunjuk kat dia dan dia teruja. Camne nak cerita eh...ermm...bila kita dapat tengok expression orang yang baru first time jumpa benda-benda baru dalam hidup dia, kita sendiri boleh rasa camne dia happy. Aku pun happy jugak sebab aku dapat jadi sebahagian dari pengalaman pertama dia, ohsemmm!

Oleh kerana dia excited jumpa sawah padi, so dia mintak aku amikkan gambar.

bang, senyum tu kasi lebau skit!
Lepas amik gambar ni aku kata pasni letakla dalam fesbuk. To my surprise dia cakap dia takde fesbuk. Heh? Aku tanya kenapa, dia cakap dia takmo apa-apa info berkaitan dia ada dalam internet. Peh, macam perisik! Pelik betul la dia ni. Lepas tu kami sambung lagi perjalanan, memang jauh aku tak tipu, sejam! Pastu barulah giliran aku tanya dia soalan

Aku : I think we haven't introduce ourself yet

Kami tergelak sebab baru perasan. Dari tadi sembang, sangkut bawah pokok, berhujan bawah payung tapi nama belum tau.

Aku : So what is your name?
Dia : H******, and you?
Aku : I'm F*******
Dia : Is that a Malaysian name?
Aku : Yeah..I guess! Haha
Dia : You drink? (tetiba)
Aku : Nope, I don't drink
Dia : Why?
Aku : Because I'm a muslim
Dia : Ah, I see. But why there are some who drinks?
Aku : (haih soalan membunuh lagi) Hurm..well actually we can't take beers and so on. You see, there's a good and bad muslim, same goes to Catholic and other religions. Anyway, I'm not very good at giving opinion about this but sometimes people just do, you know?
Dia : It's okay, I understand. As long as being religious makes you a good person, I think that's all that matter.
Aku : So what about you? Are you Catholic?
Dia : Nope. I don't have belief
Dia : (angguk)
Aku : And what about your parents?
Dia : They too

Pada waktu tu aku terfikir gak dia ni racist ke apa, tapi tak. Walaupun dia seorang Atheist, tapi dia hormat kalau orang tu ada pegangan agama. Dan itulah kali pertama dan terakhir dia tanya aku pasal tu sebab bila kami hangout dia tak pernah paksa atau pelawa sebab respek.

Sedang kami melalui kawasan berbukit tetiba hujan turun lagi. So kami berenti tepi jalan dan pakai poncho. Kami teruskan berbasikal sampai jumpa 1 pokok besar dan berenti untuk berteduh memandangkan jalan agak berkabus.

Dia : Are you okay?
Aku : I'm ok but the weather is not good. I don't mind if we skip the other temples but not Ta Phrom because I heard that it's awesome.
Dia : If you wanted to go to Ta Phrom, then let's go! Don't worry about me coz I bought 3-days pass. I can come again tomorrow. I'm just worry about you because your only chance is today.
Aku : *sigh*
Dia : I think if we go now maybe we can make it before 5.30pm

So kami pun amik keputusan untuk meredah hujan memandangkan kami dah pakai poncho.

on the way to Ta Phrom

Sewaktu kami tiba di Ta Phrom aku tengok dia tercari-cari sesuatu di dalam kocek seluar. Aku tanya dia cari apa, dia cakap kunci basikal dia hilang. Ah sudah! Puas dia selongkar beg dan kocek seluar tapi masih tak jumpa. Aku agak benda tu tercicir waktu hujan lebat tadi. Aku bagi idea mangga sekali basikal tu memandangkan harapan nak jumpa agak tipis. Tetiba aku terpikir camne kan kalau dia tak jumpa aku?

Temple Ta Phrom terletak jauh ke dalam, dari pos pengawal (sini dia nak cek pass masuk, so jangan hilangkan) kena jalan kaki lebih kurang 200m melalui denai sebelum sampai ke temple. Hampir sebahagian daripada struktur Ta Phrom runtuh dan terjejas teruk tapi sedang dalam proses baik pulih. Sekeliling kawasan temple ditumbuhi pokok-pokok yang besar dan akarnya melingkari struktur bangunan. Memang cantik, tapi dalam pada masa yang sama agak creepy. Tak ramai pelancong yang ada pada waktu tu memandangkan hari dah lewat petang dan kami pun cuba untuk cover secepat yang mungkin sebab nak tengok sunset.

Ta Phrom
pokok Angelina Jolie

Sedang kami memanjat batu-bata, tiba-tiba.....

Dia : Are you doing something tonite?

*petir*

Aku : Nope. Why?

Dalam hati aku dah boleh agak apa ayat yang seterusnya.

Dia : I would like to ask you out for dinner

*petir*
Betul ke ni? Ke aku yang pekak? Atau aku sedang bermimpi?

Dia : But if you have something to do.....(ayat tak sempat habis)
Aku : No, I'm not doing anything tonite so YES!
Dia : (senyum)

Okeh, aku tau ini cuma perlawaan biasa (kot?), tapi tak taulah kenapa dia punya debar macam nak pegi berperang.


bersambung.....
.

Read more...

The Overland : Siem Reap & Angkor Wat (Part 1)

July 22, 2011

Sambungan dari entry sebelumnya.


Day 8 : 20 May 2011

Aku bangun awal pagi tu sebab perut asik berkeroncong. Selepas bersiap-siap lebih kurang pukul 7am aku keluar dari guesthouse dan cari basikal untuk disewa. Oleh kerana hari masih awal so banyak kedai tak bukak lagi tapi mujurlah ada 1 kedai kat hujung simpang tak jauh dari guesthouse yang dah bukak, so aku amik keputusan untuk menyewa di situ.

Kos menyewa sebuah basikal di Siem Reap sangat murah, cuma USD1/sehari dan mostly takyah deposit. Rantai basikal (kunci) juga disediakan, tapi make sure jangan lupa guna setiap kali parking sebab kos mengganti sebuah basikal agak mahal. Aku pilih basikal kaler silver dan sewa 2 hari. Jenis basikal kat sini semua pesen bakul kat depan. Kalau makwe yang bawak mungkinlah comel, tapi pakwe?

terms & conditions ni macam skrip drama je aku rasa, panjang berjela!

Lepas check angin, tayar, brake...aku pun grak. Aku still ingat perasaan nervous waktu tu (sebab dah lama tak bawak basikal). Nak dijadikan cerita kat depan guesthouse ada roundabout, pastu traffic agak kucar kacir so memang kena extra cautious, kalau tak boleh bertembung takpun eksiden. Kat sini agak susah nak jumpa orang bawak kereta, tapi tuk-tuk, basikal dengan motor memang banyak. Kalau orang yang sekali sekala bawak basikal macam aku, benda ni agak merbahaya sebab kena take time nak faham cara orang-orang sini bila di jalanraya. Yang mengkonfusekan tu traffic flow kat sini opposite dengan di Msia (dorang pakai sistem jalanraya kat US, left-handed drive).

Misi aku yang pertama pada pagi tu ialah mencari kedai halal & masjid. Berpandukan map aku try cari lokasi masjid. Rupanya jarak di antara masjid dan guesthouse tak jauh, lebih kurang 5 minit menaiki basikal. Tapi sebelum ke masjid aku singgah di Artisans d'Angkor sebab nak book silk farm tour untuk hari esok. Aku amik keputusan untuk join tour ni atas cadangan Intan. Di sebabkan cerita dia yang berapi-api tulah aku tepis perasaan takut dan pegi. Sebenarnya aku agak geli dengan makhluk yang bernama ulat, tak kisah ulat apa sekalipun. Kalau lipas, tikus, katak, ular aku boleh pegang bodo camtu tapi ulat, no way! Yikes! Hey jangan gelakkan aku ye sebab aku penah jumpa lelaki yang panjat atas kerusi bila nampak lipas. So ***!

Terima kasih banyak-banyak kat Intan sebab dia banyak tolong aku untuk trip ni. Aku kenal Intan waktu dia cari info pasal NZ dan kebetulan bila aku cakap nak ke Siem Reap so dia pun tolong siap dengan itinerary lengkap. Kiranya kalau aku redah camtu pun confirm boleh survive. Tapi tulah, aku on budget, some more time constrain so aku tak dapat nak follow sangat itinerary tu. But overall, terima kasih bebanyak sebab sudi kongsi banyak tips dan aku rasa dia betul, pass sehari ke Angkor Wat memang tak cukup untuk orang yang suka mengkaji batu. Hehehehe....(alasan untuk meripit kali kedua)

Sistem jalanraya kat sini sebenarnya agak kucar kacir sebab kebanyakan jalan takde papan tanda especially untuk lorong-lorong kecil. Jadi untuk mengatasi masalah ni aku kena kira kedudukan lorong dari tempat aku berdiri berdasarkan map untuk spot lokasi sebenar. Silap masuk lorong tu biasa la sebab map pun tak berapa detail. So kesimpulannya sume benda kena try & error sampai jumpa.

Sebenarnya aku lebih suka explore Siem Reap dengan basikal berbanding charter tuk-tuk sebab aku nak master selok-belok jalan kat sini. Aku tak suka jadi typical tourist yang tak tau ke mana dia pegi.

"Tourists don't know where they've been, travellers don't know where they're going" – Paul Theroux

Aku setuju dengan quote tu sebab aku lebih suka idea terjah bila pegi ke sesuatu tempat. Memadai take note apa benda menarik dan cara ke situ pun dah cukup. Aku tak suka terikat pada plan sebab benda tu akan buat aku rasa pressure bila tak mampu nak accomplish. Tapi cara travel camni sesuai untuk trip yang lama, kalau pegi 3-4 hari tu aku tak galakkan.

Berbalik pasal cerita Silk Tour Farm dan Artisans d'Angkor, kalau berminat boleh join tour yang diadakan pada setiap hari dan boleh pilih sama ada nak pegi pukul 9.30am atau 1.30pm. Apa yang best pasal tour ni ialah ianya FREE! So kalau ke Siem Reap make sure sign-up for this tour sebab rugi kalau terlepas. Paling elok book tour ni sehari sebelum pegi untuk mengelakkan dari kecewa.

lokasi Mandalay Inn, Artisans d'Angkor & Naek Mah Mosque
Lepas setel booking tour aku teruskan misi mencari masjid yang dimaksudkan iaitu Neak Mah Mosque. Agak tricky mencari lorong ke sini sebab pepaham jela kawasan kampung. Memula tu aku sesat sampai ke hujung jalan sebab tak jumpa lorong yang dimaksudkan. Pastu aku cuba tanya local tapi sorang pun takleh paham English dan setelah try & error 2-3 lorong akhirnya barulah jumpa. Condition jalan ke kampung ni memang daif sebab tak berturap, itu tak masuk lagi lubang-lubang besar yang boleh bertukar menjadi kolam bila hujan lebat. Aku kena bawak basikal dengan cermat sebab kalau jatuh confirm jadi legenda setempat.

Akhirnya aku sampai di satu simpang dan tiba-tiba ada suara lelaki bagi salam. Aku terkejut beruk pada mulanya sampai jawab pun tergagap. Mostly orang-orang Melayu Champa boleh bercakap bahasa Melayu walaupun tak berapa fasih dan lepas berborak-borak aku mintak diri untuk ke kedai makan memandangkan jam dah pukul 8.30am. Aku kena cepat sebab pasni nak pegi Angkor Wat. 

Aku pilih untuk makan di sebuah warung dan order nasi ayam (KHR5000) termasuk cha-yen (KHR2000), saja nak test camne rasa cha-yen kat sini, kot-kot lagi power dari Hadyai. Sementara tunggu makanan siap aku berborak dengan tokey kedai. Menurut makcik tu dorang start meniaga lepas subuh (pukul 5.30am) sampai pukul 10am dan pada waktu malam cuma ada satu gerai yang meniaga, itupun tak tentu dan kedai tu tutup pukul 9pm.


Akhirnya makanan pun sampai dan tanpa berlengah aku pun makan. Masakan makcik ni takla sedap mana (jujur gila aku review) sebab aku lagi terer masak nasik ayam (hahahaha....), cha-yen pun so-so tapi oklah janji dapat hilang dahaga sudah. Apapun aku rasa syukur sebab dapat makan berat harini, alhamdulillah. Lepas bayar aku kayuh basikal pusing kawasan sekeliling, amik gambar masjid dari luar & surrounding dan lepas tu terus beredar ke Angkor Wat. Waktu ni jam menunjukkan pukul 9.10am.


Dari sini ke Angkor Wat jaraknya lebih kurang 10 km tapi disebabkan aku mengayuh pesen santai so 45 mins kemudian barulah sampai. Kayuh basikal kat sini seronok sebab boleh dikatakan semua orang bawak basikal so takdelah rasa lain sangat. Aku tengok kebanyakan tourist Jepun dan omputih cukup suka kayuh basikal, tapi ada gak yang sewa tuk-tuk. Tak silap aku rate sehari sewa tuk-tuk ke Angkor Wat untuk "small circle" USD10 dan "big circle" USD15. So ape tu "small circle" dan "big circle"? Big/small bermaksud besar mana coverage yang tuk-tuk akan buat dalam Angkor Wat. Kalau amik "big circle" ni dia bawak pusing semua temples dan sebaliknya untuk "small circle". Apapun terpulang pada individu sama ada nak pilih kayuh basikal atau sewa tuk-tuk. But to be honest, kawasan Angkor Wat ni sangatlah besar. Sehari memang tak cukup nak cover semua temples dan itulah sebabnya aku suggest korang amik pass lebih dari sehari.

Masa kayuh basikal tu serious aku clueless sama ada dah sampai ke belum sebab sepanjang-panjang jalan aku nampak signboard ke Angkor Wat tapi sampainya tak jugak. Dari jalan yang sibuk membawak ke jalan yang sunyi (kiri kanan hutan) aku mengayuh. Nak patah balik nanti dituduh gila sebab buat kerja lagha (sesaja kayuh basikal nak bagi basah ketiak).


Akhirnya aku nampak 2 orang polis/guard kat tepi jalan. Aku pun tanya, "Betul ke ni jalan pegi Angkor Wat?", dorang angguk dan pointing aku masuk ke satu susur. Wah leganya sebab dah sampai dan kat sini kena turun untuk beli pass masuk.

Aku park basikal bawah pokok dan beratur beli pass untuk sehari memandangkan aku tak pasti best ke tak Angkor Wat (but later aku regret sebab rupanya tempat ni memang ohsemmm). Apa yang menarik ialah pass ni bukan sekadar pass biasa sebab ada gambar kita kat situ. Masa aku tengah bayar kat kaunter tetiba orang tu kata, "Ok, stand here, look here". Aku, "????". On the spot benda tu siap, gile ekspress. Aku amik pass tu dan tengok muka aku terpampang kat atas pass. Aku admit muka aku nampak tak ready dan sedikit confuse....siyes huduh. Pffffttttt!!

Angkor Wat Pass :
1 day : USD20
3 days : USD40
7 days : USD60

Dah setel beli pass, kena go through checking dan kat sini dia akan ditebuk pass menandakan kita dah masuk. Lepas setel punch boleh la pusing satu Angkor Wat sampai lebam, cuma pukul 5.30pm kene keluar sebab tempat ni akan ditutup. 

Opening hours : 5.30am - 5.30pm setiap hari
Kaunter tiket/pass : 5am dah bukak

map Angkor Wat [source]

Sebagai peringatan, jangan sesekali hilangkan pass ni sebab dorang akan buat random checking di beberapa temple sebelum kita dibenarkan masuk. Mungkin ada yang masih clueless Angkor Wat ni ape so aku nak cerita sikit pasal tempat ni.

Angkor Wat adalah salah satu daripada berpuluh/beratus (ntah aku tak kira) temple yang ada di dalam satu kawasan yang besar. Temple yang paling popular kat sini apa lagi kalau bukan Angkor Wat dan temple-temple lain pun femes gak contohnya, Bayon (temple with faces) dan Ta Phrom (sebab Angelina Jolie penah berlakon movie Tomb Raider kat sini). Setiap temple adalah berbeza dan unik dan aku rasa kalau korang suka mengkaji batu, ancient ruins dan history mesti korang suka pegi sini. Aku? Aku suke...sangatlah suke (suka ada makna tu..hahaha). Eh tak..memang aku suka layan batu lelagi ancient ruins, kalau tak camne aku boleh layan Borobudur sampai 2x?


Dari tempat beli tiket kena kayuh basikal lebih kurang 2km sebelum sampai ke kompleks Angkor Wat. Mengayuh basikal kat kawasan Angkor Wat seronok sebab ada banyak pokok so tak terasa sangat panasnya. Temple pertama yang aku pegi pada hari itu ialah Angkor Wat, tapi sebelum tu kena park basikal kat bawah pokok. Mula-mula aku tak pasti nak park kat mana sebab takut letak sebarang nanti kena alih ke tempat lain, boleh jadi haru dibuatnya. So aku pun letak dekat group motor memandangkan takde satu pun basikal kat situ. Pada mulanya aku letak basikal aku kat satu sudut tapi pastu aku ubah dan letak di antara 2 motor. Plis take note ape aku cerita ni sebab ada kisah kat hujung nanti.

Parking basikal takyah bayar, FREE kekdahnya tapi jangan lupa kunci ye sebab kalau hilang ingat apa terms & conditions kedai sewa basikal tu kata? Lupa? Meh tepek lagi sekali....

"If the bicycle was stolen you have to pay me USD50/1 bicycle to get back the passport you left as a deposit"

Tapi dalam kes ni aku tak tinggalkan passport sebagai deposit, kiranya aku sewa koboi dengan makcik tu. Tapi ingat...."you have to pay me USD50 ok, USD50!" Kah kah kah (sape la pedajal makcik ni buat resit camtu?)

Lepas aku puas hati dengan mangga basikal tu aku pun berjalan menuju ke Angkor Wat. OoOoOoo...inilah dia Angkor Wat yang selalu disebut-sebut tu! Boleh tahan ramai gak orang walaupun hari Jumaat, siap ada yang shooting baju pengantin lagi, tapi aku tak amik pulak gambarnya. Waktu ni panas dia jangan cerita, mujur aku bawak spek hitam dan payung. Ok lupa aku nak ingatkan, kalau boleh pakailah sandal atau flat shoes sebab pavement kat sini tak sekata, ada tinggi, ada yang rendah (boleh refer 1 foto di bawah). Aku yang pakai sandal pun boleh terpelecok, inikan orang yang pakai heel. Tapi kan, aku ada tertengok sorang pompuan ni terpelecok, memang kelakar jugakla sebab dia pakai 3 inci punya. Mungkin sebab aku sengih so sebab tu aku terkena tulah. Siot!! Dan jangan lupa sebelum ke sini beli air mineral botol besar sebab cepat rasa dahaga. Kalau boleh beli siap-siap kat luar sebab kat dalam ni mahal sikit (USD1), kalau kat luar boleh dapat murah lagi (KHR2500-3000). 

Ingat lagi tak conversion USD dan KHR? Mesti lupa, tulah, telan lagi semut banyak-banyak!

USD1 = KHR4000

Masa kat sini aku selalu buat perbandingan harga dan kekadang tu aku rasa tak logik, contohnya :

USD 1 = basikal = OK! 
USD 1 = sebotol mineral water 1.5L= Tak ok!

So, basikal = sebotol mineral water 1.5L??? Tak logik!


Aku masuk ke dalam bangunan Angkor Wat (ada 2 buah kesemuanya, yang depan ni kecik skit, belakang tu besar). Amik gambar lebih kurang pastu aku proceed ke second building yang terletak di belakang bangunan yang first ni. Untuk sampai ke situ kena jalan kat satu runway berbatu yang panjang, time ni memang panas gile sebab langit cerah, awan pulak tak berapa nak ada. Peluh tu jangan cerita, macam air paip. Aku jalan lelaju sebab tak tahan panas, nanti cairlah mekap aku (drama je ni, walhal tepek sunblock pun idak). Masuk ke bangunan kedua ni barulah lega sebab dapat berteduh. Aku suka sikit kat sini sebab setiap koridor penuh dengan ukiran ancient. Boleh dikatakan kat setiap sudut ada ukiran, memang takleh compare dengan Borobudur. Sedang aku berjalan-jalan kat koridor sambil amik gambar ukiran yang cecantik ni tetiba muncul satu kelibat dari arah hadapan, bertentangan aku. Aku rasa macam biasa tengok dia ni, tapi kat mana ek? Ermmm (pikir)...alamak...ni mamat yang dalam bas haritu! Ok buat biasa, jangan obvious sangat. Semakin lama langkah kami semakin dekat dan akhirnya kami pun bertembung. 

Aku : Hi!
Dia : Hi! Erm...you look quite familiar! *pause*
Aku : Guess?
Dia : Yeah, now I remember. You're the girl from the bus yesterday, right?
Aku : Yay! (score! gol! yahu!) What are you doing here? (soalan bodoh. tengok Angkor Wat la apa lagi!)
Dia : Sightseeing! (sambil sengih sebab aku tanya soalan bodoh). I just arrived actually, this is the first temple. What about you?
Aku : Yeah me too, I just arrived *pause*
Dia : Hey, I have an idea. Why don't we go around together?
Aku : Yeah, why not?? (nebes gila ini jam). I think that's cool considering that you're alone and I'm alone...
Dia : Do you want to go now or you want to take a look around first?
Aku : ........(masih blur)
Dia : Ermm, I think we finish this one first then we go to the next one. Is it okay with you?
Aku : ......That's good! Brilliant!

Aku rasa setakat tu saje aku mampu bagi tumpuan sebab selepas tu dan seterusnya konsentrasi aku terhadap batu-bata purba kat sekeliling Angkor Wat pun hilang sebab nebes punya pasal. Damn you sia-sia USD20 aku!!

semua patung Buddha kat sini headless sebab pada zaman pemerintahan Pol Pot dorang kasik penggal sebab difahamkan dorang cari gold kat dalam tu sebab ada sesetengah patung yang disorok gold di dalamnya
Sebenarnya aku rasa nebes tapi aku cuba untuk rasa comfortable supaya kami boleh communicate dengan baik. Dari perbualan tu aku dapat tau yang dia berasal dari Germany dan baru saja grad. Sementara tunggu sambung Master dia pegi travel, dah 3 bulan dia travel across Australia, Thailand dan akhirnya Cambodia. Aku tanya dia kenapa tak singgah Malaysia? Dia cakap ada, tapi duduk dalam airport KLIA je sebab tunggu connecting flight ke Bangkok. Hampeh! Tapi dia cakap airport kita cantik. Aku pun offer kalau next time dia datang Malaysia just roger, nanti aku boleh jadi tour guide.

Dia cerita masa kat Australia haritu ada 2 budak Cina Msia tumpangkan dia hitchhike. Ok, so nama negara Msia ni taklah alien sangat compared to 10 years back bila mana sebut je "Malaysia" tak ramai orang tau lokasinya atas peta dunia. Sadis. Btw, thanks kat bebudak tu sebab kalau korang tak tolong malulah aku.

Aku masih ingat lagi killer question yang dia tanya aritu, "Berapa jumlah penduduk di Malaysia?". Peh soalan tak agak-agak. Aku rasa nak pitam sebab aku tak tau nak jawab apa and lastly aku tembak..."15 Million??!!" (rupanya setelah aku gugel populasi penduduk di Msia adalah 27.5 million. Ok plis mark the answer sebab ni adalah antara soalan feveret yang orang selalu tanya bila travel). Sebenarnya banyak gila killer question yang dia tanya sampai pening aku nak jawab, contohnya :

1. Msia masih amalkan hukuman gantung sampai mati tak?
2. Msia ni negara demokrasi ke?
3. Pemimpin dia camne? Adil?
4. Rakyat ada kebebasan bersuara?
5. ISA?

Dan macam-macam lagi soalan general dan politik semasa. Sebenarnya aku memang tak minat nak amik port benda camtu sebab aku pun pening dengan politik kat Msia. Sebenarnya aku malu sebab sistem politik kita yang huru hara. Oklah malas nak cakap pasal politik sebab sume tu poli-taik. Berdasarkan pemerhatian aku, dia ni agak smart dan knowledge dia bagus. Walaupun dia muda 2 tahun dari aku tapi rasanya dia lebih matured berbanding aku (Huhuuuu). Aku selesa dengan dia sebab dia bukan jenis lelaki yang suka cakap merapu tapi dia bukanlah seorang yang serious...he's an educated person yang berfikir sebelum bercakap, like a man with heart on his tongue.

Walaupun dia orang putih tapi itu tak bermakna dia terer cakap omputih sebab bahasa ibunda dia ialah German. Selain dari bahasa German dia boleh cakap French (basic) dan English (intermediate). Cuma ada certain perkataan English yang dia tak tau contohnya, "currency". So setiap kali bila dia tak faham, aku kena jadi cikgu explain bagi dia paham. Aku ni pun takla terer bahasa Inggeris tapi setakat nak communicate, tulis dan faham tu boleh la. Seingat aku banyak kali jugak dia tersasul cakap German dengan aku, errr..masalahnya aku ni ada rupa orang German ke? Tapi aku suke sebab setiap kali dia tersasul mesti dia akan tersenyum malu. Dan bila dia tersasul aku akan suruh dia ajar aku sebut perkataan tu berserta maksudnya. Rupanya susah nak pronounce perkataan German, berbelit lidah dibuatnya.

Aku masih ingat lagi 1 soalan dia, "Why Malaysian speak English among themselves? Aren't you proud of your mother's tongue?". Hah amik, berpeluh aku nak jawab soalan cepu cemas ni. Kalau diikutkan ada betulnya sebab sebagai contoh, orang Jepun, walaupun negara dia maju tapi bahasa kebangsaan dorang tak anaktirikan. Kalau pegi Jepun boleh terkontang-kanting kalau takde translator. Dia tanya aku soalan ni sebab dia cakap bebudak yang tumpangkan dia tu cakap English sesama dorang, patutnya cakapla Mandarin ke, Hokkien ke. Camne nak cakap ek...sebenarnya cakap omputih sesama kita ni macam dah jadi style aku rasa. Kiranya elite la kalau cakap omputih. Walhal grammar bersepah pun gigih nak cakap omputih...sedeh! But once, korang agree tak apa yang mamat ni cakap? Butt-hurt kan? Poooofff!

Oih, mestila aku backup, aku cakap, "Kitaorang belajau bahasa penjajah sejak dari tadika le. Tu pasai kitaorang tera cakap omputih!".

sume ukiran ni memang sesuai untuk pencinta batu purba seperti aku. btw, kitaorang terjumpa benda ni masa lalu kat salah satu koridor macam dalam gambar di atas
Kami pun berjalan menuju ke tempat basikal memandangkan langit dah mula gelap. Masa nak amik basikal tu kami memasing tergelak sebab rupanya basikal kitaorang parking sebelah menyebelah. What a coincidence! Aku pun cakap pada dia, "Hey, I think just now there was no other bicycle except mine. (pause). You know what, I think it's weird coz I met you on the bus, then I met you here and now your bike is next to mine. Do you think all of these are coincidence?". Dia tengok aku dan senyum...."Maybe!". Dalam hati aku nak je tanya dia ni follow aku ke hape tapi tak terucap sebab takut dituduh perasan.

"us"

Kami pun amik basikal dan mengayuh meninggalkan Angkor Wat tapi baru 100 meter hujan pun turun dengan lebatnya so terpaksalah kami berteduh di bawah pokok (nasib baik pokok ni lebat, takyah bukak payung). Tiba-tiba dia bersuara, "Actually I wanted to ask you to share tuk-tuk with me on that day but before I have the chance to ask, you left". Hahahaha....kami pun gelak. Ya, aku rasa ni bukan coincidence lagi tapi....entah! Sebenarnya waktu aku naik dalam bas haritu (Poipet -> Siem Reap) mata aku otomatik terarah pada dia dan hati aku berkata, "Hensemnya....". Walhal kalau diikutkan dalam bas tu punyalah ramai mat saleh tapi entah kenapa aku rasa dia ni lain sikit.

Lepas tu dia sambung lagi, "...and I was looking for you when the bus stopped at the restaurant. I wanted to talk to you but you just sit alone at the corner...maybe you want some privacy". Aku tak tau nak respon apa cuma senyum (walhal dalam hati sebenarnya rasa nak tarik-tarik rambut macam orang gila..arghh!!). Ok, setelah aku pikir balik barulah aku teringat sebab waktu aku amik beg dari drebar tuk-tuk, aku perasan dia pandang aku seolah-olah nak cakap sesuatu tapi oleh kerana aku tengah hangin so aku terus jalan menonong. Kiranya harini barulah terbukak cerita (ada lagi sebenarnya tapi tunggu entry lain), I mean susah nak baca fikiran orang melainkan dia bagitau apa yang ada dalam fikiran dia. Tapi apapun, harini adalah hari yang pelik tapi sangat best sebab lagi sekali kami jumpa (walhal Siem Reap ni punyalah ramai orang). This is ohsemmmm! Oh hujan tolonglah jangan berenti sebab aku nak duduk lama-lama dengan dia kat bawah pokok ni. Ngeeee~


bersambung....

p/s: 
Okay aku tau mesti ada yang tak puas hati sebab cerita ni tergantung lagi, ala ko tengok drama kat tibi tu bersiri-siri takpe, ekekeke...sorilah aku busy. Tapi sekali aku hapdet aku taip kasik panjang punye. Dan aku dapat rasa mesti ada yang sentap sebab aku masih tak reveal muka "jeng jeng jeng" ni, nantilah ye sebab aku nak kasik surprise, tapi janganlah imagine lelebih pulak sebab orangnya biasa je.

ko gile baru jumpa terus nak amik gambar berdua? so gambar kaki pun jadilah
clue : a dash of Josh Hartnett & Ashton Kutcher

Memetik kata-kata seorang kawan, "Aku tengok kaki dia pun dah tau hensem". Dahsyat!
..

Read more...

The Overland : Poipet -> Siem Reap (cont. Part 1)

July 20, 2011

Aku tau korang dah cemuih baca cerita yang panjang berjela ni. Sabau jela yek. Hahaha...

Sambungan dari entry sebelum ni.


Day 7 : 19 May 2011

Masih lagi hari yang sama. Bas mula bergerak meninggalkan Poipet dan menuju ke Siem Reap. Kat sini jalanraya elok dan tak berlubang macam kat Msia, mungkin sebab tak banyak kenderaan. Kat sini dorang memandu sebelah kiri (left-handed driving). View di sepanjang jalan biasa je macam kalau kita pegi ke kawasan pendalaman di Msia : ada sawah, kerbau, lembu, rumah-rumah kampung dan sebagainya.

spotted this on the way to Siem Reap
Most of the time aku manfaatkan dengan tido sebab masih lagi kepenatan tapi terjaga sewaktu bas berhenti di sebuah restoran. Kalau diikutkan sebenarnya aku malas nak turun tapi sebab enjin bas dimatikan so kami takde pilihan melainkan terpaksa turun. Walaupun di paksa turun tapi boleh bilang dengan sebelah tangan orang yang makan dalam restoran tu, mungkin yang lain takut kena semelih. Sebenarnya ni semua taktik paksa kami turun sebab drebar bas dapat makan free kat sini. Cliché sangat!

(kiri) restoran tersebut, (kanan) drebar yang yang sengal haramjadah
Tak lama lepas tu barulah perjalanan di sambung balik dan kami sampai di Siem Reap jam 5.15pm (30 minit lebih awal dari ETA).

Pada waktu tu aku masih lagi tak pasti lokasi sebenar memandangkan sebelum tu aku tido tapi yang pastinya tempat tu agak terceruk dan jauh dari jalan besar. To be exact tempat ni macam padang/tanah lapang tapi yang pastinya bukan stesen bas. Yang aku bengang tu apsal dia tak turunkan kami kat tepi jalan? Sekurang-kurangnya senang nak tahan public transport ke hostel/hotel/guesthouse. Aku mula tak sedap hati dan rupa-rupanya ramai drebar tuk-tuk tengah menunggu di luar bas.

Pada waktu tu semua backpack yang diletakkan di seat belakang dikeluarkan satu persatu melalui tingkap dan "diagih-agihkan" kepada driver tuk-tuk dan seperti yang dijangka bagpack aku "selamat" jatuh ke tangan salah seorang daripada mereka. Belum sempat apa-apa drebar tuk-tuk letak USD3 ke pekan Siem Reap. USD3!! Mahal gile, nak semelih pun agak-agak le. Kalau convert mau RM9, baik aku naik teksi. "No, No. I don't want. Too expensive!", balas aku sambil amik backpack dari tangan dia. Tersentap agaknya dia pun cakap, "I can give you best price!". "It's OK because I get free ride from the guesthouse", aku matikan perbualan dan pegi dari situ sebelum dia berubah fikiran.

Sebenarnya bukan apa, kalau naik dengan dorang nanti dia bukan bawak pi guesthouse yang kita booking, dia melencong ke guesthouse lain sebab dorang nak dapat komisyen. Tapi kalau tak book lagi takpe sebab dorang tak memaksa. Kalau kita tak suka guesthouse yang dia bawak kita boleh request guesthouse lain. Pada aku benda ni bukanlah issue sebab dia cuba menolong, unless kalau dia paksa tu lainlah. Tapi kalau dah book tu cakap je dah bayar kat guesthouse tu so takde la dia memaksa.

Teringat aku perbualan dengan beberapa orang traveller yang aku jumpa di sepanjang trip ni, hampir kesemua akan cakap begini, "Everything is ok except for the tuk-tuks". So tak kisahla tuk-tuk kat Thailand atau Cambodia, aku rasa memana je memang perangai drebar tuk-tuk ni 2x5, stok nak semelih tourist je kejanya. Haih!

lorong yang dimaksudkan, waktu ni aku dah nak sampai ke jalan besar
dalam pada melarikan diri dari drebar tuktuk sempat lagi aku snap gambar, so paparazi!
Untuk 20 saat pertama aku rasa aman bila berjaya melepaskan diri dari disemelih tapi sangkaan aku meleset bila dia mengikut dan terus menerus memaksa aku. Kalau aku buat pekak ada yang ikut sampai ke jalan besar, so aku pun stop dan sound, "Lu ni tak paham ke? Kan tadi gua cakap yang gua dapat free pick-up. Pehal gua nak bayau kalau dapat yang free??". Eh silap, itu jam aku cakap bahasa omputih, saja translate untuk kesan dramatik. Aku tengok dia tergamam sikit, mungkin sebab muka aku dari madu berubah jadi singa di tambah pitching suara yang meninggi. Dorang ni memang kena buat garang baru takut agaknya.

Aku terus berjalan menuju ke jalan besar dan berenti di satu kedai. Aku bertanya arah kedai jual simkad sebab nak tepon guesthouse yang aku book 2 hari lepas untuk pick-up. Oleh sebab takde kedai telefon yang terdekat so ada sorang lelaki yang baik hati pinjamkan hp dia kepada aku. Setelah arrangment dibuat aku ucapkan terima kasih kepada pemilik hp dan bagi sikit upah (lebih kurang KHR2000) sebab aku rasa bersalah guna lama sangat, lagipun dia tolong bagi direction kat pemandu tuk-tuk kedudukan lokasi aku. Tak tau nak cakap camne tapi Alhamdulillah ada manusia baik hati yang sudi menolong aku pada waktu kritikal camni.

Aku pilih guesthouse ni sebab (1) free pick-up kalau stay min 2 mlm, (2) free wifi dalam bilik tapi kalau takde lappy pun ok sebab ada common pc, (3) location dalam pekan dan (4) review yang positif. Oleh kerana aku on budget (bawak USD100 je) so semua benda kena take into consideration dan aku perlu pilih hanya yang sesuai dengan bajet.

Setengah jam pastu tuk-tuk dari guesthouse pun sampai. Inilah kali pertama aku merasa naik tuk-tuk kat Cambodia dan pengalamannya sedikit berbeza sebab kenderaan tu sendiri. Rangka tuk-tuk di sini diperbuat daripada kayu dan tak attach sekali dengan motor (macam kereta kuda), amat berbeza dengan tuk-tuk di Bangkok dari segi rupa dan material (besi). Sebenarnya boleh tahan jauh jarak di antara tempat bas berenti dengan pekan Siem Reap, kalau naik tuk-tuk lebih kurang 10-15 minit, jalan kaki hampir 2 km rasanya.


aku buat sikit footage waktu naik tuk-tuk tapi kualiti low sebab guna kamera

tuktuk yang aku naiki ke guesthouse
Akhirnya aku sampai di guesthouse yang dimaksudkan iaitu Mandalay Inn. Rate 1 malam cuma USD6 (off season price, kalau peak season USD7) dan aku book untuk 3 malam. Bilik basic, katil bujang, TV yang ada macam-macam siaran, almari, kipas siling, 2 tingkap dan hot shower. Pada aku ini dah cukup luxury sebab selalunya aku cuma mampu duduk dorm (mampu? sadis gile ayat), so this one is more than enuff. Lokasi bilik aku ialah paling hujung di tingkat 3. Kat sini takde lif, mungkin sebab bangunan ni tak berapa tinggi (4 tingkat je tak silap aku) dan suasana dalam guesthouse agak suram sebab tak banyak lampu yang dipasang (menyahut seruan Earth Hour barangkali). Bukak je pintu bilik aku bagi salam, sekadar nak bagitau kat makhluk lain (kot-kot lah ada) yang mungkin duduk di situ tentang kedatangan aku.

Sebenarnya kat Siem Reap ni bangunannya sume rendah-rendah dan design bangunan sebelah menyebelah sume lain-lain. Ada kayu, batu, tinggi, rendah, kurus, tak berapa nak kurus (gemok) dan sebagainya.

bilik aku kat Mandalay Inn, cantek kann??

Lepas letak beg, aku pun bersihkan diri, solat, baca surah Yassin satu round sebelum amik keputusan untuk keluar ke pekan Siem Reap. Pada waktu tu hari dah gelap dan aku pun tak pasti ke mana nak tuju sebenarnya. So aku pun merayau-rayau tanpa tujuan sebab suasana malam di sini agak happening. Ada banyak kedai kat kaki lima yang menjual poskad, souvenir, buku Lonely Planet dan macam-macam lagi.

Aku singgah di salah sebuah kedai sebab tertarik dengan koleksi poskad yang dijual di situ. Harga sekeping poskad boleh tahan mahal, kalau yang cantik USD1, yang huduh sikit USD0.50. Aku beli beberapa keping, just ngam-ngam untuk aku dan 2-3 orang kawan rapat. Setem pun dia jual gak, harga standard untuk poskad international USD1 (beli kat sini atau pejabat pos tetap sama USD1). Cuma yang aku tak faham, bila aku jumlahkan harga kedua-dua keping setem (selalunya dia dah packing siap-siap untuk USD1), memang kurang dari USD1.

Aku takde specific explanation untuk ni, hanya orang pejabat pos yang boleh terangkan. Tapi sama ada korang beli setem kat kaki lima atau kat pejabat pos sekalipun, bendanya tetap sama (2 keping setem yang digroupkan sebagai setem USD1 tapi jumlah keduanya kurang dari USD1). Boleh faham tak apa yang aku cuba sampaikan? Oke, btw setem kat sini dalam currency KHR.

Tetiba aku tertarik dengan deretan buku Lonely Planet (LP) yang ada kat sebelah poskad, roughly harga untuk sebuah antara USD6 - USD10 bergantung pada tebal dan jenis. Of course ni bukan original LP tapi kualiti tetap sama, cover dengan content semuanya sama. Page kaler yang macam dalam original LP pun dorang bikin sebijik untuk pirate copy....pendek kata sama je macam original CUMA map yang dia photostat tu tak berapa cantik macam yang original, tapi still boleh nampak map tu, bukan tak nampak. Kalau korang tanya pendapat aku berbaloi ke tak membelinya jawapan aku mestilah berbaloi! Sebab ape, content sama. Buatpe bayau lebih untuk benda yang sama? Pedulik le original ke pirate sebab ia cuma sebuah buku. Aku rasa LP pun tak heran dorang buat pirate copy sebab dia pun dah untung banyak. Hahahaha. Aku sambar LP "Vietnam, Laos & Greater Mekong", tapi dalam ni ada gak cover southern part of Thailand macam Bangkok, Chiang Mai dan yang penting sekali aku dapat LP ni just for US5 instead of USD6. So do the calculation, tengok berapa banyak aku jimat (original copy more than RM100 oke!).

antara barangan yang boleh didapati di Night Market
pesta lampu liplap liplap
Jalan lagi sikit ke depan dan nampak satu lorong dengan lampu neon tergantung bertulis Siem Reap Night Market. Rupanya kat sini lagi happening sebab macam ada satu kawasan lebih kurang macam uptown yang dok bersepah-sepah kat KL tu. Aku pekena tawaf 1 kali pastu balik ke bilik, aku tawaf je tak beli apa. Tapi sebelum tu aku singgah beli "pancake", walhal roti canai je sebenarnya. Punya nipis macam kertas, nak kata sedap tu idak le sebab nipis macam kertas, cuma dia bubuh pisang hiris, pastu ada nutella sikit so boleh diterima la. Harga sekeping tak silap aku KHR3000, pada aku agak mahal sebab pipih melayang.

(kiri) dressing lelaki kat sini cenderung ke Jon Travolta Saturday Night Fever
(kanan) roti yang pipih melayang digulung untuk efek tebal, silap mata barangkali
Kalau tengok bideo klip kat atas aku ada sebut nak pegi cari kedai halal kan? Ko tengok ke tak ni? Mesti tak le tu, nyampesss! Oke, setelah aku pegi ke restoran tu aku sedikit kecewa sebab harga dia macam nak pegi haji. Sepinggan nasik USD11!! so terpaksa la aku skip restoran tu. Malam tu kiranya aku layan roti pipih dengan roti keping calit coki-coki yang aku bawak dari Bangkok. Sadis...kalau mak aku tau maunya itu jam jugak dia kirim lauk dalam mangkuk tingkat pakai kurier. Huhuhu~


bersambung..... (ke Angkor Wat dan bertemu dengan jeng jeng jeng....)
.

Read more...

New : My blog list


Salam! Hai semua!

Ada sedikit pembaharuan di sini.

Aku create page baru khas untuk blog list memandangkan senarai yang ada agak panjang dan lebih memudahkan aku/korang untuk blogwalking.

Tab "My Blog List" boleh cari kat bahagian page atas sekali dan click situ untuk ke senarai blog mengikut group.


Ps : Terima kasih di atas feeback yang diberikan dalam entry sebelum ni. Aku tau bukan mudah untuk seseorang tampil dan share sebahagian dari life dia dengan aku dan semua pembaca. Walaupun ramai yang lebih suka baca dari berkongsi, tapi aku harap next time silent readers pun akan tampil bersuara. As for me, I'm always open to any kind of ideas, opinions and discussions as long as everyone show their interest to participate. Yelah, takkan aku je nak share, aku nak jugak dengan pendapat korang, ye dok?

Dan aku salute dengan keterbukaan semua orang terhadap isu tersebut, semoga kita dapat belajar sesuatu daripada cerita-cerita yang dikongsikan. Insya Allah aku akan buat lagi ruangan camtu & hopefully lebih ramai pembaca akan tampil untuk participate.

Terima kasih!  v(^__^)v

Read more...

Pendapat : Bila minat travel di salah erti

July 18, 2011


Just nak seek opinion semua especially yang masih bujang sebab korang masih terikat dengan keluarga kan. Tapi kalau dah kawin pun boleh gak share kot-kot ada yang clash hobi dengan pasangan. Pernah tak ada masalah macam clash opinion dengan family pasal hobi korang yang suka travel tu? Ada tak kena bebel asik berjalan tak simpan duit? Ada? 

Camne korang bagi hint kat parents/pasangan yang korang dah beli tiket nak pegi sana sini? Jenis bagitau awal ke last minit? Jenis lesap dulu bila balik baru bukak cerita? Ke diam langsung?

So apakah kaedah yang digunakan untuk bagi orang tua/pasangan faham naluri pengembara (cewahhh ayat takleh blah) yang menebal dalam diri korang tu? Boleh share? Ada tips barangkali?

Kebanyakan parents tak kisah KALAU anak lelaki dia menjurus ke hobi ni TAPI camne pulak dengan anak pompuan? Gender bias, itu adalah masalah yang common dalam institusi kekeluargaan especially di kalangan masyarakat you-know-who (tak payah aku nak sebut). Bila kaulah the only one yang paling pelik di antara kesemua adik-beradik, jenis degil dalam kepala ada batu sudah duduk.

Sharing is caring!  v(^__^)v

Read more...

Syukran, Dankeschön, Arigatou, Thank You


Hai semua!

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan pendapat dan cadangan dalam entry bungy...uols memang best! Walaupun ada di antara korang baru kali pertama tinggalkan komen di sini dan bersembunyi di sebalik identiti yang entah-siapa tapi terima kasih bebanyak sebab sudi berkongsi pengalaman dengan aku. Aku harap segala pendapat yang diutarakan akan memberi inspirasi kepada semua pembaca, bukan eksklusif untuk aku je oke! Hopefully kita akan communicate lagi dalam entry yang seterusnya  v(^__^)v

Sebenarnya sekarang aku tengah tersumbat & kekeringan idea menaip cerita Siem Reap, so aku nak on mode hiatus sekejap. Once a while kena buat benda lain, hari-hari update travelog pun bosan jugak, ye dok? 




"A song that manage to describe exactly how you felt at particular moment in your life",
itu kata orang dalam bideo ni lah. Well, yela kot. Enjoy!

Read more...

Wishlist : Bungy Jumping

July 15, 2011


I'm officially counting days. Aku harap dengan izin Allah SWT perancangan aku ke NZ untuk kali yang terakhir akan berjalan dengan lancar, Insya Allah (tapi jangan marah ye kalau tetiba aku pegi lagi tahun depan). Hehehe

Apart from snowboarding & skiing, aku nak buat bungy jumping. Tapi masalahnya aku ada sindrom acrophobia atau dengan bahasa lainnya, gayat. Inilah fear yang masih belum berjaya aku ubat setakat ni dan tujuan aku nak buat bungy sebab seronok jugak buat kerja gila sekali-sekala, kan? Oh tak, sebab aku nak self-proof that fear is not a factor.

Sekarang aku tengah consider antara 2 jenis bungy yang ada dalam website AJ Hackett dan setiap jenis bungy ni ada kelainan yang tersendiri :

(1) Ledge Bungy 
- bebas/free style (karate kid, back flip, The Matrix atau apa-apa yang sesuai)
- harness pada badan sahaja dan kaki free
- 400m above Queenstown (kena naik gondola ke sini)
- boleh nampak view satu pekan Queenstown dari atas

(2) Kawarau Bridge Bungy
- takleh free style sebab kedua-dua kaki terikat
- boleh pilih sama ada nak sentuh air, rendam habis atau just acah-acah atas air
- 43m above Kawarau River
- view kat sini cun sebab Kawarau River tu cantik

Selamat ke benda ni?
Aku tau sume orang curious tapi AJ Hackett dah involve dalam scene bungy selama lebih 22 tahun dengan rekod lebih dari 1 juta bungy. AJ Hackett jugak pegang rekod world safety with exceptional assurance. In record, the tallest bungy (kat Macau) dipegang oleh company yang sama.

Masih tak confident?
Kat bawah ni ada video camne dorang buat safety checking dan pasang harness pada jumpers.





Sekarang layan dulu video bungy kat bawah (jap je tak sampai 3 minit) dan aku nak korang vote 1 jump yang patut aku try (bukan 2, bukan 3). Segala opinion akan ditimbang tara dan disukat sama rata sebelum aku bagi keputusan. Errr, kena bagi hadiah ke? Well, kalau cadangan tu adalah cadangan yang terpilih berserta pendapat yang boleh meyakinkan aku dan kata-kata semangat yang honest & genuine, maybe aku akan consider bagi ole-ole dari NZ.

It could be anything but for sure it will be a momento from NZ.

Keutamaan diberikan kepada followers yang sedia ada dan aku tak suruh sesiapa follow aku untuk join contest ni (don't follow me for the sake of the prize ok coz i will know somehow). Erm..apa lagi ye...ok, pemenang dari contest terdahulu pun boleh vote tapi aku likely takkan select orang yang sama sebagai pemenang. Just to be fair with others, ok? Jangan amik ati ye  v(^__^)v

Contest tutup bila aku rasa nak tutup, subject pada mood aku dan keputusan akan diumumkan selepas aku balik. Entry ni aku akan diletak untuk beberapa ketika sampai aku rasa puas hati.


Now watch the videos closely & vote!!


(1) Ledge Bungy







(2) Kawarau Bridge Bungy




Dan kat bawah ni adalah gambar yang aku amik masa Summer 2010 (bulan December). Walaupun nampak mudah (berdiri tepi platform pastu lompat), tapi aku dah saksikan beberapa scene kecut perut dan scene takut terjun di kalangan jumper. Time ni aku tak buat sebab aku tak confident so just pegi tengok sebab nak amik feel. Gap di antara jump yang seterusnya memang cepat, so jangan berangan nak amik napas, hembus napas lelama kat atas platform tu, kalau tak memang kena tolak.


style la akak! peewitt!


SO VOTE!!!

Read more...

The Overland : Poipet -> Siem Reap (Part 1)

July 13, 2011

Sambungan dari entry sebelumnya.


Quick Info Tentang Cambodia :

1. Info pasal border crossing boleh cari dalam Seat61 (website terbaik bagi yang nak merasa travel dengan keretapi), Canbypublications dan juga Lonely Planet (LP).
2. Rakyat Malaysia, Singapore, Philippines, Laos dan Vietnam dapat pengecualian visa. Citizenship lain kena bayar USD20 untuk visa selama 30 hari.
3. Departure tax sebanyak USD25 dikenakan bagi mereka yang keluar dari negara ini dengan kapal terbang. Sediakan duit USD sebab matawang Riel tak diterima dalam kes ni. Kalau border crossing dengan pengangkutan darat tak perlu bayar apa-apa.
4. Matawang USD diterima dengan meluas berbanding Riel (official currency).
5. Simple conversion untuk USD dan Riel, USD1 = KHR4000 (KHR = Khmer Riel).
6. Tiada penggunaan syiling di sini, sume urusan jual beli dalam wang kertas.
7. Kebanyakan orang Cambodia boleh cakap English dengan baik selain dari bahasa Perancis dan Khmer (mother tongue). Jangan terkejut bila mereka bercakap Melayu sebab kat sini ada orang Khmer muslim (benda ni jadi few times kat aku).
8. Cambodia ialah GMT+7 (sama dengan Thailand) dan waktu di sini lewat sejam dari waktu di Malaysia


Day 7 : 19 May 2011

Lepas selesai chop passport kat kastam Thailand aku pun keluar dari bangunan ikut pintu lain (bukan pintu yang aku masuk tadi) sebab nak pegi menghadap kastam Cambodia pulak. Dari point ni ke point tu kena menapak ikut satu laluan khas pejalan kaki. Follow jalan tu selama lebih kurang 5 minit sampai nampak satu pintu gerbang yang bertulis Kingdom of Cambodia. Wooot !Wooot! Aku rasa cam tak percaya sebab tinggal beberapa langkah lagi aku akan masuk ke negara ni. Terus aku tersengih secara auto, kalau ada geng mesti dah sengih secara berjemaah. Itulah rasanya bila travel sorang. Sengih sorang, gelak sorang, cakap pun sorang. Tapi aku tak gile oke...aku waras.

menapak dalam panas memang menduga iman
lalu ikut pagar ni pastu isi borang kesihatan, kemudian proceed ke passport control
lalu sini dulu sebelum ke passport control
Dekat sebuah pintu masuk ada satu khemah dan aku dipanggil ke situ. Dorang mintak isi borang kesihatan, just nak tau aku ada batuk ke, demam ke, sakit ke sebelum masuk ke sini. Sesambil tu sempat jugak dorang ajar aku 1-2 greeting dalam bahasa Khmer, siap tulis atas kertas lagi. Tapi masalahnya tah mana aku campak kertas tu, jenuh aku mencari nak tunjuk dalam blog ni tapi tak jumpe. Aku ada gak ajar dorang greeting dalam Bahasa Melayu macam, "Terima kasih", "Apa khabar?". Bersungguh-sungguh dorang hafal, hehe.

Since rakyat Malaysia tak perlu apply visa untuk masuk ke Cambodia so aku just proceed ke kastam. Dari khemah tu ke pondok kastam jauhnya lebih kurang 5 minit berjalan (which total up 10 mins) dan di sepanjang jalan boleh nampak ada bangunan warna putih yang besar (tak silap aku ni kasino) dan kedai menjual pelbagai barang di kiri bahu jalan. Ada 2-3 orang kanak-kanak Khmer berambut blonde (rambut blonde oke, asli lagi) mendekati aku untuk mendapatkan perhatian. Style dorang mengemis boleh tahan ganas, stok follow pastu blocking. Aku dodge sume "roadblock" dengan jayanya. Dia stop kat depan, aku melecong ke kiri/kanan. Terpinga-pinga budak tu tengok betapa hebatnya aku meloloskan diri dari di-pau. Kih kih kih~

Akak ni miskin dik. Ko nak lolipop akak leh bagi sebab aritu akak menang banyak masa main tikam kat Hadyai. Kalo ko nak duit, akak cuma leh kasik ko syiling RM, boleh?, bebel aku dalam hati.

Akhirnya aku pun sampai di bangunan kastam Cambodia, tapi bangunan ni takleh dipanggil sebagai "bangunan" sebab rupanya yang berat ke pondok. Bebudak Khmer tu masih lagi tercongok depan aku, setia menunggu kot-kot aku nak seluk poket. Tapi aku terpaksa batukan hati sebab aku cuma bawak USD100 untuk trip ni. Kalau aku habiskan kat sedekah alamatnya esok aku yang jadi peminta sedekah. Betul, aku just bawak USD100 je ke sini, tak percaya? Memang macam kerja gila sebab kad atm aku bermasalah, duit plastik aku tak aktifkan....ini memang kerja gila. Pendek kata kalau aku kena rompak ke, kena copet ke memang aku sengih sorang-sorang le pastu. Hehe

Aku pun ikut orang beratur tanpa usul periksa, pastu aku kena panggil dek sorang pegawai kastam. Rupanya situ line untuk local. Wah aku ni bajet nak jadi orang Khmer ke? Aku pun masuk ke dalam satu pondok yang terletak di seberang jalan untuk mengisi borang arrival/departure. Pegawai tu tanya aku orang mana, aku bilang, "Malaysia". Dia pun hulurkan borang arrival/departure untuk diisi. Jangan risau ye rakyat Msia takyah bayar visa, so boleh simpan USD20 dalam kocek elok-elok.

arrival/departure card
pondok passport control

Aku duduk di satu sudut sambil isi borang. Sambil mengisi borang aku perhatikan satu-satu muka pegawai kastam di situ dan ada satu kastam yang berjaya mencuri perhatian aku. Oh tidak, bukan sebab dia hensem tapi sebab kat tangan dia ada cermin. Bersungguh-sungguh dia kelebek muka kat cermin, macam anak dara picit jerawat. Aku bajet satgi cermin tu retak sebab asik menyuluh muka tak sudah-sudah. Orang buat kerja dia sibuk kelebek muka. Gay ke apa dia ni?

Habis isi aku pun beratur. Ada dalam 5 orang tourist termasuk aku beratur menunggu queue. Mostly semuanya travel berdua, aku je sorang. Sempat aku bertanya 2 orang tourist dari China ke mana dorang nak pi sebab kalau ke Siem Reap boleh aku join sekali tetapi hampa sebab dorang nak ke Phnom Penh. Dah selesai chop passport aku keluar dari bangunan dan ikut satu lorong yang membawa ke tempat shuttle bus.

Aku ada baca dari website Seat61 pasal shuttle bus ni. Dorang cakap shuttle bas ni actually tourist scam sebab walaupun dia provide FREE transfer dari point ni ke bus stand, tapi sebenarnya benda ni dibuat untuk menjaga kepentingan individu yang tertentu (in this case, the "bus operator", sebab dorang nak divert tourist pegi ke kompeni dia). Tapi aku sebat aje sebab yang penting shuttle bus ni bawak aku pegi ke stesen bas yang menghala ke Siem Reap, bukan tempat lain. Lagipun aku suka benda free (so Malaysian). Hehehe

Kalau ada sesiapa yang masih blur apa sebenarnya yang aku buat kat Poipet, well, sebenarnya Poipet ialah jumping point untuk tourist yang datang dari Thailand (through Aranyaprathet) to roam across the land of Cambodia. Dari Poipet kita boleh pilih sama ada nak ke Siem Reap, Phnom Penh, Battambang dan lain-lain atau pergi lebih jauh hingga ke Vietnam! Dalam kes ni aku plan nak ke Siem Reap dan jarak dari Poipet ke sana lebih kurang 4 jam dengan menaiki bas. Kat Cambodia takde walau sehasta landasan keretapi so takyah mimpi nak merasa naik keretapi kat sini.

border crossing Thailand-Cambodia
free! free! free!
free shuttle bus

Berbalik pada cerita semasa aku di tempat shuttle bus. Aku disapa oleh seorang lelaki dalam bahasa Khmer yang bertanya ke mana destinasi aku. Pada mulanya dia ingat aku orang Cambodia (atau dipanggil orang Khmer) sebab muka aku macam dorang. Walaupun terasa down bila dibajet sebagai orang Khmer tapi aku rasa oke sebab boleh jadi chameleon (sesumpah) yang boleh transform apa jugak nationality tanpa menunjukkan passport. Tapi aku cuma boleh jadi chameleon kat negara tertentu jek, bukan sume negara le. Terus dia bawak aku pegi ke sebuah bas dan pada waktu tu hanya ada 4 orang penumpang (termasuk aku, sorang mat saleh, dia dan lagi sorang lelaki yang menjadi guide pada mat saleh tadi). Jarak di antara tempat shuttle bus ke stesen bas memang dekat, tak sampai 2 minit dah sampai.

Kami pun turun dan aku dibawa ke kaunter tiket. Seperti yang aku bilang kat atas tadi, free shuttle bus ni adalah konspirasi/taktik pengusaha bas untuk mendapatkan pelanggan untuk syarikat memasing tapi nak wat camne, we live in their system so kena la follow. Actually harga tiket tu memang dah betul macam apa yang aku baca masa buat research, cuma kira macam perjudikan nasib jugak sebab tak tau dapat bas ok ke tak. Memandangkan masih ada masa sejam sebelum bas bertolak ke Siem Reap so aku lepak-lepak dulu.

stesen bas Poipet
ruang menunggu
beli tiket di sini
Poipet - Siem Reap USD9
Makin lama makin ramai tourist yang datang dan mostly mereka ni adalah mat saleh dan minah saleh belaka, tapi ada jugak minah jepun yang terselit sorang dua. Bila jam menghampiri pukul 2pm barulah aku pegi beli tiket di kaunter.

Berikut adalah harga semasa (pada waktu travelogue ini ditulis) bagi destinasi dalam Cambodia dengan menaiki,

Bas
Poipet -> Sisophon : USD5/pp
Poipet -> Siem Reap : USD9/pp
Poipet -> Battambang : USD10/pp
Poipet -> Phnom Penh : USD15/pp

Teksi
Poipet -> Sisophon : USD5/pp
Poipet -> Siem Reap : USD12/pp
Poipet -> Battambang : USD10/pp
Poipet -> Phnom Penh : USD25/pp

Oh, did i mention taxi? Oke, kalau kaya dan nak sampai cepat boleh naik teksi. Tapi kena tong-tong le. Berapa ramai dorang sumbat dalam 1 kereta aku tatau. Cuma yang aku tau kalau naik teksi tu rasanya lebih selesa dan tak silap aku dia hantar terus sampai depan pintu guesthouse/hostel. Mungkin! Tapi aku takde fakta yang kukuh untuk menyapot kenyataan ni.

bas ke Siem Reap
Tepat jam 2pm kami semua di panggil untuk menaiki bas. Aku tak naik terus tapi sibuk dok petik-petik gambar di kawasan sekeliling. Lebih kurang 2 minit barulah aku masuk ke dalam perut bas dan takde sorang pun Asian dalam bas ni kecuali aku dan driver bas. Waktu aku masuk ke dalam bas berlaku sedikit kekecohan di seat belakang. Aku dengar suara driver bas marah-marah kat sorang mat saleh. Keadaan nampak sedikit tegang dan aku sempat bertanya pada seorang lelaki (yang jugak mat saleh) yang duduk berhampiran tempat aku berdiri pasal hal tu. Dia bagitau driver bas tu marah sebab mat saleh tu nak letak beg kat ruang atas tempat duduk. Aik, bukan memang itu ke function sebenarnya? Budussss!

Belum sempat aku buat apa-apa tiba-tiba driver bas tu berjalan ke arah hadapan, menghampiri aku yang sedang berdiri di tengah-tengah laluan di antara kerusi. Aku agak panik memandangkan muka dia yang macam rimau lapar. Aku tanya soalan bodoh, "Where should I seat?" dan dia point kat satu tempat duduk tak jauh dari lelaki mat saleh yang aku borak tadi. Peh, nasib baik aku tak kena jerkah. Sebenarnya boleh je duduk kat memana sebab free seating CUMA takleh duduk kat kerusi depan sebab ada couple ni pegi duduk pastu dia halau. Aku rasa bus driver ni memang gila le. Rasa nak baling je botol air dari belakang kena kepala dia. Grrr!!

Lebih kurang 5 minit kemudian bas pun bergerak meninggalkan stesen bas Poipet menuju ke Siem Reap dan perjalanan ini memakan masa selama 4jam dengan jarak sejauh 160km.


bersambung.....

p/s : aku rasa dah berapa kali Rabu aku tengok trend WW (Wordless Wednesday) ni diamalkan dikalangan bloggers. sape yang sebenarnya mencipta idea pemalas ni habaq mai!
.

Read more...

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP