Made In China : The Kickoff

February 22, 2012


Sebenarnya trip ni diluar jangkaan dan sesuntuk 5 hari aku membuat keputusan. Memandangkan visa China yang ada masih belum tamat tempoh (aku buat visa 3 tahun) dan kesempatan itu aku gunakan untuk ke sini. Bajet keseluruhan trip ni cuma RM600 termasuk pengangkutan tapi tak termasuk tiket flight (untuk rekod, tiket flight KL-Tianjin & Chengdu-KL cuma RM550), tempat tinggal, makan, segala entrance fees selama 9 hari dari Beijing-Xian-Chengdu. Aku standby RM200 di tangan untuk emergency memandangkan aku tidak menggunakan kad plastik.

route : Tianjin-Beijing-Xian-Chengdu


Hari Pertama : 3 Februari 2012

Penerbangan ke Tianjin bertolak dari LCCT pada awal pagi jadi aku takde pilihan melainkan terpaksa bermalam di airport.

Suasana di airport LCCT pada pagi itu agak sibuk tapi urusan luggage drop-off dan kastam berjalan dengan lancar. Sewaktu menunggu di Boarding Hall aku tengok hanya aku dan satu rombongan Cik Kiah sambal belacan gulai tempoyak saja dari spesis yang lain dan selebihnya semua rakyat China yang nak balik kampung.

Hati aku terasa sedikit debar. Walaupun ini bukan kali pertama aku travel secara solo tapi risau tetap ada. Aku tak risau pasal tempat tido tapi aku lebih risaukan tiket keretapi dari Beijing ke Xian dan dari Xian ke Chengdu. Targetnya ialah aku mesti sampai di Chengdu on time atau masalah akan timbul. Berkali-kali aku berdoa dalam hati semoga Allah mempermudahkan urusan bermusafir kali ini hinggalah aku kembali menjejakkan kaki ke Malaysia.


Flight ke Tianjin

Penerbangan berlepas jam 8.30pagi dan tiba di Tianjin jam 2.30petang. Waktu di China dan Malaysia sama (GMT+8) cuma yang membezakan ialah waktu siang di sini lebih pendek sebab waktu aku pegi ni musim sejuk. Sebelum mendarat pilot announce yang suhu di luar ialah 1 celcius dan kami disuruh memakai pakaian yang lebih tebal memandangkan cuaca yang agak sejuk.

Setibanya di China urusan imigresen berjalan dengan lancar tapi waktu lalu kat pintu sensor yang terakhir seorang pegawai kastam wanita suruh aku ke tepi untuk luggage x-ray. Selepas luggage x-ray dia suruh aku letakkan beg atas meja panjang. Aku mengikut saja sebab dah berkali-kali aku melalui prosedur ni waktu ke Australia dan New Zealand dulu.

Sebenarnya aku perhatikan di mana-mana tempat sekalipun jika pegawai yang bertugas itu wanita, songehnya mesti lebih berbanding pegawai lelaki. Genderism mungkin.

Aku mengeluarkan sebuah "sack" yang berisi makanan dari Malaysia seperti Milo 3in1, kopi 3in1, tuna, sebungkus roti dan sebungkus sambal goreng. Ah..tekak Melayu, mana boleh berenggang dengan sambal. Hehehe

Pegawai itu bertanya jika aku boleh bercakap bahasa Cina tapi aku menggelengkan kepala sambil berkata "No". Nampaknya pegawai tu lemah berbahasa Inggeris dan itu sebenarnya lebih baik dari berhadapan risiko di soal bertubi-tubi! Aku rasa dia curios sebab aku travel solo, mungkin dia pikir aku dealer ganja agaknya...iskk!

Kemudian muncul soalan stereotaip seperti tujuan ke China dan macam mana aku nak ke Chengdu dari Beijing. Akucuba explain tapi nampaknya dia tak faham. Sama ada English aku terlalu hebat atau sebaliknya, wallahualam. Sudahnya aku keluarkan buku LP China dan tunjuk route perjalanan serta salinan flight itinerary supaya dia yakin aku tak buat cerita dongeng.

Sebab itu pentingnya print return flight itinerary just in case hari itu bukanlah hari bertuah korang

Kemudian datang seorang pegawai lelaki dan mereka berbincang dalam bahasa asing yang langsung aku tak faham. Aku jelaskan ini adalah kali keempat aku ke China dan tujuan aku ke sini untuk habiskan saki-baki tempat yang belum dijelajah. Walaupun aku tak tahu berbahasa Cina tapi Insya Allah aku boleh survive.

Pegawai lelaki itu menganggukkan kepala dan bercakap sesuatu dalam bahasa Cina dan kemudian barulah pegawai wanita itu melepaskan aku. Tanpa membuang masa aku memasukkan kembali barang-barang ke dalam backpack dan beredar. Fuh selesai satu bala!

Keluar saja dari pintu ketibaan ramai orang sedang menunggu tapi yang pastinya takde sape pun yang menjemput aku. Suhu dalam bangunan airport Tianjin masih suam-suam kuku tapi bila aku menjengah keluar dinginnya mencucuk-cucuk sampai ke tulang hitam. 6 jam tadi aku berada dalam panas membahang di KL dan sekarang aku berada dalam peti sejuk. Kalaulah hari-hari macam ni lama-lama termometer badan aku pun boleh meragam.

Teringat announcement sebelum mendarat tadi, kata pilot suhu di Tianjin 1 celcius. Aku masuk semula ke dalam perut airport dan menuju ke toilet untuk menyarung baju yang lebih tebal. Selepas menyarung 4 lapis pakaian dan glove aku keluar semula. Ini jauh lebih baik, rasa lebih selesa berbanding tadi.

Aku terus berjalan ke kaunter airport shuttle yang terletak berhadapan pintu Arrival dan menyebut "Tianjin Railway Station". Nampaknya harga airport shuttle dah naik sikit, kalau dulu (2010) harganya 10Yuan tapi kali ni 15Yuan.


tiket shuttle bus dari Tianjin Airport - Tianjin Railway Station

Tianjin City
langit berkabus di China

Perjalanan dari Tianjin Airport ke Tianjin Railway Station mengambil masa selama 25-30minit. Setibanya di stesen keretapi aku terus ke kaunter tiket di sebelah kiri pintu masuk dan sediakan passport untuk urusan pembelian. Harga tiket dari Tianjin Railway Station ke Beijing South Railway Station ialah 55Yuan dan perjalanan mengambil masa selama 30minit.


Tianjin Railway Station
tiket keretapi Tianjin - Beijing

Kekerapan keretapi ke Beijing adalah tinggi dan perlu diingatkan yang jadual keretapi di sini sangatlah tepat. Jadi pastikan anda masuk ke dalam perut keretapi sebelum masanya sebab keretapi di sini bergerak on-time.

Kalau dulu (tahun 2010) sesiapa saja boleh membeli tiket keretapi menggunakan mesin layan diri tapi kali ni sistem dah upgrade dan foreigner perlu membeli tiket di kaunter dan segala urusan memerlukan passport sebab nombor passport akan di print di atas tiket.

Sebenarnya ada 2 cara dari Tianjin Airport ke Beijing. Melalui brosur yang masih aku simpan sewaktu trip tahun 2010, selain dari menaiki "bullet train" boleh juga naik Alsa Bus iaitu direct bus ke BaWangFen bus stop (berhampiran MTR Da Wang station di Bejing). Harga tiket standard 35Yuan dan bisness 40Yuan. *perubahan harga mungkin ada tapi aku tak dapat nak pastikan

Kali ni aku duduk di koc paling depan dan ada dapat tengok pilot bullet train melalui dinding transparent dan pegawai bullet train iaitu seorang perempuan yang mungkin berumur dalam lingkungan 23-26 tahun yang berpakaian seperti pramugari Emirates. Lagaknya memang bergaya dengan sebuah walkie-talkie di tangan memberi arahan kepada petugas lain di platform. Tepat waktunya iaitu 4.30ptg keretapi pun bergerak meninggalkan Tianjin Railway Station menuju ke Beijing South Railway Station.


suasana dalam bullet train 


Oleh kerana keletihan aku terlelap sekejap dan untuk pengetahuan semua, walaupun keretapi ni bergerak sehingga 300km/sejam, sedikit gegaran pun takde. Inilah yang dinamakan teknologi bullet train. Aku rasa kalau berlaku perlanggaran dengan speed yang begini pastinya hancur bersepai. Setengah jam kemudian aku pun tiba di Beijing South Railway Station. Di sini ada 3 buah stesen keretapi iaitu North, South dan West untuk tujuan yang berbeza.


bersambung....
.

43 comments:

Travel&Food Lovers February 22, 2012 at 12:19 PM  

fatt..

hebat permulaan story ko...

zany February 22, 2012 at 12:29 PM  

pitam nak memahamkan semua yg dalam mandarin tu. tak apalah, jalan ke negara lain dulu. kena cari translator untuk dibawa, baru pergi China.

gadisBunga February 22, 2012 at 12:30 PM  

aku dah teruja.

ok, tunggu next entry pulak!

Janggel February 22, 2012 at 12:40 PM  

Huaaaa panjang dah entry ni! Jap nak sambung baca....

Tak sabo2 nak komen td hahhahhaa.

Janggel February 22, 2012 at 12:48 PM  

ok nak sambung komen....Sejuknya 1 degree C!!!

Agaknya apalah yg diperkatakan oleh dua buah kastam laki ngan pompuan tu kan.... Lily!!! Where are u??? *tetibe. Hehehe

Diana Diane Teo February 22, 2012 at 12:58 PM  

Wah! pergi china kali ke-4. hebat lah kau fatt! u are truly my travel idol!

Irfa February 22, 2012 at 1:05 PM  

mesti laju giler kan?macam tren kat Paris kot ..laju sangat sampai tak nampak pemandangan kat luar :)

Fird February 22, 2012 at 1:21 PM  

Wow Fatt! Seperti biasa aku sangat kagum!

norh February 22, 2012 at 1:32 PM  

abihkan entry china ni eh.. nak pi hujung tahun..

Liz Rohaizat February 22, 2012 at 2:05 PM  

bersihnya lantai tren tu! kenapa bila tgk gambar kat overseas, tempat diorg bersih2? tapi malaysia pun bersih juga. cuma kena tgk tempat

Biqque February 22, 2012 at 2:21 PM  

slalunyer la, lagi banyak kali kita pi negara tu, lagi banyak soal...kalo first time, diorang tak kepoh sgt...sbb banyak sgt dah orang mesia buat hal kat negara luar kan, cis! terpalit plak kat traveler2 cam kita ni kan?

bullet train tu masa aku naik the fastest was 320+, skang masih tak? hahaha!

ye, sila print return ticket! jgn kata negara jauh, dekat pun kena! MAKASSAR to be exact ye! cilanat tul...

shah_rule February 22, 2012 at 2:25 PM  

wah wah wah aku tau maksud perenggan ke-3 tuh, mesti sebab ko xnak budak2 ni upload gambo ko kan~ hehe ye ye paham2.. aku tak dapat nak join party arituh sbb ada hal sikit.. hehe

harga ticket tuh dah naek kan, time aku g pun still 10yuan, harge train pun cam naek sikit je, ke same je~ tp dah x boleh beli gune machine kan! kene g kaunter! azab sgt beratur panjang time aku kat Guangzhou arituh.

kairulizwan February 22, 2012 at 2:51 PM  

yeah! dh update! :)

aku suka ayat ni: Sama ada English aku terlalu hebat atau sebaliknya.

haha

Lily Riani February 22, 2012 at 3:05 PM  

i dulu flew direct... nvr had a chance to take the bullet train from tianjin. next time kot..

but next time nak gi shanghai.. like real. ehheheh

bdk2 @ John February 22, 2012 at 3:34 PM  

dah lama nak tanya..ape mksd

komen bagi entry yang lebih daripada 3 hari akan di moderate secara auto

hurm....teringin nk naik bullet train. nk tnye, aritu ko dpt tiket ke sana brape rm ek? yela ko beli pn dah last minute kan?

Ely Hasrul February 22, 2012 at 4:30 PM  

aku pong rasa begitu, asal kastam tu pompan aje sure lama. time dulu kt melben minah nih siap kirai aku nye spender, kalu bwk panties bese xpe.. sume thong g string gitu, apetah motip nk jumpak boipren pakai gitu ahhaha

kakak aku baru tepon ajak g china tp beselah kalu aku g sana mmg been there done that aje lah

alifah@along February 22, 2012 at 6:18 PM  

yeahhhhh....utk pertama2, humble sungguh cik fatt yg tidak suka menonjolkan identiti..hehhee...saper org yg bertuah jumpa ko tu? mcm susah je nak jumpa otai ni..hehhee...

alifah@along February 22, 2012 at 6:20 PM  

permulaan cerita yg sgt baik...terkobar2 nak tahu cerita seterusnya...aku pun mau jejak jugak langkah ko ke Tianjin-Chengdu nih..utk langkah pertama, aku letak dulu map China yg gedabak tu kat blog aku ... dahla kos tu, kira murah la kan...aigooooooo

Biqque February 22, 2012 at 6:48 PM  

shahrule, perenggan ketiga tu bukan utk kita2 la, utk orang lain :) tu la ko, sape suh tak joinnnnnnn hahahaha!

m.u.l.a.n February 22, 2012 at 9:42 PM  

waahhh... bullet train... tqs for sharing trip yg best ni..

dzuchan February 22, 2012 at 9:43 PM  

fatt sudah kembali....
tak sabo nak dgr citer pasal terracota & panda..

uMi aishah February 22, 2012 at 9:52 PM  

skali lagi trip china yg i meleleh ayaq liur! lu kasi gua panas r sis...tingat planning x jadi kite berempat dolu2 huuuuu :(

syieda February 22, 2012 at 10:46 PM  

permulaan yg hebat.. eh, tapi napa entry ni mcm ala-ala bersopan santun lemah gemalai?
bantai la camana pun.. janji jgn tergantung sudah.. ngee ngee

dekdaa February 22, 2012 at 10:56 PM  

Alu nak tunggu mesia buat bullet train dari kelate ke kl.. maunya tiap2 bulan aku turun kl ni heh heh heh!

Mon Ashmy February 23, 2012 at 2:27 AM  

ala lupe nak kirim poskad ari tu..hehee..

NITA February 23, 2012 at 8:56 AM  

fatt,
seriusly we were on the same flight 3 feb tuh :P Adakah kau yg kunampak hahahhaha

Ms AiReEn MoHd February 23, 2012 at 9:28 AM  

tabiksprin kat ko okeh...leh travel gini..kalau aku 18 baldi air mata kuar tak tau nak wat mende...huwaaaa...sgt berjaya...

fatt February 23, 2012 at 1:51 PM  

travel,
sengal!



john,
nantikan 100 episod travelog china...kakakakaka



zany,
ye betul tu kak, dahla dorg punye slang beza2 ikut district...sy reti XieXie je...lain sume ikut instinct & bahasa isyarat..hehehe



gb,
benarkah gb?



janggel,
aku rasa kastam laki tu kata kat kastam pompuan tu "ko ni banyak nau songeh, lepaskanlah dia..kesian aku tengok"..agaknye

hehehe



jimmy,
baru je mula dah nice ke jim?



diana,
pegi 4kali pun i still tak reti ckp cina...i wish i know some words utk simple conversation. teach me can aarr?



irfa,
laju sgt tapi tak gegar sikit pun...canggih kan teknologi dorang?



fird,
ko kagum part mana? part aku kena tahan kastam ye? kejam!



norh,
sampai ati...sob sob. nti nak turun ke mana?



liz,
dlm tren jela kot bersih..lain2 tak bersih sgt. minded org kot



biq,
masalahnya yg hayam2 china dtg mesia sbb konon tiket murah tu camne plak biq? now barula kastam kita nak strict, dulu jgn harap

aku rasa aku pi nz & oz byk kali tak kena soal gini pong...mgkin sbb aku solo kot. actly masa aku naik tu dia reach more than 300km tapi aku tak snap sbb ngantok gila...

why MAKASSAR? cer citer



shahrule,
bukanle..ko salah paham ni...aku tak kisah pun dorg buh dlm blog just as long as mcm yg aku buat dlm blog aku dahle..meaning to say crop my face la..as usual. aku kan seorg yg pemalu....kahkahkah

itula..aku pun bengkek la skit bila rege tiket dah naik. tapi bullet train tu turun skit. dulu 58Y, skrg 55Y...kira pusing2 pun still fair la jgk



kairulizwan,
sbnrnya aku dah guna simple english dah pun tapi dia tak paham...aiyohhh *lap peluh*



lily,
u must try, tapi rasanya sama kot mcm kat jepun. tp train dia eksklusif la, rasa mcm dok dlm flight pun ada....

bila tu nak pi shanghai?



john,
owh...tu mksdnya komen untuk entry publish lebih dari 3 hari akan moderate le. lily pun buat jgk tak silap aku utk entry lebih dari 14hari...sbb apa, kdg2 ada jgk komen2 dari entry yg lama2..so kalau ada soalan ke apa2 ke aku tak terlepas pandang, meaning aku akan reply le

harga tiket aku dapat dlm rm500, eventho last min pun harga tak brp mahal, tapi aku jenuh gakle cari guna airasia plus



ely,
ko punye kes mesti rare...aku punye dia takde la kirai sume sbb aku yg pilih apa aku nk bawak keluar..so aku tunjuk makanan jela..dahle aku bwk backpack..tk koser aku nak selongkar habis.

ko nak turun china which part?



zam,
yo!



alifah,
ko ni suka buat ayat dramatik...kahkahkah. aku ni biasa je alipah oiii..lengkap sume sifat..alhamdulillah. ko nak jumpe aku ke? sediakan pengeras ye!

bercakap ttg map, aku dah tepek world map yg sebesor alam kat dinding bilik tido aku...betul2 depan meja study...konon bila tgk map tu aku makin berkobar2 le..bila ko nak pi?



biq,
kannnn! kita tolak dia masuk swimming pool nanti



mulan,
insya Allah i akan cuba cari masa utk menaip sampai habis..ehem



dzuchan,
ko kena tunggu dulu sbb jauh lagi cerita nak jumpa terracotta & panda tu..hehehe



umi,
i terjah last min je ni sis, tak sempat nak roger sape2...jgn disebut trip berempat tu nti i emo sbb yg sorg tu i dah pangkah, sorg lagi tu kan dah menyombong lupa kawan...hidup lagi ke dia tu gamaknye?

pasni ke mana sis?



syieda,
HAHAHAHA....ada org perasan jgk rupanya..itulah, ayat mcm skema...mgkin sbb dah lama tak menaip..takpe, ni baru mukhadimah...



dekdaa,
how's kelate weh? mesti ko mati kutu ni...tiket flight makin mahai ke?



maszuber,
tunggu minggu depan..hehe



mon,
kirim poskad ke kirim alamat? nti kirim alamat utk poskad



jo,
toing toing kembali



nita,
REALLY??? kalau nmpk makhluk sorg tu dats me lah sbb aku travel solo....btw pegi the whole family ke?? keciknya dunia...kekeke....itulah Nita, aku tak plan pun trip ni...dlm sesuntuk itu aku book dan buat rough itin pastu fly...agak gile tapi best :)



aireen,
ko ni manje sgt sbb tu takleh..cer ko keras skit....mesti bleh

NITA February 23, 2012 at 7:52 PM  

aku tgh nak recall 'rupa' single traveler ituh :P Yup aku pergi dgn family, tak bawak semua anak tho.. bawak 4 org yg bebesar jer. Rasanya rombongan sambal belacan mak bedah tu bukan kami kot hihkhikk.

Seriously kau dpt 500 je tiket last minit - too good to be true. Aku beli about 5 months ahead pun about that price. Biasa kalau try airasia plus dpt sama je dgn web AA.

Alaah kesian ko kena tahan kat imi, tapi kalau travel solo mmg risknya gitu lah.. kami travel family depa tak pandang pun.. passed by like a breeze Alhamdulillah.

uMi aishah February 23, 2012 at 8:33 PM  

pasni i kemana? kalo xde aral senget 30Mac redang,end jun krabi (yg i tny u aritu),july ngn u la! ekeke

ajab February 23, 2012 at 10:59 PM  

AsSalam fatt,

As always you never fail to amaze me with your entry...tiba2 jer aku rasa nak komen walaupun dah lama jadi silent reader....keep it up sis!

Lavender February 24, 2012 at 11:04 AM  

Fatt,

masa aku nak balik ke KL dari Tianjin hari tu, aku lupa nak tanya ko naik bus no brape dari Tianjin Railway Station.... so, last2 aku terpaksa naik cab dari railway station ke airport dengan bayaran 47 yuan.. aku tak sempat nak bagitau ko sebab phone ko rosak, tak leh contact.. in addition , masa di last day di beijing & tianjin tu, angin winter sangat sejuk... sampai berdiri pun kene tiup dgn angin.. Aku bersyukur sebab kene tu time balik.. tangan aku kebas.. huhu.. Balik malaysia je, aku terus jumpe doktor.. Alhamdulillah, segalanya OK

dekdaa February 25, 2012 at 12:00 AM  

Kelate gini la kaedahnya.. takde tempat nak gi.
Aku gi kl dgn keta jah.. gi dgn flite kang aku hancur kaki :P

Fatt February 27, 2012 at 11:32 AM  

nita,
mungkin org lain la tu...hehehe..tapi klu ikutkan flight ke beijing sehari cuma 1 je kan?

aku rasa rombongan besar tu ikut agency kot. aku sampai je, lepas kastam terus naik bas. ko naik bas jgk ke?



umi,
july i dah reschedule le sis. kalau makin lambat u bole join tak?



anon,
gigih ye ko regis sbb nak komen. hahaha



ajab,
wsalam. hehehe...tapi jgn tensen ye sbb aku punye cerita beratus2 episod bak kata John. aku harap ko tabah menunggu hingga ke penamat...thanks for reading. hehehe :)



lavender,
china sgt2 polluted so sbb tu kita batuk2. anyway the taxis cost a bomb..mcm naik bullet train sudeh....aku pun lupa nak kabor pd ko naik bas mana satu...sori beb!



dekdaa,
tapi takpe weh...ko dok dgn family tu best apa...hari2 bleh jumpa parents, senang klu pape hal

damai December 27, 2013 at 7:51 PM  

as salam..sy nak tanya, kalau dari KL-Tianjin tu naik Air Asia ye? td sy cek, tak ada pula penerbangan KL-Tianjin.. uhu... ataupun sy kena ambil KL-Beijing? tp, mcm tak larat pulak nak naik bus ke Tianjin sbb dlm 150km gak kan..

Fatt January 7, 2014 at 1:22 PM  

Damai,

Flight ke Tianjin lama dah batal. Skrg direct terus ke Beijing. So no worries!

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP