Fuh! Akhirnya! Aku tau dari pagi tadi korang dok spam comment box aku suruh up entry ni tapi sengaja aku delaykan. Hahaha. Aku baru taip malam semalam so aku mintak maap sebab delay. Yup, memang
soalan-soalan ni giler banyak dan aku pun terasa semput memikirkan jawapan yang paling bernas walaupun aku sendiri yang set soalan ni. Maafkan aku kalau ada yang terkurang dan aku juga nak ucapkan terima kasih kepada semua kengkawan yang sudi meluangkan masa menjawab set soalan SPM ni. Enjoice!
Part I
1. Perkenalkan diri anda secara ringkas
Sendiri tanya sendiri kena jawab ke? Adeh... Yelah! Yelah!
Nama komersil aku ialah Fatt dan semua kengkawan panggil aku Fatt. Sebenarnya takde apa yang menarik untuk diceritakan pasal diri aku. Kalau nak kenal better face to face, tapi kena sediakan pengeras. Aku taknak pulut kuning, ayam golek sekor, tu sume old skool. Paling-paling pun secawan kopi yang keluar dari mesin espresso, lebih afdol kalau dapat caramel machiatto. Pastu ada hidangan iringan contohnya kek, takpun pastry....fuh, memang terangkat. Ok?
2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?
Cerita dari kecik tu sume aku takmo cerita sebab aku rasa influence untuk travel hanya timbul selepas balik dari Phuket pada tahun 2008. Aku rasa dari situlah segala-galanya bermula.
3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?
Sebenarnya aku pun pening dengan soalan ni sebab maksudnya hampir sama tapi aku rasa maybe traveller cuma belum achieve 100%.
Berdasarkan kamus dewan edisi sendiri, traveller ialah seorang yang independent, travel secara budget, tinggal di hostel atau budget accommodation, naik transport seperti local ie. bas/basikal/motor/keretapi, suka mencuba masakan tempatan, bercampur-gaul dengan local, suka mendalami adat resam/culture sesebuah bangsa, cuba belajar bahasa asing dan sebagainya.
4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency
Backpacking dan memandai sendiri. Selalunya aku akan buat research dan susun itinerary sendiri cuma bila travel solo benda ni tak fix dan berubah-ubah mengikut selera aku. Sebenarnya itinerary senang nak buat sebab sebab bahan-bahan kan banyak. Antara malas dan rajin je, ye dok?
5. Siapakah travel partner anda?
Buat masa ni aku takde travel partner yang spesifik dan boleh dikatakan aku travel dengan orang-orang yang berlainan. Ada perbezaan di antara travel dengan kengkawan dan solo. Travel dengan kengkawan lebih seronok sebab tak sunyi, ada kawan nak sembang dan boleh share kos.
Tapi nak cari partner yang sehati sejiwa memang susah. Kena travel dengan orang tu berkali-kali untuk cari chemistry. Yang penting jauhkan diri dari sikap pentingkan diri, bossy, cerewet, banyak merungut, demanding dan sikap-sikap lain yang -ve sebab kerjasama itu penting.
Bila kawan ajak berbincang janganlah setakat menyumbang idea, "Aku ikut je mana-mana", "Tak kisah" dan lain-lain alasan lepas tangan yang menunjukkan sikap tak bertanggungjawab. Mungkin ada yang tak kisah tapi pada aku kalau benda simple macam tu pun tak boleh bagi kerjasama elok lupakanlah niat nak travel dengan kengkawan.
Kebaikan travel solo ialah menjadikan seseorang lebih berdikari, berani, confident, mahir membuat keputusan dan lebih bertanggungjawab. Jangan takut untuk mencuba sebab banyak perkara yang boleh dipelajari terutama sekali dalam memperbaiki kelemahan diri.
Aku lebih suka travel secara solo sebab ia memberikan pengalaman yang berbeza dan sedikit sebanyak menjadikan aku seorang yang positif, optimis dan berani.
6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?
To be exact, masa ke Phuket tahun 2008. Lepas balik dari sana aku semakin menjadi-jadi sampailah sekarang.
