Kami bergegas bangun lantas mengemas tempat tido dan lebih kurang jam 5.30am kami beredar untuk mencari tandas. Mujur lorong subway dah dibuka jadi boleh kami selesaikan perkara wajib dan freshen up. Walau cuma dapat gosok gigi dan cuci muka tapi dah memadai sebab badan tak berpeluh disebabkan cuaca yang sejuk.
Suasana highway di South Korea tak banyak beza dengan suasana highway di negara kita dan di sini mereka memandu di sebelah kiri (left-hand driving). Sepanjang perjalanan ke Gyeongju bas berenti sebanyak 2x untuk toilet break dan setibanya di Gyeongju kami diturunkan di compound Concorde Hotel dan dari situ kami melintas ke seberang jalan untuk menaiki public bus ke stesen bas. Tujuan kami ke stesen bas sebab nak simpan beg dan beli tiket sehala ke Busan pada hari yang sama sebab kami tak bercadang untuk bermalam di sini.
Semasa menunggu bas datang pemandu teksi menawarkan servis sebanyak 6000won untuk sebuah teksi ke stesen bas tapi terpaksa kami tolak memandangkan kos menaiki bas cuma 1500won seorang. Kalau berempat mungkin kami tak berfikir panjang tapi memandangkan kami bertiga jadi faktor kos perlu diambil kira.
15 minit kemudian kami tiba di stesen bas Gyeongju. Stesen bas ni taklah sebesar mana sebab pekan ni pun kecik. Perkara pertama yang perlu diselesaikan ialah membeli tiket bas ke
Busan. Kata sepakat dicapai dan kami memilih bas pukul 6.35pm. Ada banyak trip bas ke Busan dan tak silap aku bas terakhir bertolak jam 9.15pm (kalau tak silap aku le) dan harga tiket perjalanan sehala ke Busan cuma 4500won. Selesai membeli tiket kami mencari tempat untuk menyimpan beg. Pada mulanya agak sukar mencari kedudukan locker tapi di atas bantuan akak di kaunter rupa-rupanya ia terlindung di sebalik pintu masuk di bahagian dalam bangunan stesen bas. Keadaan locker tersangatlah uzur menunggu masa menyembah ke bumi dan agak susah nak menggodeknya sebab semua arahan dalam Bahasa Korea.
Gyeongju - Busan 4,500won
Sewaktu kami sedang menggodek tiba-tiba datang seorang lelaki dan beliau membuat isyarat tangan seolah-olah memberitahu yang locker itu rosak. Selepas itu beliau meninggalkan kami dalam keadaan terpinga-pinga.
Aku : Ko paham apa dia cakap?
Hanie : Ntah. Aku rasa dia nak bagitau locker ni rosak
Aku : Ko percaya ke? Ntah-ntah dia tipu kita kot?!
Hanie : Agaknyelah kan? Tapi kalau tengok locker ni macam ada orang simpan barang
Aku : Itulah pasal. Aku rasa pakcik ni tipu kita!
Hanie : Aku pun rasa camtu
Kami memasing buat conclusion sendiri sebab communication breakdown. Akhirnya kami menyuruh Koq menjaga beg sementara aku dan Hanie pegi mencari locker yang lain. Kami berjalan kaki di deretan kedai berhampiran stesen bas dan terjumpa kedai menyewa basikal. Ikutkan itinerary memang kami planning nak pusing pekan Gyeongju dengan basikal so alang-alang nak menyewa kami cuba bertanya kalau-kalau boleh tinggalkan beg di sini. Persetujuan dicapai di antara kami dan pasangan ahjuma dan ajushi dan mereka meletakkan rate sewaan basikal sebanyak 6000won sebuah. Setelah itu kami pun meminta diri sebab nak amik beg di stesen bas. Bila sampai di stesen bas kami berbincang lagi sebab selepas mengambil kira faktor masa terasa sedikit kelam kabut sebab kami cuma ada 4 jam sebelum bertolak ke Busan. Akhirnya kami terpaksa kansel option menyewa basikal. Keh keh keh
Sedang kami kebuntuan mencari tempat untuk menyimpan beg tiba-tiba kami ternampak sebuah mesin information yang terletak di hadapan kaunter tiket. Mesin ni memang bagus, lengkap dengan map tapi hampeh sebab semua dalam tulisan Korea! Nape tak buat dual language, kan senang!! Pfffttt!!
Waktu kami sedang memaki-maki mesin information yang haprak itu terasa macam ada seseorang sedang memerhati.
Aku : Weh, pehal mamat ni tengok-tengok kita?
Hanie : Mana? Mana?
Aku : Dekat sebelah kanan ko. Tapi jangan pandang terus, obvious sangat
Hanie : Aah le weh. Peh, kerek betul
Aku : Tu le pasal. Eh tapi rupa dia macam Melayu
Hanie : Tulah, macam Melayu. Yeke Melayu?
Aku : Ntah. Tapi kalau dia Melayu pun setakat belanja tengok bek takyah!
Hanie : Jom weh kita blah!
Ah, takleh jadi ni...masa berjalan. Aku dan Hanie keluar dari bangunan stesen bas dan cuba mencari apa-apa yang patut berpandukan map dalam buku LP. Sedang kami sibuk menengok map tetiba mamat kerek tu datang. Masih lagi dengan pandangan kerek tapi kali ni sambil menghisap rokok.
Aku : Weh, mamat tuh!
Hanie : Mamat tu?
Aku : Ye, dia kat belakang ko. Jangan pandang terus, nanti dia perasan
Hanie : Ok, ok!
Aku : Jomla kita blah, aku tak sedap hati ni. Dahla pandang kita macam gaya nak cari pasal. Takat belanja tengok watpe, nak tolong, tolong jela. Pehal pandang kerek? Pffttt!!
Sedang kami bergegas untuk blah dari situ, tiba-tiba....
Mr. K : Maaf ya, kalian dari Indonesia?
HALILINTAR!!!!! *perkataan petir telah ditukar kepada halilintar atas cadangan Biqque, ko memang sengal!
Aku cuba mengawal ekspresi muka. Antara nak tergelak dan menangis. Rasa nak terjun lombong pun ada. Malu siott!!!! Aku pasti itu jam Hanie nak gelakkan aku. Itulah padahnya kalau cakap tak berlapik.
Aku : Ngak, kami dari Malaysia. Kamu?
Aku cuba mengawal suara supaya nampak tenang, walhal dalam hati dah malu bertingkat-tingkat T___T
Mr. K : Saya dari Indonesia
Pastinya. Dari gaya percakapanmu dah ku tau dong!
Mr. K : Sudah lama di sini?
Aku : Ngak. Kami baru tiba dari Seoul. Datang ke Gyeongju untuk liburan. Kamu juga ke sini untuk liburan?
Mr. K : Saya berkerja di sini. Sudah 1 tahun saya tinggal di Korea
Aku & Hanie : OOOoooOOOoooOOOooo *speechless*
Aku : Maaf ya. Kamu tahu dimana locker bagasi?
Mr. K : Ada di dalam
Aku : Ya, kami sudah cuba cuma ngak pasti ianya masih bagus atau sudah rosak
Kami berdua membontoti mamat tu dan waktu tu rasa tak tahan nak tergelak sebab maklumlah dah kantoi. Nasib baik dia tak paham. Eh, yeke dia tak paham?
Sewaktu tiba di locker kelihatan 3 orang lelaki Cina sedang mengeluarkan barang mereka dari locker tersebut. Alhamdulillah, ingatkan rosak, rupanya full.
Aku : Erm...barangkali tadi lockernya ngak ada yang kosong. Maaf ya!
Mr. K : Ngak apa-apa
HALILINTAR!!!
Kalaulah aku seekor kura-kura memang waktu ni aku dah masukkan kepala dalam tempurung. Hua Hua Hua =__="
Tetiba salah seorang dari 3 orang lelaki tadi menegur kami
Ah Chong : Kamu semua dari Malaysia ke?
Aku : Laaa....orang Malaysia rupanya, ingatkan orang Korea. Kami bertiga dari Malaysia, dia dari Indonesia
Ah Chong menghulurkan tangan dan berjabat dengan Mr. K. Haru biru betul! Terus kami tanya pada Ah Chong di mana lokasi Information Counter dan dia mengeluarkan peta dan menunjukkan arah lokasinya. Melihatkan kami yang confuse dia ajak kami keluar dari bangunan stesen bas dan pointing arah ke sana. Kemudian kami masuk semula ke dalam dan mendapati Mr. K dah takde.
Aku : Koq, mana mamat Indo tu?
Koq : Entah. Dah blah kot!
Hanie : Laaa....tak sempat nak cakap terima kasih
Aku : Terima kasih mende. Aku rasa dah kantoi ada le!
Hanie : HAHAHA....ko la! Aku rasa dia paham la ape ko cakap
Budus! Budus! Aku melempang-lempang muka sendiri
Aku : Aku rasa la kan, tadi dia saje je buat gaya isap rokok. Walhal nak cari pick-up line nak berborak dengan kita
Hanie : Aah la...aku pun rasa camtu
HAHAHAHA!!!
Sedang kami cuba mengisi beg ke dalam locker muncul balik pakcik yang sama, ala...pakcik yang buat isyarat locker rosak tu. Dia tunjuk bahasa isyarat tukar duit. Kami pun tukar 1000won menjadi duit syiling.
Hanie : Weh, tadi pakcik tu buat isyarat tangan kat dada pastu sign "thumbs-up"
Aku : Pergh! Aku rasa dia paham la kita mengata dia tadi
Hanie : Agaknye. Ntah-ntah orang Korea tau Bahasa Melayu kot!
Aku : Eh?
HALILINTAR!!!
So moral of the story jangan cepat sangat judge orang lain sedangkan orang tu tak berniat buruk kat kita.
bersambung.....
.