Responsible Travel : Stationaries & English Books Wanted!

January 23, 2012

Di antara kelebihan yang ada pada seseorang pengembara ialah kebolehan untuk melihat dan merasai sendiri suasana di tempat orang. Sesebuah pengembaraan itu bukanlah sekadar untuk mencari pengalaman tapi lebih daripada itu.

Tahu tak apa itu Responsible Travel

Responsible travel adalah bertentangan dengan ideologi percutian stereotaip yang mementingkan agenda "been here, done that" dan "to-do-list tempat menarik dan aktiviti wajib" yang panjang berjela-jela.

Ia lebih kepada pengisian yang membawa seseorang menyelami kehidupan masyarakat setempat dari pelbagai aspek termasuklah alam sekitar, budaya, pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Sebenarnya skop bagi responsible travel amat meluas untuk difikirkan dan pada pendapat aku ia adalah salah satu bentuk pengisian hidup yang akan menjadikan kita seorang manusia yang lebih bertanggungjawab. 

Tepuk dada tanya diri sendiri adakah kita patut berasa bangga dengan pengalaman melancong pada hari ini? Selain daripada belajar tentang kelemahan dan kelebihan sesebuah negara, apakah tujuan sebenar kita pergi melancong? Secara peribadi aku merasa rendah diri dan malu sebab selama aku pegi ke negara-negara yang mundur, aku belum lagi menyumbangkan sesuatu yang bermakna untuk kebaikan orang lain. 

Aku teringat satu peristiwa yang berlaku semasa bercuti di Siem Reap tahun lepas. Sesiapa yang penah terbaca travelog Cambodia mesti ingat cerita ni. Waktu tu aku tengah makan malam dengan Mr.H dan tiba-tiba datang seorang budak lelaki Khmer dan dia mintak duit. Bila kami tak layan dia mintak saki-baki nasi dalam pinggan aku. Dia pun makan sambil mencangkung di tepi pasu dan bila habis dia datang kat aku dan ucapkan terima kasih. Waktu tu aku rasa sebak sebab itulah kali pertama aku berhadapan dengan situasi macam ni dan aku rasa sangat-sangat bersalah sebab judge dia sama macam peminta sedekah yang lain. 

Selepas balik dari sana aku terbaca pengalaman seorang perempuan mat saleh yang travel ke Siem Reap dan pengalaman kami hampir sama. Sama di sini tak maksud propaganda mereka sama tapi isunya sama iaitu kelaparan. Klik sini.

Dan minggu lepas aku terbaca sebuah artikel yang ditulis oleh seorang blogger yang menyatakan keinginan untuk menyumbangkan alat-alat tulis untuk salah sebuah rumah anak yatim di Cambodia. Sesiapa yang pernah ke Cambodia mesti tau macam mana daifnya keadaan di sana dan kita boleh lihat ramai kanak-kanak yang terpaksa bekerja dan melupakan hasrat untuk ke sekolah.  

credit : Andrew Gray

Ramai traveller yang telah melibatkan diri dalam pertubuhan NGO dengan menjadi guru volunteer dan sesetengahnya membantu dalam aktiviti kemasyarakatan. Bagi kita peluang sebegitu mungkin sukar untuk diperoleh memandangkan ramai yang terikat dengan kerjaya tapi aku percaya kita juga boleh memberi sumbangan dalam bentuk yang lain.

Bukan wang ringgit yang diperlukan tapi sumbangan yang dimaksudkan ialah alat-alat tulis bagi tujuan pembelajaran seperti pen, pensil, pemadam, pensil warna, krayon, gam, sticky tape atau apa-apa saja yang berkaitan. Bahan-bahan bacaan dalam bahasa Inggeris seperti buku cerita juga dialu-alukan dan aku difahamkan masih ada ruang sebanyak 5kg untuk bahan-bahan tersebut.

credit : Andrew Gray

Aku amat berharap ramai individu yang akan tampil untuk memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim ini. Let's make a difference and be a Responsible Traveller. Terima kasih!

Untuk info lanjut sila rujuk di blog beliau dan jika ada sebarang pertanyaan boleh emailkan terus kepada ladymariah@gmail.com. Sumbangan boleh dihantar sebelum 17 Februari 2012 kepada :

Mariah Doksil
The Borneo Post
5th Floor Wisma KTS
P.O. Box 14210
88848 Kota Kinabalu
Sabah


ps : secara kebetulan aku terjumpa blog Andrew Gray dan gambar-gambar di dalam ini menunjukkan keadaan sebenar di salah sebuah sekolah anak yatim di sana. 
.

38 comments:

Lily Riani January 23, 2012 at 10:36 AM  

If not mistaken ada yg tlg bg sejadah, food, stuff like hat u hv mentioned but for the muslim thr. Also during raya korban. Ada org penah tanya i... Tuh yg ingat.

So far, in general; i thk we learnt one way or another being it on poverty, discipline, loyalty etc etc to/in all the ctry we visited, its how we describe n what point the reader chose to note jek.

Good post to remind us all. Penat giler type via phone panjang2... Sbb nak first place nye pasal. Sure byk typo nih, pandai2 ler u paham kan iye fatt. Hehhehehh....

Lily Riani January 23, 2012 at 10:36 AM  

2nd pun i gak... Alang2, 3rd pun i ler hopefullynye

jimmy January 23, 2012 at 11:38 AM  

satu motivasi yg bagus fatt...yg penah aku buat...sedekah duit kat mana2 masjid aku singgah..dan bagi duit kat peminta sedekah yg mintak duit dgn aku.

bdk2 @ John January 23, 2012 at 11:48 AM  

owh no...lily baru awal dari aku!!! ;)

bdk2 @ John January 23, 2012 at 11:51 AM  

satu entry yang memberikan kesedaran untuk kita semua. semoga semuanya bertambah keberkatan...insyaALLAH.

norh January 23, 2012 at 12:07 PM  

sebab ni la aku admire hang..tq fatt

atun's January 23, 2012 at 1:25 PM  

Salam,

Fatt, travelog Cambodia part yg budak tu masa aku baca mmg sgt2 sedih. Betapa daifnya mereka sampaikan lebihan makanan menjadi sangat berharga pada mereka.

Tapi skrg ni, banyak jugak program kembara dr Malaysia ke Kemboja untuk bagi sumbangan pada mereka2 yang berada dalam kedaifan di sana.Progrm Korban/Aqiqah juga dibuat untuk memberi peluang pada Umat Islam di Kemboja merasa makan daging yang sangat jarang dapat dimakan di sna.

Good info Fatt, semoga entri ni dapat memberi manfaat pada semua yang membaca..InsyaAllah..AMIN

Ely Hasrul January 23, 2012 at 2:08 PM  

aku xpenah pg ke tmpt2 yg ko sebutkan itu. maklum la aku betol2 melancong berehat makan angin.. tapi bab menyumbang tu ekceli mmg bleh sgt dibuat dr sini.. cthnye.. berapa kali sgt lah kite tpikir nk beli beras lebih sekampit dua nk antar ke rumah anak yatim atau jiran yg memerlukan..
eh bukan aku nk cite part derma kt sini tp sbg cth la ye..


time sami dulu kitorg buat kenduri kt sini tp majlis kesyukuran aka cukur jambul org melayu kata tapi sbrnye kitorg buat jugak aqiqah tp thru agent yg buat sumbangan ke rumah anak yatim kt cambodia. tolak tepi la mahal ke murah sbb kalu nk murah aqiqah aku syorkan buat kt Australia sbb kambing sana murah (ala g mekah dr sana pon murah) tp sbb kt sini bg aku kenalan aku cukup makan, tak salah buat aqiqah kt tmpt lain.. atleast dpt la anak yatim tu makan, begitu juga dgn korban etc.. can Atun's nye komen la gak..

eh melalut dh la nk komen smpai 3 kali nih.. haha

Ely Hasrul January 23, 2012 at 2:11 PM  

jadik responsible traveler nih penting and patut jadik peringatan pon, cth kalu pg ke negara miskin or negara ketiga etc mmg patut pon kite berbuat sesuatu utk menyumbang (ekceli melancong ke situ pon dh kire sumbangan lah) and tak semestinye pg negara maju pon xbleh buat sesuatu, tp amik la sesuatu buat pengajaran spt longkang yg bersih mcm kt jepon tuh.. impress sungguh haha

Ely Hasrul January 23, 2012 at 2:13 PM  

bleh la nnti aku email ke lady mariah nih.. tp dia nk pi bln 2 la plak..

Ninie Hanis January 23, 2012 at 5:28 PM  

sedih kan..diorang negara miskin tp masih ingin belajar.kadang tgk budak2 skrg tau main psp la,ipad la..byk sgt gadget,tp tgk diorang ni hati kita mmg touched habis.

mungkin lepas ni bila kita travel (atau holiday) kita masih boleh fikir utk buat sumbangan walaupun kecil..kan?

p/s oit,bz ke ko?tade emel aku pon..

YanTie AhMad January 23, 2012 at 6:50 PM  

good point fat, exceli kalo kat sabah/serawak pun byk lagi kawasan yg mundur..esp yg pendalaman..kalo ada kesempatan ke sana boleh la try2 g kwsn org asli/ bajau..buat charity apa salahnya kan..:)

HiDayah@GM January 23, 2012 at 9:41 PM  

pernah join group guru besar ( ikut my mom ) pergi satu kampung di Cambodia. wpun hidup susah dorg tetap buat sambutan meriah kat kitorg, rasa mcm YB turun melawat kawasan. rombongan yg i ikut ni pergi sbb nak tgk surau yg tgh buat hasil kutipan diorg + NGO. masa tolong edarkan bungkusan gula2 and set alat tulis kat budak2 tu mmg nampak muka diorg sngt happy!

kadang2 bila tgk org2 muda yg mati lumba haram, isap dadah tu semua rasa mcm nak hantar je pergi sana buat kerja amal. tgk betapa kita hidup di bumi bertuah,tp diorg sia2kan hidup! 1 malaysia ( tiba2 )

muazamhadi January 24, 2012 at 12:44 AM  

Satu post yang bagus! Bagi saya responsible atau sustainable travelling adalah kurangkan 'tentang aku' dan lebihkan 'tentang mereka'. Samada kita suka atau tidak, travelling sedikit sebanyak akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan budaya masyarakat setempat. Cuma kita perlu sedar dan cari cara untuk kurangkannya.

Biqque January 24, 2012 at 1:18 AM  

Penat gile aku taip, hang plak iPod ni!

Everytime aku blk dari luar negara, aku mesti cite kat family, geng opis, kawan2, tentang kehidupan, budaya, perbezaan, tak kisah la negara tu mundur ataupun maju. Sume tu membuatkan aku sedar apa yg kita ada and takde. Masa aku kat Cambo, aku pernah terpikir nak amik anak angkat dari sana, kulit pun dah sama ye dak.

Jgn tak caya, org negara mundur ni kadang lebih berpikiran dari org negara maju, sbb diorg nyer pemikiran tak di expose dgn benda yg tak sepatutnya. For them, they need to survive, regardless by whatever means pun.

Selagi kita blh bantu, kita bantu. Tak kisah la dlm bentuk apa pun. Dari bagi duit yg kita tak tau ke mana hala, baik bagi benda2 camni utk kehidupan seharian mcm brg2 asas
and bantuan belajar.

Good one Fatt!

sYukCurz January 24, 2012 at 2:57 AM  

oh! this remind me back in 2005. 1st time buat passport, kluar negara.

everythng happen because of the brilliant idea from a group friends of my di kamsis masa degree dulu(6 of us) dengan niat nak p jalan-jalan shoping sebenarnya walaupun tajuk proposal tu "Study Trip to Cambodia". sebab niat murni tu kami buat marketing cari sponser etc kami dapat gather about 20 person to this trip. and we just paid about RM 200 for overall cost (passport pon di sponser separuh, time tu mahal rm 300 untuk 5 tahun, student lagi mane la nak mampu)

kami ingat da cukup semua preparation, tapi bila tiba di kampung champ kami sangt terkejut dengan sambutan yang diorg bagi. punya ramai, kami (6 of us) da mula cuak sebab kami rasa barang2 yang kami bawa takkan cukup like sejadah, Quran, telekung, buku2, dan alat tulis, kesian tgk sgt daif
masing2 (termasuk yg join) berpatah balik masuk bus sebab nak cari something yang boleh disedekah. we scarify our mee-maggi(ade dlm 1-2 dozen)tuk bagi kat diorg and they love it so much siap simpan lagi cup mee-maggi tuh.

aku cuma mampu bagi sebatang pen n sebuah buku tulis jer (pen n buku tulis yg aku bawa kemana2), sebab tak terfikir langsung keadaan mcm tuh. and one thing i think that little gurl yg aku bg tu mmg ada potential untuk belajar jauh sebab she knew to speak malay fluently and a few english word. sempat la ajar 2-3 english word.

tempat tu pula xde electric, pili air pula tak proper cuma ada di masjid saja (masjid tu adalah hasil sumbangan sorang hartawan di malaysia, xingat da sapa)

kami juga ada berjumpa (cm meeting la) dengan a few educated guys kat sana (yang sorang tu 1st PhD holder dari kalangan orang islam Champ, yg lain ada 3-4 orng lg posses bachelor degree/diploma) most of them mmg fluent ckp melayu, mcm2 slang, kelantan, kedah, KL hahaa..

Kalau sape2 nak g cambodia and teringin nak tolong orang2 islam kat sana boleh contact direct dengan mufti cambodia, they are willing to help. dari habiskan duit tido di hotel lebih baik habiskan duit tido di rumah2 mereka (mcm homestay la), atleast duit tu dapat tolong mereka. makan pun sedap, (pedas gila kari diorg huhuu.. tapi sedap).


tapi sayang.. sekeping gambar pun aku xde. try to contact kwn2 balik nak kumpul but its not that easy kan. really miss that moment.

~uG0giRL~ January 24, 2012 at 9:41 PM  

bestnya ada peluang buat mcm ni. thanks fatt.

AieSha January 25, 2012 at 12:08 AM  

responsible travel, yup itu yg sepatutnya kita buat...

pernah seorang rakan, Lan namanya, cerita pada kami, dia pernah berhubung dengan seorang rakan dari Kemboja melalui internet.

Diorang berbincang pasal responsible travel ni. Lan beritahu hasratnya untuk memberi sedikit sumbangan kepada komuniti di sana.

Namun apa maklum balas dari rakannya di Kemboja tu?

Dia kata, daripada tengok keadaan negara orang, tengok dulu negara sendiri. Dia tanya pada Lan, "Pernah tak awak bagi sumbangan kepada rakyat yang tidak berkemampuan di negara awak,".

Lan terdiam!

Dalam hatinya berkata, "Betul juga. Kenapa aku nak sibuk2 tolong negara orang, sedangkan dalam negara aku sendiri masih ramai yang tidak berkemampuan (anak yatim piatu misalnya),".

Apa yang kami cuba sampaikan, tak salah pun nak buat kebajikan di tempat orang. Malah itu amalan mulia.

Cuma, mungkin kita boleh lihat negara kita dahulu, tanya pada diri sendiri, pernahkah kita bantu rakyat yang tidak berkemampuan di negara kita sendiri.

Ambil positif ya tentang apa yang kami cuba sampaikan. Kalau kita berkemampuan, tak salah pun kalau kita nak bantu negara lain.

LM the Traveler January 25, 2012 at 12:37 AM  

Salam,

terima kasih kepada fatt kerana membantu saya menjadi 'medium' untuk membantu kanak-kanak di cambodia.

saya sangat tertarik dengan komen dari AieSha, berkenaan dengan cadangannya untuk melihat dulu di negara sendiri akan kepayahan kanak-kanak dan rakyat yang sangat memerlukan.

saya tidak mahu apa yang saya buat menjadi persoalan memandangkan ini adalah kerja amal yang sudah menjadi kebiasaan saya. saya selalu bekerjsama dengan UNICEF dan RALEIGH INTERNATIONAL dalam aktiviti seperti ini di dalam negara. memandangkan saya berasal dari sabah, negeri termiskin di malaysia maka saya agak faham apa itu penderitaan orang miskin dan kanak-kanak yang tidak mempunyai peluang melanjutkan pelajaran kerana tidak mempunyai wang untuk membeli walaupun hanya sebatang pensil.

bulan depan saya ke cambodia untuk melawat beberapa tempat menarik jadi apa salahnya sambil mimum sambil minum air. kalau ada yang sanggup sama-sama menderma untuk kanak2 di sana (saya berani cakap lebih daif daripada kanak-kanak di malaysia), maka saya sanggup untuk membawa. kalau tidak, maka tiada sebarang paksaan :)

saya baru sahaja menubuhkan blog travel saya tahun lepas, maka itu tidak banyak aktiviti kemanusiaan yang saya sempat kongsikan. salah satu yang terbaru saya buat bersama nestle dan raleigh international boleh dirujuk ke link ini: http://barefootedladymariah.blogspot.com/2011/12/community-project-with-nestle-and.html

jika anda rasa ingin menderma hanya pada kanak-kanak dan golongan miskin di dalam negara, maka itu adalah hak sendiri. cuma bagi saya, di mana sahaja kita berada, walaupun sedikit tapi apa salahnya berkongsi... bukan maksud mahu menunjuk-nunjuk, tapi saya ada space lebih 10kg, jadi apa salahnya diisi dengan perkara baik :)

wsalam...

LM the Traveler January 25, 2012 at 12:42 AM  

*sambil menyelam sambil minum air :D

AieSha January 25, 2012 at 1:22 AM  

all da best lady mariah, semoga tuhan berkati walau di mana anda berada...

Fatt January 25, 2012 at 1:52 AM  

TERIMA KASIH DI ATAS SEMUA KOMEN YANG DIBERIKAN. AKU TAK SEMPAT NAK BALAS SATU-PERSATU TAPI AKU BACA SEMUA.

Aku tertarik nak balas komen AieSha. Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan melalui post ini ialah fokus aku iaitu pd blog readers yg ada hobi suka berjalan.

Objektif benda ni ialah sambil melancong kita beri something positif utk penduduk negara yg kita lawat. aku percaya Sha sendiri penah tengok mcm mana keadaan di sana so aku rasa dia patut tau mcm mana susahnya rakyat Cambodia.

kalau korang lihat dari skop yg lebih luas ttg post ni mesti korang akan faham apa yg aku & LM cuba sampaikan. its a bit sad on how u respond to this tapi mgkin korang melihat dari 1 point dan bukan secara keseluruhan.

menjawab pd persoalan penahkah aku bantu masyarakat miskin di negara sendiri jwpnnya ialah YA, aku penah. walaupun aku bkn dari bdn2 spt UNICEF tapi sbg individu persendirian aku penah sumbangkan makanan & pakaian kpd org2 miskin. sumbangan utk masjid pun penah tapi tak perlulah aku mention segala good deeds yg penah aku buat sebab takut dituduh sbg riak.

pointnya di sini ialah SAMBIL kita travel apa salahnya kita sumbangkan something utk rakyat negara lain yang susah. i believe as a traveller you must know that travel isnt only about seeing other ppl's country and learn something bad/good about it BUT to broaden our mind.

tepuk dada tanya diri sendiri are we all kind enuff to do something good for other ppl? i believe that being kind doesnt necessary have to be that we must be from the same country, race, skin colour and etc.

anyway, aku ada some small project lepas ni..something to do with this. aku tak plan nak inform seawal ini tapi your curiosity leads me to spill the beans. aku nak pegi ke satu tmpat di Sabah tahun ni and since aku ke sana jadi aku nak tanya readers sama ada dorg interested nak sumbangkan something utk bebudak miskin kat situ :)

thanks!

Fatt January 25, 2012 at 3:20 AM  

aku nak tambah sikit.

what do u have to say about Msian yg pegi bagi bantuan kemanusiaan kat negara2 lain? should we say the same thing too? psl flood donation, tsunami donation. what about ppl yg pegi buat liputan dkt negara yg ada mslh politik bergolak? kes cameraman Bernama meninggal sbb kena shoot tu if u still ingat.

does it make sense???

i think u fail to see the whole point. and im ashame becoz ppl still have this kind of thinking ni sedangkan volunteer omputih contribute tenaga tulang 4 kerat tanpa sebarang bayaran dan kesanggupan dorg tu langsung takleh nak dibandingkan dgn sumbangan kita yg tak sampai 1% ni.

kepada Syukcruz, Ely, Biq dan Hidayah...i believe all of u have done your part and im VERY VERY proud of you. bukan senang utk kita share apa yg kita ada dgn org lain wlpun dorg bkn dari negara kita.

Malaysia ialah satu negara yg kaya tapi oleh kerana "pembahagian yg kurang adil" jadi ada negeri2 dan tempat2 pendalaman yg tak dpt enjoy benda yg sepatutnya semua rakyat patut enjoy. tapi sbnrnya point aku tak kisahla negeri atau negara tapi yg penting NIAT :)

AieSha January 25, 2012 at 8:02 AM  

salam,

kami faham maksud ko fatt dan lady mariah. kami kalau ada peluang pun, nak juga buat kebajikan terutama masa traveling.

Dan kami mmg sedar tentang bantuan kemanusiaan yg sering kerajaan kita beri kpd negara2 lain.

cuma apa yg kami sampaikan sebelum ni, untuk mencetuskan rasa di hati tentang cara kita melihat sesuatu terutama tentang responsible travel ni.

macam dalam dialog rakan kami tu, yang mempersoalkan tentang 'bantuan' bukan dari orang sini (Malaysia), tapi dari orang sana (Kemboja) sendiri. Diorang sendiri suruh kita lihat balik pada diri sendiri, sebelum kita hulur bantuan ke negara orang, pernah ke kita membantu negara kita sendiri?

fatt, mcm yg kami cakap sebelum ni, ambil positif dgn apa yg kami cuba sampaikan... bukan kami nak perlekehkan apa yg korang nak buat, malah kami dah pun sampaikan sedikit bantuan masa ke Kemboja dulu...

fatt, cara ko respon menunjukkan yg kami tidak bersetuju dgn apa yang ko cuba sampaikan... salah tu...

ambil yg positif, kita berbincang dgn hati terbuka, dengan minda yg luas... nilai semula apa yg kami cuba sampaikan... barulah perbincangan kita boleh membuahkan hasil yg positif...

harap jgn dilanjutkan lagi penilaian yang tidak elok tu. kita punya hasrat yg sama untuk membantu..

pesal idea ko nak bantu orang2 di sabah nanti, kami sokong sepenuhnya. kalau ada rezeki, kami juga akan turut membantu..

salam..

Nowwa Fitri January 25, 2012 at 11:04 AM  

Good info and reminder.

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima dan aku rasa usaha semua untuk membantu tak kira, camana, di mana dan bagaimana adalah sangat baik.

Moga Lady Mariah berjaya dengan misinya dan lain-lain juga tak kira di mana.

Aku akan lebih melihat dengan mata hati lepas ni.Insha Allah!

Fatt January 25, 2012 at 11:26 AM  

Aie & Sha,

Aku & LM terpanggil nak perjelaskan soalan dlm komen korang sblm ni iaitu "penahkah kita bantu rakyat yg tidak berkemampuan di negara sendiri?" dan kami dah pun jawab and YES we did and we hope our answer satisfy u and all the curious ppl as well

aku tak pasti adakah korg klik ke blog LM sblm lontarkan komen yg pertama tapi kalau ya, mesti korang ada baca yg dia nak buat semua tu sbb KEBETULAN pegi ke sana. kata org sambil menyelam minum air dan aku rasa benda tu takde isu sbb trip dia bkn semata2 nak cater the unfortunate kids tapi exploring the country jugak

dan aku cuba utk relatekan persoalan apakah kita penah tlg rakyat sendiri pd aktiviti kjaan & NGO di Msia. dorg pun ada bantu negara lain mcm flood donation, earthquake donation, tsunami donation dan aku rasa semua tu idea yg positif. kami cuba amik teladan dr apa yg dorg buat dan menolong sbg individu persendirian

sbnrnya aku rasa korang yg tak setuju dan keep on stressing the word "cuba amik positive" sedangkan korang yg keep on judging apa org lain buat

personally masa 1st time baca entry LM psl ni aku rasa sedih. aku tak pasti korang ada perasaan yg sama tapi sbb aku penah tgk camne rupa negara Cambodia dan experience sendiri pglmn org mintak nasik (although nasik & stationary is two diff thing). aku sendiri emel dia dan ckp aku nak tlg dia raih fund kat blog ni and the rest is history

as a traveller this is the best we can do bcoz other ppl lgsung takde chance nak travel tapi kita ada peluang tu dan aku melihat benda ni dari perspektif lain dan aku mmg support the idea of helping each other & the less fortunate

cuma kenapa kita perlu terefek dan goyang bila 1 local ppl stir the issue? if we firm and know that its not he that judging but HE above there, then everyone inc you should be positive and take it with an open mind

our contribution not even close to 1% but thats the best we can do...

i dont want to prolong the comment either but somehow we feel a little offended and thats why myself & LM response. i even surprise when you said i make negative statement (penilaian tak elok) whilst i tried to clear things up + explain + response to your curiosity

we never push or make it mandatory to all but we ask whether IF other ppl want to contribute too, dats all

im just wondering why this issue became so big since we dont even ask for a single ringgit/cent!

*sigh*

lastly. i hope no one will take this as an opportunity to write in his/her blog..and i hope takde komen balas lagi coz im sad ok. enuff


wasalam

Aspen January 25, 2012 at 1:39 PM  

pergh....never even been crossed in my mind perkataan RESPONSIBLE TRAVEL tu Fatt...betul2 buka minda

Leez M. Saaid January 25, 2012 at 1:56 PM  

good job fatt..
tapi lagi banyak pahala jika kita dapat bantu kaum muslim di sana....seperti bagi sejadah, al-quran, telekung dan bahan bacaan agama etc.

Rasanya ramai gak org kita gi sana utk bersedekah.

BlueEwoke January 25, 2012 at 3:34 PM  

Bagus entry kali ni, membuka minda, mata dan hati :)

Tak kira dimana juga kita berada beri sumbangan, luar negara/dlm negara, semuanya baik belaka, janji niat dihati tu betul, bukan untuk ditunjuk2 atau dibangga..diharap yg sudah memberi sebelum ni, terus2kan memberi (jika mampu), yang akan memberi tu, teruskan jua..hari ini hari kita, esok lusa sapa yg tahu?

So sama2 la kite tolong apa yang patut..sekian..hehehe

AieSha January 25, 2012 at 4:26 PM  

salam fatt,

harap kita sama2 tenang dalam berbincang ttg perkara ni.

"its a bit sad on how u respond to this tapi mgkin korang melihat dari 1 point dan bukan secara keseluruhan".

"i think u fail to see the whole point. and im ashame becoz ppl still have this kind of thinking ni sedangkan volunteer omputih contribute..."

fatt, itu antara respon pertama kau pada komen kami. Statement tu menggambarkan penilaian kau terhadap komen kami.

dari statement tu, jelas kau salah faham dengan apa yang kami cuba sampaikan.

kami langsung tak perlekeh apa yg korang nak cuba buat, malah kami dah buat pun. walau tak banyak, tapi kami sumbang apa yang mampu. Maksudnya di sini, kami menyokong 100% apa yang korang cuba nak buat.

Cuma kami nak cetuskan sedikit rasa di hati, mungkin ada yang tak pernah terfikir... kadang2 kita terlalu memandang jauh sedangkan yang dekat dengan kita, kita tak perasan pun.

Pesal kau pernah memberi sumbangan di negara kita, bagus lah kalau macam tu. tapi orang lain macam mana? mungkin diorang tak pernah terfikir.

sbb kami sendiri tak pernah terpikir tentang perkara tu, tapi bila kawan kami, Lan menceritakan tentang bagaimana kawannya yang merupakan rakyat Kemboja sendiri mempersoalkan balik tentang pemberian sumbangan tu, jadi terdetik di hati kami, betul juga apa yang dia kata.

sebab itu kami minta kau amik positif terhadap apa yang kami cuba sampaikan. fahamkan betul2. kami bukan nak condemn dengan apa yg korang cuba nak buat.

cuba tengok sendiri komen LM, komen dia bagus. dia tidak cepat melatah, dan kami yakin dia faham apa yang kami cuba sampaikan.

sekali lagi kami nak tegaskan, kami sokong 100% usaha murni ini! cuma kami nak ajak rakan2 traveler sama2 berfikir, berbincang... itu je..

wasalam...

Fatt January 25, 2012 at 6:05 PM  

Aie & Sha,

actly bila aku tgk korang memanjangkan lagi benda ni aku tertanya2 what up with u guys...?

aku rasa korang fail utk baca komen aku mcm korang baca komen LM. if not, korang takkan judge aku mcm2. aku juga tak paham bila korang bleh cakap komen LM bagus, komen aku tak bagus..its funny u know. nape korang so judgmental terhadap aku?

id like to use your phrase which is "cuba amik positif". now can u you do me a favour? apa kata korang cuba amik positif dan baca apa aku taip ni sepositif yg boleh. bleh?

oklah, aku dah malas nak ulas lagi. if u dont like the idea you can just ignore. i believe that some thing is better left unsaid. dari kita sibuk nak betulkan dan ckp org ni itu ini it will make u look sadder, if u know what i mean

as a fren, i believe i dont have to act until to the extend that will hurt my fren. i dont know about u but thats what i think

nuff said. and i mean it.

jay jamil January 25, 2012 at 6:12 PM  

fatt,

good point.

travel sambil beramal tak sama sangat dengan beramal sambil travel, pada pendapat aku la...

for me, responsible tourism means kita bebas nak pegi mana sama ada dalam negara atau luar, janji kita menjadikan perjalanan tu semakin bermakna dengan menolong orang lain, ye tak? jadi tiada priority la aku rasa.. we are free to do it at our own time or way.

Beramal sambil travel? for example, short bound programs like baktisiswa etc etc (masa uni)di semenanjung dan di sabah/sarawak dulu pun cukup membuktikan rakyat malaysia sangat prihatin. Tapi agak sedih jugaklah sebab tiada kajian impak dari hasil keje amal yang dilakukan seolah olah penduduk di negara ini kalau ada jer golongan yang ingin membantu, macam tau tau jer tak payah bersusah payah nak mengubah nasib... nanti bantuan sampai...sebab semua dah biasa dengan spoon feeding, percaya lah.
Ni banyak yang terjadi kat rumah-rumah anak yatim yang berhampiran dengan kawasan Lembah Klang. Tapi malas elaborate part ni....

Sebab tu aku sokong usaha membantu rakyat cambodia tu kerana situasi mereka tak sama dengan kita. Kita pun boleh bertukar idea sebab orang-orang macam ni pengamatan hidup mereka begitu luas berdasarkan pengalaman akak bergaul dengan delegate delegate negara ketiga. dan of course, being Malaysia, we always feel grateful with many effort to improvise our life standard here.

Bukan lah nak rasa riak kita dah makin maju tapi untuk yang selalu kondem kekurangan negara, bila kita beramal di luar baru nilai keselesaan itu dirasai sebenar-benarnya....

MULAN January 25, 2012 at 9:47 PM  

10 years menetap di vietnam since 1997, byk yg kami lalui & pelajari..

kesusahan mereka ni (di cambodia & vietnam) tak dapat dibandingkan dengan kesusahan rakyat malaysia..

kesungguhan mereka jugak tak dapat dibandingkan dengan kesungguhan segelintir rakyat malaysia (bukan semua tau).. sebab saya & sebahagian kawan2 sewaktu di sana gagal part yg ni..

keep up the good work, fatt..!!!

fatt January 25, 2012 at 11:37 PM  

jay jamil & mulan,

terima kasih sbb faham apa yg sy cuba sampaikan dlm post ni. sy hanya bertindak sbg medium utk membantu Mariah mendapatkan bantuan alat tulis utk kanak2 di sana dan sy percaya kita tak perlu prejudis utk membuat sesuatu yg memberi benefit pd org lain..tak kira dr mana asal seseorg itu dan latar belakang mrk

sy jgk setuju yg rakyat di msia tidaklah sesusah spt rakyat di sana...wlpun trdapat segelintir rkyat msia yg hidup terpinggir tapi kita ada saluran yg boleh memberi mrk bantuan. bkn hendak menganaktirikan rakyat sendiri tapi apalah sgt utk sumbangan sekecil pen, pensil dan pembaris?

sy cuma mengikut gerak hati dan sy rasa tak salah kalau kita membantu. kalau kita kekal dgn sikap "aku,aku" dan "kau,kau"..sampai bila pun kita takkan buat sesuatu

wallahualam

anggerik desa January 30, 2012 at 10:55 PM  

hai fatt...
i terbaca u nak contribute somting kat sabah..nanti u war-warkan..i pun nak membantu gak..contribute somting..nanti update ok...

Azizan Zolkipli February 3, 2012 at 9:28 AM  

yeahhh, 'responsible travel' adalah lebih baik kerana kita benar2 menghayati keadaan setempat. kalau pun tak dapat memberi sumbangan dalam bentuk material, juga boleh dalam bentuk tenaga, buah fikiran. kadang2, mereka ada segala kemudahan tapi tidak mahu bersekolah, Wakjan ambil contoh. yang ini Wakjan fikirkan dalam ruang lingkup tempatan, bukan di luar negara yek.

jadi apabila kita ke sesuatu tempat tu. kita juga boleh jadi macam kaunselor tak rasmi bagi penduduk tempatan. ianya boleh dilakukan di kedai2 kopi, kat surau, simpang tepi jalan, pondok menunggu bas dsbnya asalkan dalam keadaan yang mereka selesa.

yang penting, kita harus 'memasuki dunia' mereka barulah boleh untuk melakukan perubahan, tak besar, kecil pun jadilah ...

insyaAllah, saya akan banyakkan lagi 'responsible travel' sepanjang kembara nanti ...

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP