Wangi dan Busuk Sepanjang 2011
December 31, 2011
Tinggal beberapa detik lagi kita akan melangkah ke tahun 2012 dan ini adalah cubaan keempat aku memerah idea untuk menaip entry ni. Kalau tahun lepas aku tak berpeluang buat entry macam ni sebab masa tu aku berada di luar kawasan. Pengalaman menyambut tahun baru di tempat orang memang berbeza dan lebih sikit terujanya tapi tahun ni aku cuma sambut di rumah je.
Sebenarnya aku tak pasti apa yang nak diceritakan sebab 2011 adalah tahun yang paling mendukacitakan sepanjang hidup aku.
Banyak perkara yang telah berlaku dan kesabaran aku diuji hingga sampai ke satu tahap aku terpaksa ignore. Walaupun hati aku remuk dilanggar lori 16 tayar, dilenyek steamroll dan digelek bulldozer tapi aku tak pernah menaruh sebarang perasaan dendam pada sesiapa.
Sebenarnya aku tak pasti apa yang nak diceritakan sebab 2011 adalah tahun yang paling mendukacitakan sepanjang hidup aku.
Buat seseorang yang pernah mengisi hati ini, teman-teman yang pernah sama-sama bergurau senda dan insan-insan yang pernah singgah dalam hidup aku, terima kasih di atas pengalaman yang berharga. Kamu semua pernah menjadi orang yang penting dalam hidup aku tapi disebabkan salah faham, ego dan orang ketiga kita hilang semuanya. Memang aku sedih tapi peristiwa ini takkan melemahkan aku. Aku bukanlah sesiapa dan aku juga tak sempurna, begitu juga kamu. Semoga pengalaman ini akan lebih mendewasakan kita.
Aku juga tau ada di antara kamu yang selalu ke blog ni. Jangan tanya dari mana aku tau tapi yang pastinya aku tau kamu stalking. Aku tak kisah kamu nak buat semua tu tapi terima kasih sebab masih sudi amik berat tentang aku. Cuma sayangnya apa yang kamu baca ini bukanlah diari kehidupan aku, ini hanyalah travelog pengembaraan dan membacanya tak bererti kamu tau semua perkara tentang aku. Sisi kehidupan aku tak tercatat di sini, harap maklum.
Tahun ini adalah tahun ketiga aku menjadi seorang blogger dan tahun kedua bagi blog BackpackerBusuk. Pada awal kemunculan blog ni aku cuma menaip travelog yang ringkas tapi gaya penulisan aku berubah pada tahun 2011. Tahun ini juga menyaksikan perubahan yang mendadak pada bilangan followers dan aku notis benda ni berlaku sejak kemunculan watak Abe German yang telah membuatkan ramai pembaca tak senang duduk. Aku tau ramai yang bengang bila cerita tu tergantung di saat klimaks. Sorila kengkawan, aku sengaja sabotaj korang. Hehehe
Tahun ini adalah tahun ketiga aku menjadi seorang blogger dan tahun kedua bagi blog BackpackerBusuk. Pada awal kemunculan blog ni aku cuma menaip travelog yang ringkas tapi gaya penulisan aku berubah pada tahun 2011. Tahun ini juga menyaksikan perubahan yang mendadak pada bilangan followers dan aku notis benda ni berlaku sejak kemunculan watak Abe German yang telah membuatkan ramai pembaca tak senang duduk. Aku tau ramai yang bengang bila cerita tu tergantung di saat klimaks. Sorila kengkawan, aku sengaja sabotaj korang. Hehehe
Aku juga berterima kasih kerana melalui dunia blogging inilah aku berkenalan dengan ramai bloggers dan ada di antara kami yang menjadi kawan rapat. Walau belum pernah bersua muka tapi kerana minat yang serupa maka kami menjadi akrab. Buat masa ni aku tak dapat lagi nak hadirkan diri untuk sebarang gathering sebab aku tinggal di luar kawasan tapi Insya Allah tahun 2012 masalah logistic mungkin dapat diselesaikan.
Untuk tahun ini aku bersyukur kerana diberi peluang untuk travel sebanyak 8 kali ke 7 buah negara dan 18 buah tempat iaitu :
1. Sydney (New Year)
2. Bandung, Surabaya dan Jogjakarta (Trans Java)
3. Hadyai, Bangkok, Ayuthayya dan Siem Reap (The Overland)
4. Mekah, Madinah dan Jeddah (Umrah)
5. South Island NZ (Winter trip)
6. Seoul, Busan, Gyeongju, Gwangju (South Korea)
7. Bali (Indonesia)
8. Phuket (Thailand)
Selain dari itu aku telah memenuhi impian untuk :
1. Sambut tahun baru di luar kawasan
1. Sambut tahun baru di luar kawasan
2. Melawan rasa gayat dengan Ledge Bungy
3. Sunrise di Mt. Bromo
4. Buat trip overland dengan keretapi
5. Belajar snowboard
6. Tengok Angkor Wat
7. Melawat tapak yang terkena bencana Merapi
8. Menunaikan umrah
8. Menunaikan umrah
Harapan dan Azam 2012
Tough question sebab aku tak penah meletakkan apa-apa target sebab melihat kepada pengalaman lepas yang mana kesemua harapan dan azam jatuh ke dalam gaung jadi aku memutuskan untuk biarkan kesemuanya mengikut flow secara semulajadi.
Secara kasarnya aku dah merancang beberapa perkara untuk 2012 tapi aku tak boleh nak share lagi buat masa ni. Aku juga akan meneruskan edisi pengembaraan secara solo seperti biasa dan buat masa ni aku tak merancang untuk mencari travel partner memandangkan pengembaraan solo lebih menarik. Mungkin 1-2 trip boleh kecualikan, bergantung pada keadaan.
Apapun yang pastinya aku berazam untuk menghabiskan saki baki travelog yang tertunggak!
Sebelum mengakhiri entry ini aku nak amik kesempatan untuk memohon maaf kepada semua pembaca blog BackpackerBusuk jika ada yang terasa mahupun tersinggung selama setahun ni dan terima kasih kepada pembaca senyap dan nyata serta followers yang rajin bertegur sapa, semoga ikatan ukhwah ini akan terjalin untuk selamanya. Akhir sekali semoga kita sama-sama berusaha untuk memajukan diri dan berubah ke arah yang lebih baik seiring dengan penambahan usia, Insya Allah.
Selamat Tahun Baru 2012!
ps : aku akan umumkan senarai pemenang bagi kuiz 26 fakta minggu depan. harap maaf di atas kelewatan yang tak disengajakan
.
Selamat Tahun Baru 2012!
ps : aku akan umumkan senarai pemenang bagi kuiz 26 fakta minggu depan. harap maaf di atas kelewatan yang tak disengajakan
.












