Kuiz 26 fakta : Tahniah dan terima kasih!

January 04, 2012

Sebagai pembuka tirai 2012, entry pertama untuk tahun ini dimulakan dengan pengumuman senarai pemenang bagi kuiz soal-selidik 26 Fakta Seorang Kaki Jalan yang telah berakhir pada 22 November 2011.

Pada mulanya kuiz ni diadakan sekadar untuk suka-suka tapi oleh kerana sambutan yang menggalakkan akhirnya seramai 30 orang blogger telah menyahut cabaran untuk menjawab set soalan yang mengandungi 26 soalan wajib dan 1 soalan bonus. Tujuan soal-selidik diadakan adalah untuk mengenali seseorang kaki jalan dengan lebih dekat selain berkongsi pendapat, pengalaman dan cerita-cerita menarik yang pernah mereka lalui.

Memandangkan sambutan yang menggalakkan maka beberapa individu telah mencadangkan supaya entry yang menarik diberikan reward. Oleh kerana ada yang berminat nak sponsor hadiah jadi aku suruh dorang pilih sendiri entry mana yang dirasakan layak berserta kategori yang dicadangkan.

Sebelum diumumkan senarai pemenang aku nak ucapkan terima kasih kepada individu-individu yang bermurah hati nak sponsor hadiah dan juga kepada semua blogger yang terlibat dalam soal-selidik ni. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan. Syabas!

Drumroll please!!

Kategori ini telah dinilai sepenuhnya oleh Lily dan katanya pemilihan beliau bergantung pada keunikan, kepelikan, suspense, ringkas, simple, ada momentum dan menyentuh kalbu. Hahaha. Menyentuh kalbu dia le bukan kalbu aku. Hehehe

Soalan #11 Pengalaman manis semasa bercuti
Pemenang : Liz Rohaizat
Cerita : Mendaki Gng.Kinabalu dengan kereta
Alasan Lily : Flight stranded, lupa date, salah train/bus etc normal, but takda orang yang panjat gunung guna guna kete. Hehheheh…. I pun nak!! And claim I dah sampai Mount KK. Balik punya cilok!

Soalan #12 Pengalaman buruk semasa bercuti
Pemenang : Ako @ Retna
Cerita : Insiden di Korean's jjimjilbang
Alasan Lily : I penah kene kat Hanoi with my 2 other friends, malu yang rabbi. I know how it felt.

Soalan #21 Gambar diva
Pemenang : Ely
Alasan Lily : Gambar tak sehebat loncat-loncat, terbang-terbang, baring-baring BUT no one have a bikini & b***s pic. Giler daring & diva ok!


Ok dah habis part untuk Lily. Ada sape-sape yang kena? Belom? Ok takpe, jangan risau sebab ada lagi kategori yang seterusnya. Sponsorship yang seterusnya adalah dari Ely untuk 3 kategori. Tapi sebelum tu untuk pengetahuan sume, senarai pemenang ni hanya aku dan tukang pilih aje yang tau manakala sesama tukang sponsor dan tukang jawab sume tarak tau. Mana-mana yang tercross tu semuanya secara kebetulan. Alasan-alasan yang aku quote ni sume aku copy sebijik-sebijik dari tukang sponsor supaya sume orang boleh tau macam mana sesebuah entry itu di judge.

Baiklah kita teruskan. Untuk kategori seterusnya ada 3 iaitu pengenalan diri (soalan paling basic yang ramai orang kantoi termasuklah aku, hehehe), makanan tempatan yang istimewa dan lengkapkan ayat. Jom kita tengok sape yang kenaaa!

Soalan #1 Pengenalan diri
Pemenang: Azizan Zolkipli
Alasan Ely: Walaupn dia tak cakap umur bape, ape status tapi aku caya tu nama dia dalam mykad

Soalan #14 Makanan tempatan yang istimewa
Pemenang : Fid Divasweet
Alasan Ely : Sumpah aku teringin nak pi Bitung nak try Mee Cakalang tuh! Tapi selain gambo, cukup syarat la dia cite keistimewaan makanan tuh

Soalan #26 Lengkapkan ayat. "Saya berangan......."
Pemenang : Biqque
Alasan Ely : Angan-angan Biqque tu buleh dicapai dan aku rasa unik sebab dia combinekan dengan passion dia


Ok dah 6 kategori setel. Ada yang bernasib baik tak? Alhamdulillah, rezeki. Bagi yang belum kena jangan risau sebab masih ada lagi beberapa kategori. Untuk kategori seterusnya ini datang daripada seorang hamba Allah yang mintak supaya identitinya dirahsiakan. Beliau menamakan kategori pilihannya sebagai HOPE yang lebih kurang macam Kategori Harapan untuk individu yang baru berjinak-jinak dalam dunia travel.

Pemenang untuk kategori ini ialah Kemang dan alasannya ialah (aku quote dari email), "Aku rasa dalam banyak-banyak jawapan yang kau terima, aku akan pilih yang paling underdog dan at the same time tak malu-malu dengan ke-underdog-an dia dan pada masa yang sama, dia tak brag lebih, sembang lebat lah, dan pada masa yang sama nampak semangat jitu dia untuk mencuba keluar dari kepompong underdog itu".

Ok dah selesai 7 kategori. Fuh makin panassss....

Baiklah, kategori berikutnya pula adalah berdasarkan pemilihan yang dibuat oleh aku sendiri. Sebenarnya tak sesuai nak panggil kategori tapi lebih kepada pemilihan yang subjektif, maksudnya bila baca aku terus suka. Entry-entry yang telah menarik minat aku ialah :

Alasan : Sebab cerita dia lain daripada yang lain iaitu pasal diving. Pastu ada gambar dia kejar penyu dan itu yang membuatkan aku rasa terbako. Bagai mencurah minyak ke api yang sedang marak terus aku rasa nak amik lesen diving tahun ni!! Ops, pecah rahsia. Sebenarnya aku split jugak antara entry Yantie dan Azizan @ Wakjan sebab kedua-duanya totally berlawanan dengan our stereotype traveller's tale dan kedua-duanya dari genre yang berbeza tapi aku terpaksa memilih...arghh...!! But seriously aku suka baca entry cycling tu!

Alasan : Dari dulu aku kagum dengan dia terutama sekali pasal pengalaman travel secara solo ke India dan beberapa negara Utara yang lain. Aku suka reason dia terjun dalam bidang travel dan yang paling aku suka ialah part dia bertemu jodoh. Nak tau camne kena baca tapi tak silap aku sekarang blog dia tengah tutup. Sape yang penah baca mesti ingat lagi tapi ceritanya memang sangat sweet dan aku pasti ramai yang mengharapkan perkara yang sama berlaku dalam hidup dorang, kan?

c) Iina
Alasan : Tidak syak lagi. Memang info yang ada dalam entry ni tersangatlah lengkap dan tiptop. Kalau buat Thesis aku tak ragu-ragu nak bagi A pastu letak dalam library. Serious! Pada aku Iina pandai menggarap cerita sambil selitkan pasal sejarah sesuatu tempat. Bila baca entry dia banyak benda baru yang aku belajar dan terima kasih sebab berkongsi dengan kami semua!


Kategori seterusnya ialah Readers Choice. Sebenarnya aku serba salah dengan kategori ni sebab majoriti vote telah memihak kepada aku. Memandangkan contest ni aku yang anjurkan dan kebanyakan vote datangnya dari followers blog ni jadi secara otomatik nama aku digugurkan daripada senarai. Sume kene setuju ok, takleh bangkang! Walau bagaimanapun aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi dan untuk kategori Readers Choice ni aku amik vote kedua tertinggi dan pemenangnya ialah Ainul.

Seperti yang telah dijanjikan aku nak bagi surprise kat readers yang vote. Haritu aku cakap nak bagi 1 tapi nampaknya ada 2 readers yang bertuah. Aku split tatau nak pilih mana satu sebab dua-dua punya komen berjaya menarik hati aku :

1) Atun - vote Ainul
Saya tertarik dengan entri dia yang mana penceritaan tentang soalan no.25 - pemerhatian/observation bagi 3 negara tu. Saya rasa Ainul seorang yang sangat bertuah sebab dia belajar dan tinggal di Jordon. Dah tentu observation dia tentang Jordan tu bukan setakat observation utk sehari atau sebulan di Jordon tapi observation sepanjang 5 tahun di sana. So saya vote aurisshaira89 kerana observation beliau dan saya suka stamp passport - visa Russia tu, sbb tulisan Russia macam tunggang langgang..heheh

2) Ajlaa - vote Azizan Zolkipli
a) Isu travel dikupas dari sudut lain. Tak sangka berbasikal boleh membawa beliau sejauh ini. Rupenye negara sendiri pun byk tmpt utk diterokai dengan cara tersendiri. He changes saya punya persepsi. Selama neh saya anggap orang yang berbasikal neh saje-saje, untuk menyehatkan badan pastu mcm takde keje menghabiskan duit banyak-banyak untuk hanya aksesori. Basikal beribu, baiklah macam habiskan duit untuk benda lain ke. Beliau ubah persepsi, tapi idakler smpi boleh memotivasikan diri saya untuk berbasikal pulak lepas ini. hehe.
b) Observation beliau...........O M G! Sangat detail dan terperinci. Saya pun belum tentu dapat describe sebegitu. Kalo orang tanya, akan mention point-point penting je. Bukan takat observation je, semua benda pun beliau menceritakan dengan detail berserta sebab dan musabab skali.
c) Imiah bah entri neh. Penulis siap beri amaran lagi kepada diri sendiri. Entri ini adalah cara terpantas untuk mengenali sukan berbasikal dengn lebih dalam dalam masa yang singkat. Ade formal dan saintifik jugak sebab segala aksesori basikal itu pun jarang di dengar, tp semua diolah dgn baik. eceh. syabas~


****

Akhirnya selesai sudah tugasan aku mengumumkan senarai pemenang yang panjang lebar ni. Tahniah kepada 13 orang pemenang yang bertuah. Kepada yang tidak terpilih jangan putus asa sebab aku dengar Biqque nak buat contest pasni, so bolehla kita mencuba nasib kat soalan dia pulak. Cuma aku harap dia tak tanya soalan gila-gila, almaklumlah Biq tu kan.....toootttt *terputus talian*

Kepada para pemenang diminta emailkan pada aku alamat bagi memudahkan proses penghantaran hadiah. Pada yang tinggal di luar kawasan boleh pilih sama ada nak pos ke alamat Malaysia atau oversea. Kalau pos alamat Malaysia lagi bagus....ececece....hehehe. Sekali lagi terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian, kepada bloggers yang menjawab soalan, kepada voters dan individu-individu dermawan yang sudi menaja hadiah, semuanya sempoi dan sporting. Insya Allah aku akan create lagi soalan-soalan maut cenggini tapi bukan dalam masa yang terdekat. Syabas bette!
.

59 comments:

Mijoe January 4, 2012 at 10:52 AM  

salam fatt..

new year..new photo header as well!

cool! :)

congrats to all winners.

dzuchan January 4, 2012 at 10:55 AM  

Congrats to all winner. Spt biasa. semua ialah pemenang, tiada pengalah..tuan rumah. Anjurkn lg kuiz please..

dzuchan January 4, 2012 at 10:55 AM  

Congrats to all winner. Spt biasa. semua ialah pemenang, tiada pengalah..tuan rumah. Anjurkn lg kuiz please..

azraiasari January 4, 2012 at 10:59 AM  

keep writing. jgn nk ngada2 nk 'puasa' la, 'zakat' laa.. ikhlas

Travel&Food Lovers January 4, 2012 at 11:17 AM  

Congrats utk winner semua...

aku xsempat nak berblog bagai...exam2....wwwwwwwwwwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Lily Riani January 4, 2012 at 11:22 AM  

congrates to all winner.

cam na nak pass hadiah?

bdk2 @ John January 4, 2012 at 11:23 AM  

tahniah to all winners! semoga bnda2 cmni dapat mengeratkan antara kita semua. insyaALLAH!

Janggel January 4, 2012 at 11:23 AM  

Tahniah kepada semua pemenang!
Wah akhirnya kuar jugak entru ni..penuh ranjau dan berduri sepanjang perjalanan menuju ke destinasi. cewah..

Akhir kata.. Majulah Travel Untuk negara!
PEACE!

Janggel January 4, 2012 at 11:24 AM  

Lupe nak cakap...tetibe nampak gambar ko besar terpampang di muka blog! Wahhhhh! terkedu.

bdk2 @ John January 4, 2012 at 11:45 AM  

owh lupa nak cakap...header baru!!! adekah fatt akan mendedahkan identitynya yang sebenarnya? misteri~ hehehe

masMZ January 4, 2012 at 11:46 AM  

yezzaaaaa.... tahniah kepada semua perenang.... eh pemenang.... ingatlah bahawa tiada pengalah....

fatt January 4, 2012 at 11:55 AM  

mijoe,
wsalam. tq..tp sy rasa cam gedabak la pulak. hahaha..oh ye, sy dah reply soalan psl melben tu.




dzuchan,
pasni biq nak kasik soalan...hati2 sume. hehehe




azrai,
heiiii!!! pffttt!

bila masa i cakap nak zakat bagai ni. puasa tu mgkin la kot..eh? hahaha




sal,
dah! dah! baca buku....




lily,
i suh dorg email i address. nti dorg dah email i fwd pd u.




john,
no! no! no! *jari telunjuk tuding kiri kanan*

ko gambar besar, janggel gambar besar...aku?? haruslah...mestila aku nak lawan tokey!! hahahaha




janggel,
entru eh? hahaha..typo! ko rasa gmbr aku dgn obe punye gmbr kecik lagi aku...camni kasik turunlah..malu ai *pekup muka*




masMZ,
ada ke perkataan "pengalah"? dah 2org taip perkataan yg sama ni..musykil aku

Anash January 4, 2012 at 12:08 PM  

fatt,
akhirnya kuar keputusannnnn....
tahniah pada para pemenang..
tahniah juga pada para pemasuk(??-haii rosak bahasa!!) kontest ini...

bagi akak grand gift yg akak dah dapat dari kontest ini adalah : FRIENDSHIP & EXPERIENCES....
gilerrrr extra suka tau!!!!
hahahah...
They are priceless gift ever...
Good job Fatt...

Liz Rohaizat January 4, 2012 at 12:19 PM  

congrats to all winners? dan congrats kepada semua yang memeriahkan benda nie. tak sangka pulak jwb2 suka2, tiba2 ada hadiah. thanks all!

sebenarnya, soalan2 camni mmg best. kita baca experience org yg kdg2 kita tak dpt bayang

gadisBunga January 4, 2012 at 12:49 PM  

detailnya penjurian!!!!

tahniah kepada yang menang. kepada yang tak menang (aku le tu heheh) sila cuba lagi tahun ni!


*

pssttt...aku suke header tu!!!

YanTie AhMad January 4, 2012 at 1:39 PM  

wahhhh...listed punnn....okehh..suka2...:)

thanks yer Fatt...cepat2 wat lesen..nnt leh amik gambar underwater gak..:)

Janggel January 4, 2012 at 2:01 PM  

Cabaran tahun ni..zero typo...ahakssss.

AKO @ retna January 4, 2012 at 2:17 PM  

perghh rasa lama x jejak sini..

jap jap terbuntang mata ako nampak nama ako tuh.... :o

*gosok gosok taik mata

gurlpp.. wah hoyeeee!!
tocheee penganjur!
tochee pengSPONSOR!
tochee pengundi!
dan tochee laaaa sumer nyaa...

aminn....

psst: nnt ako email address yo ;)

ps: Thanks Lily!!

Daddy Ziyyad January 4, 2012 at 2:18 PM  

Happy New Year Fatt...indeed, u really has made your blog very interactive!

Iza Hyun J @ paE January 4, 2012 at 2:39 PM  

Huhuhu fun la plak aku tgok... Tahniah Yantie.. Hahaha dia sorang jer y aku kenal dialam nyata ni. Y len pun tahniah. Seyes best giler aku bace korang punyer Story.. Terbako pun hader.. trus book tic hahahaha.

alifah@along January 4, 2012 at 4:14 PM  

wahhh...tahniah kepada semua pemenang..u all mmg kelassssss....nanti, kalau aku nk buat majalah, aku akan pastikan korang mmg ada dlm majalah tu..hehhehee....

Mijoe January 4, 2012 at 4:36 PM  

fatt..

thanks for the reply psl melben tuh.
as for the photo tuh, saye tgk ok je..mana ade gedabak.. :) buat org jeles je dgn background snow tuh...ish.. :p

MULAN January 4, 2012 at 5:29 PM  

kudos to all winners... tak sempat nak join.. hehee...

Ely Hasrul January 4, 2012 at 7:49 PM  

whuuuaaatttt???? dpt hadiahhh??? utk gambo divaaa????? mmg sumpahhhh tak percayaaa!!! ahhahahahhahahhahahah betoi gak kalu pikir2 aku sorang aje yg overst nk tunjuk b***s hahahhahah

tengkiuu cik sponsorrr.. nnti kite pg redang kite sama2 berbikini mau dakkk??? hahahhahahahhahaha

crescent January 4, 2012 at 7:57 PM  

salam...

header tue cantik bebenor...tapi yang stand out is bibir tue...mcm bibir yuna lah...eh...hahaha...

fatt January 4, 2012 at 8:28 PM  

kak anash,
bkn pemasuk le kak..tapi peserta! hehehe

yup, it all begin here. bermula dari contest ni la kita build network..kan? sy pun happy sbb dpt gather ramai org dan merapatkan mana2 yg jauh :)

hopefully our friendship will lasts!




liz,
terima kasih jgk liz sbb sudi melayankan soalan gila2 ni. tuah ayam nampak di kaki, tuah blogger di kibod! congrats!

pasni kita tunggu biqque reveal soalan dia plak :)




gb,
tu la gb...aritu aku suh masuk tp ko refuse, tak silap aku masa tu ko tutup blog sekejap. anyway, jgn riso...pasni ada contest lagi. aku akan cipta soalan2 maut lagi utk korg jawab. bersedialah! hahaha

aku rasa header aku tu mcm besor gaban plak...cam gila kuasa...nak tergelak pun ada. ntila aku buh header lain..hihihi




yantie,
kannnn...nasib baik ko masuk. sebab ko punye citer lain daripada yg lain maka aku kasi markah bonus..

nti aku dah ada lesen bleh la kita menduyung sama2




janggel,
ko pasti??? kang ada yg volunteer kira typo terbanyak nanti. hahaha




ako,
ko ni memang bertuah ok! tahun lepas menang contest biqque, kali ni menang contest aku...apapun terima kasih pd lily sbb dia sudi menjadi juri sambilan utk kuiz kali ni. terima kasih jgk sbb sudi luangkan masa menjawab set soalan yg pjg lebar tu...berbaloi-baloi kan? :)





d.ziyad,
happy new year too DZ! i'll try to make something out of normal & at the same time interesting...hopefully eveyone enjoy it :)




iza hyun,
fun! tapi masa tu ko tak join, rugi. aku open je kuiz ni...tapi takpe, jgn kecewa sbb pasni aku akan buat lagi. kena perah idea dulu..hehe. pasni moh kita amik lesen, kasi org lain terbako pulak..hehe




alifah,
ko nk buat majalah hape tu? mangga? libur? urtv? ke kuntum? hehehe...kalau ko buat majalah psl travel jgn lupa invite aku jadi columnist ok! :P




mijoe,
ure welcome. siyes tak besar ke? myself tgk pun tergelak2...rasa cam billboard mana tah..eh nti pi melben wktu musim ape? kalau winter bleh la lajak smpai ke Mt Buller, sana ada skifield :)




mulan,
nanti akan ada lagi kuiz camne. stay tuned!




ely,
pasni habisla biq dtg tarik rambut ko sebab dia punya gambar diva dah le banyak..hehehe..baik ko siap sedia :P




cresent,
wsalam...erk? bibir? mulot? hahaha...yeslah, pasni blehla aku tekel Qi!! :P

Ely Hasrul January 4, 2012 at 8:29 PM  

fatt,

lupe plak nk ckp.. azizan @ wakjan & fid divasweet sila email add kat elysuhaili@yahoo.com ye.. biqque tak payah.. kang aku by hand aje..

jgn lupe ye pemenang.. hadiah valid smpai hujung feb aje sbb ahkak tak available march ye.. kalu tak claim hadiah.. ahkak bagi kt org lain hahaha sesuka hati aje bg syarat..

fatt ko kt sini lagik kah? aritu aku cm terbaca somewhere ko kt sini nu year. sori tak koling2 sbb aku tak available.. ntah sebok buat ape ntah aku pon dh lupe haha

Ainul Arina Madhiah January 4, 2012 at 8:39 PM  

erk, patut la tetiba hari ni ramai masuk dari blog akak, ada result rupanya... hehe, terima kasih~ terima kasih~ terharu dipilih sebagai readers choice walaupun actually saya pilih akk jugak. hoho.

tak sempat nak memblog panjang mahupun merayau memanjang2 dekat semua orang, 16 17 ni ada exam besau. kredit hour sampai sembilan. semput nak cover semua. nanti habis exam saya menjelma balik okeh. ^^

bak kata kak anash, the priceless gift adalah dapat kenal ramai orang kat sini. sekepala dan lawak plak tu semuanya. mmg selalu buat saya gelak sorang2 mcm org gilak kat depan komp. teringin nak jumpa2 gak bila balik malaysia nnti. hehe. tq kak fatt sbb kasi chance nih =D

ok jumpa lagi~

p/s: Doakan saya nak exam eh semua! ^^

Nowwa Fitri January 4, 2012 at 8:50 PM  

Senapas aku baca entry ni..clap..clap..clap..tahniah kepada pemenang!

Aku suka header baru *wink*wink*

Macam biskut eh?

Dah ada lah balik ni..hari tu busy bee belek laki.Hehehhe....

Biqque January 4, 2012 at 9:41 PM  

tunggu reda dulu soklan2 cepu emas ni, nanti aku kuarkan untuk hadiah tahun baru cina hahahaha!

mekasih cik puan lela manja sebab teringat nak menangkan tuan hamba, lap u selemoih2!

mekasih jugak kat cik fattimatunzaharah sebab kelolakan sketsa bangsawan ni. rajin sungguh pi kaji satu2, siap entry result pun panjang haaaaaaaaaa...

BlueEwoke January 4, 2012 at 10:14 PM  

Ok aku pun tak mo ketinggalan, aku nk ucapkan TAHNIAH SEBESAR GUA TEMPURUNG, kepada semua pemenang hahahahah... :))

atun's January 4, 2012 at 10:19 PM  

Salam,

Hehehe..Fatt, entri pembuka 2012 yg menggembirakan hati ramai org..heheh :) ;)..apapun tahniah untuk semua pemenang yerrr!!! tp apapun bg sy semua yg join contest ni punyer idea, pengalaman,penceritaan yg sgt2 menarik. Masing2 ada gaya masing2 yg mencorak n mewarnai dunia pengembaraan dengan gaya yg tersendiri..sy kagum dengan semua entri sebenarnyerr...

Utk kategori readers choice tu..mmg dh agak undian tertinggi msti dpt dkt backpackerbusuk..
Heheh..tp agak terkejut jgk bila nama sy sebagai tukang vote terkeluar jugak.. heheh..(senyum skit)

Nway tahniah buat semua!!!

Mijoe January 4, 2012 at 10:32 PM  

siyes ok je gue tengok.. dont worry ler..

den merantau masa autumn kot... next time aa gi winter! :)

AieSha January 4, 2012 at 11:40 PM  

peh.. dah boleh buat anugerah travel blog ni fatt.. hebat.. teruskan...

Fid Abdullah January 5, 2012 at 4:00 AM  

waaa... tak sangka acik menang.. yehaaa.. toche toche sebab pilih haku.. bz sangat skarang sampai tak bleh nka pikir utk update bloh.. hehe..

Lupa lak.. Selamat Tahun Baru 2012. Semoga azam dan cita-cita pada tahun ni menjadi kenyataan..

Tahniah kepada semua pemenang. Best baca entry semua..

Fatt, ko nak ambik lesen diving ekk?? same here, ingat nak ambik kat Mabul, tengah tunggu quotation dari member. stay kat tempat ala2 backpack jer..

iina January 5, 2012 at 4:43 AM  

Fatt

Thanks sebab bagi award atas kategori tuh... Again many thanks

Iza Hyun J @ paE January 5, 2012 at 11:05 AM  

Fatt. Aku beginner jer. Malu jek nak bercerite tentang pengalaman travel ni. Langkahku masih kecik.. kikikiki. Korang mmg otai. Suke bace. Tetibe aku dah jd pembace blog tegar!!

Tang lesen tu mmg ader plan tp bukan dalam mase terdekat. Tabung ayam lum gemuk.. huhuhu. aku nak kejar jugak penyu muka kerek tu ^_^

Azizan Zolkipli January 5, 2012 at 4:41 PM  

Assalamualaikum. Salam sejahtera ke atas semua. Happy belated new year hihihi. Ehhh, boleh ke ucap camni ahakssss ...

dah alang2 singgah, saya pun nak ucap lah pada beberapa individu berikut:

* Fatt: khas buat tuan tanah, Wakjan mengucapkan sekalung tahniah atas penganjuran kuiz ini. kamu telah menjadikan ianya sungguh interaktif [mana butang Like ekk?]. hadiah paling besar yang Wakjan dapat, ialah persahabatan maya dari rakan2 peminat/penggiat kembara. moga maju jaya & terus lakukan apa yang kamu minati. God bless you ...

*Ely: Terima kasih kerana memilih jawapan soalan #1 tu sbg feveret kamu. juga terima kasih banyak kerana menaja hadiah. oklah, takmau berahsia ... saya 13hb Feb ni akan berusia 34 tahun, status = bujang 'empat' hahaha. Dan lagi satu, Wakjan berniat untuk memberikan hadiah yang dimenangi itu kepada Gadis Bunga, boleh tak ?

* Gadis Bunga: Terima kasih GB ! Kalau tak kerana blog kamu, maka tak kenal lah blog Backpacker Busuk dan tak dapatlah memperolehi seperti hari ini. Hadiah tu, Wakjan berikan kepada kamu. Nanti tuntut pada Ely ekk ...

* Ajlaa: Terima kasih kerana mengundi saya ! Objektif saya mungkin berhasil, iaitu untuk mengubah persepsi warga Malaysia mengenai berkembara di negara sendiri. moga industri pelancongan tanahair akan berkembang pesat seperti negara2 jiran kita yang lain. insyaAllah akan menghasilkan artikel2 yang lebih bermutu tinggi, azam !!

* peserta2 kuiz 26 fakta: tak menang apa2, bukan bermakna kalah. tapi, anda semualah pemenang di mata saya. terima kasih atas persahabatan ini dan juga kerana sudi melawat & memberikan komen. saya telah membuat pautan ke laman anda, di bawah kategori 'laman kembara tidak berbasikal'. minta maaf jika tidak sempat untuk menjengah, mahupun jengah tetapi tidak memberikan komen. walaupun tidak meninggalkan komen, namun iklan di laman anda tetap tidak lupa saya klik (:

pembaca2: terima kasih atas jengahan & pemberian komen2. sangat2 menghargai semuanya & akan membuat kunjungan balas.

akhir kata, walau sejauh manapun kita berkelana ke negara orang. jangan sekali-kali melupakan pengembaraan di tanahair sendiri. adalah menjadi kerugian jika pelancong luar datang menikmati keindahan/keunikan negara kita dan pada masa yang sama, kita tidak pernah menjejakkan kaki atau mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Wassalam ...

fatt January 5, 2012 at 5:35 PM  

ely,
ko nak gi mana bln 3? bertapa ke? ke bersalin?

aku pegi jap aje beb, sbb nak anta adik aku balik U, pastu aku balik cni le semula. klu aku tak dtg atas urusan keluarga boleh le melepak, klu dtg atas urusan keluarga ni berat sikit sbb aku kena jadi driver. nti klu aku dtg utk leisure aku colling2 lagi, jgn risau..hehehe




ainul,
ure welcome ainul...terima kasih jgk sbb sudi meluangkan masa menjawab set soalan yg byk & voting :)

all the best for coming exams..hrp2 score jgk mcm set soalan ni. hopefully out friendship will blossom forever & selamat maju jaya utk 2012 :)




nowwa,
ceh! bizi belek laki...sabor jelah...aku dah tukar header, ko takmo tukar langsir atau cat rumah yg baru ke?




biq,
perli aku letewwww...aku saja taip panjang2 biar sume semput baca. nak taip pendek2 aku tak reti le..dah terbiasa

ko ada hint tak hadiah ape ko nak bagi? ni mesti buah limau sekotak sbb nak raya CNY. hehehe

aku menunggu hokeh! hrp2 soalan ko tak kejammm




na,
tahniah sebesar gua tempurung? pitam aku. hahahaha




atun,
wsalam...

ha gembira tak? ada 3 komen awk bagi tp sy select yg ni. terima kasih sbb sudi meluangkan masa baca entry2 yg ada. tp mmg semput dan susah nak judge sbb ada 30 entry. sbnrnya sume org punya jwpn best, takde sapa yg tak best sbb pglmn kita sume berbeza2...terima kasih jgk vote blog ni, tapi rasa tak aci nak angkat diri sendiri as readers choice, tapi apapun, terima kasih

oh ye, jgn lupa kasik alamat ok! tahniah :)




mijoe,
autumn best! masa 2010 tu sy pegi bln june tak silap..tapi melben mmg sejuk sbb dia dah sebaris dgn chch...so mmg terasa lebih skit sejuknya




aiesha,
anugerah travel blog?? hahaha...nti ku pikirkan camne nak buat questionnaire utk sume org kupas keistimewaan blog masing2. nape ko tak masuk kuiz yg aku buat ni? rugi tau sbb aku buat open test..sape2 leh masuk. next time no excuse ok!




fid,
siapa sangka cempedak dah jadi nangka! hehehe...apapun tahniah sbb entry ko terpilih :)

yup, aku nak amik lesen diving thn ni...tapi aku nak buat kat sini je. aku tak berani la nak buat kat mabul sbb sana memerlukan skill dan level of confident yg tinggi. itu ari kwn aku panic pastu burn camtu je, walhal dia cukup terer berenang. ko plan nak buat bln brp?




iina,
ure welcome. nti fwd alamat kat email backpackerbusuk at gmail k!




iza hyun,
ko cover cerita dlm mesia pun buleh..mcm blog kwn aku travelog aiesha..aku tak sempat lagi nak buat entry psl mesia..akan datang aku akan buat..

aku pun takkan buat dlm masa terdekat. nti klu tabung ayam aku dah penuh aku roger ko...kita pelan2 kayuh sudah, janji matlamat tu tercapai. hehehe




azizan,
waalaikumsalam & selamat tahun baru!

terima kasih byk2 sbb sudi jwb soalan tu wlpun dah lepas tarikh tutup. sy saja bagi masa ut wakjan jwb sbb sy nak korek cerita dr seorg basikalis..dan sy percaya entry wakjan telah membuka mata ramai org, so tahniah. good job! hopefully persahabatan kita sume akan berpanjangan, ameen~

sy jgk suka quote yg hujung sekali tu...pasni moh kita byk2kan berjalan dlm mesia & promote tempat2 kita :)

terima kasih!

MasZuber January 5, 2012 at 7:50 PM  

tahniah kepada semua pemenang, as vince kate mase menang AF1 dulu..

"semua adalah pemenang, tiada pengalah"

pepehal pon, dengan adenye latih tubi ko nie, dapat lagi eratkan persahabatan sesama geng traveler yang lain. ITU YANG PALING BEST!

p/s: pix ko sungguh maskulin dalam header baru ko neh!

atun's January 5, 2012 at 9:58 PM  

Salam Fatt!!!

[ha gembira tak?]
Alhamdulillah...heheh giler klu sy ckp x gumbira..heheh..sy ni dh terover gembira sbenarnyerr sbb hantar vote tu sekadar nk bg pndangan dr apa yg sy baca..skali bila terpilih..fuuhhhh!!!senyum smpai telinga kot..heheh

Mcm x aci gak la kan..saya komen skit jer..tapi yg masuk contest ni taip pnjg2 tapi x dpt apa...eeehhh tarik balik..mana bleh x dpt apa..sy rasa yg masuk contest ni dpt lebih dr apa yg sy dpt iaitu satu "PERSAHABATAN"
:) ;)

Tahniah jugak buat Ajlaa sbb join jwb 26 soalan tu..so dh jd 31 entry yg sy dh baca..heheh..

Thanks again yer Fatt!!ok sy akan bagi alamat kt email yerr.. :) ;)

Chibi Maruko January 6, 2012 at 5:38 AM  

blog akan dibukak dalam masa 17 hari camtu, :) dilanda masalah kemalasan tahap dewa buat masa ni, blog tu akan dibukak bila nak cita kembara bersnowboarding kat europe ni bila kami bertolak 23 jan dan balik rumah semula pada 16 march... so tunggu :)

Ely Hasrul January 6, 2012 at 7:53 AM  

fatt,

ha la.. skang pon aku dh xbape larat (tp kalu ajak soping and makan masih larat hehe)

ooo wakjan nk kasik hadiah kat gadis bunga ek? okeh.. nnti tunggu entry okeh

Ely Hasrul January 6, 2012 at 8:40 AM  

fatt,

nih entry aku psl hadiah

http://mrspapi.blogspot.com/2012/01/26-facts-hadiah-tak-misteri.html

aku due mid march tp manala tau kan.. so mmg mintak budi bicara lah sapa yg dpt hadiah tu anto contact add awal2.. ditakuti lambat dpt nnti.. sekian.. tengkiu i lap u..

aku nk carik Lily.. cik maimoonnn ooo cik maimooonnn

Chibi Maruko January 6, 2012 at 10:37 AM  

ehh kita kena kasi alamat jugak ke?

fatt January 6, 2012 at 4:44 PM  

maszuber,
ok nao aku dah tau sape rupanya yg cipta perkataan "pengalah". sorila aku ni jarang gile tgk tv, sbb tu aku blur skit

pasni kalau aku buat latih tubi lagi ko sanggup tak? ni aku ada spesel request, bleh tak ko citer psl batu2 yg ko kutip?

ps: pasni aku hrp takde sape yg confuse lg psl jantina aku..kuang3..




atun,
wsalam

komen awk pjg tapi sy snapshop yg tu je. so consider urself lucky. sy dah baca email awk tp blum sempat nak balas..jgn angau ye baca sampai 20kali. hahaha... ajlaa dah jawab, awk takmo cuba ke? dah tutup pun takpe, takde hal, just for fun :)

again, thanks for vote!




chibi,
wow lamanya holiday!! main snowboard ke? i envy =__=

have fun ok!!

yup, since u duduk kat sana i appreciate if u can fwd ur address. i nak bagi something dr negara yg u tak penah sampai :)




ely,
nti aku roger gb. hrp2 dia baca komen ko ni...ohmai...kiut gile hadiah ko...geram aku tgk yg sling bag tu...kat aku takde ke??? :P

Ely Hasrul January 6, 2012 at 5:49 PM  

sling bag tu kalu nk lagik makan ati tgk kang biqque pakai kt USS (katanye), kire muat tu dia nk sumbat passport dlm tuh haha..

Ely Hasrul January 6, 2012 at 5:49 PM  

sling bag tu kalu nk lagik makan ati tgk kang biqque pakai kt USS (katanye), kire muat tu dia nk sumbat passport dlm tuh haha..

iina January 6, 2012 at 9:23 PM  

Fatt

Hadiah tuh ko bg aku kat mesia jelah.. tak yah pos kat sini sebab aku tgh packing brg.. kalau ko pos pun aku masuk kotak gak nak pack htr balik..

However thanks again ;)

fatt January 7, 2012 at 3:39 AM  

ely,
amboi sakan! terus nak pakai masa gi USS..kelas nok. menjadi jgk dorg gi, aku ingtkan postpone




iina,
whatttt??? tengah packing! bila balik?

ure welcome :)

atun's January 7, 2012 at 9:58 AM  

Salam,

Fatt..heheh..huiihh dh kena tnya lak sy x mo cuba..heheh.. InsyaAllah..sy akn cuba jwb..sekadar berkongsi cerita kan.. :) ;)

fatt January 7, 2012 at 2:59 PM  

atun,
yey! inilah yg kita mahu!! :)

tq

cik kodok January 8, 2012 at 5:52 PM  

Nanti aku dah beli laptop & ada internet.. sila buat kuiz kebabom lagi.. sian aku dokleh join.. meleleh je air liur org jwb kuiz ngaaaahaha!

by.ya @ Traveller's Anatomy January 9, 2012 at 4:12 AM  

Congratulations untuk semua pemenang!
Tapi yg paling best bila dapat kenal & baca blog travel yg share minat yg sama.

May the friendship lasts forever :)

MasZuber January 9, 2012 at 7:50 PM  

okies, nanti aku wat entry kutip batu!! :-)

tengah carik bag tempat simpan batu2 neh..ishh mane tah. batu dari jeju, pasir dari cervantes dan batu dari sabah yang evelebel skang. nanti tau!

NITA January 10, 2012 at 12:14 AM  

huissh baru sempat baca!! Tahniah to all winners :-) And of course to penganjur dan semua peserta!

Sgt mengenjoykan semuanya.
*terus semangat nak travel**

fatt January 10, 2012 at 2:40 AM  

cik kodok,
buleh no problem. nti akan aku warwarkan




byya,
indeed, Insya Allah :)




mas,
pasir cervantes pun ko kutippp!! ni siyes kes berat. hahaha..ok aku akan tunggu entry spesel dari ko psl hasil2 arkeologi ni. siyes ko mmg pelik & aku rasa ko org pertama yg aku kenal ada habit camni :)




nita,
welcome nita...bila nak tulis blog ye..hehe. cerita psl jepun punye specialty ke :P

atun's January 10, 2012 at 10:29 PM  

Salam,

Fatt, seperti yang dijanjikan ni link entri 26 soalan tu...heheh..bleh tahan susah gak nk menjawab..sorry yer lmbt..heheh

http://leegolast.blogspot.com/2012/01/26-soalanyg-agak-susah-nk-jawabheheh.html

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP