Umrah : Perjalanan Dari Kota Madinah Ke Kota Mekah
September 30, 2011
Hari Keempat : 17 Jun 2011 (sambungan)
Semasa sampai di Bir Ali aku nampak ada banyak jugak bas-bas jemaah yang lain, semuanya datang untuk berihram. Kami pun turun untuk buat solat sunat ihram dan selepas tu berniat ihram. Bila dah berniat ni sume 12 pantang larang kena jaga. Aku paling takut waktu ni sebab kadang-kadang boleh terlupa especially bab cabut rambut. Waktu berihram ni sebolehnya sume benda kena jaga tapi kalau buat umrah tempoh ihram tak panjang macam haji. Kalau terlanggar pantang larang ihram ni denda (dam) dia lumayan - seekor kambing! Kalau tak mampu kena bagi makan fakir miskin dan nilaian tu sama dengan harga sekor kambing. Kalau tak mampu jugak kena puasa selama 10hari. Jadi sangat penting menjaga pantang larang semasa ihram.
Setelah selesai semuanya kami sambung balik perjalanan ke Mekah. Semasa dalam perjalanan ni Ustaz Zul mengingatkan jemaah sekali lagi tentang pantang larang sebab takut ada yang terlupa. Almaklumlah, yang pegi tu bukan semuanya orang muda. Tak silap aku orang muda dalam bas tu cuma 4 orang termasuk aku, 2 orang cousin aku dan seorang budak pompuan lepasan SPM. Yang lain tu sume warga emas dan warga perak....kami je warga gangsa...hehehe.


Sebenarnya aku rasa bersyukur sebab dapat menjejakkan kaki ke sini dalam usia yang muda. Kalau tak kerana parents aku yang bersungguh-sungguh rasanya lambat lagi aku akan sampai tapi Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk aku, alhamdulillah. Sekarang bolehlah aku menarik nafas lega sebab dah sampai ke sini. Ini bukan pasal hal nak conquer dunia tapi sebagai seorang muslim, aku harus berusaha untuk sampai ke sini sama macam aku berusaha nak ke negara lain. Kalau dulu aku rasa NZ paling cantik dan tenang di hati tapi aku tersilap sebab di sini lebih menenangkan. Kalau boleh aku nak duduk lama-lama tapi apakan daya, aku hanyalah tetamu yang dijemput dan sampai waktunya aku harus beransur.
Lama aku mengelamun ke luar tingkap sambil memikirkan tentang diri dan segala perbuatan baik buruk yang pernah aku lakukan. Terkadang rasa tak percaya bila dijemput ke sini. Layakkah aku? Kenapa aku dan bukan orang lain? Aku buntu. Benarlah bahawasanya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Melihat tanah gersang yang kering kontang ini membuatkan aku terfikir apakah begini keadaannya di Padang Mahsyar kelak?
Lamunan aku dikejutkan bila Ustaz Zul mengajak kami untuk bertalbiah. Untuk makluman pembaca, talbiah hendaklah dibaca dari tempat miqat hingga sampai ke tanah haram.
*Talbiah ialah sejenis bacaan yang dibaca oleh jemaah haji dan umrah selepas berniat ihram
Bacaan talbiah : (Labbaikallahummalabbaik.....)
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّ يكَ
إِنَّ الحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالمُلْكُ لاَشَرِيْكَ لَ ك
Maksudnya :
Hamba-Mu telah datang menyambut panggilan-Mu, Ya Tuhan, hamba-Mu datang menyambut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu
Hamba-Mu telah datang menyambut panggilan-Mu, Ya Tuhan, hamba-Mu datang menyambut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu
Suasana dalam bas pada waktu itu cukup hening. Yang kedengaran hanyalah bacaan talbiah yang tidak putus-putus. Ya Allah, aku rasa sangat malu nak jejakkan kaki ke rumah-Mu. Apakah Engkau akan menerima diriku nanti? Apakah Engkau akan menerima taubatku? Air mata aku bergenang menahan sedih. Segan pulak nak kesat sekarang sebab Ustaz Zul tengah berdiri sambil bertalbiah menghadap kami. Sebelum air mata ni gugur baik aku alihkan pandangan ke luar tingkap dan curi-curi lap.
Lebih kurang jam 6pm kami berhenti di perhentian (macam R&R) untuk solat jamak maghrib+isyak dan makan malam. Oh ye, aku masih ingat lagi sebelum sampai kat R&R ni kami bertembung dengan ribut pasir. Memang takut ok ribut pasir, sampai bas pun bergoyang bila ribut pasir menempuh kami. Syukur takde apa yang berlaku dan pengalaman tu akan aku ingat sampai bila-bila sebab entah bila lagi boleh merasa.


Selepas solat kami pun makan malam. Aku tak ingat apa nama nasik tu, sama ada Nasi Arab atau Nasi Mandi...ape-ape jelah, sebab pada aku sama je, tasteless, tapi sebab dah lapar aku sebat je. Cuma satu benda yang aku kurang gemar dengan masakan Arab - kering-kontang macam padang pasir (takde kuah). Kalau ada kuah ayam masak merah ke aku rasa lagi meletop. Tapi dalam pada komplen tu habis jugak sepinggan. Hehehe.
Perjalanan kami diteruskan lagi ke kota Mekah. Huih, memang jauh oke aku tak tipu, hampir 7-8jam lamanya. Sebelum bacaan talbiah dimulakan, sekali lagi Ustaz Zul buat sesi refleksi diri dan sekali lagi aku menangis. Tapi kali ni takyah sorok muka sebab keadaan dalam bas samar-samar sebab pasang lampu kecik.
Aku masih ingat salah satu cerita dalam sesi tazkirah di mana sebelum kita lahir (semasa alam roh), kita telah ditanya oleh Allah SWT tentang panggilan ke tanah suci. Kalau kita jawab sekali maknanya sekali seumur hidup la kita akan ke sini, kalau 2x maknanya Insya Allah 2x le kita akan sampai ke sini dan begitulah seterusnya. Cuma kita tak tau menahu pasal ni sebab alam roh kan rahsia Allah.
Aku menangis sebab sekarang aku dah ada jawapan kenapa aku di sini. Cuma aku harap yang aku jawab lebih dari sekali dan kalau boleh biarlah banyak. Hal ini buat aku terfikir kenapa sesetengah orang yang mampu dari segi harta benda tapi masih tak sampai ke tanah suci. Kadang-kadang kita tengok orang tu dah jejak semua negara, Europe pusing sampai 5-6 kali tapi kenapa dia masih tak sampai ke sini? Bila kita tengok orang yang serba kekurangan, hidup cukup makan, kerja biasa tapi dah sampai. Wallahualam. Agak complicated untuk difikirkan cuma apa yang boleh aku katakan benda ni semuanya bergantung pada rezeki dan hal di atas.
Apa yang penting ialah bagaimana diri kita selepas balik dari sana. Apakah kita masih di takuk yang sama? Apakah kita akan berubah menjadi lebih baik atau semakin teruk?
Apa yang penting ialah bagaimana diri kita selepas balik dari sana. Apakah kita masih di takuk yang sama? Apakah kita akan berubah menjadi lebih baik atau semakin teruk?
bersambung......
a
a








