7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini
*sebenarnya aku nak tepek gambar tempat-tempat ni tapi macam tak sempat la pulak
Malaysia - almost semua negeri aku dah jejak kecuali Sarawak
Thailand - Hadyai, Phuket, Krabi, Koh Samui, Bangkok, Ayutthaya, Aranyaprathet
Cambodia - Poipet, Siem Reap
Indonesia - Jakarta, Bandung, Jogjakarta, Surabaya, Bali
China - Beijing, Shanghai, Guangzhou, Shenzhen
South Korea - Seoul, Busan, Gwangju, Gyeongju
Saudi Arabia - Jeddah, Mekah, Madinah
Australia - Perth & Western Australia, Melbourne, Sydney
New Zealand - North Island & South Island
8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut
Bangkok
Jakarta, Bandung, Jogjakarta, Bali
Guangzhou
Perth & Western Australia, Melbourne, Sydney
NZ (South Island)
Aku rasa cukuplah setakat ni aku mengulang tempat yang sama berkali-kali. Paling banyak aku mengulang ape lagi kalau bukan NZ. Aku rasa kalau dikumpul balik kos berulang-alik ke NZ, mungkin aku dah sampai ke Europe, Jepun dan India. Aku rasa rugi tapi nak buat camne, bukan boleh gostan pun! Lepas ni aku just nak fokus tempat-tempat yang baru dan buat lebih banyak solo trip, Insya Allah.
9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa
Aku rindu nak pegi sini sebab tak puas tengok Kaabah. Kadang-kadang bila tengok TV atau dengar orang bercerita pasal Haji dan Umrah, secara otomatik air mata aku pun bergenang.
10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan
Alaa..3 je ke? Kedekut sunggoh!
#1. Jepun - Sebab aku suka Doremon dan sejak dari kecik aku cukup suka layan anime, manga dan band-band muzik dari sini
(Note : Janggel, aku tak dengar J-Pop ok! Simpang! Aku dengar J-Rock macam Lareine, L'arc En Ciel, Glay, Luna Sea)
#2. Europe - General, takde negara yang spesifik
#3. Israel - Walaupun terang-terangan dalam passport Malaysia kata takleh masuk Israel tapi aku totap nak masuk sebab aku nak jejakkan kaki dalam Masjidil Aqsa (Baitulmaqdis)
#4 - India - Aku rasa bukan traveller sejati kalau tak sampai ke India. Sebab cerita-cerita orang yang balik dari sini memang menarik dan aku teringin nak rasa sume pengalaman tu sendiri.
11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti
Sebenarnya pengalaman kelakar dan manis tu memang banyak dan kebanyakkan bermula dari pengalaman buruk. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta, yeke John? Hahaha
Pengalaman Manis #1
Ni kisah tayar basikal yang meletup dalam Angkor Wat. Rasanya tak perlulah aku ulang berkali-kali sebab cerita ni dah basi. Kesan dari peristiwa tayar meletup inilah kaki aku bentan dan hampir-hampir aku nak humban basikal tu dalam hutan. Tapi memandangkan aku seorang yang bertanggungjawab, maka aku gagahkan diri kayuh basikal yang pancit tu sampai balik.
Pengalaman Manis #2
Sewaktu berjumpa Encik G di dalam Angkor Wat dan lepas tu terjadi macam-macam perkara yang memalukan seperti berpayung di dalam hujan dan berteduh di bawah pokok. Rasanya cerita ni mungkin ramai dah baca tapi aku dah remove dari blog sebab off topik, takde kena mengena dengan konsep blog aku. Tapi siapa yang penah terbaca cerita tu mungkin akan tersengih bila baca apa yang aku tulis ni. Hehe
Pengalaman Manis #3
Trip gila-gila bersama 2 orang yang gila-gila iaitu Ceem dan Hanes ke Jogjakarta pada tahun 2009. Semua memori daun pisang waktu kita naik keretapi, naik bajaj, naik motor, melompat-lompat kat Borobudur, makan jagung kat tepi pantai dan terutama sekali lawak Mijone akan sentiasa segar dalam ingatan aku walaupun kita dah bawak haluan masing-masing.
Pengalaman Manis #4
Jugak trip gila-gila dengan 2 orang yang gila-gila iaitu Hanie dan Koq ke Korea Selatan. Aku takkan lupa trip ni sebab itulah kali pertama aku merasa tido di subway dan mesejid. Tak penah langsung terlintas di fikiran aku nak tido kat tempat-tempat tu tapi aku buat. Hahaha. Walaupun itu first time kami travel bersama tapi kami boleh masuk sebab semua kepala gila-gila. Sepanjang-panjang trip memang kami banyak gelak tak tentu hala macam orang tak betul pun ada sampai satu kali tu ada orang Korea boleh tergelak tengok kami buat buat aksi "gitu-gitu Apek". Aku pun tatau dia paham ke tidak apa yang kami borakkan tapi yang pastinya kami sendiri rasa segan dan terus kontrol-kontrol gelak.
Pengalaman Manis #5
Sewaktu buat trip gila-gila ke Bromo dan Jogja (2011) dengan Zilla, Jijah dan Adik. Pengalaman naik bemo kaler hijau yang macam nak roboh, kebulor dalam keretapi, melawat Kg. Kinahrejo yang terkena lava Gunung Merapi dan merempit pakai poncho keliling Jogja memang takkan aku lupakan. Kalau boleh aku nak ulang semua tu lagi!
Pengalaman Manis #6
Kali kedua aku jumpa Moss. Masa tu aku memang rindu gila nak jumpa dia dan tetiba bila nampak aku, dia terus jalan terkedek-kedek dengan lemak yang berlipat-lipat ke arah aku. Aku rasa sedih jugak sebab masa last time aku tinggalkan dia aku tak sempat nak say goodbye. So malam tu Moss memang mengada betul siap tido kat atas aku, punya la mengada. Aku layankan je sebab dia memang adorable. Itulah satu-satunya kucing yang aku boleh layan dia punya mengada, kalau kucing lain jangan harap le. Mungkin dia ni pandai amik hati aku so aku memang sayang kat dia. Tapi pasni aku tatau bila lagi aku akan jumpa dia sebab nak jumpa dia aku kena naik flight 11jam+1jam. Gile jauh. Apapun aku berharap nak visit dia lagi and hopefully hingga ke detik itu umur kami masih panjang.

To be honest, banyak gila pengalaman yang nak aku kongsikan tapi nanti boring pulak korang nak baca. Sape yang follow blog ni dari awal mesti penah baca cerita-cerita bengong pasal trip-trip yang penah aku buat sebelum-sebelum ni. Hehe
12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti
Kalau nak cerita pasal pengalaman buruk yang aku penah alami memang banyak. Tapi kebanyakannya dari buruk bertukar menjadi manis sebab melalui pengalaman-pengalaman inilah aku belajar.
Pengalaman Buruk #1
Kejadian berlaku di Melbourne. Masa tu aku baru sampai dari Sydney dan on the way balik ke Malaysia. Itu jam aku menunggu kaunter check-in bukak tapi dah sejam menunggu kaunternya masih tutup. Masa tengah dok pening-pening tu lalu sorang staff dan aku tunjukkan flight itinerary. Jantung aku berhenti bila dia cakap flight aku dah berlepas malam tadi, pukul 3am! Aghhhh!!! Aku hampir nak gila sebab masa tu aku travel solo, dengan cash yang tinggal beberapa dollar kat tangan dan cuma duit plastik jadi harapan aku. Aku mula gelabah sebab opis Emirates tutup pukul 4-5pm so aku tak banyak masa. Aku berlari dengan troli yang sarat ke pejabat Emirates di tingkat atas dan jumpa seorang pegawai dan ceritakan masalah aku. Dia cakap dia akan tolong tapi terpaksa letak aku dalam standby mode sebab flight penuh. Pegawai tu cakap kalau ada passanger no-show barulah aku boleh naik TAPI kena tambah RM1000! Ka-ching! Pitam sekejap. Aku cakap ok jelah sebab memang aku nak balik Malaysia sangat-sangat masa tu.
Bila duduk dalam standby mode ni mulalah mood kelaut. Antara hidup dan mati, antara naik kapal terbang atau terkandas macam Tom Hanks dalam citer The Terminal.
Bila tepat pukul 12am aku pun duduk kat area kaunter sambil menunggu apakah kesudahan drama ni tapi silap aku jugak sebab tersalah tengok flight. Aku tak tau kenapa kekadang aku jadi bangang yang tak munasabah bila deal dengan sistem 24jam. Instead of 3am aku tengok as 3pm. Dari pukul 12am sampai 30 minit sebelum kapal terbang berlepas aku tak senang duduk. Dalam hati aku tak kisahla apa cara sekalipun hatta bergayut kat ekor kapal terbang pun aku sanggup asalkan boleh balik. Kalau tak boleh jugak, kasik aku duduk dalam cargo pun takpe. Aku sanggup walaupun flight tu 8jam.
Akhirnya bila kaunter dah tutup barulah aku dapat jawapan dan alhamdulillah aku dapat fly. Here's the best part, it's FREE! Sama ada dorang terlupa nak collect payment atau pegawai tu bergurau dengan aku, wallahualam.
Pengalaman Buruk #2
Baru jugak kejadian ni, masa pegi NZ haritu. Malam sebelum fly aku ingat nak beli luggage tapi aku tangguh sebab ingat nak beli keesokan pagi. Sekali masa aku try pagi tu tetiba tak boleh, so aku call AA. Lepas kasik sume details tiba-tiba customer service tu cakap "Untuk pengetahuan Cik, kapal terbang Cik tengah terbang sekarang". Panggg!! Aku rasa nak gugur jantung. Toreh muka pun confirm tak berdarah. Aku tanya banyak-banyak kali sebab nakkan kepastian dan lepas tu barulah aku teringat pasal sistem 24jam. Lagi sekali aku tepuk dahi, binawe sungguh! Nak taknak terpaksa gak proceed memandangkan hostel, transport, ski pass, bungy dan lain-lain sume dah bayar.
Disebabkan pengalaman-pengalaman di atas aku jadi fobia lebih-lebih lagi sehari sebelum naik flight dan aku akan suruh 2-3 orang remind supaya aku tak terlupa. Ok, selain dari masa, aku selalu terconfuse dengan tarikh. So please bear with me coz I'm Numerophobia.
Pengalaman Buruk #3
Sambungan dari pengalaman buruk #2. Bila sampai kat Christchurch malam tu salji turun tak berhenti-henti, lebat kaw-kaw punya siap ribut bagai sampai ke esok pagi dan bila pagi aku dah bajet nak naik flight seterusnya ke Queenstown TAPI SUME FLIGHT KANSEL! Memang malang bertimpa-timpa kali ni. Nak taknak terpaksalah aku duduk dalam airport sebab takleh keluar ke mana-mana. Ramai gila manusia dalam airport masa tu sebab semua terkandas. Bila dah petang sikit barulah dorang keluar ke town dan check-in hotel tapi aku pilih untuk stay di airport dengan 2 orang budak Malaysia yang nak ke Wellington.
Sejuk masa tu toksah cerita, memang gile-gile punya sejuk sebab salji tak berenti-renti turun. Satu runway penuh dengan salji, dah macam playground rasanya. Memang ramai orang masa tu dan bila malam masing-masing cari port panas untuk tido. Kami bertiga berpindah-randah dari 1 port ke port lain sebab sejuk. Mujurlah aku bawak selimut dan extra jacket untuk main ski so bolehla dorang pinjam untuk panaskan badan. Aku pun terpaksa keluarkan boots sebab sports shoe dah tak boleh handle sejuk waktu tu. Gile punya sejuk takleh nak cerita, pendek kata menggigil-gigil kami semua. Lastly kitaorang jumpa 1 port yang panas, so kami conquer tempat tu bertiga. Siyes macam orang merempat waktu tu, tapi sebab semua orang pun sama so tak kisahla sangat.
aku tau korang dah penah tengok gambar ni. aku malas nak up gambar lain. miahahaha~
Keesokannya flight pun belum sure dapat take-off atau tak sebab runway masih penuh dengan snow tapi lebih kurang pukul 10am matahari pun keluar dan snow pun cair. Pastu barulah datang bulldozer scrape sume snow dan akhirnya aku dapat fly ke Queenstown. Antara kami bertiga akulah orang pertama yang pegi dulu dan paling last dan paling kesian ialah salah sorang daripada 2 orang budak tu sebab flight dia 3 hari kemudian!
Peristiwa tu kalau diikutkan paling buruk dalam sejarah sebab dah lama salji tak turun sebegitu lebat kat bumi New Zealand dan menurut local kali terakhir masa tahun 1960-70an dulu, tak silap aku. Dan yang paling pelik salji pun turun kat North Island sebab selalunya salji cuma turun kat South Island. Masa tu aku tengok budak Welly tu excited giler bila nampak snow sebab katanya snow tak turun kat sana. Kalau di North Island tempat yang kena salji cuma kawasan gunung macam Mount Ruapehu sebab kat situ ada skifield, but that's another story. Overall itulah kali pertama aku trapped dalam airport disebabkan oleh snow. Macam citer The Terminal kan? Cuma lain version.
Pengalaman Buruk #4
Banyak gile eh pengalaman buruk aku. Hehe. Ok, yang ni agak tragis. Kejadian berlaku di Siem Reap dan waktu tu dalam poket aku cuma ada USD6. Habis semua mesin atm aku cuba cucuk tapi satu pun tak berjaya. Sama ada mesin tu yang bangang atau kad aku yang damage. Nak gores dan menang pun bukanlah option yang terbaik sebab service charge 3% - 5% untuk setiap transaction. Funny but true, aku berjaya survive selama 2 hari dengan duit sebanyak tu.
Pengalaman Buruk #5
Ni pulak masa nak balik ke Bangkok dari border Poipet-Aranyaprathet. Masa tu van yang aku naik rosak kat tengah jalan, ada lebih kurang 70-80km lagi nak sampai Bangkok. Masa tu dalam poket cuma ada USD2, duit Baht tak sampai 50B, memang tak lepas kalau naik teksi. Ada 2-3 orang dah cabut naik teksi sebab dorang nak kejar flight tapi aku hanya mampu tersengih di tepi jalan sampailah pakcik tu siap merepair. Akhirnya sampai jugak aku ke Bangkok walau tulang belakang aku hampir terbengkok.
Pengalaman Buruk #6
Masa ni kat Lancelin, Perth. Itu jam kononnya aku nak buat sandboarding. Masa tengah snap gambar tetiba lens kamera aku stuck. Rupa-rupanya sebab masuk pasir halus. Oh ye, pasir kat sini halusssss gileeeee pastu tempat ni pulak tepi laut so angin memang bole tahan kuat. Bukan kamera aku je stuck tapi habis baju aku pun terselit pasir-pasir halus ni, rambut aku pun jadi keras ok sebab pasir ni. Bila kamera aku stuck aku dah mula down. Balik ke bilik aku hempuk-hempuk kamera aku (Warning : Aku memang ganas bab handle barang-barang, stok askar militari. Tapi disebabkan itu barang-barang aku sumenya mendengar kata dan tak buat perangai). Mujurlah aku ada berus mekap (eh?) dan dengan berus itulah aku keluarkan segala pasir halus yang stuck kat lens kamera. Sape kata berus mekap tak berguna sila terjun lombong! (eh?). Akhirnya berus mekap aku telah membuktikan bahawa selain dari menyolek muka dia boleh mengeluarkan pasir halus yang stuck di lens kamera! Yay!!(??). Sejak dari haritu kamera aku tak buat perangai lagi, mungkin sebab takut kena hempuk dengan tuannya yang ganas. Tapi memang aku sayang kamera ni, cuma aku dah beri dia latihan komando supaya tak mengada sangat.
Pengalaman Buruk #7
Masa pes time aku belajar snowboard. Masa tu jatuh-jatuh tu biasa la kan sebab tengah belajar tapi kalau sekali jatuh sakit dia pehhh, memang champion! Tapi ni bukan nak cerita pasal aku jatuh main snowboard, ni cerita lain. Begini kisahnya....masa tu aku tengah duduk kat tepi sebab nak betulkan boots. Itu jam aku letak snowboard dalam keadaan bahagian bawah yang rata tu ke tanah ie. snow. Tau jadi ape pastu? Memandangkan runway tu curam so snowboard aku tetiba meluncur ke bawah. Aku kaget dan berlari-lari dengan boots yang keras macam robot ke bawah untuk kutip snowboard dan tetiba ada sorang instructor ski/snowboard sempat tahan snowboard tu dan bila aku sampai kat dia, dia cakap nasib baik dia sempat tahan kalau kena orang mesti injured punya. Aku pun macam wei aku mana tau takleh letak snowboard gitu. Pastu dia ajar cara yang betul nak letak snowboard, yakni terbalikkan ie. bahagian "binding" (tempat sarungkan boots) ke bawah sebab dengan cara tu snowboard takkan tergelongsor. Sumpah aku panik gile dengan kejadian tu tapi dari situ aku belajar benda yang baru. Aku takleh bayang kalau kata board tu hentam orang yang tengah glide ke bawah. Kalau dia jatuh dan injured disebabkan snowboard aku, that's it...i'll be in deeeeeep shit!
Ini pulak pengalaman yang memalukan!
Pengalaman Memalukan #1
Ada sekali aku menangis dalam flight tapi sebab kenapa aku takleh nak cerita. Aku bajet takde sape yang nampak atau dengar sebab aku pandang ke luar tingkap. Tiba-tiba mamat yang duduk kat sebelah aku hulurkan tisu. Aku terkejut dan mamat tu cakap, "It's okay to cry if it can make you feel better". Apa lagi, berjurai-jurailah air mata aku lepas tu.
Pengalaman Memalukan #2
Technically benda ni tak jadi kat aku sebab aku cuma watak sampingan dalam cerita ni. Kejadian berlaku dalam flight di mana aku secara tak sengaja terbukak pintu toilet dan nampak seorang lelaki tengah membuang air. Aku terkejut gila sebab aku amat positif yang signage tandas warna hijau tapi tak sangka ada orang kat dalam. Bila pintu dah terbukak, aku dan orang-orang yang duduk kat seat facing pintu toilet pun tergamam. Mamat tu tersedar dan cepat-cepat tarik pintu. Aku terus lari ke belakang sebab takut dia cam muka aku. Nasib aku baik sebab dia tak perasan atau mungkin dia malu tapi yang pastinya sume stewardess dia marah lepas tu. Ek eleh, dah sendiri buat salah, ada hati nak salahkan orang lain. Ceh!
13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?
SANGAT SUKA! Halal tu memanglah wajib tapi memang aku cukup suka mencuba lebih-lebih lagi kalau benda tu nampak tasty. So far aku tak penah lagi terkena keracunan makanan, boleh jadi perut aku ni kebal.
14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya
#1 - Nasi Arab. Tapi aku tak jumpa kat Arab, jumpa kat Guangzhou. Ada lauk ayam masak merah kat tengah-tengah dan portion nasik memang besar, sesuai makan berdua tapi percaya tak aku boleh hadap benda ni sorang-sorang?
#2 - Veggie Mee Soup. Aku tak ingat namanya dalam Chinese tapi memang sedap. Aku makan benda ni masa pegi Shanghai kat satu restoran Cina muslim. Bahan-bahan dalam sup ni terdiri dari berjenis-jenis sayuran dan cendawan. Memang terangkat!
#3 - Nasi Ayam dan Cha Yen. Menu ni masa aku pegi Hadyai, makan kat warung tepi jalan je. Harga ayam reasonable, ikut saiz, harga nasi memang murah, cuma 10B tapi rasanya memang fuuuhhh....sedap! Cha Yen kat sebelah warung nasi ayam ni pun terbaik! Harga aku dah lupa tapi boleh tengok dalam entry Hadyai.
#4 - Bibimbap. Sejenis makana Korea yang fofuler. Oleh kerana ianya sedap jadi aku boleh habiskan dalam sekelip mata or to be precise, less than 5 minutes.
#5 - Sate kambing kat Guangzhou. Harga secucuk cuma 1Yuan, kalau besar sikit 2Yuan. Totally berbeza dengan sate-sate yang ada kat Malaysia sebab diaorang sembur seasoning chili kat sate tersebut. Aku boleh hadap benda ni 30 cucuk sorang-sorang. Percaya tak? So addicted.
15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?
Backpack. Sebab ia menggambarkan seorang yang berani, high-spirit dan sukakan cabaran.
16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan
#1 - Deuter Futura 50+10L. Beg ni aku beli dari seorang kawan. Dulu tuan beg ni lelaki so dia namakan beg ni sebagai Suhana, mungkin nama makwe lama dia kot. Tapi bila dapat kat aku, secara otomatik Suhana bertukar menjadi Osman Jailani. Entah ape akal aku bagi nama ni tapi agak-agak macam familiar tak?
Dah merata aku bawak si Osman ni berjalan. Almaklumlah dia kan buta, so aku kena pimpin dia, bukan dia pimpin aku. Dari 2009 dia menjadi seorang, eh silap, ni bukan orang, ok...dari tahun 2009 dia menjadi seekor beg yang sangat taat dan setia menanggung beban yang berbondong-bondong dengan jayanya. Tak penah sekali pun Osman merungut sehinggalah pada suatu hari aku telah menduakan Osman....
#2 - Kathmandu Nowaki 32L. Beg inilah punca aku menduakan Osman. Aku beli masa kat NZ tahun 2010 dan sekarang umur dia dah 1 tahun. Nama panjang dia Kathamdu, nama pendek Mr.K. Buat masa sekarang aku selalu bawak Mr.K sebab aku sedang berlatih untuk travel secara light. Kalau Osman 60L, Mr.K cuma 32L, hampir separuh beban aku keluarkan bila travel dengan dia. Tapi aku tak berapa suka Mr.K sebab material dia tak berapa bagus cuma kelebihan Mr.K ialah dia lebih ringan daripada Osman. Sejak travel secara light dah banyak jugak negara yang Mr.K pegi termasuklah Cambodia, Thailand dan Korea Selatan.
#3 - Kathmandu Pocket Pack 15L. Juga adik-beradik Mr.K dan kelebihan beg ni ialah ia boleh dilipat menjadi sebesar tapak tangan sebab ia adalah sebuah packable backpack. Beg ni amat berguna terutama sekali bila Mr.K dah tersumbat.
#4 - Kathmandu Vice Pocket 3.5L. Sling bag ni pun adik-beradik Mr.K dan aku banyak guna beg ni terutama sekali bila sight seeing. The best part pasal sling bag ni ialah ada reverse flap instead of normal zip, banyak compartment dan material pun berkualiti.
17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti
Grrr! Nape 3!!! Aku dahla banyak barang wajib bawak!! Ok takpe, kita manipulate soalan. Hehehe. Selain kamera, charger, passport, itinerary, buku catatan, mp3 player, kompas kiblat, Lonely Planet, sunglass, ubat-ubatan, toiletries, tuala mandi dan lain-lain, berikut adalah barang-barang yang aku bawak berserta fungsinya :
#1 - Sweater - sebab nak buat aksi ninja. Kadang-kadang aku suka amik gambar dari sisi atau dari belakang lengkap dengan hoodie. Kengkawan yang selalu travel dengan aku mesti tau hobi aku yang satu ni, lebih kurang macam trademark aku le. Penah sekali aku terlupa nak bawak dan aku sanggup patah balik ke rumah. Sweater ni ada sentimental value so memang aku tak sanggup nak tinggalkan. Tettt!
#2 - Selimut. Aku selalu standby selimut dalam backpack sebab let say kalau journey ke sesuatu tempat tu lama/jauh, aku prefer tido. Aku ada 2 helai selimut dan kedua-dua tu selimut kapal terbang. Aku dapat secara halal, bukan cilok. Selimut yang paling kerap ikut aku travel dan paling banyak berjasa ialah selimut fleece kaler cream sebab masa terkandas di airport Christchurch dulu (sebab ribut salji), aku bergilir-gilir pakai dengan 2 orang budak Malaysia sebab kebetulan aku sorang je yang ada selimut.
Lagi satu, selimut Mas tapi selimut ni tak berapa selesa sebab material cotton dan angin sejuk boleh tembus. Tapi kalau darurat, aku tibai je, janji berselimut. Aku sebenarnya suka bawak selimut sebab kadang-kadang bila terpaksa tido kat mana-mana, let say kat airport/subway/stesen keretapi, maksudnya bila terpaksa jadi pelarian....taklah terseksa menahan sejuk. Lagi satu, berapa kali lagi satu daa! Lagi dua, kadang-kadang selimut kat guesthouse/hostel ada macam-macam bau yang funny so aku akan guna selimut sendiri.
ini jam aku rasa sume orang jaki sebab aku sorang je ada selimut. lalalala~
#3 -
Neck pillow. Bila dah bawak selimut kalau takde bantal memang tak lengkap le kan? Lelagi kalau spesis kuat tido macam aku....hahaha. Ada sekali tu aku tak bawak neck pillow rasanya hazab gile. Jap jap terlentok kiri, jap jap terlentok kanan, jap jap terbabas ke depan....macam ayam putus kepala! Sakit siot, memang tak selesa. Nak landing kat bahu orang sebelah memang bukan option sebab nanti dia feeling aku nak menumpang kasih. Sedangkan orang yang terlanding kat bahu aku pun aku kalih kepala dia....inikan aku? Iskkk.... Tapi kalau kata yang landing tu hensem mungkin aku akan pertimbangkan. Tapi kalau harap je muka hensem tapi meleleh air liur basi memang aku siku kasik terjaga.
corak neck pillow aku lebih kurang camni, sesuai dengan hobi aku iaitu mengumpul stamp!
18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe
Toiletries, pengetip kuku, jajan
19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)
#1 - Amik gambar memang le wajib! Apa punya soalan!
#2 - Tulis poskad. Selain daripada hantar kat orang lain, aku akan hantar kat diri sendiri. Sebab tu poskad aku dah beratus-ratus keping! #riak
#3 - People watching. Aku suka perhatikan orang terutamanya local dan foreigner dari segi bentuk muka, bentuk mata, bentuk hidung, cara dorang bercakap, bahasa yang dorang gunakan, dressing, lifestyle dan macam-macam lagi. Selain daripada tu aku suka gak cuci mata tengok pakwe-pakwe yang hot merembes. Tapi setakat tengok jelah, itupun sepintas lalu, pastu habislah, tengok pakwe lain pulak. Hehehe
20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?
Aku tak pasti tapi rasanya aku ni spesis pemalu. Kalau amik gambar pun macam kayu sebab aku tak reti posing. Senyum pun sepesen sampai kawan aku hangin bila sume gambar sepesen je aku posing+senyum. Dah memang itu pesen aku senyum nak wat camne? Budus!! Ok, pesen senyuman yang dimaksudkan ialah tak nampak gigi dan kadang-kadang berat ke pipi kiri. Jangan tanya kenapa aku senyum senget sebelah sebab aku pun tak pasti kenapa. Hahaha. Haip syadappp!
21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah
Asalnya soalan ni aku nak tujukan kat Biqque sebab aku tau dia confirm banyak gambar diva tapi rupa-rupanya ramai jugak kaki diva kat sini. Hahaha. Ok, tapi bila aku sendiri terpaksa keluarkan gambar diva dan bajet bagus mulalah aku tergaru-garu kepala sebab takde. Aku tak reti posing so mostly gambar aku sume sepesen jek.
amacam?? KACAK dan MACHO kan aku??
22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?
Ada ke sape-sape kat sini yang tak suka kumpul? Kalau ada pun mesti kes-kes terpencil, ye dok? Aku punya hobi tak spesifik dan bergantung pada bajet. Paling miskin aku beli poskad, kalau ada duit lebih aku beli FM dan t-shirt.
23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?
Depends. Memandangkan trip aku semuanya budget so aku jarang beli kat orang. Aku dulukan diri sendiri dan family. Kalau ada extra barulah aku hulur kat kengkawan tapi bukan semua. Satu tabiat aku ialah aku suka bagi kat orang yang tak penah mintak. Aku takde alasan kenapa tapi itulah kebiasaan aku. Bagi aku orang yang tak penah mintak ni dia paham yang aku seorang budget traveller dan dia tau macam mana aku travel. Ingat travel obersi ni semestinya kaya ke? Kalau kaya watpe aku travel cara backpack? Baik aku amik agent pastu duduk bersandar dalam bas. Lebih baik aku duduk hotel dari hostel atau mesejid/subway/stesen ketapi.
Selalunya jenis suka mintak ni dia tak pikir orang, janji dapat bahagian dia sudah. Memang ada di kalangan kengkawan aku yang macam ni and sorry to say orang camni aku letak paling hujung dalam senarai.
24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?
Sesetengah orang mungkin kata benda-benda ni sampah tapi pada aku sentimental valuenya tinggi.
#1 - Pamphlet dan peta. Setakat ni koleksi aku dah banyak dan boleh dikatakan kesemua tempat yang aku pegi, ada. Setiap kali travel aku mesti bawak balik, tak kira apa situasi walaupun beg dah mencapai berat seekor gajah bunting. Pendek kata biar patah riuk asalkan dapat bawak balik. Ah, tak kisahla janji benda ni dapat memuaskan hati aku dan yang paling penting, ia amat berguna terutama sekali bila menaip travelog. Aku berhajat nak simpan kesemua pamphlet tu sampai bila-bila dan mana tau suatu hari nanti boleh jadi harta pusaka. Hehehe
sebahagian daripada koleksi yang ada
#2 - Tiket dan resit. Semua jenis tiket termasuklah tiket flight/keretapi/bas, tiket masuk ke mana-mana tempat berbayar. Resit pulak macam-macam jenis dari resit hostel, sewa basikal, resit makan, resit shopping dan lain-lain. Pendek kata SEMUA aku simpan. macam tikus suka buat sampah
resit makan kat lesehan pun aku masih simpan, tiket bas kat Bangkok pun sama
#3 - Simkad. Memandangkan roaming mahal, so aku beli local simkad. Sebenarnya aku lebih suka off-kan hp tapi kekadang kena update sebab ada yang risau terutama sekali bila travel solo.
Vodafone (NZ), V8 (NZ), Lebara (Australia)
2 Degrees (NZ), Simpati (Indonesia)
Selain daripada ni aku ada simkad Happy (Thailand) dan Bee (Cambodia). Nanti ada masa aku tepek
25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)
NZ - Sebuah negara yang cantik, bersih, penduduknya ramah dan mereka amat berdisiplin. Kalau bawak kereta kat sini memang rileks sebab takde driver yang bawak macam pelesit.
Arab - Makanan kat sini sama kering macam padang pasir dan orang-orang di sini agak kasar termasuklah perempuan
Indonesia - Sebuah negara yang kaya dengan sejarah, tempat-tempat yang menarik, landskap gunung-ganang yang cantik dan makanan kat sini sedap-sedap cuma KFC takde mash potato dan coleslaw, ganti dengan nasik kepal.
jangan lupa mencuba KFC Indonesia
26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel
Jawapan ini telah ditukar selepas aku teringat rupanya aku banyak angan-angan. HAHAHAHA.
Saya Aku berangan pada suatu hari nanti aku dibayar untuk travel dan menulis sebuah atau berbuah-buah buku berkaitan dengan pengalaman aku. Aku jugak berangan supaya suatu hari nanti sume benda yang aku berangan dalam wishlist akan ditunaikan seperti amik lesen diving (OW+AOW), skydive, mendaki Gunung Kinabalu, Everest Base Camp, solo trip India, Trans-Siberia dan terakhir sekali aku berangan nak jumpa the other half masa aku tengah enjoy buat perkara yang paling aku suka iaitu travel.
Soalan Bonus :
Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)
Aku suka stamp ni sebab aku sendiri yang memandai-mandai pegi chop! HAHAHAHA. Aku jumpa chop ni masa jalan-jalan kat Nami Island dan tanpa berfikir panjang aku terus chop, bukan satu tapi dua sekaligus. Aku tak kisah kalau orang imigresen soal sebab bukan senang nak jumpa chop ni. So John, memandangkan ko ada kat Kuria sekarang and soon will head to Nami Island, just try your luck. Aku takmo cakap aku jumpa kat mana tapi aku nak ko cari sendiri dan kalau ko gile macam aku ko pegila chop. Tapi kalau kantoi pepandaila ko gorengkan kastam sana. Aku dah lepas! Hihihihi.
.
Read more...