Made In China : Beijing (Part 3)

March 09, 2012

Hari Ke-2 : 4 Februari 2012

Aku terjaga seawal jam 6.30pg bila alarm hp berbunyik tapi semua tu takde maknanya sebab dalam pejam pun tangan aku dah tau mana satu button snooze. Hehe. Ah takpe, boleh lajak lagi setengah jam sebab aku insan terpilih yang terkecuali. Katil atas bergerak-gerak, mungkin Intan dah bangun sebab subuh tinggal beberapa minit lagi. Aku terus sambung tido dan tersedar bila nama aku dipanggil. Rupa-rupanya dia dah siap. Wargh cargas!!! Bila masa dia bangun pun aku tak sedar. Apa lagi...aku terus melompat dari katil dan meluru ke tandas. Nasib baiklah pagi ni kami berdua yang bangun dulu, kalau tak mesti kena queue.

Benda yang paling aku menyampah bila musim sejuk ialah mandi. Memandangkan acara mandi pagi itu wajib jadi ia tak boleh dipandang sepi. Penah sekali dua aku cuba tak mandi masa musim sejuk tapi masuk hari ketiga aku dah mula rasa macam kambing. Walaupun tak berbau tapi rasa janggal tetap ada. Orang kata biar menjerit macam kambing kena siram air dari jadi kambing yang takut air. Sebenarnya kat hostel ni ada hot shower tapi semua tu takde maknanya sebab tempias angin sejuk  tetap ada di semua ceruk....brrr!!

Lebih kurang pukul 8pg kami dah bersiap-siap untuk bersarapan. Memandangkan sarapan tak termasuk dalam kos penginapan jadi kami mengalas perut dengan milo panas, roti dan tuna yang diterbangkan khas dari Malaysia. Kebiasannya orang tak pandang roti kemik tapi kali ni roti kemik amat berharga. Hehehe. Sebenarnya roti ni kemik sebab aku sumbat dalam beg. Dah 3x aku bawak roti waktu travel dan so far roti-roti ni selamat di sempadan Thai, Indo dan China. Negara lain aku tak penah cuba tapi korang boleh test. Kalau lepas consider lucky tapi kalau kena rampas tu redha je. Lagipun harga sebungkus roti agak murah so tak rugi kalau cuba.

Waktu sarapan kami berbincang tentang rancangan harini. Selepas menimbang banyak perkara akhirnya rancangan ke skifield terpaksa digugurkan memandangkan waktu ni dah takde salji so no point kalau pegi.

Kami bergerak meninggalkan hostel ke destinasi yang pertama iaitu Beijing West Railway Station. Aku plan ke Xian malam esok jadi urusan tiket perlu disegerakan atau semua plan akan kacau. Dari hostel kami menaiki subway ke stesen Military Museum (Line 1), tambang 2Yuan. Buat masa ni belum ada line subway yang bersambung dengan West Railway Station dan ia masih dalam proses pembinaan dan mungkin siap tahun ni. Sewaktu artikel ini ditaip, ada lebih dari 10 line subway di Beijing...and counting!

Dari stesen Military Museum kami terpaksa berjalan hampir 20-30minit melalui deretan kedai di tepi jalan (Yangfandian Lu. “Lu” bermaksud “jalan” dalam Bahasa Cina) dan laluan ini sentiasa sibuk dengan orang yang berulang-alik ke stesen keretapi. Aku dah lupa exit ape (sebab ada banyak exit; A, B, C dan D), tapi tak perlu risau sebab ada senarai landmark untuk setiap exit (in this case, West Railway Station). Kalau still clueless, ikut je semua orang yang bawak beg pakaian besar sebab confirm dorang nak ke stesen keretapi. Sebenarnya dari jauh lagi boleh nampak bangunan West Railway Station so mustahil akan sesat.

Beijing West Railway Station
view bertentangan stesen keretapi
pedestrian bridge ke stesen keretapi

Di sini tempat menjual tiket diletak di satu ruangan khas, lebih kurang macam stesen bas Pudu. Ada banyak kaunter tapi semuanya dalam tulisan Cina, aku cuba beli dengan mesin tapi tak berjaya sebab kena guna sejenis kad (local je ada). Kalau di Main Railway Station ada kaunter khas English speaking officer tapi kat sini takde. Aku tanya seorang officer yang mundar-mandir kat situ, nak susun ayat omputih lelebih dia tak faham jadi aku cuma sebut “Xian". Tekaan aku tepat yang dia tak faham jadi aku keluarkan buku LP China dan tunjuk tulisan Badaling dalam perkataan Cina. Lepas tu barulah aku tau yang rupa-rupanya sebutan “Xian” bukannya “Zi-An”, tapi “Shi-An” (silent “n”) dan patutlah dia tak paham. Heh!

Tips untuk beli tiket secara DIY ialah, tulis kat atas sekeping kertas dalam Bahasa Cina nombor keretapi, waktu bertolak, jenis seat/sleeper. Kalau tak reti tulisan Cina boleh mintak tolong receptionist hostel tuliskan sebab kebanyakan officer yang jual tiket tak reti cakap omputih. Jangan lupa bawak passport sebab sekarang segala urusan jual/beli tiket keretapi wajib tunjuk passport.

semak jadual perjalanan keretapi di www.chinatrainguide.com

tiket keretapi dari Beijing West ke Xian

Harga tiket keretapi dari Beijing West ke Xian dengan coach Z19, middle berth (hard sleeper) ialah 265Yuan (RM132). Aku pilih hard sleeper memandangkan itu yang termampu/within budget. Sebenarnya ada 2 jenis sleeper train iaitu soft sleeper (4 berths) dan hard sleeper (6 berths). Kalau soft sleeper (4 berths) harganya memang mahal sebab ada tilam empuk, toilet en-suite dan coach ni lebih personalize sebab setiap bilik ada pintu. Pendek kata ia lebih sesuai untuk mereka yang travel dalam group dan berpoket lebat. Tapi untuk hard sleeper (6 berths) ni pintu pun takde, apatah lagi toilet en-suite. Tilam pulak memang keras tapi ada bantal dan selimut empuk untuk setiap katil, kira ok la kan?

Bagi hard sleeper, setiap bilik ada 6 berths dan di setiap side ada 3 katil (lower/middle/upper). Harga bagi setiap berth tak banyak beza cuma aku lebih prefer middle & upper berth atas faktor keselamatan. Kelebihan lower berth ialah kita boleh bersandar dengan selesa berbanding middle & upper berth yang mana kalau nak bersandar terpaksa bongkok sebab sempit. Aku yang tak berapa nak tinggi ni pun kena bongkok so bayangkan kalau orang tu panjang macam galah. Lebar katil pulak standard size untuk orang Asia so makna kata omputih memang tak muat sebab aku pun ngam-ngam je.

hard sleeper (6 berths)

Setelah selesai bab tiket kami balik semula ke stesen subway Military Museum untuk ke destinasi seterusnya iaitu Great Wall. Dalam entry Beijing yang lama (2010) aku penah tulis (sekarang dah masuk muzium) pengalaman ke sana dengan bas tapi kali ni aku pegi dengan keretapi.

Ape lu ingat takde keretapi sampai ke Great Wall? Tak percaya? Takde ape yang mustahil di China. Hehehe...


bersambung....
.

16 comments:

Fird March 9, 2012 at 5:45 PM  

Fatt, ko pernah naik KTMB punya sleeping coach? Kalau pernah, agak2 yg mana lagi selesa KTMB ke China train punya.

fatt March 9, 2012 at 5:51 PM  

fird,
aku penah naik yg Bangkok-Butterworth, rasanya itu lebih selesa dan tak terlalu keras cam batu..hehehe



jimmy,
ko pakai ayat copy paste ke aku tgk sume entry ko taip benda sama? kahkahkah...

Ely Hasrul March 9, 2012 at 6:37 PM  

kalu aku xtahan sure lap bdn pakai nappy wiper aje haha..

beso nye pintu gerbang station tuh eh.. bape jam nk ke xian tuh

Ninie Hanis March 9, 2012 at 8:03 PM  

Salam beb,

susah nau nak contact ko skrg.bz ek?aku email ko xjawab.Nak ucapkan time kasih sbb aku dh dpt poskad gambo panda 3 ekor yg kiut tu.Harus mention di sini takut ko xcek lak emel ko.Suka aku dpt poskad ko tu,nanti aku nk letak dlm bilik baby sbb kebetulan tema bilik dia safari :p

p/s nanti cek emel tau.

atun's March 9, 2012 at 8:07 PM  

Salam,

Fatt..dan akhirnyer bersmbung jugak yekk..terbaek..terbaek
..terbaek!!!huiihh yg best nyer hang leh ajaq bahasa mandarin lak lagi dlm entri ni mcm mna nk pronounce dengn betoi..bagus!!! heheh..mandarin (pinyin)mmg mcm tu..eja lain bunyi lain..heheh..cth:(dui..dui..dui..)tapi sebut tui..tui..tui..(betul..betul..betul)mcm best jer pengalaman ckp ngn org sana kan..

dekdaa March 9, 2012 at 9:40 PM  

Tak gayat ke ko duk atas tu.
Rasa gegar2 tak hehe.

Anash March 9, 2012 at 10:04 PM  

tinggi eh katil tuh???
kompom akak kalau tido mau ngigau jatuh..heheh

Janggel March 9, 2012 at 11:00 PM  

Hoit idop lagi kekekeke...

Besarnya stesen ketapi tu..kagum..

ehem dah ada watermark baru nampak! kekeke.

Fadli [www.mytravellicious.com] March 9, 2012 at 11:26 PM  

suke and better stay kat katil bawah.pusat gravity lebeh rendah...goyang kureng sket...

zany March 9, 2012 at 11:28 PM  

nanti baca nak komen dulu

awat slow ko punya update lately.

shah_rule March 10, 2012 at 1:34 AM  

agree dgn zany, awatlah slow nyer update..ni mesti dah naek pangkat jadi boss agaknye, busy memanjang...
hehe

fatt ko dah membuka mata aku untuk bergerak ke arah west china tuh.. haha nak kene plan jugak satu hari nanti. banyak lak tempat menarik belah barat tuh... tahniah la sbb berjaya pergi, bkan dari dulu ko dah aim kan... hehe

NITA March 10, 2012 at 11:33 PM  

Great reference!
Hard sleeper tu -- errr nama aje dah boleh bayang hard-nya huhuuu. Harga pun leh tahan mahal ekkk.
Tapi KTM sleeping berth pun mahal gak.

Biqque March 11, 2012 at 2:08 PM  

teringat cite ko pasal sleeper berth ni, gile lah! sedap lagi train KL-Singapore :D

fatt March 12, 2012 at 12:29 AM  

ely,
aku penah lap badan je sbb takut nak mandi...kakakaka...siyes mmg sejuk gile time tu, kalau mandi pun mcm nak meraung sbb air sejuk mcm ais

beijing-xian almost 12hrs..lama kan?



ninie,
wsalam...hehe, aku sedikit bz tapi minggu lepas agak kelam kabut but minggu depan2 ni mgkin lega skit kot...aku dah baca emel ko tapi blum sempat nak reply.

lega aku poskad sampai..aku punya pun dah sampai..memula aku pikir dah sangkut sbb aku letak suh budak hostel poskad sbb tak cukup masa nak ke pejabat pos. btw terima kasih sbb letak dlm bilik baby...aku sure ko mesti suka sbb ada 3ekor panda..comel kan? hehe...

ko ada letak gmbr bilik baby tak dlm blog? aku blum sempat nak blogwalking ni...kalau ada roger2 k!



atun,
wsalam. sori2 aku tak sempat nak update blog last week sbb bizi. ye cara sebutan dorg mmg tak sama langsung dgn ejaan...ko reti ke ckp mandarin? wah bagus tu...aku ada jgk rasa nak belajar tapi tak jumpa lagi tmpt yg bleh ajar sampai terar ni..almaklumlah dah lama tak jadi anak murid ni mgkin slow skit nak absorb benda baru



dekdaa,
kalau katil paling atas mmg gayat weh. aku takut gak kalau2 emergency break. tp takdela gegar pun, selesa je



anash,
katil mana tu kak? katil ketapi ke katil hostel?
klu katil ketapi mmg tinggi...mmg gayat jgk



janggel,
haip!!! aku masih idop ok!
ni watermark ko & john le ajau aku...makasih sifu2 sekalian...ekekeke. pasni ajar aku lagi trick2 baru tau!



fadli,
aku rasa ketapi cni mcm kurang gegar skit compare to ketapi lain yg penah aku rasa. cuma tak tahan sbb hard sleeper ni keras skit katilnya



zany,
hehehe...sy bizi skit kak...tapi minggu lepas je. minggu akan datang ni mgkin laju skit :)



shahrul,
ko mmg hebat..ahli nujum mangku negara! aku dah jadi bos itu pasal aku takde masa nak update blog. hari2 dok sibuk monitor anak2 buah buat keja sampai takde masa nak monitor blog. uit bila ko nak turun lepak dgn kitaorg?



nita,
uihhh...part rege mmg tak dinafikan. itu baru hard sleeper..klu soft sleeper dah mcm rege tiket flight! tapi mmg rasa mcm baring atas papan...nasib baiklah selimutnya empuk, bleh la gulung badan skit buat alas



biq,
haaa..itu aku tak nafikan. rasa mcm naik KTM lagi selesa weh!! tapi apa bleh buat, itu je cheq mampooo...nak naik soft sleeper kalu...bocor poket sbb sumenya rm300 above okeh! sila pengsan

AKO @ retna March 12, 2012 at 12:19 PM  

erkk katil yg atas sekali tu cam x konpiden nk tido.. cam sempit sesangat hehehe///

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP