Made In China : Beijing (Part 2)

February 27, 2012

Waktu setelkan duit accommodation aku mintak receptionist hold booking Intan disebabkan status kehadirannya yang 50/50. Dalam email terakhir sebelum terbang ke sini aku dapat tau yang dia terkandas di Shenzhen sebab tiket keretapi ke Shanghai habis. Memandangkan tiket available 2 hari kemudian so dia pegi ke Hong Kong dulu.


Rate 1 malam untuk dorm stay di Candy Inn / 1 Hai Inn ialah 35Yuan termasuk deposit 100Yuan.

Sebenarnya aku tengah gabra memikirkan tiket keretapi ke Xian. Sepatutnya beli harini tapi tak sempat so pagi esok aku kena cepat-cepat setelkan. Kalau boleh aku nak naik keretapi malam tapi kalau tak dapat pun takpe sebab setiap hari ada 10 trip keretapi ke sana. Tapi dalam kes Intan, keretapi dari Shenzhen ke Shanghai cuma ada 1 trip setiap hari jadi sebab itulah dia terkandas.

dorm yang aku stay. sama macam dalam gambar (source)

Selesai urusan check-in seorang staff menunjukkan aku arah ke dorm. Dorm yang aku duduk ni agak besar untuk 3 buah katil double decker (6 beds), ada almari locker dan toilet en suite. Nampaknya 4 buah katil dah berpenghuni kecuali sebuah katil double decker. Aku pilih katil bawah dan reserve katil atas untuk Intan. Tanpa berlengah aku letak backpack dan turun ke communal area. Kat sini ada 2 buah kompiter untuk kegunaan penghuni hostel. Kalau bawak laptop sendiri atau gajet yang canggih boleh guna free wifi (tak silap aku free wifi ni boleh access sampai ke dalam bilik).

Aku sempat menaip entry ni dan kemudian check email. Ada email dari Intan dan email itu dihantar 2 hari sebelum dia bertolak ke Shanghai. Memandangkan itu email yang terakhir jadi dia tinggalkan nombor telefon. Tanpa membuang masa aku terus call tapi suara mesin yang jawab. Aku langsung tak faham apa si amoi operator tu cakap. Aku dail lagi sekali dan suruh budak receptionist tu dengar.  Kata budak tu nombor Intan tak dapat dihubungi sebab dia tutup henfon. Ah sudah! Nape dia tutup henfon time kritikal ni? Ke henfon dia abis bateri? Ke henpon dia kena curi? Ke sebenarnya dia tak datang? Ke dia prank aku? Prank? HAHAHAHA. Iskk tak mungkin! Aku kena fikir positif. Positif!

 Ya Allah, permudahkanlah segalanya...ameen!

Rasanya budak reception tu nampak riak cemas di muka aku. Mana taknya, sekejap aku duduk, sekejap pegi ke kompiter, sekejap mundar-mandir sambil dail nombor dia. Kredit henfon semakin surut dan nampaknya aku terpaksa beli simkad China.

Setelah mendapatkan info yang diperlukan aku menapak keluar dari hostel dan merempuh suhu -6celcius. Ini bukan kali pertama aku travel dalam winter tapi sejuk yang ini memang lain macam, angin Siberia mungkin! Menurut local, tahun ni salji tak turun, kalau ada pun kat bahagian utara bersempadan Mongolia & Rusia. Aku rasa lebih baik takde salji sebab kalau ada nanti banyak benda akan delay dan kansel contohnya keretapi. Cukuplah sekali merasa pengalaman terkandas di airport Christchurch tahun lepas disebabkan salji tebal, memang perit.

Kedai telefon tersebut terletak di seberang jalan yang sibuk.  Di China kalau nak melintas jalan kita kena melintas macam ayam sebab pemandu kat sini takkan berhentikan kereta. Pada mulanya aku keliru sebab arah trafik di China opposite dengan Malaysia. Selalunya kita akan pandang ke sebelah kanan sebelum melintas tapi kali ni kena pandang ke sebelah kiri. Pada pemerhatian aku keadaan trafik di sini agak serabut dan mereka suka memandu dengan laju. Kalau melintas macam catwalk model chances nak kena langgar agak tinggi so melintaslah seperti local.

Aku tak pasti berapa banyak mobile operator di China tapi LP (Lonely Planet) recommend China Mobile (mungkin sebab murah). Harga simkad China Mobile di antara 60Yuan ke 80Yuan bergantung pada nombor termasuk 50Yuan topup. Tapi di kedai China Mobile yang aku pegi ni dia jual simkad 80Yuan termasuk 20Yuan topup. Mahal gile kan? Hampir RM40 kalau convert ke RM. Kalau di Malaysia harga starter pack cuma RM5 tapi kat sini tersangatlah mahal. Sebenarnya simkad memang tak termasuk dalam bajet sebab aku bukan jenis yang terlalu bergantung pada telefon tapi kali ni aku terpaksa.

Dengan berat hati aku bayar 80Yuan dan suruh pekedai tu activate simkad dan masukkan topup (sebab semua arahan dalam bahasa Cina). Setelah selesai aku hantar sekeping sms kepada Intan dan bagitau yang aku sedang menunggu di Candy Inn.

China Mobile prepaid
kertas topup. koboi tak?

Aku balik semula ke hostel untuk berehat memandangkan aku belum lagi berehat sejak malam semalam. Entah macam mana sedang aku berfikir pasal masalah ni tiba-tiba aku terlelap. Hampir 2jam aku terlelap dan tiba-tiba aku terjaga secara mengejut. Jam menunjukkan hampir pukul 1pg dan aku check henfon – takde mesej. Hati aku rasa tak sedap. Aku bingkas bangun dari katil, sarung baju sejuk dan turun ke communal area untuk check email. Manalah tau kalau-kalau ada email dari Intan.

Sedang aku mengemaskan duduk di atas kerusi tiba-tiba aku terdengar satu dialog, “I’m looking for my friend. She’s from Malaysia”. Aku rasa tertarik bila dengar perkataan Malaysia. 

Eh? Entah-entah dia ni....???, kata aku dalam hati.

Aku bangun dari kerusi dan berjalan merapati seseorang yang sedang berdiri sambil menggalas sebuah backpack di hadapan meja reception. Aku masih belum nampak muka orang tu sebab dia berdiri membelakangi aku dan di sebelahnya ada seorang lelaki China.

“Ermm....awak ni ke Intan??”. Aku menepuk bahu dia dan bertanya secara spontan. Maklumlah tak penah lagi berjumpa, cuma penah tengok sekali dua dalam blog, itupun tak berapa nak cam.

“Ini Fatt eh?”, dia tanya aku balik. Aku rasa dia pun wonder siapa aku sebab tak penah tengok.

Aku rasa dah macam rancangan Jejak Kasih waktu tu, punyalah happy gile. Ya Allah, aku rasa bersyukur sebab akhirnya semua selamat. Tuhan saja yang tau betapa risaunya aku bila tak dapat contact tadi. Aku rasa mungkin itu petanda bila tiba-tiba aku terjaga secara mengejut dari tido. Bab instinct ni aku tak nafikan ke”magikan”nya. 

Rupanya lelaki China itulah yang menolong dia sampai ke sini. Katanya bila turun dari teksi dia tak tau nak tuju ke sini dan kemudian lalu hamba Allah ni. Alhamdulillah, syukurlah semuanya selamat. Kami mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu dan dia pun beredar.

Tanpa membuang masa kami selesaikan hal booking dan selepas berborak-borak kami balik ke dorm.  Sekarang bolehlah aku berehat dengan tenang sebab takde apa yang perlu dirisaukan kecuali tiket keretapi ke Xian. Esok aku bercadang nak pegi ke West Railway Station untuk setelkan hal tiket sebelum panjat Great Wall. 


bersambung....
.

33 comments:

Iza Hyun J @ paE February 27, 2012 at 1:36 PM  

Fuyooo giler cuak. Klu aku pun sure xleh dok diam risau...

Janggel February 27, 2012 at 1:58 PM  

Ada laksa lebih tak?

Aku suka pat sekeping sms tu heheh. Gila tabah ko kan..... Kagum.

bdk2 @ John February 27, 2012 at 2:04 PM  

wow! drama pulak entry ko kali ni..dpt bayangkan kegelisahan yg berlaku. papepun, sumenya selamat..

Irfa February 27, 2012 at 2:21 PM  

sambil baca sambil risau (hehe)
sib baik berjumpa juga akhirnya

gadisBunga February 27, 2012 at 3:16 PM  

seb baik memasing pandai cari jalan. siyes. self survival skill time cenggitu adalah sangat diperlukan. kalau yg jenis cepat give up tu alamat mmg tak berjumpa lah korang.

Lavender February 27, 2012 at 3:27 PM  

Fatt,

aku tahu cam mana ko rasa time tu.. sebab aku pun punya lah gelabah giler masa aku sampai di Beijing South Railway Station dari Shanghai.. Aku sampai kul 11 malam.. MRT last kul 10.40 pm.. Dah la orang kat situ semuanya tak tahu cakap bhs Inggeris.. Fuhh! Mengucap panjang aku..

Last2, ade sorang kakak ni (Chinese dari Beijing), die tunggu kawan die dari Shanghai gak. Sib baik die tahu cakap bhs Inggeris.. Die tolong aku cakap pada driver teksi yang aku nak ke station MRT Yonghegong memandangkan driver teksi tak tahu cakap bhs Inggeris..

Dalam teksi lak, kiteorng cakp mcm anjing & kucing.. masing2 tak faham apa yang nak cakap sebenarnye, last2 driver tu tefon anak die yang tahu cakap bhs inggeris.. sebenarnya aku nak ke Lama Temple.. actually, local people panggil Yonghegong Temple, tapi dalam google map, tulis Hostelworld tulis Lama Temple.. Tu yang misunderstanding tu.. huhu..

Otw ade jumpe mamat China tu, die ngan GF nya.. Sib baik dieorang tahu cakap bhs Inggeris.. Mamat tu sangatlah baik, die bukak Google map die dalam IPhone and siap search no.phone CandyINN tu, die siap call CandyInn tu.. dan teman aku sampai la aku jumpe Fatt..

UIhhh!! Cuak giler.. Mamat tu pun kesian tengok aku dan risaukan aku gak.. Ye lah, 1 pagi tu, aku nak mencari hostel.. Huh!! But i finished it with happy ending :-)

jay jamil February 27, 2012 at 4:04 PM  

fatt, conpem citer ko ni leh wat novel... berdebar aku membaca.. boleh bayangkan macam mana....

missSenget February 27, 2012 at 4:41 PM  

aku terasa kegembiraan ko dapat jumpa intan tu..


owhh...leggaaaaaa...

rasa cm nk nangis..!

err..emosi kan aku..

BlueEwoke February 27, 2012 at 5:33 PM  

Adehhh suspen jugak baca entry kali ni. Tidak dinafikan telepon penting utk dibawa travel, especially kena kes2 cam gini, senang nk contact kot apa2.. Hmm.. macam baca citer bersiri plak..nak lagi siri berikutnye hehehe..

Dan betul kata lily, doa musafir ni memang mujarab :)

Weh laksa? aku nk jugak hahaha..lain kali pot luck kat umah aku, ko buat laksa ok!!hehehe

m.u.l.a.n February 27, 2012 at 5:56 PM  

suspen sungguh.. alhamdulilah dapat jgk jumpa intan..

Anash February 27, 2012 at 6:14 PM  

fatt,
macam baca novel seram bercirikan drama...(amende akak nih?)

akak tak leh hadapi situasi camtuh..panic button will trigger easily......

hehe

Fatt February 27, 2012 at 7:02 PM  

iza,
hahaha...tido tak lena weh...



janggel,
ha itula ko...aritu makan sikit...kan dah teringt2...nanti aku buat lagi tapi mslhnya john tak makan...kemahin demand....kahkahkah

uih mana tak gelabah, klu tak sampai anak org ni habislah aku



john,
kan aku dah kata ni drama bersiri 100 episod!! HAHAHAHA



irfa,
suspen ye....hahaha..pasni ada lagi siri2 saspen...hehehe



gb,
alhamdulillah dipermudahkan. doa tu penting beb, aku sgt2 percaya pd doa especially time bermusafir sbb mintak apa je mesti dipermudahkan..syukur sgt



jimmy,
makasih jim



lavender,
ko tau...aku rasa kes ko berulang pd aku...kakaka..tapi aku takmo spill the beans sekarang, so korang kena tunggu..tapi siyes pglmn aku tu lagi super-cemas...perghh!

tapi pglmn ko mmg best...sbb ko jumpa byk org yg baik hati. tp slalunya org takkan take advantage bila tgk kita solo travel, ntahla, but so far aku blum lagi kena benda yg dasat...hopefully in future jgk..

doa org musafir ni berkah :)



jay,
aku nak garap cerita ni mcm cerita siem reap dulu....hehehe...terima kasih sbb melayan travelog berepisod2 ni

Fatt February 27, 2012 at 7:06 PM  

miss senget,
yeke ko nak nangis? hahaha
ko ni drama betul le. tapi siyes aku rasa legaaaa sgt2 masa jumpa tu...takleh nak citer lega camne tapi rasa syukur gile



na,
betul tu na...doa org musafir ni sng termakbul...aku dah kaji byk kali benda ni dan mmg betul. ko tabah la ye na sbb aku nak buat citer ni bersiri2 mcm siem reap. hahaha

bak kata john beratus2 episod. kakakaka....

weh, nanti aku buat lagi laksa, don wori. aritu penat kitaorg nak ngabiskan. itupun siap tapau



mulan,
kalau tak jumpa mmg tah apa la citernya



kak anash,
novel seram bercirikan drama? HAHAHA..ape tu kak? takleh dibayangkan....

tapi best jgk sbb mcm2 emosi bleh rasa..itu yg buat trip ni memorable :)

dzuchan February 27, 2012 at 8:14 PM  

saspennnn.... jauh lagi panda ni nmpknye hahaha...

keciknye dunia kan, ko ngan intan tu bole jupe kat sana

Ninie Hanis February 27, 2012 at 8:25 PM  

babak2 cemas buat aku rasa nak pitam..

harhar..

cepat sambung. :)

Ely Hasrul February 27, 2012 at 8:27 PM  

so kalu tgk drama melayu yg shooting kt oversi patu tjadik bende cengini sila lah percaya ye.. hahahhaha kadang dok nk kutuk director kata cite tak logik tp mmg bleh berlaku gak hahahhaa

Biqque February 27, 2012 at 8:34 PM  

kompom beratus episod macam drama purbakala dinasti qing! tak sabar aku! kalo ada petir halilintar guruh sambung menyambung, laaaaaaaaaagi aku suka!

laksa??? cis!!! aku nak!!! tak kira!!!

BlueEwoke February 27, 2012 at 8:42 PM  

Fatt: Laksa ko dah sampai ke rumah aku tadi..ihsan dari John tukang antor, dan Skin tukang bungkus! nyam nyam!

Tak sia2 aku sebut2 laksa, dah sampai umah ari ni heheheh..esok2 buat lagi yek..hehehe

Unknown February 27, 2012 at 8:57 PM  

macam cerita novel pulak....setia menanti episod seterusnya.... he he

dekdaa February 27, 2012 at 9:14 PM  

Cemana kalau org yg ko tegur tu bukan Intan? :D

~uG0giRL~ February 27, 2012 at 10:38 PM  

pergh...terasa wei kecuwakan ko tuh.

azieazah February 28, 2012 at 3:59 AM  

Niat yang baik, pasti DIA permudahkan jalannya.

Syukur bertemu juga. Apapun sangatlah suspens ceritanya.

Selamat bercuti!

Lavender February 28, 2012 at 8:47 AM  

Fatt,,

Doa orang musafir InsyaAllah akan dimakbulkan Allah swt.. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan aku ade saja bantuan tu sampai especially kat Negara China, sebab aku tak tahu cakap China..

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat pada Allah swt sebab bantu aku dan permudahkan urusan aku setiap masa...

Lagi satu, travel sorang2 ni, folloe jer kata hati kite. InsyaAllah semuanya akan selamat..

Wallahu alam

Nieda February 28, 2012 at 11:41 AM  

Fuyoo..bila baca entry ni pun punya berdebar2 juga.

atun's February 28, 2012 at 5:04 PM  

Salam,

Aritu entri permulaan aku x komen sbb enjin belum panas lg..skrg ini dh masuk dah bab2 yg aku suka..bila ada saat2 cemas mcm tu..mmg aku suka sgt2..cerita adegan2 yang mencuakkan mmg best!!mmg sgt terbaek la buat hang n Lavender jumpa d China!!!hehehe..x sabaq utk next entry.. :)

Azizan Zolkipli March 2, 2012 at 11:25 AM  

fuhhh fuhhh fuhhh, terasa ke'suspen'an bila membaca entry ni. mujurlah ada hepi ending, jejak kasih gitu ( :

uMi aishah March 2, 2012 at 6:25 PM  

sedih sangat novel kali ni..huuu
mmg best sis! sambungan cepat sket tau,ai nk smbg nangis lagi ni!

fatt March 3, 2012 at 1:43 PM  

nieda,
hehehe



atun,
wsalam...
aku tgh "berusaha" menaip sambungan...nanti naaa



wakjan,
saspen la jgk..tp nasib baik tak hilang



umi,
celakak...lu mmg bab caras mmg gua tau sgt...kahkahkah. dua kali lima dgn rambut ketak.

Tijah March 3, 2012 at 5:48 PM  

cepat sambung wehhh...

Rozita March 5, 2012 at 7:51 PM  

Wahh...akak follower ke 444 la..
Cepat sambung citer drama bersiri ini fatt..

AKO @ retna March 6, 2012 at 3:43 PM  

perghh.... baru berkesempatan baca citer ko ni..

suspen siot..
ako rasa gelabah bila part yg ko x dpt contact hp intan.. erkk klu ako, huwaaaa konpom meleleh dah ayor mata time tu ahaha..

tapi ako kagum, berjumpa juga kowang akhirnya...

Fatt March 8, 2012 at 6:20 PM  

kak tijah,
nanti kak...sy tgh sibuk skrg...esok ye!



rozita,
tahniah! lucky number tu..hehe...mebi esok sy update



ako,
aku risau kena culik je..hehehe..tapi nasib baik le sumenye selamat..alhamdulillah

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP