Snowboarding : Equipment

August 28, 2011

Haritu aku ada mention nak buat special entry pasal snowboarding kan? So sementara teringat ni baik aku buat. Oklah, info pasal ni akan aku pecahkan kepada beberapa bahagian bagi memudahkan pemahaman korang tentang sukan extreme ni. 

Apapun, aku bukanlah expert sebab aku pun baru belajar dan tujuan aku buat entry ni adalah untuk bagi exposure pasal sukan snowboarding. Walaupun Malaysia bukanlah negara 4 musim, tapi mungkin entry ni akan membuka minda pembaca tentang sukan ni, manalah tau boleh cuba bila travel ke negara 4 musim.

Sebelum ni aku penah belajar ski dan setelah mencuba kedua-duanya, aku dapat simpulkan bahawa snowboarding lebih mencabar berbanding skiing kerana :

Snowboarding - Movement dikawal sepenuhnya oleh gerakan badan dengan kedua-dua belah kaki melekat pada board. Arah pergerakan seorang snowboarder adalah secara mengiring (sama ada kaki kiri atau kaki kanan ke hadapan, bergantung pada kesesuaian individu). Bonus untuk orang yang bermain skateboard sebab basicnya lebih kurang sama.




Skiing - Movement dikawal dengan menggunakan poles serta gerakan badan. Kelebihannya ialah kedua-dua belah kaki melekat pada kayu ski yang berasingan dan arah pergerakan seorang skier adalah parallel dengan arah kayu ski.



Boleh nampak kan bezanya? Paling obvious ialah dari segi pergerakan sebab skier bergerak tegak/lurus, manakala snowboarder pulak mengiring/sisi.

Apapun cerita pasal ski aku akan buat dalam entry lain, tapi bukan sekarang.

Sekarang aku nak cerita pasal snowboarding. Pada aku snowboarding memang stylo sebab equipmentnya yang fancy. Pendek kata dari atas ke bawah sume stylo. Bab reti main ke tidak tu sume belakang kira sebab yang penting gaya mesti markah penuh. Keh keh keh...

Sebelum proceed lebih jauh, aku nak korang fahami dulu anatomi sesebuah snowboard.




Berikut ialah peralatan yang diperlukan untuk bermain snowboard. Tak wajib beli sebab boleh sewa, cuma kalau ada equipment dari no. (4) - (10) dah cukup bagus sebab kos menyewa barang-barang ni memang mahal. Ka-ching! $$$$


1. Board 
Ada 2 jenis dan yang membezakan antara board lelaki dan perempuan ialah corak/design

a) Lelaki (corak lebih menonjol & garang)




b) Perempuan (corak & warna yang lembut)




2. Binding
Kegunaannya ialah sebagai boots's holder dan ia dipasang di atas board



3. Boots
Berikut ialah contoh boots untuk snowboarder (boots untuk snowboarder dan skier adalah berbeza dari segi material dan bentuk)





4. Helmet 
Helmet ni khas untuk aktiviti ski/snowboard. Di belakang helmet ada hook yang berfungsi untuk hold goggle in the right place without moving it. Disarankan memakai helmet untuk mengelakkan dari sebarang kecederaan semasa jatuh



5. Goggle/Visor
Melindungi mata dari cahaya matahari yang terik. Dah nama pun duduk atas puncak gunung maka semestinye lah silau



6. Buff
Sebagai protection dari snow blizzard dan suhu yang melampau



7. Gloves 
Material terbaik adalah dari jenis waterproof untuk menahan jari dan tangan dari sejuk akibat snow yang cair


8. Wrist guard
Melindungi tulang tangan dari retak akibat hentakan semasa jatuh. Hal ni kerap berlaku pada beginner (because they tend to stop using hands). So be cautious!




9. Jacket 
Material waterproof & windproof. Base layer dan fleece perlu dipakai bersama untuk menahan dari kesejukan




10. Pants 
Material waterproof & windproof. Digalakkan memakai base layer seperti long john di dalam





Amacam, betul tak cakap aku yang snowboarding ni stylo? Ingat, yang penting gaya mesti markah penuh. Tergolek-golek macam nangka busuk tu belakang kira. Lagipun sape pun tak kenal kalau dah penuh berserkup.


style kot tergolek camni, ko mampoo??


Oleh kerana snowboarding adalah sejenis sukan extreme, maka item no.4 (helmet) dan no.8 (wrist guard) amatlah digalakkan penggunaanya especially untuk beginner sebab group ni lebih cenderung untuk jatuh lebih kerap, nanti tak pasal-pasal patah tangan. Prevention is better than cure. 

Dalam entry seterusnya (tak tau bila), aku akan share pasal snowboard lesson, teknik dan tips.

Sekian.

Read more...

Komen yang bikin perut aku terburai

August 27, 2011

Sepatutnya semalam aku up entry ni tapi tak sempat sebab sibuk. Sebenarnya 2-3 hari lepas aku terima satu komen yang paling kelakar selama aku bergelar seorang blogger. Actually ni bukan first time aku terima komen camni tapi disebabkan komen ni lain sikit so aku rasa nak share dan aku harap tukang komen tak marah. Demi menjaga identiti pengirim maka nama beliau aku padam.




"Nama blog ko buat aku ingat ko laki muka hot berambut panjang. gambar header ko berjaya meyakinkan aku yang ko adalah mamat kacak berambut panjang. ko buat aku sangat kuciwa ko tau -.- "

HAHAHAHA!!! Aku tergelak besar waktu baca komen ni sebab aku tak sangka sampai ke situ dia assume. Apapun aku berbangga sebab dia pikir aku adalah seorang lelaki hot berambut panjang. Haih..kalaulah aku ni lelaki memang confirm aku hensem. Hahahaha. Apapun, lu memang terbaik la wok!!!

Sebenarnya sebelum header ni wujud ramai gak yang pikir aku ni lelaki berdasarkan komen-komen yang penah aku terima. Aku wonder jugak kenapa dorang pikir camtu, kenapa ye?

"bro , kalaulah aku masih bujang . i will jump at this opportunity"

"hensem la awk.... hahaha~"

"btul tu bro , tak perlu kaya untuk travel yang penting kena ada passion . bila dah ada passion pasti akan ada jalan untuk travel"

"Hebat kembara saudara, amazing race pun belum pergi tempat macam tu.."

"Bro , wa salute sama lu , aku pun dulu hampir2 nak travel overland from bangkok to siam reap , naik train to aranyapratet tapi border tutup sebab bergaduh siam ngan cambodia.i was told by fellow traveller journey especially from cambodia side mmg tough sbab bnyk conman n jalan bumpy gile . Looking foward for your story"

First of all aku wonder kenapa dorang pikir aku ni lelaki. Adakah gaya writing aku seperti lelaki? Ke ada faktor lain selain header ni yang membuatkan orang pikir aku ni lelaki?

Ke sebab aku takde identiti?



Mungkin jugak sebab aku tak pernah tunjukkan identiti sebenar dalam blog, ada reason sebenarnya aku buat camtu. Aku percaya kekuatan sesebuah blog adalah bergantung pada penulisan dan gaya penyampaian. Secun atau sehensem mana pun tuan blog tapi kalau pengisian zero, still no point jugak. Kecuali kalau followers memang taksub pada tuan blog so itu dah lain cerita la kan. Kekadang aku wonder apa perasaan orang yang suka camwhore dan letak gambar peribadi dalam blog. Adakah dia nak bila pegi mana-mana ada orang mintak autograph? Atau dia nak orang acknowledge kat public? 

Aku pun tak tau tapi aku tak kisah pun korang nak wat blog camne sebab setiap manusia ni berbeza-beza.

Tujuan aku wujudkan blog ni adalah untuk share info pasal travel, so cerita aku memang takde kena mengena dengan kehidupan peribadi kecuali pengalaman peribadi di tempat orang. So kalau korang ada baca cerita yang melibatkan perasaan sedih, gembira, excited, love stuffs, itu semua adalah apa yang aku rasa waktu travel dan tak lebih dari itu.

But still, ada kengkawan yang saja nak mengusik. Aku tau dorang bergurau...aku pasti....!

takpe..jgn riso milk. nt aku snap byk2 muke fatt ni.. ko tatap lah siang malam..

fatt, aku ada pic ko ngan mamat tu..nak pic tu,ada pengerasnya tau heheehe *jahat x aku?

Ko nie suka ekk ambik gbr org tidur hahaha.. takpe sok2 ko lak kena kan kan

next trip bulan 10 ni...aku pulak snap gambar dak fatt tgh tido. kehkehkeh. post kat blog kompem jd entry of da month. ye dak? ekekekeke 

hai fatt :P *smbil belek lens camera*

Wakakakah.. aku tunggu photo mahal tuh.. Dia saje jek kan.. buat modal entri hahaha... aku suka.. aku suka

kalau aku gi travel dgn ko, ko nak pakai topeng muka tanda soal jugak ke? kuikuikui!


Sebelum aku bungkus entry ni, aku nak sampaikan salam takziah kepada Hanie sekeluarga kerana kehilangan ayahanda yang tercinta semalam. Aku harap beliau kuatkan semangat dan redha di atas ketentuan-Nya. 

Sebenarnya dalam kesibukan kita menyambut 1 Syawal, ada insan lain yang sedang berduka. Jadi sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayahanda Hanie, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 

Al-Fatihah

Read more...

Ucapan Raya 2011

August 26, 2011

Nampaknya harini semua orang sudah mula sibuk meninggalkan ibu kota dan pulang ke kampung halaman masing-masing. Tahun ni kami sekeluarga beraya di Johor dan Insya Allah hujung minggu ni barulah kami akan bertolak ke sana. Nampaknya sempat lagi kalau aku nak update 1-2 entry sebelum balik, Insya Allah.

Seperti tahun lepas aku akan post kad raya kat blog dan beginilah rupa kad raya aku untuk tahun lepas...memang tak senonoh....sikit...!


jangan dibuat pesen berbaju kebaya kat skifield, nasib baik takde orang...pffftt!!


Tapi untuk tahun 2011 aku buat yang senonoh sikit.

Terimalah....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Amacam candid photo? Ok sumpah aku takut dengan unta ni sebab dia tetiba nak pegi kat aku...pfftt!!


Ok, aku nak berucap sikit....ehemmm....

Saya Fatt, author Backpacker Busuk ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca nyata, diam dan tersembunyi. Andai kata ada bergurau kasar sepanjang blog ini bersiaran harapnya dapatlah dimaafkan. Semoga raya tahun ini lebih meriah hendaknya tak kira di mana jua anda berada sama ada di Malaysia mahu pun di luar negara.

Akhir sekali berhati-hatilah di jalan raya. Makan sila pandang kiri kanan dan berenti bila kenyang, kalau tak lingkup diet sebulan. 

Wassalam.

Read more...

How to train your cat

August 25, 2011

Happy Thursday everyone!

Malam semalam aku ingat nak taip something tapi ujung-ujung aku tertido depan laptop, sudahnya ape pun tak taip. Pagi ni aku korek album gambar dan terjumpa sesuatu yang menarik. 

Readers yang dah lama follow blog ni mesti penah baca cerita pasal makhluk yang satu ni. Pada yang tak kenal atau baru first time ke sini, aku nak introduce....MOSS!




Tak silap aku umur Moss dah lebih 10 tahun. Yup, she's indeed an old feline. Waktu first time jumpa Moss aku terkejut sebab besar sangat. Kalau nak compare saiz dia dengan kucing Msia memang jauh beza sebab saiz dia yang 2x ganda tu. Menurut orang yang dah lama duduk di sini, katanya Moss ni homeless cat dan waktu dia mula-mula datang dulu dia kurus sangat, tak macam sekarang. During my recent visit, aku jumpa Moss lagi sekali and I'm glad she still recognize, nampak je terus pegi kat aku. Yup, she's a friendly cat, senang get along dengan semua orang. Moss ni ada 1 perangai jugak, dia pantang kalau nampak kita duduk, melunjur atau baring sebab dengan tanpa rasa bersalah dia akan panjat dan parking. Such a spoilt cat!


rindu lama tak jumpa le tu!


Dan aku agak terkejut sebenarnya sebab dia semakin besar berbanding dengan waktu summer tahun lepas. Mungkin sebab winter so dia tak eksesais ke mana-mana, just lepak depan heater dan makan tido sepanjang hari. Some more dorang pun dah tukar diet dia dari dry food ke wet food so agaknya sebab tu dia semakin membesar bagaikan johan. 

Anyway, we did force her to do some exercise such as.....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
patience!
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

ok tak? jangan aniaya haiwan begini ye, berdosa!

Read more...

Pendapat : Pengertian raya dari kaca mataku

August 24, 2011

Tetiba je kan kuar entry camni. Aku kena la ikut tema sebab nak dekat raya ni kan...

Kalau korang follow blog ni dari awal mesti perasan yang aku jarang tulis pasal diri sendiri. Rasanya tak penah aku describe pasal diri sendiri dalam mana-mana entry sebab nanti orang kata self-obsessed, lagipun aku prefer jadi ghost writer sebab tak nak dikenali. Tapi disebabkan raya nak dekat so aku kongsi la sikit.

Motip nak raya baru bukak cerita? 

Berbalik pada tajuk perdebatan (eh?) harini, tadi sebenarnya aku nampak mak aku tengah sibuk gunting kain kaler-kaler nak buat sarung bantal untuk anak buah aku. So aku pun cubalah create ayat yang bajet "terpinggir" konon-konon nak tengok beliau sayang lagi ke tak....

Aku : Untung betul jadi cucu mak. Nak balik je mak belikan tilam, buatkan bantal, jahitkan sarung bantal...

Terus beliau sound...

Mak : Hah, tulah, sape suruh tak kawin?

Peh! Makan dalam. Walaupun jawapan beliau memang off-topic, tapi bila kena attack camni memang tak aci. 

Ok, itu cara mak aku beraya, dia kalut dengan cucu sampai aku pun diabaikan (eh?).

Sekarang cerita aku pulak. Tadi masa aku goreng pisang, tetiba aku terpikir rupa-rupanya dah berapa kali raya aku tak buat baju baru. Kalau diikutkan orang pompuan cam aku time raya ni suka benar melaram beli baju raya sampai 5-6 pasang, pastu baju, kasut sume nak sedondon tapi aku pulak langsung tak "in" nak melaram camtu. Senang citer aku ni masuk dalam kategori pompuan yang tak kisah...apa yang ada aku pakai, takde pun aku no hal. 

Bukan aku tak mampu nak beli tapi sebenarnya aku tak suka nak membazir, aku suka bersederhana. Alah, lagipun penuh ke puasa tu yang sibuk beria-ria macam budak kecik? Kannn? Setiap kali nak raya mesti mak aku sibuk suruh jumpa tailor tapi aku buat dono je. Tapi tahun lepas beliau senyap-senyap buatkan baju untuk aku, tau-tau je pagi raya dah ada baju baru...terus rasa syahdu  T___T

Hurm...entahlah...kadang-kadang aku pun tak paham jugak dengan diri aku ni. Tak pasti aku ni normal ke abnormal, rasa-rasanya? Tapi kalau adik aku...dia punya baju punyalah banyak sebab dia jenis suka bergaya, tak macam aku, jenis cincai asal boleh, kami memang totally opposite.

Tapi pehal raya tahun ni aku beli jaket water proof yang wind proof? 

So far mak aku belum tau tentang kewujudan jaket tu, kalau tau mesti dicincang-cincang sampai jadi reben! Mimpi ngeri kot!


aku bajet kat Msia turun salji masa 1 Syawal, sebab tu aku beli jaket ni


So sebenarnya apa cerita aku ni ye?

Oh ok...so itulah pengertian raya dari kaca mata aku. Pada aku raya tu sama je macam hari-hari lain cuma berbeza sikit sebab bangun pagi kena mandi sunat raya, mintak maaf dengan orang tua dan adik beradik, pastu pegi solat raya, jumpa sedara mara, ziarah kubur dan boleh makan makanan yang spesel.

Korang pulak macam mana?

Read more...

Kembali!

August 16, 2011

Maaflah ye tetiba senyap tanpa berita. Sebenarnya aku baru keluar dari gua. Dah 2 hari takde internet gara-gara musibat mana pegi curik kabel telepon.

Almaklumlah nak raya ni, terdesak gamaknya nak buat baju raya 20 pasang, kuih raya nak penuh satu meja, tu belum lagi cerita pasal duit raya.

Cilakak musibat mana ni woii buat kerja curik kabel telepon? Aku belit tengkuk dia dengan kabel tu nanti...grrr!!

Read more...

Video : Rindu Seorang Hamba

August 12, 2011

Assalamualaikum! Harini aku nak kongsi salah satu di antara beberapa video yang sempat aku amik waktu pegi umrah baru-baru ni.


Mesti korang kata aku ni pegi umrah ke pegi shoot video? Sebenarnya aku sengaja amik video ni supaya setiap kali aku rasa rindu kat Kaabah bolehlah aku ulang-ulang video ni sampai puas. Nak pegi sini bukan senang dan mana tau mungkin itulah kali pertama dan terakhir aku sampai ke sini so sebab itulah aku amik. Aku buat-buat berani walaupun tak boleh sebenarnya sebab kalau polis Arab nampak dia akan rampas tapi Alhamdulillah doa aku dimakbulkan Allah SWT (sebelum tu aku berdoa semoga kamera ni selamat serba serbi...iskk iskk iskk aku ni...haih!).

Video ni ada sentimental value yang tersendiri sebab pada waktu tu aku rasa sangat-sangat syahdu dan semua yang keluar dari mulut aku lahir dari satu perasaan yang sukar untuk dijelaskan dengan perkataan. Walaupun suara aku tersekat-sekat sebab menangis tapi tak kisahlah, aku gagahkan jugak share kat sini walaipun agak memalukan sebenarnya bagi korang dengar aku nangis srot sret srot sret. Kalau sedap takpela jugak, ini serak macam jantan.



Ada orang kata kalau balik dari Mekah mesti rasa rindu nak pegi balik. Part tu aku mengaku sebab sekarang ni pun aku rasa rindu nak ke sini semula. Tapi tahukan kita bahawa perasaan rindu itu adalah berkat dari doa Nabi Ibrahim A.S ketika Allah SWT memerintahkan baginda supaya meninggalkan Siti Hajar dan anaknya Ismail?

Nabi Ibrahim A.S berdoa, "Wahai Tuhanku, aku tinggalkan zuriatku di lembah yang gersang di sisi rumah-Mu (Baitikal Haram) untuk didirikan solat diatasnya. Oleh itu Ya Allah, jadikan hati manusia rindu kepadanya moga-moga mereka selalu kembali kepadanya (Mekah)".

Lalu Allah SWT memakbulkan doa Nabi Ibrahim A.S dan diterbitkan perasaan rindu dalam hati kita untuk kembali ke sini. Allah SWT telah bersumpah, "Demi negeri yang amat aman (Mekah)" - Surah At-Tiin, ayat 3. Benarlah seperti apa yang dijanjikan Allah SWT bahawa tanah Mekah itu aman dan dipelihara oleh rahmat-Nya hingga ke hari Kiamat kelak.

Rasulullah SAW bersabda, "Tidak ada satu negeri yang tidak dimasuki Dajjal kecuali Mekah dan Madinah dan tidak ada satu jalan di Madinah, kecuali terdapat malaikat yang berbaris menjaganya. Maka Dajjal singgah di daerah rawa, kemudian Madinah bergoncang sebanyak 3 kali goncangan, dan ketika itu Allah SWT akan mengeluarkan seluruh orang kafir dan munafik" - Hadis riwayat Anas Bin Malik R.A.

Namun begitu terdapat sebilangan orang kafir musyrik yang tinggal di Madinah, tapi diharamkan bagi mereka menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah (kerana itu ia digelar tanah haram). Sewaktu Dajjal menggoncangkan bumi Madinah sebanyak 3 kali goncangan, maka pada waktu itu keluarlah orang-orang kafir musyrik meninggalkan Madinah menuju ke tempat Dajjal.

Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah, ayat 28, "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang yang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka mendekati Masjidil Haram".

Sekian saja tazkirah Ramadhan untuk kali ini dan semoga kita mendapat manfaat darinya, Insya Allah.
.

Read more...

Pendapat : Cara paling ideal nak habiskan masa di Korea

August 09, 2011

Anyong haseyo!

Itu jelah perkataan yang aku reti. Sadis.

Dari tahun lepas aku beli buku ni tapi baru semalam baca. But still masih banyak yang perlu dibaca sebab aku bebetul zero pasal Korea.

Sepatutnya awal Januari aritu aku ke sini tapi waktu tu aku baru balik dari Sydney so terpaksa kansel dan retime tiket. Walaupun dah retime tiket tapi tak taulah kenapa aku masih tak interested nak pegi..maybe sebab aku bukan peminat citer Korea? Pastu tetiba muncul hantu K-pop, bukan sorang, tapi dua orang...so aku bukak balik tiket ni dan Insya Allah kalau diizinkan Allah kami akan travel bersama.

TAPI yang menyumbatkan kepala aku sekarang ialah camne aku nak habiskan 29 hari kat sini. Mind you it's almost a month dan aku memang tak reti langsung bahasa Korea walaupun sikit. Oke, the first week aku ada geng so takpe setel masalah, masuk minggu ke-2 aku mula grak solo but still no big deal sebab aku dah biasa travel solo. Yang menjadi masalah sekarang ialah aku tak sure camne nak utilise masa yang panjang tu. As we all know, currency Korea tengah sama level dengan Australia so ada sedikit problem kat situ. 

Apapun kita tengok camne. Aku pun tak plan apa lagi, yup, aku tau masa berjalan tapi aku rasa kali ni aku nak buat taktik cam dulu...tektik "redah sampai ke sudah". Hahaha..amacam?

Haritu aku berangan nak kayuh basikal pusing Korea tapi pastu aku sumbat sebab kat sini road user tak friendly cam kat NZ dan Oz so ada sedikit kerisauan kat situ. Yelah, kang kena langgau sia-sia jek. Aku ada baca dari blog mana tah basikal dia siap kena curik lagi...gila sadis. So aku terpaksa kansel plan tu. Erm..wwoofing? Cam menarik. Boleh aku belajar cara-cara jadi petani moden/separa moden/kuno dan mungkin lepas balik aku boleh terai tanam sayur/buah yang belum ada kat Msia. Ah, ada lagi 1 benda yang menarik dalam list aku iaitu voluntary work. Lama dah aku teringin nak buat benda ni so maybe aku nak sign-up dengan kerja voluntary, cuma aku belum cek berapa minimum week untuk buat kerja-kerja amal ni. I think it's about time aku transform dari typical traveller kepada responsible traveller.

Bagi menyelesaikan kemaslahatan ni, aku nak mintak tolong sape-sape yang penah pegi Korea, hantu K-pop pun boleh untuk bagi sedikit input tentang Korea. Segala buah fikiran amatlah dihargai dan disudahi dengan ucapan terima kasih.

Read more...

Pendapat : Nama blog yang pelik

August 08, 2011

Oke, aku tak tau la kenapa tapi sekali sekala aku rasa janggal gak dengan nama blog ni. Err, korang tau ke sejarah nama blog ni? Tak tau? Ah, malas aku nak ulang cerita yang sama berkali-kali macam Astro. Korang pegilah korek entry lama kalau nak tau.

So masalahnya sekarang ialah ada perkataan "busuk" kat hujung backpacker. Selalu orang mesti bubuh nama yang bajet comel takpun yang manja kan tapi aku buh nama yang tak semenggah. Mesti ada yang pikir aku ni busuk tak mandi bertahun-tahun kan? Ah, jangan nak pikir bebukan, aku mandi tetiap hari oke, without fail even masa winter.

Ni aku nak tanya, korang ada rasa pelik tak masa pes taim dengar nama blog ni? Ke aku sorang je yang rasa pelik?!

Sekian, selamat berbuka. Malam ni jangan lupa pi terawih!

Read more...

On short hiatus

August 06, 2011

First of all aku mintak maaf sebab belum keluarkan entry baru telenovela. Ok aku tau semalam aku ada mention nak publish entry tu pagi ni tapi masalahnya dari tadi mood aku melayang tah ke mana-mana. So sementara mood aku nak datang balik korang layan gambar ni dulu. Gambar ni aku amik masa pi Puzzling World kat Wanaka aritu. 



Sape teka betul dia dapat hadiah berbuka puasa petang ni di rumah sendiri. Kalau dok umah bujang kira aci la jugak

Read more...

The Overland : Siem Reap (Part 5)

August 05, 2011



Day 9 : 21 May 2011

Orang tua-tua kata, kalau tak dapat tengok orangnya....tengok bumbung rumahnya pun jadilah. So lepas puas tengok bumbung Popular Guesthouse aku pun pegi ke Artisans d'Angkor sebab pukul 9am ada tour Silk Farm. Tapi sebelum mula mengayuh basikal ke sana aku try jenguk Popular Guesthouse lagi sekali...manalah tau kot-kot tetiba dia keluar, tapi hampa.

Dari Mandalay Inn ke Artisans d'Angkor tak jauh, lebih kurang 5 minit mengayuh basikal pesen santai. Aku adalah orang terawal yang datang so sempat aku berehat sekejap di bawah pokok. Sepanjang di sini aku tak penah beli air mineral, cuma 1 kali je, itupun waktu sewa basikal haritu sebab makcik tu jual KHR3 untuk sebotol mineral water 1.5L, kalau tempat lain selalunya USD1/KHR4. Memandangkan aku seorang yang bijaksana, so setiap kali air habis aku topup air free kat water cooler di Mandalay Inn. Pendek kata aku banyak save duit dari beli air sebab kalau setiap kali USD1, USD1 lama-lama kopak dibuatnya.

Akhirnya penantian aku berakhir bila van yang bawak tourist ke Silk Farm tiba. Seingat aku waktu tu ada 6 orang sekeluarga dari Melbourne termasuk aku. Perjalanan ke Silk Farm memakan masa hampir setengah jam dan aku sempat terlelap dalam van sebab malam tadi tido tak nyenyak. Oh ye, haritu dalam entry Siem Reap yang 1st aku penah mention yang tour ni FREE, so make sure rebut peluang ke Silk Farm tour kalau turun ke Siem Reap.


Bila tiba di Silk Farm kami dibawa untuk melihat proses membuat kain dari ulat sutera. Guide tunjukkan camne dorang ternak ulat sutera, bagi makan jenis-jenis daun yang tertentu, proses membuat benang, colouring dan lastly tenun benang jadi kain. Tour amik masa lebih kurang sejam dan it's a fun learning experience di samping kita dapat tengok sendiri dengan lebih dekat keseluruhan proses tu. Apa yang menarik tentang tour ni ialah semua proses dilakukan secara manual menggunakan tenaga manusia dan peralatan-peralatan yang digunakan adalah dari peralatan tradisional. Pada aku keseluruhan proses nampak biasa sebab kat negara kita pun ada, I mean, orang menenun songket dan sebagainya tapi pada aku ini adalah kali pertama aku tengok orang tenun benang sutera so aku enjoy trip ni. Melihat kepada kesungguhan mereka bekerja dalam suasana yang agak daif, hati aku rasa tersentuh dan kagum sebab mereka bekerja dengan tekun dan sentiasa murah dengan senyuman.

Aku masih ingat lagi waktu kami pegi ke seksyen memproses ulat menjadi benang, ada satu bahagian di mana kepompong direbus dan ditarik menjadi benang yang halus. Guide offer kitaorang untuk cuba kepompong rebus sebab katanya banyak protein. Wargh...gile! Aku dah kembang tekak waktu tu. Bapak dengan anak pompuan family Melbourne tu pegi try and dorang review rasa kepompong tu, katanya sedap dan berlemak sikit. Anak pompuan dia veggie dan of courselah veggie tak makan daging, tapi disebabkan ulat sutera makan daun so dia berani cuba. Errr....boleh ek cenggitu? Pitamm! Dorang suruh aku cuba tapi memang aku takkan cuba sebab aku terbayang-bayang kepompong tu berjalan-jalan dalam kerongkong...euwwww!

amacam, berani telan?
(1) ada banyak jenis daun kat sini, lain daun lain kualitinya. katanya daun mulberi yang terbaik
(2) snek rangup! kaya dengan protein! awet muda! 
(3) mengawan 12 jam. ko mampu??
(4) ulat ni dipindah-pindahkan ke bekas yang berlainan setiap 4 hari

ulat sutera rebus. ulat ni yang makwe omputih tu makan. ko mampu??
kalau korang mata bionik mesti boleh nampak benang halus yang di extract dari kepompong

(1) pewarna benang dari bahan-bahan semulajadi
(2) benang kaler hitam dan biru
(3) ni pulak benang kaler oren
(4) benang-benang tadi di errr aku tak tau nak sebut apa, tapi dia buat jadi kecik-kecil la senang citer
(4) acik ni tengah potong buluh untuk colouring, gigih kan dia bekerja?

tak tau nape tapi aku suka tengok cara dorang bekerja dan aku tau senyuman mereka ikhlas
cuba tengok betapa susahnya dorang cari rezeki, iskk

antara produk yang dihasilkan selain dari kain sutera

Akhir sekali kami di bawa ke galeri jualan dan kat sini dorang display final produk hasil dari ulat sutera seperti baju, sarung bantal, beg duit dan macam-macam lagi. Tak silap aku benda yang paling murah kat situ ialah kipas tangan tapi aku dah lupa harganya, sori! Agak lama jugak kitaorang dibiarkan menunggu kat galeri tu, biasalah dia nak suh beli tapi aku layan je sebab ada ekon dalam tu. Aku ingatkan aku sorang je tak beli tapi family dari Melbourne tu pun sama, mebi sebab harga barang-barang dalam tu agak ridiculous. Kesempatan menunggu tu aku amik untuk berborak dengan mereka. Dari cerita mereka aku dapat tau yang dorang pegi ke Phnom Penh sebelum ke Siem Reap. Katanya Phnom Penh sangat teruk, maksudnya kesan peperangan yang dorang tinggalkan pada zaman Polpot dulu teruk. Aku yang mendengarnya pun naik kembang tekak sebab dorang cerita kat muzium perang tu ada tunjuk gambar brutality dan sebagainya. Aku pulak memang jenis pening kepala kalau tengok gambar-gambar yang gore camtu, kang tak pepasal aku pengsan sensorang. Actually masa aku ke Siem Reap memang aku dah planning nak ke Phnom Penh, tapi masalahnya sekarang aku dah ada second thought, and some more hati aku berat nak tinggalkan Siem Reap buat masa ni. Kuang-kuang-kuang!

Dah bosan duduk dalam galeri kami keluar sebab depan tu ada kawasan melepak dan ada gerai yang menjual ice cream. Memula aku nak beli tapi lepas tengok harga dia $5 terus aku kansel. Gile mahal siot! Kalau Haagen Dazs takpe gak! Tetiba dorang offer nak belanja..aiyooo segan gile...aku ni kan pemalu, so aku refuse perlawaan mereka dengan baik.

Tak lama pastu driver van panggil sebab dah cukup masa nak hantar balik ke Artisans d'Angkor. Sepanjang perjalanan balik kami berborak-borak tentang pengalaman di Siem Reap, dorang agak terkejut bila tau aku ke situ seorang diri. Dan tanpa diduga tetiba dorang bagi alamat rumah di Melbourne dan jemput aku untuk tinggal kat umah dorang jika ke sana. Honestly aku rasa terharu bila jumpa orang-orang camni, tak taulah kenapa, tapi aku rasa keluarga ni warm. Walaupun kami baru kenal tapi dorang layan aku dengan baik dan tanpa prejudis. Insya Allah kalau ada rezeki ke Melbourne lagi, aku akan singgah ke rumah dorang.

Setibanya di Artisans d'Angkor kami ucapkan selamat tinggal dan aku pun balik semula ke Mandalay Inn. Mata aku memang tak boleh handle sebab mengantuk yang teramat dan sampai di bilik aku terus pengsan sampai ke petang.

Bila aku terjaga jam dah tunjuk pukul 6pm dan aku mula gelabah sebab kul 7.30pm nanti nak jumpa mamat tu. Haih...apa la akan jadi malam ni? Hati aku dah dup dap dup dap pikir memacam. Sebenarnya aku dah jadi serba salah nak proceed ke Phnom Penh ke tak sebab kalau ikutkan pelan asal aku cuma nak spend 3 malam kat Siem Reap dan mengikut perkiraan pagi esok aku sepatutnya ke Phnom Penh....TAPI.....tetiba aku rasa lemah lutut nak pegi. Sebab ape? Kah kah kah... Lu pikir lah sendiri!

Eh tapi kan, semalam masa kitaorang berborak dia ada tanya aku nak pegi mana pasni. So aku cerita yang aku nak ke Phnom Penh pada hari ke-4 dan kebetulan dia nak ke sana jugak TAPI hari yang ke-5 (sebab dia dah bayar sewa bilik sampai 4 malam) dan tetiba aku rasa arghh....why! why! why! Itu jam aku split betul sebab aku punya time frame dah suntuk dan kalau aku nak ke Phnom Penh dengan dia memang for sure aku akan terlepas keretapi balik ke Msia (ini jam aku rasa nak nangis sebab beli tiket balik awal...aaaa buduss!!). Ok takpe, kita tengok progress malam ni, kalau dia taknak aku pegi mungkin aku akan ubah fikiran. Tapi kalau dia tak insist aku untuk stay so aku gerak ke Phnom Penh esok pagi. Setel!

Aku turun awal sikit waktu tu sebab nak pakai internet kat bawah dan tetiba aku terdengar suara orang kat luar. Pastu datang budak reception dan bagitau ada orang cari aku. Bila aku tengok jam, alamak..dah 7.35! Mesti mamat ni datang cari aku!!! Aku tutup pc dan terus ke depan....sah, memang dia. Waktu tu dia dan beberapa orang staff Mandalay Inn tengah khusyuk melihat ke atas pokok.

Aku : What are you looking at?
Dia : There's a lot of birds on the trees

Aku rasa nak tepuk dahi tapi takpelah, aku kasik dia pengecualian kali ni. Mungkin kat sana takde burung duduk ramai-ramai atas pokok...agaknye.

Aku : Shall we?
Dia : Yeah

Kami pun berjalan meninggalkan Mandalay Inn dan menuju ke pekan Siem Reap. Dalam perjalanan ke sana dia cerita baju dia dah hantar ke dobi pagi tadi. Patutlah dia wangi malam tu. Baju hantar dobi pun nak repot....nak dapatkan perhatian le tu, ceh!

Aku : Did you sleep well last night?
Dia : No. I couldn't because it was too hot

Pasti? Bukan sebab lain? Huhuhu...

Dia : What about you?
Aku : I couldn't too. I woke up almost every hour because my feet was aching
Dia : So how's your feet today, still hurt?
Aku : It's getting better

Dia : You know my room is very messy. I have 2 beds and I just put everything on that bed and some on the floor, it's really messy. I didn't leave my key at the reception coz I don't want them to clean up
Aku : Errrr...so how do you find you stuffs?
Dia : I don't know (gelak). Sometimes I just lost my stuffs, I've just lost my watch and my toothpaste before I came here
Aku : Errrr....toothpaste?
Dia : Yeah...I just forgot to take them back after shower
Aku : Errr...what about your watch? Did someone stole it?
Dia : Naaah...I just forgot where I put them
Aku : Ahh...you're careless
Dia : Yeah, I know. And you know what, the pillow in my room have some weird smell, so I put them away and I use my sleeping bag instead (sambil buat aksi tido...awww kiut)

Dia : How's your room look like?
Aku : Errrr....pretty much like yours, but not that messy

Dia gelak. Ah, aku saja cakap gitu sebab aku suka tengok dia gelak. Gigi dia cantik tersusun bila gelak, comel.

Aku : So how was your visit to Angkor Wat today?
Dia : Ah, the weather was good and there was no rain at all

Memanglah. Hujan tu muncul sebab ko dengan aku, kalau tak memang tak hujan!

Aku : Really? Oh man....I should have followed you today
Dia : You should. I think today isn't much fun like yesterday....

Ting! Ting! Ting! Baru ko tau aku ni best! Hahaha

Dia : ...and I didn't even wait for the sunset either!
Aku : Why??
Dia : (angkat bahu dan senyum)

Mesti nak cakap kalau aku ada lagi seronok la tu...eleh...aku tau! bhahaha...

Dia : I went out a bit late today, around 12 and before I go I tried looking for you in front of the guesthouse but I couldn't find you at all

Arghhhh!!! Haruskah aku cakap yang aku pun buat benda sama pagi tadi?? Shoot! Kenapa dia hit banyak kali ni? Ape aku nak jawab....Arghh, lidahku kelu...

Aku : Errr...I was at the Silk Farm. I went back around 1pm and that's why you couldn't find me

Dem! Nape aku jawab tak selari dengan apa yang aku rasa! Oh Em Gi.....

Kali ni kami pilih gerai makan yang lain sebab gerai semalam tu tak berapa sedap. Malam tu aku order nasi goreng seafood dengan mango blended, lagi. Dia order nasi putih dengan tom yam. See....tekak Asia kan mamat ni, senang aku...hik hik hik. Sewaktu menunggu order siap, kami berborak lagi

Dia : Do you like cooking?

Aik, ini soalan mencari jodoh ke?

Aku : Sometimes. I mean when I have company to eat. If I eat alone I'd rather buy or make instant meal. What about you?
Dia : I like cooking and I cook a lot

Ok, nampaknya dia try nak impress aku

Arghhhh!!!! Ok aku akui aku memang suka gileeee kalau lelaki tu pandai memasak. It's a big turn-on kalau seorang lelaki pandai memasak sebab aku rasa lelaki yang pandai memasak ni seksi. Jamie Oliver seksi kan? Kecuali mulut dia yang cam chachat tu...haha~ Susah aku nak define maksud seksi kat sini, bukan seksi yang macam korang tengok pompuan dressing maut tu, NO! Aku rasa lelaki yang pandai masak tu seksi sebab dia ada kelebihan orang perempuan, boleh faham tak maksud aku? Anyway, term ni hanya valid kalau dia masak sedap dan reti kemas dapur lepas memasak. Kalau stok longgok periuk belanga sampai berkulat memang tak seksi dah, terus jadi seksa

Aku : Wow! You're awesome. I simply admire guys who loves cooking

Ok, aku try hit ko ni. Boleh faham tak?? So hit me baby one more time!

Dia : (senyum)
Aku : So where did you learn cooking? Is it from your mom?
Dia : No! She didn't really cook. I learn it from my ex-gf and she taught me lots of recipes

Aku penah cerita dalam second entry yang dia penah berkawan dengan pompuan tu selama 4 tahun dan pastu dorang putus sebab dah tak sehaluan

Aku : I bet you must be really good in kitchen (aku cuba bayangkan aksi dia memasak, mesti seksi kan? ok aku melalut)

Aku tengah hit ko ni, paham tak?

Dia : I can make you veggie lasagna if you come and visit me!

Erkk motip tetiba nak masak veggie lasagna kat aku? Nak impress la tu! Sekilas ikan di air dah ku tau jantan tino nya

Aku : Really?? That's lovely!

Kenalah buat intonasi gedik, barulah terserlah sikit sifat feminin aku #eh

Dia : (senyum meleret)
Aku : I don't know how to make lasagna, maybe you can teach me one day

Mesti kena pura-pura tak tau. Ayat mesti pancing. Barula kita leh tau dia serius ke memain

Dia : Ah it's easy! I can teach you, definately!

Yes! Umpan mengena. Wah main tarik tali nampak!

Aku : Yeah, in return I can teach you how to make a good tom yum!

Tarik tali lagi. Kita tengok sape yang tersembam

Dia : Sure! But you must come to Germany to teach me

Haih main kasar nampak. Ko ingat Germany tu dekat macam KL - PD?

Aku : Maybe, we'll see! But is there Asian shop nearby your place?
Dia : Ah! There's an Asian shop near my house. I live in a place where there's a lot of Asian so I bet they must have the ingredients we're looking for

Pandai ko pasang umpan!

Aku : Ah, that's good!

Aku dah tatau nak balas ape, redho jelah

Aku : Hey, I'm gonna blog about this trip
Dia : You have a blog?
Aku : Yeah, it's a travel blog where I write about my journal
Dia : Can I read it?? Is it in English??
Aku : Hahaha....Naah! It's in my language...sorry!
Dia : Awhhhh....

Matilah kalau dia tau aku tengah cerita pasal dia kat dalam ni. Kah kah kah!


bersambung...... 
.

Read more...

The Overland : Siem Reap (Part 4)

August 04, 2011

Sambungan dari entry sebelumnya.


Day 8 : 20 May 2011

Kami bergerak meninggalkan gerai makan dan menuju ke pub street yang terletak beberapa meter dari situ. Kawasan ni happening dengan deretan pub di kiri dan kanan jalan. Kat sini boleh jumpa ramai omputih melepak...dah jadi culture dorang untuk minum & berhibur. Banyak iklan draft beer 50 sen segelas terpampang untuk menarik pelanggan ke pub tersebut dan harga segelas beer nampaknya jauh lebih murah dari setin coke dan sebotol mineral water. Suasana kat sini agak bingit macam ada pertandingan pub yang mana ada speaker paling kuat. Kat tetengah jalan pulak ada beberapa orang hooker test market cari pelanggan. Ni kiranya pengalaman baru bagi aku sebab aku tak penah pub crawl dan berdepan dengan hooker 1 to 1, so benda ni memang new experience. Hooker-hooker ni pulak...nak kata dorang ni cantik memang tak langsung sebab aku rasa pond*n lorong kat Msia lagi cantik. Sorry no offense!

Sewaktu kami melintasi hooker-hooker ni aku boleh nampak dorang menjeling seakan tak puas hati dan mungkin dalam hati dorang terdetik, "Pesal mat saleh ni nak kat pompuan ni? Aku yang seksi terjojol sana sini pun dia tak pandang", agaknyelah...tapi aku sendiri pun rasa camtu, umpama maid dan majikan, lol! He/Dia/Mamat ni, on the other hand agak lucky sebab aku ada disebelah, kalau tak mesti dah lama dia kena ganggu dengan hooker-hooker tu. Mungkin hooker-hooker tu pikir aku ni girlfren dia or worst, pompuan simpanan dia. Ah tak kisahla dorang nak pikir apa asalkan both of us safe. Sebenarnya aku pun rasa secure bila dia kat sebelah aku sebab takut gak kalau tetiba ada orang lelaki yang cuba take advantage ke atas aku, kiranya secara tak langsung kami ni masing-masing memerlukan satu sama lain.

Aku : Do you go clubbing?
Dia : I don't coz it's too noisy
Aku : Really? I thought you enjoy clubbing
Dia : No. I don't like that kind of music and the atmosphere is unpleasant

Aku surprise sebab aku pikir sume omputih ni typical tapi rupa-rupanya masih ada omputih yang traditional

Aku : So what kind of music you listen to?
Dia : Rock music, alternative, live band, something like that
Aku : I love live band, live performance. You know what...I used to go to punk rock gig
Dia : Really?
Aku : Yeah, but that was long time ago, when I was young
Dia : I go to gigs too, it's cool. Have you ever heard of a band called "King of Leon"?
Aku : No. Why?
Dia : That's my kind of music. I'll let you hear some, I have it on my phone
Aku : Sweet!

Kebetulan selepas kami beredar meninggalkan pub street tiba-tiba kami terdengar bunyi live band dari tingkat atas dari sebuah bangunan. Dia ajak aku cari pintu masuk ke bangunan tu tapi malangnya bila kami jumpa tempat tu muzik pun habis. Sedikit kecewa tapi takpelah, mungkin boleh cuba lagi esok.

Akhirnya kami amik keputusan untuk merayap ke Night Market memandangkan takde tempat lain yang sesuai nak melepak tapi kami tak beli apa pun kat situ sebab kami just pusing-pusing sambil bersembang. Nak dekat pukul 12 tengah malam barulah kami beransur balik dari situ menuju ke guesthouse. 

Di depan guesthouse.....

Dia : Can I see you tomorrow night?

*petir*
Arghhh....another date?? Mimpi ke ni? Fuh! Fuh! Fuh! Oksigen!

Aku : You want to see me tomorrow night??
Dia : Yeah. I would like to see you again tomorrow night

*petir*
Again! Arghh...mamat ni kalau tanya je tapi tak senyum boleh tak? Menci tau!!

Aku : Yeah, sure! Why not!
Dia : Okay, so I see you tomorrow night!
Aku : Yeah tomorrow night! At 7.30?
Dia : Yeah, that would be perfect!

Kami pun bersurai sebab rasa cam dah habis tapi tiba-tiba dia bersuara...

Dia : Hey! Ermm....I just want to say thank you for tonight. Have a good sleep....hope you'll have sweet dreams....and just sleep tight! (sebut selow-selow sambil senyum)

*petir*
Arghhhhh!!!! Sleep tight? Sweet dreams? Boleh kah?? Arghhh!!

Aku : Err...you too..goodnight, sleep tight & sweet dreams!

Perlahan-lahan kami bersurai tapi style jalan pesen reverse ke belakang. Serius fail! Ah ni macam pesen taknak balik je, macam terpaksa je. Cer kalau aku ajak keluar lagi konfem on je tu, tapi tulah....kaki aku sakit gila so aku nak balik awal.

Aku naik ke bilik sambil tersenyum lebar. Ah confirm malam ni takleh tido sebab pikir pasal dia....benci!!! Sebenarnya aku tak suka bila dah involve dengan perasaan. Some more aku baru kenal dia, too soon. Ah ni mungkin fling saja! Cinta monyet waktu travel! Ah layan jelah, asal tak jadi bebukan sudah! 

Malam tu aku cuba untuk tido tapi tak boleh, almost every hour aku terjaga. Terjaga sebab kaki sakit pun ya, sebab panas pun ya. Tapi malam tu memang panas gila, aku rasa kipas kat siling dah macam kipas helikopter. Tak cukup dengan tu aku bukak tingkap kasik angin luar masuk.

Aku tido bukak lampu, TV pun aku kasik bukak cuma volume dia aku rendahkan sebab taknak sunyi sangat. Ada satu kejadian yang sampai sekarang masih lagi menjadi tanda tanya kepada aku. Since aku kerap terjaga every hour sebab kaki sakit berdenyut-denyut so ada sekali tu aku terjaga dan TV tu OFF!! Aku tersentak sebab aku tak tutup TV so camne dia boleh OFF dengan sendiri? Aku buat-buat berani tegur, "Ko nak main TV ko mainla, tapi jangan kuatkan volume...aku nak tido, kaki aku sakit". Aku sambung tido dan lagi sekali bila aku terjaga lebih kurang 1-2 jam kemudian dan kali ni aku dapati TV tu ON!! Aku rasa memang sah benda ni saja nak usik aku. Aku pasti aku tak bermimpi sebab setiap kali terjaga aku mesti dalam keadaan menahan sakit di kaki. Aku rasa hantu tu memang suka tengok TV cuma nasib baik dia dengar kata tak main volume. Kalau tetiba dia kuatkan volume waktu aku tido memang malam tu jugak aku kasik dia terbakar dek surah Yassin. Hehehe

Kalau diikutkan waktu tu aku teringat kes masa kat Hadyai yang mana menurut kawan aku dia nampak benda tu duduk berdiri kat hujung kepala katil sebelah aku. Dan waktu tu memang aku tak tau menahu langsung akan kewujudan makhluk tu sebab aku tengah khusyuk baca buku. So aku assume mungkin kali ni dia duduk kat posisi yang sama, takpun dia duduk kat birai katil sambil khusyuk tengok TV. Agaknyelah.

Tapi kan, kalau nak tau, dalam bilik yang aku duduk ni ada satu gambar potret hitam putih orang bangsawan zaman dulu kala. Kalau ditenung lama-lama potret tu memang seram sebab pandangan dorang tajam. Ikutkan aku nak selubung potret tu dengan kain tapi manalah tau kalau aku selubung tetiba jadi cerita lain pulak. Cukuplah hantu yang suka main TV ni...aku takmo tambah penyakit lain.


Day 9 : 21 May 2011

Pagi tu aku bangun awal, lebih kurang kul 5.30am aku dah terjaga. Memang tak boleh nak tido sebab cuaca panas. Alhamdulillah kaki aku dah tak sakit lagi pagi tu so boleh la aku jalan dengan selesa. Lepas mandi dan menunaikan kewajipan aku breakfast ala kadar dalam bilik dan lebih kurang jam 8.30am aku turun ke bawah dan otomatik aku terpandang Popular Guesthouse yang terletak di seberang jalan. Fikiran aku terus melayang ke scene malam tadi.

Popular Guesthouse

Tetiba terngiang-ngiang sebaris ayat penutup sebelum kami berpisah pada malam tu, "Good sleep, sweet dreams & sleep tight!". Entah jampi apa tapi yang pasti disebabkan ayat itulah aku takleh tido malam tadi. Pfftt!!!!


bersambung.....
.

Read more...

The Overaland : Siem Reap & Angkor Wat (Part 3)

August 03, 2011

Aku nak sambung cerita pasal Cambodia. Aku tau travelog ni dah jadi macam telenovela tapi layan jelah. Entry kali ni takde gambar sebab balik saja dari Ta Phrom aku dah tak amik gambar. So sila gunakan daya imaginasi peringkat tertinggi untuk setiap scene.

Recap :

Masa kami tengah sibuk panjat batu kat Ta Phrom tetiba mamat ni ajak keluar dinner malam tu. Aku rasa cam tak percaya pastu aku try cubit lengan sebab nak confirm ini mimpi ke apa tapi memang sah betul. Kalau diikutkan dah lama aku tak keluar bedua camni, so aku rasa gelabah sikit bila tetiba dapat perlawaan especially dari orang yang hensem. Aaaaa....panik gile oke!

Sambungan daripada entry sebelumnya. 


Day 8 : 20 May 2011

Kami bergerak meninggalkan Ta Phrom untuk menengok sunset. Jam menunjukkan pukul 5.30am dan anytime saja matahari akan terbenam so kami mesti sampai ke situ dengan cepat or else melepas. Suasana di dalam hutan Angkor Wat agak menyeramkan lelebih lagi bila waktu senja, tambahan pulak baru lepas hujan. Waktu tu kami dah tak berselisih langsung dengan sebarang kenderaan, aku assume barangkali semua orang dah sampai ke tempat menengok sunset.

Tiba-tiba aku rasa basikal berat sangat, macam ada orang kat belakang. Ini jam aku terpaksa kayuh dalam keadaan berdiri (bontot tak melekat kat kerusi) sebab nak kasik momentum. Mamat tu makin lama makin jauh ke depan, tinggal aku sorang kat belakang, aku tau dia tak sedar aku dah jauh kat belakang. Tiba-tiba aku terasa pelik...."Eh, jalan ni lurus je bukan kawasan bebukit pun tapi pehal berat nak mampus basikal aku ni??". Terus aku rasa meremang, nak toleh ke belakang aku tak sanggup, mana la tau kot-kot nampak benda yang tak patut nampak. Aku keringkan hati dan tegur, "Ko boleh tak jangan bergurau sekarang? Berat nak mampus ni. Ko boleh terbang kan, pehal nak tumpang aku?"

Dalam beberapa saat pastu aku terkayuh laju sebab basikal tetiba jadi ringan. Waktu ni mencicit-cicit aku kayuh kejar mamat tu dan aku loceng dia suruh pelan sikit. Aku tak cakap apa-apa sebab taknak dia takut. Err, omputih ni percaya ke hantu? Ntah! Tapi kalau dah waktu maghrib merayap dalam hutan, nak pulak pegi tengok temple dan ruins yang umur dah beratus-ratus tahun lampau, so mungkin la ada yang menunggu kat situ. Ingat lagi tak aku cerita dalam entry Hadyai yang kitaorang kena ganggu? Aku rasa benda ni mengikut aku la...agaknya. 

Untuk menghilangkan rasa takut aku ajak dia kayuh sebelah menyebelah. Aku risau gak kalau tetiba benda tu datang balik menumpang kat basikal aku. Sedang kami berborak-borak tiba-tiba, "Pommmm!!!", kuat gila bunyik sampai satu hutan bergema. Aku tengok dia, dia tengok aku. 

Dia bersuara, "I think your tyre is flat"

Dem!! Aku cam tak percaya. Apakah ini angkara si penumpang misteri tadi? Vavi!

Aku pun toleh ke belakang, a ah...confirm tayar basikal aku pancit!  T____T

Ada pulak orang campak paku kat tetengah hutan ni ye? Aku pikir positif. Puas aku cari benda yang menjadi punca tayar aku meletop tapi tak jumpa. Ntah-ntah kuku "dia" cocok tayar aku, pastu menyorok di balik pokok sambil tergelak-gelak tengok aku cari lubang kat tayar...agaknyela kan. Tinggi tak daya imaginasi aku? Heh!

Mamat tu bagi idea naik tuk-tuk balik ke pekan tapi aku rasa mustahil nak dapat tuk-tuk sebab kebanyakannya dah disewa so mustahil ada tuk-tuk yang kosong. Some more celah mana aku nak sumbat basikal ni. Ah dem! Sumbat gila aku waktu tu. Lastly aku amik keputusan untuk kayuh basikal sampai ke pekan memandangkan yang bocor tu tayar belakang (kalau bocor tayar depan memang tak boleh buat apa). 

Kami terpaksa memperlahankan kayuhan sebab basikal aku takleh pegi laju. Aku suruh dia pegi dulu memandangkan hari semakin gelap dan kemungkinan tak sempat nak tengok sunset. To my surprise dia cakap tak kisah pasal sunset sebab dia risau nak tinggalkan aku kayuh basikal sensorang diri dalam hutan.

Wah...ko memang hero! Ailebiu! 

Dalam hati aku risau sebab dah kasik spoil agenda tengok sunset sebab tayar yang budus ni. Waktu tu aku rasa nak tarik rambut pakai kedua-dua tangan cam orang gila moyan, tapi terpaksa kansel sebab nanti basikal melelong.

Aku : I'm sorry I'm slowing you down
Dia : No it's okay, it's not your fault
Aku : *sigh* I think it's better if you just go, don't wait for me coz I'm too slow
Dia : It's okay, I'll bike with you until we find the busier road. It's not safe for you to be here on your own

Awwhhh....ko memang suwitt!

Walapupun dia sudi temankan aku yang slow ni tapi aku tetap rasa bersalah. Cilakak ni mesti hantu tu tak puas hati dengan aku. Aku rasa la...pasti! Kami berpecah waktu tiba di jalan yang sibuk. Sebelum berpisah, kami chit-chat sekejap,

Dia : So I'll see you tonight at 7.30?

Arghh..dia masih nak ajak aku kuar lepas insiden tayar pancit? Aku ingat dia nak kansel! 

Aku : (try acting cool tengok jam walhal expression muka dah out)
Dia : It's okay if you can't make it at 7.30, we can go out a bit late.
Aku : Erm...what about 8.30pm? Coz I'm not sure when I'll arrive at the guesthouse. Hahaha
Dia : 8.30 sounds good. So I'll meet you at the tourist information booth!
Aku : Okay, nice. By the way, what is the name of your place?
Dia : Popular Guesthouse, and you?
Aku : Mandalay Inn. Erm...yours sounds familiar. I think I've come across that one before
Dia : Yeah I think yours kinda familiar too!
Aku : Hahaha. Okay, we'll see then!
Dia : See ya! Bye!
Aku : Bye!

So lepas babai-babai aku pun mula mengayuh basikal pancit tu balik ke guesthouse. Aku amik masa lebih kurang sejam untuk sampai, punyalah lama. Kaki aku rasa cam nak tercabut time ni, seksa tau bawak basikal tayar pancit. Nak tau camne seksanya, pegi pancitkan tayar belakang korang pastu kayuh 10km, tengok mampu ke tak.

Sebelum balik aku singgah kat kedai basikal dan tukar basikal lain memandangkan aku menyewa untuk 2 hari dan tanpa sebarang soalan auntie tu kasik tukar. Lepas tukar aku pun balik ke guesthouse. Waktu parking basikal barulah aku perasan yang Popular Guesthouse dan Mandalay Inn rupa-rupanya terletak bertentangan di antara satu sama lain. Ah, sudah! Ini memang bukan coincidence lagi. Aku rasa semua ni macam tak masuk akal sebab dari awal aku jumpa mamat tu sampai sekarang semuanya coincidence. Ahh gile!!

Cabaran pertama dah setel so sekarang masuk cabaran kedua iaitu mendaki anak tangga sampai ke tingkat 3! Wah ini dah macam masuk powerman dah weh! Lepas kayuh basikal pancit sejauh 10km kena panjat tangga pulak...memang terbaik lah! Dalam keadaan kedua-dua belah kaki bentan aku gagahkan jugak memanjat tangga walaupun hakikatnya aku rasa nak mengesot aje sampai ke depan pintu bilik. 

Bila tiba di depan bilik aku masukkan kunci ke dalam alur dan pulas tombol pintu. Pintu bilik terbukak, aku tengok langsir bilik terkibas-kibas ditiup angin dan serta merta perasaan seram datang menerpa. Tiba-tiba aku terperasan satu cahaya yang aneh dari dalam bilik....jeng jeng jeng....TV aku terpasang! Terus aku rasa seram sejuk bila teringat insiden basikal berat dalam hutan waktu maghrib tadi. Dem! Ini jam bulu tengkuk aku berdiri sebab aku sangat pasti pagi tadi sebelum keluar dari bilik aku dah padam sume suis. Sangat pasti!

Dalam keadaan bilik yang gelap aku capai baju yang tersidai di birai katil dan cecepat selubung TV. Aku tutup suis TV dan rentap wayar dari soket. Pastu barulah aku bukak lampu bilik dan observe keadaan sekeliling. "Ko jangan mengada-ngada nak main TV, aku penat ni ko tau! Kaki aku sakit cam harem ni!". 

Aku pasti aku tak mimpi sebab aku tengok TV terbukak dengan volume yang kuat. Yang pelik tu masa aku berdiri depan bilik cari kunci dalam beg aku tak dengar satu bunyik pun dari dalam bilik. Bilik aku duduk ni bukan cam hotel biasa, ia cuma guesthouse yang takde auto-power macam dekat kebanyakan hotel sekarang. Guesthouse ni memang basic, semua suis kena petik sendiri untuk aktifkan sesuatu...but in this case, aku surrender sebab aku memang takde jawapan untuk kejadian aneh tadi. Aku tak rasa ada sesiapa masuk dalam bilik aku sebab aku tengok semua barang masih di tempat yang sama waktu aku tinggalkan bilik pagi tadi. Lagipun aku dah pesan kat reception jangan masuk bilik sebab barang aku bersepah atas lantai. Hati aku berat menuduh benda tu sebab aku rasa dia tak puas hati pasal tadi.

Aku terus tutup tingkap dan tarik langsir. Aku baring sekejap sebab kaki aku sakit yang teramat. Aku capai heat cream dan sapu ke seluruh kaki. Walaupun heat cream ni panas tapi masih takleh lawan denyutan otot kaki yang membengkak. Aku rasa malas gila nak keluar waktu tu sebab aku tak larat nak bangun, tapi mengenangkan dah berjanji maka aku kena tunaikan. Aku terbaring hampir 30 minit sebelum bangun untuk bersihkan diri. Jangan tak tau dalam toilet pun aku terpaksa mandi duduk sebab aku tak larat nak berdiri...memang padu sakit dia!

Lepas bersiap aku duduk di birai katil sambil keluarkan satu persatu baju dari dalam beg. Nampaknya takde satu pun baju yang senonoh nak pakai pegi dating...haih! Ah lantaklah, janji baju aku wangi, tak busuk! Aku pegi ke Popular Guesthouse dan kebetulan dia pun turun. Dari tangga dia berjalan tersenyum-senyum menghampiri aku. Sh*t perasaan apakah ini!

Aku & Dia : Hi!
Dia : How did you find my place?
Aku : Let me show you something

Kami berjalan keluar dari seating area kat Popular Guesthouse dan aku tunjukkan dia ke satu arah

Dia : Oh my god! You stay here??
Aku : Yeah. I was surprised too when I found out that yours just opposite mine
Dia : Wow! This is weird. I don't think this is coincidence
Aku : No way! I mean, how could this be?
Dia : Remember that day after we get off the bus? The tuk-tuk driver took me to one of the guesthouse but the place is dirty and after that he sent me here. So here I am and there you are
Aku : You're creepy!
Dia : Hahaha

Dia : So what time did you got back?
Aku : Around 7! I was lying on my bed coz my feet was very painful!
Dia : Auww...so how do feel now?
Aku : Better, coz I put some heat cream on it
Dia : That's good. So...shall we?
Aku : Yeah...

Kami pun berjalan kaki dari Popular Guesthouse menuju ke pekan Siem Reap. Dari sini tak jauh mana pun, dalam 5 minit aje. Aku rasa mamat ni tinggi giler sebab kadang-kadang dia terpaksa tundukkan badan sebab nak dengar apa aku cakap....or...in another way round is, aku kurang tinggi. Not to say aku ni pendek sebab aku punye ketinggian average pompuan Msia, in this case dia yang abnormal sebab tinggi dia 188cm. Boleh imagine tak?

Dia : Are you hungry?
Aku : A bit
Dia : Let's find a place to eat. I think there's a few stalls in front of there so let's take a look
Aku : Sure, let's go!

Aku boleh perasan yang semua orang tengok kami sebab obviously kami lain. Aku rasa mesti ada yang pikir aku ni tour guide dia atau paling teruk sekali ialah you-know-what, tapi aku rasa dorang takleh nak kata aku yang tu sebab dressing aku memang tak macam you-know-what itu...aku pakai cincai habis, dengan selipar, seluar 3 suku pastu t-shirt...takde langsung unsur-unsur makwe dalam pemakaian aku malam tu. Alah..mamat ni pun selebet jugak, dengan selipar jamban, seluar 3 suku dan t-shirt lengan panjang yang tak basuh. Sebab apa aku cakap tak basuh, sebab masa jumpa tadi dia cakap semua baju belum hantar dobi lagi. Kantoi!

Aku suruh dia pilih kedai mana yang dia berkenan sebab ada banyak gerai makanan kat situ, semua menu bermula dari $1. Peniaga gerai makanan kat sini agak agresif dan kebetulan dia ni mat saleh so dia kena tarik ke sana sini, kesian pulak aku tengok. Lastly dia pilih 1 gerai ni dan kami pun duduk di meja di satu penjuru yang kurang bising. Menu dihulur dan aku baca satu persatu. Honestly aku memang tak yakin nak makan kat sini tapi sebab aku takde pilihan, aku oder nasi goreng veggie dengan mango blended. Mamat ni oder nasi putih dengan kuah kari. Ok, dia memang suka makan kari, tekak Asia, senang aku nak didik, takyah susah-susah.

Sementara menunggu order siap kami berborak-borak.

Dia : What's your plan for tomorrow?
Aku : I'll be going to Silk Farm because I've booked the tour this morning...and you?
Dia : I think I'll go back to Angkor Wat because I've bought 3-day pass. Most probably I'll go back to temples that we missed today
Aku : Arghh...I'm so jealous
Dia : Come with me then, we can go around again together!
Aku : I would love to but I can't
Dia : I'm going to watch the sunset tomorrow (nada mengada, motif nak kasik aku jeles la tu)
Aku : Yeah-yeah (aku tau dia gurau so aku sengih)

Aku : How did you get here from Bangkok?
Dia : I took a bus from Khao San Rd, paid about THB300. Then another bus that we took together from Poipet.
Aku : Wow! THB300! That's expensive. I took a train from Bangkok, paid only THB48, and from Aranyaprathet I took minibus to Poipet, paid only THB15...so altogther I just paid for THB63 to get me from Bangkok to Poipet! (sengih lebar)
Dia : WHAT??!! THB63?? Crazy!
Aku : (angguk kepala sambil sengih)
Dia : I mean, that's cheap!!! I paid for THB300 and you just paid THB63! That's crazy!
Aku : It is!

Kitaorang berborak dan gelak sampai habis makan. Aku makan 2-3 sudu je sebab aku tak boleh nak makan tapi mamat ni makan sampai licin. Tetiba datang sorang budak lelaki berdiri tepi aku sambil meminta sedekah. Pada pemerhatian aku dia masih remaja, lebih kurang umur 13-14 tahun. Kami geleng kepala dan pastu dia beredar tapi tak berapa jauh dari kami dan duduk mencangkung di satu sudut. Aku kesian tengok budak tu tapi aku pun tak mampu nak tolong sebab duit aku ngam-ngam je. Tiba-tiba budak tu datang lagi sekali, tapi kali ni dia mintak sisa makanan yang aku tak habiskan. Aku terkedu, tergamam dan terdiam sekejap. Speechless. Serentak tu datang satu perasaan sebak sebab tadi aku memandang remeh urusan mengemis dia. Pada hemat aku dia cuma nakkan duit, macam pengemis yang lain. Tapi budak ni...dia bebetul lapar.

Aku anggukkan kepala dan pinggan berisi sisa nasi itu dibawa ke sebalik pokok. Aku tengok budak lelaki tu makan sambil bercangkung dan dia kelihatan begitu berselera, lapar yang teramat barangkali. Mata aku berkaca, belum pernah aku berhadapan dengan situasi sebegini selama aku pegi ke negara miskin dan ini adalah kali yang pertama dan hati aku sangat tersentuh. Kami berdua terdiam melihat budak lelaki tu menghabiskan sisa makanan aku. Setelah selesai budak lelaki itu kembali ke meja kami dan meletakkan pinggan sambil mengucapkan terima kasih dalam Bahasa Khmer serta tunduk beberapa kali sebagai tanda terima kasih kepada aku. Aku masih lagi tergamam, mamat tu pun tergamam. Hanya beberapa minit selepas kelibat budak lelaki tu hilang barulah kami bersuara.

Aku : I feel bad about that boy
Dia : Me too, I thought that he just want some money
Aku : Yeah. But I've never come across anything like that before. I feel touched

Kami terdiam seketika sambil melayan fikiran tentang peristiwa yang baru berlaku sebentar tadi....


bersambung....
.

Read more...

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP