Keputusan survey pengaruh tempat duduk terhadap penumpang kapal terbang

January 20, 2012

Seperti yang dijanjikan hari ini aku akan keluarkan keputusan bagi survey yang telah dijalankan pada minggu lepas. Walaupun jumlah responden yang mengambil bahagian dalam survey ini kecil tapi sudah cukup untuk beri sedikit gambaran tentang selera penumpang secara amnya.

Seperti yang kita lihat, jumlah undi bagi setiap soalan tak konsisten, boleh jadi ada yang mengundi separuh dan lebih daripada sekali kecuali untuk soalan terakhir sebab responden boleh tinggalkan komen (jika ada). Ada 12 soalan kesemuanya termasuk 1 soalan bonus dan terima kasih sekali lagi kepada semua responden yang telah mengambil bahagian dalam menjayakan survey ini.


Soalan 1 : Kebiasaannya anda melancong secara....

Majoriti responden melancong secara berkumpulan ie. dengan kengkawan atau keluarga.


 Soalan 2 : Anda rasa harga tempat duduk yang dijual itu....

Majoriti menyatakan harga yang ditawarkan biasa, diikuti dengan kumpulan responden yang tak kisah manakala sebilangan kecil menyatakan harga yang ditawarkan tak munasabah. Aku tertarik pada kelompok "tak kisah" sebab ia menunjukkan ramai responden tak berminat untuk membeli walaupun harga yang ditawarkan biasa je.


Soalan 3 : Anda sanggup keluarkan duit untuk beli tempat duduk?

Sebenanrnya ini adalah soalan tricky dan berkait dengan soalan sebelumnya. Walaupun majoriti responden menyatakan harga tempat duduk yang ditawarkan "biasa je" tapi tak ramai pulak yang sanggup beli!

Untuk soalan ni majoriti responden memilih untuk tidak membazir dan rela duduk di mana-mana saja.


Soalan 4 : Jika melancong secara berkumpulan, adakah anda akan beli tempat duduk?

Majoriti responden sanggup berpisah dengan ahli kumpulan dari membazir duit beli tempat duduk. Yang penting sampai, ok!


Soalan 5 : Adakah anda akan mengubah tempat duduk jika ada kerusi kosong di sebelah kawan/ahli keluarga?

Walaupun majoriti menyatakan mereka takkan membazir duit untuk beli tempat duduk tapi nampaknya ramai yang takkan melepaskan peluang jika ada tempat kosong di sebelah kawan/ahli keluarga. Ini bermakna responden taknak membazir duit tapi dalam pada masa yang sama mengharapkan miracle. Heh!

Sebenarnya aku lebih tertarik pada kelompok responden yang takkan berganjak jika penumpang di sebelah mereka hot. Urghh!! You guys memang flirty! Hehehe


Soalan 6 : Saya akan beli tempat duduk bila/kerana....

Memandangkan responden boleh bagi jawapan sendiri untuk soalan ni jadi pilihan untuk "others" agak tinggi dan hampir kepada pilihan jarak perjalanan yang jauh.

Berikut adalah antara jawapan yang dinyatakan bagi kategori "Others" :

14 orang responden akan beli jika travel dengan anak-anak/keluarga/pasangan/disable person
12 orang responden menyatakan mereka takkan beli
4 orang responden pula hanya akan beli jika dibelanja atau jika ada duit yang lebih
4 orang responden berpendapat jika keadaan memaksa contoh seat biasa sold out dan terpaksa naik flight tersebut
3 orang responden akan beli tempat duduk bila travel solo
7 orang responden dengan jawapan yang berlainan setiap satu dan aku amat tertarik dengan jawapan ini -> "nak duduk dekat dengan pramugari". EH? Hahahaha....


Soalan 7 : Saya suka kerusi....

Tidak syak lagi semua orang suka kerusi google earth. Sape tak suka sila terjun lombong! Dan seperti biasa aku suka jawapan yang lain daripada lain iaitu seat tengah. Walaupun cuma 3 orang responden yang pilih jawapan ni tapi pokoknya ada jugak yang suka seat tengah!! Siapa ye??? Hurm...


Soalan 8 : Saya rasa nak tukar tempat duduk bila orang sebelah....

Sape je yang suka duduk sebelah orang yang ada masalah bau badan? Sume orang tak gemor. Pilihan jawapan untuk "others" pun agak tinggi so jom kita tengok apa kata survey :

17 orang responden memilih semua jawapan di atas
2 orang responden berpendapat bila penumpang sebelah kerap bangun dan terpaksa bagi laluan
2 orang responden berpendapat bila orang sebelah amik ruang yang lebih dan menghimpit mereka

Manakala pilihan jawapan yang lain seperti penumpang sebelah ambil minuman keras, tak boleh turunkan kerusi sebab kaki orang belakang yang panjang, rasa terganggu dengan penumpang di sebelah, habit mencari seat lain selepas take-off dan alasan yang lain-lain.


Soalan 9 : Bila duduk di sebelah orang lain yang tak dikenali TAPI menarik, saya akan..... 

Tak perlu aku terangkan lagi sebab korang sendiri boleh tengok pilihan jawapan yang paling popular. Ada aku kesah katanya! HAHAHAHA

Tapi dalam pada tak kisah tu ramai jugak yang akan mencari jalan untuk memulakan perbualan dan tak kurang juga mereka yang malu-malu kucing dan mengharapkan si dia yang memulakan perbualan. Kedua-dua option mendapat sebanyak 59 undi yo! HAHAHA. ROFL! Flirty jugak korang ni, sungguh tak ku sangka. Kah kah kah

7 orang responden memilih "others" dengan jawapan yang berbeza-beza seperti jeling-jeling (???), senyum je takyah lebih-lebih, melayan perasaan sendiri, tido, baca buku dan pura-pura tumpahkan air atas baju dia (???). Btw, sape guna nick BTJ sila mengaku bcoz your answer is soooo kinky! Hehe


Soalan 10 : Bila duduk di sebelah orang yang tak dikenali dan TAK menarik, saya akan....

Sebilangan responden bersetuju dengan penyanyi lagu Senyum yang kita jangan pilih bulu untuk senyum kat sesiapa je. Jadi tepuk bahu sendiri sebagai tanda anda seorang yang positif! Aku juga memuji sikap 34 orang responden yang memilih untuk berborak seperti biasa sebab ini juga menggambarkan sikap anda sebagai seorang yang positif. Kudos!


Soalan 11 : Adakah anda menyokong sistem kerusi berbayar? Pilih 1 jawapan dan nyatakan komen pada option "Other"

Ada sedikit konflik di sini sebab undi responden yang tidak menyokong dan responden atas pagar menghampiri jumlah yang sama. 

Komen yang diterima tentang sistem ini rata-ratanya tidak menyokong tapi tidak menolak jika atas faktor keselesaan dan bila berdepan dengan situasi yang memerlukan contohnya bila travel dengan anak kecil atau berkumpulan. 


Soalan Bonus : Bila kapal terbang mendarat dan selamat masuk ke parkir, saya akan....

Seperti biasa aku memang tertarik dengan responden yang melawan arus. Boleh jadi mereka kalut nak ke tandas, nak cepat melepasi kastam, nak larikan diri dari seseorang atau nak kejar trip bas yang terakhir. Apapun jawapannya aku percaya mereka ada alasan yang tersendiri untuk tergesa-gesa keluar.

*****

Maka dengan ini tamatlah sesi pembentangan jawapan dan dapat disimpulkan bahawa majoriti penumpang tidak bersetuju dengan sistem ini tapi tidak menolak jika terdapat hal-hal yang memerlukan mereka untuk membeli. Pada pendapat peribadi, aku rasa tempat duduk bukanlah isu yang besar sebab yang penting sekali aku selamat sampai ke destinasi yang dituju. Seperti yang kita maklum ianya merupakan salah satu di antara servis yang ditawarkan (berbanding premium airline yang mana semuanya inclusive) dan kesemua pilihan adalah option dan kita bebas untuk menentukan apa yang perlu dibayar. 
.

27 comments:

jimmy January 20, 2012 at 3:15 PM  

buat lagi survey fatt...besh lak...ilang gak aku punya boring hehehe...

Travel&Food Lovers January 20, 2012 at 3:31 PM  

fatt,

lame gak ku tunggu resultnya kuar...

aku mgm seorang yg kedekut..klu free aku mahu...

bdk2 @ John January 20, 2012 at 3:34 PM  

hahaha...aku ade undi aritu. tp x tinggalkan komen. aku tak penah lg jmpe org hot duk sebelah aku. lol

Biqque January 20, 2012 at 4:51 PM  

tak sempat buat tapi sonok baca result :D

aku slalu duk sebelah laki aku. so sembang ke tido ke hot ke ternganga ke, nak eskus mi eskus mi gi toilet ke, jawapannyer I LOIKE!

AKO @ retna January 20, 2012 at 5:02 PM  

perghh...
macam-macam jawapan..
sonok lak baca :p

gadisBunga January 20, 2012 at 7:08 PM  

soklan no 5 tu kan...yg gatai merenyam tu kan...aku le tuh! heheheh~

iina January 20, 2012 at 7:56 PM  

Hahaha.. lawak.. ;)

takde ke org pilih beli seat sebab nak duduk dekat dgn toilet? senang nak p hahaha :)

dzuchan January 20, 2012 at 8:29 PM  

dengggg..apasal aku x perasan ko ada wat poll ni..owh mesti masa intenet aku down ari tu........

Ninie Hanis January 20, 2012 at 9:13 PM  

alah..tertinggal flight plak aku kali ni..tapi kalau kes aku slalu balik naik yg inclusive mana ada bayar2 seat kan?pernah naik air asia gi langkawi sekali hehe..

yg nak duduk sebelah pramugari tu agaknya dia punya seat blakang sekali kot..dekat ngan cabin dapo senang jeling2 stewardess..hehe!

AieSha January 20, 2012 at 11:02 PM  

dah macam thesis paper aku tgk.. kalau ada course traveling di universiti, ko mesti dah tahap profesor ni...

Mijoe January 21, 2012 at 1:09 AM  

tu die kate survey...he he!

fatt, pesal tuko photo header tuh?

fatt January 21, 2012 at 3:39 AM  

jimmy,
klu rajin cuba jwb 26Qs tu..gerenti mcm2 rasa ada..rasa nak muntah pun ada sbb soalan byk..kakakaka~




sal,
aku bizi la mek..ko tau kan aku menteri, tu yg bizi sokmo. ala ko sengih je gertak2 skit kompem dapat




john,
klu ko dok sblh org yg hot aku takut dia yg hot nanti sbb ko ckp tak benti2. hahahaha




biq,
apsal le kome tak pasan kuiz survey ni ye..takpe, next time aku pjgkan lagi tarikhnya.

aih ni yg jeles klu travel dgn laki..boleh buli dorg!




ako,
len kali ko jwb ye weh




gb,
ko pun antara yg pilih jwpn ni ke? hahahaha..ala takpe, masih ada lagi yg seangkatan dgn ko..layan~




iina,
ada tapi kurang popular sbb sume kalut nak rebut seat tepi tingkat. hahaha




dzulichan,
mung tak jawab ke? *dush! dush!*

nanti ada lagi jawab ye, kelik2 je kali ni, kasi senang kerje




ninie,
masuk ko dah 3 org ckp miss soalan ni..aisemen..rugi, ni kira mcm undi parlimen la ni..wajib undi. hehe. takpela beb, nti aku buat lagi time2 boring

aku rasa dia nak mintak makanan pree kot so itu sebab dia nak duduk dekat2 dgn pramugari...hurm..tidak syak lagi!




aiesha,
uih...profesor je ke? hahaha..aku bosan le weh. nak taip travelog malas..camne ni!!




mijoe,
survey sume kata bazir duit beli kerusi..alkisahnya!

aaaaa...den boring la tgk headedr tu. ini pun masih ejas2 lagi, tunggu sok mood kata ok barulah decide..so utk masa terdekat ni mmg akan pening2 lalat skit ye..hehe

Biqque January 21, 2012 at 8:58 AM  

Header baru! Cun kasut mu :) nescaya akan ada lagi 30% yg anggap ko kacak :D

Bilakah kita akan ketemu?

gadisBunga January 21, 2012 at 9:52 AM  

aku setuju dgn biqque. jgn pelik kalau pasni ada org panggil ko bro fatt. ekekeke!!!

AjlaA January 21, 2012 at 10:32 AM  

lupe dh sendiri jwb ape.menyesal pulak x bg jwpn kinky2 sket. hahaha

nonie_afnie January 21, 2012 at 12:23 PM  

Hari tu nak try jawab semua..tapi tb2 stuck..terus takde mood nak jawab hari tu..bila buka lagi sekali next day,dah tutup penyertaan..tak sempat la..tapi conclusion nya..pengaruh tempat duduk terhadap penumpang kapal terbang ni depend on situation and reason lain..kalau dari segi harga seat ramai yang tak vote untuk harga yang tinggi untuk seat semata2..

Mijoe January 21, 2012 at 1:32 PM  

alololo putihnye kasut..cam snow! :)

gambo kasut ni ku rase lebih sesssuai dari gambo belakang tuh Fatt :)

happy holiday!

fatt January 21, 2012 at 4:09 PM  

biq,
aku dlm proses menukar2 ni..blum jumpa keserasian dgn header..ko bila nak tukar header baru? jom tukar tiap2 bln nak? hahaha...gilo

itulah, bila ye? aku masih stuck di sini. minggu depan le kan kome pegi USS? selamat berjimba. dah pilih baju tema utk trip kali ni?




gb,
pgil aku abam besau la baru cam gaya along skit. hahaha...ah takpe, dorg pgil aku abam pun takpe, nti dorg takde la berkak-kuk-kik dgn aku...rimas weh. aku ni dahla muda dari usia..eceh...bkn aku kata, org yg kata...hahaha




ajlaa,
ada yg bg nick2 jgk tapi clueless la sape. ni nk tanya, address dah bagi ke blom? tgh mencari2 ni sbb nak packing brg




nonie,
stuck? yeke..sorry for inconvenience. mgkin masa tu ramai menekan jawapan yg sama agaknya sbb tu kot jem. nti ada lagi survey gini myself akan extend skit masa utk korang jawab.

sbnrnya tujuan dorg jual seat tu utk side income. exceptional utk extra legroom & premium seat tu okla kan..klu setakat seat biasa rasanya too much la..even sikit tapi still duit..hurm...




mijoe,
aku tgk balik gmbr smlm tu rasa cam something wrong gak...kakakaka...ni ko jgn terkejut ye klu sok lusa aku buh gmbr pasir ke, aiskrim ke, kucing ke...sbb aku ni cpt rasa bosan. klu boleh tiap2 bln aku nak tukar header...azam 2012! hahaha

happy holiday tho! tak gi mana2 ke cuti pjg ni?

eKa January 21, 2012 at 4:36 PM  

datang cari entry nuzelen ni...bila nak mula story trip ke nuzelen ni

Mijoe January 21, 2012 at 5:34 PM  

fatt

photo header yg lama dulu tuh kan ade gambo kucing fatt kan? taruk je gambar kucing fatt tuh ber'background'kan bendera negara yang Fatt nak gi lepas ni...baru glemer kucing tuh..he he

tak gi mana2? hmm, lepas tinggalkan komen ni nak balik umah mertua kat Pajam! turun aa Pajam Fatt, pekena ayam kampung salai kat Batang Benar.. dilises woo!! :p

Janggel January 21, 2012 at 5:48 PM  

gile gigih ko buat menatang alah ni fatt! Teruskan usaha dikau! :)

jay jamil January 21, 2012 at 8:13 PM  

paling best kalau kapal terbang x penuh orang. kena plak beli last minit dan check in lambat....habes diconquer seat-seat sebelah... anyhow aku pun suka kalau seat assignment ni free tader caj.... until now kalau travel in group, sebab check in sesama, dapatlah satu row... maybe dah pure luck kot.

the best seat assignment still goes to THOSE younger time traveling. YPTA tetapi steward suh duk biz class macam biasa. tatau la sekang macam mana....maybe polisi dah berubah kot....

fatt January 22, 2012 at 1:07 AM  

eka,
HAHAHAHA *pekup muka sambil lari*

aku malas la beb, ko tlg taipkan boleh? :P




mijoe,
background bendera? oii pitam sbb cheq tak reti bab tepek2 mcm photoshop tu...but thanks the idea :)

pajam=nilai eh? fail betol! ayam kampung salai? wah bunyik cam selera habis...tapi kena cek google map dulu pajam katne sbb fail! apa nama kedai tu?




janggel,
aku ni taip travelog punye liat, benda merapik aku rajin...guane tu weh. ko tlg marah aku skit...hahaha




jay jamil,
totally agree. patutnya seat assignment ni free le kan. actly klu kat epot lain, staff AA takla strict psl ni, yg strict cuma kat LCCT

btw, jay..at first i tot u lelaki sbb nama "jay" tu mcm lelaki...but it sounds cool! :)

Biqque January 22, 2012 at 10:54 AM  

baju tema? huh tatau la...sume dok garu kepala hahaha!

aku pun dah lama nak tukar header ni, tak buat2 lagi...malas tahap gaban campur busy keje cam haram!

cepat la dtg kl, bleh lepak. ada plan baek ni utk geng blogger kita :D

Mijoe January 22, 2012 at 3:57 PM  

Pajam sama la geng dgn Nilai. Mungkin Nilai tuh nama daerah, dan Pajam tu satu dari pekan2 keciknye. On the way ke Mantin. Gue pun tahu sejak in-law dah pindah sini. Kalau tak, fail jugak geografi gue..he he

N 2.84262, E 101.82792! ni GPS coordinate gerai tuh. Kalau Fstt tgk dlm gugelmep mmg x caya punye sebab gugel x update map dan satellite view diorang. sure nampak belukar je kat coordinate tuh.

senang kalau lalu hiway LEKAS, exit pajam, pastu kat 1st traffic lite, amik kiri sampai jumpe 1st simpang 3 wt traffic lite. dari situ dah buleh nampak gerai/warung tuh kat simpang 3 tuh. beroperasi dari tengahari sampai kul 5-6ptg. dan jgn pakai baju tebal kalau nak mkn kat situ sebab panas/tak bnyk pokok wpun ada kipas letrik yg diorang pasang. :p

ayam kampung/itik/ikan keli/nasi ayam/nasi putih/air kelapa/tebu available. takde aa best giler, cuma kalau saje nak merasa kelainan dan kekampungan, buleh aa try.. :p

nama kedai takde spesifik sangat Fatt, cumna kat banner dia tulis 'Ayam Kampung Salai/Panggang' word Batang Benar tuh lupa ada ke tak dia tulis... :p

fatt January 22, 2012 at 10:23 PM  

biq,
kaler merah le beb! klu hilang dari jauh bleh cam. hehehe...

peh...byk gile plan kome...plan apa plak ni? aku masih masih masihhhh....tettt!




mijoe,
wowowww detail gila explaination. bleh simpan jadi reference. tadi ada org gugel psl ayam kampung salai btg benar, mesti dia pun dpt info yg accurate ni. syabas bette...

tapi operational hour tu mcm awal jgk ye..ingtkan sampai ke malam. but TQVM, nti kalau ternaik lekas highway ni insya Allah den singgah tempat ni :D

Nowwa Fitri January 25, 2012 at 10:46 AM  

Aku kagum..kau gigih buat ni sumer dan aku suka..sila buat survey lain plak :P

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP