Made In China : Beijing (Part 1)

February 24, 2012

Satu perkara yang aku suka pasal keretapi di China ialah ETD & ETA yang tepat. Tak kira bullet train atau keretapi biasa jadual perjalannya memang tepat dan ini memudahkan terutama sekali bila terpaksa berurusan dengan masa. Sebaliknya berlaku bila naik keretapi Thailand, Indonesia dan Malaysia sebab memanjang delay dan terlajak. *aku belum penah naik keretapi kat negara lain jadi judgement aku agak terhad

Apabila sampai di Beijing South Railway Station semua penumpang berpusu-pusu keluar dari perut keretapi dan berjalan ke satu arah. Aku hanya mengikut kumpulan manusia tersebut sehingga melepasi pintu berpalang automatik ke ruang arrival. Bila keluar saja dari situ aku ternganga sebab tak boleh nak recall langsung tempat ni, totally berbeza dengan apa yang penah aku tengok tahun 2010 dulu.  Aku rasa bangunan ni dah mengalami major renovation dan terlalu complicated dan dibahagikan kepada zon Utara, Selatan, Timur dan Barat. 

Untuk pengetahuan semua, besarnya stesen keretapi China ni macam sebijik epot. Oleh kerana terlalu ramai pengguna jadi sebab itulah stesen keretapi ni besar. Kita selalu tengok orang berpusu-pusu naik public transport bila musim cuti tapi kat sini beginilah situasinya setiap hari. Jadi kalau merancang naik keretapi di China maka kenalah datang awal, sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum untuk mengelakkan queue yang panjang. Kenapa kena queue? Sebab sebelum masuk ke Departure Hall kita akan melalui mesin pengimbas dan luggage x-ray dan urusan ni memakan masa yang panjang disebabkan crowd yang ramai.

Mengikut perancangan, bila sampai di South Railway Station (SRS) aku nak pegi ke West Railway Station (WRS) sebab nak beli tiket keretapi ke Xian. Dari SRS ke WRS kena naik bas sebab takde subway yang menghubungkan kedua-duanya. Dalam kebuntuan mencari arah ke tempat menunggu bas akhirnya aku amik keputusan untuk menunda hajat ke West Railway Station dan segera ke hostel sebab hari sudah gelap (musim sejuk sunset 5.30pm). Walaupun risau tiket ke Xian mungkin habis tapi aku takde pilihan. 

Pastikan tiket keretapi dibeli secara advance sekurang-kurangnya 10hari(max) ke 3hari(min) sebelum tarikh perjalanan bagi mengelakkan sold-out.

Semak jadual perjalanan keretapi terkini dan harga tiket di www.chinatrainguide.com. Jadual sentiasa berubah so kena selalu check. Untuk info dan tips berkaitan travel menggunakan keretapi di China boleh jenguk di Seat61.

*ada info kata boleh beli tiket keretapi online tapi so far aku tak dapat nak pastikan ketepatannya tapi boleh cuba jenguk pasal ni di www.china-train-ticket.com atau www.chinatripadvisor.com. 

orang ramai berbaris untuk melalui pemeriksaan sebelum dibenarkan masuk ke dalam stesen keretapi
kena datang awal sebab kalau lambat alamatnya kena tinggal

Oleh kerana aku dah amik keputusan untuk pegi ke hostel jadi aku terus masuk ke stesen subway yang terletak di dalam stesen keretapi. Selalunya pada hari pertama sampai di sesebuah tempat aku akan book penginapan untuk malam pertama dan kedua tapi untuk hari yang seterusnya aku akan guna kaedah last minute booking atau redah-terjah. Chances untuk mendapat penginapan cara last minute lebih mudah bagi solo atau duo traveller tapi ini tertakluk kepada mereka yang tinggal di dorm (sebab setiap hari akan ada orang yang check-out). Tapi bagi mereka yang travel dalam kumpulan dan mementingkan privacy, kaedah redah-terjah atau last minute booking ini tidak digalakkan.

Senarai hostel boleh check di HostelWorld atau HostelBookers. Sila baca review sebelum booking. Aku prefer HostelBookers sebab takde service charge tapi kelemahan HostelBookers ialah takde aplikasi untuk narrow down selection contohnya senarai hostel yang ada female dorm. Aplikasi option ada dalam HostelWorld tapi kelemahan HostelWorld ialah setiap booking akan dikenakan service charge USD2. Deposit sebanyak 10% akan dicaj bagi setiap booking yang berjaya (applicable to both website).

Aku memilih untuk tinggal di Candy Inn atau 1 Hai Inn yang terletak di antara stesen subway Yonghegong dan Beixin Qiao. Kawasan ini terkenal sebab ada sebuah temple iaitu Lama Temple dan ia menjadi tumpuan penganut agama Buddha dan dikatakan temple ini merupakan "the most renowed Tibetan Buddhist temple outside Tibet". Tapi alasan aku memilih hostel ni bukan sebab ada Lama Temple kat situ tapi sebab ia mudah di access dan berdekatan dengan stesen subway.

Lagi satu perkara yang aku suka tentang Beijing ialah ke mana-mana saja destinasi yang kita nak tuju dengan subway harganya ialah 2Yuan (RM1). Tak kira jauh atau dekat harganya tetap 2Yuan, best kan?

Jarak dari kedua-dua stesen subway ini ke hostel lebih kurang 5minit berjalan kaki dan jika exit dari Yonghegong kita akan melalui Lama Temple di sebelah kiri sebelum berjumpa lorong Beixin Hutong di sebelah kiri (lokasi hostel). Jarak dari Beixin Hutong ke hostel lebih kurang 1minit berjalan.

Apabila sampai di sana aku mengeluarkan kertas yang tertera booking reservation untuk aku dan Intan. Siapa Intan? Aku pasti akan ada yang confuse sebab sebelum ni aku bagitau yang aku travel solo pastu tetiba keluar nama Intan, kenapa ye?

Jika pembaca blog ini masih ingat, dulu Intan penah menghantar email kepada aku untuk tips berkaitan travel secara solo dan overland. Siapa sangka aku akan bertemu Intan di Beijing sedangkan kami berdua berasal dari negara yang sama. Aku belum penah bertemu Intan sebelum ni dan ini bakal menjadi pertemuan kami yang pertama di tanah asing. Sebenarnya benda ini tidak dirancang sama sekali dan semuanya berlaku secara kebetulan. Dia akan menghabiskan siri jelajah overland dari Ho Chi Minh ke Beijing sebelum pulang ke Malaysia manakala aku buat last minute decision untuk travel dari Beijing hingga ke Chengdu.

Intan sedang dalam progress menyiapkan travelog pengembaraannya dan boleh jenguk blog dia di sini.

Sebenarnya hati aku rasa gelisah sebab 2 hari sebelum berlepas ke Beijing aku tak sempat nak login internet dan tinggalkan nombor telefon untuk Intan. Cuma seingat aku, 2 hari sebelum tu aku ada tanya pendapat dia pasal Candy Inn tapi belum sempat dia bagi jawapan aku dah terbang. Aku berdoa mintak-mintaklah Intan datang sebab katanya dia akan dapatkan keretapi dari Shanghai ke Beijing malam ni. Phew~


bersambung....
.

25 comments:

uMi aishah February 24, 2012 at 8:37 PM  

info agak lengkap,tp lack of pic ni sis...x puas la nk cuci mata!!!

:)

masMZ February 24, 2012 at 8:40 PM  

datang awal sebab nak kena queue lama memang ngalahkan nak pi check-in kat airport!

Janggel February 24, 2012 at 8:52 PM  

OHMAIIIII

ramainya orang !!! Teringat pulak masa beratur kat Lost World USS haritu.

bdk2 @ John February 24, 2012 at 9:19 PM  

ya ALLAH...ramai giler ok! mau kene dtg awl ni..kalo tidakk mmg bye2 la jawabnya.

BlueEwoke February 24, 2012 at 9:35 PM  

Ni yg aku seram tgk kena beratur panjang nehhhhh..huhuhuh.gigihkah aku?? tapi kalu time sejuk ok la kot kan hehehehe

Tak sangka plak timing train kat China tepat, ingatkan caca merba gak..bagus jugak tang ni..

dzuchan February 24, 2012 at 10:06 PM  

train station= epot..wahhh...boleh sesat dlm lautan manusiaaaa..& boleh hilan sabar hehehe

Anash February 24, 2012 at 10:56 PM  

ramainyer manusia beratur...
ish
gigih tuh...
mcm tak sesuai kalau nak bawak budak kecik...orr ada special lane utk kekanak/orang tua/oku?? mesti ada kan...(agak eh laa..)

dekdaa February 25, 2012 at 12:08 AM  

huh mcm sardin.

Yes aku suka!
Kalaulah kat Malaysia ni naik apa jua public transport (kecuali cab / ERL) tu RM2... aku rasa kureng sesak jln :D

mohd nasrul asyraf bin ariffin February 25, 2012 at 1:59 AM  

hostelworld klu dah daftar jadi ahli tak kene service charge....mula 2 dia still tulis service tapi time bayar deposit dia kira byr deposit jer..tapi kene daftar jadi ahli ler, dulu daftar freee jer...

AjlaA February 25, 2012 at 7:34 AM  

ramainyeeeeeeeeee~

sy suka penggunaan perkataan gelisah di bwh itu. hihi

AjlaA February 25, 2012 at 7:35 AM  

ramainyeeeeeeeeee~

sy suka penggunaan perkataan gelisah di bwh itu. hihi

Azizan Zolkipli February 25, 2012 at 4:31 PM  

tak ingat pulak Wakjan pernah jejak kaki ke idak di stesyen keretapi Beijing South tu. tapi kalau Beijing West, konfem pernah gi. besor macam airport suasana kat situ ... ambil tren di situ untuk ke Hohhot di Inner Mongolia.

paling suka dlm tren di China ni, ada tangki air panas untuk minuman. boleh bancuh air atau makan mee segera. mee segera kat sana udah jadi macam budaya diaorg pulak ...

m.u.l.a.n February 25, 2012 at 10:50 PM  

maaakkk... ramainya q..

tqs for sharing dear..!!

Miss. Tina February 26, 2012 at 12:59 AM  

Mesti orang China macam Jepun gak kan serba serbi nak cepat dan pantas. Tapi one thing bagus pasal negara dorang nih Transport system sangat efficient sebab tu they prefer naik tren compared drive walaupun terpaksa bebraris panjang menunggu giliran.

Ely Hasrul February 26, 2012 at 11:29 AM  

adoii aku mmg bz xsempat nk baca entry sume org.. wahh beshnye ketapi gitu dgn reganye gitu.. mau bwk sami patu keje dia ari2 naik ketapi hahahahhaa

shah_rule February 26, 2012 at 2:16 PM  

aku pun maen redah je g kaunter beli ticket, let say kalau book kat internet die pakai USD, sentap aku! mahal 3 kali ganda..
ramai benor orang, ke tengah peak season lagik orang tak puas beraya kot..

gadisBunga February 26, 2012 at 6:58 PM  

makk aii...stesen ketapi beso airport. siyes la kene gigih kalau nak meredah lautan manusia tuhh!!

Lavender February 27, 2012 at 9:18 AM  

Fatt,

ko gelisah, aku pun gelisah.. hahaha.. Kat shanghai tu, sanggup aku lepaskan peluang ke Exhibition hall semata2 nak cari cyber cafe sebab nak email ko.. Phone aku pulak buat hal tak dapat nak call out dah.. huhu..

Kat shnaghai plak, aku tak leh beli top-up.. Last2 tawakal je la aku redah ke Candy Inn.. Nasib baik Allah swt sampaikan bantuan tengah2 malam tu.. Selamat la jugak aku jejakkan kaki di Candy Inn.. Anyway, malam tu adalah pengalaman yang sangat menakutkan sbb campur perasaan gelisah+resah+takut+excited nak jumpe ko.. hahaha

btw, poskad ko dari Xi'an dah sampai.. thank u aite... Aku baru je turun dari Gunung Ledang ni.. kaki masih sakit.. huhu..

Biqque February 27, 2012 at 10:53 AM  

aku dulu seb beik ada cina mesia tlg belikan tiket hahahaha! naik taxi pun ngan dia, bertuah sungguh kitorang, kalo tak, jenuh gak la nak buat sign language macam masa nak gi epot, aku buat kapai terobang, dia buat burung! hahaha!

Azian Elias February 27, 2012 at 1:22 PM  

pegi Beijing tahun 2001. lepas tu tak suka nak ke sana pun. sebab food lha. akka kurang suka chinese food..

tak tau lah nanti2..

interesting gak kan dapat naik train.

jay jamil February 27, 2012 at 4:05 PM  

humaih, ramainya manusia.. lomah den nengok, tapi kerna terpaksa harus ditempuhi juga.....

Fatt February 27, 2012 at 6:17 PM  

umi,
ni baru mukhadimah le...sabau!



masMZ,
haaaa...tau takpe. terpaksa beb sbb rakyat dorg ramai gila



janggel,
ini baru hari biasa...kalau time CNY agaknye camne la ek?



john,
nanti klu ko nak buat overland kat sini mmg kene dtg awal



na,
na, pesen dorg ni dahla jenis potong queue...mmg kesabaran ko kena tinggi mcm mt everest la kat cni....kat cni teknologi moden tp minded masih 3rd world



dzu,
hahaha....ye...mmg kesabaran ko akan diuji sbb dorg ni pesen langgar2 je



anash,
takde spesel lane akak...sume pukul rata....sedih kan?

Fatt February 27, 2012 at 6:54 PM  

dekdaa,
kat india ritu gini ke lagi dasat?

klu public transport kat msia ni efisyen barula aku rasa nak naik. klu tak, koser....!



nasrul,
jadi ahli tu mmg free eh? klu free aku nak regis jgk le..tq for info!



ajlaa,
gelisah, debor dan segala yg sama waktu dgnnya..hehehe



wakjan,
ye wakjan, west railaway stesen amatlah beso. tp yg south ni pun dah renovate kasi besor..mmg lain sungguh. wakjan dah sampai mongolia ke? bestnya!!

haaaa...ya betul..dorg ada air panas sbb dorg suka mkn mee segera...kihkihkih...tp yg best tu free :)



mulan,
kat mesia time raya jela bleh tgk gini kan?



ms.tina,
tepat sekali. dorg ni jalan mcm ketapi..laju gile. kita je jalan slow...yg pelik tu kaki dorg takdela pjg tapi langkahnya luas. kat cni rasanya klu drive bleh sakit jantung sbb dorg jenis tak sabar



ely,
aku rasa sammy mesti suke sbb ketapi dorg bleh tido



shahrule,
itulah...serba serbi nak USD kalau kat website...koser aku nak sedekah ke situ. ni kalau aku zoom out gmbr ni agak2nye kome pun pengsan sbb barisannya maha panjang



gb,
kalau jalan reramai kena pegang tali sbb bleh terpisah...kekekeke



lavender,
mau aku tak gelabah...risau aku weh klu ko tak sampai. nasib baikla beijing-shanghai ada fast train dah skrg, klu thn 2010 dulu jgn haraple...

apapun terima kasih sbb gigih utk sampai ke hostel. aku rasa time aku terjaga dari tido tu mesti sbb ko terdetik nak cari aku...ada telepathy kita ni..haha

uit ko naik ledang jgk ke? gagah gile. pasni gng mana plak?



biq,
ko buat sign kapal terbang, dia buat sign burung??? HAHAHAHA....aku siyes rasa kita sume perlu amik kelas bahasa cina dgn lily



azian,
kak, chinese food sedap le....tapi takkan sbb food je dah takmo dtg china..rugi le...nanti pegi Xian tau..best!



jay,
itulah, nak taknak kena redah jgk sbb tiketnya dah beli. mahal plak tuuu....bocor poket

dekdaa February 27, 2012 at 8:48 PM  

Ko punya lg dasat bersesak2 camnih.

Kitorg rasa dasat masa terjumpa flasher tu je hahahahah.

Lavender February 29, 2012 at 10:10 AM  

fatt,

aku berjaya menawan gunung ledang sabtu hari tu walaupun aku tak sihat... memang sakit gak la sebab badan aku masih lemah.. pasni, aku tak tahu la lagi nak naik gng mana.. sebab aku mmg dah tak leh naik gng dah tapi aku ni degil . huhu.. skrang tanggung la sendiri..

btw, group aku cakap nak suka2 naik gng datuk.. kiteorng dah naik gng datuk, n.9 tahun lepas.. ini saja2 nak naik nak panaskan kaki.. gng datuk 2 jam je nak sampai puncak.. senang aja..

kalau jadi, ko nak join x? hehe

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP