Passport : Tinggal atau Bawa?

January 06, 2012

Passport adalah sejenis dokumen yang dikeluarkan oleh jabatan imigresen dan merupakan hak milik kerajaan sesebuah negara (bagi passport Malaysia boleh rujuk pada item #4 di belakang passport). Ia berfungsi sebagai dokumen perjalanan yang sah yang mengandungi maklumat seperti nama, jantina, tarikh lahir, tempat lahir dan maklumat kerakyatan seseorang. Secara ringkasnya passport adalah sejenis dokumen pengenalan penting bagi setiap individu yang berada di luar negara. 

Seperti yang kita maklum, passport tidak boleh dipindah milik atau diserahkan kepada orang lain atau agen yang tidak berhak memiliknya. Hal ini merujuk pada item #5 dibelakang passport dan kesalahan ini boleh menyebabkan kehilangan atau kerosakan yang menyebabkan penangguhan pengeluaran passport baru untuk tempoh yang tertentu.

Mendapatkan gantian bagi I/C yang hilang jauh lebih mudah berbanding passport jadi pastikan anda menjaga passport dengan sebaik yang mungkin. Penalti yang dikenakan bagi passport yang hilang bukan calang-calang sebab ia boleh mengakibatkan anda di ban dari ke luar negara untuk tempoh yang tertentu atau tempoh sah passport yang baru akan dipendekkan, bergantung pada budi bicara pegawai imigresen.

Merujuk kepada hal di atas timbulnya persoalan adakah perlu kita bawa passport ke hulu ke hilir sewaktu bercuti? Adakah selamat kalau tinggal passport dalam safety deposit kat bilik? Macam mana pulak kalau tercicir, hilang atau kena ragut semasa berjalan-jalan? 

Sebenarnya takde pendapat solid yang boleh dijadikan panduan untuk isu ini sebab rata-ratanya 50/50.  Bagi individu yang pergi ke sesebuah negara untuk satu tempoh yang lama, kemungkinan besar mereka akan menyimpan passport di tempat penginapan saja tapi bagi individu yang pergi ke luar negara atas tiket melancong mungkin timbul sedikit keraguan sebab kedua-dua cadangan (bawa atau tinggal) ada pros & cons yang tersendiri. 


Berikut adalah pros & cons berkaitan isu tinggal atau bawa passport :

a) Simpan dalam safety deposit box
Pro : Risiko kehilangan dokumen penting tiada jika berlaku kes ragut
Con : Tiada istilah "safe" walaupun ianya "safety deposit" sebab pernah berlaku kes kecurian barang di dalam safety deposit. Lazimnya pihak hotel menyimpan master code untuk reset semua safety deposit jika berlaku kes di mana penghuni hotel terlupa kod kombinasi. Boleh jadi ada staff hotel yang menyalahgunakan kod untuk mencuri. Ini cuma andaian, tapi tak mustahil berlaku. Kemungkinan lain pula ialah terlupa nak keluarkan passport dari safety deposit sewaktu check-out.

b) Bawa ke mana-mana 24jam
Pro : Rasa secure dan jika ditahan polis atau berlaku apa-apa kecelakaan, bukti pengenalan diri ada pada badan
Con : Kalau kena ragut, tercicir atau hilang akan jadi masalah besar


Antara tips-tips yang boleh dipertimbangkan :

a) Jika anda memilih untuk membawa passport ke mana saja sila pastikan anda menyimpannya dengan cermat dan lebih selamat jika anda ada sejenis tali pinggang/pouch yang boleh disorok di dalam baju/jaket/seluar

b) Dress moderately bila pergi ke mana-mana untuk mengelakkan diri dari mendapat perhatian yang tidak sewajarnya. Pakaian yang melampau-lampau dan mewah di tempat-tempat atau negara yang miskin akan menampakkan diri anda sebagai seorang tourist yang kaya dan perhatian sebegini bakal mengundang bala dalam bermacam-macam bentuk terutamanya sekali peragut.

c) Jika anda memilih untuk meninggalkan passport di tempat penginapan, sila pastikan salinan pendua yang menunjukkan muka surat depan (bahagian yang menunjukkan gambar pemilik dan butir-butir peribadi) serta bahagian stamp/chop masuk ke negara tersebut telah dibuat. Selain dari itu, emailkan juga salinan tersebut kepada diri sendiri andai kata passport dan salinan fizikal hilang.

d) Tapi jika anda memilih untuk membawa passport bersama-sama sila pastikan salinan pendua telah dibuat dan ditinggalkan di tempat penginapan atau di emailkan kepada diri sendiri. Jika berlaku kes ragut semasa anda membawa passport, risiko panik dapat dikurangkan sebab salinan asal telah ada.
*lagi info dan tips boleh rujuk di sini


Apa yang perlu dilakukan jika passport hilang semasa berada di luar negara?

a) Buat laporan polis di pejabat polis negara tersebut
b) Hubungi Malaysian Embassy atau Consulate untuk mendapatkan panduan dan bantuan yang sewajarnya
*senarai Malaysian Embassies & Consulates di luar negara


Apa yang perlu dilakukan bila tiba di Malaysia?

a) Buat repot polis dengan kadar segera
b) Isi borang soal selidik kehilangan passport (IM.42c) dan dapatkan pengesahan daripada Pesuruhjaya Sumpah/Mahkamah
c) Setelah selesai item (a) dan (b), bawa dokumen-dokumen berikut (asal dan salinan) ke Pejabat Imigresen :
- 2 salinan kad pengenalan
- 2 salinan surat beranak
- 2 keping gambar terbaru berukuran 3.5cm x 5cm dengan latar belakang biru muda
- 1 salinan laporan polis yang telah disahkan
- Borang soal selidik kehilangan passport (IM.42c) yang telah diisi dan disahkan
- Borang permohonan passport gantian (IM.42-Pin1/97) yang telah diisi
- Salinan passport terdahulu (jika ada)
- Wang tunai RM300 untuk proses passport gantian (selalunya bawa waktu collection)

**Jika alamat pada kad pengenalan berbeza dengan alamat tempat tinggal, sila bawa bil air, bil elektrik atau bil telefon sebagai bukti
**Kelulusan permohonan gantian pasport yang telah hilang adalah bergantung kepada keputusan Ketua Pengarah Imigresen dan keputusan siasatan dimaklumkan dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan diterima
**Segala info boleh rujuk di laman web berkenaan untuk maklumat yang lebih tepat. Harap maklum

Maklumat tambahan :
a) Passport baru hendaklah dipohon jika baki tempoh sah lakunya kurang daripada 6 bulan
b) Sila semak senarai hitam PTPTN dan status kawalan imigresen sebelum ke luar negara
.

53 comments:

bdk2 @ John January 6, 2012 at 11:08 AM  

aku selalunya..kalo travel dgn kwn2 pmpuan. aku suh dorang pegang je letak dlm handbag gedabak dorang tuh! muahaha...tp kdg2 risau gak kalo kene ragut ke ape. just tawakal je coz malang tak berbau.

kalo travel sendiri pulak, aku takkan letak dlm safety box. aku sorokkan @ selitkan kat mana2 bahagian beg yg org lain mybe tak tau. tp time sorok tu, jgn bwt depan org ler. hehehe. takpun, bawak jela ke hulu ke hilir....

bdk2 @ John January 6, 2012 at 11:09 AM  

owh ya, thanks for the tips!

Anna January 6, 2012 at 11:13 AM  

yey.. tak blacklist..
blh la gi jogja..kekkkeke

Mie January 6, 2012 at 11:21 AM  

Saya pun selalu bawa bersama bila keluar. Utk fotokopi dan email kpd diri sendiri tu tak penah buat. Tq for the good info Fatt..

Ely Hasrul January 6, 2012 at 11:24 AM  

kalu kite hilangkan/rosakkn pasport secara tak sengaja mmg kena denda gak (bayaran lupe berapa tgk damage trsebut) and kena soal siasat gak dgn imigresen. ala2 buat salah beso sbb mmg berat kesalahan sengaja dibuat berkenaan passport. mahal tuh kalu jual passport.. (kawan aku penah buat, dia koyakkan passport dgn sengaja and apply baru atas sebab2 yg terpaksa dirahsiakan kehkehkeh)

aku kalu kuar mmg bawak la passport tp penah gak tinggal kt safety deposit.. tgk keadaaan..

bdk2 @ John January 6, 2012 at 11:29 AM  

lupa nak cakap...janggel mesti bengang sbb aku jadik org first lagik yg komen! agagaggaga...kiasu taknak kalah!!!

btw, aku selalu harap aku takkan hilangkan passport aku. renyahh wooo nk pegi sana pegi sini. plus duk melangut kat ofis imigresen tu lagi! aritu bwt nasib baik kwn aku ade kazen keje kat imigresen. aku bwt 5tahun terus sbb xmo asyik duk renew2 kekdahnya nk collect cop byk2 dlm 1 buku. hehehe..

AKO @ retna January 6, 2012 at 11:38 AM  

aha mmg risau wooo klu gi memana x bawa paspoer.. so far, ako klu kuar jenjalan mmg hangkut je passport ke hulu hilir..

erk tawakal je la, harap2 xde peragut...

tak pun kadang2 ako bawa 2 sling bag, satu khas utk passport n duit sket, dan satu lagi mmg khas utk wallet, kamera dan yg sewaktu dgn nya..

Nowwa Fitri January 6, 2012 at 11:39 AM  

Terima Kasih Cikgu!

Aku bawak je selalunya, sebab dah biasa.Insha Allah akan lebih berhati2.

Tq for the info!!

Janggel January 6, 2012 at 12:00 PM  

KO MEMANG GIGIH JOHN!!!! ASYIK KO JE 1st KOMEN! *Motifffffff sangat!

Ok berbalik kepada komen aku, aku sentiasa bawak passport kemana-mana dan aku simpan dalam beg sandang sebab kompom aku bawak begsandang a.k.a. beg kemera aku. Sebab nak tinggal2 rasa tak secure pulak hehehe.

Thanks for the info.

gadisBunga January 6, 2012 at 12:56 PM  

aku ada beg asing utk dibawa ke mana2 utk simpan benda2 penting dan beg tu akan dimasukkan dlm bag galas. sebab beg ni susah sikit org nak aim berbanding henbeg.

alifah@along January 6, 2012 at 12:59 PM  

owhhh tu dia..lecturer kita :) .... buku merah tu, mmg aku simpan baik bunyer dlm bag kalau travel..make sure pakai bag galas blkg yg ada zip kat belakang...paham kan apa yg dimaksudkan?...wpun, tak bawak handbag, tp demi keselamatan wallet dan passport, aku sanggup galas beg yg nmpk 'boyish' tu... :)nak tinggal kat GH@hostel@hotel tu, mmg aku tak percaya sgt la...

Biqque January 6, 2012 at 2:22 PM  

aku tatau plak ada orang keluar negara tapi tak bawak passport masa jalan2. sebab aku MESTI akan bawak passport kemana je aku pi waima (ha dapat guna gak) ke dalam cuchi tunnel :D

elakkanlah passport ada hilang, menyampah gila nak buat balik...tak pasal2 je kan...

*mencari passport di celah2 mekap box*

Travel&Food Lovers January 6, 2012 at 2:42 PM  

fatt...

im back..aku dh hbs exam..boleh jimba2 balik dh..

setakat ni, aku mmg selalu mengangkut passport aku ke mana pg sbb aku risau klu travel sorg2..buat2nya kene tahan dgn polis obersea, aku ade valid passport.xdelah die igt aku ni immigran ke hape..

aku mmg ade salinan copy passport aku n dah save dlm email..in case ape2..aku klu travel mmg bwk beg galas..tp skrg bukan hanya travel, pg mane2 pn bwk beg tu..aku xbrani nak pakai2 handbag bagai dah..lantaklah org kt aku xfomfuan ke..tp klu kene ragut lagi lah naya..lps tu sng nk bubuh mcm2, air ke? biskut ke? pensil case ke?

bab2 baju time travel aku mmg setujuk..pakailah bj2 yg moderate, bak kata fatt, uniform time travel, same jer bajunya...jgn marah ye fatt..aku pun same mcm ko jgk..pakai bj selagi boleh..yg pntg selesa.

lps tu brg2 kemas tu better tggl jer sblm pg oversea..biarlah nmpk kosong jer..

sorry klu terlebih pulak...

Daddy Ziyyad January 6, 2012 at 3:56 PM  

Good entry!

Saya bawa ke mana mana sahaja passport saya, dan letak dalam safety pocket. Dan saya siap buat salinan passport, 2 salinan, satu saya pegang sendiri, satu lagi wife pegang.

Saya cuma tinggalka passport kat rumah sewa aja, bukan hotel. Contohnya macam kat OZ dulu, sewa rumah..

fatt January 6, 2012 at 4:31 PM  

john,
welcome.

nasib baik aku bkn stereotype pompuan yg suka bwk beg besar gedabak..sbb ape tau, sbb slalunya pencuri akan pikir beg besar = wang besar. kdg2 aku selit je duit aku dlm poket jeans..




anna,
hahaha...dah agak dah mesti ada yg pegi cek nama blacklist kat link tu. tahniah! bila nak pi jogja?




mie,
welcome. sy plak mmg ada email dan buat fotokopi siap2, just prepare. takut jgk kalau hilang pastu takde bukti




ely,
yup..kena denda gak cuma aku tatau brp. sbb ape tau, kat black market harga passport mesia bleh cecah sampai 30k!! lumayan dong! cer ko ckp nape kwn ko koyakkan passport..dia tak baca blog ni so takyah risau..hehe

aku pun slalu gak tinggal camtu je passpot. tp tu masa aku lepak oz & nz lama2 la...malas aku nak bwk ke hulu ke hilir sbb takut hilang




john,
kome buat contest ke ape ni? hehehe...

aku plak rasa kalau hilang passport tu aku nak guling2 nangis sbb dlm tu byk stamp yg cantek2..tetiba aku rasa nak scan sume muka surat, bleh? hehehe




ako,
byknye sling bag ko, sampai 2! aku yg 1 ni pun dah malas nak bwk. klu boleh aku nak sumbat sume dlm poket tp sebab ada kamera tpksa bwk sling bag

aku plak klu tmpt aku tinggal tu ada safety deposit aku simpan je dlm tu. klu tak aku bwk, klu malas aku simpan je dlm beg, takpun aku sorok la celah2 mana yg aku rasa org takkan pikir ada brg berharga




nowwa,
toya la ko! bila masa aku jadi cikgu? ko tak takut ke klu bawak pastu tetiba kena ragut? heee...bek ko pikior kejap situasi ni

fatt January 6, 2012 at 4:31 PM  

janggel,
aku syak john tak buat kerja la kat opis. tadi dia kata bizi...jom kita repot kat tok ketua opis dia. hahaha

ko punye beg kamera tu mmg besar, so mmg sonang nak sumbat segala2. silap2 botoi susu anak pun bleh sumbat. eh?




gb,
aku plak nak cari pouch beg yg bleh sorok dlm baju, tp tgk tmpt jgkla..klu aku pegi kat negara yg tak stabil, pastu crime rate tinggi mgkin aku tpksa sorok sana sini...takut jgk. sbb slalu minded org ialah tourist ni byk duit. tapi masalahnya tourist cam aku sengkek je sbnrnya.

beb nti email aku atau ely alamat ko sbb wakjan kasi hadiah dia kat ko...ecece :D




alifah,
mana bleh lecturer, dekan la, prof ke...bleh?

beg galas belakang yg ada zip kat belakang? apetu? teknologi zip yg baru ke? kdg2 aku slalu bwk dalam beg besar ada beg kecik..ko bleh tangkap mksd aku? tapi aku lebih prefer bwk sling beg sbb tgn aku akan sentiasa pegang beg tu




biq,
ADA!! org tu adalah AKU!! tapi tgk gak situasi. klu mcm aku pegi tmpt tu lama..aku tak bwk la merata2, aku simpan je bwk katil dlm beg. klu hostel tu ada locker pun aku simpan je kat dlm tu, but mostly aku simpan je kat bilik...klu bilik tu takde loker or safety aku akan bwk

klu kat rumah aku ni, aku suka sorok passport kat tmpt2 yg tak terjangka contohnya di celah2 lipatan kain atau di dalam timbunan baju tak basuh...eh? bleh ye camtu? hahaha...dah pecah lobang, so pasni aku cari tmpt sembunyi yg lain...jeng jeng jenggg




sal,
wah dah bebas la ye? tahniah. aku hrp ko lulus kali ni.

sbnrnya beb, klu kena tahan polis, ko bleh je tunjuk salinan passport dan kalau dia tak puas hati, dia bleh je escort ko balik ke guesthouse. so pd aku its not a big deal. aku penah baca tips2 dlm internet & so far mcm2 cara org buat dan ada certain negara yg tak required pun tourist bwk passport merata2 sbb once dah ada chop masuk ke negara tu so itu kiranya legal entrance.

klu ko nak tau, pesen bju aku dgn seluar dgn kasut sume sama je..hahaha..sbb aku sengkek traveller bkn posh punye. pastu klu gi negara yg sejuk2 ni takyah nak pakai baju beria2 sbb hujung2 sarung sweater jgk. alih2 sume gmbr pkai sweater yg sama...betoi tak? kihkihkih :P




d.ziyad,
makasih :)

bagus cdgn ni, kdg2 klu kita pegang sume copy then tetiba hilang serentak mmg pening jgk dibuatnya. sy pun klu tinggal kat tempat yg ada locker (with self padlock) mmg sy akan tawakkal je letak dlm tu. tp tgk pd tempat, tp sy slalu trust instinct sy...and so far alhamdulillah. cuma sy ni kdg2 pelupa, tu yg sy prefer tinggalkan dr bwk merata2

BlueEwoke January 6, 2012 at 4:51 PM  

Selama ni aku tak penah lagi tingalkan passport di safety box, pegi mana2 je aku angkut sekali, sebab aku takut kena tahan ke apa ke, senang ada passport sekalik.

Selalunya akunya juga akan simpan satu fotostat copy kat beg lain, just in case ilang, ada la backup sementara kt tempat org hehehe

Choiii aku mintak la tak kan jadi benda2 sadis cam ni kat aku..harap2 bau malang tu jauhhhhhhhhhh la ke lain huhuhuh..AMINNNN

Biqque January 6, 2012 at 5:10 PM  

ok! photostat2 ni aku tak buat! baik! saya akan buat bermula tahun ini!

time kasih kawan2!

hahahaha!

Ely Hasrul January 6, 2012 at 5:46 PM  

sumpahhh potostat tu aku xtpk kahkahkahkah.. memandangkan bile kitorg kuar mmg hangkut backpack.. jadiknye mmg passport diletak kt dlm tu tp mmg seingat aku ade few occassion gak kitorg meninggalkan passport.. ntah aku xtau ngapa..

fatt, xmo la cite part mmber aku tuh sbb dia xbaca tp mana tau imigresen baca! hahahahhahaha

wa January 6, 2012 at 6:57 PM  

so far, tak pernah tinggal lagi ,bawak sokmo ,tapi masa g Jepun, memang tinggal je kat guest houst tu beberapa kali :-)

sYukCurz January 6, 2012 at 7:21 PM  

pasport mber aku hilang kat phnom penh, lepas settle dengan kedutaan kat sana dapat la balik dengan selamat tapi pastu dia tak p buat/report immediately. akibatnya next trip to Koh Samui meraung tak boleh ikot sebab kena tgu 2-3 bulan untuk pasport tu siap.

moral of the story: jgn berlengah kalau jadi benda2 cmni k

norh January 6, 2012 at 9:10 PM  

tak brani tinggal dalam safety box.. usung la pi mana2..
yang fotokopi passport tu tak pernah buat lagi.. InsyaAllah next time kalau berjalan obesi lagi..he he..
mintak dijauhkan la hilang passport tu..leceh nak ambik cuti nak setelkan benda2 tu, nanti cuti kurang utk sambung berjalan2.. :P

~uG0giRL~ January 6, 2012 at 9:21 PM  

ooo xpenah tefikir nak photostate ke hape. main bawak cenggitu je. bagus2. thanks for the tips ye. err off topic jap, ko drive kat NZ kena buat international driving licence ke? mahal gak nak wat lesen antarabangsa tuh kan?

dzuliyana suleman January 6, 2012 at 9:52 PM  

nak gi jogja bulan 3 ni insyaAllah.. nak baljar wat kek dgn cikgu indon lak...

nak gi sorang2 je.. agak nervous.. =..=

anne January 6, 2012 at 11:14 PM  

i selalu ada rasa tak yakin nak tinggal kat mana2, mmg selalu bwk. copy mmg sentiasa bwk extra, just in case...

haha... akhirnya jumpa jgk dgn org yg sepesen sorok pasport dlm kain lipat. i thought org lain tak buat =D

MasZuber January 7, 2012 at 12:36 AM  

aku setuju fotostat adalah cara terbaik!

nak kasi up sket, kite fotostatkan kaler yea. :-)

fatt January 7, 2012 at 3:36 AM  

biq,
ala ko tak potostat pun takpe, janji ko email kat diri sendiri. sok2 klu terdesak ko print je dr email




ely,
haa...mulai arini elokla ko buat salinan. emel kat diri sendiri pun boleh, lagi senang. aku simpan byk gak dokumen dlm emel & list phone number in case henpon aku stolen ke..senang aku nak call sape2. penting tu...tips!

takpe, kang klu jumpa ke ceting ke ko reveal..hehehe..aku nk tau gak somehow




jimmy,
yo bro! no problem. sharing is caring




wa,
dia kalau pi negara2 yg safe mmg tak risau sbb crime rate rendah. cuma kalau pi kat negara2 yg crime rate tinggi ni kena precaution skit




syukcruz,
tq 4 sharing. bagus ni ada kes so bleh kita sume amik iktibar. aku saja posting benda ni sbb nak peringt diri sendiri gak. tp masa hilang tu susah tak dia nak setel utk passport sementara utk balik? klu jadi time sorg2 mau nanges jgk tu




norh,
aku pun takut jgk klu usung sana sini tetiba bad day kena copet plak...simpang!

pape hal pun elok buat copy & emel pd diri sendiri. in case. pape hal simpan no embassy, senang nak refer, biasala klu time panik apa pun takleh ingat




ugogirl,
aku tau sume org tau benda ni sbb tu aku share. org kata beringt sblm kena.

kat nz takyah wat lesen driving. lagipun ko drive jap aje, bkn nak stay bertahun2 kat situ




dzuliyana,
wowowwww!! like seriously??? nak belajar buat kek apa sampai ke sana tu?

jaga2 ye dik, wlpun kita rasa org tu baik kita kena cautious jgk. hati org ni mcm2, kita tatau. tp apapun harap selamat sumenye




anne,
hahahaha...ohmai kita geng! i slalu letak kat tempat2 pelik. pastu kdg2 lupa gak masa nak retrieve balik. but so far jumpa la, tak penah lg misplace




maszuber,
kaler buleh, tak kaler pun buleh. klu yg physical copy b/w, ko scan kaler fwd kat emel sendiri

tp aku slalu tambah dgn salinan ic, lesen memandu & medical card..in case jadi pape ada back-up

AjlaA January 7, 2012 at 2:50 PM  

thanks kak for the tips!

lepas ni akan dress moderately je insyaALLAH

fatt January 7, 2012 at 2:58 PM  

ugogirl,
welcome



ajlaa,
welcome. takya kak kuk kik le...tak rock lgsung. gua lu sudah. hehe

pineapple January 7, 2012 at 6:04 PM  

fatt,
sebab2 ni lah saya suka baca blog kamu.tips yg sangat berguna.

kairulizwan January 7, 2012 at 7:04 PM  

aku pegi medan ngan bangkok baru ni, aku bwk je ke hulu ke hilir. sebab tak berani plak nk tinggal. sbb rse mcm xsecure, sebagaimana bile tak bwk ic.. hehe

tp bgus la tips2 ko bg ni. hehehe. bila baca part ni:
a) Passport baru hendaklah dipohon jika baki tempoh sah lakunya kurang daripada 6 bulan

teringat masa trip medan bulan lepas, bapak aku nyaris tak dpt ikut. sangkut kat airport. nasib baik ari sabtu tu, imigresen putrajaya bukak. klau x, mmg la bpak aku xikut. tgl 5 bulan beb, die xprasan! hehe

Mijoe January 7, 2012 at 9:44 PM  

good job fatt! :)

gue dah selamat renew passport pagi tadi setelah bertarung dengan que nak amik nombor giliran yg teramat panjang ..ha ha..

stakat ni, lum penah tinggal passport kat hotel..bawak je sana sini... :)

cik kodok January 8, 2012 at 5:51 PM  

Aku bawak.. takut aku tinggal kat bilik.. kang kena pecah masuk ke apa ke.

Tapi kalau bawak pun takut jugak in case tercicir... udah la aku ni careless je manjang.

by.ya @ Traveller's Anatomy January 9, 2012 at 3:56 AM  

slalu i akan bawak je passport tu g mane2. Copy passport tu mmg sentiasa bawak gak, hardcopy & softcopy.

Pasal passport validity 6mths tu, haritu jenuh jugakla menjawab masa nak g Jakarta sbb slightly less than 6mths.

Azizan Zolkipli January 9, 2012 at 3:12 PM  

Saya pernah kehilangan passport beberapa tahun dahulu proses membuatnya semula sangatlah menjerihkan. biarlah kehilangan kad pengenalan sebanyak 3 kali (pengalaman peribadi ni !), tapi jangan kehilangan sekali pun passport antarabangsa anda !

masa hilang tu, mula2 saya kena ke pejabat imigresen ambil borang pasal aduan kehilangan passport. kemudian kena ke balai polis untuk membuat laporan. sebelum dibenarkan membuat laporan bertulis, saya disoal siasat oleh seorang pegawai di unit 'Cawangan Khas' (Special Branch) terlebih dahulu. Udah macam rasa membuat kesalahan pecah amanah berjuta2 RM aje rasanya huhuhu ... tapi masa tu takdelah rasa nak terjun bangunan hehehe ... Mungkin kerana saya menjawab dengan sejujur mungkin dan sifat 'berani kerana salah', sessi soal-siasat kemudiannya bertukar angin menjadi sessi tarbiah. "kenapa kamu tak kahwin lagi, rugi kahwin lambat, nanti dapat anak esok umur dah dekat pencen lah, sekarang harga hantaran terlalu mahal, cari calon isteri yang bersesuaian lah" dsbnya huhuhu ... Aduhhh, layankan aje ...

Apabila pegawai SB tersebut berpuasa hati dengan kita, barulah akan dibenarkan membuat laporan bertulis. Ohh ya, menurut pegawai SB tersebut passport Malaysia laku sehingga bernilai RM27k di pasaran gelap ...

Ok, ingat tak borang yang diambil dari jabatan imigresen tu ? ianya perlu diisi dan jalan ceritanya perlu sama 'sejibik' seperti dalam laporan polis yang kita buat tadi. juga terdapat bahagian yang perlu ditandatangani dan dichop oleh pesuruhjaya sumpah (commissioner of oath), beserta setem duti bernilai RM5 ke RM10 ntah dah lupa pulak ...

- ambil borang di imigresen: checked
- kena soal siasat oeh SB PDRM: checked
- buat laporan bertulis di PDRM: checked
- mengisi ruangan dalam borang imigresen: checked
pergi pejabat pos, beli setem duti: checked
- pergi ke pesuruhjaya sumpah, tandatangan, chop & matikan setem duti: checked

selesai semua urusan di atas, barulah membawa borang imigresen bersama salinan laporan polis ke pejabat imigresen berhampiran. di situ, saya disoal siasat lagi oleh seorang pegawai imigresen.

menurut 'piagam pelanggan' jabatan imigresen, kes kehilangan passport akan mengambil masa paling cepat sebulan dan paling lambat sehingga 3 bulan untuk diselesaikan. itu belum dikira jika passport kita digunakan oleh mana2 individu untuk melakukan sebarang jenayah, ada kemungkinan yang kes kita akan mengambi masa ebih lama untuk diselesaikan ataupun kita mungkin dihalang dari membuat passport baru huhuhu ...

Akhir kata, SAYANGILAH PASSPORT ANDA ketat2. Tapi jangan buat muka ketat pula ( :

fatt January 9, 2012 at 6:13 PM  

pineapple,
terima kasih. nti sy cuba bykkan lagi info & tips, Insya Allah




kairulizwan,
kabare? camne trip ko?

huh panikla cerita abah ko. dapat on the spot ke camne passport tu? cer citer. makasey




mijoe,
welcome. uih, wat passport katne tu Q pjg? klu buat kat wangsa maju rasanya cepat sbb ctu tak ramai org. dulu buat kat situ le, seminggu je dah siap. la ni passport dah cantik kan? aritu tgk kwn punye siap ada emboss gmbr lagi kat setiap page. dah mcm passport swiss. gue punye tunggu 2thn lagi baru leh renew...lama lagi tuu




cik kodok,
dia kena tgk tempat. klu hotel tu mcm bleh dipercayai tu confident la skit, ye dok?




byya,
yaaa!! i teringt kes u tu...so camne? was it smooth?




azizan,
amboi kemain dia menyoal mcm penjenayah plak. tu saja la tu takde kerja polis2 tu..nasib baik dia tak gertak2. ada ke?

terima kasih krn berkongsi pglmn. hopefully bleh dijadikan panduan

Mijoe January 9, 2012 at 6:42 PM  

fatt..

gue renew kat wangse maju ler jugak fatt. last 2 years mmg tak ramai fatt. seriously, mcm fatt cakap la..kejap je siap. even parking DBKL bayar utk 2 jam (RM1.00) pun ada balance berbelas2 minit lagi...

sedangkan hati manusia boleh berubah fatt, inikan pulak 'Q nak amik nombor kat kaunter imigressen Wangsa Maju itu!'

konon2 sampai kat depan imigressen tuh pukul 8.30 tuh ingat dah habis2 awal la tuh..sekali nampak q sampai hujung kedai mamak kat blok bangunan tuh!!! seriously! time gi buat gambar, tanye la org kat kedai gambar tuh, kalau weekdays pun q panjang camni gak ke? diorang cakap ye. mmg panjang!

den start q around 8.50am camtu aa, dan sampai ke kaunter amik nombor giliran pada pukul 11am! caya tak? mmg kena percaya! 2-3 minit lepas berjaya dpatkan nombor, terus diorang bitau manusia yg tgh q kat belakang den tu to datang balik pagi ahad sebab diorang mmg dah takleh process dah application lepas den punye nombor tuh! sib baik sempat.

x puas hati, tanye pulak officer kat kaunter nombor giliran tuh. dia pun cakap mmg weekdays pun que panjang. Cuma bezanya, weekdays lebih efisyen sebab waktu operasinye lebih panjang kan. sabtu n ahad half day je...

so, kalau sesapa nak pergi buat/renew passport during weekend, sila la pergi dan duk depan pintu tuh exactly lepas solat subuh! kalau tak, apply la cuti sehari dan pergi masa weekdays.

:p

fatt January 9, 2012 at 7:23 PM  

mijoe,
ya Allah. siyess?? gelihati baca cerita ni...siyes mcm lawak tp yg menunggu dah tentu2 berasap. sabor jela. tapi nasib baik ada byk tuah itu hari. klu officer tu kata u punye giliran mai esok, agak2 habis kena karate sume officer tu..hehehe

dulu masa sy buat tahun 2008 (zmn dinosor) mmg pegi kosong lengang je. nampaknya sume rakyat mesia dah mula berjinak2 dgn AA itu pasal sume pakat buat passport. pasni nampaknye kena buat kat kampung baru hati tenteram..org kata baru picit no giliran dah kena panggil. ha, dulu masa thn 2008 camtu la..sy tekan je no giliran terus kena panggil. tak sempat nak panas bontot. masa tu pegi dlm kul 9-10am, takla awal mana..siap bleh keluar balik sebab lupa bawak gambar. tekan no giliran lagi kali kedua pun terus ke kaunter..hehehe

apapun syabas sebab dah selesai. alhamdulillah :D

atun's January 9, 2012 at 11:06 PM  

Salam,

Fatt, good info utk org seperti aku yg belum pernah ada passport ni..thanks!!!

Mijoe January 9, 2012 at 11:48 PM  

kena copy balik skrip ni sebab dah planned nak buat entry pasal renew passport ni. sekurang2nye boleh membantu kwn2 yg nak gi buat/renew passport supaya datang pada timing dan hari yg betul... :p

skrg nak apply visa pule...:p

kairulizwan January 10, 2012 at 1:11 AM  

fatt,

trip aku berlalu dgn jayanya. hehe. ko tau, aku smpai2 malaysia, seminggu amek masa nak bg aku sedar blk yg aku sebenanya dh kt malaysia. haha. famili aku siap bosan, jap2 bangkok.. sikit2 bangkok. hahhaha. xde citer lain. nnti la aku update blog. mukaddimah dah ada. tp tgh cari masa skit. hari tu lps balik sibuk sikit utk majlis long call aku. hehe.

oh, bapak aku tu, dapat on the spot. klau nk ikut q, mmg die pny passport takkan siap hari tu pny. sbb pegi imigresen pn dah pkl brape kan. so die mintak nak jmpa pegawai atasan yg in charge. dia kata urgent. die tunjuk boarding pass yg dh dicancel [sbb die tuka amek next flight] pastu buat muke panik2 sket, trus diprioriti kan ala ala warga emas gitu. Hehe.

Kekdahnya kena brlakon sketla klau dalam hal2 mcm ni. Haha

-khai

fatt January 10, 2012 at 2:01 AM  

atun,
ko agak2 nak rasmi negara apa utk chop pertama dlm passport ko? cer citer :)




mijoe,
yup, cdgn yg baik. mana tau ada yg bajet nak lenggang mak minah..so better dia datang awal

visa buat je kat agen..murah..bayar tak lebih dari rm20. klu thru website mahal sbb dia caj pakai AUD




kairulizwan,
ye aku faham..ko excited sbb ni first journey sendiri. dulu masa balik dari trip yg pertama aku pun sama gak sampai boring family aku dgr..hahaha

ko suka bangkok ke chiang mai?

wah lucky jgk abah ko...klu tak sebab boarding pass kena pangkah rasanya berlengah2 jgk officer tu.

Ms AiReEn MoHd January 10, 2012 at 9:22 AM  

aku byk nak mintak bantuan ko...sudi tak bantu aku...dr segi pemahaman sajork....aku teringin ke sebuah negara yg telah kau lawati

fatt January 10, 2012 at 11:19 AM  

eryn,
ada mukhadimah la plakk...sengal la ko ni. ok ko nk tanya psl negara ape? klu tau aku jwb le.

nih...ko punya passport dah renew belom? kang tak masuk ko spore tu

atun's January 11, 2012 at 12:30 AM  

Fatt,

Heheh..nak rasmi negara mana yek, klu cop pertama aku rasa nak rasmi dekat Indonesia..kenapa pilih indonesia?sebab org indon jer dok rasmi passport depa kat Malaysia, so aku pilih untuk rasmi cop pertamaku kat negara depa la plak..heheh..

fatt January 11, 2012 at 5:53 AM  

atun,
mana ko tau dorg rasmi negara mesia? hahaha..ko pasti? :)

saja nak test ko...hehe

dzuliyana suleman January 11, 2012 at 8:34 AM  

kak fatt, nak tanye....

kalai gi obersi mmg kene visa ke???

visa 2 nak mintak kat mane lak?

peninnn...peninnn....

fatt January 11, 2012 at 8:53 AM  

dzuli,
eh tak...depends. ada negara yg kena, ada yg tak. cth negara yg kena mcm india, australia, china, saudi arabia, rusia, tibet (china), mongolia, jepun, US, etc.

negara yg tak payah visa cth spore, thai, indon, nz, EU countries, cambodia, vietnam, etc.

kamu nak gi mana?

dzuliyana suleman January 11, 2012 at 9:30 AM  

nak gi indon je dlm masa terdekat ni...

tapi ade la jgk planning2 nak gi russia...planning je la setakat ni... =..=

sbb sy ni jenis kalau ade duit, bli tiket terus gi je.. tak fikir banyak dah..

hehehe...

igt kan nak masuk country lain cukup ade passport je.. pastu dok tgk org asyik cakap pasal visa je, jadi takut lak...

atun's January 11, 2012 at 3:22 PM  

Fatt,

Hehehe,huiihhh memang test abih arr..heheh..iyer betoi aku cakap..hahah..dolu2 masa aku kerja ngn company sector perladangan, kebanyakan pekerja estet adalah org Indonesia yg d import dr Indonesia..Memang aku tgk sndiri, cop pertma depa mmg Malaysia..heheh.."PASTI"..heheh

fatt January 12, 2012 at 12:29 AM  

dzuliyana,
pi rusia? huyohh...kalau pi sana jgn lupa bwk balik topi rusia!

jgn dibuat masuk negara yg kena ada visa tapi tak buat...dorg deport terus (anta balik). pastu nanti kena escort dgn polis mcm penjenayah...mimpi ngeri tuuu




atun,
owh klu itu aku pun PASTI! hahaha...tapi kan aku jarang gila jumpa org indon kat oversea...klu jumpa pun slalunya stok org kaya..jenis posh2 camtu, yg high class...tapi kat korea ramai jgk indon..mostly dorg keja kilang. msian aku tak jumpa kecuali student mmg byk...

huii kalau dpt keja kilang kat korea pun dah kayoo weh. duit sana 3x duit mesia..mcm ostolia dah currency dorg. kayo!

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP